28 May 2013

Pakatan Rakyat elok boikot Parlimen dan DUN-DUN seluruh negara

SPR hari ini mencabar Anwar dan Pakatan Rakyat untuk memboikot Parlimen jika benar-benar yakin ada penipuan dalam pilihanraya 13 yang baru lalu ini. Timbalan Pengerusi SPR, Dato' Wan Ahmad mencabar Anwar untuk memboikot Parlimen. SPR seterusnya mempersoalkan Pakatan Rakyat kenapa menerima keputusan yang memihak kepadanya (PR) di Selangor dan Pulau Pinang.

Cabaran SPR ini wajar diterima oleh Anwar kerana sememangnya tidak bermoral jika Anwar dan PKR menerima keputusan itu jika berkeyakinan ada penipuan besar dalam PRU yang lepas ini. Tetapi bagaimana pula penerimaan PR terhadap kemenangannya di Pulau Pinang dan Selangor? Kata Dato' Wan Ahmad, mereka yang menyertai perhimpunan itu adalah orang yang sama yang menerima keputusan pilihanraya di Pulau Pinang dan Selangor.

Adakah perlu Pakatan Rakyat menolak kemenangan di kedua-dua negeri itu kerana penipuan tentunya berlaku di negeri-negeri ini juga. Jika Anwar benar-benar jujur dengan tuduhan itu maka beliau sepatutnya memulakan ‘initiative’ untuk membubarkan Dewan-Dewan Undangan negeri Pulau Pinang dan Selangor kerana berkeyakinan berlaku penipuan yang besar-besaran dalam pilihanraya yang lalu.

Kita tunggu reaksi Anwar terhadap cabaran SPR ini dan reaksi dari Anwar merupakan satu perkara yang sangat ‘interesting’ untuk disaksikan bersama-sama.

Bagi saya dan tidak kurang ramainya di bawah ini, bukan tidak bersetuju dengan ‘rally’ itu, tetapi perhimpunan itu elok dilakukan setelah Mahkamah memutuskan kesahihan ada berlakunya penipuan itu. Bukan sedikit jumlah orang yang akan turut bersama dalam perhimpunan itu jika benar SPR telah melakukan kecuaian dengan penipuan besar-besaran itu.

Tetapi jika Anwar tidak menerima cabaran untuk memboikot Parlimen dan menolak keputusan pilihanraya termasuk di Selangor dan Pulau Pinang itu maka Anwar akan dipersoalkan keluhuran niatnya mengadakan perhimpunan-perhimpunan itu. Bukan tidak ada cara bagi sesiapa untuk memaksa SPR dibubarkan setelah didapati benar-benar penipuan itu dilakukan oleh badan yang menguruskan pilihanraya negara ini.

Tetapi biarlah penipuan itu disahkan oleh pihak Mahkamah dahulu. Apabila selesai semua kes yang dibawa ke Mahkamah itu barulah kita tahu di mana penipuan berlaku dan di mana penipuan tidak berlaku. Maka jika tidak terdapat penipuan itu di Pulau Pnang dan Selangor maka tidak payahlah mengadakan pilihanraya di kedua-dua negeri itu.

Tetapi jika Mahkamah pun tidak diyakini boleh memihak pada yang benar, maka Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh Anwar ini juga jangan menerima keputusan pilihanraya di Pulau Pinang dan Selangor itu.

Jika terbukti ada penipuan yang besar-besaran saya sendiri akan turun bersama-sama yang ramai untuk menyertai perhimpunan itu. Mungkin ramai yang akan menjawab hujah ini yang Mahkamah pun tidak akan mengadili isu ini dengan adil, maka elok kemenangan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor juga wajar ditolak oleh Anwar. Seperti tuduhan Anwar penipuan berlaku di mana-mana, maka tentulah ia juga berlaku di kedua-dua buah negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat itu.

Apabila Mahkamah mengesahkan penipuan juga berada di kedua-dua negeri itu, maka pilihanraya mungkin terpaksa dilakukan di negeri-negeri itu. Jika tidak sabar untuk melalui SOP yang betul untuk menyelesaikan isu ini saya juga ingin bersama meminta agar Pakatan Rakyat menolak bulat-bulat keputusan pilihanraya di seluruh negara.

Pakatan Rakyat mesti memboikot Parlimen dan semua Dewan-Dewan Legislatif di semua negeri dalam Negara kita ini. Semua ahli-ahli Legislatif yang mewakili Pakatan Rakyat wajar memboikot persidangan di kedua-dua Dewan Legislatif Persekutuan dan negeri-negeri dalam Persekutuan ini.

Di Selangor kesemua 44 orang Dewan Undangan Negeri Pakatan jangan hadir dalam sidang Dewan Undangannya. Begitu juga di Pulau Pinang kesemua 30 orang Dewan Undangan Negeri itu jangan memasuki Dewan Undangan semasa persidangan DUN negeri itu.

Di Dewan Parlimen pula biarlah 133 orang ahli Dewan Lagislatif dari BN sahaja yang hadir sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung dengan isu penipuan ini. Kalau sudah tidak sabar lagi menunggu penghakiman mahkamah itu maka, sementara ini boikot sahaja semua Dewan-Dewan Legislatif Persekutuan dan Negeri-Negeri itu.

55 comments:

Anonymous said...

Macam mana kalau kita terajang Ketua-Ketua Besar dalam SPR dan letakkan mereka yang berintegriti mengendalikan suatu pilihanraya umum baru di seluruh Malaysia, bukan sekadar di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan saja.

Muka memang la nampak bangang...bila bercakap lagi jelas bengapnya.....

Anonymous said...

Spr sepatutnya letak jawatan tapi tidak meletak jawatan sementara menunggu keputusan mahkamah.

Unknown said...

saya tak setuju dengan boikot........

Wan ahmad ni bercakap KURANG AJAR.... jelas sekali ckp mcm orang UMNO, bukannya orany yang NEUTRAL.....

Sekian...

Anonymous said...

Anda mahu tunggu keputusan mahkamah sebelum bersetuju untuk membuat tuduhan bahawa memang wujud penipuan dalam pilihanraya yang lepas ?

Jika mahkamah mengatakan bahawa penipuan yang dilakukan oleh SPR halal kerana mahkamah tiada kuasa nak mengharamkannya, apakah saudara juga bersetuju dengan keputusan itu ?

Ini adalah permainan pemimpin BN... Mereka bergantung nasib pada penipuan ini. Jika mereka kalah bermakna mereka hidup dalam mati.

Anda mungkin terlepas pandang bahawa pilihanraya adalah satu perjudian yang diterima pelbagai pihak. Tidak ada yang haram melainkan semuanya halal.

Jika mahu menang judi mesti pandai tipu... Tak percaya sila tanya pengerusi SPR.

Anonymous said...

Tidak payah boikot parlimen atau dun... Setuju atau tidak dengan keputusan pru 13 atau gaya penipuan spr, wakil-wakil rakyat pr perlu bergerak sekarang & beri tumpuan kepada tugas membangunkan masyarakat dan negara. Itu lebih penting untuk menjamin kejayaan di pru14...

Anonymous said...

Kalau dah pasti ada penipuan walupun beluam di buktikan, boikot dewan undangan negeri dan parlimen. janganterima semua keputusan pilihanraya.

bacik

Anonymous said...

Anon,
macam mana w rakyat pr hendak bergerk secara betul kerana pr juga yang kata kemenangan semua pihak tidak saha kerana penipuan? Oh sendiri menang terima, orang lain menang itu tipu...baghal!

majid

Anonymous said...

Entah! budak budak pakatan ni kata pilihanraya tidak saha. Kenapa yang menang dgn tiket pakatan itu masih senyap sunyi? Letaklah jawatan.

Anonymous said...

Sekiranya anwar setuju untuk boikot,apakah pas,dap,azmin dan yg lain akan bersetuju.inilah masaalah dalam pakatan rakyat terutama pas.sekarang mereka letak segala beban dan kesalahan atas kepala anwar.

Tanpa anwar PR tak akan jadi kenyataan,tsunami pru tak akan terjadi.pas juga susah utk menang di kawasan selain dari kelantan.dap juga begitu.
Fikir2lah bagaimana nak beri sokongan penuh pada anwar dan jangan jadi musuh dalam selimut.jangan buat kenyataan ikut sedap mulut.

Khabir said...

Come on lah brader. 1% silver nitrate. What court decision you waiting for. There was fraudulent tampering with a fraud detection device. There must be a re-election!

Anonymous said...

Setuju cakap Aspan.Kalau Anwar ade telu..syorkanlah jangan ada ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat angkat sumpah. Lebih afdal lagi jangan ambik elaun jugak.

Batu Ronson

bumi-non-malay said...

WOW...sejak bila SPR/EC jadi mouth piece - mulut UMNO racist??

Sungguh pandai cakap macam itu IGP kata Anwar tumbuk sendiri.......harap dia Hijrah keluar negara sebelum Rakyat Bantah Bangkit terhadap rumahnya....kita tunggu Bantah Raksaksa....tengok berapa Rumah Polis FRU boleh Kawal...

Tipu Pilihanraya, Turun Jalanraya.

indelible Ink yang tak INDELIBLE harus deKECAM oleh Sultan/Agong agar pru 13 diadakan sekali lagi. ITU KPI SPR/EC yang menunjukan Perkakas UMNO ni tak mahu BERTAUBAT!!

Anonymous said...

salam aspan alias,

I respectfully submit that boycott will not solve the electoral complaints; PR should rightfully petition to the election court to highlight all the anomalies of the electoral system now.

PR should continue to work on their *cheated* mandate and serve the people and at the same time petition to the court to look into the problems.

otherwise; BN and their cybertroopers will keep on barking that there are no evidence or shred of evidences of misgivings during the GE13.

like you said; we should all have to give and take but what is wrong with the misgivings of the systems ought to be pursued in court to hihglight to people once and for all to show such frauds.

Otherwise; this will just be buried in the sand and no one will right the wrong.

passerby

Anonymous said...

Dont just only boikot the parliment, boikot GE14 too. No point go for election if there is gerry mandering.

Anonymous said...

Kalau hendak sangat boikot, sepatutnya boikot masa penamaan calon, biar umno bn menang tanpa bertanding.Sudah lumrah didunia belum cuba belum tahu, sudah kena baru tahu.bukankah selagi belum kena tipu selagi itulah kita tidak kenal si penipu.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan;

SPR menampakkan perangai majoriti penjawat awam. Tak buat kerja, tak tahu buatkerja, malas kerja, buat kerja tidak ikut peraturan(SOP)buat kerja kerana takutkan BOSS.

Dipihak PR sudah tentu meluahkan rasa takpuas hati kerana sebahagian besar isu yg diutarakan tidak diambil tindakan olih SPR aatau tindakan yg diambil sambil lewa/acuh tak acuh sahaja.

Meletakkan SPR dibawah Parlimen sepertimana yg di cadangkan olih beberapa pihak adalah satu cadangan yg perlu diberi perhatian, kerana disini semua pihak dapat memantau perjaalanan SPR dan mengodit kerja2 yg sepatutnya dilakukan sepanjang tahun.SPR juga tak perlu mengikut telunjuk kerajaan yg memerinyah pada hari itu.

Bab2 perhimpunan ini perlu dihentikan, kerana terlalu banyak masa dan wang ringgit dibazirkan(walaupun bukan duit makbapak saya). PR fikirkanlah cara lain untuk menghambat BN dalam mempercepatkan urusan pilihanraya yg telah lalu.

pandangan iklas .....Myi


Anonymous said...

Toi

Anonymous said...

I am in my 50s Based on my many years of watching elections in Malaysia Election petitions rarely succeed It's a pointless task That is why BN has been in power my whole life They know how to play the game and hide it very well The issue of Banglas is just a diversion
People like Anwar and senior PAS people should know all the tricks I guess Pakatan just did not have the money to counter the tricks Some like postal and early voters overwhelmingly voting BN is just impossible to counter
Malaysia does not practice democracy that's it
Too bad for Anwar he would have been a good PM

Anonymous said...

Buat apa nk boikot. Dh la nk menang sikit punye susah, lepas tu nk boikot masuk dewan. Mmg betul penipuan berlaku dengan berleluasa, tp kene dibuktikan dengan "bukti". Tu sbb pr menamakan sekurang-kurangnya 27-30 kerusi parlimen akan difailkan petisyen sbb hanya dpt bukti kat situ je. Kalo bn x pueh ati kata pakatan menipu, failkan la juga petisyen.. Adoiiii dengan segala jentera berpihak kpd bn, masih x percaya penipuan berlaku. Kalo spr setuju nk adakan pengundian semula 1 malaysia pun, aku rasa pr xde hal la tp bn xkn setuju. Alasan bn senang je "nak mampos buat lagi skali"

Sekian

Anonymous said...


Are the ordinary people be denied good leaders/managers/supervisors to properly and successful run the country?

Until basic trust of the institutions is restored, the country is going nowhere.....the ultimate victims will always be the ordinary people.

Anonymous said...

Penipuan itu hanya tuduahan sahaja sehingga di buktikan. Kalau sebelum menunjukan bukti sudah tahu mereka ditipu maka mereka pun bukannya wakil rakyat yg betul. Maka eloklah jangan hadir di persidangan dewan. Belum tunjuka bukti dah buat keputusan. Ok, kita terima ada penipuan maka kerajaan Selangor dan P Pinang bukanlah kerajaan sah!.

jamil

Frank said...

Saudara Aspan, jangan ditipu dengan rhetoroc Puak UMNO.

Biatkan Parti Parti Pakatan selesai masalah mereka.

PR is yet t find their own water level.

Jangan chamour tenor dengan buah buahan dalam sari bakul.

You are confusing two separate issue... One is resolve allegations of fraud and irregularities. To ask Anwar to bubar parliament and ADUN Is playing to the mischief of UMNO and engage in sarcasm.

I say let this all unravel and see where the cards fall for Anwar and Pakatan.

Yes you want or balance your views, the political climate generated by both sides will even out on its own. Both sides are going for a zero sum game.

The voters have spoken, it is now for leaders from both sides to sort it . Let them sort it It is too early to know what is the outcome. Don't try to dilute what Anwar or Najib want to do to iron out the voters' expectations.

Anonymous said...

Please don't believe Anwar. He is making use of you guys for his personal ultimate. It's a bad taste for one to believe him.

Anonymous said...

Both Najib and Anwar should go. They are political pests, the offshoots of Dr M. Remebmer that everyone.

Anonymous said...

Wan Ahmad SPR buat lawak bodoh pulak.
Kita nak pihak yg main kotor dan menipu aje undur.

Election Commissioners Thailand disumbat penjara 4 tahun. Rakan sejawatan di Malaysia tunggu ya...

Seribu tahun tak lama, hanya sekejap saja

Inikan sebulan dua :-)

Anonymous said...

senang lah hati dorang kalau boikot...

kene bezakan perangkap ler, kata orang buat jahat jangan sekali buat baik berpada pada ok...


rally tu tunjuk intro jer, kalau berani main tipu lagi kita rempuh jer SPR lepas ni,

nan012 said...

Tuan..spr ni sepatutnya bukan dibawah jabatan perdana menteri..tukar pengarah spr pun tak guna..kena letak dibawah parlimen sepatutnya..

Anonymous said...

Anwar's obsessions to be the PM will stop him at nothing. He wants nothing, and at all expense he wants to be the PM.

As for me, he has to settle his moral issues first. Only then he can start thinking to be anywhere he wants.

Ex MCKK

Anonymous said...

Jawab soalan ini, kenapa keputusan di P Pinang di terima. Kenapa yang lain di terima. jangan jadi alat Anwar ibrahim sahaja.

zuk

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan!

Saya masih tak memahami kenapa orang melayu ni masih tak faham-faham. Sekarang ini Anwar bukanlah isu cuma dia menyampaikan apa yang sedang berlaku dalam negara. Orang melihat kebobrokan Anwar tetapi sebenarnya pemimpin seperti Mahathir, Najib dan dalam umnolah yang menjadi duri dalam daging rakyat Malaysia. Saya berkali-kali mengatakan yang rakyat Malaysia bukan bertanding pilihanraya dengan penyokong BN, tetapi sebenarnya berlawan dengan segala penipuan SPR.

Buktinya saya sejak dari usia remaja lagi berkali-kali menangkap pengundi hantu yang datang dengan berbiji-biji bas pada hari pengundian terutamanya pada PRK. Bila ditangkap, polis menyuruh masuk balai polis lepas tu lepas begitu saja.

Baru-baru ini SPR ada mengeluarkan kenyatan, yang mengatakan petisyen pilihanraya tidak dapat mengubah keputusan piliharaya. Tengok tu. sah lagi bersuluh yang SPR ni memang kaki penipu dan mengeluarkan kenyataan yang sungguh tak bertanggungjawab, semata-mata untuk memenuhi kehendak tuannya itu iaitu BN.

Sememangnya PRU yang lalu penuh penipuan. PR sebenarnya patut boikot Parlimen dan DUN dan piliharaya diadakan semula sebab banyak ketidaktelusan berlaku. Rakyat sanggup keluar undi semula sebab itulah yang rakyat mahu supaya BN tak perintah negara ini lagi akibat penyelewengan harta negara yang sangat meruncing.

Quiet Despair said...

Well go on. Boycott. But they will not be sworn in.and lose their seats in the House
Knowing that power crazy Anwar, he will not forgo it.
Sendiri buat sendiri rugilah.

Anonymous said...

Spr sudah panas punggong..kes penipuan pilihanraya telah di ketahui di seluruh dunia..dlm amalan demokrasi,nama malaysia telah busuk..kerana spr tidak neutral..

Pilihanraya semula yg di awasi oleh pemerhati dari pertubuhan bangsa bangsa bersatu (PBB) adalah langkah terbaik untuk memuas hati semua pihak..dikalangan rakyat malaysia sendiri..sape yg tidak kenal umno serta bn..dlm isu penipuan..

Penipuan bersama umno/bn adalah sinonim..kerana pemimpin yg lahir dari umno/bn sendiri hasil dari penipuan kepala mereka..mahadey...

Pru semula adalah cara terbaik...

Anonymous said...

Jika di kaji semula akan tindak tanduk pemimpin umno/bn serta perubahan polisi atau dasar kerajaan 3-4 tahun sebelum pru 13..kita akan ketahui bahawa kerajaan bn akan melakukan penipuan pru dan tidak akan menerima kekalahan dlm pru..antaranya-

Penarikan balik kuasa anggota rela untuk menahan pendatang asing dan skim 6P..supaya pendatang asing boleh digunakan sebagai penngundi hantu.

Perbagai program bersama tentera dan polis seolah tentera diletakkan dlm polis..kerana selama ini tentera di bawah kuasa Agong dan selalu bersama rakyat

Insiden lahad datu sebelum pru..selepas pru..skrg senyap je..

Dakwat kekal tetapi tidak kekal cuba digunakan buat pertama kali eolah olah untuk tumjukkan spr neautral...

Dan banyak lagi perubahan yg dilakukan oleh kerajaan sebelum pru..untuk memenangkan bn dlm pru..

Anonymous said...

Kebanyakan petugas petugas sementara spr adalah kakitangan kerajaan terutama guru guru...1-2 hari sebelum tarikh pemgundian..najib telah merayu kepada kakitangan kerajaan supaya menolong...jika nak pecah lubang akan penipuan pru..adalah juga kakitangan tersebut...

Penipuan dlm pru telah menjadi isu besar dan masalah kepada negara..mungkin ketika ini petugas spr dan kakitangan kerajaan yg menjadi petugas sementara spr dlm kepanasan kerana membiarkan saja penipuan atau terbabit sama dlm penipuan pru...Allah Maha Melihat..bongkarkan penipuan pru..agar selamat di hari akhirat..dan rakyat malaysia selamat dari malapetaka..

ulitmayang said...

Tahniah Tua AA

pendapat saya spt di bawah

PERTAMA
pilihan yang dibuat oleh DSAI , dalam menganjurkan perhimpunan aman [ kecuali tidak dipersetujui oleh ahmad yaakob ,, harun taib & azmin ali SAHAJA , yg mesra umno ] , adalah menurut kaedah yg betul

- sudah 55 tahun rakyat ditipu umno & mahathir
- sudah 13 kali pilihanraya rakyat ditipu

KEDUA
adakah kita hendak tunggu mahkamah berlaku adil ?
adakah kita hendak menunggu hakim bersikap adil ?

dan selepas itu baru kita hendak memilih , nak bertindak atau tidak ?

kepada rakyat malaysia , yg sudah lama tinggal di malaysia , & tidak pernah tinggal lama di luar negara , sudah tentu tahu bagaimana semua agensi & jentera kerajaan dilacurkan , khususnya dan terutama nya di zaman mahathir ?

sangat curiga , sekira nya ada mana2 pihak yg masih waras [ kecuali sudah gila , atau sudah dibeli oleh umno ] masih mempercayai mahkmah & hakim di malaysia adalah adil

walapun , PKR akan menfailkan petisyen sebanyak 27 , an PAS sebanyak 18 ,,,, jangan harap hakim & mahkamah akan berlaku adil & menerima bukti2 yg sangat kukuh itu , bagi menjustifikasikan diadakan semula pemilihan

kalau ada pun mungkin 1, atau 2 sahaja , sebagai pengubat luka SAHAJA

begitu lah jahat nya perancangan mahathir dlm memperalatkan semua agensi & jabatan kerajaan

Anonymous said...

Salam
Undi Rosak melebihi undi majoriti?..Siapa yang menentukan rosaknya undi kalau bukan 2 orang wakil calon yang mengesahkannya depan ketua tempat mengundi di setiap saluran..

Pengundi hantu? Apa istilahnya..pengundi bangla , Pakistan , indon yang baru menetapkan setahun dua sudah mendapat Mykad dan boleh mengundi..Siapa yang bagi Mykad..mesti Jabatan Pendaftaran Negara..kat JPN ada orang BN dan PAKATAN..

SPR pun ada dua Team..Team BN dan PAKATAN..Undi Petugas SPR pun ada yang menyebelahi PAKATAN..Apa cerita?..Pengundi Hantu BN ( Bangla ) sudah dikenalpasti..Pengundi Hantu PAKATAN ( PEKERJA gro Taiwan / Hongkong / China di Penang dan Selangor ) sudah dikenalpasti ke atau memang wujud ke..

KITA SEBENARNYA SAMA DAN BARANGKALI TAK BERAPA SERUPA..TETAPI PERANGAI POLITIKNYA SERUPA.,TETAPI BILA BERGADUH KITA AMAT SERUPA SEBAB DI MANA PUN KITA AKAN BERGADUH LEBIH-LEBIH LAGI DI PADANG BOLA..BERGADUH JE..MALU LAH PADA GENERASI MUDA!!!

Anonymous said...

Salam
Bila hakim lepaskan Tian Chua and the Gang..Wah bukan main puji sangat Hakim tersebut..tapi bila petisyen yang belum masuk mahkamah lagi dah terus hukum..dulu kata anwar dihukum sebelum mahkamah bersidang..sekarang Pakatan pulak menghukum mahkamah yang belum tahu bila nak bersidang..Gila betul anwar ni dan terus membuat orang terus mengila

Anonymous said...

Belikan daftar pemilih dan ganti semua kakitangan spr baru adalah pilihanraya semula kalau tidak ada pembersihan dlm daftar pengundi tiada guna adakan semula pilihanraya.

Anonymous said...

Boycott means states will have no government. Not in the interest of the people. Pkatan will have to find a way out of this conundrum. Protests should proceed. When the Press is free. When TV and Radio is free, then stop the protests. We can then have full debates out in the open. This is what the majority can be satisfied with.

Anonymous said...

Tahniah Dato Wan SPR . Orang PR ni, bila kena batang hidung mereka, macam cacing kepanasan. kena masuk perangkap sendiri yg di sedia oleh SPR, baru terduduk. Yang depa menang, senyap je. tapi yg BN menang, sibuk seluruh dunia. Goblock.

mo said...

Asalam,

Penipuan tdk berlaku di mana2, hanya ada kesempatan dan kesilapan penipuan akan berlaku . Misal nya, tdk semua bank kena tipu dan hakikat ada bank yg kena tipu. Klau dakwat sudah mmbuktikan pada rakyat, behawa dakwat kekal yg di hujjahkan spr...adalah kekal..namunm hakiakt tdk kekal. Jelas itu adalah ketempangan berlaku dlm spr itu sendiri ?

YG jelas , mnjadi persoalan pada rakyat yg mmpunyai pemikiran yg kretis, jelas spr tdk mndpat

Anonymous said...

Isu boikot Parlimen dan DUN adalah kenyataan paling merepek dan melalut yang pernah dikeluarkan oleh SPR.

Tuan Aspan, tolong lah jangan ulas kenyataan yang merapu macam ni.

rafisolleh said...

Salam.....nak menang bukan main susah.....nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong pun kena rompak....

Anonymous said...

Pak Aspan.. bagaimana sekiranya hakim mengesahkan berlaku penipuan semasa PRU lepas..walaubagaimana pun hakim tidak mampu buat apa2 keputusan disebabkan undang2 petisyen itu sendiri yg menyebelahi pihak yg menang (Bn).. adakah kita hanya patut berdiam diri & tunggu pru seterusnya...atau turun ke jalanraya...??

mad said...

siapa pemilik sebenar produk bernama 'demokrasi' ini? tolong bagi tahu tuan punya produk ini bahawa jenama produk mereka sudah dicemari dan diubah-ubah, tidak lagi menyerupai wajah asal produk. bagi tahu mereka utk mengharamkan produk yg telah dicemar dan kalau boleh saman dan tangkap dalang-dalang yg mencemar produk mereka. bagi tahu pensabotaj produk ini agar mencipta produk mereka sendiri dgn jenama sendiri, jangan guna produk jenama 'demokrasi' ini jika memandai nak mengubah.

gunalah jenama sendiri misalnya 'malaysiatrokrasi', dimana rakyat negara lain boleh mendaftar sebagai pengundi dan boleh mengundi lebih dari sekali. org berceramah pula boleh dibaling dengan batu dan diganggu dgn mengadakan konsert rock bersebelahan tempat ceramah. ini cuma misalan saja, tidak berlaku di alam nyata. tentu banyak negara lain ingin menggunakan sistem 'malaysiatrokrasi' ini kerana ianya memang holistik. saya tak paham maksud holistik tapi inilah perkataan kegemaran pm & tpm semasa kempen pru lalu. sekian.

Anonymous said...

Tau pula takut kalau betul nak menghumban BN yg sudah korup dan menipu bertahun2 apa salahnya kalau Anwar sambut saja cabaran SPR tu
Bukan main lagi tuduh najib takut debat
Kalau betul Anwar berani.demi rakyatnyayg tertindas berpuluh tahun akibat kerakusan BN.. Nah ambil dan terima cabaran tersebut
Jangan munafik la penyokong PR

Anonymous said...

Anon 18:23,

"....tp kene dibuktikan dengan "bukti". "

Saya bersetuju engan hujah sdra diatas bahawa setiap tuduhan perlu dibukti.

Soal mengeluarkan bukti ini jatuh kepada kedua-dua belah pihak: pihak yang menuduh untuk menguatkan tuduhannya dan pihak yang dituduh untuk menyangkal tuduhan. Tuduhan dan penafian dengan statement mulut tak boleh pakai kerana orang boleh beranggapan itu putarbelit untuk melindungi kesalahan yang ibuat je.

Pihak yang menuduh perlu mengemukakan bukti-bukti yang pihak dituduh memang melakukan penyelewengan. Terdapat sekurang-kurangnya 3 cara pihak yang menuuh boleh mengemukakan bukti mereka:

1. membuat laporan polis mengenai aspek-aspek penyelewengan yang didakwa engan membawa bukti-bukti. Sekarang ini beberapa repot polis telah dibuat mengenai dakwat yang didakwa kekal tetapi tidak kekal. Pihak polis wajib menyiasat secaa adil.

2. Mengemukakan terus kepada pihak yang dituduh bukti-bukti untuk dinafikan oleh pihak yang dituduh dengan bukti-bukti juga DAN MENGHEBAHKAN KEPADA UMUM APA YANG DITUDUH BESERTA BUKTI, BILA DIHANTAR KEPADA PIHAK DITUDUH KERANA INI MASAALAH PRU BUKAN MASAALAH 2 PIHAK BERTENTANGAN TETAPI MENYENTUH PERLEMBAGAAN DAN HAK MUTLAK RAKYAT.

PIHAK YANG DITUDUH HENDAKLAH MENJAWAB SECARA RASMI DENGAN BUKTI-BUKTI PENAFIAN MENGGUNAKAN CARA YANG SAMA. JUGA.

3. Pihak yang menuduh boleh mengemukakan dan menggunakan saluran perundangan yang dibenarkan.

Pandangan yang mengatakan bahawa pembangkang seharusnya menggunakan hanya saluran undang-undang aka petisyen adalah cetek dan berkepentingan.Bila berkepentingan, ia menjadi sesuatu yang double standard: orang lain semua tak boleh, aku semua boleh! Pandangan ini selalunya dipegang oleh penyokong-penyokong UMNO.

Macamana tak double standard - kita ambil contoh siri-siri demonstrasi oleh UMNO dan NGOnya di Pulau Pinang dan Selangor khususnya. Buat apa ereka demokrasi, ikutlah sifir sendiri iaitu gunalah proses undang-undang, dakwa/saman kerajaan negeri-negeri tersebut, tak payah demo. Jangan ikut cara pembangkang.

batu cincin





Anonymous said...


When one cheats and got caught, one lose all credibility.....the results are grossly tainted and unreliable, no excuses will be entertained.

Ordinary people are deciding on the future direction of the country....election fraud is serious criminal matter and must be resolved quickly.

Another election should be held immediately with independent observers for long term benefit of the country.

Anonymous said...

AA,

PR harus terima kekalahan.Bila masa PR boleh menang?.Saya dari awal telah meramalkan PR tidak akan berjaya di PRU 13.Petisen hanyalah alasan.Semuanya yang tak kena dengan PR terutama ketua dayus mereka Anu-war.Sorry bro.I will never vote for PKR.

Din Klang

Anonymous said...

Itu bagi org yg nampak dan melihat dari kemampuan intelektual yg waras bro. tp bagi yg memang dah bangang@baghal, tak nampak semua tu sbb 'mata intelektual--- power of thinking & power of reasoning ' dah tak berfungsi. Mereka nelihat dan berfikir dgn mata nafsu... dpt sedikit habuan, terus dijual maruah diri. Hal ini saya tuju kat orang yg buta hati dan kpd mrk yg sabotaj parti tak kira la apa pun kedudukannya.. presiden ka, ketua bahagian ka, ketua pemuda ka.

Anonymous said...

Wak Arpan, saya pembaca regular maklulah USJ dan Subang Jaya dekat sangat. Tapi tulisan Wak sejak akhir-akhir ini agak lain macam bunyinya?? Ada apa-apa ke atau tempua dah mula bersarang rendah?

abdullah kl said...

Salam Pak Aspan,

Matlamat PR adalah untuk menawan Putrajaya dan kemenangan diperingkat negeri merupakan perintis kepada kejayaan tersebut.
Rasanya Pak Aspan ariff perihal ini. Dengan sokongan rakyat mutakhir ini kepada PR yang telahpun dibuktikan dengan undi popular 51%,
sepatutnya PR layak menerajui negara ini selepas PRU13 yang lalu. Persoalannya bukannya kemenangan PR di Selangor atau Pulau Pinang,
tetapi PR sepatutnya menang lebih banyak kerusi lagi dan berjaya menawan negeri-negeri yang lain juga.
Ini yang dinafikan oleh SPR melalui proses pengundian yang berat sebelah. Ahli Parlimen / ADUN PR tak perlu letak jawatan,
teruskan kerja dengan bersungguh-sungguh sambil kita berdoa kepada Allah semoga petisyen yang difailkan memihak kepada PR.
Bukankah doa itu senjata orang mukmin.

Anonymous said...

PR telah mengenalpasti kawasan Parlimen dan DUN yang telah berlaku penipuan dan akan membawanya ke mahkamah.

Perhimpunan adalah media PR untuk memberitahu kepada rakyat adanya penipuan sebab media tv & suratkhabar dikawal oleh BN.

Memboikot Parlimen dan DUN adalah kerja bodoh kalau mengikut saranan Timbalan Pengarah yang sebenarnya kaki penipu dan penghasut.

Jadi PR dan penyokongnya yang bijak dan sabra hendaklah meneruskan perjuangan masuk ke Parlimen dan DUN demi rakyat sambil menunggu keputusan mahkaman walaupun keputusannya akan pincang.

Zak

Anonymous said...

Salam tuan aspan..
Saya melihat hanya dua aspek yg menjadi tunjang kepada ciri2 lain menjadi penentu kepimpinan umno..

Mahathir
1,cerdik
2.jahat

Pak Lah
1.kurang cer
2.baik

Najib
1.kurang cer dn byk penasihat
2.jahat

Muhyidin
1._ _ _ _ _ _belum tahu
2.Baik

So nmpknya kriteria utama untuk memilih pemimpin tertinggi umno ialah kriteria no 2.kerana itu akan membentuk segala ciri pada pemimpin tersebut dn survival umno

Org Datuk Keramat

Anonymous said...

SPR ini dah jadi spt ahli komponen parti UmnoBN lagaknya.

Perlukah kemuka cadangan dan kenyataan bodoh sebegini? Sungguh memalukan.