Kegersangan politik politik
tanahair, yang telah membawa berbagai-bagai padah yang buruk entah bilakan
selesai. Kerajaan hari ini sibuk dengan berusaha untuk memperbaiki keyakinan
rakyat terhadapnya, tetapi mereka tidak pun memahami apa kesalahan yang mereka
lakukan dan seterusnya mereka tidak tahu bagaimana untuk memperbaikinya.
Bagaimana hendak membetulkan
keadaan jika mereka (pemimpin kerajaan) tidak tahu masalah sebenar yang hendak
mereka selesaikan itu. Selalu mereka tidak tahu pun apa yang mereka lakukan itu
adalah tindakan yang salah. Pendeknya mereka melakukan tindakan salah terhadap
isu yang salah dan tidak terjumpa penyelesaian hingga ke akhir.
Sekarang sudah sampai ke tahap
yang amat meruncing sehinggakan pimpinan termasuk pucuk pimpinan melakukan
tindakan yang salah dan tidak menepati maksud untuk membetulkan kesalahan yang
mereka sendiri tidak memahami masalahnya. Negara telah terbiar begitu lama
dengan masalah yang terlalu banyak di lakukan kerajaan. Setiap minggu ada
sahaja isu yang keluar dan terpampang di mata rakyat.
Hari ini isu besar yang kita
dengar ialah isu kewibawaan Peguam Negara, Gani Patail. Isu salah laku Gani
Patail berhubung dengan isu kehadiran dua orang agen CIA di pejabat Peguam
Negara menjadi hangat apabila salah seorang dari dua bekas Perdana Menteri kita
telah bertindak merundingkan apa yang perlu di lakukan terhadap Peguam Negara
di atas beberapa isu yang telah di timbulkan oleh beberapa pihak terhadap Gani.
Diantara isunya, selain dari isu
terbaru iaitu tentang kehadiran dua orang penasihat kepada Peguam Negara dari
AS itu, ialah isu yang sering di timbulkan oleh bekas pegawai kanan polis Datuk
Mat Zain Ibrahim sejak beberapa tahun yang lalu. Bekas Ketua CID, PDRM itu
telah menulis beberapa surat
terbuka dan begitu lantang menzahirkan apa yang beliau anggap sebagai salah
laku seorang Peguam Negara yang sepatutnya mempunyai kewibawaannya untuk
melihat salah laku yang dilakukan kepada pengadilan terlaksana.
Datuk Mat Zain telah menunjukkan
bukti kukuh yang Peguam Negara telah menyalahgunakan kuasa dengan menutup isu
dan kesalahan besar pimpinan dan mendiamkan isu yang sepatutnya di ketengahkan.
Jika kita ingat berbagai-bagai isu telah tidak di ambil tindakan semata-mata
mereka adalah dari kumpulan berkuasa dan berpengaruh. Tidak salah tuduhan
setengah pihak jika kesalahan dilakukan oleh mereka yang mempunyai otot politik
maka Gani akan mengambil tindakan membenamkan sahaja isu mereka yang bersalah
itu.
Semuanya ini tidak ada tindakan
yang di ambil oleh pimpinan khususnya oleh Perdana Menteri dan sebahagiannya
berlaku semasa pimpinan Dr Mahathir sendiri. Tindakan Dr Mahathir untuk
mengetengahkan isu ini amatlah baik tetapi Dr Mahathir juga perlu
bertanggungjawab kerana banyak juga isu terhadap Gani ini telah di ketahui umum
semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.
Malahan banyak tindakan Gani
semasa Dr Mahathir menjadi PM dahulu menunjukkan yang Gani itu hanyalah
‘conduit’ kepada kemahuan dan kehendak Dr Mahathir sendiri.
Sekarang isu terhadap Gani
semakin hari semakin menggunung tetapi Perdana Menteri Najib tidak mengambil
apa-apa tindakan susulan terutama dalam isu kehadiran dua pegawai tinggi AS
dalam pejabat Peguan Negara itu sekarang. Walaupun Malaysia merupakan salah sebuah
negara yang menjadi sasaran intipan AS tetapi Gani tetap bersama dua pegawai
kanan AS di dalam Pejabatnya itu.
Bukan sahaja Najib, Ahmad Zahid Hamidi,
Menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan Negara sendiri hanya
mendiamkan diri dan tidak nampak tindakan yang di lakukan beliau sehingga hari
ini. Isu ini bukannya isu yang kecil untuk di diamkan begitu sahaja. Apa
masalah yang mereka hadapi sehingga mereka tidak berkata-kata langsung di dalam
rakyat sedang memerhati tindak laku pimpinan yang rakyat begitu tidak meyakini
sekarang ini.
Bagi orang ramai Gani sepatutnya
tidak lagi perlu berada di sana
dan sebaik-baiknya ialah dengan berehat dan seterusnya mengundurkan diri
sementara penyiasatan di lakukan ke atas beliau dalam semua tuduhan terhadap
beliau itu. Jawatan itu adalah jawatan penting untuk sebuah demokrasi kita.
Jika tidak di lakukan apa yang sepatutnya, maka tidak lagilah berhak untuk kita
mengaku yang negara kita sebagai negara demokrasi.
Najib dan Zahid sepatutnya keluar
dengan tindakan yang jelas untuk menyelesaikan isu ini. Berdiam diri adalah
pengakuan terhadap berlakunya isu-isu itu. Bagi pihak ramai sekarang ini jika
perkara seperti ini tidak dapat di selesaikan oleh pucuk pimpinan kita,
desakan untuk mereka meletakkan jawatan sememangnya sudah lama kita dengari.
Mereka sepatutnya mengangkat tangan kepada rakyat tanda menyerah diri di atas
kelemahan mereka menghadapi isu yang begitu besar bagi negara ini.
Percayalah nasib dan keselamatan
negara bergantung kepada ketokohan pimpinan menangani isu yang sangat besar
kepada rakyat dan mana-mana negara sekali pun. Jika pimpinan tidak mempunyai
tulang belakang, mereka sepatutnya bersara. Jangan menyusahkan rakyat kerana
ketidak-mampuan mereka memimpin kita. Walaupun dalam barisan kepimpinan Tertinggi UMNO sudah tidak punya kepimpinan, ramai lagi pemimpin UMNO dan dari
luar UMNO boleh mengambil alih untuk menyelesaikan semua masalah yang kita hadapi sekarang.
Blog ini tidak pernah lupa
menyeru agar UMNO menukar kepimpinannya serta merta dan tidak boleh berlengah
lagi. Jika UMNO sudah tidak lagi mampu untuk melakukan perubahan itu maka
parti-parti dalam BN wajar melakukan tindakan perubahan ini jika mahukan BN itu
masih relevan sehingga satu jangka yang lebih panjang lagi.
Masalah dengan BN hanya satu,
iaitu masalah kelemahan kepimpinan UMNO. UMNO itu parti yang menunjangi BN,
jika UMNO menjadi lemah maka BN itu sendiri akan rebah dan akan berakhir
usianya. UMNO tidak mampu melakukan pembetulan untuk mereka sendiri kerana
semua yang berada di dalam barisan kepimpinan iaitu Majlis Tertingginya itu
tidak ada yang berkelayakan untuk melakukan perubahan dan pembetulan diri
sendiri itu.
Selagi barisan kepimpinan UMNO
yang ada dalam Majlis Tertinggi ini masih tidak mahu akur tentang hakikat
kelemahan mereka selagi itulah politik tanahair kita tidak akan selesai.
Isu-isu besar yang sedang kita hadapi hasil dari kelemahan dan ketidak ada hala
tujuan yang jelas sebagai pemimpin sebuah negara ini, amat menakutkan rakyat
yang sedar tentang bahayanya. Isu besar bertimbun-timbun, lepas satu isu timbul
isu-isu lain. Belum selesai isu lama isu-isu yang baru datang sebagai arus air
yang amat deras yang akhirnya akan menganjak dan mengalih asas kepimpinan
negara kita dan perjuangan rakyat dalam mengisi kemerdekaan yang telah kita
capai sekian lama itu.
Jika dihalusi sebab yang
menyebabkan datangnya isu-isu yang menakutkan ini, ialah kerana UMNO tidak
pernah membina kepimpinannya sejak Dr Mahathir mengambil alih kepimpinan negara
dahulu. Bahananya kita rasai selepas beliau meninggalkan teraju
kepimpinannya. Tidak ada usaha untuk
pembinaan kepimpinan di zaman beliau menjadi PM dahulu menyebabkan kita
terpaksa mewarisi pimpinan yang kosong jiwanya.
Pemimpin yang baik semuanya di
bunuh secara beransur-ansur semata untuk memimpin bersama ‘yes men’ dan ‘yes
sir’ di sekeliling beliau. Mahathir tidask pernah mahu ‘co-exist’ dengan
pemimpin-pemimpin berwibawa yang beliau rasakan akan menjatuhkan beliau.
Sesungguhnya Dr Mahathir itu
walaupun kita mendengar kata-katanya sebagai seorang yang keras tetapi di dalam
beliau itu adalah jiwa yang amat kecil dan jika hendak menjadi pemimpin yang berwibawa
pada pandangan ramai, pemimpin-pemimpin yang beliau takutkan itu terpaksa di
ketepikan dengan bebagai cara yang termampu oleh beliau lakukan.
Akhirnya UMNO sebagai tunjang BN
tiada kepimpinan lagi. Pemimpin di dalam UMNO itu ramai tetapi tidak ada yang
berkepimpinan. Itu sebabnya saya menyeru agar pimpinan parti-parti dalam BN itu
wajar melakukan perubahan itu dan lakukanlah dengan secepat dan se segera yang
mungkin demi menjaga keutuhan Malaysia
yang kita cintai ini.
Dalam kes Gani Patail ini, Najib sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menyenangkan hati rakyat. Jika Gani telah melanggar undang-undang negara, tetapi Najib tidak juga mahu mengambil tindakan, maka Najib sendiri sepatutnya mengundurkan dirinya secepat yang mungkin kerana Peguam Negara itu adalah 'accountability' kerajaan.
Dalam kes Gani Patail ini, Najib sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menyenangkan hati rakyat. Jika Gani telah melanggar undang-undang negara, tetapi Najib tidak juga mahu mengambil tindakan, maka Najib sendiri sepatutnya mengundurkan dirinya secepat yang mungkin kerana Peguam Negara itu adalah 'accountability' kerajaan.
24 comments:
Setuju sangat dengan artikel ini!!!
Kena siasat ini kes berat
Najib buat pekak badak lagi...memang jenis orang tak tahu malu
As salam Pak Aspan,
Setuju sangat dgn pandangan Pak.
Memang TDM gagal kerana tidak dapat menyediakan pelapis beliau.
Tapi ada penyokong tegar beliau hendakkan beliau jadi PM hingga akhir hayat!
Lepas itu lagi lah teruk rakyat kerana tiada pemimpin yg boleh membawa kepimpinan seterusnya.
Nas
Mana Najib berani bro. Banyak rahsia dia dan orang2 politik lain dalam tangan Patail. I protect you, you protect me lah bro.....
Najib tak kan berundur kecuali jika diketahui siapa dalang pembunuh anak Mongol tu....
Kalau dengan KJ pun Najib takut, inikan pula dengan Guni petai..
Bajet baru bentang & tunggu lulus Parlimen. Mentri2 Najib sdg buat kira2. Yg duduk di Bahagian sudah merengek melobi projek.
Najib lembik tak bole kawal Mentri2 jagaannya termasuk yg pegang state. Najib jugak lembik tak bole kawal lakinya. Tak mungkin Najib gostan blkg kecuali org blkg tikam dari blkg!!!
inilah budaya jaguh kampung yang meresapi kepimpinan setelah dipimpin maha mamak, rakyat kau buli dan buli, pemimpin sangat kebal undang2.
Sdr Aspan;
Jika diperhalusi tulisan sdr ,ada seperti persamaan perjalanan isi cerita sebuah novel karya SN Shahnon (maaf, nama penuh dan gelaran tak ingat) satu ketika dulu. Setelah ketuanya keluar maka yg lain akan berderai jatuhnya, dgn mudah pula. Persis sekali kelihatannya. Ketua itu telahpun keluar dengan susah payahnya ~10tahun lampau dan kini kita sedang menanti episod seterusnya, apakah ianya akan menjadi nyata?
Pak,
If we look closely at all the problem that is surfacing now regarding this country, we will honestly find out that it is caused solely by UMNO or more specifically it is caused by a corrupt and rotten political party, UMNO. When corruption is rampant in its leadership and among its ordinary members, it is only time that the disease (corruption and rot) will infect this country and its government.
We all know this and yet are we still willing to advocate that UMNO is still worthwhile for saving and if we can still rely on UMNO to change and in turn save this country? I do not believe so! Maybe we do have an opposition that is not really a better alternative that UMNO BUT at least by changing the govt, we would have set a precedent where there is no one political party which can claim ownership of the right to rule just like what UMNO have been conning the people.
The mere act of changing govt even though the one replacing it, is not much better, is in itself an act that changes the mind of the people. It changes how the people perceive political realities and the role of political parties . It changes how the people view leaders and reward their performance. In other words, it empowers the people to strive for something better and if that is NOT found in the incumbent government be it BN or PR, then the people are not afraid to look somewhere else.
That is why it is IMPERATIVE to change the government in the last GE or in the next GE. It's no to hoist PR onto the seat of govt but rather to change the perception and the mentality of the people, Malaysian. They need to be taught that it is THEY who is the BOSS and NOT UMNO, NOT PAS OR DAP OR PKR OR NAJIB OR TDM OR EVEN TAIB MAHMUD. The govt should be afraid of their people and not the other way around. And any minister acting "samseng" or bully" must be punished and kick out from politic forever...and this can be done easily by the people (once they are taught how to do it). One simple way to solve the ills of this country in other words is to kick UMNO from government through GE or the Parliament. It's the only way and like it or not, it is the only solution preferable to the Malaysian.
Nick.
It's not going to make any difference if this Gani retires from his post if the rest of the heads of departments stay on. The chief of SPRM should go too. What about the head of Felda and others in question?
They are bunch of corrupt and men who are addicted in plundering public money.
To me Najib, Muhyiddin and all should go.
Nothng to hope from the current leadership.
Dalam kabinet Malaysia yang ada pada ketika ini hanya ada pemimpin yang bermasalah bukannya pemimpin yang bermaruah.Dalam isu agen CIA ini,sekiranya Najib atau Zahid meletak jawatan bermakna ketika itu di negara ini lembu dan kambing sudah boleh berkata-kata seperti manusia..
belum ada lagi jutawan politik malaysia yang merasa bersalah dan bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan, rela melepaskan kuasa dan memberi kepercayaan minta diadili seadilnya.Yang ada cuma jaguh kampung mabuk kuasa hanya tahu membuli rakyat dengan apa saja cara yang boleh kita bayangkan dan yang mungkin kita belum kita terfikirkan lagi.mereka maju dalam bab ini.
Dengan Ghani Pun Pak Najib takut? hinggga tidak berani ambil tindakan. Atau dikeranakan keduanya berperangai yang sama?
hari ni mahathir dah kona kroni...dia kata cuma dgr cerita tapi takda bukti ..masalahnya sumber dari mana cerita ini..? siapa agen mahathir..? rakyat perlu tahu sumber mahathir ini...walau tiada bukti..perisikan malaysia harus siasat perkara ini...siapa sumber mahathir...?
Terbaik, istilah ini tiada dlm pemimpin Umno.Terbaiknya bagi parti ini hanya yg menguntungkan diri dan kroni dlm meyapu hak rakyat.
Kes Ghani menyalahi kuasanya, bagi pemimpin tertinggi Umno, tiada apa2, dan itu adalah biasa sahaja.
Sebenarnya kita ini ibarat anjing menyalak bukit.
sgt jelas artikel ini. inilah kepimpinan negara miliki.spt jawapan seorg menteri di parlimen. 12 org saja dpt ic sejak lebih 10 thn lalu. kalu gitu apa tujuan rci. lawak menteri heeeee. geli aku menteri2 macam ni.
Kenapa agaknya PM berdiam diri? Apakah ini juga ada kaitan dengan pembunuhan Antoya....
Masih dalam ingatan saya pada tahun lepas, perjumpaan najib dengan rombongan republican US. BPerjumpaan itu melambangkan seolah-olahnya bahawa yg amat berhormat PM kita ini begitu efisyen melaksanakan hubungan diplomasi dgn kuasa besar, apa yg umum tidak nampak sebenarnya ialah YAB PM kita ini telah berbogel dihadapan mereka sehingga begitu terdesak kow tow harapkan amerika hulurkan rescue plan kepadanya sehingga langsung
tidak pedulikan kedaultan negara digadaikan.
Masih dalam ingatan saya pada tahun lepas, perjumpaan najib dengan rombongan republican US. BPerjumpaan itu melambangkan seolah-olahnya bahawa yg amat berhormat PM kita ini begitu efisyen melaksanakan hubungan diplomasi dgn kuasa besar, apa yg umum tidak nampak sebenarnya ialah YAB PM kita ini telah berbogel dihadapan mereka sehingga begitu terdesak kow tow harapkan amerika hulurkan rescue plan kepadanya sehingga langsung
tidak pedulikan kedaultan negara digadaikan.
Sdra Nick,
1.Yes, you wanted a govt change BUT PR lost their biggest ever oppurtunity to change govt last election by merely securing 89 seats altogether and UMNO alone secured 88 seats.
That is not good enough.
2.The DAP 38 win was just about the best it can secure in the history of our election with 90 % chinese support since Anwar promises a win and govt change that ,as expectedly, FAIL.Will that 90% massive chinese support ever to occur again next election ?.We don't know.BUT my personal view is I doubt it.PR lost the number game I am afraid.Our Lim Kit Siang shall remain an opposition in his political life wherever he contest.
3.Pas will soon have their party election this November.It will be between the Ulamak and the Non Ulamak (Anwarinas/Erdogans).With the Ulamak possibly winning big this time the future of Pas in PR too will be a big question.
Many Anwarinas lost last election which in clude Mat Sabu in Pendang, Husam Musa in Putrajaya and even Sallehudin Ayob in Pulai, Johore.These are big names in Pas.
4.You see Nick you and me are both from Melaka.Realistically , you will NEVER see Melaka fall into any PR hand in the many future 4 or 5 elections.You will agree with me right?.else your DAP Lims dynasty will not contest in Penang and Johore.Melaka is very UMNO/BN right?.So is Johore and Pahang.
5.You tried too hard in creating winning perceptions prior election the last time I saw and you are doing the same thing now over and over again in your comments when our next election is not even around the corner.Will it change the perception game you think ?.You can try.
5.Lets put some decent discussion here rather than mere badmouthing UMNO.Sorry,I am just passing by here. Cheers Nick.
kurap dengan kurap , nak siasat camna
terbuka lah kurap masing masing nanti
kurap dengan kurap, nak siasat camna
terbuka lah kurap didada masing masing nanti
Post a Comment