Sedikit tambahan kepada apa yang
saya komen tentang kenaikan gaji Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor serta
Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaannya (Exco). Sesungguhnya apa yang di lakukan
oleh TS Khalid Ibrahim merupakan fenomena baru yang sejajar dengan kehendak
kemajuan sesebuah negeri yang mengutamakan ‘productivity’. Jika di singkap
siapa Khalid ini, beliau merupakan seorang yang terlatih dengan kerja ber
'productivity' dan siapa boleh menyangkal hakikat ini sesuka hati semahu masing-masing.
Ia tetap hakikat yang hakiki.
Imbuhan adalah faktor penting
dalam usaha sebuah kerajaan atau mana-mana organisasi kerajaan untuk
mendapatkan 'productivity' yang baik. Itu sebabnya di dalam badan-badan swasta
dan syarikat swasta imbuhan terhadap kakitangan dan pegawai pengurusan itu
adalah satu elemen terpenting untuk di tumpukan oleh seorang Ketua Eksekutif
dan seseorang Ketua Eksekutif yang baik akan melakukan penilaian yang khusus
tentang isu ini.
Keuntungan syarikat dan kerajaan
bukan sahaja datangnya dari kepandaian dan kepintaran pegawai dan kakitangan
pertubuhan itu tetapi ia juga akan di dasarkan kepada kos pengurusan yang
sentiasa bertambah dari masa ke semasa.
Dalam hal Negeri Selangor ini,
pimpinan Persekutuan tidak boleh membantah sebegitu sahaja, kerana Negeri
Selangor adalah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu dan perjanjian itu
masih kekal sampai kehari ini.
Sebagai sebuah negeri yang
berdaulat yang mempunyai 'legislature' nya sendiri, kerajaan Selangor boleh membuat
keputusan sendiri kerana negeri ini adalah salah sebuah negeri yang memberikan
sumbangan kepada kedaulatan kerajaan Persekutuan. Tiada kedaulatan persekutuan
jika tidak ada persekutuan yang dianggotai oleh semua negeri yang berada di
dalam Persekutuan Tanah Melayu itu.
Jika ada pun isu terhadap
keputusan kerajaan negeri pimpinan Khalid ini yang perlu di perbetulkan adalah
kecil sahaja kerana kenaikan perbelanjaan itu adalah wajar memandangkan masa
dan zaman ini kos pentadbiran dan perkhidmatan amat tinggi. Pandangan Anwar dan
Azmin itu ada juga benarnya tetapi ia bukanlah satu isu yang boleh di anggap
Khalid telah melakukan kesalahan besar.
Kenaikan itu wajar dan perlu.
Anwar kata ia terlalu tinggi dan tidak ‘commensurate’ dengan tugasan dan
tanggungjawab mereka yang mendapat habuan kenaikan ini. Apabila naik sahaja gaji
seseorang eksekutif itu ia akan menambah tanggungan kerajaan dengan begitu besar
terutamanya semasa mereka ini bersara melalui pembayaran setengah gaji yang
terakhir sebagai bayaran pencen mereka sepanjang hayat mereka.
Boleh dianggap satu faktor
penting dalam membuat penilaian ini, tetapi seperti yang saya sebut dalam
posting yang lepas untuk mengelakkan pembayaran yang terlalu tinggi semasa
persaraan mereka kerajaan pimpinan Khalid ini mungkin boleh membayar apa yang
di sebut sebagai ‘ex-gratia’ atau bonus apabila tahun negeri itu menunjukkan
prestasi yang tinggi.
Bonus itu mungkin dalam bentuk
setahun gaji bulanan atau mana-mana kaedah yang tidak akan membebankan rakyat
semasa keadaan ekonomi negeri tidak berapa memuaskan. Kita perlu ingat
menurunkan gaji dalam ekonomi negeri dalam keadaan tidak berapa baik itu adalah
langkah yang amat susah untuk dilakukan. Ia tidak sesenang menaikan gaji itu.
Bukan senang untuk memberikan
pandangan dalam isu kenaikan gaji di Selangor ini kerana negeri ini nampak
jelas mempunyai Ketua Kerajaan yang serius mencari jalan untuk memperkokohkan
kedudukan kewangan negeri ini. Negeri yang maju dan telus mengendalikan wang
rakyat sememangnya susah untuk membuat kritikan besar terhadap Khalid. Jika
semua anggota kerajaan negeri ini telah bekerja keras untuk memantap tahap dan
kedudukan ekonominya ia sememangnya wajar mendapat imbuhan galakan itu.
Tetapi isu yang sedang di hadapi
oleh pimpinan PKR tentng isu kenaikan gaji ini merupakan hasil dari ‘productivity’
yang baik. Seperti yang saya sebut semalam berjaya pun mungkin mambawa masalah.
Agaknya tentulah negeri-negeri yang kurang ‘productivity’ lebih bermasalah.
Masalah yang di hadapi Selangor ini adalah masalah yang baru….itu masalah
kerana kejayaan.
Oh ya, satu perkara yang mungkin
TS Khalid perlu mengambil perhatian ialah, beliau tidak boleh memberikan
‘equation’ Selangor dengan negeri Sarawak seperti yang beliau sebutkan sebagai
alasan untuk kenaikan gaji ini.
Perlu kita ingat, Sarawak itu tidak
sama tahapnya dengan mana-mana negeri di Semenanjung ini, kerana Sarawak adalah
sebuah negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia yang di tanda tangani pada 1963 dahulu.
Sabah dan Sarawak
adalah negeri-negeri yang setaraf dengan keseluruhan Persekutuan Tanah Melayu.
dalam perjanjian itu Persekutuan Tanah Melayu di wakili oleh Tunku Abdul Rahman
sedang Sarawak dan Sabah masing-masing di
wakili oleh seorang wakil bagi negeri tersebut.
Sarawak dan Sabah
tidak sama tarafnya dengan Perlis dan Kedah atau pun Selangor. Ramai yang masih
belum memahami isu ini. Ahli-Ahli kabinet Sarawak dan Sabah
itu sama tarafnya dengan kedudukan kabinet Persekutuan.
Itu terkandung dalam Perjanjian Malaysia
dahulu. Sambil bercakap tentang kesetiaan dan cintakan negara elok kita kenali
negara yang kita cintai ini.
Di Kota Kinabalu hari ini pada
jam 3 petang satu Forum tentang Perjanjian Malaysia diadakan. Forum ini akan memberikan pencerahan tentang
penubuhan Malaysia
bukan setakat memeterikan perjanjian tetapi akan di sebut tentang roh
penubuhannya sekali.
Di harapkan YBM Tengku Razaleigh
yang akan berucap nanti akan memberikan pencerahan keseluruhannya agar
pemimpin-pemimpin kedua-dua Malaysia Timor dan Malaysia Barat menghayati keunggulan
Persekutuan ini di wujudkan.
Forum ini mendapat perhatian
masyarakat insaf tempatan dan masyarakat antarabangsa. Di harap tiada apa yang
tidak akan di sebut dalam forum ini agar rakyat ramai dapat pencerahan
sebenarnya terutamanya pemimpin-pemimpin yang sebelum ini tidak mengenali negara
yang mereka pimpin ini.
5 comments:
PENCERAHAN YANG GELAP..
kenapa perlu kenaikan sehingga sebanyak itu? MB Khalid kena la justified untuk apa.. adakah untuk kesenangan para EXCO? Perlu diingat EXCO bukan diberi gaji untuk bermewah-mewah.
Kenapa GAJI SPEAKER perlu terlampau tinggi??
Kenapa gaji PUNAHSIHAT EKONOMI RM1 tetapi tuntutan sampai mencecah RM15 juta??
si katak oportunis tidak akan ada naluri memperjuangkan perjanjian pembentukan malaysia, walaupun perjanjian ini lebih menguntungkan jiwa katak ini namun iya tidak punya kesanggupan memperjuangkannya.Bayangkan kalau keuntungan petani menanam padi dengan keuntungan peruncit menjual mee maggie segera, katak lebih suka mee segera dan itulah mentaliti seorang katak
Pak Aspan, kalau Najib merasakan ahli kabinetnya bagus, amanah, jujur, tiada rasuah & kerja kuat tungkus lumus siang malam subuh senja demi rakyat jelata, maka tiada salahnya Najib menaikkan gaji para Menterinya. Tetapi, ini sgt mustahil melainkan umno dihumban ke laut!!!
Ini semua kaedah politik Anwar Ibrahim.
Apa Khalid Ibrahim buat amat bertepatan sekali demi memberi suntikan moral kepada ADUN sebagai pentadbir kawasan masing-masing untuk bekerja lebih kuat dan mengelak mereka berniaga dan membudayakan rasuah sebagaimana yang banyak dipaktis oleh UMNO dan sekutunya.
Tetapi, ia sengaja dijadikan isu oleh Anwar Ibrahim diikuti Azmin Ali yang mengkritik kenaikan gaji ini untuk disimpan jadi peluru jika ada pihak yang mempersoal perjalanan politik dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
FMZ
pak aspan ,
No issue la psl gaji ni.state lain pun ada kenaikan juga but why isu ni diSASARkan kpd selangor & TSKI? berbaloi la dgn tugas MB,exco & adun dan bebanan kerja yg semakin meningkat.hopefuly dgn kenaikan ini mereka smua tak ambil rasuah & pay more attention to their works & focusing to rakyat problem.go ahead TSKI , has selangorian i salute u !
Post a Comment