30 September 2013

Tahniah Liew Chin Tong

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Liew Chin Tong (LCT), seorang penggubal undang-undang dari DAP kerana mendapat undi tertinggi dalam pemilihan CEC parti itu semalam. Beliau mendapat 1438 undi mengatasi undi Lim Kit Siang sebanyak dua undi. LKS mendapat sebanyak 1436 undi dan ia menunjukkan kemerosotan jika dibandingkan dengan undi yang diperolehinya semasa pemilihan CEC yang terbatal Disember lepas.

LCT juga mendahului undi Lim Guan Eng (LGE) yang hanya mendapat tempat kelima dengan 1304 undi sahaja. Pemimpin yang mempunyai cita-cita menjadi Setiausaha Agong DAP, Loke Siew Fook mendapat tempat ketujuh dengan memperolehi sebanyak 1263 undi.Kemerosotan undi dan sokongan LGE itu jelas telah di pengaruhi oleh keadaan tidak menentu parti itu semasa berhadapan dengan isu pembatalan keputusan pemilihan parti itu Disember lepas.

Semua yang terpilih pada Disember tahun lepas kembali menduduki CEC itu dan ia bermakna tidak ada perubahan dalam struktor pemgimbang dalam isu penyertaan semua kaum seperti yang terkandung dalam perlembagaan parti itu. Hanya, jika kita semua mengiktiraf Zairil sebagai Melayu maka hanya seorang sahaja Melayu yang terpilih dalam barisan kepimpinan parti itu. Dalam usia hampir setengah dekad itu hanya 5 peratus sahaja penyertaan kaum Melayu dalam kepimpinan parti itu. Jika ini pun kita bersetuju untuk mengakui satu kejayaan DAP, maka berjayalah parti itu.

Lompatan 13 mata tangga bagi LCT, dan mendahului yang lain dalam pemilihan kali ini, ia dianggap sebagai ‘signal’ dari ahli-ahli DAP siapa yang mereka sudah mula mahu  menggantikan kepimpinan yang sudah lama di dalam parti itu apabila sampai waktunya. Parti mereka mahukan pimpinan baru yang mempunyai ‘attribute’ sebenar sebagai pemimpin berbilang kaum bagi mengekalkan DAP sebagai parti yang relevan buat waktu yang lama.

LCT adalah seorang yang sangat menarik bagi banyak pihak kerana sifatnya yang sederhana dan dalam usinya yang masih muda ini beliau telah menunjukkan sifat ‘magnanimous’ beliau, untuk menjadi pemimpin harapan masa depan parti itu.

Pada pandangan orang ramai, LCT seorang yang di hormati bukan sahaja oleh ahli-ahli DAP, tetapi juga oleh masyarakat ramai. Beliau terhindar dari tanggapan ramai sebagai pemimpin rasis yang ada kepada ramai pemimpin-pemimpin yang lain dalam parti itu.

LCT merupakan pemimpin muda yang selari dengan kehendak waktu dan zamannya. Tahniah yang setinggi-tingginya kepada LCT.

8 comments:

Zain, P Pinang said...

AA! let us not being deceived again. Zairil is not a Malay. Full stop!

Anonymous said...

Mahathir itu Melayu ke, Mamak itu melayu ke. Full stop!

Anonymous said...

Mahathir tu mamak...dia layak Kimma, mic dan umno
Zairil itu cina 100% dia layak dap pas pkr

Anonymous said...

Zairil is just going back to his roots. That is no problem for him to be elected and his the most appropriate boy to represent the Malays in the Chinese dominated party. Zairil is and expedient choice to window dress DAP as multiracial. Zairil is meant to deceive people.

Tee Tong Poh

Soy said...

CEC reelection yesterday confirms that DAP is jut for the Chinese AA. For good or for bad, it is a chinese party.
So for good or for bad Malays must support UMNO or PAS and the Indian must support MIC or IPF.

Let's us go on racial line since the chinese want it that way. So let sto criticizing Umno as racial. I shall be back to BN in the next GE. Supporting PR since last 2 GE was a real misadventure. I admit it and I regret it.

brian said...

Yes, Dr Mahathir will not be lucky all the time.

Anonymous said...

DAP mengamalkan dasar parti berbilang kaum dan ia terbuka kepada semua kaum, tapi orang melayu lebih berminat untuk melibatkan diri di dalam parti UMNO, PAS dan Keadilan. Jadi bagaimanakah orang melayu mampu menonjolkan diri di dalam parti berkenaan sekiranya bijak pandai dan profesional melayu tidak melibatkan diri dan bersaing di dalam parti berkenaan. Janganlah kita hanya marah di luar sekiranya kita enggan melibatkan diri dan bersaing secara profesional di dalam parti berkenaan.

gengster melayu alaf baru. said...

Memang dap parti yg mngamalkan atau mmbuka keahlian kpd plbagai kaum d mlysia tapi bn telah mncipta pnyelewengan minda rkyt mlysia dgn melebal dap adalah 100 peratus cina jadi tanggapan kita mreka adalah parti perkauman..