Semalam Najib bercakap tentang
rukun patriotisma dan salah satu dari rukun itu ialah rakyat mesti membayar
cukai. Beliau berkata negara perlukan wang untuk mentadbir negara. Negara perlu
membina jalanraya, dan perlu membina sekolah dan banyak lagi keperluan lain dan
sumbernya tidak ada yang lain dari mengutip cukai dari rakyat. Itu sebabnya
kita perkenalkan GST, kata beliau.
Kita hendak bertanya kepada PM
Najib, siapa yang tidak mahu di cukai? Selama ini rakyat membayar cukai kepada
kerajaan untuk menampung perbelanjaan pengurusan rakyat. Dari dulu sehingga
sekarang semua orang membayar cukai. Saya yang sudah tidak bergiat dan bekerja
lagi pun membayar cukai. Dari RM38 dari pembelian rokok sahaja saya membayar lebih
dari RM22 sehari. Itu dari pembelian rokok sahaja saya membayar cukai jualan
setiap hari. Belum lagi cukai-cukai yang lain.
PM Najib tidak payah memberitahu
rakyat yang mengelak dari pembayaran cukai itu adalah tindakan tidak patriotik
kepada negara. Itu semua orang tahu. Tetapi yang rakyat ingin tahu pula adakah
orang dan pemimpin yang rasuah itu juga tidak patriotik kepada negara.
Tidakkah melakukan rasuah itu
bukan sahaja tidak patriotik kepada negara malahan agama kita menyamakannya
sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Ia bukan sahaja
bertentangan dan tidak patriotik kepada negara malahan ia adalah perlanggaran
secara ‘head-on’ terhadap Tuhan Maha Esa.
Kenapa Najib tidak menyebut isu
itu? Tidakkah membenarkan ahli keluarga kita berbelanja harta rakyat secara
boros itu juga adalah sama dengan orang yang memakan harta anak yatim. Apa
patriotiknya jika kita membiarkan isteri kita berbelanja wang rakyat seperti
berbelanja wang mak bapak kita sendiri?
Jelasnya Najib hanya pandai
bercakap seperti seorang pahlawan tetapi beliau tidak lebih dari seorang
pahlawan tepuk. PM Najib sedang cuba
untuk memaparkan ‘muka poker’ nya dalam berbicara tetapi apa yang tersembunyi
di dalam dirinya tidak dapat lagi di lindungi dari pandangan rakyat.
Rakyat tidak pernah mengelak dari
membayar cukai tetapi rakyat tidak mahu cukai yang di bayar kepada kantung
kerajaan itu di punah-ranahkan oleh keluarga pemimpin yang sedang berkuasa. Ingat,
wang cukai yang rakyat bayar dari titik peluh mereka itu perlu di jaga dan di
belanjakan dengan baik. Rakyat bukannya mahukan cukai yang mereka bayar itu di
bazirkan untuk memenuhi ‘glamour’ ahli keluarga pemimpin termasuk ahli keluarga
Perdana Menteri sendiri.
Seorang pemimpin yang baik perlu
ada rasa malu dan rasa bersalah jika membelanjakan wang rakyat dengan tidak
berhemah. Seperti PM Najib menasihatkan rakyat supaya hidup secara wasatiyah,
kini rakyat ingin memberitahu supaya PM sendiri mengamalkan perbelanjaan secara
wasatiyah juga? Sampai bila PM kita ini
hendak menggunakan orang lain untuk melindungi kerja yang tidak betul ini.
Takkanlah hendak menggunakan
Shahidan Kassim setiap kali rakyat terjumpa salah laku pemimpin kita di Jabatan
Perdana Menteri itu? Kita juga sedar dalam UMNO sememangnya ramai manusia
seperti Shahidan itu tetapi adil kah jika PM berselindung di sebalik orang
seperti ini?
Apakah fungsi Shahidan Kassim
dalam kabinet itu sebenarnya? Apa pula fungsi semua ahli-ahli jemaah kabinet
kerajaan sekarang ini? Kenapa Muhyiddin tidak berbunyi langsung suaranya?
Begitu juga ahli kabinet yang lain. Tidakkah mereka semua sedar bahawa segala
tindakan mereka adalah tindakan secara ‘collective’? Jika Rosmah membelanjakan
wang rakyat secara boros, tidak kah semua ahli kabinet itu turut
bertanggungjawab sama?
Isu berbelanja besar ini bukannya
isu kecil dan rakyat terpaksa terlibat untuk mempastikan perkara-perkara
seperti ini tidak terus-terusan di lakukan tanpa sebarang perasaan bersalah.
Rakyat sudah terlalu lama
bersabar dengan sikap dan budaya buruk untuk negara yang cuba di bina
dalam poltik negara kita. Setiap pemimpin tidak kira parti dan agama, dan
setiap wilayah dan negeri perlu bersatu untuk bersama-sama menjadikan
perjuangan ini seperti perjuangan jihad bagi menyelamatkan negara dan bangsa
kita di negara ini.
Kita pilih seorang pemimpin yang
mempunyai kalibar dan berjiwa rakyat yang sebenarnya serta tidak terlibat
dengan kegiatan membina kekayaan dan membina ‘empire’ kaum keluarga sambil
membelanjakan wang rakyat tanpa perasaan malu dan silu.
Seseorang terpaksa bercakap. Oleh
kerana tiada yang bercakap secara terbuka dan berani maka saya terpaksa
bercakap sebagai ‘ordinary citizen’ untuk memastikan semua rakyat sedar tentang
kecelaruan kepimpinan kerana sikap dan sifat yang sangat tidak berguna untuk
negara.
Saya selalu bercakap melalui blog
ini yang negara kita terpaksa melakukan transformasi yang sebenarnya dengan
memulakan susunan baru dalam siasah dan politik negara. Kita mulakan sebuah
negara baru dengan ‘ambience’ politik baru semata-mata untuk kepentingan negara
dan rakyat dan generasi yang akan datang.
Kita tinggalkan jasa ini kepada
anak-anak cucu kita tanpa was-was. Percayalah dan yakinlah, jika di izin Tuhan
kita semua akan selamat dengan negara yang terhindar dari kerja kerja hina yang
tidak berkesudahan ini.
20 comments:
Bagaimana pula dengan individu yang menggunakan duit cukai dengan perbelanjaan yang tidak sewajarnya hanya dengan alasan 'urusan kerajaan'?
Beranikah PM Najib kata, itu pun pengkhianat negara!
Yang merembat duit pembayar cukai tu kita panggil apa pulak? LAHANAT boleh tak?????
kita sudah lama mengalami penyakit mati nilai. Sudah tidak tahu langsung memilih pemimpin baik atau tidak semua kerana wang dan pangkat. Tidak takut mati ke kita semua?
Di psnggil mrlaun..neraka jahanam..juta sini juta juta sana..hasil masih sifar..program buat rakyat meluat, penjawat awam kelabu, benci, meluat..duit memanjang x ada..claim lambat. Kebakikan teruk, tengok rumah kerajaan sediakan teruk, kawsan teruk, rumah teruk, kawasan gelap, semak samun, kenderaan usang, kerap rosak..tengok polis, guru, imigresrn semua teruk..kertas A4 pun beli sendiri srbab tak cukup stok, abis..
Cakap je nak joli sakan duit tu! Hasil kutipan cukai perniagaan, korporat, pendapatan individu, kastam dan eksais, cukai jalan dan bermacam cukai lagi kemana dibelanjakan? Lebih baik kau korek semula duit kes PKFZ, MAS, Perwaja, NFC dan sewaktu dgnnya, dan belanjalah dgn berhemah. Kalau masih tak cukup, turunkan dahulu gaji pegawai2 tinggi GLC dan menteri. Jangan mark up harga dlm perolehan kerajaan. Hentikan projek2 yg membazir dan tidak perlu. Setelah semua tindakan ini diambil masih lagi ketidakcukupan wang untuk pengurusan kerajaan dan pembangunan+penyelenggaraan, langkah paling akhir barulah dikeluarkan kenyataan spt itu! Wassatiah konon, porrahhh
Pak,
Najib certainly like to run his mouth. From calling Felda settler "haram jadah" , we now have him calling Malaysian "pengkhianat". What a wonderful PM, Malaysia have! Those who voted BN in the last GE must be clapping their hands and giving him a standing ovation and clamoring for an encore which is more corruption, more wastage, more lavish expenditure on useless things and of course more taxes and even less subsidies for rakyat!
If Malaysian who are reluctant to pay taxes (for fear that those taxes will go into the pocket of UMNO goons) are traitor, then I wonder what does a government that year upon year wasted and loses 20 billions or so of those tax money through leakages and corruption are called? Transformation govt where the govt transform hard earn peoples money into consultants fee and in turn produces nothing in return? Or is it BEEP govt where Bumiputera are given endless but useless acronym and the UMNO putras and putris are the ones getting all the wealth? Or is it the 1Hermes bag for my wife for every RM1 I spend for the people, Govt? In all cases it is the latter. A govt that wants all the money that is in the rakyat's pocket to spend on themselves and on things that will make them fat commissions.
It has been said over and over during the campaigning period of the last GE that Najib and BN is going to ruin this country and lo and behold, Najib didn't even wait a year to make that happen. Even pro gomen blogs are starting to condemn Najib but I suspect it's has nothing to do with genuine concern for the people in so much it's about TDM trying to get his revenge on Najib for ruining his son chance at the last UMNO PAU eating contest. One blogger even tried to insinuate that the rot, corruption and mega useless spending was started by the sleepyhead when everyone knows that the mega project of stealing people money was initiated by TDM and it continued under AAB and now going into overdrive under Najib. Sorry Mr Syed but we all know that it was UMNO Baru that is destroying this country and it's creator, TDM has the biggest sin in that!
Nick.
Org yg marah2 atau terlepas ckp biasanya tergolong kepada golongan yg sudah Monopous/nyanyuk/lale(org Sabah ckp), banyak2kan beribadah, ingat Tuhan, tanya pada Tuhan apa lagi dosa aku yg belum diampun sehingga rakyat tidak sukakan aku, taubatkan aku Tuhan, aku tidak mahu jadi pengkhianat kepadaMu dan Islam.... Jangan sombong sangat hingga setiap masalah tunding jari ke rakyat
Pak Pan,
Saya teringat di zaman cek det dulu, apabila timbalannya enggan meluluskan wang negara untuk perbelanjaan ahli keluarga bosnya, maka beliau dinyahkan dengan dasyat sekali.
Mungkin Muhidden mengambil iktibar dari peristiwa ini.
Atau si ketua sengaja nak tenguk sejauh mana timbalannya tak lawan tokeh...
Cuba la Pak Pan rungkai sikit...
Salam Sejahtera Pak Aspan,
Semoga Allah sbt memberkati hidup Pak Aspan yg jujur dan sayangkan Negara Malaysia.
Teruskan kritikan membina agar Malaysia diwarisi generasi yg sejiwa mcm pemikiran Pak Aspan.Negara Malaysia perlu pemikir seperti Pak Aspan jika mahu menjadi terbaik sebelum 2020.
Najib kamu bercakaplah seperti org bersekolah dan celek sikit dengan golongan mana kamu bercakap. Kami bukan orang2 Umno yang bodoh menyokong kamu membuta tuli. Ikut dan setuju dengan apa yang kamu buat.
Minta insaf sikit, kamu isteri kamu dan menteri2 kamu banyak menyeleweng dengan duit cukai kami.
Si najib hanya pandai bermulut ajar rakyat tetapi selamba bermulut sendiri dan ahli sekeluarga.
Perdana Menteri mengambil jalan mudah untuk mentadbir negara tanpa perlu memerah otak dengan melantik penasihat dan pakar perunding di sekelilingnya.Mereka ini dibayar jutaan ringgit untuk merencana dan 'melicinkan' pentadbiran Najib.Oleh itu adalah mustahil bagi mereka untuk menasihatkan Najib dan barisan kabinetnya untuk melaksanakan langkah berjimat cermat.Langkah penjimatan ini hanya disarankan kepada rakyat disamping menggenakan pelbagai jenis cukai sebagai jalan mudah untuk mengisi kantong negara.Najib juga agak keliru dalam mentafsir erti sebenar apa yang dimaksudkan sebagai KERAJAAN.Beliau beranggapan bahawa beliau berkuasa membentuk kerajaan,oleh itu beliau boleh menggunakan wang ringgit kerajaan dengan sewenang-wenangnya.Mentaliti ini juga terdapat pada semua jemaah menteri kabinet berdasarkan pada cara perbelanjaan di kementerian masing-masing.Sekiranya Najib dan barisan kabinet memahami bahawa mereka diamanahkan oleh rakyat untuk mentadbir negara ini saya amat berkeyakinan penyelewengan,rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak akan berlaku di negara kita ini.Sebaliknya,mereka yang mengaku sebagai kerajaan merasakan bahawa Malaysia ni mak bapak mereka yang punya bukannya kepunyaan rakyat yang besusah-payah membayar gaji mereka.
aku sokong GST sekarang... betol kata najib... populasi Malingsia 29 juta, bayar cukai hanyer 1.5juta..maksud 26.5juta penduduk... duduk slumber jer.. tak menjalan kan tugas sebagai rakyat(anak derhaka).... dengan adanya GST... seluruh rakyat mula memikul tanggung jawab membayar cukai...
cukai tuh penting , bro. duit diperlukan utk memampung KERUGIAN gila GLCsss, utk bagi RND grant kpd proton, bagi prasanan berhad, bagi menampung kerugian MAS, bagi insentive kpd IPP, bagi menaju TOLL, bagi jugak duit utk CEO punjak niaga.. dan byk lagi... SOKONG LA GST!!
lagi ramai rakyat yang bayar cukai, lagi banyak duit dan dengan senang hati pak haji boroskan secara patriotik.....
salam,
mohon share artikel pakcik Aspan di fb saya. It speaks what's in my mind.
wassalam
Amir Effendy
Permatang Pauh
Lumrah dunia, Seorang pengkhianat tidak akan mengaku dirinya pengkhianat, malah akan menuduh orang lain sebagai pengkhianat.
Tiada sesiapa pun yang akan merelakan dirinya 'diharamjadahkan' kerana tidak bersetuju sesuatu yang jelas merugikan dirinya.
'u help me I help u' - kata azimat akhir zaman
Hi Pak Aspan, cut down or stop smoking lah...tax or without tax...stay healthy :)
Pak Aspan, apakata kita minta PM Najib & menteri kabinet, tunjukkan pada smua rakyat marhaen byk mana cukai yg dia bayar? Knapa dia nak takut klu dia betul patriotik? PM: Walk the Talk!!! Anyway, Rosmah bayar cukai tak?? Jgn lari dari bayar CUKAI daaaa....
Ask Not What your country can do for you, ask what you can do for your country
Izinkan aku meluahkan rasa. Celaka dan haramjadahlah ke atas pemimpin2 yg beraja dimata bercelaka dihati ini agar rakyat bisa merasai nikmat hidup dlm sebuah negara kaya raya ini. sesungguhnya rakyat tidak mampu lagi memikul angkara kecelakaan ini selama-lama. HANCURKANLAH BARISAN NASIAL ini
Post a Comment