Dr Mahathir adalah seorang
pemimpin yang penuh dan sarat dengan ‘contradictions’ dalam hidupnya. Beliau
berubah pandangan kepada sesuatu hal mengikut waktu dan senarionya. Sekarang
tidak berhenti lagi beliau meminta PPSMI di laksanakan kembali untuk menambah
kemahiran murid dan pelajar dalam bahasa Inggeris. Itu sebabnya medium yang
terbaik bagi beliau ialah dengan mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.
Kalau tidak Dr Mahathir siapa
yang bertanggungjawab melemahkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan murid
dan pelajar sekolah selama ini. Bukankah segala-galanya berubah semasa beliau
menjadi Menteri Pelajaran sejurus beliau di terima kembali ke dalam UMNO pada
tahun 1974 dahulu?
Dulunya setiap kawasan dan daerah
ada sekolah-sekolah jenis Kebangsaan Inggeris dan saya bersekolah dalam salah
sebuah sekolah itu. Tetapi semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran beliau mengutamakan
politik dan kononnya dengan menukar semua sekolah untuk menjadi Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantarnya, maka sejak itu bahasa Inggeris sudah tidak lagi
menjadi bahasa pengantar di dalam sistem pelajaran sekolah sehinggalah
keperingkat universiti.
Semasa beliau menjadi Perdana
Menteri satu generasi yang pandai dan menguasai bahasa Inggeris telah tiada
kerana mereka sudah berada dalam zaman persaraan. Sekolah-sekolah di penuhi
dengan guru-guru yang tidak tahu berbahasa Inggeris dan selepas itu pula Dr
Mahathir menumpukan usahanya untuk mengembali bahasa Inggeris ke sekolah
melalui pembelajaran dalam subjek Matematik dan Sains.
Kerajaan terpaksa menghantar
guru-guru yang bakal mengajar dalam matematik dan sains kursus untuk melatih murid-murid
dalam bahasa Inggeris dalam kedua-dua mata pelajaran itu. Yang saya syok sekali
ialah apabila isu ini telah menjadi bahan lawak di khalayak ramai kerana guru
yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris bakal akan mengajar dalam bahasa
Inggeris dalam kedua-dua mata pelajaran itu.
Dalam ramai-ramai guru yang di
hantar ke kursus itu ada yang menjawab pertanyaan saya dengan lucu. Saya bertanya
macam mana kamu hendak mengajar murid, jika ada soalan ‘dua tolak satu dalam
matematik?’ Guru itu dengan selamba menjawab berjenaka, dua tolak satu dalam
bahasa Inggeris ialah ‘two push one equals one’ (dua tolak satu jadi satu), walhal
dalam bahasa Inggeris ia akan berbunyi ‘two minus one equals one’.
Menggunakan bahasa Inggeris dalam
pengajaran sains dan matematik itu mengarut, kerana mengajar dalam bahasa
Inggeris dalam mata pelajaran yang ‘quantitative’ itu tidak akan menambah
kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Sepatutnya bahasa Inggeris itu
di jadikan salah satu bahasa yang wajib lulus dalam peperiksaan SPM atau UPSR.
Jika bahasa Inggeris secara
khususnya di jadikan mata pelajaran dan di tambah pula dengan ‘English
Literature’ ia akan menambah murid dan pelajar memahami bahasa Inggeris itu
dengan betul dan tepat penggunaanya.
Patut juga di adakan bulan bahasa
Inggeris dalam mana dalam bulan-bulan itu semua murid di kehendaki bertutur
dalam bahasa Inggeris.
Jika ini dilakukan nescaya tidak
akan ada lagi guru yang mengajar muridnya, ‘two push one equals one’. Ia akan menjadi
‘two minus one equals one’, sebagai contohnya.
13 comments:
Inilah dia tikus yg merosakkan labu kemudian dia sendiri nak perbaiki pula. Habis punah jahanam jika dituruti. Try and error saja, natijahnya apa nak jadi, jadilah. Ijazah doktor yg ada padanya masih laku lagikah? Agaknya itu sebab dia masuk politik, mungkin tidak kompeten sebagai doktor. Boleh menipu, kaut kekayaan, populariti, kuasa dll. Kalau jadi doktor kembali, habis lunyai pesakit dibuat ujikaji. Boleh jadi kepakaran perubatan khusus yg dimiliki sebenarnya adalah: bagaimana menggunakan arsenik dgn amat berkesan!
Selagi mamak ini hidup, selagi itulah dia akan terus memperbodohkan rakyat malaysia terutamanya sekali rakyat berbangsa melayu.
Seelok-eloknya bahasa ingeris sebagai bahasa pengantar, ditukar pula kepada bahasa melayu.
Malaysia tiada keupayaan teknologi sendiri yang memungkinkan bahasa melayu relevan dipelajari oleh orang negara luar.
Rakyat tahu malaysia tidak punyai pemimpin yang punyai kesungguhan untuk meningkatkan keupayaan teknologi sendiri dan lebih teruk lagi pemimpin hanya tahu memenuhkan tembolok sendiri dan kroni sahaja(jutawan politik).
Negara luar tidak akan belajar bahasa melayu melainkan mereka berniat ingin mendalami teknologi rasuah dan politik sentimen berpuak-puak (agama@bangsa).
mamak kutty tidak kenal mana satu bahasa kebangsaan dan bahasa pendidikan.Dia hanya tahu bab politik bila dia melaungkan hidup ketuanan umno baru, kemaruk kepentingan menguasai minda orang melayu daripada melayu menguasai ilmu.Tidak akan luak bahasa kebangsaan dan tidak hilang semangat patriotik kalaupun bahasa pengantar bahasa inggeris.
Pak Aspan,
Mahathir has been asked to go into a quiet corner and roll over
Tidak jadi masalah sekiranya mahu rakyat Malaysia mahir berbahasa orang putih tapi bila penuturnya berkata Bahasa Melayu tidak dapat menjadi bahasa ilmu, penutur itu memang bengong!
Pak Aspan,
In the 60s & 70s, as many Malays were officers with the British administration before Merdeka, their command of English were very good, if not excellent.
This changes after the 70s when misguided and short sighted education policies were introduced as ' experiments '.......for narrow political reasons many Malays were discouraged from sending their kids to English medium schools to learn Bahasa ' Penjajah'.
At that time the Chinese were the worst in English.....Indians are OK.
Aspan,
Mahathir memang tidak popular .Maka itulah sebabnya beliau dapat bertahan sehingga 22 tahun.Mereka yang mahukan populariti tidak boleh bertahan lama sebagai PM.PM perlu ketegasan saperti apa yang blogger JEBAT MUST DIE tulis dalam artikal beliau Nov 6, 2013 bertajuk "We now have popular UMNO leaders ".Perhaps that can bring more sense to our discussion.
Anti DAP.
PPSMI bukanlah langkah penyelesaian bagi masalah penguasaan bahasa inggeris yang telah terbukti kegagalannya disamping pembaziran jutaan ringgit yang telah diperuntukkan untuk menjayakan program ini.Ianya boleh dijayakan dengan menambah bilangan guru bahasa inggeris yang terlatih untuk dihantar ke sekolah-sekolah luar bandar yang ternyata rata-rata muridnya lemah dalam mata pelajaran ini.Kementerian yang terbabit juga harus mengkaji dan menyediakan kurikulum yang lebih berkesan.Penambahan masa belajar untuk mata pelajaran ini juga sedikit sebanyak akan membantu murid untuk menguasainya.Alasan kekurangan tenaga pengajar untuk mata pelajaran ini adalah alasan yang lemah kerana saban tahun pusat latihan perguruan telah melahirkan ribuan guru bahasa inggeris tetapi kebanyakkan dari mereka hanya ditempatkan di sekolah-sekolah bandar.Jika ada pun yang dihantar ke kawasan luar bandar atau pendalaman,mereka akan menggunakan saluran politik untuk pertukaran semula ke bandar.Kebanyakkan guru bahasa inggeris di luar bandar adalah guru yang mengambil kursus untuk mata pelajaran lain tetapi terpaksa mengajar bahasa inggeris kerana ketiadaan guru yang terlatih.Sekiranya PPSMI dilaksanakan juga,ianya bukan sahaja gagal mencapai objektifnya tetapi juga akan melibatkan kemerosotan dalam pencapaian mata pelajaran sains dan matematik yang ternyata kurang diminati oleh murid khususnya murid luar bandar.
Dulu mamak berangan-angan tinggi melangit hendak mengangkat bahasa melayu, 'teknologi melayu' dan 'ekonomi melayu' dipentas dunia tapi dia lupa 'perangai melayu' yang dia ungkapkan 'melayu mudah lupa' menyebabkan cita-cita mat jenin nya tidak menjadi kenyataan.Apabila lembunya semakin banyak,angan-angan hanya tinggal kenangan.Lembu-lembu yang sudah banyak ditambat,dicucuk hidung hanya untuk harta dan kuasa.
Mahathir mau menjahanamkan melayu di malaysia...mul mula di beri ic kepada pendatang..majorati dari bangla dan pakistan (yg sama darah dgn mahathir)..
Untuk memudahkan pendatang asing tersebut (anak haram malaysia)..disuruh supaya PPSMI di laksankan supaya anak anak pendatang senang diterima di malaysia...
Lihat lah betapa jahat nya mahathir pada melayu...itu pun ahli umno masih benggong juga..
Apa yang kita boleh harap lagi dengan bahasa. Bahasa ibunda kita sendiri kita lemah, apa tah lagi dgn bahasa Inggeris.
Proses pembelajaran kita dah rusak dek kepentingan politik. Kita hilang bacaan jawi tulisan jawi kerana politik sempit org Melayu Umno. Merekalah yang bertanggungjawab mengharamkan jawi itu.
Kini beberapa kali nak dihidupkan bahasa Inggeris dgn pelbagai usaha, masih jua gagal. Tok Dir selang setahun mengungkit utk memajukan bahasa ini, sedangkan dialah pemunahnya(asal usul) rusak.
Jangan terkejut satu hari nanti bahasa melayu akan hilang di dunia, walaupun melayu tidak hilang di dunia.
Pak Aspan,
Govt. all around the world DO NOT create jobs.
Education is important for ordinary people to find jobs, in particular in the private sector and globally to provide for their families.....thus, good education to meet the market and industry needs is critical to ensure a permanent, meaningful and rewarding job/career and good income.
The strenght of our country, after Merdeka, was due to the strong foundation of the great institutions and English language built over hundreds of years.
The marginalisation of English language and failed education policies destroyed the appeal of national schools.
This failure over the decades gives rise to unnecessary private colleges and uni. and also the attractiveness of Chinese and Indian schools.
Ppsmi ada dua strategi, yg nyata dan yg hidden. Bercerita utk rakyat ialah utk mmpertingkatkan penguasaan bi di kalangan rakyat mesia, tapi di sebalik tabir ialah penguasaan tender mmbekal dan mnyelenggara alatan ppsmi yg bernilai jutaan ringgit.
Pak aspan cuba buat kajian siapa main cont bekalan alatan dan pembinaan makmal komputer serta syarikat penyelenggaraan dan latihan?
Mesti ada sesuatu yg terbenam dlm tanah yg mnyebabkan anjing tak berenti mnyalak.
Post a Comment