14 April 2013

Mahathir tidak menguntungkan BN, tetapi membantu Pakatan Rakyat

Kalau kita fikir betul-betul Pakatan Rakyat patut berterima kasih kepada Dr Mahahir kerana membantu barisan alternatif itu dari dalam UMNO semasa pilihanraya kali ini. Mahathir sekarang sedang sibuk berkempen untuk UMNO yang kebanyakan tindakan beliau itu menjadi ‘counter productive’ untuk UMNO. Keadaan ini ditambah pula dengan tindakan beliau berkehendakkan Ibrahim Ali, Presiden Perkasa menjadi calon BN dalam pilihanraya kali ini. Tindakan Mahathir itu tidak selari dengan perkembangan kemajuan pemikiran rakyat hari ini.

Rakyat tahu UMNO dalam keadaan serba salah dengan kehadiran Dr Mahathir dalam urusan UMNO sekarang ini. Bekas Perdana Menteri itu menjadi beban besar kepada UMNO dan membuatkan parti itu tidak dapat melaksanakan perancangan parti dalam PRU ini kerana terganggu dengan campur tangan Dr Mahathir dalam banyak isu parti. Itulah sebabnya Abdullah Badawi akhir-akhir ini lebih mendapat perhatian sebagai seorang bekas PM yang lebih berhemah daripada Dr Mahathir.

Kita bukannya marah kepada Dr Mahathir kerana memilih untuk memihak sebab itu adalah hak individu dalam sebuah demokrasi. Tetapi yang tidak diselesakan oleh banyak pihak jika berkempen biarlah bersandarkan kepada moral dan semangat demokrasi yang betul. Adalah kurang moralnya jika beliau menjadikan isu perkauman sebagai modal kempen beliau.

Kita mempunyai matlamat penyatuan kaum sebagai agenda nasional kita. Oleh itu demokrasi kita ini mesti berlandaskan pada penyatuan kaum dan jangan sekali-kali memecahkan perhubungan di antara kaum semata-mata untuk demokrasi acuan beliau itu. Mahathir tidak perlu menyentuh isu perkauman kerana selama ini BN sendiri yang memperjuangkan isu ini. Tetapi apabila BN sudah jelas menghadapi tentangan kerana kelemahan yang lain, memilih untuk memecahkan perpaduan kaum itu adalah tindakan yang kurang bermoral.

Dr Mahathir boleh melakukan tentangan terhadap Pakatan Rakyat secara demokratik kerana beliau memihak kepada BN. Itu tidak mengapa, tetapi janganlah hendaknya terkeluar daripada lunas demokrasi yang kita sedang perjuangkan. Semata-mata kerana BN menghampiri kekalahan, beliau sanggup membinasakan asas kehidupan bermuhibbah di antara kaum itu. Dalam satu-satu tindakan kita mesti ada etikanya, ada moralnya dan lebih-lebih lagi ada agamanya. Jangan terkeluar dari garisan kerana keluar garisan itu adalah salah dan kurang bermoralnya.

Kalau hendak ‘memahat itu biarlah di atas garisan dan jika hendak bermain itu mesti berada di dalam kawasan yang ada hadnya’. Dr Mahathir adalah seorang yang begitu ‘senior’ dan beliau perlu mempunyai tata-cara yang baik untuk membantu BN itu. Kalau berhujah itu, jangan berhujah secara loyar buruk. Beliau mesti sedar yang beliau bukannya muda lagi.

Jadilah seorang ‘elder statesman’ yang dihormati. Jika tua kita mesti tunjukkan tua kita. Jangan kita tunjukkan kelemahan kita dengan melanggar budaya dan sopan kita masyarakat timur ini. Rakyat memerhatikan semua tingkah laku pemimpin dan sikap pemimpin itu menjadi isu yang utama yang dijadikan asas untuk memilih.

Demokrasi ini bukan setakat hendak menang dan mengalahkan pihak lawan sahaja. Kita mesti terima demokrasi dengan semangatnya sekali. Kalau rakyat mahukan pihak lain untuk memerintah mereka kita perlu menerimanya. Lagipun BN sudah memerintah sejak merdeka. Terimalah semangat demokrasi ini dengan baik dan jika sudah sampai masanya bagi BN untuk menduduki petak pembangkang, kita terima sahaja.

Jangan kita pecahkan rakyat berbilang kaum ini. Rakyat pun mahu melihat ‘kepanasan’ politik ini ‘disejukkan’ secepat yang mungkin. Jika ditakdirkan BN menjadi pembangkang jadilah pembangkang yang baik.

PAS dan DAP sejak dulu lagi menjadi pembangkang. Jika kali ini mereka menjadi kerajaan itu bukannya jenayah demokrasi. Mempertahankan kuasa kerajaan dengan memecahkan kaum yang berbilang itu, adalah jenayah. Jika berlaku pergaduhan hasil dari kenyataan Mahathir ini, ia merupakan hasil dari kenyataan yang ber’elemen’kan jenayah.

Memecahkan perhubungan di antara kaum itu merupakan satu tindakan ‘treason’ dari sudut moralnya, atau mungkin dari sudut undang-undangnya. Lebih-lebih lagi ia bersalahan dengan kehendak mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Kita terimalah hakikat yang melakukan peralihan kuasa itu bukannya jenayah dan tidak merupakan tindakan jenayah. Kalau Mahathir tidak mahu berperanan sebagai orang tua, biarlah kami yang di bawah ini menjadi orang tua itu.

Sekianlah bunyinya kata-kata kami sebagai orang tua negara ini. Kita ambil alih lah tugas yang sepatutnya dipikul oleh Mahathir itu. Apa yang kami perkatakan ini bukannya untuk kebaikan sesiapa, tetapi untuk kebaikan Mahathir sendiri.

Beliau bukannya bekas Ketua Pengarah KEMAS atau bekas Ketua Pengarah JASA, tetapi bekas Perdana Menteri yang paling lama mentadbir negara. Sepatutnya adalah sedikit perbezaan dengan pemimpin lain jika benar beliau itu seorang negarawan.

16 comments:

Anonymous said...


Sebagai ahli biasa UMNO, terasa sangat apa yang AA sebutkan itu. Saya frust dengan kenyataan Mahathir dalam banyak perkara. Ia menjatuhkan sokongan terhadap UMNO. Ini isu sebenarnya.

A Fuad

Anonymous said...

Syabas Bro gua suka pandangan lu .... Teruskan menulis dan semuga Bro salah seorang calon PAkatan Rakyat PRU13 ini

Anonymous said...

jika kita tua, kita mesti tunjukkan tua kita bukan nyanyuk kita....

Anonymous said...

Mahathir tersilap krn terlalu menonjol utk survival politik anaknya..
Ini menambah kuatkan tanggapan bahawa Mukhris terpaksa meminta bantuan ayahnya utk survive dan menyebabkan keupayaannya diragui utk memimpin UMNO kelak..Masalahnya Mahathir pula menganggap UMNO adalah sebuah Monarki tinggalannya dan perlu dipantau olehnya bg memastikan warisnya yg dpt memegang tampuk tertinggi UMNO bila sampai waktunya nanti..Oleh itu,UMNO sukar bergerak utk membawa dokongan dasar2nya krn permainan politik dlm parti yg lebih diberi perhatian..
Ia membawa kesan kepada kemampuan mobalisasi UMNO sendiri krn masih dipengaruhi oleh kata2 dan tindak tanduk Mahathir..
Sepatutnya Mahathir duduk dirumah dan menikmati hari2 tua sblm dijemput Allah dan bukannya lg mencampuri urusan negara yg dh 22 tahun ditangannya dahulu..
Ini sebenarnya menyebabkan momentum UMNO utk melakukan sebarang perubahan tersekat krn diganggu dari luar oleh sosok tubuh Mahathir ini..
Ditambah dengan stail Najib yg tidak tegas dan terlalu melayani karenah dan gerdik Rosmah dan org2 kanannya,menyebabkan Kem Muhyiddin Yasin mengambil kesempatan..Maka akan timbul suasana tidak sihat dan berlaku pergeseran antara pemimpin kanan dalam Parti dan menyebabkan cerita2 yg tak elok didengar oleh Rakyat krn Org2 UMNO pun punya kenalan yg x berpati dan juga kenalan dikalangan pakatan Rakyat..Maka cerita2 itu akan mudah tersebar dan menjadi bahan isu utk Pakatan Rakyat..
Berbalik kpd Mahathir,hadirnya beliau dgn komen2 yg tidak menyebelahi rakyat akan menyebabkan populariti UMNO menurun dengan kadar yg lebih cepat akibat tindak tanduk dan kata2 beliau..pendek kata Mahathir akan merosakkan apa sahaja yg dirinya sentuh..
Itulah ibarat Liabliti yg terpaksa ditanggung oleh UMNO krn org tua ini tidak percaya bahawa UMNO akan dapat menjaga Anaknya dlm parti ini..
Mahathir terlalu takut utk membenarkan Najib memacu UMNO sendiri dgn Muhyidin pula sedang dlm lajak gear yg seterusnya utk menjatuhkan Najib menyebabkan dasar UMNO itu sendiri terkesan dengan sebarang tindakan atau perancangan UMNO terikat dengan beban yg terpaksa yg ditanggungnya..Ditambah dgn kebodohan cyber trooper yg lebih suka mengambil pendekatan mencipta aib Pemimpin2 pakatan berbanding hujah2 Ilmiah,menyebabkan kualit KPI UMNO merudum teruk dimata pengundi..
Ini sebenarnya sgt2 merugikan UMNO..

Anonymous said...

assalam sdr AA, pada sy Allah panjangkan umo mamak ni dan x boleh menikmati usia tua dgn tenteram dgn asyik dgn ibadat yg sepatutnya, Dia masih kesana sini meneruskan kerosakan..pd saya hatinya jd gelap kerana bnyk sgt kejahatan2 dia dulu buatkan..paling teruk kerana menajakan fitnah DSAI tu, lps tu diikutkan oleh naji^ tu. Inilah caranya beliau diDERAkan fizikal dan otak dia tu sebelum mati. InsyaAllah Putrajaya akan dibawah PR..adalah beliau paling teruk diderakan nanti.

Anonymous said...

Kelicikan politik tun M telah sampai ke penghujungnya. Sebenarnya ilmu2 politik yang beliau pelajari dari Machiavelli memakan diri. Kebijakan beliau menyusun bibit2 ayat politik pudar bersama usia yang semakin menipis. Kita boleh menipu orang pada satu masa sahaja, dan tidak boleh menipu orang pada setiap masa. Ya ALLAH, ya tuhanku, yang maha pengampun lagi maha menyayangi, ampunkanlah muslimin & muslimat yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Siapalah kita untuk menghukum manusia yang setiap masa dalam kekurangan ilmu & iman. Sama2 lah kita berdoa untuk kesejahteraan manusia di dunia ini. ALLAH swt maha mengetahui, perancangan manusia tidak akan kemana, sebaliknya percayalah kepada ALLAH swt yang akan membalas kejahatan manusia. Bertaubatlah sekiranya ada membuat kesalahan. Amin.

MS

Anonymous said...

Anon 14.11 Masa bila Allah beritahu anda sebab-sebab TDM dipanjangkan umur? Memfitnah sesama manusia adalah dosa. Memfitnah Allah apa hukumnya? Cuba tanya guru anda yg berada di Kelantan apa jawapannya.

Anonymous said...

He should stay away from politics or contribute in a fair and constructive way in the best interest of the country, like real Statemen.

He knows he can't.....too many worries if PR take over to reveal the truth and gross mismanagement done to the country and innocent ordinary people.

ahmadyani said...

Mahathir sekarang ini seperti pemilik tanah yang telah menjual tanahnya pada orang, tapi nyanyuknya membuatkan dia asyik datang ke tanahnya dan mengutip hasil seperti tanah itu masih kepunyaan dia.

Dan yang paling bodohnya, pemilik tanah baru seperti tidak mampu berbuat apa-apa.

nan012 said...

Tuan..inilah perjuangan namanya..walaupun tuan tak bertanding tapi iklas berjuang..teruskan perjuangan !

Anonymous said...

Awak ni baru terjaga dari tidur kot.

Anonymous said...

Quite a long while ago i had said that it was a blessing in disguise for the opposition.
It was in fact actually that Mahathir and Perkasa had helped very much indeed.
They together had pushed the opposition up a few rungs without any hard work.
I do believe that when he and Ibrahim opened their mouths a lot of people are very happy. They are digging UNMO graves instead.

Unknown said...

Kita akan humban diktator tua ini ke penjara dan siasat harta harta milik dia san kroninya...ABU

Anonymous said...

Tok guru saya di kelantan kirim salam kepada ANON 14 April 2013 16:00:00 GMT+08:00

Memfitnah itu azabnya amat pedih, Contoh memfitnah DSAI dgn tuduhan liwat 1 & II, DSAI zina dgn cina doll, memfitnah mustafa ali berzina.

Anonymous said...

ahmadyani...saya suka dan sokong komen anda...

Anonymous said...

wan amir

Yes, Yes ,Yes!!