Mahu tidak mahu kita mesti akui
yang keadaan politik negara dan pentadbiran pelaksana Dasar Negara sudah sampai
ke tahap yang amat membimbangkan. Keadaan sekarang ini begitu dirasakan. Ratusan, malahan ribuan
manusia memberikan sebab kenapa keadaan menjadi sebegini buruk.
Sudah bertahun-tahun UMNO di
berikan peluang untuk memperbaiki diri tetapi keadaan semakin buruk hari demi
hari. Boleh lah kita mengambil pendirian yang ‘conclusive’ yang UMNO itu tidak
akan dapat diperbaiki lagi. Apa juga tindakan membaik-pulih UMNO yang dilakukan
oleh pucuk pimpinan dan barisan pimpinan tertinggi UMNO itu semuanya
tidak kena dan tidak pernah tepat kepada sasaran. Semua hasil dari tindakan dan pengumuman perancangan kerajaan itu adalah ‘predictable’, iaitu kegagalan.
Pada hari ini kita wajar berterus
terang dan jujur dalam memberikan pandangan. Pimpinan UMNO sekarang sudah tidak
mempunyai apa-apa kebolehan lagi selain dari menjahanamkan ‘fabric’ politik
tanah air dan amat membebankan rakyat. UMNO betul-betul sebuah parti yang
menghadapi penyakit tua. Kos untuk mengubatinya
terlalu tinggi. Itu pun belum tentu sembuh lagi.
Rakyat sudah kenyang dengan
pengumuman berbagai-bagai perancangan dan belum pun satu dari banyak-banyak
perancangannya telah nampak kejayaannya. Yang terakhir ialah perancangan
tentang Pembangunan Bumiputra dan Melayu dan apa yang di umumkan itu semuanya
merupakan ulangan dari apa yang telah di umumkan semasa pelancaran Dasar
Ekonomi Baru (DEB) dahulu.
Perancangan yang di umumkan tidak
terancang dengan baik. Kali ini pengumuman itu tidak lari dari sebab hendak
menghadapi pemilihan dalam UMNO untuk memperagakan yang beliau adalah pemimpin
Melayu yang efektif. Seperti perancangan yang puluhan jumlahnya yang telah
Najib umumkan selama ini, peranangan MEB (Memperkasakan Ekonomi Bumiputra) beberapa
hari lalu adalah ‘predictable’. Bagi siapa yang menilai betul-betul dan jika di
asaskan kepada pengalaman beberapa tahun Najib menjadi PM ini, MEB akan gagal
juga.
MEB laungan Najib itu tidak lain
tidak bukan, ialah dasar yang sama seperti DEB dahulu. DEB dahulu diwujudkan
dengan persetujuan semua kaum dan ianya di rancang begitu rapi dengan
bermatlamatkan satu matlamat sahaja, iaitu perpaduan kaum. Apa-apa perancangan
sesuatu dasar penting negara ia mesti di rundingkan dahulu dengan semua pihak.
Untuk merundingkan itu ia memerlukan pimpinan atau barisan pimpinan yang
sebenar-benarnya di hormati oleh pimpinan rakyat semua kaum yang mendiami
negara ini sebagai rakyat negara.
Ini amat perlu kerana sesuatu dasar
itu mesti difahami dan diketahui sebagai dasar yang boleh membawa perpaduan
kaum di negara ini. Masalahnya sekarang ini pimpinan negara tidak mendapat
penghormatan rakyat secara keseluruhannya dan masalah untuk membawa kemeja
perundingan untuk penggubalan dasar itu tidak dapat dilakukan dengan baik.
Kerajaan boleh mengumumkan apa-apa dasar tanpa merujuk kepada semua rakyat tetapi
inilah jadinya seperti yang kita alami sekarang.
Pimpinan kerajaan perlu memberi
kefahaman kepada semua kaum melalui pimpinannya betapa pentingnya pengimbangan
dan pembahagian kekayaan negara untuk menjamin kesejahteraan negara dalam
jangka panjang. Katakan dan fahamkan semua pihak bahawa kita terpaksa melalui
proses-proses yang drastik dan jelas untuk mencapai matlamat Perpaduan Nasional
itu.
Katakan dan fahamkan yang ekonomi
merupakan faktor terpenting dalam usaha pencapaian matlamat itu, maka
dasar-dasar yang ‘affirmative’ perlu dilaksanakan bagi mencapai matlamat
tersebut. Jika majoriti rakyat itu berada dalam keadaan kemurungan, kedudukan
ekonomi matlamat pencapaian Perpaduan Nasional itu akan tidak tercapai sampai
bila-bila.
Itulah yang dilakukan oleh pimpinan
terdahulu khususnya Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Setiap bangsa dalam negara
ini dibawa berunding maka hasilnya setiap bangsa telah memberikan dukungan
kepada DEB semasa itu. Bangsa-bangsa bukan Bumiputra telah bersama-sama berusaha
menjayakan matlamat itu dengan menerima DEB sebagai proses pencapaian Perpaduan
Nasional itu.
Semua kaum telah merasakan betapa
pedihnya keadaan semasa berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 telah di ketahui umum
ketidak seimbangan kedudukan dan tahap ekonomi setengah kaum itu merupakan
salah satu faktor terjadinya peristiwa itu. Kemiskinan merupakan faktor yang
sangat mudah bagi kegelisahan rakyat untuk wujud dan akhirnya membawa sebuah
negara itu terjebak dengan peperangan saudara dan perselisihan diantara mereka
(rakyat).
Itu sebabnya DEB itu wujud diatas
matlamat yang begitu luhur kerana ia telah difikirkan dengan mendalam bukan
sahaja oleh pemimpin Melayu tetapi juga oleh pemimpin semua kaum. Ia berlaku
sebegitu kerana semua kaum sedar yang keseimbangan kedudukan dan tahap ekonomi
itu sangat penting untuk diselesaikan.
Maka telah dipersetujui oleh
semua kaum semua proses untuk matlamat itu. Di antara proses itu ialah:
1)
untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
2)
Membasmi cara pengenalan kaum melalui fungsi
ekonominya.
3)
Merapatkan jurang pendapatan diantara yang berada dan
tidak berada
4) Membesarkan kek ekonomi agar proses menambah kekayaan
dan pegangan kekayaan negara melalui pegangan ekuiti negara itu tidak dilakukan
dengan mengambil hak bukan Bumiputra.
5)
Dan lain-lain.
PM Razak semasa itu telah
melengkapkan usaha ini dengan memilih orang-orang dan pemimpin yang berwibawa
yang dihormati oleh semua kaum untuk menentu segala tindakan bagi pencapaian
matlamat itu.
Jawatankuasa kabinet yang
ditubuhkan oleh PM Razak dan PM Hussein semasa itu adalah di kalangan pemimpin
yang mempunyai nilai teknokrat yang tinggi dan berkemampuan tanpa disaluti
dengan isu peribadi seperti rasuah yang menggila dan sebagainya.
Tengku Razaleigh merupakan
Pengerusi Jawatankuasa Kabinet, Jawatankuasa Penyelaras dan Pelaburan Kabinet.
Jawatankuasa ini adalah jawatankuasa yang mantap yang telah bertanggungjawab
mencadang dan menentukan pelaksanaan DEB berjalan lancar.
Zaman itulah kita lihat DEB itu
berjaya dengan pesatnya dalam mana pegangan ekuiti dan pegangan harta kekayaan
negara yang di miliki oleh Bumiputra meningkat dengan jayanya.
Dari hanya mempunyai 2.7 peratus
pegangan ia telah meningkat sehingga 18.4 peratus pada tahun 1983. Tetapi
selepas teraju pelaksanaan DEB ini di ketuai oleh Mahathir dan Daim Zainudin,
perkembangan ini telah terbantut kerana Tengku Razaleigh tidak lagi diberikan
tugasan untuk meneruskan usaha pencapaian matlamat DEB itu. Dalam kabinet sudah
tiada ‘planners’ yang berwibawa. Yang ada hanyalah ‘plunderers’ yang tegar
semata-mata.
DEB telah diabaikan dan dasar
baru diwujudkan semata-mata kerana hendak melakukan segala-galanya di zaman
pemerintahan beliau (Mahathir). Perancangan Pembangunan tidak lagi tersusun
mengikut agenda dan semangat DEB itu walaupun tempoh DEB itu belum pun tamat
semasa itu. Lagi pula di zaman inilah bermulanya bibit-bibit rasuah itu
membenih. Ada
orang mahu jadi kaya raya apabila mendapat kuasa ditangan.
Kita kaji apakah yang menyebabkan
kejayaan DEB pada awalnya dan kegagalannya ditengah jalan dasar itu dalam
posting yang akan datang. (bersambung)
13 comments:
Your views are all slanted towards values and virtues of politics. I always have elated feelings when reading most of your articles.
Dream on. No wonder u were a nobody when in umno more so now. Simply letting go steam is ok. Its good for your health hopefully
Yang pentingnya harus difahami hakikat yang bulat tidak akan datang begolek ,yang pipih tidak akan datang melayang . Apa pon peluang kalau Melayu sendiri tidak pandai dan malas nak mengambil kebaikan darinya ,apa pon tidak bolih jadi.
Sikap menyalahkan orang lain diatas kelemahan sendiri harus dihapuskan dahulu.
Aden tuding jari kat kobou-kobou Den sajo ,rumput sebendang masih dok tomonong.
Tn Aspan,
Analisis yg menarik. Sila teruskan siri berrikutnya.
Kita orang Melayu bukan 100% boleh bangga dgn dasar yg kononnya memperkasakan
melayu.
Awal awal lagi kita tahu dasar ini akan gagal kerana motifnya nak menang pemilihan UMNO.
Saya sangat setuju jika satu satu dasar nasional hendak di laksanakan perlu mendapat restu semua kaum.
Tempatnya ialah Parlimen dan perlu di bahas secara menyeluruh.
Nas
Anon 18:35,
Yes, I have a dream and I hope i am not dreaming like you.
pak aspan,
boleh teruskan membantai peminpin DAP ? aku suka cara ko membantai kapak sink dan tokong tin kosong.
Looking forward for your next posting. Wish more Malaysian read see what you see.
Kapal UBN sudah banyak yang bocor. Apa gunanya menukar kapten dan cara kerja pengendalian kapal kalau bocornya sudah tidak boleh ditampal lagi. Mahu tidak mahu rakyat kena menaiki kapal lain...
Untuk perubahan keseluruhan sistem kena belajar seperti di perancis 'french revolution'. golongan fuedal di hapuskan. fokus rakyat terus kepada golongan politik.Untuk saudara hendak persalahkan orang ini, orang itu tidak mencermin penyelesaian masalah kerana manusia ada sifat-sifatnya tersendiri.
Pak Aspan, selagi Najib bergantung pd punasihat2 yg tak ngeti lansung masalah org Melayu, apa jugak dasar yg dibawa tak kan berjaya. Punasihat2 ni buta sejarah. Mereka golongan bangsawan mcm Najib. Tak tau apa itu bendang, harga ikan cekik leher, harga baja taik ayam & mcm2 ragam isu org kg. Ada penasihat yg anti DEB, pro liberal, anti dasar Mahathir.. Ramai yg ambik kesempatan dan rebut peluang dari program2 yg dibuat. Tengok saja AES, bilboard slogan2 transforamasi, iklan2 dll....siapa dpat projek kalau tak punasihat Najib sendiri. Siapa tak kenal omar ong, alies dll. Semua ada tubuh sykt sendiri dan dpat projek besar2. Ada projek besar libat 'org dapur'...siapa bole argue??? Byak mana prog dilancar & byak mana dana disediakan org Melayu dok mcm tu jugak. Dah 56 tahun Dato...., Najib nak buat rebranding balik ke??
Saya khuatir besar sekali terhadap perlaksanaan MEB yang rancak ditonjolkan oleh tokoh2 UMNO yang ada kepentingan. Kroni sudah rancak memasang bubu di kedai2 kopi, station teksi dsbnya akan bagusnya dasar ini. Yang terakhir untungnya, siapa.
Yang saya kesah, ialah perlaksanaannya dalam permohonan kelak akan hanya terbuka kepada ahli2 UMNO, macai2, kroni, pak sorak, wakyeh2nya. Borang permohonan utk dapat sedikit habuan MEB mestilah melalui JKKK atau orang kuat Umno. Ini sahih. Lihat habuan kerajaan yg lalu, siapa yg menguasainya dan mendapatnya.
Fikirlah masak2 sampai tak agaknya MEB ini untuk orang Melayu sama rata dan sama rasa. Bagi melayu pembangkang Umno jangan berangan2lah, ada kesulitan yang anda akan tempohi nanti dalam usaha untuk mendapat sedikit habuan MEB itu.
wa tkcaya.buat itu ini.balik2 kroni n anak pinak juga. org kg sayur buah buahan tk ada harga.
kesian org kg .
Salam Pak Aspan,
Letak lah apa nama sekali pun, selagi ianya di urus tadbir oleh kumpulan syaitan dikenali, pi mai pi mai tang tu jugak. Tak kemana ekonomi umat islam di Malaysia....Percayalah.
Post a Comment