26 April 2013

Nafsu masih kuat, tenaga dah tak ada

Ketentuan Tuhan kita tidak tahu. Tetapi ketentuan akal sudah menunjukkan kerajaan BN Negeri Sembilan akan berakhir 5hb Mei ini. Tidak tahulah jika ada ‘teknologi politik’ terbaru BN yang mampu mengalihkan kembali kecenderungan rakyat NS untuk kembali menyokong BN. Tetapi pada saat ini Pakatan Rakyatlah yang akan menang.

Saya selalu berkata pihak mana yang melakukan kesilapan sedikit, pihak itulah yang akan tewas dalam pilihanraya ini. Sekarang jelas yang telah melakukan kesilapan ialah pihak BN. Mohamad Hasan tidak mahu melakukan perubahan. Beliau telah menurunkan ramai calon-calon ‘incumbent’ yang mengikut seorang yang memberitahu saya merupakan calon-calon ‘jering basau’ terutamanya bagi kawasan Kuala Pilah.

DUN Johol, Pilah dan Juasseh hampir pasti jatuh ketangan PR selain dari Lenggeng, Klawang dan Chennah. Jika mengikut ketentuan akal, Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru di Negeri Sembilan. Jika Mohamad Hasan menang di Rantau beliau akan merupakan seorang yang penuh dengan pengalaman. Beliau berpengalaman menjadi Menteri Besar dan kali ini beliau akan berpengalaman menjadi Ketua Pembangkang pula.

Tetapi bak kata saya tadi itu hanyalah ketentuan akal. Ketentuan Tuhan tidak ada siapa yang tahu. Segala perancangan kita hanya Tuhan yang menjadi penentunya. Itu sebab saya selalu mengingatkan pihak Pakatan Rakyat, jangan buangkan air di dalam tempayan dahulu. Tunggu hujan itu betul-betul turun dahulu. Jangan terus belunjur sebelum duduk.

Tetapi apa pun masanya sememangnya sudah sampai untuk yang kuat menjadi lemah. UMNO yang kuat hanya pada soraknya sahaja sekarang ini. Tenaganya sudah luntur. Bak kata orang tua-tua Negeri Sembilan ‘ghoso eh kuek, tapi kojo tak solosai’. Maknanya, nafsu masih kuat, tetapi tenaga sudah tidak ada lagi.

14 comments:

ahmadyani said...

Bee End sekarag bernafas dengan mesin sahaja. Bila-bila masa suis mesin akan dipadamkan!

Anonymous said...

Saudara AA

One state down, how many more to fall? Lawan tetap lawan.

Anonymous said...



Eloklah BN direhatkan supayu PRU 14 nanti kita bolih bandingkan samaada PR elok atau BN elok.Kalau ikut hukum akal kalau BN padam kali ni ianya akan hancur keakar umbi dan segala urat2nya segali hinggakan tak bolih tumbuh lagi...Sekarang ni dengarnya ceramah LGE diSeremban 2 dah 3 kilometer sesak kereta tak bergerak jadi kalau ikut hukum akal BN akan ditalkinkan tetapi Allah maha kuasa untuk tentukan semuanya..

Pak Lang Rembau said...

Memang teruja dengan laporan seperti ini. PR Negeri Sembilan perlu lebih aggresif terutamanya PKR yang nampaknya banyak bergantunbg kepada kekuatan dan kesungguhan DAP dan PAS. Di Ampangan dan Sikamat, kempen PKR masih lemah sedangkan UMNO telah bergerak hampir setahun dulu. Calon PKR di Ampangan sampai hari ini ramai yang belum mengenalinya. Beliau perlu turun padang tambah-tambah pula jika ada menyimpan hajat untuk jadi MB baru. Kalau kalah, yang dikojar tak dapek yang dikendong berciciran!

Anonymous said...

Sarawak pun semakin menunjukkan BN akan tertonggeng di beberapa Kerusi dan Lawatan Kempen Anwar Ibrahim pada 26 Apr amat berjaya memukau Rakyat.Kempen PKR di Saratok ,Batang Lupar dan MIri akan memastikan BN tumbang kerana Rakyat telah muak dengan Rohani..Mawan dan calun Supp.Jadi tunggu saja ,.,pada 5 /5 /2013...hidup Pakatan.

Anonymous said...

Jaga jaga undi hantuuu senjata jahat Bee End

Anonymous said...

Sy memang menjangkan bg Parlimen Jelebu masih BN kecuali tsunami politik terlalu besar, tapi bg Dun Chennah, Klawang & Pertang akan jatuh ketangan PR..

Zainal

Anonymous said...

Jelebu, isu peribadi Hj. zainudin sama macam isu Anwar Ibrahim. masalah jugak. Budak yg dia buntingkan tu mengaku dlm khalayak . Poning kepalo den bila ramai yg bercakap.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Semoga PKR akan menang PRU13 tetapi risau juga kalau keputusan jadi terbalik.BN mempunyai banyak tipu muslihat...

Nazri

tebing tinggi said...

Mano bulih pakotan monang ,buang maso jo botanding .
BN menipu ,SPR tipu ,habih buek apo ,yong monang totap BN.
Den pongkah kobou Den ,sonang nak kenal ,takut nanti hilang pulak ,sosah nak jawab ,kobou Pawah.

Unknown said...

Sdra AA,
Pada stage ini rasa berpandangan bukan PR lwn BN tetapi kebangkitan rakyat yang melawan BN cuma platform mereka PR jadi tidak mustahil boleh menang PR. Apapun hanya Allah Yang Arif dalam hal ini.

Anonymous said...

Bang Aspan

Macam mano nogori tak punah. Montori bosar sendiri pun ngojokan calon bn yang tak suai ngan dio. Paham bonarlah sekarang pasal apo abg marah dengan mat hassan. Perangai dio tu memang bangsat. Hati dio tu busuk dan kelaku khianat dio tu tak sudah2. Sayo boto2 berdoa dio punah kali ni dah allah taala tunjukkan kek dio yg duit dio tulah yang akan menjahanamkan hidup dio.

Anonymous said...

Itu ler yang hebatnya... winnable candidade BN/ UMNO!!! Calon BN/UMNO kalau tak dak masalah moral bukan calon boleh menang ler... Orang Jolobu kalau pilih HJ Jai ni jugak... pastu anak-bini dibuntingkan oleh 'puak' ni... jgn la repot polis tapi buat kenduri besar-besaran sebabnya 'wakil rakyat' pilihan berjaya membuktikan JANJI DITEPATI!!!

Anonymous said...

Mcmana Hj Jai boleh naik. Sepatutnya 'Apak' yang lebih layak!!! Orang jolobu kenal siapa 'Apak'. Good bye hj jai!!!