Cadangan sesetengah pimpinan BN
meminta DAP menyertai BN adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku kerana ia
akan memecahkan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat. Jika DAP menerimanya ia sekaligus membuktikan yang DAP hanya mementingkan kuasa di dalam kerajaan. DAP akan
hilang identitinya dan bukannya parti yang yakin terhadap perjuangan yang telah
sama-sama dipersetujui dari awal dengan rakan-rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat.
Saya akan memberi komen sepintas
lalu sahaja kerana saya tidak berfikir sebelum ini untuk melihat DAP akan
bersama dengan BN untuk membentuk kerajaan. DAP mahukan kuasa yang ‘legitimate’
dari undian pengundi-pengundi dalam pilihanraya yang lalu bersama parti-parti
dalam gabungan Pakatan Rakyat.
Tindakan mana-mana pihak untuk
mencadangkan penyatuan DAP dengan BN itu merupakan usaha untuk memecahkan
Pakatan Rakyat dan ini merupakan satu taktik politik pihak lain untuk
menghancurkan kesepakatan di antara parti-parti dalam PR. Jika DAP menyertai
kerajaan bersama BN maka ia akan memulakan kejatuhan DAP dari mendapat sokongan
rakyat. DAP sepatutnya berada dalam keadaan yang telah ditentukan rakyat dalam
PRU yang lalu.
Apa yang sepatutnya dilakukan
oleh kedua-dua belah pihak ialah kerjasama yang baik dalam banyak isu-isu
negara seperti rasuah, salahguna kuasa, perundangan, dan apa-apa sahaja yang
memberikan kebaikan terhadap rakyat. Parti yang memimpin tidak semestinya
berada di dalam kerajaan. DAP telah ditentukan tempatnya oleh rakyat iaitu menjadi
parti pembangkang jika kita lihat dan baca dari kehendak rakyat dalam
pilihanraya yang lalu.
Seorang imam itu belum tentu
mampu menaikkan doa kepada Allah swt. Imam hanya mengetuai ‘congregation’ muslim
dalam solat berjemaah. Yang mungkin menyampaikan doa kehadirat Allah itu
mungkin salah seorang makmum yang dikasihi Allah yang berdiri di belakang imam
itu. Itu sebabnya kita digalakkan bersolat dalam jumlah jemaah yang ramai kerana
kemungkinan ada di kalangan yang ramai itu mampu untuk menyampaikan doa itu
adalah besar.
Jika DAP merupakan parti yang
berintergriti ia tidak boleh berada di dalam kerajaan yang selama ini dituduh
rasuah dan sebagainya. Kerjasama dari luar BN itu mungkin jalan yang paling baik
untuk melakukan keadilan dalam pemerintahan kerajaan BN itu. DAP mungkin belum
sampai masanya untuk menjadi parti yang bersama-sama berkuasa dalam kerajaan
tetapi parti itu mampu bekerjasama dalam pembentukan dasar untuk kebaikan
semua.
Jika DAP mahu berada di
dalam kerajaan, ia terpaksa berusaha sekali lagi bersama Parti Keadilan Rakyat
dalam PRU yang akan datang dan jika salah satu parti meluluskan kehendak
sendiri sahaja. Justeru itu, kerjasama di antara barisan pembangkang untuk
mengambilalih kepimpinan BN tidak akan terjadi setidak-tidak selama 20 tahun
lagi dari saat DAP menyertai BN itu. Dengan secara beransur-ansur DAP akan
menerima nasib seperti nasib yang sedang dialami oleh MCA sekarang ini.
Orang ramai akan menganggap DAP
itu 2 kali 5 sahaja dengan parti-parti dan pemimpin-pemimpin yang selama ini
dianggap sebagai gila kuasa dan gila glamour.
Saya percaya DAP tidak mahu
namanya tercalar seperti itu walaupun ada seorang dua di kalangan pimpinan parti
itu yang sudah berangan-angan untuk merasakan kuasa itu selepas pilihanraya
yang lalu. Tetapi yang jelasnya Tuhan belum lagi memberikan izin untuk parti itu berkuasa. Mungkin apa yang dilaungkan (preach) dengan apa yang sebenarnya ada dalam niat pimpinan DAP itu masih belum selari lagi. Tunggulah sampai apa yang disebut di mulut dan apa yang sebenarnya ada di dalam niat mereka itu selari dahulu.
Mungkin ada hikmah besar di sebalik kegagalan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru di negara ini. Itu Tuhan sahaja yang Maha Mengetahuinya.
Mungkin ada hikmah besar di sebalik kegagalan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru di negara ini. Itu Tuhan sahaja yang Maha Mengetahuinya.
24 comments:
.....sutan says....
... fisiks, biologi, falak, kimia dan politik telah menunjukan kepada kita bahwa dunia diciptakan dengan aturan-aturan dan ukuran-ukuran yang rapi. Tidak ada tempat bagi sesuatu yang terjadi secara kebetulan, semua berjalan mengikuti hukum-hukum yang telah Allah ciptakan di alam semesta ini.........wallahuallam.....
sekadar renungan sahaja,
- Adakah DAP mengiktiraf islam sebagai agama rasmi di Malaysia.
- Adakah DAP mengiktiraf hak keistimewaan orang melayu/ bumiputera di Malaysia.
Pak,
tah apa hal,lu menyampah gler sorang amoi ni.lu cakap dia ketiak hangit la, telinga besar sebelah la, kepala 4 segi la, lubang hidung botol kicap pun muat la tapi dalam masa yang sama lu ajak dia kawen??!
after all those caci maki kat depan public and lu expect amoi tu terima pinangan lu?
isn't it ironic? dont u think? a little too ironic.....
Anon 22:33
- Ya
- Ya
Dah puas hati belum?
Yakin lah. Selagi UMNO tak d pecah kan, selagi tu lah Rakyat Msia tak akan hidup dgn jujur, adil & saksama
Selagi DAP berpegang dan patuh pada perlembagaan negara ini..selagi itulah mereka juga menghormatinya. Dan terbukti mereka telah menjadikan perlembagaan itu tempat berpegangnya. Ada faham?
sesiapapun dalam keadaan BERSENDIRIAN akan merasa kesit, haluih, karam/tenggelam dalam perasaan.
Ya! inilah gambaran AMNO sekarang selepas PRU 13. Signal yang disampaikan oleh rakan kongsi dalam BAZIRAN membuat AMNO terkejut berok. Petanda penghujong hayat pertubohan yang dahulunya sentiasa berasa MEGAH dengan berbagai slogan yang diREKA untok disogok dalam memenangi hati rakyat.
Setelah berbagai SKANDAL, RASUAH, MENIPU, BOHONG dan KONSPIRASI berlaku, kini rakyat telah sedar siapa sebenarnya AMNO ini, sebuah pertubohan yang mewarisi GENETIK tuan British. Buktinya sehingga ke hari ini mereka MENGEKALKAN pengenalan nama dalam bahasa ASING, konon berjuang untuk survival bangsa Melayu.
Dalam keadaan terkapai bersendirian inilah mereka baru teringat satu demi satu nama MUSOH MUSOH politik yang sekian lama dikeji, dihina dan difitnah dengan berbagai tudohan kotor.
Dalam keadaan keseorangan begini AMNO kelihatan menjelirkan LIDAH untok MENJILAT kembali segala apa yang pernah mereka LUDAH dahulu.
Inilah dia sebuah pertubohan yang langsong tidak ada MARUAH. Yang ada hanyalah KEPENTINGAN TEMOLOK sahaja.
AWASlah kepada sesiapa yang berfikiran waras, punya harga diri dan masih ingat apa yang telah dilakukan oleh AMNO kepada:-
1.-PAS
2.-Tun Ghafar Baba
3.-Anuar Ibrahim
4.-Kaum Cina dan India
5.-rakyat Memali
Inilah persahabatan, kesetiaan dan AMANAH yang telah di PUNAH JAHANAMKAN oleh AMNO demi TEMOLOK dan PEROT mereka.
Orang yang biasa hidup bergelumang maksiat dan noda bila sampai di hujung nyawa akan berkelakuan ANEH dan PELEK seperti apa yang anda saksikan sekarang sehingga SANGGUP menjelir lidah menjilat kembali segala ludah ludah mereka dahulu.
Ini semua lelakon demi kekal berkuasa, inilah AMNO
HIDUP AMNO = MATI TANTOYA
HIDOP MOHTAR HASENG = MATI DATO TAHA
HIDUP MATI HIDOP MATI = MATI HIDOP SEMULAPON AKU TAK AKAN PERCAYA KEPADA AMNO
Apa yg kita tak suka kadang2 itu yg terbaik utk kita. Allah lebih tahu proses tarbiah ini.
adakah ini satu opportunity?
it will be a hard decision!
to do it for the people, they will be label as something else?
betrayal? mementingkan diri? and so on...
selfishness on them, i will say no! they could have quit politics many years ago. yet they continue! they are professionals, and could live a good life without all this crab. they and their family have suffer tremendously by going to jail for the people! how many politician willing to go that far? here, we can only talk and give comments behind the wall, while they're out there openly facing to what come next.
i have faith in them in not betraying the people trust. they will never betray the "pakatan" coalition! know them, understand them, experience them, and have faith to the one we supported! from the beginning till now, they’ve never sway from their principals! if it were, they have lost my support long ago!
colorblind as always!
mcm2 dah di hina,caci maki,kini nak ngurat pulak,mcm nak potong line aje.....buat cikmat gelak aje lah
Bang saya sedih org yg pandai mengira peserta perhimpunan dah tak de...rais yatim.
DAP sedar kuasa sebenarnya diperolehi dari mandat rakyat dan jika parti DAP hendakan kekayaan dan kuasa kuku besi sudah tentu DAP percaya kuasa datang dari parti umno bn.
Umno cuma mintak :
1. Kahak hijau yang mereka ludah selama ini.
2. Minta dihadiahkan kek taik sebagai balasan hadiah kek taik mereka dulu.
3. Pengalaman keluar masuk kamunting(isa)
Selagi tidak ada pandemik penyakit sakit jiwa melanda parti, DAP tidak akan masuk UMNO-BN.
Listen, listen, listen.
No. No. No.
DAP kan suci bersih , tak korup dan tak pernah pun rasis.Sepanjang masa DAP memperjuyangkan nasib orang miskin tak kira bangsa dan negara.Kat Pulau Pinang, dah beratus ribu rumah mampu milik dibuat DAP. Sayapun setuju dengan saranan Aspan..Tak perlu DAP menyambut cadangan pemimpin UMNO tu..sebab UMNO tu sinonim dengan korup dan rasis pulak tu. Najis kalau dicampur dengan air bersih akan jadi air najis..bukan begitu Aspan.
Salam sejahtera semua,
Apakah perlu kita membuang masa melayan ajakan spesis yang begitu lama "memperbodohkan" rakyat Malaysia? Ajakan-ajakan tersebut seumpama seruan suara-suara syaitan
(yang dikenali?) sebagaimana berlaku dlm peristiwa israk dan mi'raj Nabi
Muhammad SAW yang tidak perlu dilayan oleh Pakatan Rakyat.
kenyataan banggang dari seorang mamak mydin...mamak sememangnya pandai mepecah belahkan malaysia...
mamak sama specis dngan bangla..rakyat malaysia dah sedar..org kedah je bodoh lagi..masih menerima mamak..
Saya rasa DAP Tidak akan berganding bahu denagn setan seperti UMNO-BN...Kenapa? Tak payah kita kira sampai habis jari...siapakah yang menghantar anak Uncle Lim ke penjara kerana mempertahankan hak seorang budak perempuan bawah umur dari orang tua gila seks? Dalam tahun-tahun bila Lim Guan Eng duduk dipenjara, dia bukankah telah mempunyai keluarga sendiri? Adakah Uncle akan lupa bahawa itu hanyalah permulaan perbuatan keji yang dilakukan oleh parti kerajaan hingga selepas itu dus lagi orang 'terjatuh' dari tingkap masa soalsiasat, ada anak orang mati dalam penjara dll....Bolehkah DAP telan dan lupa semua maki-hamun yang dihadiahkan sehingga baru-baru ini? Just ceuase Najib said it's time for national reconcilation (konon), soalan-soalan untuk apa yang telah berlaku tidak mungkin boleh disapu bawah permaidani la woi....
dah caci maki DAP. dah kata DAP parti komunis parti perkauman. akhir2 ni DAP nak jadikan kristian sebagai agama rasmi malaysia. DAP juga membenarkan guna kalimah Allah dalam bible. Akhir sekali dalam kempin baru2 ni di gelang patah gani kata bahawa Lim Kit Siang seorang pengganas dan perangainya itulah yg menyebabkan orang melayu marah. selepas maki hamun dan cerca yg bukan2 aleh2 nak ajak bersama2? wahai umno janganlah jadi macam kanak2 yg belum bersunat. umnu sesungguhnya tak tahu malu. muka umnu adah muka tembok.
Dasar dan amalan politik UBN sudah tidak relevan lagi di alaf baru ini,
biarkanlah ia pupus dan bersemadi secara aman (RIP).
Yang perlu difikirkan sekarang ini bagaimana untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan negara dan rakyat Malaysia yg tercinta.
Pada saya apa jadahnya mahukan DAP bersama BN ?.Rakyat telah pilih BN.Pengundi cina telah memilih DAP.Kita mesti hormati kehendak pengundi cina bersama DAP menjadi pembangkang kali ini.DAP tak perlu dalam BN.
Mereka tidak pandai membalas budi saperti pengundi Melayu...
Ikan bilis
salam pak aspan ,
lawak la bn ajak dap bersatu.heheh selama berpuluh tahun bn pasakkan kat otak umat manusia dlm malaysia dap ni parti komunis , penyebab 13mei , parti rasis alih2 ajak lak joint dorg bullshit!!!..
anonymous 22:17 - asyik membalas budi la bn@umno memperbodohkan org melayu..
DAP love y'all
http://rainbowoftruth.blogspot.com/2013/04/it-is-raining-money-in-penangfor-few.html
B.N. TAK PERLU DAP.
PAP (SINGAPURA) PERLU DAP.
DAP ADALAH PROXY PAP-SINGAPURA.
PAP PERLU DAN AMAT INGINKAN MENGUASAI MALAYSIA (DAN EKONOMI MELAYU) MELALUI D.A.P.
HAKIKINYA, MALAYSIA PERLU PENYATUAN SEMUA ORANG BERAGAMA ISLAM DI TANAH AIR INI, REGARDLESS OF THE NAME OR BRAND OF THE POLITICAL PARTY.
PASTI PUAK KAFIR, KUFUR DAN YAHUDI AKAN MERASA GERUN.
http://rainbowoftruth.blogspot.com/2013/04/it-is-raining-money-in-penangfor-few.html
Post a Comment