Politik ini merupakan satu
permainan yang anih. Politik terutamanya di sini, boleh menyatakan yang mustahil
dan boleh memustahilkan yang nyata. Politik di sini benar-benar menjadi
petunjuk yang dunia semakin hampir kepada kiamat. Perkara yang benar di salahkan
dan yang salah pula di benarkan. Maka kita hidup dalam keadaan yang amat
keliru, dan kekeliruan itu boleh merosakkan agama dan pegangan kita apatah lagi
kepada kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum ini.
Apabila pimpinan politik sudah
keliru, maka kita lihat tindakan mereka itu sentiasa songsang dan meranapkan
moral kita hidup bermasyarakat, bersosial
dan beragama. Kekeliruan ini seolah-olah di rancang kerana semuanya
terlibat dalam kancah kekeliruan ini, kecuali mereka yang masih teguh dengan
iman ketuhanan serta yang cekal menghadapi perubahan negatif masyarakat ini.
Kalau hendak mendapatkan
perubahan kearah perubahan yang positif sekumpulan kecil yang masih kuat
pegangan mereka dan tidak mampu di asuh dan di ubah oleh kebathilan ini yang
akan merobahnya. Mereka yang kumpulan kecil inilah yang terpaksa bersabar dan
menunggu waktu dan saat yang tepat untuk melakukan perubahan dan hanya Tuhan
sahaja yang boleh menyempurnakan afa’alNya untuk perubahan melalui kumpulan ini.
Nyata sekali di dalam keadaan
hari ini, kita mendengar dan melihat betapa kelirunya hidup kita jika tidak
memahami keadaan kehidupan yang sebenarnya. Rakyat dan umat keliru dan dalam
kita mengakui yang dunia sedang menghadapi kekalutan ekonomi yang juga
melibatkan pendapatan negara kita juga, kita masih mendengar dan terbaca semua
pihak di minta berkorban parkara-perkara yang telah di nikmati rakyat. Rakyat
bersetuju kerana ini negara kita yang wajar kita lakukan apa sahaja untuk
kebaikan negara tempat mereka berteduh ini.
Tetapi dalam masa yang sama kita
melihat dan terbaca yang pemimpin utama kita tidak rela melakukan pengorbanan
malah telah menyediakan peruntukan yang berlipat kali ganda jumlah untuk
menjadi Perdana Menteri dan menguruskan Jabatan yang beliau ketuai itu. Najib seolah-olah
mempunyai sikap terhadap rakyat seperti sikap ‘kau buat apa yang aku suruh
buat, jangan kau buat apa yang aku buat’.
Dalam konteks ini Najib boleh
berbelanja sebanyak mana yang beliau suka, dan beliau telah pun memperuntukan
sebanyak RM16.45 billion bagi Jabatan Perdana Menteri, jumlah keempat terbesar
di antara belasan kementerian yang ada sekarang ini. Tambahan yang begitu besar
bagi tahun 2014 itu dari RM11 billion itu menampakkan kepada kita sikap Najib
yang menganggap rakyat pimpinannya semuanya ‘tolol’ dan bodoh belaka, tidak
tahu mengira dan tiada apa yang mereka tahu.
Sebenarnya tidak payah kita
membuat kesimpulan melalui isu lain. Kita tengok dan nilai sahaja dari jumlah
peruntukan Jabatan Perdana Menteri dalam keadaan negara sedang menghadapi
krisis kewangan yang Najib kata di sebabkan oleh keadaan ekonomi global. Kita
bukan sahaja menghadapi krisis ekonomi dan kewangan tetapi ia melarat kepada
krisis kepimpinan yang sangat nyata, yang terburuk pernah negara ini hadapi.
Sehari dua ini kita dengar
melalui berita yang Tun Mahathir sedang berusaha untuk melakukan tekanan
terhadap AG Gani Patail dengan mengadakan rundingan sulit dengan bekas
pegawai-pegawai keselamatan negara dan beberapa yang lain. Jika ini benar maka
tekanan terhadap Gani Patail itu merupakan tekanan terhadap Najib juga. Saya
berharap jika keadaan ini benar maka saya beranggapan yang Mahathir sedang cuba
memperbaiki keadaan negara yang telah lumpuh ini.
Hanya yang kita harapkan niat
Mahathir itu ialah untuk memperbaiki keadaan yang beliau sendiri cipta dan
Gani Patail ini pernah menjadi ‘conduit’ kepada kemahuan Tun Mahathir
sendiri. Jika benar beliau melakukan ini dengan niat baik untuk negara, maka ia
perlu di ketahui umum. Kita harap tindakan beliau ini jika benar, tidak setakat
memuaskan kemahuan peribadi yang bersifat amarah, lawamah dan mulhimah sahaja.
Lepas satu, satu perkara
terbongkar dan benarlah apa yang dikatakan ramai dahulu, yang segala
tindakan-tindakan bathil itu dengan sendirinya akan terbongkar dan memakan
kembali diri mereka yang melakukannya. Isu Peguam Negara ini sudah menjadi buah
mulut rakyat sejak lama dahulu kerana beliau di persepsikan sebagai seorang
yang melakukan tindakan megikut kemahuan politik pihak yang memerintah sahaja
dan tidak menunjukkan nilai sebagai seorang yang mempertahankan keluhuran
undang-undang.
Imej beliau sebagai seorang
Peguam Negara begitu tercemar kerana beliau ibarat ikan mati, hanya berenang
mengikut arus. Jika terdapat kesalahan yang mungkin di buktikan oleh Dr
Mahathir seperti berita yang di dengari sekarang ini, maka tiba lah masanya
untuk melihat kebenaran secara beransur-ansur. Apa yang rakyat ramai mahukan
ialah negara ini di tadbir mengikut cara yang sepatutnya.
Keluhuran undang-undang merupakan
faktor penting untuk menentukan keutuhan negara di masa depan. Jika
undang-undang melindungi yang bersalah dan memenjarakan yang salah, mereka yang
melakukan perkara yang sebaliknya sudah tentunya orang yang menjadi pembawa
dalil hari akan kiamat. Pembawa dalil hari kiamat ini merupakan mereka yang
telah sesat atau di sesatkan bagi santapan neraka.
Tetapi Tuhan juga telah mengingatkan
kita yang selagi masih ada orang yag berzikir terhadapNya, walaupun seorang,
dunia belum lagi akan kiamat. Itulah sebabnya selagi ada di kalangan kita masih
ingat kepadaNya dan berusaha melakukan kebaikan selari dengan tuntutanNya
negara kita insyaallah akan kembali pulih dari segala noda politik pimpinan
kita.
Oleh itu kita wajar menentang
segala manusia yang telah menjadi pembawa dalil hari kiamat ini kerana itu
merupakan ubudiyah besar terhadap negara dan fardu kifayah yang sangat di
cintai Tuhan alam semesta ini.
Tugasan ini sememangnya tugasan
yang berat kerana mencari kebaikan sememangnya satu usaha yang sangat susah.
Saya teringat kepada kata-kata ulamak yang muktabar, ‘jalan ke syurga itu penuh
dengan onak dan duri, jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju yang
enak-enak’.
Tiada jalan mudah menuju ke
syurga.
9 comments:
Saudara ku Aspan Alias,
Saya meminati tulisan dan pandangan saudara kerana saudara tidak 'cut and paste' tulisan dan pandanmgan orang lain. Baik atau buruknya pandangan dalam blog saudara, ia adalah pandangan saudara.
Setengah blog pemimpin yang ada selalu membuat 'cut and paste' pandangan dn tulisan orang lain.
Syabaslah saudara. I have strong addiction to your blog.
Kalau la si Najib ni jadi Bendahara di zaman kegemilangan kesultanan Melaka dulu, dah lama dia kena lempang oleh Sultan...
Tn. Aspan
Apa2 pun dunia ini adalah bukan milik mana2 pemimpin. Allah lah yg milik segala2 nya.
Kalau pemimpin jahat & rakyat baik. Yg lazim nya rakyat akan di zalimi. Pasti lambat laun, pemimpin itu akan di binasa Allah dgn syarat rakyat tidak buat perkara2 jahat yg langgar perintah Allah/Rasul.
Ini janji Allah. Org yg di zalimi pasti Allah binasa. Hatta walaupun pemimpin itu Islam & rakyat nya kafir.
Masaalah nya rakyat tak sabar utk menunggu bila pemimpin akan binasa. Kerja rakyat bukan menunggu tapi erat kan lagi hubungan rakyat dgn Allah iaitu dgn bina iman & amal yg sahih. Kerja rakyat bukan saja ibadah & doa dgn sembunyi kan diri tapi dgn buat kerja seruan haq siang/malam pd semua manusia baik pemimpin & rakyat. Bermula "concurrently" dgn diri sendiri, keluarga, jiran dgn jadikan amalan rumah/masjid/surau sebagai KPI eg. Ambil satu amal saja. Solat subuh berjemaah. Org. Yahudi kata dlm Taurat ada di sebut kalau umat Muhammad saw dpt solat subuh dgn berjemaah maka pupus segala kekuatan amalan Yahudi. Hari ini amalan Yahudi sudah tersebar luas sampai ke jiwa raga org Islam.
Apa yg saya luah kan ini memang ramai yg tak boleh terima. Dan ada pulak yg mahu logik nya.
Ada pula yg kata betul lah tu. TAPI... sebab nya manusia habis byk masa/tenaga/harta utk kenal/dpt kan dunia drpd utk kenal/dpt kan Allah.
Dapat Allah dapat lah segala2 nya.
Anon 14:51 bukan kene lempang tapi kene sula
syurga adalah tempat yg terbaik...perkara yg terbaik mesti lah susah untuk didapati..
Dalam kes ghani patail..kalo mahathir adalah sekali..mesti ada udang sebalik mee..walaupun kes tersebut berlaku..ini mahathir lah..perangai buruk beliau rakyat akan ingat sampai mati..
mungkin mahathir ada perancangan rapi dengan org yg akan mengambil tempat peguam negara nanti..demi survival politik mukhriz...mahathir mesti maukan balasan dgn org yg bakal mengambil alih tempat ghani nanti...
Sejuk jugak ati tengok Pak Lah jadi Imam. Tun Mahadir jln kaki pegi subuh. Is Najib pray full???
Kelakuan mereka ini seperti kelakuan pimpinan akhir Dinasti Abbasiah yang menggunakan harta rakyat dan negara untuk kesenangan peribadi. Akhirnya Allah 'denda'dengan kedatangan tentera Monggol.
Kita tidak mahu Malaysia menjadi seperti itu.
SPRM sudah siap laporan kes NFC & hantar kpd Najib. Samada si Najib nak membaca atau tidak, itu bukan pokoknya. Sbb Najib tidak akan ambik tindakan kpd sesiapa pun dlm kes NFC. Najib tak kenal dosa pahala!
thanks ya infonya !!!
www.bisnistiket.co.id
Post a Comment