Takahari Suegami, dari Kedutaan
Jepun telah memberikan sebab kenapa Anwar tidak dibenarkan masuk ke negara itu empat hari yang lepas. Penyebabnya bukannya kerajaan Malaysia atau UMNO. Penyebabnya
adalah Anwar sendiri. Setiausaha Kedua Kedutaaan Jepun itu telah menyatakan
Anwar tidak memohon visa untuk masuk ke negara Jepun. Di negara Jepun jika seseorang itu pernah di penjarakan perlu memohon visa dahulu sebelum memasuki negara itu.
Walaupun rakyat lain seperti
Azeez Rahim dan Shahidan Kasim atau Shahrizat Jalil boleh memasuki Jepun tanpa
visa tetapi kepada sesiapa yang telah di sabitkan kesalahan jenayah seperti Anwar
mesti memberitahu Kedutaan Jepun sebelum berangkat dan meminta visa kemasukan
beliau ke negara itu.
Itu sebabnya pihak Imigresen
Jepun telah memberitahu Anwar yang penyekatan kemasukan beliau ke Jepun itu
adalah di sebabkan pensabitan kesalahan beliau pada tahun 1999 dahulu.
Kemasukan Anwar beberapa kali sebelum ini dibenarkan oleh pihak Imigresen Jepun
kerana semasa itu ada pihak yang telah menyediakan visa untuk Anwar.
Sekira Anwar telah meminta dan memohon visa kemasukan ke Jepun dalam kes terakhir ini Kedutaan Jepun boleh membuat ‘special arrangement’ untuk Anwar masuki Jepun dan memenuhi jemputan Nippon Foundation itu.
Sekira Anwar telah meminta dan memohon visa kemasukan ke Jepun dalam kes terakhir ini Kedutaan Jepun boleh membuat ‘special arrangement’ untuk Anwar masuki Jepun dan memenuhi jemputan Nippon Foundation itu.
Anwar sepatutnya memohon visa itu
di Kedutaan Jepun dari menuduh pihak kerajaan memainkan peranan untuk sekatan
terhadap kemasukan beliau ke Jepun itu. Jangan memohon visa itu dari UMNO atau
kerajaan Malaysia.
Minta visa itu dari Kedutaan Jepun.
Anwar sekarang sepatutnya sedar
yang kegagalan beliau memasuki Jepun bukannya salah kerajaan kita. Ia adalah
kesalahan beliau sendiri. Anwar tidak boleh membuat ‘equation’ dirinya sama
dengan Azeez Rahim atau Shahrizat Jalil kerana mereka berdua ini belum sabit
dengan apa-apa kesalahan dimahkamah.
Walaupun ramai pemimpin UMNO,
termasuk Presidennya sendiri diketahui umum banyak melakukan kesalahan tetapi
mereka belum lagi disabitkan kesalahan mereka dalam mahkamah. Itu sebabnya
Rosmah dan ramai yang lain boleh masuk negara Jepun tanpa halangan kerana
mereka ini belum lagi didapati bersalah di mahkamah. Negara Jepun bergantung
sepenuhnya kepada sistem pentadbiran yang mantap.
Itu sebabnya negara itu boleh maju dan terus maju walaupun pernah bertukar Perdana Menteri setiap tahun, malahan ada ketikanya Perdana Menterinya bertukar dua kali dalam setahun. Perdana menteri boleh datang dan pergi, negara itu tetap berjalan kerajaannya tanpa gangguan seperti biasa kerana ber'sistem' yang mantap. Itu sebabnya negara itu kekal stabil dan aman politiknya. Di negara kita Perdana Menteri tidak mahu berhenti. Hendak berhenti dari jawatan itu 'ibarat memisahkan kulit dengan dagingya'.
Itu sebabnya negara itu boleh maju dan terus maju walaupun pernah bertukar Perdana Menteri setiap tahun, malahan ada ketikanya Perdana Menterinya bertukar dua kali dalam setahun. Perdana menteri boleh datang dan pergi, negara itu tetap berjalan kerajaannya tanpa gangguan seperti biasa kerana ber'sistem' yang mantap. Itu sebabnya negara itu kekal stabil dan aman politiknya. Di negara kita Perdana Menteri tidak mahu berhenti. Hendak berhenti dari jawatan itu 'ibarat memisahkan kulit dengan dagingya'.
Di sini sistem ada, tetapi tidak
terpakai kerana kerakusan pemimpin boleh mengenepikan sistem untuk kepentingan
mereka dengan menghormati pengasingan kuasa di negara ini. Kita juga ada sistem
pengasingan kuasa di antara Legislatif, Eksekutif dan Judiciari nya, tetapi
tidak terpakai kerana Eksekutif telah merampas semuanya dan menentukan
perjalanan Badan Kehakiman.
Pernah dahulu Eksekutif menubuhkan
Tribunal dalam tempoh sehari pada hari cuti umum pada tahun 1988 dahulu untuk
membuang Ketua Hakim Negara. Sistem itu ada, tetapi dicerobohi oleh politik.
Tribunal itu di tubuhkan pada hari Ahad dan juga Hari Buruh.
Mungkin Anwar terlupa yang negara
yang beliau lawati itu adalah negara yang ber'sistem'. Mungkin beliau menganggap
sistem di Jepun sama seperti sistem disini. Mungkin Anwar merasakan yang di
Jepun politik boleh menceroboh bidang undang-undang seperti yang beliau sokong
Dr Mahathir melakukannya pada tahun 1988 dahulu.
Sebagai Ketua Pemuda UMNO semasa
itu, Anwar menyokong kuat tindakan Dr Mahathir mencerobohi Badan Kehakiman
semasa itu. Hanya sejak dibuang oleh Dr Mahathir sahaja Anwar bercakap tentang
sistem dan perkara-perkara yang lain yang berhubung kait dengan sistem
berkerajaan ini.
Sekarang kita sudah tahu cerita
sebenarnya kenapa Anwar tidak dibenarkan masuk ke Jepun. Tetapi jika minggu
hadapan Anwar memohon visa untuk ke negara itu saya yakin beliau tidak akan dihalang
lagi oleh pihak Imigresen di sana.
Pencerahan Setiausaha Kedua Kedutaan
Jepun itu boleh diyakini, kerana di negara yang ber'sistem' itu apa yang diperkatakan
oleh pegawainya itu selalunya tidak berubah, Ia tidak seperti di negara kita
ini yang sentiasa berubah kenyataan pegawai dan pemimpinnya. Sebab ia berlaku
begini, ialah kerana kita tidak menghormati sistem sebaliknya kita utamakan
politik peribadi.
10 comments:
silap Dato'. DSAI x suka makan sushi sbb tu Kerajaan Jepun x bagi masuk....
malaysia negara bodoh
ketua AMK yang demo boikot barang jepun tersangat2lah bodoh...
boikot konon tapi pakai toyota wish...
masa banjir kat pahang kelantan dan terengganu bukan main kritik kerajaan pasal bantuan bannjir yg tak sistematik sebaliknya minta contohi jepun..
kemudian kerana Anwar saja suruh org boikot brg jepun kemudian ada pula sanggup mempariakan diri mereka buat kerja bodoh tolol bakar bendera dan pijak bendera jepun
Macai pakatan dah rupa macam umno dan perkasa..
malaysia negara bodoh...pakatan bodoh
A lesson to Anwar and ALL Malaysians. To err is human. Anwar can still visit Japan but please apply for a Visa.
Salam Pak Aspan,
kalau tak silap saya ,rakyat Malaysia yang ingin memasuki negara Jepun tidak memerlukan visa lagi.Ianya telah dimansuhkan semenjak tahun lepas.Mungkin yang ada rekod jenayah memerlukan visa khas untuk memasuki Jepun...
Akibat terlebih mkn kangkung, sampai lupa mohon VISA. Itu Kangkung betul2 ho liow..........
Perubahan dasar yang tidak disedari. Benda ni remeh saja, hanya kesilapan, tapi individu berkenaan gopoh sangat menuding jari ke sana sini lalu jadi sensasi.
Harap kita pun ambil iktibar:
1. Jangan gopoh menuding jari nanti memalukan diri.
2. Kita yang menghebah juga baik selidik dan tunggu sebentar sebelum hebahkan. Buat kesimpulan seperti melabel seseorang "undesirable" sebelum habis usul periksa pun tak baik juga untuk saham akhirat.
Surah Al-Hujurat ayat 6 menyuruh kita sentiasa mencari kebenaran berita - jadikan pegangan sentiasa.
Saya berharap yang menuduh kerajaan tu sanggup "own up to his mistake" dan keluarkan kenyataan minta maaf. Memang kerajaan banyak masalah tapi bila menuduh yang tak betul biarlah diakui. Kalau tidak, bagaimana mungkin orang akan percaya lagi dengan dia.
The response by former america ambassador to Malaysia, John Malott
http://dinmerican.wordpress.com/2014/01/20/anwar-protests-against-deportation-from-tokyo/
John Malott January 20, 2014 at 11:16 pm
America and other countries (and I am sure that Japan is one of them) have legal provisions to prohibit entry to convicted felons. But governments also can waive this provision and allow the person to enter.
This is all very strange, and it is a major embarrassment for the Japanese Government. (1) The Japanese had given entry to Anwar on three previous occasions — all of which took place after his 1999 conviction. (2) Anwar says his staff inquired of the Japanese Embassy in KL, which said “no problem.” (3) His invitation was from a well-known and politically-connected Tokyo think tank. (4) He is the Leader of the Opposition in Malaysia, a country with which Japan has friendly relations. (5) However, I don’t know whether Anwar, as Opposition Leader, carries a diplomatic passport or not.
Anyhow, put it all together, and the Japanese owe Anwar both an explanation and an apology.
How does “Country A” know that someone was convicted of a crime in “Country B?” That information usually is transmitted through police and legal channels, including INTERPOL. Anwar says the Japanese said they had “new information.” So perhaps inquiries should be made not just to Wisma Putra, but also to the Home Ministry and the RMP.
Pak Aslan Melayu DAP ni memang x happy dgn Anwar, ada perkara x kena & x pasti yg berkait dgn Anwar, pasti Anwar disalahkan, mcm kes sex, visa dsbgnya...bgmpun aku suka penulisan beliau...membaca pemikiran melayu d alam DAP...
Berkaitan Isu keselamatan negara dari kemasukan pendatang haram kedalam negara.Kita telah dikejutkan berita rompakan bank oleh pengawal keselamatan pemegang ic palsu, bagaimana pendatang haram mendapatkan dan mengunakan ic palsu ini boleh tembus dilapangan terbang, telah mendapat kerja sebagai pengawal keselamatan, membawa senjata api tanpa tauliah pihak berkuasa, adakah pendatang haram ini mengundi pada pru 13 ? kita sebut 2-3 masaalah berkaitan negara jepun dan Dsai tetapi sebenarnya lebih banyak lagi masaalah berkaitan timbul dipihak pimpinan umno bn.
Salam Pa Aspan.....!!!
Gerak hati sesama manusia susah utk kita baca dan lihat...tepok dada tanya selera.....!!! Sekilas ikan di-air , dapat kita lihat jantan betina nya.....!!!
Jika undang2 di-guna pakai utk kepentingan individu dan kelompok yang khusus ( contohnya mereka2 dari partai A dan B dan C SAHAJA , sedang kan partai2 dari kelompok D sampai Z akan terkena hukum undang2 maka negara itu akan kucar kacir dan tak akan ada penyatuan bangsa....!!! )
Apa yang telah di-jelaskan pada posting awal oleh pembaca yang lain ialah....DSAI telah check dahulu dan pernah masok ke Jepun juga selepas beliau menjadi convicted person...kenapa pula sekarang tak boleh...???
Tetapi mereka punya HAk dan kita pun punya HAK.....dan kita harus saling hormat akan HAK masing2 , no argue about it.
I like to read your article for news and views and some I have to agree and appreciated but some I will not like nor comprehend whats in the mind and heart of YOU pa Aspan...but still I have to respect your views as another person view. I love to agree and disagree with others on their views......!!!
DSAI , is just another person in our life.....too good to be discarded far far away for the betterment of Malaysia and its future or we have to wait for another future generation leaders be born and lead the Malaysian as ONE progressive country. But please leave all those generation that were born under UMNO flag they are all hopeless to the core....!!!
Habis tanah MELAYU di-jual di-JB,Nusa Jaya , tanah melebehi keluasan Singapura....!!!!????
Post a Comment