28 September 2013

Jika Mukhriz menjadi Naib Presiden, ia tidak membawa apa-apa perbezaan

Kerajaan dan pimpinan hari ini sedang menghadapi krisis keyakinan yang terburuk dalam sejarah kewujudan negara ini. Tiada lagi kita mendengar orang atau kumpulan yang bersetuju dengan segala apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang. Suasana ini wujud mesti bersebab. Sebab-sebab itulah yang belum di fahami oleh pimpinan kerajaan sejak hampir dua dekad dahulu. Tahap keyakinan yang terendah ini bukannya wujud dalam sekelip mata tetapi setelah ia meyemarak sejak dua dekad dahulu secara beransur-ansur.

Ibarat sebuah kereta, jika ia di selenggara dengan baik, kereta itu akan bertahan lama untuk dipandu. Tetapi jika tidak di selenggara dengan baik dan konsisten kereta itu tidak akan bertahan lama dan akhirnya kita tidak aka ada lagi keyakinan kereta itu boleh dipandu dengan selamat.

Begitu jugalah sebuah negara. Jika tidak di selenggara dengan baik oleh pemimpin, maka pemimpin itu tidak akan diyakini mampu untuk menyelenggara negara ini. Rasuah menjadi perkara dan isu terbesar di negara ini kerana ia berlaku di setiap peringkat dan oleh semua yang mempunyai kuasa walaupun kuasa yang kecil. Pegawai kerajaan tertinggi dengan penggubal dasar melakukan rasuah dalam skala yang bersesuaian dengan pangkatnya dan kedudukannya. Budak pejabat pun melakukan rasuah tetapi mengikut skala dan kedudukan mereka.

Pendeknya rasuah berlaku di setiap tempat dan setiap tahap dan itu sudah menjadi lumrah dan telah pun di budayakan oleh keadaan sekarang. Rasuah telah dianggap sebagai satu yang halal dan mereka yang tidak mengambil serta mengamalkan rasuah sudah dianggap ketinggalan zaman dan bodoh. Kuasa dinegara ini berjalan selari dengan rasuah kerana rasuah itu adalah sinonim dengan rasuah.

Selalau saya katakan rasuah dan kuasa itu seperti aur dengan tebing, saling memerlukan diantara satu dengan yang lain. Tanpa kuasa tidak dapat melakukan rasuah dan tanpa rasuah tidak akan dapat kuasa yang di idamkan. Malahan melakukan rasuah itu menjadi kebanggaan. Bukan aneh jika kita mendengar peniaga berkata yang mereka layak untuk mendapatkan projek kerana mereka telah membayar dan memberi rasuah kepada sesiapa yang berkuasa bagi memberikan mereka projek-projek besar dinegara ini.

Dua hari yang lepas Tengku Razaleigh (TR) telah mendesak semua Menteri, termasuk Perdana Menteri dan bekas-bekas Menteri termasuk bekas Perdana Menteri, mengisytiharkan harta mereka. TR mengatakan beliau sendiri bersedia untuk melakukannya demi untuk menjaga imej kepimpinan negara dan memastikan UMNO dan kerajaan itu terus relevan dimata dan hati rakyat yang telah memberi mandat kepada mereka.

Jika benar apa yang dinyatakan oleh pimpinan yang mereka mahu mendapatkan mandat terus itu semata-mata untuk memberi khidmat kepada rakyat, kenapa pengisytiharan harta ini menjadi masalah besar kepada semua pemimpin kita? Jika benar apa yang dikata mengisytiharkan harta ini akan mendapat sambutan dan setiap diantara pemimpin kita akan dengan rela hati dan menyokong seruan untuk pengiystiharan harta itu.

Seruan itu sepatutnya mendapat sokongan kuat kerana dengan pengisytiharan harta itu akan memulihkankan imej dan pandangan serong masyarakat tempatan dan antarabangsa terhadap negara kita yang telah melekat dengan stigma rasuah itu. Malahan inilah formula terbaik bagi kerajaan dan pimpinan hari ini terhindar dari tuduhan rasuah yang di lemparkan terhadap pimpinan hari ini.

Tetapi jika seruan dan pandangan ini tidak di hiraukan maka ia sekali gus mengiyakan pandangan dan tuduhan ramai yang pimpinan hari adalah pimpinan yang sarat dengan rasuah itu. Tiada sebab barisan pimpinan hari ini tidak bergembira untuk membersihkan imej mereka dengan mengisytiharkan harta mereka. Perdana Menteri dan barisan kabinet beliau sepatutnya bertindak cepat untuk mengisytiharkan mereka kerana itu merupakan cara yang terpantas bagi membersihkan nama mereka.

Jika mereka (pimpinan) tidak mahu atau bergembira untuk mengisytiharkan harta mereka maka sah dan benarlah wujudnya perlakuan rasuah yang besar di kalangan pimpinan negara. Jika rakyat mengambil tindakan membenamkan kerajaan hari ini, itu adalah tindakan yang sangat wajar.

Rakyat benar-benar tertekan dengan rasuah ini kerana pimpinan yang rasuah tidak mungkin dapat mengambil keputusan dengan baik dan betul. Kerajaan boleh menggubal dasar demi dasar untuk rakyat, dan boleh mewujudkan pelan memperkasakan ekonomi Bumiputra dan berbagai-bagai tindakan yang mempunyai jargon-jargon besar, tidak ada yang akan dapat dijayakan dengan betul dan berkesan.

Ketirisan akan berlaku di mana-mana, akhirnya Bumiputra itu sendiri akan merasakan tekanan itu kerana mereka tidak akan dapat merasakan nikmat penggubalan dasar-dasar itu. Malahan Bumiputra akan dipandang rendah oleh kaum bukan-bumiputra kerana mereka akan menyangka mereka (bumiputra) itu telah mendapat nikmat-nimat dasar itu yang sebenarnya mereka tidak rasai itu. Maka perasaan benci membenci di antara kaum itu akan bertambah besar, rakyat bumiputra pula akhirnya mendapat nama busuk dari kegagalan pelaksanaan dasar-dasar ‘affirmative’ untuk mereka (bumiputra).

Setakat ini janji-janji kerajaan semasa pilihanraya belum diusahakan tetapi di keluarkan pula dasar-dasar baru yang kini dirasakan ramai akan tinggal sebagai dasar sahaja.

Sebenarnya kerajaan yang baru mendapat mandat ini tidak akan berjaya dalam kesemua tindakan mereka kerana selagi mereka yang ada dalam pimpinan UMNO hari ini tidak boleh dipercayai dan di yakini kemampuan mereka. Mereka wajib berhenti dan bersara sahaja seperti saranan Dr Mahathir tiga hari lepas.

Hanya yang tidak mahu diakui Mahathir ialah,mereka yang memimpin sekarang ini adalah hasil dari kepimpinan beliau sendiri. Beliau tidak menumpukan pembinaan kepimpinan yang bersih dan yang mempercayai hakikat yang rasuah itu adalah kerja yang paling hina, sama seperti pelaku sodomi dan setaraf dengannya.

Apa yang kita alami hari ini adalah warisan beliau dan pengkaji sejarah akan mempunyai bahan yang besar untuk penulisan mereka untuk dibaca oleh generasi yang akan datang. Sekarang Mahathir berusaha untuk menyangkutkan anak beliau di dalam barisan kepimpinan tertinggi parti kononnya untuk memberikan nafas baru kepada UMNO yang kini mempunyai kepimpinan yang tua dan sudah buruk dan tidak elok dipandang mata lagi.

Rupa-rupanya beliau dan generasi beliau sahaja yang layak untuk dianggap terbaik untuk negara. Beliau menuduh semua pimpinan dalam UMNO kini bodoh Jika tuduhan Mahathir itu benar, maka benar jugalah anggapan setengah pihak yang sepandai mana pun seseorang itu, mereka akan menjadi bodoh setelah menyertai kepimpinan UMNO.

Maka itu jugalah yang akan berlaku kepada Mukhriz dan beliau akan menjadi seperti pemimpin lain jika berjaya menjadi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan yang bakal diadakan nanti. Penyakit rasuah dalam UMNO dan kerajaan begitu ‘contagious’ dan Mukhriz tidak akan dapat memberikan apa-apa perbezaan kepada parti jika beliau di bariskan sebagai Naib Presiden UMNO itu.

Semua mereka sama sahaja dan elok di gilirkan jawatan itu dengan Isa Samad dan Ali Rustam sahaja. Kalau digilirkan dua orang diantara tiga penyandang itu, Isa bolehlah mengambil giliran kali ini. Seperti yang saya katakan tadi, mereka itu sama sahaja...tidak ada yang lebih dan yang kurang diantara mereka. Lebihnya Isa beliau tidak sombong. Hidungnya terletak ditempatnya, tidak diatas dahi.

Begitulah adanya.

7 comments:

Anonymous said...

Tuan Aspan,
Mengisytiharkan harta??? Mungkin??? Mati rakyat dalam kejutan nanti!

belang said...

Kenapa pilih DAP? Sebab parti tu bebas rasuah? Kalau bebas rasuah bagaimana org yg sama boleh pegang kuasa sehingga begitu lama? rasuah bukan semestinya berunsur duit, rasuah kuasa juga adalah rasuah. Tanya sahaja anwar ibrahim sebab apa dia dipenjarakan pada mula2 dulu? Kenapa tidak pilih PKR? Sebab parti tu bebas rasuah? Kalau bebas rasuah kenapa PKR parti anak beranak? Takkan tak ada yg lebih bijak dari keluarga anwar? Ataupun aspan kurang bijak utk duduk dlm parti PKR, barangkali? Kenapa tidak pilih PAS? Sebab parti tu bebas rasuah? Bebas rasuah bagaimana, kalau pengikutnya begitu taksub dengan ketuanya? Bebas apa kalau pengikutnya lebih suka berbaring atas jalan raya, mengiakan shj kata2 keramat ketuanya? Mungkin bukan rasuah duit, tapi rasuah agama barangkali.

Kesimpulannya ini adalah persepsi. Persepsi dari sudut kaca mata penulis, tanpa ada data2 empirikal utk menentusahkan yg dituduh. Apa yg aspan cuba lakukan adalah apa yg org lain lakukan dlm ketiga2 parti tersebut. Menunjuk supaya menutup aib diri sendiri dari kaca mata org ramai.

Esok ketika mata hampir ditutup, ketika nyawa senkang dikerongkong, apa yg aspan mahukan dirinya dikenali dan dianugerah ganjaran pahala? Menjadi pemangkin perpecahan atau menjadi katalis pembangunan? Kubur kita mungkin berbeza, tetapi kebanyakan sejarah hidup manusia adalah sama. Sejarah mengajar manusia supaya berbeda, supaya manusia menghala kejalan lain utk kemajuan, untuk kesejahteraan. Apakah aspan pikir masuk DAP ini adalah ajaran sejarah malaysia?

Anonymous said...

Pak Aspan

Mereka juga berbeza dari segi kekayaan masing-masing.

Salam.

Anonymous said...

Tiada istilah lunak bagi manusia pemimpin yang tidak amanah kalau tidak melakukan rasuah bila ada kuasa dan ada masa untuk berbuat demikian kecuali mereka berhadapan dengan rakyat yang cerdik dan berani.

Anonymous said...

Tidak nampak ketokohan mukhriz untuk memimpin malaysia...kenaikan beliau kerana hanya sebagai anak mahathir...untuk menjaga kepentingan kroni dan tokey tokey judi...

tebing tinggi said...


Tahniah diatas keputusan pemilihan semula "CEC" DAP ,kesemua mereka yang dipilih sebelum ini berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.

UMNO seharusnya mencontohi kebrkesenan cara pemilihan ini.

Aden kadang-kadangpon susah nak kenal kobou Den ,dio kena pilih sendiri sapo nak jadi ketuo.

Anonymous said...

tebing tinggi

pasal kau pon bodoh macam kobau