Ketentuan Tuhan kita tidak tahu.
Tetapi ketentuan akal sudah menunjukkan kerajaan BN Negeri Sembilan akan
berakhir 5hb Mei ini. Tidak tahulah jika ada ‘teknologi politik’ terbaru BN
yang mampu mengalihkan kembali kecenderungan rakyat NS untuk kembali menyokong
BN. Tetapi pada saat ini Pakatan Rakyatlah yang akan menang.
Saya selalu berkata pihak mana
yang melakukan kesilapan sedikit, pihak itulah yang akan tewas dalam
pilihanraya ini. Sekarang jelas yang telah melakukan kesilapan ialah pihak BN.
Mohamad Hasan tidak mahu melakukan perubahan. Beliau telah menurunkan ramai
calon-calon ‘incumbent’ yang mengikut seorang yang memberitahu saya merupakan
calon-calon ‘jering basau’ terutamanya bagi kawasan Kuala Pilah.
DUN Johol, Pilah dan Juasseh hampir
pasti jatuh ketangan PR selain dari Lenggeng, Klawang dan Chennah. Jika
mengikut ketentuan akal, Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru di Negeri
Sembilan. Jika Mohamad Hasan menang di Rantau beliau akan merupakan seorang
yang penuh dengan pengalaman. Beliau berpengalaman menjadi Menteri Besar dan
kali ini beliau akan berpengalaman menjadi Ketua Pembangkang pula.
Tetapi bak kata saya tadi itu
hanyalah ketentuan akal. Ketentuan Tuhan tidak ada siapa yang tahu. Segala
perancangan kita hanya Tuhan yang menjadi penentunya. Itu sebab saya selalu
mengingatkan pihak Pakatan Rakyat, jangan buangkan air di dalam tempayan dahulu.
Tunggu hujan itu betul-betul turun dahulu. Jangan terus belunjur sebelum duduk.
Tetapi apa pun masanya
sememangnya sudah sampai untuk yang kuat menjadi lemah. UMNO yang kuat hanya
pada soraknya sahaja sekarang ini. Tenaganya sudah luntur. Bak kata orang
tua-tua Negeri Sembilan ‘ghoso eh kuek, tapi kojo tak solosai’. Maknanya, nafsu
masih kuat, tetapi tenaga sudah tidak ada lagi.
14 comments:
Bee End sekarag bernafas dengan mesin sahaja. Bila-bila masa suis mesin akan dipadamkan!
Saudara AA
One state down, how many more to fall? Lawan tetap lawan.
Eloklah BN direhatkan supayu PRU 14 nanti kita bolih bandingkan samaada PR elok atau BN elok.Kalau ikut hukum akal kalau BN padam kali ni ianya akan hancur keakar umbi dan segala urat2nya segali hinggakan tak bolih tumbuh lagi...Sekarang ni dengarnya ceramah LGE diSeremban 2 dah 3 kilometer sesak kereta tak bergerak jadi kalau ikut hukum akal BN akan ditalkinkan tetapi Allah maha kuasa untuk tentukan semuanya..
Memang teruja dengan laporan seperti ini. PR Negeri Sembilan perlu lebih aggresif terutamanya PKR yang nampaknya banyak bergantunbg kepada kekuatan dan kesungguhan DAP dan PAS. Di Ampangan dan Sikamat, kempen PKR masih lemah sedangkan UMNO telah bergerak hampir setahun dulu. Calon PKR di Ampangan sampai hari ini ramai yang belum mengenalinya. Beliau perlu turun padang tambah-tambah pula jika ada menyimpan hajat untuk jadi MB baru. Kalau kalah, yang dikojar tak dapek yang dikendong berciciran!
Sarawak pun semakin menunjukkan BN akan tertonggeng di beberapa Kerusi dan Lawatan Kempen Anwar Ibrahim pada 26 Apr amat berjaya memukau Rakyat.Kempen PKR di Saratok ,Batang Lupar dan MIri akan memastikan BN tumbang kerana Rakyat telah muak dengan Rohani..Mawan dan calun Supp.Jadi tunggu saja ,.,pada 5 /5 /2013...hidup Pakatan.
Jaga jaga undi hantuuu senjata jahat Bee End
Sy memang menjangkan bg Parlimen Jelebu masih BN kecuali tsunami politik terlalu besar, tapi bg Dun Chennah, Klawang & Pertang akan jatuh ketangan PR..
Zainal
Jelebu, isu peribadi Hj. zainudin sama macam isu Anwar Ibrahim. masalah jugak. Budak yg dia buntingkan tu mengaku dlm khalayak . Poning kepalo den bila ramai yg bercakap.
Salam Pak Aspan,
Semoga PKR akan menang PRU13 tetapi risau juga kalau keputusan jadi terbalik.BN mempunyai banyak tipu muslihat...
Nazri
Mano bulih pakotan monang ,buang maso jo botanding .
BN menipu ,SPR tipu ,habih buek apo ,yong monang totap BN.
Den pongkah kobou Den ,sonang nak kenal ,takut nanti hilang pulak ,sosah nak jawab ,kobou Pawah.
Sdra AA,
Pada stage ini rasa berpandangan bukan PR lwn BN tetapi kebangkitan rakyat yang melawan BN cuma platform mereka PR jadi tidak mustahil boleh menang PR. Apapun hanya Allah Yang Arif dalam hal ini.
Bang Aspan
Macam mano nogori tak punah. Montori bosar sendiri pun ngojokan calon bn yang tak suai ngan dio. Paham bonarlah sekarang pasal apo abg marah dengan mat hassan. Perangai dio tu memang bangsat. Hati dio tu busuk dan kelaku khianat dio tu tak sudah2. Sayo boto2 berdoa dio punah kali ni dah allah taala tunjukkan kek dio yg duit dio tulah yang akan menjahanamkan hidup dio.
Itu ler yang hebatnya... winnable candidade BN/ UMNO!!! Calon BN/UMNO kalau tak dak masalah moral bukan calon boleh menang ler... Orang Jolobu kalau pilih HJ Jai ni jugak... pastu anak-bini dibuntingkan oleh 'puak' ni... jgn la repot polis tapi buat kenduri besar-besaran sebabnya 'wakil rakyat' pilihan berjaya membuktikan JANJI DITEPATI!!!
Mcmana Hj Jai boleh naik. Sepatutnya 'Apak' yang lebih layak!!! Orang jolobu kenal siapa 'Apak'. Good bye hj jai!!!
Post a Comment