01 June 2013

Kita mulakan negara baru

Tidak jemu-jemu saya bercakap tentang sebuah negara baru dengan situasi politik yang baru dan segala-galanya baru. Mahu tidak mahu kita wajar menerima yang siasah dan kerajaan kita sudah tidak boleh diselenggara dengan baik dan sejajar dengan keadaan masa moden kini. Semuanya sudah berkecai walaupun masih ada yang berkata negara kita ini sebuah negara yang menghampiri taraf negara maju.

Ibarat sebuah rumah yang sudah tua, kita akan terpaksa berbelanja banyak tanpa mendapat sebuah rumah yang baik seperti semasa rumah itu masih baru dahulu. Hendak diperbaiki atapnya, terpaksa memperbaiki sekali tiangnya. Apabila hendak memperbaiki tiangnya terpaksa pula menukar rasuknya. Untuk menukar rasuk rumah itu terpaksa pula menanggalkan dinding-dindingnya dan berbagai-bagai lagi benda yang harus ditukar dan diperbaiki. Asalnya dahulu ialah untuk menukar atapnya sahaja. Akhirnya seluruh rumah yang tua itu terpaksa ditukar.

Begitu juga dengan negara kita. Rasuah mesti dihentikan, tetapi sebelum memusnahkan sikap rasuah itu terpaksa ditukar pimpinannya dahulu,  hendak menukar kepimpinan terpaksa menukar pemikiran rakyat pula dahulu.

Pendeknya kita tidak boleh menukar satu kelemahan secara satu lepas satu kerana terlalu banyak isu dan kelemahan yang telah terabai selama ini kerana kepentingan peribadi kepimpinan yang berkuasa dan ‘warlords-warlords’ yang mempengaruhi keadaan negara.

Bagi saya kita terpaksa memulakan negara ini dari ‘basic’. Kita mesti melakukannya berdasarkan kepada ‘assumptions’ yang kita belum ada parti dan kerajaan. Tujuannya ialah untuk memulakan ‘formation’ sebuah kerajaan yang baru yang terdasar kepada kehendak masa dan zamannya. Kita mulakan seperti kita memulakan negara ini semasa kita belum mencapai kemerdekaan dahulu.

Kita tentukan matlamat kita yang ‘ultimate’ dahulu, dan selepas itu baru digubal segala-gala yang baru untuk mencapai matlamat yang ‘ultimate’ tadi dan kita mulakan sebuah kerajaan dan negara yang baru.

Kita masih ada pemimpin yang berkebolehan untuk memulakan sebuah negara baru ini walaupun mungkin berada di luar kerajaan. Semua pemimpin yang mewakili semua kaum dan wilayah, duduk berunding dengan serius dan berusaha untuk mencapai kata sepakat bagi mencipta sebuah negara dan kerajaan yang baru.

Kita tidak boleh lagi bertahan dengan ketebalan semangat perkauman yang jelas-jelasnya semakin parah walaupun berbagai slogan dicipta seperti 1Malaysia dan sebagainya. Namun keadaan negara masih begitu parah dan perkauman masih bermain dalam politik kita.

Kita mempunyai Perlembagaan yang kukuh, tetapi selama ini kita sendiri yang melemahkannya dan terlalu berani melanggarnya. Pilihanraya 13 yang baru berlalu ini, jelas menunjukkan yang mewujudkan situasi politik baru amat-amat diperlukan. Semuanya ini adalah disebabkan kelemahan pimpinan kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang.

Kemenangan politik bukan setakat memenangi perbahasan kerana jika kedua-dua belah pihak sudah hilang segala ‘clue’ bagaimana hendak menguruskan negara majmuk seperti kita ini memenangi perbahasan itu tidak akan membawa apa-apa makna. Masing-masing seolah-olah menegakkan benang yang basah dan sampai bila-bila pun benang itu tidak akan tegak.

Akhirnya yang menang pun tidak betul dan yang kalah lagi tidak betul. Kita mesti hentikan membenarkan yang salah dan menyalahkan yang benar. Kita tidak boleh menjadi pembawa dalil hari hendak kiamat sampai bila-bila.

Kita memerlukan ‘political will’ yang kuat untuk melakukan kebaikan dengan pembaharuan ini. Kita wariskan kepada generasi yang akan datang sebuah negara yang mempunyai politik serta siasah yang kuat serta aman dan damai kehidupan mereka. Kita telah pun melakukan pembaharuan ini sebelum ini.

Kita telah melakukannya tatkala perundingan mencapai kemerdekaan di antara Tunku dengan pimpinan MCA dan MIC dan ia juga sejurus malapetaka 13 Mei 1969 dahulu. Tidak ada sebab ia tidak boleh dilakukan lagi. Bezanya kali ini kita lakukan secara ‘pre emptive’ tanpa menunggu malapetaka terjadi terhadap negara kita.

Perlu diingatkan pandangan ini bukan untuk menjurus kepada kerajan perpaduan. Ia adalah sebuah kerajaan baru yang sebenarnya. Lain-lain perkataan kita mewujudkan yang baru sambil mengiktikadkan yang kita belum lagi mempunyai sebuah negara dan kerajaan sebelum ini. Maksudnya ‘brand new government entirely’.

18 comments:

Anonymous said...

Satu pandangan jujur dan bernas. Memang negara ini sudah berada di "jurang neraka" dan kita berdoa agar Allah menyelamatkan kita lalu menyatukan hati-hati kita sehingga menjadikan kita bersaudara.

Saudara Aspan, saya amat bersetuju dengan keseluruhan saranan saudara bagi pembentukan kerajaan baru yang dibina atas dasar yang jernih dan suci dari segi ultimate goal nya. Kerangka baru dibina bukan atas keruntuhan, tetapi benar-benar bersandar atas keikhlasan sekeluruhan pemimpin lama, sedia ada, sama ada di dalam mahupun di luar kerajaan. Bijak pandai kita begitu ramai bagi merencana sebuah negara yang barangkali boleh menepati "Baldatun Thaibun, Wa Rabbun Ghaffur".

Saya tidak berani optimis, tapi jika dinilai dan dikira jumlah keikhlasan, baik kerajaan yang memerintah, pembangkang, mahupun rakyat yang diperintah, alat ukur saya cuma boleh capai tahap 20 hingga 30% sukses sahaja. Saya tak mahu ulas jauh sebab Allah telah menjelaskan di dalam Al-Quran tentang betapa jauhnya sifat baik dan buruk itu dan ia tidak akan dapat bersatu buat selama-lamanya.

Belum pernah terbukti kejayaan usaha demikian di mana-mana. Kuasa, bisa saja memaksa. Undang-undang tetap menghukum. Kabus dan mendung akan terus berarak di langit ini kerana demokrasi yang hangus terbakar sudah semakin diragui, kerana ianya adalah senjata pemerintah bagi menghalalkan apa jua dasar yang mereka bawa. Yang berjiwa kerdil seperti kita akan terus melukut di saluti debu-debu kehancuran yang berterbangan itu.

Anonymous said...

Sdra AA, saya amat bersetuju dengan perjuangan "sebuah negara baru " seperti yang telah saudara tuliskan dan perjuangkan...Harap blogger blogger di luar sana dapat besama sama perjuangkan sebuah negara baru, identiti baru sesuai dengan politik, ekonomi dan keadaan dunia hari ini...Harapnya mesej ini dapat di sampaikan kepada pemimpin yang kalah dan menang dalam negara selepas PRU13...Pemimpin kita haruslah berfikir jauh kedepan,,fikirkan nasib anakbangsa dan keadaan dalam negara dizaman,,25 tahun dari sekarang,,,keadaan poltik dan ekonomi negara macammana yang kita inginkan...Lupakanlah perjuangan bertaraf peribadi,,,lupakan perjuangan mengejar royalti untuk diri ataupun kroni,,,Lupakan lah perjuangan nasionalis atau budaya...Apa yang perlu pada masa ini dan akan datang adalah pengurusan sosio-budaya-ugama-ekonomi rakyat yang hidup dalam negara ini secara adil, saksama dan saling berinteraksi secara luhur dan ihklas,tanpa mengira ras dan agama untuk kemajuan negara secara keseluruhannya,,,di zaman akan datang...Untuk melaksanakan "halatuju baru" dan bermatlamatkan sebuah negara baru,,,kita mesti mengambil kira pandangan semua lapisan masyarakat,,,para pemikir,,"thinkers" dlm semua aspek kehidupan,,dan pakar dalam bidang masing2 dan semuanya mesti berkhidmat untuk kepentigan negara dimasa akan datang...Tanggungjawab ahli politik pula adalah sebagai penggerak masyarakat, pendorong semangat untuk rakyat, memastikan cita cita terlaksana di peringkat akar umbi...Kita masih perlu mengekalkan sistem dua parti supaya kumpulan ahli politik saling bersaing untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat.Lupakan sementara waktu politik permusuhan.Sebaliknya tanamkan dalam hati ahli politik semua, politik padang balapan...Harap harap Sdra AA dapat menggerakan idea Tuan ke peringkat yang lebih tinggi yakni disampaikan kepada pihak pengurusan negara demi kebaikkan bersama untuk rakyat di zaman akan datang...Mungkin satu generasi terpaksa banyak memberi dan bertolak ansur,,tapi untuk Negara Malaysia yang baik dizaman akan datang kita semua mesti berkorban.

Anonymous said...

malaysia menjadi teruk sejak selepas 1 tahun mahadey menjadi pm..maka kerajaan yg tidak kena mengena dgn imno/bn harus di pilih...jika umno/bn masih menjadi kerajaan..semua kepimpinan umno yg bermula dari masa mahadey letak jawatan..mereka ibarat kanser yg merosakkan seluruh badan..

Hendak menukarkan kerajaan serta sistem sekali bukan nya mudah..mungkin terdapat perjanjian rahsia antara penjajah bristish dgn umno..yg hanya di ketahui oleh pm yg mengangkat sumpah untuk memegang rahsia kerajaan..

dan jika dikaji..kerajaan umno/bn sejak merdeka..telah menjadi kan malaysia seperti sistem negara munafik..

Pak Aspan..Allah jadi surga kan neraka..jika semua ingin memasuki surga...siapa pulak yg akan memasuki neraka?? biar la kemimpin umno memenuhi ruang kosong itu..

Anonymous said...

Sebuah negara baru..ibarat seperti satu kerajaan baru..rakyat telah cuba melalui pilihanraya..amalan demokrasi telah dirosakan oleh umno/bn..

Amerika syarikat yg kononnya mendokong kuat demokrasi..ketika ini memerhatikan dgn penuh minat apa yg sedang berlaku di malaysia..

Melalui 1world..yahudi melalui amerika cuba memerintah dunia..apa yg telah berlaku semasa najib..dan apa yg anwar ibrahim melalui pakatan rakyat dpt menawarkan lebih baik kepada amerika..

Apa yg berlaku isu penipuan pru jika di negara lain..najib menerima tekanan dari amerika...kerana rakyat malaysia sendiri menolak umno/bn serta amalan demokrasi dirosakkan..

Kebanjiran bangla harus di ambik kira..kerana bn akan menggunakan bangla ini dlm pru 14..maruah rakyat malaysia hancur dgn pemberian ic nnti...

Anonymous said...


Salam,

Setujulah sangat-sangat dengan pandangan Pak Aspan, dan pandangan para pengkomen-pengkomen di atas!

InsyaAllah kita boleh perbaiki negara kita ini, bersama-sama! Bukannya untuk sekolompok kaum atau golongan sahaja. Jauh sekali untuk segilintir sosok peribadi manusia yang perasan ' hanya akulah yang layak mentadbir'.

Juga perbaiki, atau kalau boleh hilangkan terus mentaliti rakyat yang menyokong mana-mana pihak kerana habuan yang bakal mereka dapat atau dikurangkan sifat kebergantungan rakyat kepada subsidi dan segala sumbangan!

Paling penting juga gerakan memperbaharui negara ini disertai rakyat dari akar umbi. Segerakan, jangan tnaggug-tangguh lagi. Bangunkan semua orang, fahamkan semua rakyat tentang keperluan negara baru ini. Ketuk pintu semua di bandar dan desa, jangan ada yang ketinggalan.

- Perempuan dari Batu Berendam

Anonymous said...

Salam Tuan AA
Permulaan Negara baru mestilah di mulakan dengan kualiti pemimpin yang baru. Pemimpin peringkat bawahan hingga ke peringakat atasan. Pemimpin yang mempunyai personal touch , tidak meninggi tinggi , tidak merasa tersangat angkuh , menghormati penjawat awam yang secara lansung terlibat di dalam program-program kemasyarakatan.

Ini amat penting di dalam usaha mengambil hati atau memujuk. Kita sebagai pemimpin masyarakat jarang sekali mengunakan wang sendiri untuk meraikan rakyat. Semua keperluan selalunya di tagih daripada Pihak berkuasa tempatan samada bentuk logistic dan lain-lain lagi. Justeru itu janganlah sombong dan bersikap authoritarian dengan menganggap mereka ini hamba atau orang suruhan kerajaan.

Mereka pun macam kita ada perasaan , ada sikap kebencian dan yang paling penting mereka adalah rakyat dan paling istimewa mereka ini adalah PENGUNDI.

Apabila orang politik yang sudah berjawatan da nada yang menjadi Wakil Rakyat terus membawa perangai yang dibenci Tuhan ini bagaimana mereka ini dapat menguasai satu iklim politik yang sihat dan sekaligus memulakan satu perjalanan yang baru..

Perubahan kepada Negara baru bermula dengan sikap dan tolenransi pemimpin bawahan sehingga ke pemimpin atasan bukannya dasar-dasar yang lebih kepada imbuhan dan insentif yang berlebihan kerana mereka yang kecewa dan yang terguris tidak begitu mudah melupakan kerasukan dan kesombongan ahli-ahli politik yang sering menganggu urusan kerja mereka.

Ahli Politik Pembuat Dasar , Penjawat Awam adalah Pemacu Dasar , Rakyat penerima Dasar..justeru itu selesaikan ketegangan ketiga-tiga elemen penting dahulu sebelum kita memikirkan untuk memulakan Satu Negara Bar

Anonymous said...

Salam.
Kerosakan dan perpecahan Umat Melayu selepas tertubuh UMNO BARU begitu menyerlahkan kepincangan pada hari ini. Ketika kerakusan Dr Mahathir mengekalkan absolute powernya itu bermula selepas mendominasi seluruh jentera BN / UMNO dan NATIJAHNYA dan KESANNYA sampai ke hari ini.

Ketika UMNO di HARAMKAN di mana Ku Li dan pasukannya di deletekan ..dan seterusnya bila anwar pulak di deletekan dan seterusnya pada umur saya Alhamdulillah 50 tahun sekarang ini..kesannya dan impaknya begitu terasa pahitnya kesinambungan umat melayu khususnya UMNO yang kini semakin layu dan di benci.

Bagaimana untuk memulakan langkah yang baru lagi murni ini sekiranya permainan politik UMNO ini masih segar terutamanya pengikut setia Dr Mahathir yang taksub dengan daya pemikiran politiknya yakni Destroy and Rebuild. .Siapa pulak mangsa Destroy UMNO sekarang ini dan Siapa pulak yang akan Re-build kerosakan ini

awangbatuburok said...


Salam Tuan AA,

Saya berpendapat kerajaan yang baik hanya dapat dibentuk hasil dari perlaksanaan sistem pengurusan pilihanraya yang baik.

Titik permulaan dan langkah pertama perlu dilakukan ialah membentuk institusi dan pengurusan pilihanraya yang telus dan beramanah. Kita boleh belajar dari negara-negara yang berjaya dalam pengurusan pilihanraya termasuk negara-negara bukan islam yang mempunyai standard pengurusan yang telus dan beramanah. Kita mesti keluar dari bawah tempurong UMNO/BN yang sentiasa menafikan kepincangan dan kebobrokan pengurusan sistem pilihanraya negara kita. Kepimpinan SPR yang ada pada hari ini mesti berundur untuk memberi laluan kapada satu pembentukan pengurusan yang baru yang mesti bertuankan kpd rakyat bukan bertuankan kpd UMNO/BN.

Tidak perlu kita beretorik panjang dalam hal ini, kalau kalau langkah yang pertama dan paling asas tidak dapat dilakukan...wallahualam.

Anonymous said...

sebuah negara baru? mimpi ngeri warlord umno, DSAI menang kes liwat, warlord umno belum tentu dapat menghadapi segala tohmahan terhadap mereka.Cuba bebaskan media massa dululah baru boleh berangan2 negara baru.

Anonymous said...


Decades of narrow, damaging and divisive politics of race and religion by self-serving politicians/parties had done enormous damage with permanent and far reaching consequences.....generations are affected.

Bad leadership had caused the country to lose a lot of opportunities to build a strong economy and create real, rewarding and meaningful jobs by small businesses.....government do not create jobs.

It might not recover quick enough to catch up with other countries in the region...there is no quick fix.

Anonymous said...

robert kuok jual jual gula, Che det jual apa? tapi anaknya boleh jadi yang terkaya dimalaysia...fikir2kanlah...,

Anonymous said...

selagi ada UMNO baru selagi itu melayu akan me-layu selayu-layu nya......!!!
Herd mentality that are buit-in into their brain and body function and its system.....!!!
Berbueh mulut ....buek abih boreh yo pa aspan....!!!

atuk muda pulau batam

Mr. Deen said...

Bg pandangan sya, utk adil semua pihak, pemimpin setiap jawatan hendaklah dipilih secara direct melalui borang pengundian rakyat. So sp yg mahu brtanding blh la buat spt yg SPR buat skrg, sp kalah hangus wang taruhan, bkn niat mcm judi tp niat nak mengurangkan calon2 yg mahu bertanding. Isi borang spt anugerah hiburan Berita Harian, siapa dpt undian majoriti dialah pemegang jawatan tersebut.

Mr. Deen said...

Bg pandangan sya, utk adil semua pihak, pemimpin setiap jawatan hendaklah dipilih secara direct melalui borang pengundian rakyat. So sp yg mahu brtanding blh la buat spt yg SPR buat skrg, sp kalah hangus wang taruhan, bkn niat mcm judi tp niat nak mengurangkan calon2 yg mahu bertanding. Isi borang spt anugerah hiburan Berita Harian, siapa dpt undian majoriti dialah pemegang jawatan tersebut.

Anonymous said...

Salam pak aspan.
Kalo kita nk mulakan pentadbiran baru, negara baru, pemimpin baru dan seterusnya semua yg baru, mana mungkin sume tu diwujudkan serentak kan pak aspan. Sapa yg nk mengelolakan sume tu?? Jd apa yg berlaku skrng ni kira ok la pak aspan. Kita reform spr, pastu kita reform jab kerajaan dan sebagainya... Slow n steady.. kalo benda mudah contoh utk reform spr tu pun masyarakat terkial2 nk sokong, makanya "negara baru" takkan muncul sampai bila2 la pak aspan.. Apa yg ada ni dah ok dah pak aspan, asalkan bukan bn yg perintah kira ok la pak aspan. Bukan sbb pakatan perfect, tp dorng masih ada keinginan utk berubah. Bukan retorik tp keinginan sungguh2 utk berubah. Buktinya, dorng mintak spr dibebaskan duk bwh parlimen. Bukan mcm hapuskan ISA tp gantikan dengan yg lain. Mcm ni la pak aspan, katakan saya bersetuju dengan pak aspan bhw kedua2 nya teruk, bn dan pr. Maka saya cadangkan utk diri saya sendiri pilih yg kurang mudharat. Tp kalo nk runtuh sebijik rumah pastu buat balik. Saya rasa sampai bila2 xkan menjadi pak aspan. Salam

Anonymous said...

PAK ASPAN ...LEBIH BAIK DI PAPARKAN DISKUSI TENTANG KABINET DAPUR NAJIB KERANA KABINET KERAJAAN ADALAH IBARAT KAPTEN KAPAL .NAKHODA KAPAL YG NAJIB SANDANG SEOLAH OLAH MEMPUNYAI CAMPURTANGAN "tangan ghaib" dan kita teliti secara satu persatu SIAPA SIAPA DALAM KABINET DAPUR NAJIB.Kabinet Najib perlu di kupas sebagai TAJUK KERANA SURVIVAL NAJIB BERGANTUNG KEPADA KUAT ATAU LEMAH PERSONALITI YANG SEDIA ADA. INI PEMERHATIAN SAYA "NAJIB MENIDAKAN KEUPAYAAN WANITA UMNO KERANA NAJIB MELANTIK "DUA MANGKUK HAYUN DARI SARAWAK" SEBAGAI MENTERI PENUH SEDANGKAN LEBIH BANYAK MP WANITA UMNO YG LEBIH BERKALIBER Spt Halimah Sadique , Azizah Md Dun, Rosnah Shirlin dll.NAJIB DI KABURI OLIH DUA PUTERI SANTUBONG DARI PBB DAN DUA MP TERSEBUT ADALAH YG BANYAK MASALAH DI KAWASAN MEREKA TETAPI KERANA RAKYAT DI KABURI DENGAN POLITIK WANG dan NAJIB TAK NAMPAK INI SEMUA. Harap Pak Aspan bincang Hal Kabinet Dapur Najib di siri yang mendatang..syabas

Anonymous said...

Satu saranan saya ialah Radio/TV kita mestilah terbuka. Bukan BN saja yang bercakap merapu dan banyak auta daripada fakta.

Tanpa yang saya sebutkan di atas majoriti rakyat masih kelabu asap. Rakyat tidak terdedah dengan berita yang seimbang.

Contoh yang jelas, bila PR kata SPR tak telus, rakyat yang siang malam nganga depan TV mesti kata SPR telus sebab itu yang TV siang malam sebut. Siapa yang nak mengaku berak tengah jalan. "Nak mampus". Tapi bila sekarang tiba-tiba BN pun sibuk nak petisyen, mungkin rakyat mula celik rupa-rupanya SPR tak berapa telus.

Wahai rakyat Makaysia kita jangan percaya bulat-bulat lakonan depa ni. BN akan buat petisyen lebih awal mungkin lebih awal daripada petisyen PR. Keputusannya..... SPR buat kerja ikut SOP.

Anonymous said...

negara baru atau cari cara terbaru yang halal untuk mengebas duit rakyat.