Salah satu perkara yang saya pernah
sebut lama dahulu ialah kemungkinan dan politik ini ada berbagai-bagai. Musuh
hari ini akan menjadi kawan besok hari. Berkawan hari ini akan menjadi musuh
pula beberapa hari selepas itu.
Tiada sahabat dan musuh yang kekal dalam
politik ini nampaknya. Itu sebabnya saya selalu mengingatkan yang muda-muda
pada hari ini jangan menjadi manusia keliru dan terjebak dengan keadaan dan menjadi
mangsa kepada permainan manusia pemimpin yang hanya gilakan kuasa tanpa had.
Suatu ketika dahulu saya
memberikan pandangan yang pergaduhan diantara kita dibawah ini adalah di
sebabkan keadaan berpuak-puak dalam negara dalam hal politik hasil dari
tindakan pemimpin yang masing-masing mempunyai pengikut.
Masing-masing yang bermusuh sanggup berjabat dan bersalaman semata-mata kerana kepentingan mereka sahaja. Pengikut yang berdemonstrasi serta bagi pihak yang mereka sokong itu hanyalah menjadi umpan dan dimangsakan oleh pimpinan yang membawa mereka berdemonstrasi itu.
Masing-masing yang bermusuh sanggup berjabat dan bersalaman semata-mata kerana kepentingan mereka sahaja. Pengikut yang berdemonstrasi serta bagi pihak yang mereka sokong itu hanyalah menjadi umpan dan dimangsakan oleh pimpinan yang membawa mereka berdemonstrasi itu.
Saya menyebut isu yang di siarkan
oleh Malaysian Insider hari ini yang Najib dan Anwar berkemungkinan besar
sedang berjumpa dan membuat pakatan diantara mereka dalam hal politik pada hari
ini di Jakarta.
Kebarangkalian perjumpaan ini tidak boleh di nafikan boleh berlaku.
Dalam masa rakyat berbalah
diantara pihak mereka ini, tidak ada siapa yang mengetahui Anwar dan Najib
pernah berjumpa dan membuat pakatan dihadapan Jusuf Kala dari Indonesia.
Hanya setelah Anwar dikatakan memungkiri janji-janji dengan Najib itu, maka
barulah rakyat mengetahuinya setelah rahsia perjumpaan itu dibocorkan oleh
Jusuf Kala sendiri.
Tidak pula salah perjumpaan itu.
Tetapi persoalannya bagaimana dengan penyokong yang berdemonstrasi dan
berperang sesama sendiri mempertahankan pemimpin dan puak masing-masing itu?
Semasa mereka berperang ini, ramai yang telah tercedera dan ramai juga yang
telah berpatah arang sesama sendiri
Tetapi Najib dan Anwar sedang cuba untuk
bercumbu-cumbuan diantara satu dengan lain di Jakarta atau dimana-mana. Dibawah
ini rakyat biasa yang tidak tahu apa-apa berperang dan berpatah arang untuk mempertahankan
pemimpin masing-masing. Maka keluarlah isu SPR tidak adil, penipuan pilihanraya
dan berbagai-bagai isu lain sebagai isu untuk kepentingan pemimpin mereka.
Orang ramai dan penyokong-penyokong
dibawah ini hanya diperguna seperti parang bengkok untuk menebas semak samun
sahaja. Apabila semak samun itu sudah dibersihkan maka parang-parang bengkok ini
hanya disimpan didalam bilik setor sahaja.
Apabila diperlukan lagi untuk menebas dan menebang semak samun yang lain pula maka parang-parang bengkok ini akan diasah dan ditajamkan kembali untuk dihayun kesana kemari untuk menebang menebas semak samun yang ada dihadapan pemimpin mereka sekali lagi.
Apabila diperlukan lagi untuk menebas dan menebang semak samun yang lain pula maka parang-parang bengkok ini akan diasah dan ditajamkan kembali untuk dihayun kesana kemari untuk menebang menebas semak samun yang ada dihadapan pemimpin mereka sekali lagi.
Itu sahajalah nilai
penyokong-penyokong yang diarah ke hulu ke hilir, ke darat dan ke baruh, untuk berdemonstrasi dengan berbagai-bagai
nama seperti 'blackout 505' dan sebagainya. Kumpulan ini garang-garang dan terpaksa
berbelanja membeli baju dan seluar hitam dan berbagai-bagai lagi yang hitam untuk
persediaan berdemonstrasi.
Begitulah nasib parang-parang
bengkok ini. Hanya dipergunakan untuk menebas dan menebang sahaja. Apabila
‘settle’ masalah pemimpin-pemimpin mereka ini, parang-parang bengkok ini akan
di simpan didalam setor atau kadangkala di biarkannya berkarat ditepi pagar di
belakang rumah sahaja.
Mereka bukan berbincang tentang masalah negara, mereka berbincang bagaimana untuk berkompromi tentang isu jawatan Perdana Menteri sahaja. Kedua-duanya 'desperate'. Seorang 'desperate' hendak melindungi jawatannya, seorang lagi 'desperate' hendak mengambil alih jawatan yang seorang lagi.
Mereka bukan berbincang tentang masalah negara, mereka berbincang bagaimana untuk berkompromi tentang isu jawatan Perdana Menteri sahaja. Kedua-duanya 'desperate'. Seorang 'desperate' hendak melindungi jawatannya, seorang lagi 'desperate' hendak mengambil alih jawatan yang seorang lagi.
Mereka yang dijadikan parang bengkok tadi akhirnya akan berdiam diri dan malu
dengan apa yang telah mereka lakukan. Masa itulah baru mereka sedar yang
kata-kata nasihat dari pihak yang mereka abaikan itu ternyata benar. Tetapi
semuanya itu sudah terlambat, kerana kata-kata sudah banyak terlanjur dan budi
sudah banyak kedapatan.
23 comments:
AA, kita diajak bergaduh, tapi depa pi sana sini berjumpa dan bermesra. Nasib kita lah....
Itu pasai jgn percaya kat Anwar ni. Dia belakon sana sini, kita dok beli tiket tengok depa belakon. Beli tiket, beli baju hitam, akhiaknya kita habih depa syok-syok.
hanya kerana msia insider dan aspan tulis benda2 mcm ni, u all tak dengar hujah dr anwar lagi, da mula hukum.... apa punya manusia la kamu semua ni... adooiii
susah la nak maju mcm ni...
AA,
It's normal affair sir. Desperate leaders can initiate desperate moves at the cost of anything, even the nation. Their ultimate is just power.
The sharp hidden claws of Anwar is poisonous enough to damage this beautiful Malaysia.
Anwar, is a self serving leader. Najib is also a self serving leader ladies and gentlemen. And that goes with everyone in Umno and Pkr.Both are faked and unreliable personalities with double faces of undignified being called human. There won't be any problems solved if it involves men in Umno leadership, like Najib Muhyiddin and Mahathir, and each and everyone of them in Pkr. It's a choice between the devil and a deep blue seas. That's it. One has to know this man Anwar in person before you get to the actual content in this man.
Aspan and everyone, to compromised with Anwar is killing. There's nothing good in umno and najib, muhyiddin and everyone to Anwar. I hope the speculated news is not true. Anwar can't compromise with us even though he can hook wink Najib.
To Anwar....you can be with us anymore. You can come in over mu dead body. Bukankah umno itu sampah? Saya mengikuti ceramah Anwar banyak kali. This man is just a stage entertainer, nothing more nothing less.
Taman Watan, Ampang
Kalau Anwar masih ada, najib masih pm, mahathir masih buat bising kita akan menjadi mangsa politik celaka saja.
Btullah tu bro, parang-parang benkok ni akan berkarat dibelakang rumah saja setelah pemiliknya mendapat keuntungan dari hasil ladang mereka. Ladang mereka tu di bersihkan oleh parang-parang bengkok yang sudah berkarat itu nanti.
Berapa lama rakyat hendak di tipu...untuk mengenal politik di malaysia kita bagikan mengikut perjalanan ke akhirat...
1. parti org kafir
2. parti org munafik
3. parti org islam
skrg kita tahu najib dan anwar berada atas kapal yg sama..iaitu parti munafik..
Anwar tidak akan menjadi pm malaysia sampai bila bila...kerana keadaan tidak memihak kepada beliau..
Skrg sepatutnya giliran mahayudin yg menjadi pm..najib gunakan anwar untuk kuasa...anwar gunakan najib untuk mendapat projek besar untuk membantu politik nurul izzah nnti..
Apa yg kuli buat hanya untuk meng`test market` beliau dgn harapan mendapat untung beliau dan rakan rakan beliau..kerana pru 13 adalah terakhir untuk kuli..
kemungkinan penglibatan kuli kali ini adalah muslihat atau jemputan najib untuk melemahkan semnagat mahayudin dan geng geng beliau..
Pemimpin umno berpolitik hanya berkisarkan wang semata mata..bukan mengenai maruah bangsa melayu...
Aspan,
You know and I know, Anwar is not going to be the PM. He knows this you know? That's why he brings everyone for the rally. He uses the built up issues like election fraud as an expedient excuse to bring people rallying behind him.
But he is not going anywhere. Her daughter Nurul... may be.
Pengikutnya hanya mimpi disiang hari. Let us see the fun after this.
Bro jamal...none of Anwar's followers believe you. It's only man like me who can believe your opinion. let them fall with their labu labu. Before long they will slowly realize the fact that Anwar is at his road end.
chong AK, BM
pi mampuih la depa dua tu!!! sapa-sapa nak demontrasi.. buat la, ... tapi niat biaq betoi... bukan untuk anwar atau untuk sapa-sapa pun... tapi untuk dapatkan pilihanraya yang telus;tulus; mulus; dan kudus. biaq la pemimpin yg naik memimpin tu dipilih rakyat Malaysia jer bukannya Banglisia atau Maligsia atau Indonesia!!! Parang bengkok yg disimpan dlm stor bole bawa kecelakaan jika tuan punya lupa kat mana dia letak... terpijak... luka atau putus kaki. Jika tergantung bole terhantuk dan luka kepala... bole mampus!!! PARANG BENGKOK BUKAN SEBARANG BENGKOK... MESTI ADA KEMAHIRAN MENGGUNAKANNYA ATAU TUAN PUNYA AKAN TERCEDERA!!! ingat tu...
Cita cita untuk Malaysia berwajah baru,,,politik baru,,,politik multiracial,,,mungkin hanyalah untuk perbahasan dan perbincangan semata mata...
Sama sepeti perbahasan di zaman sekolah dulu dengan tajuknya "makan gaji lebih baik dari berniaga" dan juga perbahasan bertajuk" kahwin campur lebih baik kahwin sesama kaum", perbincangan dan perbahasan yang tak nampak hasilnya hingga kehari ini.
Dan apa yang kita bincangkan di dalam ruangan blogger ini pun takkan kemana.....puncanya kemunafikan pemimpin kita di Malaysia ini amat ternyata...
Pemimpin yang kita ada hanyalah pemimpin berjiwa kecil, berfikiran pendek kebelakang, fikir untuk hari ini sahaja dan kalau berfikiran jauh pun fikirannya hanya untuk tahun depan sahaja...Kita tak punya pemimpin berfikiran melangkaui dekad, apatah lagi berfikir untuk menyusun dan mengatur masadepan anakbangsa di abad akan datang.
Ramai yang bercita cita mahu jadi pemimpin, tapi diseparuh jalan perjuangan telah bertukar menjadi pemimpin untuk kebaikkan diri sendiri dan kroni ataupun kaum sendiri,,,ada yang bertukar menjadi lanun dan perompak harta rakyat dan negara.
Ada pula bila dah jadi pemimpin,'syok sendiri' apabila dihormati serta syok dan berkhayal sendiri dalam 'mercedez besar' dan
'mahligai impian'..Nasib anakbangsa dah tak masuk dalam agenda perjuanagn lagi.
Kita semua masih tercari cari seorang pemimpin dari rakyat Malaysia yang berjiwa rakyat seumpama Hugo Chavez dan berjiwa besar seumpama Nelson Mandela...
Kalau tidakkpun sedikit lebihkurang ciri ciri perjuangan untuk anakbangsa seperti Sukarno.
Cita cita kita untuk melihat Malaysia berwajah baru dengan idealisme baru, sebuah sistem politik multiracial barangkali mungkin hanya rhetorik parti parti dan ayat pemanis yang terkeluar dari lidah bercabang elitis pimpinan parti sahaja...
Pertemuan Najib dan Anwar di Jakarta hanyalah seumpama sebuah permainan politik,menambahyakinkan kita bahawa politik kita masih lagi politik "enjit enjit semut , siapa sakit naik atas,,,enjit enjit semut,, siapa sakit naik atas....."..Sesiapa yang berminat untuk masuk kedalam sistem poltik Malaysia,,silakan,,,marilah bermain enjit enjit semut beramai ramai dan matlamat kita ialah supaya "permainan ini" dapat dikekalkan dan diwarisi kepada anakbangsa di abad yang akan datang...
Many rich and powerful people fear Anwar beacuse he knows too much of government's misdeed over the decades.
If the people is serious of completely and fully clean up the ' mess ' for justice, he is the man to do the job....if not, get other people to do it.
soal anwar tidak penting... dia da deny bertemu najib....
ingat kalau bertemu di hotel atau restoran di indonesia, orang tak cam anwar dan najib ker... tak mungkin 2 orang ni akan berada di satu tempat tanpa orang lain tak sedar..
sapa source yang bagitau malaysia insider bahawa anwar akan bertemu najib... ni cakap 2 untuk kepentingan tertentu... untuk najib ugut mahathir, mudin dan kuli..
source ni source penipu yang turut tertipu adalah aspan...
Biarkan depa berdemonstrasi...nanti baru depa tau siapa yang kena....
Biarkan depa pergi rally, nanti depa tau siapa yang rugi...
Biarkan depa pergia padang merbok, nanti depa tau siapa yang mabuk...
zubir
Betul kata pengomen diatas,
Anwar tak akan menjadi PM. Sememangnya dia tidak boleh jadi PM. Carilah orang lain. Carilah yang boleh memimpin dan menyejukkan keadaan. Tetapi pertukaran mesti diakukan.
Kuli adalah watak yg sangat sesuai utk mengemudi malaysia kearah lain dari agenda peribadi pemimpin2 yg ada sekarang. Kuli tidak terlalu memusuhi najib juga anwar. Maka tiada dendam kesumat. Kuli dihormati kawan juga lawan. Kuli takkan terpengaruh dgn arahan mahathir. Kuli jauh lebih sabar dan berpengalaman drpd najib n anwar. Mungkin kuli yg akan mencerna pemikiran rakyat agar lari dari politik gelojoh yg sdg berkembang ditanahair kita. Kuli dah terlalu tua utk mengumpul harta utk diri sendiri. Tapi kuli tidak terlalu tua utk memudakan kembali demokrasi nusabangsa. Sayang pada anak raja kelantan yg berjiwa rakyat ini utk dibazirkan. Hidup kuli.
Tuan Aspan,
Sesebuah negara tidak akan dapat melahirkan rakyat yang bermaruah dan bermartabat akibat cara pemilihan pemimpin negara yang penuh tipu helah dan muslihat.
~ ags
Sir,
The whole world already knew that the Malaysian government is practising unhealthy race-based policies and has losed respect in the eyes of other world leaders.
Pak Aspan,
Baru-baru ni saya terbaca yang Mao Zedong seorang kominis anti tuhan dan anti agama tapi yang anehnaya UMNO adalah parti yang paling kuat berkokok memperjuangkan Islam dan kalimah Allah.
Ke hulu ke hilir UMNO memperjuangkan agama Allah kerana kalimah Allah mahu dirampas oleh orang Kristian. Tapi, pada waktu yang sama UMNO pernah mempertahankan 12 lesen judi di seluruh "Negara Islam" Malaysia.
Malahan, UMNO telah menghalalkan judi semenjak tahun 1951 lagi melalui projek "Loteri UMNO 1951", yakni sebelum UMNO memerintah Malaysia.
Sebelum UMNO memerintah Malaysia, UMNO telah pun menghalalkan judi.
UMNO telah mengeluarkan lesen judi supaya judi boleh 'berkuasa' di Malaysia.
Mao Zedong yang kafir MENGHARAMKAN JUDI SAMA SEKALI di China semenjak tahun 1969.
Apakah Melayu sudah lupa bahawa kerjasama PAS-DAP telah mengagalkan pemberian lesen judi kepada 12 judi bola milik syarikat Vincent Tan bernama Ascot Sport oleh UMNO yang sentiasa mengaku berjuang Islam?
Islam ini jelas dan terang. Setiap orang yang mengaku pejuang Islam pasti berlangkah dan bergerak selaras dengan Islam.
Apakah UMNO sudah sekian lamanya parti yang berjuang agama atau berjuang ke arah Islam?
T.B.
bro, bro berguru dulu. mantapkan ilmu. politik bukan mainan mudah. dlm politik epal boleh jd oren. b
Post a Comment