26 November 2013

Yang tidak pandai pun boleh berjasa dan berbudi kepada rakyat

Najib dan seluruh kabinet Malaysia perlu berterus terang, dari mengelak-mengelak dari isu sebenar di ketahui ramai. Kita hendak tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang ini dan kita hendak melihat apa yang akan dilakukan beliau dan kabinet keseluruhannya untuk menyelesaikan masalah besar yang kita sedang hadapi kini. Jangan bermain dengan silap mata lagi dan jangan menafikan yang anda dan seluruh ahli kabinet telah gagal mendapatkan penyelesaiannya.

Jika kedudukan kewangan negara sudah tenat mengaku sahaja ia tenat. Kita sudah letih mendengar seorang ahli kabinet kata yang ekonomi kita masih kukuh dan seorang lagi kata sedang menghadapi masalah kewangan.  Kerajaan ingin mencukai rakyat dengan berbagai cara bagi menambah kuatkan kedudukan kewangan kita. . PM Najib tidak perlu takut dan menerima keadaan buruk ini dengan menunjukkan jiwa mereka yang besar dengan mengaku sahaja yang keadaan kewangan kita sedang dalam ketenatan.

Untuk menunjukkan jiwa besar ahli-ahli jemaah kabinet pula keseluruhan kabinet perlu diajak bersama-sama meletakkan jawatan dan berundur kerana ‘accountability’ ini wajar di pikul oleh semua ahli kabinet secara bersama (collective). Kepada Najib dan seluruh kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO serta BN, kita ingin menyakinkan anda semua, negara yang anda semua tadbir ini adalah sebuah negara kepunyaan rakyat yang demokratik.

Sesungguhnya masalah yang berlaku sekarang ini bukannya untuk melonggokkan semua kesalahan kepada Najib dan Rosmah semata-mata malahan ia sepatutnya menjadi tanggungan semua ahli kabinet lantikan Najib itu. Lebih awal mengaku lebih baik untuk rakyat dan Najib serta kabinet sekalian boleh menumpang hasil kebaikan dari tindakan mereka mengundurkan diri dari mentabir itu.

Bukannya orang pandai dan bijaksana sahaja yang boleh berbudi kepada negara.  Yang tidak pandai pun boleh membantu menyelamatkan negara ini. Jika yang bijak pandai menggunakan kebijaksanaan mereka membina negara secara betul, yang tidak pandai pula boleh meninggalkan nama dan budi serta jasa mereka dengan meletakkan jawatan dan berundur untuk menyelamatkan negara dari jatuh tersungkur.

Banyak pendapat memberikan pandangan yang kabinet pimpinan Najib ini merupakan kumpulan yang kedua tadi, iaitu yang tidak pandai seperti saya dan ramai lagi di bawah ini. Maka mengundurkan diri dari memegang amanah rakyat itu merupakan budi dan jasa yang amat besar kepada negara dengan tidak terus menjahanamkan negara kita lagi. Pendeknya mereka boleh membuktikan yang mereka juga adalah rakyat yang sangat patriotik dan sanggup berhenti dan bersara demi kepentingan negara.

Jangan jadi pelepah mati kelapa yang tergantung yang hanya menunggu waktu untuk jatuh kebumi. Masalahnya sekarang ini pemimpin tidak mahu mengakui kelemahan mereka sedangkan mereka tahu negara akan bankrap jika mereka masih mentadbir dan memimpin negara ini.

Jadi sekarang ini tindakan semua ahli kabinet bersara dan berundur itu adalah satu-satunya cara bagi mereka hendak melakukan ‘redemption’ terhadap kesalahan dan kelemahan mereka di sisi rakyat, lebih-lebih lagi di sisi agama dan Tuhan kita. Najib selalu berkata beliau mahukan peluang untuk berjasa dan menabur budi kepada rakyat.

Sekarang peluang beliau dan ahli-ahli kabinet untuk menyempurnakan niat untuk menabur jasa itu sudah sampai pada masanya. Beliau dan kabinet lantikan beliau perlu bersara secara 'en block'. Tentu rakyat akan ber'GUMBIRA' menerima khabar berita ini.

Pemimpin yang gagal mentadbir dan tidak pula mahu mengakui kelemahan mereka, adalah selemah-lemah pemimpin dan akan menjadi ingatan buat selama-lamanya bagi rakyat serta generasi yang akan datang.

6 comments:

Anonymous said...

umno bn sangat pandai mempertahankan kuasa mereka sama seperti kepandaian mereka menambahkan masaalah dalam negara.Itu sebabnya mereka yang bermasaalah ini jangan meletak jawatan dulu, biarlah jawatan terlucut sereumno bn sangat pandai mempertahankan kuasa mereka sama seperti kepandaian mereka menambahkan masaalah dalam negara.Itu sebabnya mereka yang bermasaalah ini jangan meletak jawatan dulu, biarlah jawatan terlucut serentak dengan kejatuhan mereka.Kata orang dulu-dulu.....biar terhantuk dulu baru tergadah....

Anonymous said...

Sdr Aspan
Para pemimpin UMNO semuanya memang pandai. Mereka pandai tutup mulut dari menceritakan kelemahan sendiri dan pandai membuat pembaziran, rasuah, fitnah, saling melindungi sesama mereka dan sebagainya lagi. Mana mungkin mereka boleh kantoi. Selagi mereka tidak ada jiwa membela rakyat selagi itulah mereka akan bergayut pada kuasa, rakyat dipersetankan.

Mr. Deen said...

Bkn senang nak masuk syurga Allah, hanya seorang drpd 999 manusia yg dpt masuk syurga Allah sejak kelahiran Adam dan Hawa. Itu fakta drpd Allah. Jd menjadilah hamba dan pemimpin spt yg Allah mahukan.

Anonymous said...

Agak sulit utk mereka yang berjawatan berpendapatan besar meninggal jawatan mereka semudah yang di pinta, apatah lagi yang berpangkat menteri.

Mereka yang takut kepada dosa sahaja yang akan meletakkan dirinya dalam kesedian untuk berundur demi amanah dan soaljawab diakhirat kelak.

Lihat dan perhatikan lagak dan gaya pembawakan cara hidup pemimpin2 berkuasa negara, adakah mereka ini berjiwa dan bersifat seperti kenyataan di atas? Jauh sama sekali dan malah kehendak mahakuasa kalau boleh dilawannya habis2an untuk memenuhi nafsu mereka.

Oleh hal demikian maka kita diibaratkan seperti buah durian dan mentimun, mesti kena, digolek atau tidak digolek dlm apa jua tindakan mereka mengurus negara ini.

nick said...

Will Najib and his UMNO (BN) cabinet step down voluntarily? Will Najib and UMNO (BN) concede that they are ruining this country and as such unsuitable as the government of this country and miraculously calling for a new election to be held? Never going to happen! Najib, TDM and his UMNO goons knows that their corruption is the cause of all the problem in this country but for the sake of power and of course escaping justice they will never, ever step down.

That is why it was imperative that we have a new government elected in the last election even though some of us thinks that the alternative to BN is imperfect and flawed for the job. Malaysia has reached a junction in the last GE where it needed a new direction and a new government in order to move forward and progress. But by staying with the old and tested but corrupted UMNO and BN, Malaysia could not but slip over the precipice of ruin and destruction but what is worse, we have to wait another 5 years before we could stop that fall and start climbing the precipice and effect any chance of recovery.

We may not feel the pain this early into the fall but rest assured we all will have painful lives and much suffering. What is most sad in this situation is that our most poor and underprivileged will bear the brunt of this catastrophe and it will effect millions of Malays the most since they make up the majority of the poor and the underprivileged.

Furthermore, it will take those families many years if not decades to be on the road of recovery and their children will be carrying the burden too, well into their adulthood. In short GE13 was the last chance those underprivileged and poor have of a change of destiny or fate or whatever and we Malaysian failed them. Many of us forgot that poverty and destitution does not favor race or religion and that's why many of us, thinking that we are trying to shore up power for our race voted for UMNO and BN and thus sealed our fate for the next 5 years.

Malaysia in fact doesn't need a perfect political party and a perfect coalition of party to form the government! Malaysia needs a NEW and fairly clean government that is still green with corruption and apathy. Malaysia needs a government that knows that it will be in the eyes of Malaysia and any major mistakes will have them kicked out the next GE.

Malaysia need a government that knows that it will not be "dulu, kini dan selamanya" in power if they are corrupt, useless, moronic and worse traitors! Malaysia in fact need anything BUT UMNO! Malaysia need anything but TDM and his sons. Malaysia needs a new government like it needed a new source of revenue. Therefore if Najib says that Malaysia need GST or bankrupt then our reply must be ABU or bankrupt!

Nick.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan dan pengunjung blok;

Buat sekian kalinya saya menyatakan, PM najib seorang PM yg tidak cerdik.

TURUN, TURUN, TURUN.

MCA dah nampak lama dah yg Malaysia tak ada duit lagi.
Wang dah tiada nilai lagi. Kakitangan kerajaan di beri imbuhaan agar pendapatan mereka dapat menampung kos sarahidup.
HAKIKATNYA, Malaysia sudah tak berwang lagi, nilai wang dah tak bolih menampung nilai dagangan.Masalah Malaysia sekarang bukan harga barang naik, masalah kita WANG MALAYIA TIADA NILAI LAGI"
Kepada UMNO, inilah akibatnya daripada kamu kerana memilih ketua mengikut keturunan dan berfikiran Malaysia ini hak makbapak kamu.
Imbar balik SAJAK mantan PM Pak Lah, semua yg berlaku pada umno hari ini adalah perkara yg "sebaliknya" apa yg dibaca olih Pak Lah.
Sedarlah najib, kamu dah tua......

Menanam ubi diatas batas,
Harta senegara habis dikebas.