Apa pun alasan diberikan oleh
pihak BN, yang sudah pasti BN tetap akan kecundang, rasa-rasanya dalam PRU yang
akan datang. Sesiapa boleh berkata apa pun, BN akan menjadi bertambah lemah dan
UMNO khususnya akan menjadi parti ‘anak yatim’ jika masih memenangi pilihanraya
yang akan datang.
Hanya keberanian pimpinan BN
khususnya UMNO dan Najib sendiri, memungkinkan BN akan dapat bertahan selepas ini. Bagi saya
pimpinan BN terutamanya UMNO terpaksa melakukan ‘the unthinkable’ untuk
menentukan mereka masih berkuasa. Apa dia yang dikatakan tindakan
‘unthinkable’ itu bergantung kepada inovasi politik yang drastik yang akan
dilakukan oleh pimpinan UMNO pada hari ini.
Bagi negeri-negeri Timur Malaysia
BN mungkin boleh bertahan lagi kerana rasuah masih menjadi mainan dan merupakan
benteng pertahanan yang ampuh BN di sana.
Di Semenanjung isu rasuah menjadi isu yang telah banyak melemahkan sokongan
terhadap pimpinan yang ada, di Sarawak dan juga di Sabah
jelas yang rasuah itu pula menjadi benteng pertahanan kepada BN.
“Graft buster’ SPRM tidak pun
mampu untuk bertemu dengan Ketua Menterinya, Taib Mahmud untuk melakukan
penyiasatan tuduhan perlakuan rasuah terhadap beliau, malahan SPRM dianggap
sebagai ‘budak nakal’ oleh Taib Mahmud. Badan penguatkuasa boleh dihalau dan
tidak boleh melaksanakan tugas mereka.
Jika pimpinan Persekutuan tidak
mempunyai masalah yang sama ia tidak akan menjejaskan proses penyiasatan
terhadap mana-mana pemimpin yang rasuah di Sarawak itu, tetapi oleh kerana di
Persekutuan sendiri pimpinan atasan pun tidak terlepas dengan persepsi buruk
ini, maka tidak akan ada jalan untuk melaksanakan pembersihan tentang hal
rasuah ini sampai bila-bila.
Kekuatan ‘political will’ untuk
melaksanakan pembersihan ini wajib ada dan mesti ada orang yang boleh
melakukannya. Pemimpin yang boleh melakukannya ialah pemimpin yang mereka
sendiri tidak mempunyai persepsi buruk itu terhadap beliau. Siapakah di kalangan hiraki tertinggi kepimpinan UMNO yang boleh dipilih untuk melakukan kerja berat ini? Jawapannya ialah
TIADA!
Tidak mungkin Dr Mahathir layak
untuk melakukan pembersihan ini. Begitu juga Najib, Muhyiddin dan kesemua
Naib-Naib Presiden UMNO itu. Masyarakat akan mentertawakan mereka ini jika
kumpulan atau salah seorang daripada mereka ini dipertanggungjawabkan untuk
melakukan pembersihan ini. Tidak mungkin ‘mop yang kotor boleh membersihkan
lantai yang kotor’.
Kalau begitu adakah kita hendak
membiarkan sahaja perkara ini berlarutan? Jawapannya tentulah tidak. Jika dibiarkan
isu ini akan menjadi isu yang terbesar dan BN akan dianggap pelindung kepada
penggiat-penggiat rasuah itu.
Itu sebabnya saya berkata
pimpinan Najib mempunyai peluang besar untuk menjadi pemimpin yang akan
dianggap sebagai pemimpin yang bersih namanya dalam persaraan nanti. Beliau
boleh menukar imejnya sebagai pemimpin yang baik jika beliau sanggup melakukan
‘the unthinkable’ sekarang ini.
Jika Najib masih berfikir yang
beliau mesti bersara dan melakukan peralihan kuasa mengikut cara dan kaedah
biasa, UMNO khususnya BN tidak akan mampu bertahan lagi kerana imej UMNO itu
sudah begitu buruk tanpa mampu diperbaiki lagi. Kita mesti akur kepada
kenyataan imej dan persepsi pemimpin yang akan melakukan pembersihan ini
menjadi faktor utama bagi rakyat memberikan keyakinan atau tidak terhadap
program pembersihan ini.
Jika Najib takut dan gagal untuk
melakukannya dengan berani, maka beliau sendiri akan melalui zaman persaraannya
dalam keadaan persepsi terhadap diri beliau yang amat buruk. Kepimpinan UMNO
tidak boleh lagi melakukan perubahan kepimpinannya untuk menyesuaikan parti
dengan kehendak sesetengah orang untuk menaikkan individu seperti Mukhriz atau
sebagainya. Tindakan itu semua akan
menjahanamkan negara akhirnya.
Apakah dia ‘the unthinkable’ itu?
Biarlah Najib melakukannya. Orang ramai, termasuk diri saya mungkin tidak tahu
jawapannya. ‘The unthinkable’ itu mestilah tindakan yang boleh membawa imej
UMNO dan BN itu ke arah ‘ambience’ politik baru yang akan mampu membuatkan
rakyat keluar dari situasi politik yang terlalu membebankan pemikiran rakyat
yang berfikir.
Kita mahukan situasi baru dan
‘environment’ yang baru yang diharap dapat mewujudkan sasaran dan tanda arah
baru kepada masa depan negara.
16 comments:
Situasi selepas Pasca PRU13 ni buat rakyat makin resah gelisah dengan kenaikan harga barang.
Kalau saya jadi PM, saya akan tiru manifesto yang dibuat oleh PR. Biarlah orang lain nak kata apa. Janji yang senang ialah rakyat!
Apakah Najib berani????
Tidor je UMNO tu. Kalau Melayu dlm UMNO jujur, waras & jauh fikir ke depan maka mereka semua patut tinggal UMNO dan masok PAS atau PKR. Atau pun tubuh parti baru mcm Semangat 46. Kalau ada lagi Melayu yg kekal dlm UMNO maka saya berani kata mereka ni benar2 ada agenda sendiri. Cakap2 & gerak geri mereka semua lakonan je, langsung tindakan mereka bukan utk agama, negara & bangsa
Dengan kenyataan Najib 7 dosa besar Kerajaan PAS Kelantan, 7 kerusi parlimen BN lesap. Dlm PRU14 akan datang, berapa lagi dosa besar yang belum sempat disebut....kali itu lah...
mereka akan membalun dengan rakus sekali..sebab mereka tahu masa dah tak lama....
'orang tak sokong aku, aku balun banyak-banyak..padan muka'
PM tak boleh marah aku. PM dan adik beradik dan bini pun balun sama...
haha
Pak Aspan apa dah jd dgn blog Sakmongkol, tak blh masuk lepas Pru? Nasib sm dgn King of Goblok.
Bg sy BN tu nk ubah mmg sukar. Tapi kalu Najib sudi serah kpd pemimpin yg berprinsip spt Sharir atau Saifudin maka ada chance lg la. Cuma kita semua tahu ini mmg takkan berlaku.
Setuju dgn saranan Aspan ..Najib perlu buat yg unthinkable..Saya ingat Hadi dan Anwar pun kena buat yg sama. Undi Anwar merosot walaupun brrtanding dengan orang yg tak ternama. PAS dan PKR pun kalah juga.Nasib baik ada tsunami Cina.
Sebagaimana Najib perlu analisa kenapa orang Cina menolak BN..PAS dan PKR juga perlu kaji sebab orang melayu pulak menolak PAS dan PKR.Tak terpesona ke dengan janji sorga, tol percuma , minyak murah dan pendidikan percuma?
Salam tuan,
Pada hemah sy tak ada yg "unthinkable" yg najib mampu lakukan selain mengishtiharkan PRU13 tak sah dan diadakan semula pilihanraya yg betul2 bebas dan bersih. Sebabnya kerajaan BN Najib yg ada sekarang adalah kerajaan HARAM yg bukan dipilih oleh rakyat negara ini. Kemenangan tipu BN adalah hasil kerjasama jahat dgn SPR dan polis memanipulasi senarai pengundi dan kertas undi.
BW Heng
London
Susah bagi Najib kerana banyak Buaya dan naga nak berebut kaut sebelum Dacing putus talinya.
Seblm jatoh nya lagi maruah Melayu, segera lah UMNO to be dormant. Kalau tunggu lagi lama, byk lagi akan d dgr berita yg memalukan. Skrg majoriti Melayu dah reject UMNO. MCA dah merajuk, UMNO dah kecut perut. Dgr2 2-3 org ADUN Trg dah nak keluar UMNO kalau x beri jawatan. Bagitu lah juga ada MP BN Sabah/Srwk yg nak lompat parti.
PM selepas mahadir x perlu pening kepala, biar mamak yg sudah sepuluh tahun pencen PM tentukan.Inilah politik melayu cara mamak umno.
Salam Sdr ASPAN;
Saya berpendapat PM Najib tidak mempunyai upaya untuk melaksanakan sesuatu yg "unthinkable" bagi pembaikan negara berdasarkan faktur2 berikut.
1-Tidak mempunyai daya fikir yg kuat dan matang untuk merobah dari keadaan sekarang.
2- Mempunyai perancangan yg lemah
3- Tidak mempunyai kebijaksanaan menggunakan sumber fikir dari peringkat bawahan.
4- Lemah dari segi kawalan kuasa dan terlalu senang diambil kesempatan olih orang berkempentingan.
5-Penakut dan senang di gemparkan.
6-Kawalan kewangan yg lemah dan berbelanja tanpa pandangan kehadapan yg baik.
7-Tidak mempunyai pandangan kehadapan yg baik.
Diantara sebab2 diatas menyebabkan segala cadangan dan perancangan PR dilaksanakan secara membabi buta oleh Najib sebelum PRU 13 lalu yg mengakibatkan bilangan rakyat yg miskin bertambah berlipat kali ganda daan hutang negara melambung tanpa mendapat apa2 menafaat olih rakyat.
Hanya dengan mengundur diri sahaja dapat menyelamatkan maruah negara dan umno.....myi
...
Kita lihat dulu barisan kabinet yang akan diumumkan oleh PM Najib. Kalau orang macam isa samad masuk dalam senarai. Jangan harapkan apa-apa.
There is nothing can be done by Najib/UMNO from now on.
camner dirang bua pun tak jalan, mau action bersihkan umno? heret semua berscandal merompak ke lokap? aku rase tak sampai majlis umno tahun anhir dah di sepak kuar drpd unmo, saper yg sepak? Tun M/ Muyuddin.
nak terus kan propaganda 1 malaysia? rakyat dah sedar, orang kampung je makan idea nie, setakat hanyer la budak kampug, dan keadaan mula berubah pasal Pr pun berkempen dalam kampung.
nak copy manisfesto PR? Malaysia mesti bankrup dan lingkup. pasal najib tak cukup $ membeli undi utk pilihan dalam UMNO nanti>
satu jer jalan ... ia tuh... bolot/songlap sekuat kuat nyer sehingga $ boleh membeli pulau kat USA, lepas tuh migrate apabila malaysia start bankrupt dibuatnya. pulau Umno, semua ahli tertinggi umno boleh la tinggal atas pulau tuh. <--- ar ini sajer BN boleh buat sekarang.
kalau mamak masih 'cepat tangan' macam dulu silap2 najib x sempat buat apa2 pun.
anon 1415.... blog sakmongkol kena attack dr cybertrooper BN..
try masuk melalui webcache...
http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:7U1BtnaZeiEJ:sakmongkol.blogspot.com/+&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my&client=firefox-a
Alangkah mudahnya memiliki syarikat dgn duit yg banyak...ketahanan syarikat tidak diketahui bila akan punah????
Tanyalah CEO-CEO syarikat yg tiada capital yg banyak utk beroperasi? Tapi kalau CEO ini dapat menjana keuntungan pada syarikat, patut kah dibuang? Orang yang gila sahaja nak buang CEO ini...
Post a Comment