13 May 2013

PRU ke-13: Banyak yang kita pelajari

Sejak setahun yang lalu sehingga pilihanraya ke 13 diadakan dan selesai dilaksanakan, kita melihat berbagai-bagai ragam yang berlaku di hadapan mata kepala kita. Sekarang pilihanraya sudah selesai, timbul pula keresahan bagaimana mereka dari pembangkang yang tidak berpuas hati dengan cara pilihanraya diadakan. Sekarang setiap malam diadakan himpunan rakyat yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya itu kerana pilihanraya itu dikatakan telah dicemari dengan penipuan dan berbagai-bagai lagi.

Sebelum pilihanraya berlalu, saya ada beberapa kali menulis sambil mengingatkan semua pihak yang pilihanraya itu akan diadili oleh rakyat ramai yang melihat dan memandang semua pihak dengan serius. Mana-mana pihak yang melakukan kesilapan akan menerima padah yang tidak diingini dan akan mengecewakan pihak-pihak yang bertanding itu.

Antara perkara yang saya sebut ialah, 'jangan kita pipiskan lada dahulu kerana burungnya masih terbang’. Jangan kita panggil jemputan dulu kerana burung yang terbang itu masih di awan. Hendak menangkap atau menembak burung itu jangan terlalu bising kerana burung itu akan terbang tinggi sebelum kita dapat mengacukan senapang kita kearah mereka. 'Jangan berebut-rebut untuk menjolok buah di pokok kerana apabila buah itu jatuh nanti orang lain pula yang menyambutnya'.

Perbilangan ini adalah perbilangan orag tua-tua, tetapi anak-anak muda yang ghairah selalunya lupa dan tidak memandang hormat kepada pandangan orang tua-tua. Masing-masing angkuh dan tidak ada yang boleh meredakan keangkuhan mereka. Mereka semua pandai, yang lain-lain itu semuanya bodoh dan tidak berguna lagi.

Pihak yang mempertahankan kedudukan pula begitu juga. Mereka mempunyai perasaan takut tetapi tidak mengaku kerana politik ini kadangkala penuh dengan keegoan pihak-pihak tertentu. Selalunya pihak yang bertahan akan melakukan apa sahaja asalkan kuasa dan jawatan mereka tidak tergugat. Maka timbul pula pihak yang mengaku sebagai 'cendiakawan-cendiakawan' diatur berbaris dalam saluran-saluran TV untuk mempertahankan pihak yang sedang enak berkuasa itu. Semasa itulah 'cendiakawan-cendiakawan' itu cuba sedaya upaya menunjukkan kemahiran mereka untuk mengampu dan menonjolkan kepentingan masing-masing.

'Cendiakawan-cendiakawan' ini pula berselindung di sebalik imej ‘professor’ dan tahap akademik mereka mengharapkan rakyat percaya dengan ulasan mereka. Akhirnya ilmu yang ada di dada ternoda kerana kepentingan peribadi yang menebal. Dalam ramai-ramai yang berimejkan ‘professor’ itu ada yang mengharapkan balasan tetapi oleh kerana keputusan yang tidak berapa baik maka niat mereka tidak tercapai.

Pihak yang mempertahan kuasa menggunakan isu perkauman yang menebal yang tidak disukai rakyat. Justeru isu itu dipergunakan oleh pihak pembangkang dengan hebatnya tanpa disedari di kalangan parti yang membidas isu perkauman itu sendiri ada mempunyai ‘attribute’ sebagai parti perkauman juga.

Hasilnya semua pihak merasa letih. Ia boleh diibaratkan seorang tua yang mengejar si tua yang lain. Si tua yang dikejar terpaksa berhenti kerana tiada ‘stamina’ dan si tua yang mengejar pun berhenti juga kerana tidak mempunyai ‘stamina’ dan kekuatan serta kudrat yang mencukupi. Masing-masing mengah dan kekurangan pernafasan.

Itu sebabnya saya tidak merasa malu untuk mengingatkan sesetengah pihak yang terlalu ghairah supaya tangkap burung itu dulu barulah pipiskan lada dan menjemput jiran tetangga untuk berjamu. Ramailah yang marah-marah dengan saya tetapi akhirnya apa yang saya peringatkan itu menjadi juga.

Sekarang kita menjerit kerana burung sudah terbang tinggi sedangkan lada sudah dipipis. Air di dalam tempayan sudah dibuang sedangkan guruh yang berdentum itu tidak menurunkan hujan. Bila masa burung-burung yang terbang itu akan dapat ditangkap tiada siapa yang tahu.

Mungkin burung bangau akan turun juga akhirnya di belakang kerbau tetapi bila bangau itu akan turun? Itu pun tidak ada siapa yang boleh menjawabnya. Kerbaunya pun sudah tidak ada lagi. Tetapi masih ramai juga yang sedang sibuk mengira buah kerayung. Itu kehendak masing-masinglah. Selagi ada buah-buah kerayung itu bilanglah dan kiralah sepuas-puasnya.

Mungkin kah selepas ini, bangau memilih untuk turun dan hinggap di pokok-pokok yang rendang dan tidak di belakang kerbau lagi? Jawapannya, wallahualam bissawab.

8 comments:

giorgio said...

Saudara Dato Aspan,

Ungapan mu tepat sekali, tapi masih yang bermimpi, tidak mahukan perubahan,tamakkan kuasa dan akibatnya tercicir...terimakasih

Anonymous said...

Adakah kita berpegang kepada ajaran agama islam atau sebenarnya kita melakukan perbuatan yang tidak islamik tapi lebih kepada perbuatan orang jahiliah.Inilah yang terang-terangan berlaku didalam politik malaysia.

Anonymous said...

Antara yg menarik tentang pru 13...bahawa org melayu akan rugi..kerana sape...kerana umno...sepatutnya sejak 1987..umno patut di tumbangkan...

Lim kit siang menjadi wira cina..kerana dia memperjuangkan nasib/survival bangsa dia untuk lebih baik..lantak pi la...apa org nak ckp..kalo dia tak bagus tak kan org cina sokong dia..

Yang menjadi penyesalan adalah pemimpin melayu dlm umno..yg jelas nampak banggang dia..walaupun membentuk serta menerajui kerajaan sejak merdeka..lihat sendiri nasib melayu sekarang...semakin melayu,selayu layu nya..kerana silap memilih pemimpin..iaitu mahadey...

Lagi 25 tahun..ketika perdana menteri malaysia berbangsa cina..baru la nak menyesal...sesal kemudian tidak berguna...

Lihat di johor sekarang...siapa pengkhianat yg menjual tanah melayu..konon nya untuk pembangunan seperti di wilayah iskandar..yg sekarang di monopoli bangsa cina terutama dari singapura...yg pada mulanya dikuasai oleh org arab..(untuk mengelabukan org melayu)..

di johor perkara tersebut berlaku secara perlahan lahan,tersembunyi dan terancang..apa biala org melayu tersedar..rupa nya telah TERLAMBAT..(johor sebahagian dari singapura...)..salah siapa??...salah umno..

Akan nanti..apabila tiba masa nya..bangla/pakistan mengambil tempat melayu..jika melayu lupa dan silap pilih pemimpin..

kan sudah terdapat ucapan pemimpin umno..yg melayu akan merempat di tanah air sendiri..kerana siapa??? kerana umno..SEDAR LAH MELAYU...

Anonymous said...

politik malaysia,akan mempunyai komuniti yg bertambah..iaitu bangsa yg mempunyai susur galur dari india,pakistan,bangladesh..yg menumpang nama melayu...golongan ini sepatutnya jika ingin ceburi politik..masuk je kimma..buat apa masuk umno..kalo bukan untuk memecah belah melayu...

Pru 13 ini la..ramai melayu yg sokong pakatan rakyat..kerana melihat umno sudah tidak relevan...kerana penipuan juga la..inpirasi ramai melayu untuk bersatu luar umno menjadi kenyataan..walaupun tidak membentuk kerajaan..

Anonymous said...

To Anwar it so near yet so far. To Najib it looks so fantastic but tastes so horrible

TheSniper said...

Perbilangan ini adalah perbilangan orag tua-tua, tetapi anak-anak muda yang ghairah selalunya lupa dan tidak memandang hormat kepada pandangan orang tua-tua.

Tuan, yang buat perangai yang tua2.

Zaidi said...

Tuan Aspan,
Benarlah pepatah yang disebut itu. Umpama remaja mabuk cinta, semuanya indah belaka. Nah sekarang mimpi sudah berakhir, timbul pula peluang untuk mimpi yang baru. Usahakanlah penuh upaya. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Panjang umur PRU 14 akan menjanjikan kejayaan manis bagi mereka yang bernafas panjang dan berlapang dada. Sedangkan umat pertama dahulu tewas di Uhud, kenapa tidak kita? Ayuh atur langkah, maju dan penuh tawadhu' - Allah bersama orang yang benar!

Anonymous said...

PRU 13..mengajar rakyat malaysia tanpa mengira kaum (pengundi hantu/bangla tidak layak)..supaya menjadi warga negara yg mempunyai integeriti yg jujur..

Jika rakyat malaysia mau melihat melihat kerajaan yg baik..tidak rasuah.penyelewenggan dan sebagainya mesti la bermula dari diri sendiri untuk menjadi lebih baik...kerana rakyat malaysia itu sendiri la kerajaan...kerajaan itu sendiri mencerminkan majoriti diri kita...