06 May 2013

Mana lebih baik, MCA kekal dalam atau keluar dari BN?

Lebih dari setahun yang lepas MCA pernah berjanji, jika parti itu tidak berjaya mengekalkan apa yang mereka perolehi dalam PRU12 yang lalu mereka tidak akan menyertai kabinet BN. Awal pagi tadi MCA telah membuat kenyataan yang parti itu tidak mahu menyertai kabinet kerana parti itu tidak mendapat sokongan kaum Cina dan rakyat keseluruhannya.

Jika begitu MCA wajar berada di luar BN kerana dengan berada di luar BN, ia akan memberikan lebih impak terhadap kehadirannya dalam politik tanah air. Kaum Cina telah menunjukkan sikap yang jelas mereka rela tidak berada di dalam kabinet kerajaan kerana mereka tidak dapat menerima ketirisan ekonomi dan politik yang wujud di dalam BN itu sendiri.

Jika terjadi perkara ini, maka Malaysia akan mempunyai lanskap politik yang baru dan dari situ semua pihak akan dapat melakukan apa yang terbaik untuk memperbaiki keadaan negara hari ini. Keputusan pilihanraya semalam menunjukkan yang MCA hanya mendapat lima kemenangan di kerusi-kerusi yang mereka tandingi dan ini menunjukkan dengan jelas yang kaum Cina mahu melangsungkan perjuangan untuk mendapat sebuah kerajaan yang bersih dari segala kemungkaran politik dan ekonomi negara ini.

Saya bukan ahli MCA tetapi hanya sekadar memberikan ‘input’ sebagai rakyat Malaysia yang tidak mahu berundur daripada memperjuangkan kebersihan dalam kerajaan sekarang ini. Sikap kaum Cina jelas dan tegas, iaitu mahukan sebuah kerajaan yang bersih dan beramanah. Jika MCA berada di luar BN maka secara automatik akan memberikan lonjakan sokongan oleh kaum Cina terhadap parti itu.

Jika kita teliti dari ‘trend’ pengundian semalam, jelas yang kaum Cina memilih untuk memberikan sokongan berdasarkan kepada ‘racial line’ dan DAP telah meraih keuntungan besar walaupun cita-citanya untuk menikmati kuasa itu gagal sama sekali. Seperti yang saya perkatakan semalam, apa yang ditentukan oleh Tuhan itu ada hikmahnya dan mungkin hikmah itu akan kita sedari dalam masa yang terdekat ini.

Mungkin berada di luar BN adalah cara yang baik untuk MCA menjadi relevan untuk kaum Cina. Lagipun, DAP yang melaungkan ‘multiracialism’ itu pun tidak menampakkan ketelusan perjuangannya kerana DAP tetap, malahan lebih jelas lagi adalah sebuah parti kaum Cina yang tegar.

Mungkin dengan sokongan kaum Cina kembali kepada MCA itu memungkinkan apa yang dihajati untuk melakukan kebaikan bagi kerjasama semua kaum itu akan dapat dirasai selepas ini.

Yang penting MCA wajar menunjukkan kejantanannya sebagai pejuang untuk partinya itu dengan berada di luar BN, kerana selagi parti itu berada di dalam BN, MCA tidak mungkin dapat melakukan apa-apa kerana ‘obligation’ politik yang kuat sebagai ahli Barisan Nasional itu.

Selama ini persepsi ramai yang MCA itu hanyalah parti yang dicucuk hidung oleh UMNO itulah yang menyebabkan sokongan kaum Cina merosot sebegitu teruk sekali. Hakikatnya UMNO itu tidak akan kembali pulih selagi tidak ada perubahan dalam barisan kepimpinannya sekarang ini. MCA akan terus hanyut bersama UMNO dan tidak akan pulih kembali selagi mereka berada di dalam BN itu.

Kita lihat perkembangan ini sehari dua ini. Apakah MCA benar-benar akan menunaikan janjinya tidak mahu turut serta dalam Jemaah Menteri Persekutuan itu?

32 comments:

Anonymous said...

Dasar parti yg paling sesuai di msia yg majmyk ini ialah pkr. Tapi persoalan skrg apakah pkr akan dapat kekal survive jika tanpa anwar? Sepatutnya anwar mula berundur secara perlahan lahan dan memberi ruamg kpd talent yg sesuai spt nurul izzah utk memimpin. Sifat dan watak nurul izzah yg islamik mampu memikat org melayu dan beliau jua diterima oleh bukan melayu. Umno hanya parti rasis spt jua dap dan kedua2nya tidak sesuai lagi utk msia di masa depan. Suka atau tidak jika kita mahu msia maju dan berdaya saing ,sokongan semua bangsa adalah penting di masa depan. Politik adu domba dan divide and rules hanya akan membawa kpd kemunduran kerana bakat2 yg bijak akan berhijrah ke negara lain dan yg kekal di msia nanti hanya mat rempit dan mat dadah.

Jamal Majid said...

Salam saudara Aspan,

Saya rasa kaum Cina bukan mengundi DAP along 'racial line' tetapi lebih kepada kemahuan untuk perubahan.
Kemenangan besar PR di Selangor membuktikan ini. Malahan PAS Selangor mengautkan lebih kerusi di Selangor berbanding PRU12 atas bantuan pengundi Cina juga. Pengundi Cina berjaya menolak momokan isu hudud yang dimainkan oleh khabar STAR, NST dan parti MCA serta Gerakan sendiri.

Pengundi Melayu pula yang mempunyai access kepada media alternatif pula berjaya menolak momokan isu ancaman terhadap Ketuanan Melayu dan Islam yang dimainkan oleh UMNO/Perkasa beserta media Utusan, BH, RTM dan TV3.

Malahnya pengundi Melayu yang kurang access kepada media alternatif terutama di luar bandar termakan dengan momokan tersebut.

Saya lebih berpendapat trend pengundian PR13 ini bukan sangat berdasarkan 'racial line' tetapi lebih berdasarkan access pada informasi yang membawa kepada 'political awareness'.

Anonymous said...

Cina pembayar cukai yg besar berbanding bumiputera, mereka tahu kemana pergerakan wang cukai mereka.Masakan mereka merelakan duit cukai mereka dikendurikan oleh perompak2 bertauliah negara.

Anonymous said...

At this juncture, MCA may consider to change their "struggle" to multi-ethnic based, so that greater pressure is placed upon existing racial based parties and therefore expedite the evolution of political parties away from "divide & rule" and racial politic. It will be a good service to our nation.

lufang said...

Tahniah DAP kerana telah berjaya dalam PRU 13 ,dan berjaya menerajuai kepimpinan pembangkang diparlimen dengan jumlah kerusi terbanyak.

PRU 14 kelak harus berjaya menerajuai kepimpinan kerajaan Malaysia yang baru kelak.

Anonymous said...

Sekarang akan kita tengok sifat UMNO sebagai kerajaan, tak payah lagi berlakun macam 1Malaysia (tapi sebenarnya 1KorekMalaysia) - kita tengok betapa Bully Besar dia akan jadi kepada kaum minoriti.
Memang tidak benar kaum Cina mengundi ikut DAP kerana DAP itu Cina, mereka mengundi Pakatan tak kira calun itu warna apa, termasuk PAS dan taktik MCA megenai hudud pun tak berkesan menakutkan hajat mereka untuk membuangkan kerajaan yang begitu korupt kotor sekali. Begitu juga belia mengundi. Kalau tidak mana PR dapatkan Undi Popular lebih 52%?

Anonymous said...

Chinese is more concern about integrity, corruption, justice and rule by law. A need base rather than by race base. Pg urban chinese voters for example do not mind to vote for PKR or PAS candidate who are non chinese instead of BN.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Ada 3 pemimpin yang berjanji untuk berundur.. Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Chua Soi Lek..

Chua Soi Lek telah berjanji untuk berundur melalui kenyataan akhbar nya. Secara lisan beliau telah memenuhi janji untuk berundur, secara praktikalnya.. kita tunggu dan lihat.

Nik Aziz telah memulakan langkah awal untuk berundur dengan berihat dari menjadi MB..

Cuma sedang menanti apakah Anwar akan mengotakan janjinya untuk bersara jika gagal menjadi PM. Tiada kelihatan tanda awal bahawa beliau akan mengotakan janjinya namun kita tunggu dan lihat sejauh mana janji beliau boleh di percayai.

Dalam pada DAP dan PAS telah menerima keputusan pilihanraya ini, Anwar dilihat seperti masih enggan mengakui. Agak malang kerana Anwar akan mencipta nama sebagai seorang ketua pembangkang yang gagal mengucapkan tahniah kepada pemenang.

Saya mengandaikan bahawa DAP dan PAS menerima dengan hati terbuka akan keputusan rakyat atas faktor bahawa mereka telah dan angkat angkat sumpah jawatan MB dan Ketua menteri..

Saya berpendapat MCA akan kekal dalam BN. MCA telah terbukti adalah rakan setia dalam BN.

Anonymous said...

I strongly agree with saudara Jamal Majid
statement "Saya rasa kaum Cina bukan mengundi DAP along 'racial line' tetapi lebih kepada kemahuan untuk perubahan."
I am Malaysian Chinese. Before 308 election, there is no other alternative other then BN. Pass 308,with the formation of PR, it create a viable alternative so resulting in the huge swing of chinese vote during GE13.

We also like to see the establishment of 2 party system where it create check and balance. One of the reasons why Malaysia are facing with many problems is there was no check and balance for the pass 55 years. Without proper check and balance, all party will turn corrupt.

Anonymous said...

Aspan Alias

Please work closely with DAP leadership to get more Malay to join DAP if you have good ideas. Don't wait for DAP leadership to approach you. You can arrange meeting with them and discuss. There are many DAP leadership you can approach...like Tony Pua....Antony Loke...LKS...LGE....etc....

Anonymous said...

Kalau begitu terpaksalah umno ditukar kepada ummmno - united malaysian malaysia mamak nations organisation

Anonymous said...

Umno should not continually be in state of denial. Accept gracefully that rakyat is fed up of corruption nepotism and cronyism and bullying in BN. Rakyat wants drastic change on matters affecting their everyday lives.

I agree with 21:52 and 21:57. Even if racism exists (it exists in most countries anyway), it should be dealt with stealthily behind closed doors; not to stir up emotions and be a distraction to continue UMNO's tradition of plundering, corruption and cabinet incompetence.

Anonymous said...


What do you mean we vote along racial line? Please do not cause racial tension. We voted for PAS and PKR. For instance, Batu Pahat vote for a Malay representative. Is that voting along racial line?

Anonymous said...

Dear Aspan, I am proud of you, you have helped the Malay to be in power being the supporter of BN and forming the government. We the Malay do not need the Chinese, our beloved prime minister should form his government cabinet consisting of the trusted supported ie the BN members UMNO and Sabah serawak.

Let see the Chinese survive with their choices and please support them aspen, soon they will consider you as a liability for helping them leading this path.

We must think using our brain and not our heart. Serve you right Chinese and Aspan, please read and learn history.

Anonymous said...

Apa nak heran Aspan..Tahun 1969 pun macam. Tu jugak..MCA kalah teruk dan mereka tidak mengambil sebarang pun jawatan Kabinet. MCA bangun semula selepas tu.

Saya rasa sejarah tersebut akan berulang lagi.

bumi-non-malay said...

lebih baik MIC + MCA + Gerakan bubarkan Party dan minta ROS tubuh Parti MACAI UMNO. Merekan hanya orang suruhan UMNO aje. Bodoh Sungguh kata tak nak Jawatan menteri, MIC begitu tak guna pun minta jawatan menteri atau timbalan.

Macam UMNO, MCA dah tak tahu siapa yang atau apa yang diperjuangkan....hanya DUIT Korrupsi dan derma $$$ dari Taiko dan samseng.

Sekaran ROS kata 85% orang undi, UMNO 46%, pakatan 56%?? kerana sebenarny UMNO-BN dapat 41% kalu tidak projek IC/EC, bangla, nepali, Pakistani...dll... Bangkit Bantah penipuan.....macam kat Sabah dulu. Dalam 20 Tahun mampus malaya

Anonymous said...

org cina di malaysia sememangnya bijak berpolitik...samana mca menang atau dap menang..mereka akan mendapat keuntungan...malah sebelum pru lagi mereka telah mendapat imbuhan imbuhan yg berpihak kepada bangsa cina seperti bantuan kewangan serta pertambahan sekolah cina...

kadang kadang terfikir bahwa kerajaan bn atau kerajaan negeri pakatan adalah proxy bangsa cina...cuma masa yg belum menentukan mereka untuk memegang tampuk teratas dlm pemerintahan kerajaan persekutuan...

mca akan tinggalkan bn jika adalah terbaek untuk membuat umno terduduk..kerana mca telah lama memakan hati dengan umno..kerana kekayaan negara..yg kebanyakan di bolot oleh pembesar umno...dan kecewa hanya sedikit kekayaan tersebut disalur semula untuk kegunaan semua kaum di malaysia...

malah mca..harus berkerja kuat,muhasabah diri dan bertaubat atas perbuatan buruk jika ingin kelihatan seperti dap dan pkr dlm mengambil hati bangsa cina...tiada bezanya mca,gerakan dan umno dlm segi salah laku kuasa...

org cina dlm mca lah yg mengajar org umno apa itu..rasuah,lumba kuda,no ekor,spa,body to body masage hatta mengenai perniagaan sonsang yg lain...

mca dan umno seperti dlmkapal yg sama...`U jump..I jump`..cuma sape yg pandai berenang dan ada kelengkapan keselamatan yg akan selamat...samaada mca didlm atau didlm kerajaan...sbenarnya mca tengah nazak..hanya menunggu kematian..sambil membawa kekayaan yg ada ke dlm kubur...

AbuHaneef said...

minta izin untuk memetik kata-kata tuan yang sangat bernilai ini untuk dimasukkan ke dalam facebook saya, t.kasih

"...apa yang ditentukan oleh Tuhan itu ada hikmahnya dan mungkin hikmah itu akan kita sedari dalam masa yang terdekat ini".

IH,Melaka

abu said...

Kenapa anuar perlu berundur, dia masih menang dipermatang pauh....x perlu undur anuar, rakyat sentiasa dibelakang mu utk malaysia lebih berjaya tanpa penipuan terancang yg terang-terangan.

Anonymous said...

Bro Aspan, you have to have trust. Some old habits are hard to give up. Unconsciously a lot of people think they are not inclined to be perjudiced but they are. They stubbornly deny it but other people can see the OBVIOUS and the sceptic wonder why people are cautious of them. Sooner or later their true self will show, something will trigger it.

My advice to the sceptic, search deep within yourself, why you feel the way you do.A genuine and sincere person need to learn to trust and the trust will be yours.
Even cats can instinctively tell whether a person is a cat lover.

awangbatuburok said...

Salam,

Saya rasa lebih baik Tuan Aspan tumpukan pemikiran dan tenaga untuk memperkukuhkan lagi gabungan Pakatan Rakyat dan merubah pemikiran perkauman yang sempit yang masih wujud dalam pemikiran segelintir anggota komponen PR.
PR lebih relevan dan mampu untuk menyelamatkan rakyat dan negara tercinta, InsyaAllah.

Biarkan UMNO, MCA terjun dengan labunya. Majoriti rakyat
Malaysia telah menolak mereka berdasarkan kpd jumlah undi popular melebihi 50%....

Anonymous said...

jom berubah , reduce ketirisan as we are good tax paymaster

Anonymous said...

If they have any dignity left, they should leave BN and become a PR friendly party to respect the wishes of the Chinese community and start a rebuilding process.

By the way, I enjoy your blog, i am an avid follower (everyday) the articles are all well written. Although my written Bahasa is not good, my understanding of BM is OK Iam 58 and Chinese and from the old English medium era.

Anonymous said...

salam pak aspan,

saya kurang setuju pandangan pak aspan mengatakan pengundi cina mengundi dap dsebabkan racial line yg dwujudkan oleh dap.pada pengamatan saya pada hari pengundian kebykannya pengundi cina tidak kisah mengundi pas,pkr ataupun dap asalkan bn ( umno, mca , mic & parti yg bersekutu dgn bn ) tumbang & dpt dkalahkan.saya rasa pak aspan kna selalu trun kbwh & selami semangat masyarakat cina yg inginkan msia bebas dri rasuah & semua bentuk pyelewangan yg ada skang ini & bukan sbb semangat rasis sperti najib & the geng katakan.kalau pak aspan kata parti dap tegar dgn 'kcinaannya',pak aspan ptt bantu & caloborate ngn leaders dlm dap yg lain agar dap lebih multiracial parti & segar dmata penduduk msia.saya rasa teguran & pandangan pak aspan dpt dterima dgn baik oleh leaders dlm dap kalu nak dbandingkan dgn parti lama pak aspan.salam.

Anonymous said...

I wish to add to my earlier comment about MCA leaving BN. I am an average working class Chinese, I do not vote along racial lines, that have never been my consideration when voting but only on the issues and at this juncture PR to me is on the right side of history.

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Saya amat menghormati and sokong kebanyakan pandangan2 yang saudara telah utarakan di sini sebelum ini. Tapi kali ini saya rasa saya tak boleh hanya jadi pembaca senyap and pohon untuk memberi pandangan saya tentang undi cina yang saudara sebut sebagai mengikut garisan keturunan.

Saya tak boleh nak cakap untuk pihak cina lain yang saya tak kenal. Tapi saya boleh katakan dengan penuh yakin bahawa saudara mara dan rakan2 repat saya yang berketurunan cina semuanya undi untuk PR. Tak kira daripada PAS, PKR ataupun DAP.

Saya rasa pengundi2 keturunan cina yang masih tegar menyokong BN juga telah mengundi untuk semua calon BN tanpa mengambil kira samada calon itu daripada UMNO, MIC, MCA atau mana2 parti anggota BN yang lain.

Saya harap jangan hanya disebabkan oleh sikap segilintir pemimpin cina atau pun pengundi cina yang didapati bersikap perkauman yang keterlaluan, semua keturan cina dianggap sama.

Sikap pelampau ini wujud dalam mana2 keturunan sekalipun, tak kira cina, melayu, india atau keturunan lain. Lebih baik kita usah ambil kira and beri terlampau banyak tumpuan untuk kumpulan kecil ini.

Cukuplah lebih daripada 50 tahun kita bermain politik perkauman. Sudah sampai masanya kita bergandi-bahu dan menyumbangkan kekuatan masing2 untuk membangunkan negara kita dari semua segi. Negara2 lain dah jauh meninggalkan kita.

Abu Amir said...

Tak perlu kata cina hanya sokong DAP saja. Buktinya PAS & PKR disokong kuat oleh rakyat cina sebabnya ramai cina kata kpd saya mereka tak kira kaum apa( colour blind) asalkan bukan umno/bn.

Sebenarnya PR disokong sepenuhnya oleh kaum cina.PR disokong Melayu pertengahan, profesional, urban dan pengundi muda lelaki. Manakala umno/bn disokong oleh melayu kampung,felda, miskin bandar, setingan,penduduk rumah kos rendah,pprt. Pengundi umno/bn terutama melayu warga emas, wanita dan pengundi muda wanita.

umno/bn telah ditolak oleh majoriti rakyat malaysia, 52% sokong PR. Silap mata SPR,JPN dan sokongan polis telah merampas kemenangan dari PR.

awangbatuburok said...


Pembetulan;


Salam,

Saya rasa lebih baik Tuan Aspan tumpukan pemikiran dan tenaga untuk memperkukuhkan lagi gabungan Pakatan Rakyat dan merubah pemikiran perkauman yang sempit yang masih wujud dalam pemikiran segelintir anggota komponen PR.
PR lebih relevan dan mampu untuk menyelamatkan rakyat dan negara tercinta, InsyaAllah.

Biarkan UMNO, MCA terjun dengan labunya. Majoriti rakyat
Malaysia telah menolak mereka berdasarkan kpd jumlah undi popular untuk PR melebihi 50%....

Anonymous said...

Salam..

Ibni Ismail 6 May 2013 23:19:00 GMT+08:00

Tuan,

Anwar akan bersara, setelah kebenaran terbukti.

BENAR TETAP BENAR..
Saya menyokong DSAI 101% seperti kata Zulkifli Nordin yang bertanding di Shah Alam..

Anwar/Pakatan Rakyat adalah Pemenang sebenarnya.

UMNO/BN sejak dari dulu tidak sah kalau tidak menipu. Tidakkah KAU lihat muka Najib yang pucat sepucatnya semasa mengumumkan kemenangan tipu beliau??....TIDAKKAH KAU BERAKAL..

ADAKAH NAJIB PM YANG SAH SEKARANG???...ADAKAH SAH SUMPAH BELIAU???...

MOHON SULTAN BUKA MATA DALAM HAL NEGARA INI. JANGAN SAMPAI RAKYAT KECEWA DAN BENCI DENGAN INSTITUSI RAJA KITA MALAYSIA.

PRU13-SARAT DENGAN PEMBOHONGAN- KENAPA SEMASA PENGIRAAN, BOLEH TERJADI BLACKOUT BUKAN DI SATU TEMPAT, TETAPI DI KEBANYAKAN NEGERI..PETI UNDI HILANG, PETI UNDI BERTAMBAH...

KALAU UMNO/BN NAK TIPU BUDAK TADIKA BOLEH LA, KAMI RAKYAT YANG BIJAK.

SAYA SOKONG ANWAR 100%....

MARI RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN, KEADILAN, KEINDAHAN IMAN BANGUN BANTAH DAN MINTA KEADILAN PILIHANRAYA BERSAMA.

BANTAH..
BANTAH...
BANTAH...

SPR UNDUR...SPR UNDUR..SPR UNDUR...
MEMANG CILAKA PENGURUSI SPR...
DAJJAL LUUU...

ismail sabtu said...

Benar Umno yang ada Umno tipu. Itu Umno Mahathir. Tapi kita mesti ingat Anwar Ibrahim juga adalah penaja kepada Umno baru itu bersama dr mahatir. Ingat itu ya?

salam

ismail sabtu

Anonymous said...

maaf tuan, anda pun spt ada unsur perkauman. kenapa xmelihat DAP sbg pakatan yg bergabung dgn pkr dan pas sptmana MCA dlm BN tetapi melihat DAP sbg 1 parti hanya utk cina? malu saya dgn sikap org melayu yg sentiasa sangsi dgn kaum lain. DAP dlm pakatan itu sedia lagi bg org melayu bertanding d kerusinya dan calon melayu DAP menang PRU .walau menang byk d parlimen tp DAP mau juga anuar jd ketua pembangkang. adakah MCA pernah bg calon melayu bertanding? mcm na dgn UMNO ? pernah? nk tau napa Allah tangguhkan kemenangan pakatan. supaya makin ramai membenci BN atas usaha jahat mrk sebelum semasa dan setelah pru. saya tak pernah melihat org ramai dr kecil sampai besar membenci BN seteruk begini lbh2 lg selepas pru. sampai ada yg bg azam xsabar mau tunggu next pru mau kalahkan BN. tuan x percaya? tuan blh trn sabah tanya . anak2 muda amat2 geram dgn BN. kwn2 dusun sanggup bergaduh dgn mak bapak yg berkeras nk undi BN. ni bukan main2 tuan2, ini betul2 punya penolakan apatah bila dpt tau kempen BN yg menakut2kan gol tua d kaw2 pendalam. ugut xdpt bantuan kalo BN kalah, tangki d ambil balik dan sebagainya. tuan tgk mcm na rakyat sabah ajar parti pairin. harapkan memang undi pecah dan undi pos yg tah dr mana dtg lwt mlm. kalo tuan p tanya mcm na keadaan d hari penamaan calon, d hari kptsan d dewan.. suasana menolak bn.

Anonymous said...

Mana tahu bn@umno tipu? Ada bukti ?atau dengar dari penipu lain? Kalau maklumat dtg dari penipu juga boleh percaya? Skrg yg berkecai pas, yang retak pkr yang gembira DAP. Yang kata bn penipu tu kan dari Dap dan pkr. Apa mereka bukan penipu? Tak caya tanya aspan......