20 June 2013

Tiada ahli-ahli biasa yang 'unimportant' itu, tiada pimpinan parti

Dalam sesebuah parti kekuatannya dari ahli biasa yang ramai-ramai. Ahli-ahli biasa inilah yang membentuk kepimpinan parti itu. Ahli-ahli biasa inilah yang menentukan arah tujuan dan bentuk dan rupa parti itu. Ia melibatkan pembentukan sikap dan budaya parti itu sendiri. Kekuatan pemimpin itu bergantung kepada sejauh mana atau seramai mana ahli-ahli biasa ini memberikan sokongan kepada seseorang pemimpin itu.

Maka amatlah menyedihkan jika didapati seorang pemimpin parti menganggap seorang ahli parti biasa tidak penting atau istilah yag popular terbentuk sehari dua ini sebagai ‘unimportant’. Menganggap sesorang ahli biasa dalam parti sebagai ‘unimportant’ itu adalah terlalu ‘uncalled for’. Ia memberi pengertian yang semua ahli biasa tidak penting bagi orang yang mengeluarkan kenyataan itu. Ia bemakna hanya seorang dua pemimpin sahaja yang penting dalam parti itu.

Tetapi ini adalah sikap biasa dalam politik dunia ketiga kerana pemimpin  itu jarang-jarang sedar yang mereka dibesarkan dan diangkat oleh ahli-ahli biasa terutamanya parti yang melaksanakan sistem demokrasi. Walaupun ahli-ahli biasa itu kadangkala bertindak mengikut apa yang dicaturkan oleh pemimpin mereka secara sistematik, yang pentingnya ahli biasa itu adalah penting dalam sesebuah parti yang demokratik.

Ramai pemimpin terlupa yang mereka bukannya menjadi orang besar dengan sendirinya seperti Tuhan yang terdiri dan wujud dengan sendirinya. Mereka menjadi pemimpin bukan terjadi begitu sahaja. Ahli-ahli biasa inilah yang membuatkan mereka itu menjadi pemimpin.

Saya menyebut ini kerana saya telah mengalami isu ini dalam sehari dua yang lepas kerana ada pemimpin besar parti yang saya anggotai menganggap saya itu ‘unimportant’ kerana saya hanyalah seorang ahli biasa. Justeru saya tulislah sedikit tentang isu ini kerana ia amat penting bagi mengingatkan pemimpin yang sedang berada di ‘aras yang tinggi’ dalam parti itu supaya tidak menjadi angkuh.

Kita mahukan mereka sedar bahawa ahli-ahli biasa inilah yang telah membuatkan mereka berdiri dan duduk ditempat yang tinggi itu. Kita mahu pemimpin yang telah diangkat tinggi oleh ahli-ahli biasa ini sedar akan dirinya dan kembali mengingati dari mana mereka berasal dan sejauh mana mereka boleh maju sendirian tanpa ahli-ahli biasa ini.

Hidup ini perlu berseni sedikit sebanyak dan kita tidak boleh melambangkan diri kita sebagai pemimpin yang kasar atau ‘crude’ dalam berinteraksi dengan pihak yang ramai terutamanya kepada ahli-ahli parti mereka jika mereka itu pemimpin politik. Kelebihan orang melayu disini. Mereka lebih berseni dan lembut dalam mengupas isu dan bertindak.

Hanya sekarang nampak sedikit sebanyak kelemahan orang Melayu yang kini sudah berkurangan dari seni politik mereka kerana budaya yang sudah dialih dan dianjak oleh pimpinan pada hari ini. Itu sebab kita terdengar ramai yang sudah begitu fasih mencarut dan bercakap kasar seolah-olah mereka itu bukan Melayu lagi.

Berbalik kepada isu ahli biasa yang ‘unimportant’ tadi saya suka menyeru kepada pimpinan mana-mana parti terutamanya kepada parti yang saya anggotai, supaya lebihkan seni perhubungan diantara mereka dengan ahli. Adab dan sopan itu merupakan budaya timur tidak kira ia berbangsa Melayu, Cina atau India dan apa-apa bangsa sekali pun.

Hak individu mesti kita hormati termasuklah hak untuk tidak dihormati sebagai manusia yang mempunyai pemikiran sendiri. Yang pimpinan berinteraksi itu ialah dengan manusia, bukannya haiwan peliharaan. Maka adalah wajar seorang pemimpin itu tidak berkasar dan sombong terhadap ahli dan rakyat yang dipimpim mereka.

Kesenian dan kelembutan dalam berinteraksi itu adalah lambang sejauh mana ketamadun kita dalam kontek masyarakat timur ini.

Itulah yang membezakan diantara seorang manusia dengan manusia yang lain, atau diantara seorang pemimpin dengan pemimpin yang lain. Kita tidak boleh menganggap manusia yang kita pimpin itu sebagai haiwan peliharaan sahaja. Kalau dirasakan hendak dikurung dikurungnya, kalau hendak menyuruh kerja diarah-arahkan saja dan jika hendak memaki hamun tidak ada halangan langsung dan tiada batasan adab dan adat.

Kita tidak mahu melihat pemimpin kepada manusia bersikap seperti pengembala lembu yang boleh memukul dan mengurung haiwan peliharaan mengikut hati dan rasa sendiri sahaja.

Kita perlukan pemimpin yang layak memimpin manusia dan bukannya pengembala lembu yang hanya layak untuk mengembala haiwan peliharaan sahaja, lebih-lebih lagi di zaman dunia yang moden yang tidak bersempadan ini.

36 comments:

Anonymous said...


Tn Haji Aspan yang 'unimportant',

Saya telah menilik setiap satu jam blog saudara untuk mengikuti pemikiran saudara Tuan Haji.

Alhamdulillah, tulisan saudara bukan sahaja boleh memberikan pelajaran kepada dap yang menganggap sdr 'unimportant' ia juga memberikan nasihat kpd parti-parti lain dalam negara ini.

Teruskan sdr Tn Haji.


Dari:
Hj Salim yg 'unimportant'

saudara kadim said...


Kami dari awal sedar yang Aspan tidak penting bagi dap itu. Apabila sah kau tak bertanding dan diiniaya oleh dap kami berpatah balek dan menyokong BN dan tidak mengundi calon pkr di juasseh dan dun pilah.
Itulah tanda kau tu saudara kami dan aku tu memang org yang baik. Sebagai tanda kita hidup sesuku dan sedarah acik tidak mengundi pkr walaupun hati ini tidak setuju dgn bn itu.
Acik doakan kau selamat selalu.

Anonymous said...

Memanglah saudara unimportant sebab sdr org Melayu .

redzuan, jb said...


Aspan, I know u have tried your best and it fails. It proves that Dap is just another shameful party. Alleging you disappointed not being picked up as candidate by Yb Loke was done in bad taste. I know you very well and that is not the actual reason for your complains.
But Aspan, that is Dap. They want control everything bro. You what my perception on Dap?
It's purely a party with migrant mentality..that's it.

kamal ali said...


AA, your tribulations that you went trough since years and years ago will make you more hardened my friend. Just rest a while bro. Join us nightly at the club which you have been absent since you join that thankless party. You have huge friends around you and you won't be lonely my friend. Most of us here have made mistakes voting for the party you joined. But we did that because of you. Now forget about all those lives full of intricacies and deceits and just do what we used to do. We are with you at all times. Relax bro, relax.

Anonymous said...

Aspan,serves you right!

Anonymous said...

Ayat Hikmat TOONY Loooke
"Unimportanr" ordinary member".
Satu ayat pendek ynag mecerita dan gambaran lebih dari 1,000,000 ayat .

Mulut Tooony Looke sama macam Tony F dan Tony Tompel, agak nya Tony semua thorny.

DAP keturunan Pap dan amal cadre sistem dan cell Lenin stalin.

Sdra Aspan terus kan kan perjuangan, Jenice Lee adalah seperjuangan dan juga 700 ahli dap yang tak di jemput undi.
Pokok bersar mana pun akan tombang di makan anai anai.
arjuna waspada
changkat lobak

Anonymous said...

BN boleh dikritik apatah lagi DAP mesti boleh dikritik. kritikan itu roh demokrasi. KALAU TAK BOLEH DIKRITIK ITU JENIS MAKHLOK YG BUKAN MANUSIA. mereka layak dipanggil JIN kerana salah satu sifat besar Jin ialah SOMBONG.

tebing tinggi said...

Buaek Den kobou pon Den respect kerano dio pon kejadian tuhan punya perasaan cumo tak bulieh brkato-kato sajo dengan manusia joe .

Den nak bori kobou den minum ,rasonya
dah haus dah.

Grand Marquis said...

Saudara Aspan,

Saya tumpang sedih dengan situasi saudara. Tapi itulah hakikatnya. Memang secara teorinya setiap ahli biasa adalah 'important', tapi hakikatkan ahli yang minoriti itu adalah 'unimportant'. Sebab dalam parti itu ada beribu-ribu ahli dan kalau setiap ahli mahu pendapat mereka didengar, maka tak kesampaian pemimpin atasan. Umpama kalau seorang ahli PAS masuk DAP dan suruh kepimpinan DAP laksanakan hukum Islam, adakah kita rasa ahli tu akan dianggapi 'important' oleh kepimpinan parti dan pendapat beliau diambil kira? Bagaimana pula dengan kebanyakan ahli parti lain yang mahu melihat kaum tertentu mendominasi parti dan politik Malaysia?

Sebagai ahli yang minoriti, kita ni umpama anjing yang menyalak bukit. Kalau kita merelakan diri kita ni jadi minoriti, inilah akibatnya. Apabila kita tak ada kuasa, apakah kita ingat kita ini akan dianggap 'important'.

Saudara boleh terus menulis bagi meluahkan kekecewaan. Tapi apa kesudahannya? Ia sebenarnya lebih memalukan diri saudara sebab saudaralah yang membiarkan diri menjadi mangsa. Hari ini, orang DAP kata pigidah baru setahun-dua masuk DAP dah nak catur hala tuju parti. Orang Melayu pula kata padan muka sebab nak sangat menyembah kaki mereka. Cuma mungkin ramai orang kita masih ada rasa hormat pada saudara dan agak berlapik dalam kata-kata mereka.

Islam sendiri melarang umat membiarkan orang kafir menguasai kita. Sekali pun ia nampak baik untuk jangka masa pendek, tapi untuk jangka masa panjang, ia tidak akan memberikan kebaikan pada kita. Apa yang berlaku pada saudara adalah contoh yang baik untuk diambil pelajaran.

A.John said...

Yb Loke needs to apologise to you.When I read his comments, it was rude and shows arrogance of a leader.It's the ordinary members who make the organization and not the other way around. But Aspan this happens in all organizations and not the DAP alone! But I would have expected better from them.Brush aside the comments and continue to write as you always do.

former Dap Kelang said...


Yes, a line of comment from Loke reflects the whole characteristics of Dap. I am happy that happens on you AA. I have proven right to everyone.

Condolence to you AA.

a kanan said...


The more I read and think about Dap, the more I feel unsafe to associate myself with this party.

Anonymous said...


Aspan, Loke is going to be Sec Gen of Dap you know? Berani lu komen sama dia? jangan main main maa!!

Anonymous said...


I bagi you tau Aspan. jangan bercak apbila masuk Dap. Kena jadi macam Ariffin Omar, baru betul!


Mamak penang

john lee said...


To my findings, Dap lacks cultured leaders. It is obvious characteristics in Dap. Please understand that.


Anonymous said...


All PR parties, including DAP, do not have the power to abuse and be arrogant to do what they like eg. rampant corruption, gross abuse of power, gross mismanagement and etc..destroying the country.

There is a strong culture of bullying, threat, intimidation and harrassment by those in power....these are totally unacceptable in a civilised and progressive society.


Anonymous said...


'Islam sendiri melarang umat membiarkan orang kafir menguasai kita' - Grand Marquis.

You are grossly misguided and your narrow and self-serving view is a disgrace to one of the greatest religions in the world.....where great and good values are universal.

Shame on you!!!

Anonymous said...


Anon 19:13,

You don't smell that the same things happen in Pakatan controlled states?

Anonymous said...

Penang Malay Congress with you Mr Aspan. Read FMT for more details.

Grand Marquis said...

To Anon 20 June 2013 19:19:00

I did not say that. It is the Quran which state that. If you are a Muslim, go and read the Quran. If you are not a Muslim, then please do some research about the issue before making your own assumption.

DAP is certainly arrogant to the core. Look at LGE. A multi billion discrepancy in project cost is simply answered by typo mistake. He thought he is so great that all the people would swallow what he said without question (apparently yes for the DAP members). Only such an arrogant leader would dare to use such lame excuse thinking that he will get away with it (and apparently yes among their followers, which make them more arrogant).

Anonymous said...

Aspan,

As a Malaysian, I really admire your affiliation with DAP in an effort to promote true multiracial political parties.

You have much more class than the pemimpin DAP you mentioned here and I think all of us can clearly see this.

The struggle for a true political party representing all Malaysians goes on. This party may be DAP or it may be others.

God bless

Anonymous said...

Anthony Loke akan tersungkur di Seremban PRU14... !!!

Anonymous said...

toony lokk..patut di buang dari dap..mengagalkan inpirasi lim guan eng..mungkin beliau mempunyai calun melayu yg senang di perkudakan untuk jawatan mb negeri sembilan jika pakatan rakyat menang pada pru 13 atau pru 14..

Dengan adanya pak aspan..akan mengagalkan usaha tamak toony lokk..

Anonymous said...


Loke akan jadi setiusaha agong dap. Loke mau jadi tok kong di negeri sembilan


low

Aspan Alias said...


Let Anthony Loke alone and don't go personal against him. Let us be grown up bros and sisters.
Let us talk within the parameter of struggles and avoid personal attacks please.

Let us all be a true democratic community.

Thanks everyone. I appreciate your inspiration and support.

Anonymous said...


Aspan Alias...sir, there are lots of untold stories about Dap. Somehow those stories will surface one day. You are new in the party but I've been in it for 12 years now.


SKY, Butterworth

Anonymous said...


Grand Marquis,

At the height of Islam in the Middle East, other religions flourished together with science, medicine and etc......now it is at its lowest with Muslims feeling fear, frustration and insecurity leading to terrorism, extremism and fundamentalism.

Reciting the Quaran is one thing. Understanding its TRUE meaning is another.....not selectively citing certain sentences or paras and apply it for narrow, personal and self interest.

The religious wars/conflicts in the Middle East were caused by POLITICIANS greedy for power and wealth at all cost.

Islam is very young in South East Asia, about 700 years. There is no need to bring the Middle East's thousands of years of religious conflicts, hatred and intolerance here.

Decades of narrow, short-sighted, divisive and damaging politics of religion had destroyed the social cohesion of the country and tarnished the purity and goodness of the religion.....let alone politics of race.

Islam is about PEACE, JUSTICE and TOLERANCE.

May PEACE be upon you.

ibnuhusain said...

salam tuan, bila tuan katakan ahli biasa yg ramai2 memilih kepimpinan, logiklah dalam DAP pimpinan bukan melayu. bukan ahli dap yg ramai2 itu bukan melayu? terima kasih.

hasan

Anonymous said...

Parti Dap bukannya bagus sangat..dap mendapat sokongan kerana parti bn terutama mca dan gerakan sendiri tidak bagus..

Dap hanya pilihan kedua..

Ahmad Rais Johari said...

Mohon kebenaran saya 'cut n paste ' entry ini dlm blog saya di http://ahmadrais.blogspot.com/

Rony said...


Your approach and the language in writing is very polite but it's nerve touching tuan.

This classy approach and language make you easily understood and give a massive influence in our mind.

Tuan, I am desirous to meet you if you can spare me the time. I am living in Kelang Lama and I have written to you through my email inviting you for a cup of coffee.

Please check up with your email tuan, and just call me anytime.


Anonymous said...

Ingat parti komponen BN pada mulanya. Sebab apa yang dicerita memang biasa berlaku.

Tak kan tak tau?

samuel said...


AA,..when is your next posting tuan?

Anonymous said...


Dari sekarang saya akan kempen meminta org Melayu jangan percaya kepada orang Melayu kerana mereka tidak percaya kepada orang Melayu. Kita ubah semua. Ubah rasuah, ubah salah guna kuasa dan ketepikan Dap kerana Dap tidak jujur.

sameon, k atap

Anonymous said...

You know what! I always respected Aspan. Thought writing a long comment but judging from the pea brains of these commentators who are offended by mere words & some wanted to "murder" Anthony Loke & DAP over such comment & vile correuption such as massive 250 million MYD (only mentioning 1 case) get over scot free

Menang sorak kampung tersorak

Go ahead, enjoy this song la


http://www.youtube.com/watch?v=uqyiJCGdyjY