Sementara tahun 2014 ini masih
baru kita perlu menyingkap kejadian-kejadian pada tahun lepas dan apa yang
berbezanya diantara 2014 dengan tahun sebelumnya. Jika dihimpun dan dibariskan
perkara dan isu yang perlu ditangani, ia tidak terkira dan dibariskan lagi. Isu
yang timbul terlalu banyak dan kita sudah berkeyakinan yang segala isu terhadap
kerajaan sekarang tidak akan selesai kerana dalam kemunculan tahun yang baru ini banyak lagi
isu-isu baru yang timbul.
Isu lama tidak selesai ditambah
pula dengan isu baru yang lain yang datang tanpa sekatan itu. Dihari pertama tahun
baru sahaja timbul isu Najib hilang dari tanahair sejak Christmas dan hanya
timbul kembali pada 5hb tahun baru ini. Rupa-rupanya beliau suami isteri
ke Sydney dan selepas itu ke AS untuk merayakan tahun baru di kedua-dua tempat
itu.
Mereka menyambut dua tahun baru
dan menyaksikan dua perayaan tahun baru di dua lokasi di dunia ini. Terlupa pula
saya yang dunia ini bulat. Malam ini perayaan tahun baru di Australia dan malam
besoknya adalah malam tahun baru di Barat AS kerana perbezaan waktu di antara
kedua-dua lokasi itu.
Kalau Mohd Sabu ada jet tentu beliau
boleh melihat juga matahari tahun baru naik di dua lokasi. Selepas Mat Sabu
melihat matahari tahun baru naik di Penang,
beliau boleh terbang dan melihat pula matahari tahun baru di AS. Tetapi Mat
Sabu hanya ada kemudahan naik Firefly sahaja dan tidak memungkinkan beliau
sempat melihat matahari tahun baru naik di dua lokasi di dunia ini.
Tidak ada satu pun janji-janji
pilihanraya UMNO dan BN telah ditunaikan sejak memenangi pilihanraya yang lalu,
malahan apa yang sebaliknya berlaku rakyat telah dihadapkan dengan masalah
kepimpinan dan kerajaan itu sendiri. Rakyat tidak menyebabkan masalah-masalah
itu. Kerajaan pimpinan hari ini yang bermasalah tetapi masih lagi duduk
tercegat di Putrajaya itu semata-mata kerana memenangi sedikit lebih kerusi
dalam PRU yang lalu.
BN bernasib baik kerana semasa
pilihanraya itu, rakyat masih lagi teragak-agak dan kurang keyakinan terhadap
Perdana Menteri pilihan semasa itu. Pembangkang telah memaparkan pimpinan yang
tidak ‘viable’ politiknya dan tidak diasaskan kepada perjuangan rakyat yang
sebenar. Dengan penonjolan pimpinan ‘alternative’ oleh pihak pembangkang yang
menjadi persoalan rakyat ramai maka UMNO dan BN telah mendapat keuntungan dalam
pilihanraya itu. Rakyat belum lagi berkeyakinan yang pimpinan ‘alternative’
anjuran pembangkang itu boleh memberikan kelainan kepada negara.
Hakikat tetap hakikat. Masalah
negara kita bukan sahaja memilih siapa yang kita suka untuk mentadbir kita.
Masalah negara ialah masalah kepimpinan yang mempunyai ‘magnanimity’. Memilih
ketua pembangkang bukan pemilihan orang yang mempunyai ‘magnanimity’. Dalam kita
hendak membetulkan negara yang sudah tidak dikenali lagi ini. Oleh kerana budaya
politik negara kita ini ‘winner takes all and loser looses all’ tidak akan
menjadikan negara kita ini aman seperti yang diimpikan rakyat.
Selagi kita tidak membuat
pencarian terhadap kepimpinan seperti ini rakyat boleh memberikan kuasa kepada
pembangkang, negara tetap tidak berubah budaya politiknya dan masalah akan
tetap wujud seperti yang kita alami sekarang. Contohnya yang menggantikan itu
tidak akan dapat menyelesaikan masalah perkauman kerana isu ‘multiracialism’
itu hanya retorik politik yang sudah terlalu biasa kita dengar dan tidak
sedikit pun dibuktikan oleh parti itu.
Rakyat jangan sekali-kali ditipu
dan dimuslihatkan dengan isu keperbilangan kaum itu kerana ia hanyalah isu
pilihanraya semata-mata yang tidak akan terbukti kebenarannya. Kita elakkan
memilih pelakon-pelakon handalan untuk memilih kepimpinan negara semata-mata
kerana kepimpinan sekarang begitu jahil dan tidak semenggah ini.
Dalam keadaan sekarang kedua-dua
belah pihak telah terbukti berbohong semata-mata untuk mengambil hati dihari
mengundi. Ramai percaya yang wujud sejumlah 40000 orang Bangladesh yang
telah dibawa masuk untuk mengundi oleh Ketua Pembangkang, tetapi akhirnya
beliau menafikan berkata demikian sedangkan kita telah mendengar sendiri
tuduhan itu dibuat secara terbuka..
Kita sudah letih dan jemu ditipu
dan dibohongi oleh pimpinan utama UMNO, takkan lah pula kita hendak memilh
orang yang sama-sama berbohong dan tidak mengakui pula pembohongan secara
terbuka pembangkang itu. ‘Once a liar he or she remains a liar, and forever’.
Kita mahukan kepimpinan yang
mempunyai kredibiti peribadi yang boleh memperbaiki keadaan kita yang tidak
mempunyai kepimpinan lagi ini. Kita mahukan pemimpin yang tidak mempunyai
kecenderungan untuk memberikan perhatian kepada kehendak kaum keluarga mereka
baik dari parti mana sekali pun.
Pemimpin yang mempunyai kecenderungan
untuk mengutamakan kepentingan peribadi dan kaum keluarganya, mereka tidak akan
membuat keputusan dengan baik dan sempurna. Keputusan pemimpin seperti ini
tidak akan tepat dan betul kerana setiap keputusan itu mesti diselitkan
kepentingan anak bini dan kaum keluarga mereka, atau setidak-tidaknya untuk
kroni-kroni belaan mereka.
Itu sebabnya buat masa sekarang
ini, dalam kita melakukan ‘soul searching’ ini elok pula kita memilih untuk
memberikan kepercayaan kepada pemimpin yang tidak ada anak untuk diturunkan
warisan kuasa samada dalam politik atau kerajaan.
Di antara pembangkang dan kerajaan
sekarang, 'seorang memanjat tiang dan satu lagi memanjat bendul'. Susah hendak dicari perbezaannya. Najib dan Anwar jika ada kesempatan, berbarislah dan bukalah mulut seluas yang mungkin, sebab hendak tengok lidah di dalamnya itu lidah jenis apa....
13 comments:
Pemimpin PR yang mendapat mandat dari rakyat itu belum dapat memberikan pembangunan bangsa malaysia kerana halangan-halangan oleh kerajaan parti umno, lagipun pemimpin PR hanya seorang adun/mp dan bukannya seorang menteri.Begitu juga yang berlaku kepada pemimpin umno bn yang mendapat mandat dari rakyat, belum tentu pemimpin tersebut mengunakan wang rakyat untuk pembangunan bangsa malaysia melainkan hanya untuk diri sendiri, keluarganya dan kroni walaupun bertanggungjawab sebagai menteri serta punyai akses kepada wang rakyat.Dalam hal ini, pemimpin yang punyai kuasa untuk mengubah keadaan harus disalahkan kerana kelebihan yang ada tidak digunakan dengan sebaik-baiknya tetapi sengaja memilih untuk mendapat keuntungan dengan membiarkan segala masaalah tanpa penyelesaian.
Hakikatnya rakyat Malaysia sangat senang dialpakan parti umno dengan berbagai-bagai masaalah, tanpa perlu mereka berusaha untuk menyelesaikannya. Apabila masaalah umno bn terlondeh, mereka akan timbulkan masaalah lain pula sambil menjadikan negara-negara lain, parti Pakatan Rakyat, agama selain agama islam, bangsa selain bangsa melayu dan mana-mana individu sebagai kambing hitam.Perkara ini bukan baru sekarang berlaku malah bermula sejak bermulanya dari umno baru.Masaalah ini sangat ekslusif kepada pihak umno sehingga sifat-sifat ekslusif telah berevolusi dalam politik,ekonomi,sosial,agama dan bangsa.Rakyat tidak mampu menekan pemimpin umno bn yang bermasaalah, tidak berkuasa untuk memastikan pemimpin umno bn melalui proses perundangan yang sama seperti kehendak undang-undang yang ada.Rakyat juga hanya mampu melihat betapa eklusifnya perkakas @ pembodek umno baru membuat provokasi.
Betul tuan AA,
Tidak ada dikalangan pimpinan tidak kira BN atu pembangkang yg jujur dalam memperjuangkan nasib rakyat.
Saya seorang tidak akan berbuat apa-apa, hanya tunggu politik negara merudum sahaja.
Pak Aspan.. baca kenyataan sebenar Anwar.. yang sebenar beliau mengatakan 40K terdiri dari Bangla, Myanmar, Indonesia & pengundi Sabah Sarawak.. Macai umno duk spin cerita ni tapi tak bole nak tunjuk video mana Anwar ada cakap macam tu..
Mamat
namakan pemimpin jujur dalam bn ? namakan pemimpin tidak jujur dalam pr ! yang mana banyak kelentong & seleweng ? ABU !
Memang susah nak nampak lidah pm, sedangkan dengar perkataan 'debat' pun dia dah kecut, apatahlagi kalau dia tahu orang yang hendak membuka mulut itu bernama DSAI.
Anon jan 11th 14:09,
Jika DSAI yg minta beliau (Najib) buka mulut, Najib berani membukanya, kerana DSAI pun kaki goreng juga. Nanti Najib minta pula Anwar buka mulut macam mana?
macam suci dalam debu aje.
Saudara desmon, tiada masaalahnya kalau najib suruh Dsai membuka mulut, mintalah Dsai sebut 'KETIRISAN'.Lepas tu Dsai suruh najib sebut 'KETIRISAN'....tapi lain yang kita dengar, dia sebut 'KERISTIAN'.Itulah yang berlaku sekarang, lain masaalah rakyat lain lagi masaalah yang timbul sebab caranya umno nak alih kesedaran rakyat.
Hanya pendapat 5 sen saya : Apa yang berlaku dalam negara kita akan berlaku juga dinegara dunia lain juga.Kita tengok dinegara eropah, sebagai contoh apa yang berlaku di negara Perancis dimana kerajaan majoriti bukan islam membuat suatu undang-undang yang melarang pemakaian tudung.Adakah mereka berhak menentukan bagaimana amalan agama orang islam ? Apakah kita juga berhak menentukan bagaimana amalan agama selain islam diamalkan dinegara ini.Memang ada perkara yang berlaku diluar kawalan kita seperti apa yang berlaku diluar sana, sekurang-kurangnya negara kita boleh dijadikan contoh negara-negara bukan islam mahupun negara islam sebagai sebuah 'negara islam yang baik' menghormati hak-hak minoriti.Apabila agama,bangsa dan undang-undang telah gagal memberi keadilan, seharusnya hak-hak kemanusiaan seorang manusia masih terpelihara.
Yfuvdeyctg7c uuHtifrtut4yrw2tihrhj73uhwuypbd
Satu lagi pendapat 5 sen saya : Tiada gunanya hidupkan balik undang-undang ISA yang ternyata kejam kepada hak asasi kemanusiaan.Undang-undang yang sedia ada pun belum tentu mampu menghukum kesalahan pemimpin yang sedang memegang tampuk kuasa, apakah ISA boleh memberi jaminan menghukum kesalahan pemimpin yang sedang berkuasa.Apakah Tun mahadir, perkakas umno dan pemimpin umno sudah tidak percaya kepada segala proses biasa perundangan mahkamah negara malaysia?.Perlukah kita membelakangkan proses biasa perundangan negara gara-gara undang-undang kejam ISA ini. ISA umpama perlaksanaan undang-undang tanpa perlu ada hakim dan peguambela, yang ada pun cuma mereka yang pegang kuasa.
Masalah negara ialah masalah kepimpinan yang mempunyai ‘magnanimity’. Sire, agreed to your statement above and I sometimes rasa lucu melihat lagak pemimpin kita yang "acting" kununnya berjuang untuk rakyat, agama dan negara dan sebagainya...but hakikatnya teruk rakyat diperdayakan.....bermacam2 lakonan ditunjukkan....ada yang sorang tu kununnya mencari damai abadi, mencari al-Ghazali, bukan nak mengumpul harta berjuta....last-last tuan-tuan tahulah sendiri.....sedih....
Post a Comment