Shah Alam dan Pasir Mas adalah
dua kawasan yang pada hakikatnya pertandingan di antara Perkasa dan PAS. Perkasa
diwakili oleh Ibrahim Ali di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin di Shah Alam.
Kedua-dua calon Perkasa ini merupakan orang yang paling ‘controversial’ dan
ramai yang tertanya-tanya apa sudah jadi kepada UMNO sekarang ini.
Sekali fikir pula tidak boleh disalahkan
juga UMNO kenapa mereka meletakkan dua orang yang begitu ‘famous’ dengan sifat lancang
mulut yang tidak tahu batasan bangsa dan agama dalam mengendalikan politik
mereka. Kedua-dua calon ini mengambil kesempatan di atas kelemahan UMNO untuk
menyelitkan nama mereka sebagai calon yang tersenarai di dalam calon BN. Tetapi
yang anehnya UMNO Kelantan tidak tahu yang Ibrahim Ali akan menjadi calon bagi
mewakili UMNO melalui Perkasa.
Pengerusi Perhubungan Kelantan
Mustapha Mohamad sendiri keliru dan tidak tahu partinya sendiri main
'kong-kalikong' dengan Perkasa. Hasil permainan 'kong-kalikong' itu semasa penamaan
calon Sabtu lepas, UMNO sudah kehilangan satu kerusi kerana calonnya tidak
menyerahkan kertas pencalonan beliau, walaupun telah diberikan watikah. Patut
pun Ibrahim di mana-mana berkata sebulan yang lepas berkata, “tepek jaghi, ambo
calun BN.”
Sesungguhnya Ibrahim bukanlah
calon BN yang ‘legitimate’ dan kekalahan beliau adalah di dalam tangan. Tetapi
bagi Ibrahim bertanding itu sudah menjadi hobi beliau dan bertanding itu bukan
perkara yang serius bagi beliau. Bagi Ibrahim, ‘oghe betanding ambo betanding,
mene kaloh belake kigho’. Itu sebabnya bagi beliau mendapatkan sokongan dalam
keadaan serius rakyat hendakkan perubahan, Ibrahim dijangka akan diabaikan oleh
pengundi Pasir Mas.
Saya tidak tahu keadaan
sebenarnya, hanya saya mendasarkan komen saya sebagai seorang yang saya sudah
kenali secara rapat sejak 42 tahun dahulu. Hanya saya tidak lagi bertemu dengan
beliau sejak saya menyertai DAP sampailah sekarang. Ibrahim ini jika kalah pun
tidak mengapa kerana beliau bukan orang yang serius untuk menjadi agen kepada
perubahan.
Beliau hanya hendak ke Parlimen
untuk bercakap selalu kerana Ibrahim kalau tidak bercakap akan lemah
jantungnya. Bercakap dan berucap itu merupakan ‘supplement’ penting untuk
tubuhnya untuk menyihatkan tubuhnya. Dalam hal yang serius Ibrahim tidak payah
dibawa berunding. Tidak aka nada perundingan yang selesai jika Ibrahim dibawa
bersama. Setakat ini perundingan untuk membuatkan Che Johan Mustapha tdak
datang ke pusat penamaan calon Sabtu lepas itu sahaja yang berjaya dilakukan
oleh Ibrahim.
Ibrahim akan menghadapi masalah
kerana lawannya di Pasir Mas kali ini juga dijangka mengalahkan beliau.
Kalaulah beliau tidak ada di Parlimen di manakah beliau akan berucap kerana
berucap itu sangat penting bagi beliau. Kalau tidak berucap maka kesihatannya
akan tergendala.
Jika Ibrahim Ali tewas di Pasir
Mas maka saya merasakan beliau akan bertemu dengan Zulkifli Nordin setiap hari
kerana Zulkifli pun dijangka akan menerima kekalahan yang akan teruk di Shah
Alam. Jika Zulkifli menang, ia bermakna pengundi Shah Alam itu pula yang teruk.
Tak mungkin pengundi Shah Alam
tidak tahu memilih di antara buah epal dengan buah bacang.
32 comments:
Salam Pak Aspan,
Saya tidak risaukan pengundi di Shah Alam, saya sendiri akan mengundi di Shah Alam. Yang di risaukan ialah pengundi2 'haram' tajaan Be End.
Apa pun kita berserah pada Allah SWT sebab hanya Dia yang menentukan.
aba.
Pak Aspan,
Kurang Tepat...
Perbezaan sebenarnya adalah diantara Apel dengan BELACAN!!
MakanlahBuah
Pak Aspan Angah Nyak,
Urang Banjar basurah, “Ummai pajjah kiraan”..
Pada teman, Zul Perkasa ni saja umno hantar ke Shah Alam utk di sembeleh oleh pengundi SA. Mana hero-hero umno selangor yang nak tawan SA dan Selangor?? Mana Noh bin Omar Kambing?? Basurah hajak ganal, kadak wanik hikam… ummaiii…
Tup tup Mat Tyson pulak loncat kapal. Urang Banjar basurah (kata) better late than never. Tahniah TS Mat Tyson. Dulu TS kekalkan Tok Sidang JKKP, sekarang ikon tok sidang JKKP dah terjun kapal.
Manakala Braim si katak, ni bakal kena di gulai kawah kan oleh pengundi Pasir Mas. Mu nak tipoo berapa kali orang P/Mas braim oi…? Menang aje PR dlam PRU 13 ni, mu dah kira nak loncat kapal PR pulak. Kapal dah ¾ masok air Braim, cepat terjun…. Udah udah la belakon!!!
Salam Pak,
Dulu selepas penamaan calon ramai calon bebas menarik diri untuk memberikan kemenangan kepada BN.
Tapi kali ini apa yang berlaku sudah terbalik - Calon umno bagi kemenangan kepada calon Bebas.
Apa maknanya ini? Round one - BN sudah kalah?
Mohd Zuki
Pak Aspan, tolong bayangkan apakah isi perbincangan perjumpaan kedua-dua katak ini apabila kalah kelak. Adakah hanya sahutan panggil hujan yang tidak kan turun lagi
Pak Aspan ... i love bacang masak lemak cili api with ikan ... or buat sambal gesek ikan bilis orang n.sembilan ... why lah you cakap bacang ... very important in our n.sembilan dishes ... untuk orang kampong macam kami ni lah :)
katak suka panggil hujan. Kalau katak takde maknanya berudu pun tak dilahirkan..
:-)
Aa, betul tak tepat.
Epal vs bacang buruk yang banyak ulat di dalamnya.
Nak cari makan mesti dgn jalan benar, bukan dengan bangsat bermuka-muka dan menipu. Ini zaman pendedahan.
Hipokrit macam bacang buruk kulim akan terdedah habis-habisan keburukannya dari pelbagai penjuru oleh berbagai pihak yang berlainan.
Tepat!
AA, I am a voter from Bukit Kepayang and I know a bit here and there about DAP. I think your critics on DAP holds water. Chauvinism is the problem and Loke is certainly one of those.
DAP parti kuat. Tidak perlu sokongan Melayu....percayalah teman-teman. Saya pilih untuk tidak mengundi kerana nak undi BN sememangnya tidak betul. %hb ini saya akan tidur sepanjang hari
orang tua
AA, lets swim wth the flow. PR can try again in the 14th GE.
Letihlah mengikut Anthony Loke dengan Kamarul Baharin (PKR) ni bang!!! Sorang berpura-pura seorang lagi tu pikir dia yang hebat sobab kawan Anwar sojak umur dio 12 tahun.Dah lah bang.
jenal abu.
Bang,
1) Anak Mahatdey, Mukhrizz diturunkan oleh Najib di DUN yang kuat Pas.
Najib 1 - 0 Mahatdey
2) Pah Hem Ali ditolak Najib dan ditentang oleh calun Umno di Pasir Mas. Namun anak TGNA, Nik Abduh mungkin akan terbalikkan tongkang Perkasa
Najib 2 - 0 Mahatdey
3) Zul 9/10 di letakkan oleh Najib utk berdepan dgn Khalid Samad. Ada chance kew budak Jol 9/10 neh???
Najib 3 - 0 Mahatdey
Lepas kluar keputusan PRU 13 nanti, apa tindakan Mahatdey dgn Perkasa terhadap Najib?? Muhideeen dan Mukhrizz amacam??? Nak join skali??
Ada sesiapa nak teka???? Budak2 pulis Isham sudah bersedia utk bela Najib???
Jangan lupa kata2 Mantan KPN tauu!
UMNO tahu Che Johan tu adalah anak buah Ibrahim Ali dan Brahim yang taja persekolahan Che Johan di London. Saja UMNO buat terkejut ...
Bang,
Udah ada bom MELETOP di Penang. Kocik jaa...
Testing2 kot!
Nak mula paneh ni bang!
Kalau dah berserah pd Allah s.w.t & bila BN menang PRU 13 nanti jgn salahkan Allah s.w.t pula. Ada faham? kalau tak faham tanya Pak Aspan.
Pak Aspan keliru tentang ciri-ciri buah.
Katak mana yg berbisik ke telinga kata dia panggil hujan?
Jgn undi BN. Tapi bila BR1M berebut nak mohon. Ciri-ciri manusia keliru.
Pak Aspan,
Kalau kedua-dua katak itu kalah, sekurang-kurangnya UMNO masih boleh mendabik dada kerana yang kalah itu bukan calon UMNO.
Nampaknya dalam hal ini UMNO cuba play safe di kerusi yang mereka kurang keyakinan untuk menang.
UMNO memang hebat kah kah kah....
Namun pd akhir ceritanya Nuar Brahim cabut lari ke Eropah jadi Cikgu mengajar cara-cara menjadi seorang pelakon dlm politik, pelakon dalam agama, pelakon porno & cara-cara memperbodohkan orang lain. Bukan begitu Pak Aspan yg bijaksana?
Sultan Karim...
Menarik komen Tuan Aspan...sila lihat video ini buat pejuang Pakatan Rakyat.
Medley Pakatan rakyat
http://www.youtube.com/watch?v=J0xAqD9uxIc
Pak Aspan
UMNO/BN dah kalah satu kerusi kat Pasir Mas tapi media takde pula ceritakan.
Ini kalilah
Mann
Apalah nak jadi dgn dunia ni. Saya mintak doa, kita mendapat pemimpin yang baik dan tidak zalim. Takut2 rezeki yang diambil itu tidak suci dan tidak bersekongkol dlm perbuatan tidak senonoh mereka. Sebelum kita masuk liang lahad, elok lah kita sedarkan diri dulu (note to self as well), takut2 tidak berkat hidup.
UMNO boleh sedapkan hati sebanyak mana yang mereka mahu mengikut akal sendiri. Akal dan hakikat cukuplah lain sebenarnya. Akal ada "byk noise". Hakikat adalah kebenaran.
Bang,
Ini ada kelohan dan rintihan (bukan dari D'Llyods taww!) Sedih betol bang. Lebih2 lagi bab juara Perkasa kat Pasir Mas (bagaimana BERITA mamat yang tarik dari DARI arahan Presiden umno tersenyap oleh media perdana kerana memberi LALUAN kepada anak didik Mahatdeyyy, berghaim ahlee!!) dan kes 'ANAK ANGKAT' si Jol 9/10 tu diberi layanan istimewa oleh Najib! Istimewa? atau memang nak kena TANAMM oleh Najib terhadap BUDAK Mahatdeyyy ni??? heheheheh
http://abuhassanadam.blogspot.com/2013/04/umno-bn-seolah-olah-tewas-sebelum.html
Tapi kita kena jugak baca bab ini...
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/04/25/anatomy-of-a-political-strategy/
Siapa hebat akhirnya? Najib? atau Mahatdeyyy?
Kalo bapak Najib pun dia sudah belit, maka Najib sudah sah kena main dgn Mahatdeyyy!!!
hehehe
Bang, BAGI GADO2 SATU BAKUL!!!
Pak Aspan,
Allah wajib peperangan meruntuhkan kezaliman
Salam saudara Aspanalias,
Komen saya ini mungkin tiada kena mergena deegan artikel tulisan saudara, tapi pada pandangan peribadi saya sendiri, masalah sebenarnya yang menyebabkan para pengundi begitu mudah dipengaruhi adalah disebabkan mutu pendidikan (quality of the education system). Selagi mutu pendidikan di negara ini tidak diberikan perhatian serious, maka rakyat dan masa depan negara tidak terjamin dan kita akan kehilangan 'competitiveness' baik di rantau Asia mahupun di persada dunia. Kebolehan menganlisa dan memahami keadaan sekeliling dan membuat keputusan yang berasaskan fakta kian hilang, sebaliknya 'herd mentality' di beri keutamaan.
Anon 20.50
BR1M tu bukan duit BN. Itu duit pembayar cukai termasuk saya. Cukai saya kecil sahaja, setakat bernilai 4 org penerima BR1M, tapi mungkin awak bukan pembayar cukai, sebab itu tidak terasa. Saya tidak halalkan duit yang saya bayar digunakan untuk tujuan tidak ikhlas.
Lara
Salam,
Orang-orang UMNO sememangnya berkelahi dengan rakyat pada hakikat. Rakyat tak payah nak collect point pun. Jalan je. UMNO yang terpaksa berfikir lebih kerana kena fikir balik ckp apa dekat siapa, siapa tu pulak kenal siapa lagi, ni rapat dengan siapa. Aish...terkejar sana sini jaga nama. Rakyat dah tutup sebelah mata pandang pemimpin (istighfar pandang cepat-cepat ke tempat lain. Kelahi dengan rakyat. MACAM BUDAK KECIK. Dialect nogoghi: masing2 dah tuo dah, tapi kuek kelahi.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia-:)
Saya pertama kali masuk dalam blog saudara dan ternyata pandangan kita sangat jauh bezanya-:) sy sgt yakin BN akan memenangi 2/3 dan hanya Penang yg xdpt. itu pendpt sy jak laa-:)
Post a Comment