Dalam keadaan kedua-dua pihak pembangkang
dan parti kerajaan sedang berperang mulut berhubung dengan banyak isu, keluar
pula kenyataan yang sangat mengelirukan dari Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato'
Alias Ahmad. Mengapa dan kenapa kenyataan yang sangat mengelirukan ini
dikeluarkan, hanya beliau sahajalah yang tahu.
Dato' Alias telah mengeluarkan
kenyataan bahawa Jabatan Imigresen mempunyai hak untuk membatalkan pasport
rakyat Malaysia
yang mengkritik kerajaan di luar negara dan ini tidak dapat diterima.
Mengkritik kerajaan yang memerintah adalah hak rakyat negara ini dan ia boleh
dilakukan di mana-mana, samada di dalam atau dari luar negara.
Kita bersetuju rakyat yang
mengkritik dan memburukkan negara itu wajar diambil tindakan seperti itu,
tetapi setakat mengkritik kerajaan yang mereka anggap rasuah dan menyalahgunakan kuasa itu bukannya mengkritik negara. Jika seorang rakyat mengkritik
kehadiran sistem negara seperti kedudukan Raja-Raja Melayu dan apa yang berkaitan
dengannya adalah salah bagi negara ini dan wajar pasport mereka dibatalkan.
Tetapi jika seseorang mengkritik
kerajaan yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa dan membantutkan usaha
memperkayakan perpaduan kaum itu tidak salah dan adalah ‘ultra-vires’ jika
tindakan diambil terhadap rakyat itu. Jika semua kritikan terhadap kerajaan itu
membolehkan pasport mereka terbatal maka negara kita seolah-olah sebuah negara
yang zalim dan tidak bertamadun.
Rakyat dan pemimpin yang meminta
pertolongan kuasa asing, misalnya CIA, untuk menumbangkan kerajaan, itu adalah
tindakan yang jahat dan perlu pasport mereka itu ditarik balik atau dibatalkan terus. Tindakan ini adalah tindakan memusuhi negara dan Yang Di
Pertuan Agong, maka mereka wajar dibatalkan pasport mereka.
Tetapi jika setakat mengatakan
Najib atau Muhyiddin sebagai pemimpin yang tidak sesuai dengan negara, itu
adalah isu politik dalaman dan tidak sepatutnya pihak imigresen membatalkan
pasport mereka. Tuduhan seperti itu pun sememangnya ada kebenarannya.
Apabila kita mendengar kenyataan-kenyataan
seperti ini dikeluarkan oleh mereka yang memegang amanah untuk mentadbir
jabatan dan negaranya, kita amat khuatir dengan jenis apa negara kita akan
berada pada masa-masa yang akan datang.
Saya secara peribadi berharap
Ketua Pengarah Imigresen itu akan membuatkan pencerahan yang betul kerana
ramai rakyat yang sedang tertanya-tanya kenapa kenyataan itu keluar dalam waktu
yang sangat panas ini. Adakah kenyataan itu untuk menyediakan pemikiran rakyat
yang jika ada pimpinan mana-mana pihak yang akan dibatalkan pasportnya nanti,
rakyat diminta tidak bertindak dengan cara ganas atau apa?
Ramai yang sangat keliru sekarang
ini. Ada pihak
yang menggunakan kuasa sejak berdekad-dekad lamanya. Ada pihak yang telah merasakan akan dapat
menggantikan kuasa sudah begitu celupar untuk mengambil tindakan dan
memenjarakan pihak yang akan digantikannya itu.
Kalau hendak ambil tindakan pun
biarlah setelah kuasa diperolehi. Tidak perlu bercakap besar di atas nama
ketegasan dan pembaharuan. Apabila ternampak 'rusa di hutan tembak dahulu baru
bersorak'. Tetapi mereka ini bersorak baru hendak menembaknya. Belum pun sempat
menembak rusa sudah cabut lari.
Bila rusa sudah lari, marah-marah
pula kepada semua orang kerana kesalahan sendiri itu. Diri sendiri tidak pernah
bersalah.
16 comments:
Sidia ni bakal jadi macam Khir Toyo yang bagi penyapu pada pegawai daerahnya dulu,tunggu dan lihat bila sudah tidak berkuasa akan dikambing hitamkan oleh kerajaan yang bernama UMNO
Betul kata sdr AA. Yg nak menggantukan pun tak semenggah.
A choice between the devil and the deep blue sea. i salute you sir for being courageous in giving your true opinion.
I changed my stand just ours before voting after the threatening statements from Anwar. Not only me, my whole family did.
A day later I found that my neighbor and family too changed his stand for the same reason.
Thank god
As far as I am concerned, Anwar is already too far from being the alternative leader.
Let him bring along his rallying group anywhere he wants.
Let us regroup and correct our own passed mistakes
I don't know whether you like my first on your blog Mr Aspan.
To Wong from Rasah Jaya, don't decide anything as yet. Let us see who leads BN after this. If it is still Najib and gang plus Soi Lek, lets forget BN forever.
On pakatan side, if that group is led by Anwar lets forget them too. Thus, there is no presentable leader from either side.
Orang macam saya ni macam mana dia org nak batalkan passport saya, sebab saya tak ada passport pun. Saya dah bankrap di sebabkan projek saya di mainkan oleh pemimpin umno tuan. Saya tidak peduli umno ke, Anwar ibrahim ke atau siapa ke. Mereka sama saja tuan.
Tun Daim says Anwar is a stage entertainer. What's your comment sir.
Berpuluh tahun lamanya rakyat msia d kelirukan dgn istilah mengkritik kerajaan,mengkritik pemimpin kerajaan,mengkritik org parti kerajaan,mengkritik pegawai kerajaan dan menjatuhkan kerajaan,menumbang kerajaan,menukar kerajaan walaupun dgn peti undi semuanya d anggap salah apa nak jadi dgn msia
All of us are brought up to FEAR the authority/government for various reasons.
If you want REAL liberation and freedom, Anwar is the man....he understands its true meaning.
Ordinary people RESPECT him....not fear.
Bila kalah dalam PRU 1969, Mahathir kritik hebat Kerajaan Malaysia. Pasport beliau dibatalkan ke? Pak Lah dan Rais Yatim semasa dalam Semangat 46 juga berbuat demikian. Sebenarnya KP Imigresen ni bukan org pertama buat kenyataan bodoh. Beberapa bulan dulu KSU Kementerian Pertahanan (rasa saya diarah oleh Menteri kerana Menteri tak sanggup buat kerana memang kenyataan bodoh)mengatakan bekas-bekas jeneral yg mengkritik kerajaan boleh ditarik balik pangkat jeneral mereka. Pangkat dah tak ada pada mereka, bagaimana nak tarik balik. Kalau begitu bekas PM pun boleh ditarik balik jawatannya? Kalu nak mengampu pun biarlah smart sikit.
bagi yg tak tau mana nak pilih anwar ke najib, pls throw away your brain. you can't donate it as it is useless. you had to make a choice, as simple as that.
bukan pengampu.
Yes anon 17:28, Anwar knows how living in fear is. So that may be the reason why he chose to threaten ordinary people like me just days before the GE.
Seperti yang saya katakan berkali-kali. Itulah dia tahap mentaliti pimpinan negara hari ini. Apo nak di kato! Pilihan rakyat jelato.
Isu tembak rusa: Adoi Pak..Podih, berdontom terkono tembakan. Sorak punyo pasa ruso lari, terkono plak badan sendiri.
Over confident punyo pasal pakai sodap hati jo lotak calun bodek payung terjun. Kat Sori Menanti (Tompek Pak Aspan le) adik dio kat Kuang (N13) Kakak plak. Koba eh..orang bernamo-namo, akhirnyo duo-duo lingkop.
Peh tu marahkan orang lain plak.. biso..biso..
Mohd Zuki
Nurul izah tidak dibenarkan melawat sabah..mengkritik kerajaan pasport akan dibatalkan...kelihatan najib cuba menakutkan ahli peniagaan dan golongan berpendidikan tinggi..
Pentadbiran najib ingin rakyat malaysia kelihatan bodoh..seperti lembu dicucuk hidung..dan di bawa seramai ramai mat mat bangla bercampur gaul dgn melayu..supaya otak melayu tidak berkembang supaya nmpak banggang seperti ahli majlis tertinggi umno..yg diam membisu,buta dan tuli.dgn apa yg berlaku di malaysia..
Proof that the country is run by morons, voted by morons. Enough said.
Nampaknya kerajaan nak guna model brainwash macam korea utara? Semua rakyat korea utara puja pemimpin mereka macam tuhan. Anak2 kecil di brainwash sejak pra sekolah. Hiburan, berita, semuanya menunjukkan tiada cacat cela langsung dalam pemerintahan. Apa saja pemimpin buat betul belaka...kalau cuba lari dari negara, kena tembak sampai mati. Macam ni ke Malaysia nak buat? OMG...
Si Alias ni hanyalah seorang kakitangan kerajaan yg tak mungkin membuat kenyataan tanpa arahan menteri . Nampsknya zahid telah membawa kebodohan beliau ke kdn.
Woi ngok! Nak jadikan malausia ni negara komunis ka
Post a Comment