12 May 2013

Semak mendengar kata-kata MB Terengganu

Bukannya mudah untuk mencari pemimpin yang ‘level headed’ terutamanya dalam masa keadaan politik belum lagi menentu. Masing-masing dengan emosi masing-masing kerana kekalahan atau kerana kemenangan dan juga kerana tidak puas hati dengan keputusan PRU13 yang lalu. Menteri Besar Terengganu yang hampir tidak dilantik menjadi Menteri Besar buat kedua penggalnya begitu emosi dengan menunjukkan sifat dendam kesumatnya kepada parti pembangkang.

Ahmad Said berkata tiada rumah mampu milik bagi kawasan yang dimenangi oleh pembangkang dan kenyataan ini menunjukkan yang pelajaran dan pendidikan tinggi belum lagi mampu menguatkan persepsi beliau terhadap demokrasi. Beliau begitu berdendam seolah-olah tiada orang dalam UMNO Terengganu itu berdendam terhadap beliau.

Tetapi apa yang menyejukkan hati orang seperti saya, ialah apabila terbaca twitter Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO, yang tidak bersetuju dengan sikap Menteri Besar Terengganu yang perongos itu. Khairy berpendirian yang sepatutnya tidak ada dendam mendendam dan inilah yang kita mahu lihat dalam kepimpinan tidak kira dari BN mahupun Pakatan Rakyat.

Itu sebabnya sebelum pilihanraya yang lalu saya menulis, jika di antara yang menang di dalam UMNO itu biarlah salah seorangnya Khairy Jamaludin. Kita mahu melihat pemimpin yang tahu dan menginsafi yang demokrasi ini adalah kuasa rakyat, bukannya kuasa seorang Menteri Besar yang perlantikannya begitu menyakitkan sesetengah pihak walau dalam UMNO sekalipun.

Bagi Ahmad Said ‘the winner takes all, while the loser looses all’. Sikap Admad Said mungkin relevan bagi pimpinan 30-an dahulu dan ia jelas tidak boleh dipakai lagi pada zaman rakyat memahami apa itu demokrasi. Demokrasi bukannya baru di dalam negara kita ini tetapi masih lagi ada pemimpin kerajaan negeri yang masih berdendam seolah-olah pihak musuh hendak merampas anak isteri beliau atau hendak mencabut nyawa beliau.

Inilah contoh-contoh yang UMNO mesti mengambil tahu dan bertindak ke atas mereka yang sama seperti Ahmad Said ini. Kelakuan dan sikap bobrok Menteri Besar Terengganu ini menjadi lambang kepada sikap UMNO dan kepimpinannya sendiri. Bagi saya Ahmad Said perlukan beberapa hari atau minggu untuk menghadirkan diri beliau ke kelas kursus sivik bagi membetulkan ‘mindset’ beliau tentang demokrasi itu.

Sikap ini amat penting dihapuskan kerana kerajaan ‘survive’ dari cukai yang berbagai bentuk yang dikutip dari rakyat termasuk ahli-ahli politik pembangkang. Jika Ahmad Said tidak pandai menjaga diri sebagai pemimpin kerajaan, maka adalah betul jika rakyat sendiri memberikan pengajaran terhadap beliau.

Buat permulaannya mungkin meminta Ahmad Said untuk meletakkan jawatan yang baru diperbaharui kepada beliau. Semak mendengar kata-kata pemimpin yang macam orang sewel seperti Ahmad Said ini.

Siapa yang mendidik beliau tidak pula kita ketahui, tetapi sikap beliau itu amat memalukan sesiapa yang membesar dan mendidik beliau dahulu.

21 comments:

LEPED said...

Saya secara peribadi tdk meletakkan kesalahan ini 100% pd mad said ni...pengundi yg memilih dan mengangkat dia menjadi pemimpin jgk harus bertanggungjawab...kenapa org yg sebegini akhlaknya masih di angkat menjadi ketua dan pemimpin??

kueh bakar said...

saya orang terengganu. dan memang ahmad said pemimpin level kampung. Banyak adegan-adegan huduh dia dalam youtube. Memang kampung habis.

pelik bagaimana orang macam ni Umno angkat jadi MB. Low class.

Saya pernah rasa zaman Wan Mokhtar, Hadi Awang, Idris Jusoh dan paling teruk cap ayam, Ahmad Said.

http://www.youtube.com/watch?v=WiAZYdykS8s

kamalmajid said...

Sepatutnya perlantkan MB atau KM negeri2 hendaklah mencontohi kerajaan PR Selangor yang mendapat mandat dan persetujuan dari npimpinan parti komponen. Dengan cara ini baharulah kita mmendapat pimpinan yang benar-benar layak dam diiktiraf. Berani ke?

Anonymous said...

Itu sebabnya rakyat menolak umno.

5sal said...

Assalam tuan aspan dulu pun masa mb idris jusoh jd mb md said jd exco dia lah dalang yg meruntuh masjid n masa dia jd mb dia kata pas parti ajaran sesat.La nie dia yg sesat,sepatutnya orang yg menang akan senang hati,tapi terbalik pulak sakit hati pulak.Begitulah kalau menang dalam kalah(UBN) kalah dalam menang(PR) Buat kerja serba tak kena,walaupun kerja betul tapi dia nampak tak betul.Tapi memang tak betul pun TIPU dalam pertandingan PRU 13.Semuga dia akan insaf akan apa yg telah dia katakan tu.Muhasabah diri sendiri sebelum terlambat.Wassalam!

Anonymous said...

Rakyat yang lemah saja mengangkat pemimpin yang lemah. Ini terbukti berkurun lamanya baik di Terengganu hingga ke Malaysia. Rakyat yang maju yang ada buat masa ini perlu UBAH kepimpinan negara yang bacul kepada ultra moden mengikut kehendak global masakini.

Janganlah sehingga manusia serata dunia sinonimkan Malaysia dengan Clown Country, akibat Magic Election nya.

Anonymous said...

"Tingkah laku mu itu adalah pemimpin mu" iaitu macamana peribadi rakyat itu bagitu lah di terjemahkan olih pemimpin mereka

Unknown said...

Aku sedih dgn pemimpin yg camni. Kita bukak sikit kitab cukai pun cukuplah. Setiap warganegara yg mempunyai pendapatan yg layak dicukai, maka dia kena bayar cukai tanpa mengira latar belakang politiknya atau siapa yg disokongnya. Begitu juga bagi organisasi seperti syarikat yg berkeuntungan, setelah menambil kira belanja samada yg dibenarkan atau tak serta insentif yg ada, dan ia masih menunjukkan keuntungan, maka dia pun dicukai. Cukai ini adalah antara penyumbang kpd pendaptan negara & perlu diurus & ditadbir sejujurnya. Adakah wajar hanya kerana tempat itu tidak menyokongnya, hak rakyat di sana dinafikan? Adakah duit yg akan dikeluarkan dari duit poket pemimpin tu? Itu duit rakyat. Tak kira sapa yg disokong, dia berhak menerimanya dlm apa jua bentuk.

Sedih sekiranya ada pemimpin sebegini. Adakah dendam yg menyebabkan dia jadi begini atau kurang kebijakan, maka dia jadi begini.

Paling kesian adalah orang2 yg menyokongnya di tempat yg kalah. Diapun terciciran.

BN dgn slogan rakyat didahulukan, patut 'menyemak' semula pilihan mereka ini...

Anonymous said...

Dalam umno baru memang sudah tiada pemimpin yang boleh diharap.

Anonymous said...

Demokrasi perlu difahami falsafahnya iaitu dari rakyat kepada rakyat untuk ralyat. Bukan dari pemimpin kpd pemimpin utk pemimpin.

Itu sebab perlunya Demonstrasi utk mendidik pemimpin yg kotor macam mad said dan yg seumpama dgnnya.

Anonymous said...

UMNO terlalu angkuh untuk menghukum dan tindakan mereka dilihat melebihi hukuman Tuhan.

Bangsa UMNO tidak pernah disebut didalam Al-Quran dan semua bangsa dimuka bumi ini tak kira apa jua fahaman politik & agama adalah makluk Allah maka barangsiapa yang menzalimi sesama manusia akan menerima azab Allah didunia & akhirat.

Insyaallah UMNO akan digulingkan dan akan menerima nasib yang sama seperti regim Edi Amin, Shah Iran, Saddam Hussien, Hosni Mubarak, Gadaffi & Ben Ali didalam tempoh yang terdekat.

Anonymous said...

Bang,

Baca ini lagi sosak napas!

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/05/12/expect-a-backlash-from-malays/

Anonymous said...

Tuan Aspan

UMNO boleh terus mengotakan ajenda Melayunya tanpa MCA dan Gerakan dalam kabinet. Kan Kan

Anonymous said...

Najib menang LEMAH berbanding Pak Lah tahun 2008. (Tapi Paklah tak buat 'Blackout', Dakwat tak kekal, Undi berganda, orang asing mengundi....)

Orang Najib, Ghani Othman, Fuad Zarkashi, bungkus!

Orang Mahadei, Berahim ali, Zul 9/10, Ali Rustam bungkus!

Orang DSAI, Saifuddin Nasution bungkus!

Orang Hadi, Mat Sabu, Husam, Salahuddin Ayub bungkus!

APAKAH YANG ALLAH SWT NAK TUNJUKKAN KEPADA UMAT MELAYU????

Kalo enggan akui, BENCANA AKAN MENIMPA KITA!!!

Anonymous said...

Apa yang Mahadei sudah tinggalkan dalam Umno (baru) dan negara Malaysia selama 22 tahun DAN masih belom mahu duduk diam sehingga kini??

Mahadei yang dikatakan terlalu bijak berpolitik serba halal itu boleh dihargai seperti manusia kerdil ini??

http://en.harakahdaily.net/index.php/headline/7196-nik-aziz-the-small-man-who-slayed-three-giants.html

Bagi melayu2 yang agungkan Mahadei, fikirlaaa....sampai bila nak dodoikan lagu 13 may????

Anonymous said...

Sepatutnya Tuanku Mizan panggil Mat said ni ke istana, pastu lempang kuat-kuat sekali biar dia tersedar dari lamunan bahawa dia kini berada di alaf baru, bukannya di zaman orang Melayu masih memakai cawat. Perangai macam jakun pun boleh jadi MB.

Itu hari Mamat ni tertinggal beg kertas penuh berisi wang tunai berjuta-juta di Glenmarie Golf Club. Entah cukong mana yang beri sogokan......

Anonymous said...

Slm..kesian kt dia. Mb ni dh meletakn keadilan d bwh tpak kakinya..maka megelegak lh api neraka menunggu beliau..doakn bgnya kesedaran..
Hmkaziz..

halim said...

encik aspan,
appreciate if you could update the sakmongol link to sakmongkol.blogspot.sg. the normal link is not working. tq.

Noor said...

Sedih dapat Menteri Besar yang angkuh, sombong dan kalau bercakap cukup sinis. Suka mengugut kakitangan kerajaan yang menyokong PR. Semoga beliau sempat bertaubat dan Allah ampunkan segala dosanya.

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan!

Saya ada membuat posting dalam blog saudara tempoh hari. Tetapi ia tidak disiarkan. Tetapi tak mengapa. Cuma ada satu soalan cepu emas kurun ini untuk saudara.

Adakah Tuan bersetuju dengan keputusan pilihanraya ke-13 yang lalu? Memandangkan kemelut yang berlaku masa kini adalah wajar Tuan membincangkan perkara ini di masa akan datang, kerana kesannya akan berpanjangan selagi ia tidak diselesaikan sekarang kerana dimasa akan datang perkara yang sama akan berulang lagi. Sekian.

Unknown said...

menteri besar tahap ketua jkkk kg aku