Daim sudah terlalu jauh
mengkritik Najib dan cuba
menunjukkan bukti-bukti mengikut interpretasi beliau sendiri diatas segala kegagalan
Najib sebagai Perdana Menteri. Sebenarnya baik Daim mahu pun Dr Mahathir, mereka
tidak boleh dari segi moralnya mengkritik Najib sedemikian rupa. Yang boleh
mengkritik Najib itu adalah orang lain…orang-orang seperti saya dan ramai yang
lain kerana kami yang mengkritik ini tidak pernah bertanggungjawab menaikkan
Najib sehingga menjadi Perdana Menteri.
Seperti Dr Mahathir, Daim juga merupakan
pemimpin yang bersama Dr Mahathir menaikkan semua pemimpin yang mewarisi
kepimpinan Dr Mahathir yang mereka
(Daim, Mahathir) menjadi Perana Menteri itu. Abdullah Badawi dan Najib
merupakan pemimpin yang sudah diatur-atur oleh Dr Mahathir untuk menjadi
Perdana Menteri semasa mereka ini semuanya sebalok dengan Mahathir dan Daim ini.
Tanpa kemahuan Dr Mahathir dan
sokongan Daim semasa itu Abdullah dan Najib tidak mungkin dengan mudah menjadi
Perdana Menteri. Sesungguhnya Daim dengan Dr Mahathir itu adalah sama. Mahathir
yang 'terkentut-kentut', Daim pula yang 'ke tandas'. Daim itu sendiri tidak akan
kemana-mana jika beliau tidak di bawa oleh Dr Mahathir untuk menggantikan
Tengku Razaleigh sebagai Menteri Kewangan selepas perhimpunan agung UMNO pada
tahun 1984 dahulu.
Kami masih ingat Daim telah
menjadi kaya raya selepas hanya beberapa bulan sahaja menjadi Menteri Kewangan.
Sebelum itu seperti ramai yang lain menghadapi terlalu banyak masalah
perniagaannya. Pendeknya kekayaan beliau sekarang bermula setelah beliau
menjadi Menteri Kewangan dan Bendahari Agung UMNO pada tahun 1984 dahulu. Ramai
yang tidak tergulung kedalam kumpulan ‘Melayu mudah lupa’ yang di sebut oleh Dr
Mahathir suatu ketika dahulu.
Untuk mengingatkan Dr Mahathir
dan Daim ini, masih ramai orang melayu atau ahli-ahli UMNO (asal) dahulu tidak
lupa-lupa kepada apa-apa yang Daim lakukan untuk dirinya terutamanya selepas
sahaja beliau diangkat menjadi Menteri kewangan dahulu. Kita boleh singkap
segala kerja yang tidak senonoh yang bertentangan dengan etika kepimpinan
sebuah negara demokrsi berparlimen negara kita.
Perlantikan beliau ke dalam
kabinet pada Jun 1984 dahulu adalah untuk memudahkan segala niat dan kemahuan
peribadi pucuk pimpinan semasa itu mudah diperlakukan. Selagi ada pemimpin seperti
Tengku Razaleigh dalam kabinet beliau (Mahathir) selagi itulah beliau susah
untuk melakukan sesuka hati beliau dalam kabinet itu.
Maka menggantikan TR dengan Daim
itu merupakan tindakan yang menambah ‘expediency’ untuk beliau melakukan apa
yang beliau mahukan dan melanggar etika kepimpinan sebuah kerajaan demokrasi
itu. Malahan perlantikan beliau sebagai Menteri Kewangan melalui jalan Dewan
Negara (senator ship) itu sendiri sudah melanggar etika jika dipandang dari
sudut amalan sebuah negara berdemokrasi yang maju. Dalam banyak negara maju
perlantikan Menteri Kewangan itu selalunya adalah dari ‘elected
representative’.
Contohnya (the exchequer) atau
Menteri yang bertanggungjawab tentang kewangan di Britain selalunya dilantik dari
kalangan ‘elected representatives’ dan tidak dilantik mengikut kemahuan Perdana
Menteri sahaja. Hanya di negara-negara dunia ketiga sahaja mungkin terdapat
seorang Menteri Kewangan itu masuk kabinet melalui ‘pintu belakang’. Tetapi
Daim yang belum pernah dipilih oleh rakyat semasa itu dilantik oleh Perdana Menteri
Mahathir diatas kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Negara yang di lantik.
Daim telah menyelesaikan masalah
beliau sebaik sahaja menjadi Menteri Kewangan dan dalam jangka masa yang pendek
sahaja Daim terkenal sebagai 'the economic czar' oleh mereka yang menjadi kroni
kepada beliau sedangkan beliau menjadi seorang yang begitu tinggi
kehartawanannya hanya sesudah menjadi Menteri Kewangan. Beliau sendiri tahu hal
ini.
Hanya beliau menggunakan
‘ignorance’ pihak ramai itu sahaja yang membuatkan beliau sebagai seorang yang
kononnya sangat ber ‘consequence’ dalam politik dan kerajaan negara ini. Hanya
semasa itu mereka yang sedang mengelilingi Daim itu masih ‘kencing bercabang’
dan kurang arif untuk membuat penelitian terhadap pemimpin yang dianggap ‘czar’
oleh setengah pihak ini.
Hanya sekarang kumpulan Daim dan
Mahathir ini sedang mencari pilihan yang baru untuk memerintah negara dan jika
boleh yang terpilih nanti biarlah dikalangan mereka yang kumpulan ini boleh
genggam dan mempengaruhi kepimpinan baru itu nanti. Ini lah yang Dr Mahathir
dan Daim belum mendapatnya….iaitu seorang Perdana Menteri yang boleh mengikut
kata-kata dan kehendak mereka sekarang ini.
Semasa Anwar berkuasa, dan masih
bersama Dr Mahathir, Daim sering ke rumah Anwar dan pernah menulis betapa
hebatnya Anwar dan Anwar sahajalah yang boleh menjadi pemimpin negara walaupun
pada kami yang memahami keadaan sebenarnya kami tahu yang Anwar itu dipilih
atau dilantik oleh Dr Mahathir untuk kepentingan mereka sendiri.
Sekarang Anwar sudah menunjukkan
siapa beliau sebenarnya maka Anwar menjadi sasaran mereka dan mengalih pula
sokongan untuk Najib dengan membuang Pak Lah yang terbukti seorang yang ‘degil’
dan tidak mahu mempedulikan kehendak kumpulan ini. Sekarang Najib pula seorang
yang ‘degil’ dan tibalah masa dan giliran Najib pula untuk menerima padah dari
bersandar kepada kumpulan ini untuk menaiki takhta kepimpinan negara.
Justeru sekarang ini apa yang
sedang berlaku dan kekalutan politik sekarang ini semata-mata kerana
kepentingan mereka yang besar-besar ini sahaja. Mereka adalah dari acuan yang
sama seperti yang disebut oleh blog ini acapkali. Mahathir, Daim, Anwar, Najib
dan Muhyiddin serta pucuk pimpinan beberapa orang pemimpin dalam kerajaan yang
tinggi itu sama sahaja.
Hanya kita yang dibawah-bawah ini
cuba hendak bermain politik dan sanggup bergaduh sesama sendiri dengan ‘name
calling’ yang buruk seperti mem'babi'kan sesama sendiri dan banyak lagi
istilah-istilah yang terhambur dari mulut penggiat-penggiat yang baru hendak
masuk politik sekarang ini.
Akhirnya mereka sesama mereka
juga yang untung, baik dari pihak Anwar misalnya mahu pun dari pihak yang
bertentangan. Pergaduhan diantara mereka tidak kena mengena dengan perjuangan
untuk rakyat. Kata-kata memperjuangkan untuk rakyat itu hanyalah lagu yang
dinyanyikan oleh 'lidah yang tidak bertulang' mereka sahaja.
Masing-masing pemimpin besar-besar
sekarang yang sedang sibuk itu, hanya menggunakan rakyat sebagai kubu
pertahanan masing-masing, kerana rakyat rela diperlakukan begitu.
Buat sekarang ini rakyat Kajang
sedang dibawa kekancah perebutan harta rampasan yang ada di Putrajaya itu.
Tidak kurang dan tidak lebih dari itu. Dalam perebutan itu adalah dikalangan
pengikut masing-masing mendapat habuan atau berharap untuk habuan, jika kumpulan
masing-masing berjaya mendapatkan harta rampasan itu.
11 comments:
Tengku Razaligh merupakan pemimpin UMNO yang bijak dalam pengurusan kewangan.Tapi dalam Politik Tengku tidal lah pandai.
Sewaktu di melawan dengan Musa Hitam,Dia digambarkan saorang pemimpin yang menyokong dan di sokong orang cina dan Musa Hitam ialah pemimpin Nasionalis Melayu.
Musa Hitam dan gengnya dalam BTN yang bertanggong jawap menlenyapkan carrier politik Tengku Razaligh.
Yang saya tidak faham,kenapa dalam peterongan UMNO tahun 1987,Kenapa Tengku sanggup bersetungkul dengan Musa Hitam untok menjatohkan Dr Mahathir.
Ini kesilapan yang besar.Jika ia hanya bertanding jawatan Timbalan President melawan Ghafar baba,sudah tentu ia menang.
Bagi saya semua pemimpin UMNO dari zaman Tengku sahingga lah Najib,semuanya sama.UMNO di gunakan untok mengkayakan diri dan Keluarga,
Lihat sahaja pemimpin UMNO yang garang saperti syed Alba,Syed Nasir,Datuk Harun,senu Rahman,Abdullah ahmad.semuannay sama.Mereka ini warlord.
Ketua ketua UMNO dan anlinya menjadi orang surohan.
Pak Aspan main pukul rata....Anwar dan lain2 pemimpin2 besar umno "sama saja" pada hemat Pak Aspan. Saya dah berkali2 minta kalaupun bukan fakta2 tapi asas2 pun buleh le, yang Anwar kayaraya, isterinya kayaraya, adikberadiknya & isterinya kayaraya, anak2nya kayaraya, saudarmaranya kayaraya dan juga namakan kroni2 beliau yg kayaraya tapi kenapa tak sabit Anwar salahguna kuasa kayakan kroni2 beliau.Saya masih menanti2 fakta2 & asas2...untuk saya menolak Anwar sebagai pemimpin. Thanks .
Ayat tuan 'Sesungguhnya Daim dengan Dr Mahathir itu adalah sama. Mahathir yang 'terkentut-kentut', Daim pula yang 'ke tandas'.' lucu tapi penuh makna. Yg Pasti Tengku Razaleigh dan Anwar merupakan sosok yg amat dibenci oleh mereka berdua kerana, mereka yg kemudian itu tidak seiring kemahuan dgn 2Tun itu malahan menentang pula. Berbanding dgn Abdullah dan Najib, 2Tun ini mengharap kewujudan kesepakatan spt MOU shj. Abdullah dan Najib bukan menentang pun, cuma menghalang atau buntu untuk memenuhi kemahuan 2Tun itu. Jadi pd saya Anwar adalah segagasan dgn Tengku Razaleigh tetapi dalam wadah yg berbeza. Walau apapun Najib dan pemimpin2 UMNO yg ada sekarang ini tidak mempunyai moral yg tinggi, hanya dikaburi dgn undang2 Musang Berjanggut.
Suffian, what make you think that Anwar should inherit leadership of this country?
Anwar has made his family wealthy? That's the only reason? Ok tuan. there are others who do not make their family members rich, but still that did not make them a Prime Minister. bro.
To those who know Anwar he is just not fit to be the PM. Anyway that is your own funeral but don't preach to us that Anwar is the automatic choice for the position.
Many others have other opinions on who should be one.
Just forget about him. He knows why he can't be one. Many know what he did last summer that just
make him fit to the leadership compliance.
We don't want to reason it out in the open.
Thanks
Suffian, correction to the last sentence which should sound, 'Many know what he did last summer and that just make him unfit to the leadership compliance'.
Anwar should retire lah!!! jemu nengok demo ni.
Tuan AA, kalau tidak bersetuju, boleh buat bising. Tapi kalau dah melebih sangat bosan lah kitanya.
Sesiapa yg boleh nasihat Anwar ni, beritahu dia, udahlah, cukup-cukuplah buat bising. Teman pun dah naik menyampah, tak de kerje lain ke Anwar ni....?
kata lah nak kata ape pun pada anuar, biarkan rakyat tentukan nasibnya. kalau ada yg merasakan ds anuar tak relevan pun tak mengapa, masing2 punya pendapat. Tapi saya melihat auranya sebagai pemimpin masih kuat dan menyakinkan ramai sbb negara ini belum ada pemimpin alternatif yg blh diketengahkan baik dr segi idealistik dan karisma atau dgn kata lain x factor. Hanya sosok ini setakat ini yg berjaya menyatukan pembangkang utk bersatu menentang umno/bn
Saudara Suffian, I hv a great respect to u bro. Kerap saya tunggu fakta dari tuan AA ttg kebobrokan DSAI. Namun masih ttp menunggu.
Malaysia masih mencari dan tercari cari saorang pemimpin untuk mengepalai negara. Dengan kerja kuat dan semangat kental satu hari nanti rakyat akan menjumpai pemimpin ini.
Saya sekarang atas pagar 50/50 saja. Tunggu dan lihat, belah mana di nak 'lompat', BN ataupun masih mahu bersama PR.
Kalau di pilih bersama Najib, bermakna sokongan saya kepada BN akan jadi 0%.
Kalau masih pilih bersama PR, dia mesti tolak DAP yang racist terlebih dahulu. Itupun saya akan hanya sokong 60% saja. Biar BN pulak jadi pembangkang yang kuat.
Post a Comment