Isu Zahid Hamidi yang sedang
‘berperang’ dengan pihak pembangkang berhubung dengan isu kenyataan
Menteri Dalam Negeri itu semakin hangat. Zahid bersedia menghadapi usul untuk
mencela beliau di dalam Parlimen yang dibangkitkan oleh Lim Kit Siang dan beliau
tidak takut dengan ‘ugutan’ penasihat DAP itu.
Zahid yang sejak akhir-akhir ini nampaknya menjadi panas baran dengan
tuduhan terhadapnya yang datang bertalu-talu.
Zahid yang saya kenali rapat
tidaklah seorang yang panas baran. Beliau seorang yang mudah didekati dan
sentiasa bergurau jika bertemu rakan-rakan lama seperti saya dan yang lain.
Tetapi apabila sampai isu ini beliau nampaknya bertambah panas baran dan tidak
diketahui apa yang menyebabkan beliau menjadi begitu. Sememangnya tanggungjawab
yang beliau pikul itu bukannya tanggungjawab yang ringan maka Zahid perlulah
melebihkan kesabaran beliau apabila menghadapi isu panas seperti ini.
Zahid telah meminta sesiapa yang senang dengan sistem demokrasi negara lain berpindah
sahaja ke negara-negara tersebut dan meninggalkan negara ini. Saya sendiri
telah menulis dan melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Zahid itu
tetapi tulisan saya itu adalah pandangan ikhlas dari seorang rakyat yang mahu
merasakan bertanggungjawab terhadap negara kita yang kita punyai bersama-sama
ini.
Sesungguhnya tidak payah sesiapa menyuruh sesiapa untuk meninggalkan negara ini. Tanpa kenyataan Zahid itu
timbul pun, sememangnya sudah jutaan rakyat Malaysia yang telah berhijrah ke negara
lain untuk kehidupan yang lebih baik. Mereka yang tinggal hanyalah orang
seperti saya dan yang lain yang tidak mempunyai pilihan selain dari negara ini.
Di mana bumi dipijak di situlah langit saya junjung, seperti kata perbilangan
Melayu yang popular itu. Itulah sebabnya saya tidak silu untuk bercakap benar
kerana saya mahukan satu-satunya negara yang ada untuk saya tinggal menunggu
mati ini.
Lebih-lebih lagi sekarang ini,
terlalu ramai rakyat Malaysia
sedang berusaha untuk berhijrah dan ini adalah kenyataan dan hakikat sebenarnya
yang berlaku. Masing-masing mempunyai
sebab masing-masing untuk berhijrah, tetapi di antaranya sememangnya ramai
berniat untuk berhijrah kerana tidak senang dengan keadaan yang sedang berlaku
di negara ini.
Tetapi ini semua adalah fenomena
yang biasa sejak dulu lagi. Kezaliman pimpinan Qing Dynasty, iaitu dynasty yang
terakhir dari 26 dynasty negara China, menyebabkan ramai rakyat Cina berhijrah
ke merata tempat didunia ini dalam kurun ke-19 dahulu, termasuklah Malaysia
(dulu Malaya). Kumpulan yang tertekan dan miskin dari China itu telah berhijrah
ke negara lain dan mereka yang berhijrah inilah yang menjadi kaya-raya di
negara yang baru mereka diami termasuk di Malaya
suatu ketika dahulu.
Saya tidak terkejut dengan
perasaan tertekan rakyat Malaysia
yang telah berhijrah ke Eropah, Amerika dan Australia dan lain-lain telah
mendapatkan kehidupan yang baik di negara baru mereka. Penghijrahan ini
sememangnya boleh merubah keadaan kehidupan mereka di negara yang baru mereka
diami itu.
Sememangnya semuanya ini
memberikan hikmah kepada mereka yang tertekan dan lantas meninggalkan negara
ini.
Hijrah ini merupakan satu
fenomena yang benar dalam Islam. Muhammad saw sendiri diperintah Tuhan untuk
berhijrah ke Medinah dan Muhammad berjaya memajukan Islam di Medinah. Yap Ah
Loy menjadi kaya raya setelah berhijrah ke Malaya
dahulu dan kumpulan pendatang dari China inilah yang telah memberikan sumbangan
kepada pembangunan negara kita ini.
Sekarang kaum Cina diterima
sebagai rakyat Malaysia
untuk bersama-sama menjaga negara ini dengan baik dan mereka dijamin dan
dilindungi oleh perlembagaan negara kita. Kaum Cina sekarang bersama-sama
menjaga negara ini dengan bangsa-bangsa lain dan bersama-sama memastikan yang
negara ini tidak dicemari oleh kerakusan rasuah dan salah guna kuasa oleh
mana-mana pihak.
Tetapi di mana-mana negara di dalam
dunia ini ada rakyat tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di dalam negara
mereka. Lantas oleh kerana tidak tahan dengan apa yang berlaku mereka berhijrah
termasuk mereka dari negara ini.
Ada beberapa sebab kenapa ramai rakyat kita
berhijrah. Ada
yang berhijrah itu tidak lagi senang melihat apa yang berlaku dalam negara ini,
maka mereka ini membawa kekayaan mereka keluar negara di tempat mereka
berhijrah itu. Kekayaan mereka ada yang terhasil dari usaha sendiri dan ada
juga dari tindakan rasuah yang tidak ada hadnya seperti yang berlaku di dalam
negara ini.
Ada yang berhijrah kerana tidak tahan dengan
kehidupan miskin di sini dan bertindak untuk memperbaiki kehidupan dengan
bekerja di negara lain dan beransur-ansur membina kehidupan masing-masing di
tempat dan negara yang lain.
Berbalik kepada polimik di antara
LKS dengan Zahid itu adalah polimik politik semata-mata dan saya menyeru jangan
dipanjangkan isu ini kerana kita di bawah ini sudah keletihan dengan permainan
politik pemimpin di atas sana.
Kita di bawah ini dijadikan mereka ini sebagai alat mereka untuk menongkat
langit dan mencapai ‘self-actualization’ masing-masing dalam politik mereka
dengan mengetuk semangat dan ‘sensitivity’ rakyat yang ramai ini.
Saya berharap isu Zahid dengan
LKS ini dihentikan sahaja. Kita di bawah ini ingin melihat dan membaca isu ini
adalah yang membazirkan pemikiran kita di bawah ini. Elok jika Anwar berehat
barang sebulan dua untuk menenangkan pemikiran rakyat serta pemikiran beliau
sendiri.
Mungkin setelah rakyat dapat
berehat sedikit nanti barulah pihak mana-mana untuk kembali ‘berjuang’ untuk
mencari apa yang hendak dicapai itu. Apabila rakyat sudah berehat dengan
secukupnya mungkin rakyat akan kembali berdiri dan berjuang di belakang Anwar dengan
berhimpun siang dan malam serta pagi dan petang.
Bak kata anak-anak muda sekarang,
‘berjuang! Jangan tak berjuang!’ atau ‘lawan, jangan tak lawan’. Lepas itu
tepuk tangan kuat-kuat.
42 comments:
Tahniah Tuan bersetuju dengan YB Zahid....siapa tak setuju, boleh BELAH
In a truly democratic state and everyone of us has a respondibility to uphold the constitution based on democratic principles.We can't chase people away for voting the opposition vis a vis everyone in Malaysia has the right to vote. NO ONE CAN CHASED TGN AZIZ OR Hj Hadi to migrate somewhere else..INI NEGARA KITA BAH DAN KAMI UNDI PAKATAN DI SABAH KERANA ITU SATU KEPERCAYAAN DEMOKRASI BAH. JANGAN MARAH PIJAT , RUMAH DI BAKAR..BERFIKIR SEBELUM BERKATA ITULAH ORANG BIJAK DAN JANGAN CAKAP SEMBRONO , NANTI KITA SEMUA YANG RUGI..
Kebanyakan melayu atau java yg jadi menteri Dlm Negeri tidak sedarkan diri. Apatah lagi polis2 melayu senang diperalatkan.
Dulu Syed Hamid tunjuk kuasa dan salah kuasa. Dua orang perempuan pun dia suruh Polis melayu tangkap ISA.
Di UK dimana kita meniru amalam Parlimentary Democracy. Menteri Dlm Negeri tidak tunjuk act kerana Ketua Polis disitu tidak ikut arahan politician. disini Polis tak berapa cerdik. Apa politician suruh buat mereka ikut. Itu sebab Zahid besar kepala. Dia ingat dlm dunia ni tak ada Tuhan ke? Org yng dia aniaya bolih mengadu kat Tuhan. dia ingat semua orang takut dng Polis melayu ni.
Salam
YB zahid cakap yang betul. .sudah berapa banyak diorg telan dan kunyah hasil mahsul negara ini sekarang cakap semuanya tak adil semuanya tipu. .tanya sama anwar berapa banyak dia dh kunyah dan telan dan berak..sekarang ni pulak semua tak betul. .dia saja yang betul. .
Andai kata PAS bergabung dgn Umno dan sebilangan PKR dan DAP juga masuk BN... adakah anwar terkubur ??
Jawapan saya TIDAK...
Walaupun Anwar katakan ditendang keluar dr PKR, Anwar boleh tubuh parti baru dan akan memenangi kawasan2 bandar dan kubu2 kuat PR yang sedia ada...
Rakyat lah penentu halatuju negara ini, bukan parti PAS, DAP dan PKR ataupun UMNO......
Jangan pandang remeh kemampuan pemimpin 2 rakyat...
Golongan mata duitan mungkin ada dalam ketiga2 parti PR dan kalau ingin mereka bole berambus...
Sejarah menunjukkan kesemua orang2 ini kalah teruk lepas keluar dari parti 2 pembangkang...
Call it by any name ABU, Gerakan Anti Samyvellu (GAS), ABCD, anti Mahathir, Reformasi or watever...
Hassan Ali, Ezam, Chandra Muzaffar, Tunku Aziz, Hee Yit Foong, Zaharin dan mungkin orang2 seperti Azmin , Zuraida dan Haron Din mungkin lebih suka nak dapat habuan dari UMNO... tapi kena ingat... Kuasa Rakyat Kuasa Keramat...
Jangan sampai satu hari nanti, kalau masih UMNO tak tumbang, rakyat semakin restless.... dan gerakan bertukar ker fasa lain...
Celaka ni dah kayakan keturunan anak
cucu dia lu orang tak sedar lagi ke?
Kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang menteri
bodoh macam ni lu orang masih setuju
lagi.Malaysia ini ada berbilang bangsa dan semuanya adalah RAKYAAT
MALAYSIA yang SAH. So rakyaat boleh
bersuara bila tidak bersetuju dengan
sesuatu perkara. Dan aku YAKIN kebanyakaan calon2 BN yang menang tu
tahu mereka menang dengan cara yang
tidak ADIL! Andai ALLAH SWT membuka
pintu hati mereka tentu mereka akan
menyiakannya. Tapi....????
AA..it's too telling that Anwar is rattling. Good leader is not like him. He should forget the idea of becoming the PM. He's unfit brother and that is the plain truth!
Hoping for the best to come. Umno is not the best.
I am for Pakatan but I am against Anwar being the PM. Jacob you should agree with me...don't you?
As Salam Tuan Aspan.
Memang rakyat dah letih berpolitik, tapi rakyat jauh lebih letih kena tipu dek pemimpin politik UMNO/BN. Bagi kebanyakkan rakyat tiada guna menjadi rakyat yang patuh kepada segala macam kezaliman yang dikenakan terhadap mereka oleh pemimpin UMNO/BN yang korupsi dan kejam untuk jangkamasa 5 tahun akan datang.
Rakyat di negara ini kebanyakkannya bukanlah terlalu taksub kepada Anwar, tetapi mereka terlalu benci kepada kepimpinan Najib dan UMNO yang ditamsilkan seperti beruk sedang bertenggek dan kencing serta berak di atas kepala rakyat.
Adakah rakyat terlalu "mental" begini semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi? Jawapannya, tidak sama sekali. Kalau KJ yang buat onar sekalipun, rakyat masih rasa ada ketelusan dalam diri beliau walaupun usia beliau di tahap pra-matang.
Sebagai seorang yang tidak gila dan masih berfikiran normal, tak kan saya mahu menjadi saksi buta atau rakyat tolol, sedangkan di hari pengundian tersebut dakwat yang dikatakan kekal oleh Pengerusi SPR itu hanya bertahan 20 minit sahaja sebelum saya tiba di rumah dari Pusat Pengundian dan mencucinya dengan pencuci pinggan "Axion", maka semua kesan dakwat telah tanggal habis. Tak kanlah saya nak mempercayai SPR?
Saya pun sebenarnya dah lama mahu keluar dari negara ini sekiranya ada peluang hidup sederhana sekalipun di luar negara kerana saya terlalu meluat dengan karenah bangsa sendiri yang tak pernah buka mata atau mahu menjadi orang cerdik walaupun mengaku beragama Islam. Biarlah di negara ini hanya tinggal pengundi Saluran 1 dan 2 sahaja untuk dibuat ulam dan jeruk oleh pemimpin UMNO/BN.
Kenapa harus membenci Anwar atau PR? Adakah mereka yang selama ini yang menzalimi atau menjahanamkan masa hadapan kita? Jika kita tidak mampu untuk berjuang dan mendapat sanjungan majoriti rakyat seperti Anwar, jangan pula kita menjadi Hasan Ali atau Ibrahim Ali.
Terima kasih Tuan Aspan.
Setuju
Lihat isu sebenar, memang Zahid tak guna akal masa buat kenyataan tu...kalau dia tak setuju dengan suara hati rakyat, dia patut keluar dari negara ni...masuk lubang kubur lagi baik...jangan pula kau kait dengan Anwar
Adakah mungkin Zahid ini marah kerana salah seorang pemimpin Hindraf masuk dalam kerajaan? Tetapi kerana tidak berani memprotes kepada Najib, PRlah yang menjadi mangsa kemarahannya.
Salam Sdr Aspan,
Yang kerik itu kendi ,
Yang merah itu saga.
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Terlajak perahu bolih diundur,
Terlajak kata buruk padahnya.
Takkan hilang bisanya ular,
Jika berjalan menyusul akar.
Jangan marahkan nyamuk seekor,
Habis kelambu dibakar.
Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa.
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak beradap.
Sabar itu satu perkara yang baik,
Diam itu satu perkara yang luhur.
Kita sendiri tahu tahap kemampuan diri kita, jika terasa tidak upaya lagi, berhentilah, jangan diturut nafsu, nanti lesu, jangan siturut rasa nanti binasa,jangan diturut hati nanti mati.
Jangan dikejar hal dunia sehingga hilang timbangtara, nanti dijemput olihNya kita akan pergijua.....Myi
Bn dh lama memerintah, sepatutnya Msia diperintah setiap sesuatu parti x.lbh 2 pggal shj, klu rakyat nak tukar, tukarlah. Parti yg lama sgt memrintah akan byk kuasa dan byklah ketidak amanahnya.
Kalau tak kerana Anwar, saya undi PR.
Tapi dek Anwar sayo pangkah Khairy Jamaludin.
Overly confident kills Anwar. Face this fact.
AA,
Thank you,I would like to congratulate you for being liberal esp after GE13.I observed comments which were not to your taste,you let through and this surprised me because before this it was the opposite.It is a good sign and you had started again to show what good journalism are.Keep it up and I am sure your blog will be a hit to bloggers.
Apa yang pr dpt sekarang, itu jugalah yang mereka dapat dalam pru14 nanti
ini bukan masalah Anwar , tapi masalah aku yang terpaksa bayar cukai GST yang kununnya menjana 27 bilion. Untung petronas mencecah 90 bilion, ke mana duit tu di bawa lari?. Duit lembu 250juta lesap begitu sahaja, duit tu bukan harta pusaka mak bapak mereka.BILA BANGKIT MELAWAN DIHALAU NYA KITA DARI NEGARA INI. Adakah negara ini hak milik mereka? atau harta pusaka mereka?.Adakah kita kini dipaksa untuk tunduk seperti tunduk takutkan tentera Jepun di waktu dulu-dulu.Jika begini lebih baik diperintah semula oleh kolonial daripada dijajah oleh Melayu penipu
AA dan kelian yg membaca...Umno itu adalah pesalah tegar, tapi bukan anwar yg selayaknya menyelesaikannya. Anwar pun banyak isunya sendiri. Yang tahu tahulah yg tak tahu tak dapatlah nak kita tolong. Tapi kesudahnya nanti semua akan tahu juga...tunggu!
bagi saya, tindakan zahid itu mencerminkan pemimpin yg sudah ketandusan modal atau kematian hujah. Perlu ditegaskan, saya sc peribadi menentang penipuan beralaskan demokrasi. bukan bermakna saya tidak mempersoalkan sistem itu sendiri. yang saya pertikaikan adalah pelaksanaan demokrasi yang tidak demokrasi lagi. Kehadiran pengundi import itu berlaku di depan mata saya sendiri. jadi saya ingin bertanya, di mana konsep keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yg kita julang selama ini...? dalam perlembagaan termaktub hak kita untuk bersuara. Hak kita untuk memilih.. kenapa diserahkan kepada mereka yg berada di luar perlembagaan?? Dan kita semua sedar tindakan itu bertentangan dengan perlembagaan, maka pelaksanaan undang-undang perlu dikuatkuasakan. tapi hakikatnya mereka yg bersalah masih bebas dan kita yg bersuara utk kebaikan malah diminta meninggalkan negara sendiri????
Salam Sejahtera Tuan AA.
Ramai dari penyokong UMNO tegar dan Melayu kini malas membaca dan masih tak faham-faham lagi perkara atau isu yang diperhangatkan.
Perjuangan ini bukannya atas individu bernama Anwar, di PRU12 dahulu adakah Anwar bertanding dan berkempen hingga mengurangkan majoriti 2/3 untuk UMNO/BN? Ramai lagi pemimpin yang cukup handal untuk berpidato atau berhujah seperti Saifuddin Nasution, Saifuddin Abdullah, Mujahid Yusof, Husam Musa, Khalid Samad, Takiyudin Hassan, Rafizi Ramli, Mat Sabu dan sepertinya.
Masalahnya rakyat majoriti amat mengharapkan UMNO/BN yang korupsi jatuh melalui PRU, tetapi mereka UMNO/BN - dengan kerjasama SPR dan JPN serta KDN telah membantu UMNO/BN untuk menang PRU13 dengan cara menipu rakyat melalui pelbagai saluran seperti Undi Pos (penipuan terbesar), undi Bangla, penukaran peti undi dan pengundian 2 kali (kerana dakwat kekal rupanya tidak kekal). Kalau masih tak faham lagi, patutlah UMNO/BN boleh memerintah dengan pemimpin yang kurang cerdik selama melebihi 50 tahun, dek kerana jumlah rakyat yang terlalu ramai berotak kemetot.
Kadangkala rasanya penat Tuan Aspan mencungkil sejarah dan menceritakan pengalaman beliau di luar negara tetapi para pengunjung blog masih macam ikan kering, mata sentiasa terbuka tapi tak boleh menerima kebenaran. Barangkali mereka ini hanya suka dan seronok menerima penipuan. Atau mengharapkan Malaikat Jibrail turun ke bumi bagi menceritakan kebenaran, barulah otak mereka cair dan sanggup menerimanya.
Tak payah la halau rakyat keluar ko tu zahid pegi india pakistan n bangla cvari dakwat kekal yg kekal gantikan dakwat keluaran kilang d bagan dato tu sng je ko menteri jng la naikan darah rakyat setelah ko isap darah rakyat
Tuan,
Boleh sila maklum kepada YB Datuk Mohd.Ariff Sabri,bila blog Sakmongkol AK47 nya itu boleh diakses???
Nampaknya, sampai hari ini nak buka pun susah!!!!
T/Kasih.
Uliq Mayang.
Kita patut Hangat2 tahi ayam....;-))..... mungkin salah satu boleh tumbangkan UMNO-BN. Tak akan kita biarkan penipuan 50 tahun beterusan begini. Indelible ink yang tak indelible...berMaksud ini GE13 adalah Null & Void. TAK Laku. UMNO-BN dah kurang sokongan...tapi minda mereka LAGI Angkuh, sombong, BIADAP macam itu Hamidi....tentu rakyat 60% tak akan diHINA begini dan senyap aje!!...Kita Nak gulingkan UMNO-BN unutk Price Reduce...bukan Barang Naik!!
salam tuan Aspan, saya adalah diantara pengundi baru didalam PRU yang baru lalu dan sebenarnya saya cuma layak mengundi pada tahun 2010 dulu. Saya amat kecewa dengan sikap menteri seperti ini, sebelum ini saya menjangkakan pembangkang saja yang bersikap 'kurang sopan' dan 'melanggar bahasa' - (ini adalah bahasa 'mbah saya sebelah emak saya orang perak) tetapi amatlah kecewa kerana semakin jelas sekarang sikap ketidak wajaran orang-orang BN terutamanya UMNO. Saya orang melayu islam (sama seperti YB Dato' Zahid Hamidi dan kemungkinan YB Dato' Zahid Hamidi ada tali persaudaraan selain sebagai saudara seagama dengan keluarga sebelah ibu saya yang berasal dari Sungai Dulang Bagan Datoh) tapi kecewa saya dengan sikap trully Unprofessional Ethics of Manner yang ditunjukkan oleh YB Dato'.
Sebagai generasi pelapis yang sering di canangkan oleh kerajaan kami (saya dan anggota masyarakat seangkatan dengan kami) merasakan zaman kini bukanlah untuk generasi yang menunjukkan tauladan yang kurang baik untuk kepada bakal-bakal pemimpin dimasa hadapan. Selama mana yang YB Dato' merasakan yang YB Dato' akan memegang Jawatan Menteri yang YB Dato' sandang sekarang ini ?. Masa berlalu, zaman berubah dan generasi kami akan menggantikan kepimpinnan sekarang. Ketika itu nanti kami tak dapat nak bayangkan bagaimana agaknya perasaan YB Dato' sekiranya kami bersikap dengan sikap yang lebih buruk dari sikap yang ditunjukkan oleh YB Dato' sekarang ini. Saya tak pandai berbahasa jawa walaupun emak dan 'mbah saya sering berbual dalam bahasa jawa tapi saya masih tak dapat menguasai bahasa jawa dengan baik tapi saya bangga dengan darah jawa yang mengalir sebahagian dari diri saya tetapi saya amat malu (seperti juga 'mbah dan emak saya) dengan sikap YB Dato' yang menyalahi apa yang kami di ajar semasa sekolah dulu supaya menghormati sesama manusia.
Kami (terutamanya 'mbah saya ) akhir-akhir ini merungut apakah sebegini cara YB Dato' di didik oleh Ibu bapa dan guru-guru YB Dato' atau apakah sebegini juga caranya YB Dato' mendidik anak-anak dan bakal cucu-cicit YB Dato' selepas ini ?
Salam Pak,
Momentum lawan tetap lawan mesti di teruskan dan terus ditingkatkan jumlah penyertaannya. Jika kita mengambil pendirian tunggu lima tahun maka kita akan terus menunggu dan menunggu. Apatah lagi dengan perangai pemimpin umnobn yg berkuasa yang penuh dengan tipu muslihat. Kita bertindakterus melawan kerana dengan itu akan meminimakan gejala rasuah dan komisen dilakukan dgn sewenang-wenang.
Mohd Zuki
salam pak aspan ,
setuju ngn komen pak aspan.
kalu majoriti rakyat nak anwar jd pm kite tidak boleh tolak.ini hak rakyat.
i disagree apa yg zahid ckp.who are u nak halau org?sblm election sanjung rakyat ckp rakyat is the BOSS!after election halau rakyat.org mcm ni better humban dlm longkang!
Zahid cakap kerana dia nak melindungi sesuatu. Dia pun tau negara ini bukan dia yg punya dan ada sistem pemerintahan tersendiri. Dia patutnya rasional. Spt yg tuan AA katakan Zahid ni seorang yg berpewatakan lembut dan sabar. Serangan-serangan rakyat yg dipimpin oleh Anuar menyebabkan Zahid dan yg lain rimas dan bimbang, takut keselamatan dan kesejahteraan mereka musnah. Maklumlah, banyak negara dunia ketiga pemimpinnya tumbang kerana kuasa rakyat. Masing-masing saya percaya semua dah tau sebabnya. Tentang Anuar, saya bukanlah taksub kepadanya tetapi kagum dgn perjuangannya. Berapa ramai yg sanggup jadi macam dia. Sanggup segala-galanya sehingga dpt merubah lanskap politik, penyatuan dan perpaduan dan hasilnya rakyat juga yg dpt walaupun tak sepenuhnya. Kita imbas kembali perjuangan nabi kita, beliau mulanya berseorangan tetapi akhirnya ramai pengikut dan berjaya dalam pemerintahannya. Mandela, Salahudin Al-Ayubi dan ramai lagi semuanya melalui jalan sukar utk berjaya dan kuat. Kita rakyat Malaysia berhak menasihat dan menegur pemimpin sebab kita memilih mereka. Kalau mereka ikut alhamdulillah, kalau sebaliknya, maka jadilah mereka seperti tanggang. Ego, kuasa dan kekayaan mengatasi segala-galanya. Jadilah pemimpin yg beriman.
Exactly my sentiment....i agreed with you alam flora...
-a malay lady who read tao te ching-
Saya sungguh setuju...
Saya heran sangat kepada semua yang banyak sangat komplen kepada pembangkang dan juga pemerintah. Yang pilih parti pemerintah yang ah menang PRU13 mengapa bising. KAn dah menang! Sekarang hiduplah dengan apa jua pun cara dan gaya mereka memerintah! Yang pilih pembankang apa nak di kato! Dah kalah! Buat lah strategi baru nak menawan hati orang2 kampung yang sukakan BR1M dan bantuan setahun sekali. Juga yang tolak harga petrol turun dan lain2 free!. Zahid ni dulu pun masuk kem Anwar lepas tu kena tangkap dan kena belasah dlm ISA join balik. Sekarang dah berkuasa. Menteri ISA lagi beb!. Siapa Pandai nak hidup!!! haahaaa. mati esok jawaplah dengan tuhan!!!!!!
kalau ikut hati memang nak migrate, kalau la arab, brunei, australia ke senang2 trima baik migrate je...
Selalunya menteri dlm negeri yh bermusuh dgn rakyat tidak kemana...lihat musa hitam syed albar...begitu juga zahid...
Menjadi menteri dlm negeri ..bagi zahid,adalah peluang membuat duit melalui penguasaan zahid dlm polis,kastam imegeresen...
Pihak SPRM harus melihat lebih mendalam akan tindak tanduk zahid dlm mentadbir kementerian dalam negeri...jika zahid seorang berani..jgn hanya berani kepada rakyat yg maukan keadilan pru..beliau juga harus berani terhadap sindeket dadah,pengkhianat negara yg menjual ic kepada bangla...berani kepada pendatang haram yg sekarang bermaharajalela..
DS Zahid Hamidi serah kuasa pada penjawat awam bermula dari KSU,TKSU dan semua penjawat penjawat awam dibawah kementeriannya.Mmg ada baiknya.Kepada sesiapa yang tak lagi menyokong kpd BN tu mmg baguslah...kurang persaingan bagi kami untuk merebut kekayaan.Polisi berhijrah keluar negara amat digalakkan.Apa yang BN buat semuanya tak betul.Negara ini bapak(moyang) saya punya.Saya akan mempertahankan negara ini kerana ini sahaja Negara yang saya ada.Semuanya kerana tidak puas hati.Apa yg diminta tak dapat maka dituduh mereka korup,kronisme.Tak pernah pun menjadi wakil rakyat @ Menteri...tapi berhujah macam Menteri...macam wakil rakyat bahkan macam PM pun ada....Mana kenyataanya?....Bosan
Betul tu. Ade kena mengena dgn Anwar
Graduates' qualifications may not match the present industries needs and requirements....or there is lack of employment and salary is too low with increasing cost of living.
Under the circumtances, migration ( temporary or permanent ) could be a good thing for the individual to get better experience, exposure and reward in developed countries....doing nothing could destroy one's career/job and future income earning capacity.
Setuju sgt dgn tuan...
It not about anwar being PM..
it about umno goin bad to worst..
-sangharimaukumbang-
Salam Pak Aspan,
re:Sdr Uliq Mayang
you may access the blog thru here:
http://sakmongkol.blogspot.ru/
terima kasih
hs
"Apa yang menyebabkan...?" Senang saja, kan pilihan parti UMNO ni tak lama lagi kena nampak gah dan macho lah. JIka tidak masakan boleh pertahankan kerusi NP nya, apatah lagi kalau bercita-cita nak naik tangga?
Salam sejahatera Pa Aspan....!!!
Semuga apa yang tersurat dan tersirat dalam hati pa aspan dapatlah di-fahami pembaca semua.....kerana saya sendiri tak faham kemana kah arah nya....????
Mungkin kerana saya nih hanya rakyat biasa dan karyawan bawahan....!!!
Teringat eseh dengan pepatah minang "biar mati anak jangan mati adat" Adakah ini yang ingin di-pertahankan dalam hidup kita di-bumi Malaysia yang bertuah ???? Jika benar lah , bagaimana kah adat itu ingin di-pertahankan jika anak2 mudanya di-biarkan mati ....dari pada adat itu mati...????
Berbalik kepada si zahid hamidi....adakah begini menteri melayu yang ingin kita semua pertahankan....??? Mengalahkan orang yang tak berilmu langsung bila berucap atau berkata2. Orang bodoh tu kalau tak berilmu dia akan diam kerana tidak ada idea untuk berkata2 tetapi orang pandai nih kelihatan lebeh bodoh dari si-bodoh yang tak ada idea....!!! MEMALUKAN SAJA.
Kalau saya tak berniat jujur dan ikhlas untuk menegur sesama kita , saya rasa saya tak akan meluahkan teguran saya kat mana2 website,forum atau fbook...kerana ini sahaja yang saya mampu untuk menegakkan kebenaran dan membasmi kemungkaran.....saya menegur demi kebaikan dan kebenaran kita bersama.
Sepertinya Pa Aspan pun sama berperasaan yang DSAI lah punca segala masaalah begara.....!!! Hai tak tahu lah , mungkin kerana memang begini sikap orang2 melayu...takut bumi melayu jatuh ketangan orang lain....!!! Tetapi kalau UMNO baru buat sewewenangnya tak pula mereka nak komplen itu dan ini.....!!!
Sekilas ikan di-air boleh kita kenal jantan betina nya.....tak perlulah Pa Aspan bersusah payah masok parti lain ....sebalik nya berusahalah untuk mentarbiah(bahasa lembut ni) UMNO baru tu.....sama macam DSAI satu ketika dulu......!!!!
Maaf ya pa aspan jika ada tersalah kata dan bahasa dari saya.....semuga dapatlah kita kongsi bersama jika ada salah dan silap dalam hati nurani kita semua....makaseh...atuk muda....!!!
Post a Comment