Selalunya sesebuah negara,
politiknya berkisar tentang masalah yang di lakukan oleh rakyat kerana sistem
demokrasi yang membolehkan sesiapa memberikan pandangan dan menentukan hala
tuju negara. Demokrasi itu katanya adalah sebuah kerajaan rakyat untuk rakyat
dan oleh rakyat. Dari kecil lagi definasi ini telah terpahat kepada pemikiran
dan benak manusia yang tinggal dalam negara demokrasi.
Tetapi di sini, satu lagi negara
yang katanya mengamalkan sistem demokrasi itu. Tetapi masalah bukan datang dari
rakyat, tetapi banyak masalah itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang
memerintah negara demokrasi ini. Cuba kita lihat dan kaji, semua isu
yang berbangkit adalah isu pemimpin-pemimpin kita. Isu rakyat hanyalah isu
kemiskinan, isu jurang perbezaan pendapatan diantara yang berada dan tidak
berada dan isu kemiskinan keseluruhannya dan juga masalah perhubungan diantara
kaum yang sangat merbahaya berlaku sekarang ini.
Kesemua isu ini di sebabkan
kelemahan pemimpin, bukan sahaja dari kelemahan pemikiran tetapi budaya yang
membina pemikiran itu, seperti rasuah yang seolah-olah telah halal di lakukan
oleh siapa sahaja yang memimpin. Sekarang ini seolah-olah telah di terima
sebagai perkara biasa, siapa sahaja yang memimpin boleh melakukan rasuah dan
rasuah itu adalah kemestian di lakukan oleh siapa yang memimpin.
Ada juga yang bertanya kepada saya kenapa
saya tidak henti-henti bercakap tentang rasuah sebegitu lama? Mereka kata
mereka sudah jemu dengan isu yang tua ini. Jawapan saya mudah. Saya tidak
berhenti-henti bercakap tentang rasuah kerana rasuah tidak henti-henti
dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan dan kroni yang berada di tepi orang
yang berkuasa.
Rakyat menghadapi isu yang
terlalu besar dalam banyak perkara. Isu negara yang paling asas sendiri pun
tidak dilaksanakan dengan betul. Suatu ketika dahulu saya telah menulis tentang
isu ‘federalism’ yang tidak terlaksana walaupun kita adalah sebuah negara
Persekutuan. Banyak perlakuan pimpinan Persekutuan tidak mahu menerima yang
kedaulatan Persekutuan itu datangnya dari kedaulatan negeri-negeri yang berada
di dalam Persekutuan itu sendiri.
Persekutuan telah menguasai
hampir kesemua perkara seolah-olah negara ini adalah sebuah negara ‘unitary’
seperti Thailand, Indonesia
dan banyak negara lain. Kalau semuanya di kuasai oleh Persekutuan, apa bezanya
jika negara kita terus ditadbir oleh kerajaan Malayan Union dahulu. Bukankah
Malayan Union itu di tentang kerana British hendak menjadikan negara ini sebuah
negara ‘unitary’ dan meletakkan pusat pentadbirannya di Kuala Lumpur?
Jika kerajaan Persekutuan hari
ini ingin terus menguasai negeri-negeri dan tidak mahu mengakui kedaulatan
kerajaan-kerajaan negeri di bawahnya maka kita tidak tumpah sebagai sebuah
negara ‘unitary’ seperti yang hendak di bentuk oleh British dahulu? Tidak payah
lagi ada sempadan diantara negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu ini dan
jadikan negara ini sebagai sebuah negara ‘unitary’ seperti di kebanyakkan
negara-negara lain di dunia ini.
AS dan Australia contohnya, adalah
negara-negara Persekutuan. Di AS setiap negeri-negeri yang bergabung dalam Persekutuan
itu mempunyai banyak kuasanya sendiri. Malahan kerajaan negeri-negeri dalam Persekutuan
itu mengutip cukai-cukai yang diperolehi dalam negeri masing-masing, malahan
banyak undang-undang berbeza diantara satu negeri dengan negeri yang lain.
Di negara kita kerajaan Persekutuan
menguasai segala-gala yang ada dalam negeri-negeri di dalam Persekutuan
sehinggakan perjanjian untuk memberikan ‘royalti’ minyak kepada negeri-negeri
dalam Persekutuan itu pun di permainkan tanpa rasa segan dan silu.
Walhal minyak yang di gerudi dan
di jual itu adalah hak negeri-negeri yang telah memberikannya kepada agensi
minyak kebangsaan, Petronas, untuk melakukan apa sahaja dengan menjanjikan
pulangan sebanyak 5 peratus dari harga jualan mengikut harga FOB. Jelas dalam
perjanjian itu bayaran hendaklah di berikan dalam bentuk tunai dua kali setahun
kepada kerajaan negeri pilihan rakyat negeri itu.
Jika itu sikap kerajaan
Persekutuan apa bezanya dengan kerajaan ‘unitary’ Malayan Union anjuran British
dahulu? Itu setakat secebis isu tentang ‘federalism’ di Semenanjung. Bagaimana
pula sikap Kerajaan Persekutuan dengan negara-negara baru yang menyertai
Persekutuan Malaysia, Sabah
dan Sarawak? Kita tahu perjanjian itu adalah
diantara Persekutuan Tanah Melayu dengan dua negara lain, Sabah dan Sarawak.
Ini juga merupakan isu yang tidak
pernah kerajaan Persekutuan duduk dan berunding untuk menyelesaikan rasa resah
gelisah rakyat kedua-dua buah negeri itu. Siapa yang hendak memulakan usaha
untuk menyelesaikan isu dengan baik, selari dengan kandungan perjanjian Malaysia yang
di tandatangani pada 1963 dahulu?
Ini merupakan isu yang sangat
besar dan wakil rakyat Persekutuan yang mewakili rakyat Sabah dan Sarawak wajar berfikir dan bertindak mengikut sentimen
dan kehendak rakyat yang mereka wakili. Selagi ahli-ahli Parlimen di kedua-dua
buah negeri tidak melakukan tindakan untuk menyelesaikan isu ini, siapa yang
hendak menyelesaikannya pada masa yang akan datang?
Tetapi jika ada usaha dari
individu dan pemimpin samada dari Semenanjung atau dari mana yang mahu menyelesaikan
isu ini dengan penuh komitmen, saya mencadangkan supaya usaha ini mendapat dukungan
sepenuhnya dari rakyat Sabah dan Sarawak, melalui ahli-ahli parlimen yang
mewakili mereka. Jika tidak sanggup atau masih takut-takut melakukannya, maka
tidak salah lah pandangan setengah pihak yang Semenanjung merupakan penjajah
kepada kedua-dua buah negeri ini.
Kita tidak mahu tuduh menuduh ini
terus berkekalan, maka adalah wajar bagi pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak memulakan berfikir dan bertindak berani bagi
penyelesaian ini. Apatah lagi dalam keadaan sekarang kekuatan BN letaknya di
Sabah dan Sarawak.. Negeri-negeri Borneo, Sarawak
dan Sabah wajar memberikan sokongan kepada
mana-mana pihak dan individu yang bersedia mendengar dan melakukan apa yang
sepatutnya di lakukan selari dengan kandungan perjanjian Persekutuan itu.
Rakyat Sabah dan Sarawak tidak
perlu merungut sahaja tanpa melakukan sebarang usaha bagi memenuhi aspirasi
rakyat kedua-dua ahli Persekutuan Malaysia itu. Itulah tanggungjawab
pemimpin-pemimpin dari Sabah dan Sarawak dan
mereka tidak boleh berpeluk tubuh semata-mata hendak menjaga kepentingan
peribadi masing-masing sahaja. Maka mereka takut untuk bertindak kerana budaya
‘patronizing’ yang di kenakan oleh pimpinan Persekutuan terhadap pemimpin di
kedua-dua buah negeri (negara) ini.
Bagi saya siapa sahaja yang
berani dan sanggup mengusahakan perkara penting ini dengan terbuka dialah yang
sepatutnya di jadikan pemimpin negara bagi memenuhi kehendak dan penyelesaian
berhubung dengan isu Persekutuan ini untuk kepentingan semua negeri-negeri yang
menganggotai Persekutuan Malaysia
yang kita cintai ini.
Saya amat bergembira kerana sudah
ada suara lantang di Sabah dan Sarawak
kedengaran sekarang ini. Maka siapa sahaja yang bersedia untuk mengendalikan
Persekutuan ini dengan premis yang benar dan betul seperti yang terkandung dalam
Perjanjian Persekutuan itu. beliau wajar di berikan sokongan setidak-tidaknya
bagi pemimpin-pemimpin kedua-dua buah negeri ini meninggalkan nama dan budi
seperti harimau meninggalkan belang setelah mati.
Jika pemimpin-pemimpin di Sabah
dan Sarawak tidak mahu melakukan tugasan dan
tanggungjawab ini, maka mereka adalah penghalang kepada tuntutan rakyat mereka.
Di Semenanjung Kelantan dan Terengganu merupakan negeri-negeri yang telah
mengalami pengalaman pahit ini dan sekarang sedang berjuang untuk membenteras budaya
Malayan Union yang sedang menguasai pemikiran rakyat sekarang ini.
Rakyat sedang memerhati dan
mengintai peluang untuk pembetulan ini, maka sesiapa yang berani keluar untuk
memulakan pembaharuan ini beliau atau kumpulan ini wajar mendapat sokongan dan
seterusnya di dinding dan di jaga terus-terusan oleh rakyat yang dahagakan keadilan
yang ‘perpetual’.
16 comments:
How much does it cost to have a locksmith break a door
knob off?
24hr locksmith exeter
salah rakyat yang lantik penyangak & penyamun perintah ! ABU !
As I have commented in few previous postings in this blog,what is needed is someone brave enough to support the the brave move to settle address this issue in Parliament.
Is there any courageous leaders and law makers from that two states?
If there is none, they (from Sabah and Swak) should shut up and make do with the current self serving leaders,
Rakyat Malaysia mesti bangun dan buat perubahan sama ada via PRU atau jalan raya. Jika tidak keadaan akan tetap sama sehingga hari kiamat.
How can i get my locksmith website more hits?
emergency locksmith Exeter
Mereka bkn sekadar mentadbir negara ini secara 'unitary' malahan mereka juga mengamal kn 'obsolute monarchy' Bg mereka tampuk pemerintahan negara ini ada lh hak mutlak golongan mereka sahaja.
wahai kwn kwn..
ada hero hero yg berani. macam datuk jeffery,, tapi satu orang jer... memang aku respect datuk jeffery! berpuluh tahun tak pernnah getar, ISA pun tak getar!
walaupun dier dituduh katak berterbangan sana sini... tapi... satu benda yg dia tak pernah tukar.. komited sabah utk sabahan!
sarawak lain... CM dier tuh teguh kuat... tak di kacau langsung oleh sesiapa pun... habis parti dia pun menag besar tak disentuh..
sabah? tka ader harapan la... ramai juge katak berterbangan.. tapi bukan sabah utk sabahan... tapi "sabah utk cari makan,."
Anon,
Kalau mau mengenal hero, saya memberi salut kepada Pairin. Dialah yang mengerakan sabah untuk orang2 sabahan. Tapi malangnya dia tak berjaya
Adakah admin menggalakkan sbh srwk keluar msia?
admin tak berani membuat gerakan macam itu.. nanti masuk ISA pulak... tak ada wifi tulis blogging nanti... woii..
Perangai Pemimpin Sabah dan Sarawak adalah sama saja seperti perangai pemimpin malaya......kita boleh berpendapat sabah dan Sarawak boleh menentukan nasib sendiri tapi belum tentu kita boleh memastikan perjuangan pemimpin borneo atau pemimpin malaya mewakili kehendak sebenar rakyat yang mengundi mereka.
bila masa admin tulis untuk keluar dari persekutuan?
dia cuma tulis pasal hak kedua dua negeri yg lama terabai. ..
It's very trouble-free to find out any topic on net as compared to
books, as I found this paragraph at this web page.|
My web blog; pity 2014 program
Howdy! Someone in my Myspace group shared this website with us so I came to take a look.
I'm definitely enjoying the information. I'm book-marking and will be tweeting this to my followers!
Great blog and outstanding design and style.
My blog post - best pure garcinia cambogia - wifesearch.eu -
You're so cool! I do not think I've read something like that before.
So good to discover someone with unique thoughts on this subject matter.
Seriously.. many thanks for starting this up.
This site is something that is required on the internet, someone with a little originality!|
Feel free to visit my web page: darmowy program pit 2013
Fabulous, what a blog it is! This blog gives
helpful data to us, keep it up.|
my web site :: program pit 2013
Post a Comment