24 May 2013

Bahasa melambangkan bangsa, kata-kata melambangkan apa?

Pilihanraya ke 13 sudah hampir sebulan berlalu dan keputusan sudah pun diketahui. BN masih kekal dengan bilangan kerusi yang lebih menirus iaitu hanya 133 semuanya. Undi ‘popular’ pun jatuh di bawah yang diperolehi oleh pihak Pakatan Rakyat. BN hanya mendapat 47% undi popular dan dengan kerendahan undi popular itu menjadikan BN hanyalah sebuah kerajaan ‘minority’ dalam erti dan hakikat sebenarnya.

Entah berapa puluh billion ringgit dibelanjakan secara ‘direct’ atau secara tidak langsung untuk menambat hati rakyat untuk mendapat kemenangan 2/3 bertambah jauh. Jika dilihat daripada cara perbelanjaan menghadapi pilihanraya itu BN sepatutnya mendapat 3/3 kemenangan. Begitulah seperti yang saya perkatakan beberapa kali, kos untuk mempertahankan BN ini terlalu tinggi.

Kalaulah berbelanja sampai puluhan billion ringgit semata-mata untuk mendapat 133 kerusi sahaja ia jelas merupakan kekalahan besar BN jika dipandang dari sudut moralnya. Nasib baiklah bagi BN kerana masih ada saki baki pengundi yang masih dibeli dan dikelirukan dengan isu perkauman yang dimainkan oleh BN itu.

Jika tuduhan pihak Pakatan Rakyat wujudnya bantuan pengundi haram dalam PRU13 lalu, maka sah UMNO dan BN sudah menjadi pihak yang sudah tidak laku lagi. Tetapi itu perkara yang biasa. Ramai orang yang tidak meminati jejaka yang buruk dan tidak ada rupa, tetapi masih dikahwini oleh ramai wanita kerana wang ringgit mereka walaupun tanpa rasa kasih dan sayang sejati.

Orang yang tidak punya rupa selalunya terpaksa berbelanja tinggi untuk mengambil hati isteri yang mereka mahu berkahwin dengan mereka kerana wang ringgit semata-mata. Kekurangan yang ada kepada diri mereka ini terpaksa ditutupi dengan harta dan wang ringgit, kereta besar dan berbagai-bagai lagi untuk menampung kekurangan itu.

Sebaliknya, ramai yang tiada harta yang bertimbun, masih kekal dengan keluarga yang mereka bina dengan anak-anak yang cergas dan bersayang-sayangan antara satu dengan lain di dalam keluarga itu. Ini adalah keluarga yang mempunyai nilai yang tinggi walaupun tidak mempunyai wang jutaan ringgit. ‘Bukit sama didaki lurah sama dituruni. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah’.

Begitulah kehidupan mereka yang mempunyai nilai kehidupan yang tinggi dan sentiasa disalut dengan iman serta keperibadian yang mulia di sisi adat dan agamanya. Keluarga seperti ini selalunya adalah keluarga yang sederhana dan mempunyai keperibadian yang tinggi. Cara mereka bercakap pun tidak celupar dan mereka ini selalunya dari golongan yang dihormati oleh masyarakat sekeliling mereka.

Mereka ini selalunya kalau tidak bersetuju dengan pandapat orang lain mereka akan berkata-kata dengan kata-kata yang baik yang mampu memberikan makna yang sama dengan mereka yang celupar tadi. Mereka ini juga selalunya melambangkan yang mereka adalah dari darah dan keturunan yang baik-baik dan kita boleh tahu yang mereka mempunyai ibu dan bapa yang relatifnya baik latar belakang keluarganya. Orang sederhana ini selalu menjaga nama baik ibu bapa mereka dengan mempunyai ‘disposition’ yang baik.

Ada juga satu kumpulan yang satu lagi. Kumpulan ini selalunya bercakap dengan keperibadian perongos. Apabila tidak bersetuju dengan pandangan pihak lain mereka akan memaki hamun orang lain itu dengan kata-kata yang kesat dan menjengkelkan. Mereka ini selalunya berbangga kerana dapat mengeluarkan kata-kata nesta yang tidak mempunyai adat dan adab, jauh sekali untuk menjaga nama baik ibu bapa mereka yang membesarkan mereka.

Itu sebabnya apabila kita bergaul dengan luas, kita akan berhadapan dengan banyak perangai manusia yang berlainan latar belakang mereka. Setiap di antara yang kita gauli itu boleh kita membuat andaian yang agak ‘conclusive’. Kita boleh mengatakan dalam pemerhatian kita, ‘orang itu macam tidak mempunyai ibu bapa’ misalnya. Di dalam hati kita, kita akan bercakap ‘kesian dia tu, macam orang tidak pergi sekolah’ atau pun sebaliknya kita juga akan tahu, ‘wah anak siapa tu, baik dan elok percakapannya, mesti ibu bapanya dari orang yang baik-baik’.

Semuanya ini datangnya dari cara percakapan dan pergaulan mereka. Kata orang, hanya ‘mutu mengenal manikam’. Jangan tersalah sebut, nanti tersebut hanya ‘Muthu mengenal Maniam’ pula.

Dalam politik kita akan berhadapan dengan semua ragam ini baik dari yang menyokong pemerintah mahu pun dari mereka yang menyokong pihak yang membangkang. Apatah lagi sebagai penulis blog kecil seperti yang saya ada ini. Setiap hari saya berhadapan dengan mereka yang perongos dan tidak mempunyai sifat yang elok untuk didengar.

Selalu perdebatan di antara mereka yang berselisih faham dalam isu yang saya tulis masing-masing menghina pihak yang lain dengan kata-kata nesta yang tidak sepatutnya terkeluar dari mulut seorang yang terdidik dengan baik oleh ibu bapa masing-masing. Kata-kata mereka setengahnya tidak langsung terfikir oleh orang yang bersekolah  kerana ada kata-kata dan perkataan yang buruk seperti bodoh, bingai, bangang dan celaka terkeluar dari mulut mereka ini.

Ada yang mengatakan pihak musuhnya babi, anjing dan banyak lagi istilah-istilah ciptaan baru yang semuanya kotor dan mengaibkan. Mereka ini mengaibkan diri mereka sendiri dengan mengeluarkan kata-kata nesta ini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimanalah nasib ibu bapa mereka yang telah pergi buat selama-lamanya itu? Bagaimanakah mereka hendak mendoakan ibu bapa mereka yang sudah pergi dengan nilai seperti ini?

Tidakkah mereka mempunyai rasa kasih sayang dan hormat kepada ibu bapa mereka kerana perbuatan mereka itu melambangkan ibu bapa mereka? Bukankah kita ini datangnya dari rahim ibu kita hasil perkongsian di antara ibu dan bapa kita? Kata perbilangan bagaimana acuan begitulah bentuk kuihnya.

Kita boleh tidak bersetuju tetapi bercakaplah dengan baik kerana bercakap dengan baik pun memberi makna yang sama. Fikir-fikirkanlah pandangan ini kerana bahasa itu melambangkan bangsanya.

Dengan kata-kata kita itu ia melambangkan samada kita ini adalah dari keturunan sengkek atau dari keluarga yang bertamadun.

17 comments:

Anonymous said...

Semua orang mahu hidup aman damai dengan bijaksana dimana-mana saja dimuka bumi ini.

aminudin said...

Dalam posting AA yang lalu saya memberi komen dan saya ulangi komen yang sama dalam posting ini. Ramai yg menyokong Anwar kata, Anwar sudah bertaubat seperti Saidina Umar yang akhirnya berjuang untuk Islam. itu benar.
tetapi saya pilih Saidina Ali kerana Saidina Ali tidak pernah menyembah berhala. itu sebab gelaran Saidina Ali itu Karamallah hu wajhah, bukanya rodiallah hu an.

karamallahhu wajhah itu bermaksud muka yang bersih, tidak opernah menyembah berhala.

Salam kepada semua.

org bangi said...

Kata2 melambangkan iman di hatinya.

mo said...

Asalam ,

Jelas dlm hujjah bro zahid dan bro noh umar, adalah tempang dan sombongan yg terlalu rendah nilai budi dan bicara. Pangakat yg ada sepatut di gunakan dgn baik budi bahasa, bukan mngunakan kuasa yg ada, untuk mnjadi hero yg akhir nya tumpas di tangan rakyat.

Apa makna kata2 yg sombong oleh bro zahid dan noh umar ?? Jelas mereka ini, sudah hilang pertimbangan yg waras dan matang. Mereka dlm penilaian rakyat , mereka ini sebanr tdk layak mnajdi mnteri yg lebih baik dan matang. Yg ada kesombongan tdk bertempat.

Mereka yg di nobat sebagai mnteri dlm umno, sebenar masih belum mahukan perubahan, masih mngekalkan keadaan dan cara yg lama ?? Betullah tdk ada masa lagi bagi umno, untuk berubah, melainakan rakyat shj yg mmpu mmbuat perubahan.

wasalam .mo

Anonymous said...

Jika Saidina Ali itu Karamallah hu wajhah, Saidina Umar Al Khattab digelar sebagai Al-Faruq. Malah ada riwayat mengatakan bahawa jika tiada kerana Rasulullah SAW adalah Nabi terakhir, maka Umar Al Khattab adalah nabi selepasnya - hanya Allah yang lebih mengetahui.

Kedua-dua adalah sahabat Nabi SAW, dan kedua-dua memberikan sumbangan yang besar kepada Islam, dan keIslaman kita adalah jasa bakti para sahabat, sementara kita adalah 'Ikhwan' yang disebut-sebut Nabi SAW sangat dirinduinya. Maka apakah kebaktian kita kepada Islam atas kerinduan Nabi SAW itu?

Anonymous said...

Betul benar telahan Tuan Aspan itu mengenai bahasa menunjukkan bangsa tetapi bahasa bukannya menunjukkan agama.

Bahasa Tun Mahathir pun lembut dan simple sahaja, tetapi terlalu ramai rakyat yang sengsara dengan pembawaan beliau. Tak kurang juga Hj Nakhaie yang keluar PAS dan masuk UMNO, bahasanya agak rapi dan tersusun berbanding Hassan Ali. Tetapi Hassan Ali lebih pandai berniaga dengan bahasa berbanding Tuan Aspan.

Bagi seorang pejuang parti atau politik, bahasa mestilah keras sedikit berbanding bahasa penulisan. Tak kanlah nak berpidato bercakap dan berhujah dengan bahasa yang terkemut-kemut dan meleleh (macam Tuan Aspan berceramah di Kedah sebelum PRU13), jawabnya kita akan disuruh untuk bertukar pentas ke forum politik UMNO di Sri Pentas TV3 atau Forum Perdana Ehwal Islam anjuran TV1 lah. Maaflah atas kritikan.

Anonymous said...

Terbaik boss...hasil didikan ibu baoa dan tahalluf politik PR
Àsri, Kbg Pasu, Kedah

Anonymous said...

Terbaik...kesan didikan ibu bapa dan tahalluf politik PR

Anonymous said...

Aminuddin....

Mengaku sahajalah yang Saidina Ali tu adalah Rasul pujaan kamu (fahaman Syiah) tak perlu berbelit-belit bercerita yang membayangkan kamu itu adalah pendokong dan penyokong Syiah.

Umar Ibnu Khatab adalah salah seorang dari Khalifah Islam yang termasyur dan ternama kerana sifat tegas dan belas beliau terhadap rakyat jelata.

awangbatuburok said...


Salam Tuan Aspan,

Kalau YAB PM boleh sebut "haram jadah" dalam ucapan resmi, apa nak heran kalau macai-macai menyebut perkataan yang lebih lucah dan jijik lagi...

Anonymous said...

Salam pak Aspan
Pandangan pak aspan memang betul sekali tetapi berapa ramai yang setuju dengan pandangan ini.bagi saya terdapat dua jenis golongan manusia di malaysia
Yang berakal dan yang terlebih akal. Yang berakal akan pandang sesuatu dari segi sederhana dan yang terlebih akal yang selalu mencari jalan untuk berkuasa dan mencetus huru hara semata mata untuk kepentingan diri dan kaum keluarga.Ada satu cerita cina YOung N dangerous yang kata kata dari cerita itu memang betul kisah begitu geng leader menaruh dengan anak buahnya dalam satu pertandingan muai thai dimana geng leader telah beri peluang kepada pengikutnya untuk memilih dulu siapa yg akan menang.tentu pengikutnya akan pilih yang tengah top.jadi petaruhan diantara mereka dan akhirnya peninju underdog menang.jadi apa kata geng leader itu. ...no.1 duit no.2 duit n no.3 duit....ini hari saya menang sebab duit kerana saya telah beli peninju kamu untuk kalah.moral disebalik adalah duit adalah raja segala raja yang lain manusia tetap akan dolah dalik untuk menghalalkan wang haram.jadi kata kata semua ada makna haram jadah anjing dll memang semata mata untuk tuhan duit duit duit.kita tahu apa yang sedang berlaku di negara kita dan bagi saya satu hari semua akan runtuh macam domino dan semua rakyat akan lihat dan tahu the real picture.yang penting adalah semua patut bersatu dan tolak habis habisan racism kerana kita anak Malaysia.

Anonymous said...

Haram jadah, menghalau pindah negara, tinggal dihutan - kata-kata pemimpin yang sudah tidak relevan sebagai pemimpin

Anonymous said...

Seorang penjaja makanan akan berkata dengan sopan dan lemah lembut untuk menarik pelangan.Dia juga memastikan kualiti dan kebersihan makanan kerana itu cara untuk mencari rezeki yang halal, tak akan penjaja makanan mampu buat yang lebih baik dari seorang pemimpin.

Anonymous said...

Salam

Ada- ada sahaja kamu semua ni.

Sebenarnya ada yang nak bergaduh lagi, kan, tapi bila Pak Aspan tegur, maka digunakanlah bahasa yang molek sedikit. Gelihati saya bila ada yang menuduh seseorang yang lain pengikut Syiah. Cepat saja buat judgment?

Hahaha memang lawak. Terima kasih la semua kerana menceriakan duniaku. Dan dunia Pak Aspan juga, betul kan Pak?

Media massa 'perdana' sekarang suka papar iklan pujuk rakyat bertenang dengan iklan 'Senyum' dan radio sekarang suka pasang lagu ' Rilek Brother'. Hahaha. Boleh padam ke api post PRU13?

Aminah Jazilah Abu Bakar
(Sedang sibuk ni tapi menyibuk jua di blog orang ...)

Anonymous said...

betul lah tu. tapi macamana kalau org yg muka, cakap, kelakuan nampak baik tapi sebenarnya dia menipu? contohnya org cerita pasal nabi, saidina, umar , ali sedangkan dia tak pernah jumpa pun mereka seumur hidup mereka. tapi mengada-adakan cerita pasal mereka, walaupun ia cerita baik tapi kalau tak penah jumpa, kau tak pasti jgn buat cerita, itu tipu namanya. kalau setakat baca kitab hadis kau tak dapat pastikan jgn main ckp je. Cuba tanya sheikh yg tulis buku kitab yg kamu baca boleh ke dia bagi jawapan yg pasti pada kamu? boleh ke org mati menjawab kebenaran pd yg hidup? jgn silap2 dusta nabi cukuplah. sapa yg lebih jahat? yg pastinya ahli kitab.

ikram said...

Saya setuju untuk mencuba percya pada Anwar Ibrahim ni. Stakat ni masih gagal..saya akan cuba lagi...saya janji.

Anonymous said...

Salam. Pak Aspan. Tampaknya masalah kepimpinan menjadi punca perpecahan ummah. Bahkan di mana-mana peradaban dan masyarakat zaman berzaman manusia berbunuh-bunuhan dan berperang kerana soal kepimpinan ini. Tetapi sedari kecil kita diajar oleh para agamawan kita bahkan sehingga keperingkat universiti bahawa Nabi tidak pernah menunjukkan siapakah pemimpin selepasnya. Bahkan dikatakan pula urusan ini ditinggalkan kepada ummat untuk dimesyuaratkan. Sedangkan Nabi ketika hayatnya memberi pengajaran dlm seluruh aspek kehidupan termasuk dalam sekecil kecil perkara seperti memotong kuku. Maka saya membuat penelitian yang sangat mendlm tentang perkara ini hampir 25 tahun. Rumusannya Rasul yang mulia sebenar-benarnya telah menunjukkan kepimpinan selepasnya secara jelas tetapi bangsa Arab dan sebahagian besar ummah telah mengkhianati baginda. Wahai saudara2ku yang beriman ini bukan persoalan Ali atau Umar. Abu Bakar atau Muawiyah. Apabila arahan Nabi dikhianati ummat sebenarnya mengkhianati Allah. Pak Aspan,j esteru itu ummat Islam ditimpa bala2demi bala, bencana demi bencana.