08 May 2013

Dr Mahathir sudah bercakap dan jarumnya sudah mula mencucuk

Semalam Dr Mahathir bercakap kepada media dan menzahirkan perasaan tidak puas hati terhadap prestasi Najib yang beliau anggap lebih buruk dari yang dicapai oleh Abdullah Badawi. BN mendapat 7 kerusi kurang daripada apa yang dicapai oleh Abdullah Badawi yang merangkul hanya 140 kerusi dalam PRU yang lalu. Katanya Najib hanya mendapat 133 kerusi sahaja.

Komen seperti ini sudah dijangka akan datang dari Dr Mahathir, tetapi tidak pula disangka komen seperti ini datang terlalu awal, hanya dua hari selepas keputusan PRU kali ini diumumkan. Beberapa bulan dahulu Dr Mahathir telah menyatakan bahawa jika Najib memperolehi kurang daripada apa yang BN perolehi dalam PRU yang lepas Najib sepatutnya meletakkan jawatan. Mungkin kenyataan beliau semalam sekadar untuk mengingatkan Najib apa yang sepatutnya dia lakukan setelah mendapat keputusan yang lemah ini.

Saya menjangka apa yang akan berlaku di dalam UMNO sedikit masa lagi ialah berulangnya apa yang telah berlaku ke atas Abdullah Badawi. Tentulah Mahathir mahukan Najib meletakkan jawatan dan bersara untuk memberikan laluan kepada Muhyiddin. Ini sememangnya agenda Dr Mahathir dari awal. Mahathir mahu memainkan peranan menaik dan menurunkan pimpinan dan itu merupakan ‘forte’ beliau dalam politik ini.

Tetapi saya selalu memberikan pandangan, jika Najib itu lemah Muhyiddin akan lebih lemah lagi dari Najib. Mereka datang dari acuan yang sama. Saya ‘conclusive’ dengan pandangan saya, tidak akan ada seorang pun pemimpin dari barisan MKT UMNO hari ini layak untuk menggantikan kepimpinan jika Najib meletakkan jawatan. Mereka semua mempunyai mentaliti dan budaya yang sama. Segala-galanya sama dan ini terhasil dari pimpinan Dr Mahathir yang tidak pernah membaja benih kepimpinan di dalam UMNO itu.

Pandangan Dr Mahathir yang mengatakan Najib itu telah gagal, lebih gagal dari Abdullah Badawi itu betul dan Mahathir mesti tahu yang sesiapa yang mengambil alih dari Najib itu akan lebih gagal lagi. Dengan acuan yang terbina oleh Dr Mahathir ini pimpinan UMNO akan bertambah lemah setelah pimpinan lemah diambil alih oleh kepimpinan yang lebih lemah lagi. Tidak mustahil jika Muhyiddin mengambil alih UMNO akan mendapat kekalahan yang lebih besar lagi.

Untuk memberikan sedikit kredit kepada Najib, seramai 88 orang calon UMNO telah menang dalam PRU kali ini berbanding dengan hanya 79 kerusi yang dimenangi oleh parti yang reput ini dalam PRU12 yang lalu, lebih 11 kerusi.

Adalah satu kesilapan yang akan dilakukan oleh Najib ialah memindahkan kuasa kepada Muhyiddin. Betul, Najib mungkin terpaksa berkorban untuk UMNO dengan bersara. Tetapi jika Najib mahu dikenang oleh rakyat sebagai pemimpin dan negarawan setelah bersara, beliau patut wariskan kepimpinan UMNO itu kepada pemimpin yang bukan dari acuan yang sama.

Beliau sendiri akan menjadi bahan cemuhan ramai jika beliau mewariskan kepimpinan UMNO kepada pimpinan yang sudah pasti membawa UMNO itu rebah buat selama-lamanya.

Mewariskan kepimpinan UMNO dan negara kepada pimpinan yang lebih bertanggungjawab dan berkemahiran akan membuatkan beliau dikenang sebagai seorang pemimpin yang dihormati buat selama-lamanya.

Akhirnya, meninggalkan kepimpinan negara kepada orang yang bertanggungjawab itu adalah satu tindakan transformasi sebenar bagi Najib.

Kepada Dr Mahathir ramai sudah mula bertanya, "apa lagi yang dia mau?"

47 comments:

Kampong man said...

Sdra AA,

Saya tidak bersetuju dengan pandangan anda situasi Pak Lah berlaku pada Najib pula walaupun anda tidak pernah setuju pada Mahathir.Buktikan saya salah.Saya yakin anda salah.

Prestasi UMNO meningkat lebih baik dari 2008 dari 79 ke 88. Tsunami kaum Cinalah yang menjadi faktor utama berkurangnya sokongan kaum itu pada MCA/BN.Mereka mahukan DAP.Biarlah, itu hak mereka.Yang penting UMNO/BN terus berjaya membentuk kerajaan bagi lima tahun lagi.Kita hormati keputusan pilihan silent majoriti.Terima kaseh.


Batu Giling..

d'enricher said...

Tuan,

Biasalah ... semua orang ada pandangan masing2, yang penting ada mesej yang perlu difahami oleh semua pihak. Antara nak terima atau sebaliknya.

Kenapa susah (masih tak dapat) masuk blog sakmongkol??? dah cuba bekali2 x boleh.

Teruskan tulisan2 yang bernas.

A.Alshukor

Anonymous said...

Greetings Pak Aspan,

Very well said. This is a very interesting opinion. Siapakah individu 'yang bukan dari acuan dan mentaliti yang sama' dalam UMNO yang paling sesuai untuk jadi Presiden UMNO???

Hmmm....bagi saya yang tak berapa pandai ni, saya pilih Saiffudin Abdullah. Pemikiran dan attitude nya sungguh bagus. Tetapi sayang beliau tewas di Temerloh dalam GE kali ini.

Saya tak sokong Khairy Jamaluddin. Maybe he have a good way of thinking BUT his attitude during his father in-law in power was so annoying. He's very haughty.

I am a Negeri Sembilan's girl, an ex-Convent school girl and i'm voting under Parlimen REmbau. I did not vote for KJ.

And the most interesting question, BERANI ke NAJIB serahkan tampuk kepimpinan kepada orang lain selain Muhyidin?????

Take care Pak Aspan and may god bless you.

-From a Malay lady who read Tao Te Ching-

Anonymous said...

X siuman betul Mahathir ni. Sepatutnya, bukan tanya Cina apa nak lagi. Tapi pd Mahathir lah d tanya. Apa lagi Mahathir mau ? Seluruh rakyat kena buat sesuatu utk senyap kan org tua yg telah "sesat maksud hidup" sebagai hamba Allah ni ! Dia lbh bahaya lg drpd SPR. Ya Allah, Kau kasihan la org tua ni, beri la dia hidayat supaya hati / badan nya senantiasa taat pd Mu. Ya Allah, habis la saki baki masa org tua ni byk dlm masjid Mu. Ameen

Anonymous said...

kg.man@batu giling

anda nmpaknya msh racist...
sbnrya tsunami kedua BUKAN TSUNAMI CINA,jgn baca utusan meloya@tonton tv3suku kalo anda tak mau politik di bawah tempurung,


anti UBNMFO( UNITED BANGLA,NEPAL,MYANMAR,FILIPINO ORGNZTN)

Anonymous said...


Their priority to to maintain total power and control...other matters are secondary.

Anonymous said...

Saudara Batu Giling,

Pemikiran saudara begitu cetek sekali. Saya berasa simpati ke atas saudara kerana mempunyai pemikiran masih lagi pemikiran budak TADIKA.

Bagi saya, saudara batu giling sila buka mata saudara luas-luas seluas langit dan bumi. kita jangan hanya menilai pada satu prestasi sahaja. Cuba saudara nilai juga dari prestasi kerusi parlimen dan kerusi dun.

Dan,

Saya minta kepada saudara batu Giling, jangan membabitkan isu perkauman Tsunami Cina. Tidakkah Saudara Batu Giling sedar, yang majoriti kaum cina telah menolak BN/UMNO kerana apa?..kerana kaum cina dapat berfikir dengan matang tidak seperti saudara.

Matang bermaksud, kaum cina menolak amalan penipu, meniru, rasuah dan banyak lagi penyelewenagn yang telah UMNO/BN lakukan. Saudara masih tidak nampak lagi ke?..saya respect pada kaum cina mempunyai pendirian yang teguh dan tidak seperti sesetengah kaum melayu yang bersifat LALANG..sifat yang mudah goyah bila diugut. Bila disogok BR1m,TR1M dan lain2...

Adakah RM500 @ RM1200 cukup bagi saudara untuk tempoh 1 tahun?...Fikirlah saudara Batu Giling...Jangan jadi DUNGU..

Cuba Saudara perhatikan, Calon Melayu (PR)MENANG lawan Calon Cina (BN)tewas, di kawasan Majoriti penduduk Cina?...tetapi Calon melayu (PAS) tewas lawan calon Cina (BN) di kawasan majoriti Melayu?...

--------------------------------

http://www.wasukalu.com/2013/05/inilah-punca-ramai-bukan-melayu-di.html
--------------------------------

Renung2kan lah saudara Batu Giling.

Sekian.

Emer said...

Assalamualaykum Pak Aspan

Semasa PRU12 serangan hebat siang malam Mahathir Mohamad ke atas Abdullah Badawi ditambah perbalahan & perpecahan dlm komponen-komponen BN keputusan pilihanraya tidak lah seburuk pencapaian BN Ahad lalu. Sekalipun segala sokongan & strategi 'all out' diguna untuk memenangkan komrad Najib Razak, termasuk penglibatan tokoh-tokoh besar seperti Mahathir, Daim & Abdullah turun pandang berkempen, berbillion duit pembayar cukai diguna meraih undi (secara langsung diguna melobi calon), ditambah tajaan sektor korporat/sahabat BN paling agresif & terhebat dlm sejarah percaturan pilihanraya, serta strategi 'last minute' BN-SPR-PDRM yg lebih tersusun liciknya, Najib Razak gagal mempertahankan 'kejayaan' Abdullah Badawi malah paling mengejutkan hilang sokongan majoriti rakyat Msia. Masihkah Najib Razak, mahupun Muhyiddin Yassin serta anggota MT mampu berbangga dengan 'kemenangan' kali ini & berasakan mereka masih layak duduk di kerusi kuasa?

Asrul Sani said...

Siapakah di kalangan pemimpin UMNOH yang Pak Aspan anggap berdiri di luar "Acuan Mahathir"? Tak ada...None, Nahi, Yellek, Nyet......

Kita kena ingat yang Kutty tu pegang kuasa selama 22 tahun. Dalam tempoh yang panjang itu beliau merancang dan merancang bagi mengekalkan legasi. Keling Kerala tersebut sengaja melantik Paklah yang lemah sebagai pengganti dengan harapan dapat menyucuk hidung Badawi tu untuk diseret ke sana ke mari. Tiba-tiba muncul pula menantu yang merosakkan perancangan itu lalu Si Kutty Mendeliar merancang kejatuhan Pak Lah.

Muhyiddin sebagai pengganti??? Tiada bezanya dengan apa yang berlaku sekarang. Syed Mokhtar akan terus menjadi satu-satunya Melayu yang diberi keistimewaan. Cukong-cukong China dari kumpulan lain akan mengerumuni beliau sebagai kroni baru. Politik perkauman kan terus dimainkan bagi menakut-nakutkan orang Melayu..... Pinjaman demi pinjaman serta bon-bon baru akan dikeluarkan bagi menampung perbelanjaan negara yang tidak dirancang dengan teliti......

Tiba PRU 14 UMNO/BN akan terus memperkuda SPR untuk menipu dan mungkin menang majoriti mudah dengan kelebihan 2-3 kerusi.

Saya rasa sebelum PRU15 rakyat akan bangun memberontak ....dan ketika itu nasi sudah menjadi bubur......

Anonymous said...


Tuan Aspan,
For najib to be an effective PM, he must free himself from Mahatir's clutches.Do the unthinkable that is in the event mahatir causes uneasiness among the people, najib must have the scrotal gumption to arrest mahatir under sedition act and advice mahatir not to involve in the adminstration process. Appoint KJ and shafudin ahmad as ministers and keep a very tight rein on mukriz.
Pm must get rid of all deadwood and appoint 'people savvy' bn leaders to the various ministries.
To earn back the peoples confidance, all "CONTRACTS" must be above board and all tenders must be open. Limit the use of OSA.
In going against the norm, appoint a few PR Mps as ministers. Out of the box mah !
Get rid of mahatirs bloggers from the corridors of putrajaya.
PM must reduce cost of living and improve public transport.
PM must stop the Public relation blitz and TALK WHAT HE MEANS and MEANS WHAT HE TALKS.
No ! i dont think PM will do anything above. Same MO and SOP.
Back to square one.
If he can do some of the above suggestion,He will be a well liked PM .

Anonymous said...


Tuan AA telah memberi pandangan beliau mengapa TDM mahu DSNTR berundur, dari sudut sejarah dan kepentingan politik anak beliau Mukriz. Mengapa pula Tuan AA perlu membuktikan yang KM salah? Kalau KM yang bagitu dekat dengan TDM, berilah alasan yang boleh diterima mengapa DSNTR tidak akan diketepikan.

Salam sejahtera dan salam mesra.

Anonymous said...


Chinese has to right to vote BUT must vote BN/MCA, irrespective of how corrupt and irresponsible the party is.

Take into consideration only illegals with ICs to BN, the popular vote to PR could go above 60%. Plus others....this could go even higher.

This 'chinese tsunami' is a DISTRACTION to cover up massive election fraud!!!

Anonymous said...

Salam Sdr ASPAN;

Syaitan yg dikenali.
"The arts of umno politiking" makan diri. seni politik ini akan menghantui pewaris2 umno pusaka dari Mahadir, sehinggalah mahadir padam (dan tidak meurunkan pusaka ini kpd warisnya).Ianya akan terhenti atas ketentuan Nya, yg mana akan pasti datang.
Hayat umno dan bn juga akan berakhir dan pasti berlaku....Myi


Anonymous said...

"APA LAGI CINA MAHU!?" ~ UTUSAN MELOYA.

Cina mahu Amanah, Keadilan, Ketelusan, Keharmonian & Kesaksamaan - Nilai2 fundamental yang dituntut oleh Islam tetapi telah ditolak samasekali oleh yang menganuti fahaman UMNO/BN.

~ Batu Geliga

Kampong man said...

Salam semua,

Saya adalah saorang realist dan banyak analisa dan komen saya adalah spontaneous .Saya lakukan diblog A Kadir Jasin yang lebih terbuka tidak kira dari fahaman parti mana sekali pun dan adalah hasil dari kajian saya tanpa emosi berpihak pada kerajaan memerintah.

Saya meramalkan kemenangan BN di PRU 13 dan Pas akan berjaya perolehi lebih dari 15 kerusi dan PKR menurun dan DAP menjadi tunjang PR bukan lagi PKR dan bukan juga Pas.Bandingkan ramalan Ariff dengan BN 77 dan PR 147 yang amat meleset.Tahniah pada Sakmongkol atas pilihan pengundi Cina di Raub kerana faktor Tsunsmi Cina yang menolak MCA/BN.Saya tidak pernah racis dan sebenarnya colour blind.Yang racis dan chauvanistik adalah DAP bukan UMNO/BN.Sekarang kita boleh berbalas pantun kerana BN teru relevan.Di persilakan.

LLAIN KALI LAH!

awangbatuburok said...

Salam,

Sekali lagi saya cadangkan agar lebih baik Tuan Aspan tumpukan pemikiran dan tenaga yang ada untuk memperkukuhkan lagi gabungan Pakatan Rakyat dan merubah pemikiran perkauman yang sempit yang masih wujud dalam pemikiran segelintir anggota komponen PR.
PR lebih relevan dan mampu untuk menyelamatkan rakyat dan negara tercinta, sekiranya kelemahan yang dilakukan dalam PRU13 yang baru berlalu diperbetulkan...InsyaAllah.

Biarkan UMNO/BN terjun dengan labu-labinya. Majoriti rakyat
Malaysia telah menolak UBN berdasarkan kpd jumlah undi popular untuk PR melebihi 50%...Rakyat sangat memerlukan sumbangan pemikiran dan tenaga dari Tuan Aspan dlm usaha menyelamatkan negara tercinta dalam PRU14 nanti.

Demi Agama dan Demi Rakyat sama-samalah kita istiqamah dalam perjuangan yg suci ini....

Anonymous said...

Sebenarnya Najib sendiri dah banyak dosa, susah nak berpegang kepada jawatan untuk lama pun. Tambah ladi, dia pernah bersekutu dengan (alamak!) mahathir. Tiba-tiba mukhriz dinamakan MB Kedah...Jika Najib hendak menebus dosa, habiskan mahathir kalau berani, sekurang-kurangnya boleh dapat balik 'self-respect'. Itulah, kalau kejayaan seseorang tidak diperolehi dengan usaha sendiri dan dengan usaha denagn jujur, ada harganya terutama bagi mereka yang bermain dengan syaitan.

FMZam said...

Tuan Aspan,

Rasanya Najib tak akan jadi macam Pak Lah sebab UMNO nampaknya sudah boleh terima hakikat yang mulai sekarang parti itu walau siapa pun yang jadi kepalanya akan sukar untuk menang majoriti 2/3. Tak lama lagi kita akan lihat Mahathir akan bertukar menjadi lembut dan Najib akan terus menerajui kerajaan BN ini. Najib akan memulakan trend baru ini kerana UMNO tidak ada pelapis yang lebih baik dari Najib malah Muhyiddin, sebagaimana tuan Aspan sendiri pun boleh mentafsirkan profailnya, hanya akan melemahkan lagi BN kerana ramai akan kata "dari Muhyiddin lebih baik Najib!". Kalau masinlah mulut saya ni, Najib akan terus jadi PM sehingga PRU14 menentukan takdir politiknya. UMNO tak akan buang Najib kerana bagi UMNO walaupun Najib gagal menang besar namun Najib berjaya menumpaskan segala usaha besar Pakatan dan menafikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU13, tidak kira walau dengan apa cara sekaslipun. Saya harap saya dapat sekali lagi bersama rakyat Pakatan mengundi menentang Najib pada PRU14 nanti. Insya Allah!

Anonymous said...

Ulasan yg jelas

Anonymous said...

Tuan AA
Spt ulasan ramai terdahulu hingga kini, saya masih beranggapan bhwa sorotan tuan adalah bernas & ada nilai dr sudut bacaan politik

Tahniah krn anda jujur dlm tulisan & komen. Moga pemimpin PR ambil pendapat sebegini.

Sy cadangkan tuan AA wujudkan kumpulan think tank PR

Anonymous said...

Anon 10.29,

Why continue harping on issues basi.How transparent you want the SPR to be.You are just a lousy looser.Majority rules .You get me.No sob sob ok.We want to move forward.Faham !

Anonymous said...

moses kata: saya hilang hormat pd PM apabila kata dlm tv apa kurangnya paper cina dan menyokong head line Utusan Malaysia. Pd saya sebagai seorg PM beliau tak sepatutnya membuat statement berikut. Bukan TSUNAMI CINA tapi TSUNAMI RAKYAT MALAYSIA. Kalau saya keluar negara, apabila rakan tanya, APA KERAKYATAN ANDA, saya jawap I'M MALAYSIAN, PM pun akan jawap yg sama. Adakah PM cakap I'M MELAYU. 4dato SAKMONGKOL tahniah, blog Dato sampai lah ne tak leh buka. Catatan dlm NST pun tak ada,NST 7 MEI. Benci bebenor dema kat Dato ye, result pun lambat keluar.

Anonymous said...

As Salam
Tuan Aspan,

Semua ucqpqn hanya untuk mengabui mata, seperti kata Anon 10.29 "distraction" sahaja.

Yang nyata mereka baru saja lakukan massive fraud.

Selama 24 bulan lepas, semua ceramah UBN di seluruh ceruk rantau negara, sikit saja orang datang. Mana mereka dapat undi sebegitu banyak sampai menang sana sini tawan negara?

Mana ada keriangan menyambut kemenangan? Semuanya lakonan, hampas kosong dan tidak bermakna. Seluruh negeri suram dan sugul.

Kalau kejahatan ini tidak dibetulkan, keadaan mendatang akan jadi semua tak kena dan kehidupan menjadi "tersumpah".



Jamal Majid said...

Tak habis-habis salahkan Cina. Kaum Cina cuma 24% daripada rakyat Malaysia; bagaimana boleh menyumbang 51.4% popular vote untuk PR?

Kenapa tak salahkan Melayu dan India yang menyokong PR ?

Sebenarnya kehadiran kaum Cina di Malaysia merupakan suatu 'rahmat' untuk UMNO. Andainya tiada lagi kaum Cina di Malaysia, ini adalah suatu malapetaka besar untuk UMNO.

Jika hanya Melayu sahaja duduk di Malaysia; dengan sekelip mata hilang isu perkauman dan ugama yang boleh dimanipulasikan oleh UMNO.

Maka UMNO perlu pulak bertanding atas isu-isu 'kebersihan serta ketelusan pemerintahan', keadilan, kebajikan rakyat, korupsi, penyelewengan kuasa dll.
Sudah tentu, UMNO akan tumbang kerana tidak dapat mempertahankan relevance nya atas isu-isu tersebut.
Sudah tentu elit UMNO serta elit bukan Melayu dalam BN tidak dapat terus melanun kekayaan negara.

Isunya bukan kaum Cina.
Tetapi isu sebenarnya bagaimana UMNO boleh mengawal serta mengabdikan permikiran orang Melayu supaya menyokong UMNO.

Seharusnya UMNO kena berterima kasih kepada kaum Cina kerana boleh dijadikan bogeyman untuk menakutkan orang Melayu.

Anonymous said...

AA, you are an experienced political mover and I am just addicted to yr writing. You look independent and can fit in Pakatan or BN. You understand the background of politics.

Anonymous said...

Setelah najib berundur...mahadey hanya mempunyai masa paling lambat 7 tahun untuk mentabalkan mamak botak (mukhriz) untuk menjadi pm...

Dengan hasil rompakan wang negara sebanyak rm 44 billion dan sumbangan tokey tokey yg menjdai kaya raya di bawah mahadey..semuanya menjadi enteng bagi mahadey...kerana semua melayu dlm umno sudah menjadi bodoh..

Hanya Allah saja yg boleh mengagalkan penipuan mahadey...kerana demokrasitelah mati di malaysia...

Anonymous said...

PR pulak macam mana lepas Anwar takde?

Anonymous said...

tsunami cina vs tsunami bangla??

Anonymous said...


' You are just a lousy looser.Majority rules.' - Anon 12:53

There is no issue with majority rules.

Why ' chinese tsunami ' is politised to incite voilence and hatred against innocent ordinary people whose only ' crime ' was to exercise their right under the Constitution to vote in a peaceful way.

Making dangerous racist statements in the media or internet to score cheap political points, after winning the election, are totally unacceptable.....this will send a wrong and dangerous message to the criminals out to create unnecessary trouble to settle personal or narrow and shallow political scores.

This is most irresponsible!



Anonymous said...

The way u comment is emotional. Pls analyse on reality base on un misleading fact & figure of the popular votes. Base on seat is misleading bcos not all constitution has equal no of voters eg. Kepong about 5 times more than Putrajaya. So, how to move forward if especially the urban rakyat that forms the majority is not supportive to govt mission & vision.

Anonymous said...

Adakah GST akan dilaksanakan untuk menampung bebeban hutang yang banyak..

Anonymous said...

Orang melayu kalau mahu bijak mesti pandai menyaring maklumat benar dengan yang salah. Jika takde bukti sama hukumnya dengan memfitnah. Apa hukumnya memfitnah? Jangan mudah terikut2 dengan perasaan kerana itu bukan sikap cendikiawan.Fikir lah kerana orang melayu suka menghukum dahulu.

Anonymous said...

Mamak berkuasa 22 tahun, tapi orang selepas dia hendak berkuasa untuk 2 penggal pun payah.Mungkin sokongan,bantuan dan pujian hanya layak diberikan mamak kepada anaknya sahaja dan bukannya orang yang keluar dari acuan yang sama.

Anonymous said...

Kampong man said..

In what way DAP is racist?? Please provide details. Don't just copy from Utusan and UMNO keep harping on DAP racist without providing details and evidence.

Fact:

DAP party has Chinese, Indian and Malay members and MPs. DAP leadership always champion to fight for justice for all races....fight corruption, fight for human rights and etc.

DAP maintain and working close relationship with PAS & PKR. Mat Sabu (PAS vice president) even called LGE as his brother! They now become very close friends thanks to ISA lock up!

Has UMNO got a single Chinese or Indian member? Has MCA got a single malay member? Has MIC got a single malay member? None??

Tell me which party is more racist???

ahmadyani DotCom said...

Bila Mukhriz menjadi PM baharulah mahathir puas hati...

Anonymous said...

Tokoh yg selain dari acuan Mahathir ialah Tengku Razaligh Hamzah.

Anonymous said...

Dgn balatentera yg hebat samada dgn dari agensi kerajaan, ngo, tokoh spt Mahathir,daim , profesor upahan, ulamak upahan dan kuasa duit Brim.

hasilnya keputusan Pru najib lagi terok dari Pru Abdullah.

Anonymous said...

Saya nampak hikmah kemenangan BN antaranya dlm 5 tahun ni kena bayar hutang yg billion2. kalau Pr menang awal sangat payah juga nak sambung bayar hutang bn tinggalkan tu.

Anonymous said...

Salam aa.pdgan hampir selari dgn saya.tun mahathir tak layak digelar ngrawan krn dia menjadi ketua rasis.spjan kempen dia hanya bawa sentimen perkauman dijohor kelantan kedah dll.dia tak rasa betsalahpun
Polis pun td berani usik najib tk berani sebut.Apa doa peduli asalkan anak dia menang. Yg teruk kena balun lepas ni tok jib.Dan dah pun tm balun.hemdang dah dipalu siapa akn sabut. Utk tok jib letak jawatan. Dia akn sembunyi tangan. Prestaso tok jib memang lebih buruk dr pak lah.tambah lg dratib cina rasis.bukan midah nk betulkan.slogan tok jib guna duit rakyat(termasuk pr) 1M hancur sekelip mata.mufah cerota umno ajak dap seryai bn........apa kata sila respon.

Anonymous said...

Kampung Man,you are not racist? Ask Mahathir or Najib are you racist? Their answer is definately not!!!.or ask them are they corrupt the answer is still the same.Somehow Najib slogan is 1 Malaysia,do you think that is silly.Next time don't brag too much to expose your inner self.

Sham

Anonymous said...

Salam Pak Aspan

re Sdr A.Alshukor

According to http://mamasita-mamamia.blogspot.com/ please try this to access Sakmongkol ...

sakmongkol.blogspot.ru

Anonymous said...

Bingo........well said.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, pemenang mutlak dalam PRU13 ini bukan BN dan Pakatan tatapi Dr.Mahathir......

Anonymous said...

BN is a multiracial party DAP is not.Malaysian Malaysia slogan is not acceptable.Why many people left DAP eg Tengku Aziz.It is because it is s chinese extreme leftist chinese chauvanistic party that play racial sentiment hence racist.I choose moderate MCA and Gerakan.DAP must get at least 30_% malay members to be accepted as multiracial party else it is still be looked at as a chauvanistic Chinese dominant party.Hope more chinese will give support to MCA not DAP.

Chandra

Anonymous said...

Maaf, pr sudah ada. 1.azmin ali. 2.husam musa. 3.rafizi ramli. 4. Nurul izzah. 5. DS nizar. 6.lim guan eng. 7.gobind. 8.tian cua................ nak lagi ker? Ramai ni. Pelapis dan anak didikan anwar. UMNO ada siapa? Haraaam.

Anonymous said...

Sdr Aspan Alias,
Saya kagum dgn pandangan anda dan berfikir knapa kemenangan2 BN sehingga kini terus dibincangkan oleh semua warga Malaysia setiap kali selepas pilihanraya selesai. Saya rasa elok kita belajar strategi SPR (yang telah berjaya menyusun pelbagai langkah memenangkan BN). Kita atur strategi baru mengatasi kehebatan SPR. Wallahualam.

Anonymous said...

Chandra,why so many left DAP?you only give 1 name,who are the "many"? If you want to hantam ,show me some names name.Also mentioned it is a racist party,just gave any video links here as prove,than I will shutup.
Link like this is fine.You an Indian?If yes this is for

http://www.youtube.com/watch?v=tvQO5wCIk3E


Sham