03 February 2014

Menang di Kajang pun tidak membawa DSAI ke mana-mana?

PKR dan Anwar menganggapkan apabila memenangi PRK Kajang yang bakal berlangsung itu, ia akan memperkuatkan kedudukan beliau dalam perjalanan yang berliku ke Putrajaya, cita-cita yang tidak pernah padam dalam jiwa beliau sejak dahulu lagi. Perjalanan beliau ke Putrajaya yang sudah hampir ke garis penamat, tetapi telah tersekat oleh kerana disekat oleh Dr Mahathir pada tahun 1998 dahulu. Beliau dipecat dari parti dan jawatan beliau pada 2hb September 1998 oleh bos beliau sendiri.

Sekarang Anwar terpaksa kembali ke garisan permulaan semula dan tidak siapa tahu samada beliau akan berjaya atau akan gagal ke Pejabat Perdana Menteri, pejabat idaman beliau itu. Beliau tahu jika beliau duduk dalam Pejabat itu beliau akan mempunyai kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia, jawatan yang boleh memenjarakan atau melepaskan sesiapa dari penjara kepada sesiapa yang beliau suka. Jawatan PM Malaysia itu lebih hebat dari kuasa yang ada kepada Presiden Negara Amerika Syarikat.

Apabila sudah berada disana beliau boleh membalas kembali tindakan oleh sesiapa yang beliau anggap telah membantut usaha beliau untuk ke mercu kuasa suatu ketika dahulu. Beliau telah melakukan banyak perkara dan kaedah untuk menuju ke puncak idaman beliau itu dan yang terakhir ini ialah untuk duduk dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, dan jika di perkenankan Tuanku Sultan beliau mahu menjadi Menteri Besar Negeri terkaya ini.

Tindakan beliau untuk mendapatkan kemahuan beliau itu tidaklah tindakan yang salah. Hidup hanya sekali, dan menjadi Perdana Menteri itu juga adalah sekali, melainkan ada beberapa tokoh didunia yang menjadi PM lebih dari sekali. Dari segi demokrasinya sememangnya tidak ada langsung kesalahan beliau bertindak meminta seorang ADUN Kajang itu turun untuk memberikan laluan untuk beliau menawarkan diri untuk mewakili kawasan itu. Undang-undang pun tidak mencegah beliau mengambil tindakan itu.

Tetapi dalam politik selalunya orang tidak hanya bersandar kepada undang-undang sahaja. Dalam demokrasi ada elemen moralnya juga dan ia perlu diambil kira kerana yang hendak ditadbir oleh demokrasi itu adalah manusia, kejadian Tuhan yang tidak statik. Manusia bukan sebagai makhluk yang lain seperti batu yang besar yang susah untuk dianjak dan dialih.

Manusia tidak seperti haiwan yang boleh dikurung dan disembelih dan dijadikan masakan dan hidangan yang enak-enak dan juga tidak boleh dianggap sebagai angin dan membiarkan sahaja ia berlalu tanpa diambil perhatian. Hanya jika dipandang dari sudut moralnya tindakan Anwar itu boleh dipersoalkan kerana kawasan itu baru juga menghadapi pilihanraya umum seperti juga kawasan-kawasan lain pada mei tahun lepas.

Ia terjadi semata-mata kerana kemahuan Anwar yang di galakkan oleh beberapa orang pemimpin di dalam PKR yang agak bercita-cita tinggi sambil mengaku yang beliaulah yang bertanggungjawab yang menyebabkan Anwar bertindak demikian. Dalam usaha melaksanakan apa yang dikatakan strategi jalanan ke Putrajaya Anwar itu ia telah mengusik dan meluluhkan perasaan beberapa orang pemimpin yang lain dalam parti itu. Ia juga telah mengusik dan memilukan pimpinan sebuah parti yang lain dalam Pakatan itu.

Segala yang baik sudah dianggap buruk. Dimana-mana pujian kepada TS Khalid sebagai seorang Menteri Besar yang mempunyai ‘consequence’ yang besar dalam memberikan pentadbiran yang bersih dan berjaya, telah dianggap sebagai buruk sebaik sahaja Anwar mengumumkan bertanding di Kajang dan mempunyai kecenderungan untuk menurunkan Khalid dan jawatan MB itu diambil alih oleh Ketua Pembangkang itu. Ada sahaja kesalahan Khalid sekarang ini.

Sekarang ini berbagai-bagai alasan sedang dikilang oleh mereka dalam PKR itu sendiri untuk memberikan keyakinan ramai yang Khalid sudah tidak berguna lagi dan cara penyelesaiannya ialah dengan Anwar sendiri mengambil alih jawatan itu untuk mendiamkan mana-mana pihak yang mengidamkan jawatan MB itu termasuk Azmin sendiri.

Bagi Azmin agaknya ini tentulah jalan terbaik baginya kerana beliau tidak mahu Khalid berada di kerusi MB itu berterusan. Beliau boleh menerima Anwar duduk ditempat itu dari melihat Khalid yang beliau tidak sebulu sejak dari dulu lagi terus menduduki jawatan MB itu. Bak kata orang tua-tua dahulu tindakan Azmin bersetuju Anwar menjadi MB itu, adalah seperti ‘mati bawa najad’. ‘Asalkan sahaja Khalid tidak lagi berada di sana biar Anwar yang ambil alih. Aku tak dapat kau pun kena berhenti’.

Anwar mengambil kesempatan ini secara ‘expedient’ dan ia menepati strategi beliau hendak melangkah ke Putrajaya nanti. Itu matlamat beliau dan itu ‘ultimate’ bagi beliau. Samada cita-cita beliau itu berjaya di perolehi, itu terpulanglah kepada Maha Penentu, kerana seseorang itu boleh merancang, Maha Penentu juga yang akan meletakkan siapa di tempat idaman banyak pemimpin itu.

Banyak faktor penting perlu diingati oleh Anwar dan PKR dalam perjalanan ke Putrajaya itu. Kita adalah manusia dan mempunyai roh masing-masing yang merupakan bahagian yang akan menghadapi bahagia atau celaka itu. Kita di pengaruhi oleh dosa dan pahala dan kita yang sebenar-benarnya kita itu ditadbir oleh semua elemen yang ini. Semua orang percaya kepada isu ini, melainkan mereka yang tidak mahu percaya apa yang disebut oleh agama masing-masing.

Dalam bahasa Inggeris ada perbilangan, ‘what goes around comes around’ dalam agama mana-mana sekali pun ada kepercayaan kepada elemen ‘cause and effect’. Apa yang berlaku baik buruknya terbabit banyak isu kita sendiri. Jika kita berjenis baik, maka ‘effect’ nya akan menjadi baik. Begitu juga sebaliknya.

Saya menyebut isu ini supaya kita dapat menerima hasil tindakan kita itu, sebagai kehendak Ilahi. Jika berjaya kita syukurinya dan jika gagal kita anggap sebagai proses pembersihan terhadap diri kita sendiri dan itu adalah yang paing baik sekali bagi seseorang manusia itu.

Jika kita dapat menerima hakikat ini maka kita akan bersyukur diatas kejayaan kita dan jika gagal kita juga akan bersyukur kerana pembersihan keatas diri kita sebagai ‘ultimate’ kepada perjuangan manusia yang akhirnya akan mengadap yang Maha Esa di arash nanti.

Dalam kita mentarbiah secara zahiriah keadaan disekeliling kita itu, kita juga berhak untuk memberikan ulasan terhadap sesuatu tindakan manusia itu termasuk tindakan Anwar dan penyokong-penyokongnya itu. Ada yang mengatakan ini akan mendapat kejayaan baginya dan ada yang berkata yang ia akan terhempas sebelum terbang lagi. Masing-masing mempunyai keupayaan berfikir dan ia mempunyai had keupayaannya. Ada telahan masing-masing yang benar dan ada yang salah diakhirnya nanti.

Bagi diri saya secara hakikatnya saya percaya yang Anwar mempunyai banyak isu lagi yang perlu beliau perbetulkan dan setakat yang beliau lakukan sekarang ini, dalam pemikiran saya, tindakan Anwar ini tidak akan membawa beliau kemana-mana. Ini pandangan saya dan saya tidak marah kepada sesiapa yang mempunyai pandangan yang berlainan dari kepercayaan saya ini.

Kita tidak perlu berbalah jika masing-masing menghormati pandangan orang lain. Tidak salah jika orang lain merasakan yang Anwar akan menjadi PM misalnya, tetapi saya mempunyai pandangan yang berbeza pula. Itulah keadaan kita sesama manusia yang dijadikan oleh Tuhan sebagai secantik-cantik kejadian ini.

45 comments:

Anonymous said...

Pak pandir terjun dengan labunya..................

johan5150 said...

he is predator and a force of nature.when he moves,the malaysian politics rumbles.tsunami.how do you stop that?

sabah mp will jump..go figure swak and the rest!

Anonymous said...

pi mai pi mai tang tu juga...everything is out of control and you bet Anwar will not go anywhere with Khalid Ibrahim around...

Admin PahangKu said...

http://pahang-ku.blogspot.com/

Lentuk said...


Anwar kena suluh dirinya sendiri. Dia sendiri tahu apa dia buat dan tak semua tuduhan terhadapnya itu fitnah.

We know what he did last summer...

mat leha said...

AA


Kalau dah kena patuk ular dua kali dari satu lubang, apa itu fitnah?

force 132 said...


Anwar's deceiving popularity will make him win some battles, but PKR in particular will loose the big war bro.

Biarkan saja Anwar tu....after ll he has nothing to do ever since he lost his job while in Umno.

To Johan 5150...that is also the predator and force of nature against him.

Can we respect each others opinion?

Anonymous said...

Melayu sememangnya banyak cakap.

Melayu sememangnya banyak cakap, hasil takdak.

Melayu memang suka buang masa.....dgn takdak hasil.

Melayu asyik berpolitik sepanjang masa.

wmwi

ulitmayang said...

tidak ada sesiapa dari kalangan orang2 mukmin & mukminin yang ragu2 , bahawa salah satu hijrah Nabi saw dari mekah ke madinah , salah satu daripada natijahnya ialah kerana kuasa , disamping yang lain2 nya

dengan faktor kuasa , iaitu islam memerintah , islam jadi ketua , maka semua urusan boleh berjalan dengan lancar


madinah , tanah subur untuk islam ,
Allah telah mentakdirkan begitu

diperintahnya Allah supaya berhijrah , di masa kemuncaknya tentangan kaum kapir quraish

guna bagi tujuan dakwah dan mengembangkan agama , perintah hijrah turun

kalau lah kerana kuasa semata2 , pemimpin2 quraish dah tawarkan jadi ketua kepada Nabi saw , tapi dengan syarat tinggalkan islam

tapi , mekah tidak berapa sesuai ketika itu ,,,,,

seakan2 sama, DSAI punyai pilihan untuk memegang tampuk pemerintahan ,. dengan jawatan PM tahun 98 lagi ,

dengan hanya satu satu syarat " kau jaga harta2 aku , kekayaan aku , anak2 aku & kroni2 aku "

siapa yang menetapkan syarat2 itu ?

DSAI tidak bersetuju dengan semua syarat2 itu , maka ia dikenakan tindakan pecat , fitnah sampai kini lah

siapa yang melakukan semua ini

kenapa lah DSAI menyusahkan diri , bersusah payah , walhal tawaran 98 dibentangkan dengan begitu luas di depan nya ??

begitu lah bodoh nya manusia bernama DSAI ni

Anonymous said...

Kita wajib berusaha secara halal utk mencapai matlamat.jika gagal,byk kemungkinan bkn hanya takdir..mgkn ada kekurangan yg menyebabkn kegagalan.perbaik semula tindakan dan teruskan mencapai matlamat.tiada skema utk menyalahkan takdir.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan.

Saya hargai pandangan Pak Aspan tetapi yang menjadi persoalan saya ialah mengapa Pak Aspan begitu anti dengan DSAI.Adakah ada masalah peribadi diantara Pak Aspan dengan DSAI.Diharap pihak Pak Aspan dapat memberi pencerahan yang selanjutnya...

Anonymous said...


Benar Pak AA, hukum akal kata Anwar tidak akan kemana. Hukum Tuhan kita tak tahulah.Masalah beliau terlalu berlambak. Terlalu banyak untuk dikambus tu.

kampong lad said...

sekiranya majoriti pengundi kajang memberi kemenangan kpd dia, ini bererti mereka masih benci ah jib gor, umno & bn & bukan semestinya mereka suka dia. will najib care?

Anonymous said...

Kepada Ulitmayang

Hahahahahahahahahaahhahahahahahahahaha.........

maae said...

Hakikat nya Anuar Ibrahim tidak kemana pun. Jika kita kaji dari awal ketokohan nya, tidak lain sebagai mengisi keperluan diri dan keluarga semata-mata.

Seorang pejuang dan tokoh masyarakat mesti menghambakan diri dan berjuang di jalan Allah SWT dan mencontohi Rasul. Dari ciri-ciri benar maka di lihat perjuangan peribadi ada lah juga perjuangan seiring ulul amri. Ada kah Anuar tergolong dalam kumpulan ini? Jawaban saya, tidak sesekali !

Memang benar Anuar tidak kemana-mana pun. Masa terpenting dalam sejarah hidup nya telah terabai begitu sahaja akibat nafsu serakah yang bersultan di mata dan beraja di hati. Begini kah sikap seorang hamba yang bertauhid ?

Maka Allah SWT mengingatkan, jika seseorang itu membawa bencana kepada masyarakat nya, maka dia bukan ahli nya, jadi berdosa lah kita memilih nya sebagai imam atau ulul amir atau khalifah yang sentiasa gagal memegang amanah.

Anonymous said...

Bila Anwar jadi ADUN Kajang sememangnya dia tidak akan kemana-mana cuma orang yang gila nak satukan PAS dengan UMNO Baru akan jadi bertambah gila kerana perjuangan mereka juga tidak akan kemana-mana.

Anonymous said...

Oh my goodness! Impressive article dude! Thanks, However I
am going through problems with your RSS. I don't know why I am
unable to join it. Is there anyone else getting similar RSS
problems? Anybody who knows the answer will you kindly
respond? Thanks!!

Here is my page biker leather gear

Anonymous said...

Saya bukanlah peminat Anwar dan saya juga tidak membencinya. Sejak beliau dilucutkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada sekitar 1998, banyak cerita-cerita dan peristiwa-peristiwa yang negatif dibebankan kepadanya seolah-olah dia seorang yang amat jahat dan amat merbahaya kepada negara.
Saban hari media-media massa kerajaan dan individu-individu yang membencinya sentiasa mengeluarkan isu-isu dan berita-berita berbentuk provokasi dan manipulasi supaya masyarakat memandang serong terhadapnya dan tuduhan-tuduhan ini sedikit sebanyak telah berjaya meracuni pemikiran rakyat.
Tahniah diucapkan kepada UMNO dan konco-konconya kerana berjaya dengan perang saraf/sikologinya terhadap Anwar bagi menutup kesalahan besar mereka selama memegang pemerintahan negara sekiranya Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri.
Masalahnya di sini ialah kita rakyat Malaysia suka menghukum orang2 atau pihak2 yang melakukan kesalahan kecil dan MEMBIARKAN orang2 atau pihak2 yang melakukan kesalahan besar terus berkuasa oleh kerana mereka itu UMNO/BN(parti nenek moyang kita).

Anonymous said...

kemenangan Anwar bergantung kepada siapa calon BN.....

Anonymous said...

Kepada para pembahas : Jika kita membuat sesuatu ANDAIAN dalam sesuatu isu atau perkara, janganlah kita guna nama Allah, hadis ataupun al-quran kerana ia boleh mencamarkan nama baik dan kesucian islam.

nazi kelawar said...

Kemungkinan besar tuan Aspan bukan kem Anwar Ibrahim semasa sama sama dalam Umno dulu.Kem Anwar ialah mereka yang condong dan berprinsip Islam dan mahukan Islam diterjemahkan dalam kehidupan.Saya pernah diberitahu oleh seorang wakil rakyat semasa Anwar menjadi timbalan perdana menteri.Wakil rakyat tersebut menyatakan kepada saya bahawa Anwar nak mengABIMkan Umno.Katanyanya lagi kalau pergi ke mana mana dan memberi ucapan, jika tidak diselitkan ayat Quran dalam ucapan tersebut.Besoknya akan terima telefon dari Anwar dan akan dtanyai kenapa tidak ada petikan ayat Quran.Begitu teliti dan prihatinnya Anwar dalam mengutamakan Islam semasa Umno dan memegang kuasa.Semasa menjadi menteri pendidikan dulu tidak ada seorang guru perempuan Islam tak bertudung malah semua pelajar perempuan memakai tudung tanpa ada arahan dan perintah.Tapi sekarang, siap bagi tahu lagi tidak ada akta atau undang undang mesti pakai tudung.Sebab itu kuasa penting dan perlu dibagi kepada mereka yang berwibawa dan berkarisma.

Aspan Alias said...


nazi kelawar,

Saudara sangat hampir kepada sebab yang menyebabkan kenapa saya tidak menghampiri Anwar semasa dalam UMNO dahulu.

Saya bergiat sepuluh tahun dalam UMNO sebelum belia umenyertai parti itu.

Benar saya tidak setuju dengan tempelan Islam yang beliau bawa, malahan saya tidak setuju dengan cara beliau menempelkan Islam secara luaran semasa pelajar lagi.

Islam dijadikan bahan menampilan imej beliau sahaj sedangkan apa yang sebenarnya yang berada terselit dalam perjuangan beliau itu adalah perkara dan hal yang lain.

Saya faham yang Islam itu bukan untuk tem[pelan semata-mata. Itu sebab saya tidak mengikut ramai yang lain menghampiri beliau walau pun saya seangkatan dengannya, lebih kurang semasa belajar dahulu.

Akhirnya anggapan saya itu benar dan ramai yang mengikut beliau pun kembali sedar dan meninggalkan beliau.

tetapi kita tidak menentang siapa yang mengikut beliau. lama kelamaan mereka akan sedar juga akhirnya.

Nah, sekarang adakah beliau memperjuangkan Islam dengan isu yang terlalu besar menyelubungi beliau sejaka dua puluh tahun dahulu?

Kepada siapa yang lama mengenali beliau itu faham hakikat sebenarnya. Tetapi yang baru mengenali mengikuti beliau secara membabi buta itu juga tidak salah, kerana Anwar pandai menampilkan beliau sebagai yang berimejkan yang lain.

Ihate to say this, "he is a faked leader'. kepada siapa yang percaya teruskan lah, tetapi jangan memaki hamun kami yang telah lama mengenali beliau itu.

Kita hormati pendirian masing-masing. kita boleh tidak bersetuju tetapi jangan memaki hamun dengan kata-kata yang kotor kerana dengan berbuat demikian akan memalukan ibu bapa kita terutamanya bagi ibu bapa kita yang sdah tiada lagi dalam dunia ini.

Kata-kata kita yang kotor itu menyeksa roh kedua ibu bapa kita yang telah pergi itu.

tetapi kalau hendak lakukan juga lakukanlah. Mungkin kesehteraan pemimpin politik yang tidak semenggah itu lebih penting dari ibu bapa kita yang sedang tertunggu-tunggu doa kita itu.

Sekian.

nazi kelawar said...

Tuan Aspan, maafkan saya jika ada terkasar bahasa dan terlanjur bahasa.Alhamdulillah, saya juga mengenali sosok Anwar ini boleh dikatakan lama juga iaitu sejak tahun 1974 semasa saya masih berada dibangku sekolah yakni ditingkatan enam.Dalam Umno juga agak lama dan pernah memegang jawatan timbalan pemuda Umno pada tahun 1975 dan seterusnya memegang ketua cawangan Umno di KL, hinggalah pada tahun 1998 melepaskan jawatan.Kalau anda membenci seseorang jangan terlalu benci kerana mungkin satu hari nanti anda mencintainya.Jika anda mencintai seseorang itu jangan terlalu cinta mungkin satu hari nanti anda akan membencinya -petikan dari mafhum hadis.

Aspan Alias said...



nazi kelawar,

Saya tidak menuduh saudara menggunakan bahasa kasar terhadap saya.

saya maksudkan orang lain yang tidak mengetahui keadaan sebenarnya tetapi merasakan mereka tahu banyak dan menggunakan bahasa kesat dengan begitu ber authority sekali seolah-olah cara itu menunjukan mereka tahu segaa-galanya.

Kenapa budaya ini begitu menular sehinggakan menghilangkan identiti bangsa dan budaya mereka lebih-lebih lagi agama kita.

Saya menyebut tentang anwar kerana dia mahu jadi pemimpin. Kalau dia berxcakap sebagai individu saya tidak akan masuk campur dengan tindakan dan kata-akat beliau.

Ini msalah negara, bukan masalah persatuan sepak takraw Wilayah Persekutuan.

Itu sebab saya memberikan fikiran saya. DAN saya tidak pula memaksa sesiapa untuk menuruti saya dan saya tetap berhak untuk berkata-kata tetapi saya tidak memaki hamun manusia dengan name calling dan sebagainya.

Boleh berbeza tetapi bercakap sebagai seorang manusia yang hidup dalam zaman bertemaddun. Ini tidak, mereka bercakap seperti orang yang tidak pernah bersekolah jauh sekali sebagai seorang yang beragama.

Saya tidak membenci Anwar, hanya saya menganggap beliau sebagai individu-individu yang lain sahaja.

Orang lain hendak menganggap beliau sebagai pemimpn, itu adalah hak mereka.

saya yakin sebelum kita mati kita akan faham apa yang saya maksudkan...

Anonymous said...

AA, I have this to say. You have your views & rights, but to attack another persons personality is atrocious. It looks like you are the holliest of all. Why not say something of the rakyats woes and what the PM & his spouse had to do with it, or are you playing it safe to find a place in the omnibus.

Aspan Alias said...


Anon 15:45

I have mentioned enough about the present PM and his spouse. In fact I have written the most about them. I have any quench to be anywhere near them. I don't brag that I a have no taste to be anybody within the present government neither do I have any intention to be with the opposition if they form the government.

Please, don't equate me with your good self. I have been active in UMNO more than you people and i find it good to be far from them.

Please read my writing and postings far the past years. I respect your view that Anwar is godly to you. It's your right entirely.

Time will tell. I too have the right to see things after more than forty years in ruling party and I understand them with their shenanigans.

That is why I am serious to see that proper person to underwrite the changes, and I feel Anwar is not the right person. That's all. You can keep your opinion and from now on and I keep mine.

This is democracy.

Anonymous said...

Pak Aspan , hakikatnya hanya Anwar sahaja pertaruhan yang ada pada opposisi setakat ini.Adakah Pak Aspan mengharapkan seorang pemimpin turun dari langit serba perfect memimpin opposisi dalam masa terdekat ini.Sila nyatakan dengan jelas kalau bukan Najib atau Anwar sekarang ini, siapakah pilihan Pak Aspan menjadi PM ? Minta pencerahan dari Pak Aspan tentang Islam & Kepalsuan oleh Anwar Ibrahim. Terimakasih.

Aspan Alias said...


Pada siapa yang ingin berforum atau berbahas dalam blog saya ini secara serious dengan saya sila tunjukan identiti anda. Tidak adil yang berbahas dengan orang yang berselindung di dalam gelap tanpa mengenali siapa anda. Gunakan nama anda yang sebenarnya dan jangan berselindung di sebalik 'anonymous'.

tidak adil saya berbahas dengan mereka yang berada di dalam gelap. Kita sekarang dalam perperangan mental bukannya peperangan guerila.

T Kasih

amran said...


Bro, Don't blame DSAI for taking such action in Kajang. He can take anything just to be the PM. He will continue acting and acting through his way to Putrajaya.

Deep inside me I am convince that he will fall in his own trap. Let all that come naturally. It will come. No worry.

Nature works mysteriously bro. He will be placed where he deserves to be.

Salam.

Anonymous said...

Perancangan anwar bertanding di kajang,media masa melapurkan bahawa anwar cuba menjadi menteri besar..sebenarnya ada isu yg lebih besar yg menyebabkan anwar bertanding dikajang diantaranya :-

1.Anwar cuba menyakinkan sultan selangor bahwa tungku amir ( tengku mahkota selangor ) akan menjadi sultan,selepas sultan sekarang walaupun tanpa persetujuaan kerajaan pusat..mungkin sultan selangor mendapat ugutan dari umno selangor dlm isu Allah..

2. Kebijaksanaan khalid ibrahim mentadbir selangor sehingga mempunyai rezab berbilion ringgit,memudahkan anwar untuk menggunakannya sehingga dapat menubuh kerajaan pusat..

3.Dengan bertanding di kajang,dapat meyemarakkan kebangkitan penduduk di negeri sembilan untuk menyokong pakatan rakyat dlm pru 14 nanti..

4. Dengan adanya anwar ibrahim diselangor dapat mengekang kemaraan PAS,ini adalah inpirasi dap dan pemimpin bukan islam di pkr..kerana itu calun cina sanggup mengosongkan kerusi..(pemimpin pas di perbodohkankan oleh anwar..

5. Kaum bukan melayu akan mendapat lebih kuasa dan keistimewaan dgn adanya anwar di selangor..anwar amat terhutang budi tahap maksimum kepada pemimpin dap..sudah tiba pas keluar dari pakatan rakyat dan menuntut kerusi menteri besar selangor..jika bergabung dgn umno di selangor

mokhtar said...

pak aspan,

banyak tulisan tuan semenjak dua menjak ni terlalu pesimistik.ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya....

perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama...

Anonymous said...

pak aspan,

banyak tulisan tuan semenjak dua menjak ni terlalu pesimistik.ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya....

perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama...

Aspan Alias said...

Anon 21:37,

I don't know up to that details. Honestly I don't have the tentacles to that extent. May be you do.

I think amran's advice (above) is very enlightening for me.

Thanks

ayba said...

Keputusan akhirnya terletak dalam hati penduduk kajang sewaktu hari mengundi nanti.

Adakah mereka akan keluar mengundi atau sudah bosan dan mahu duduk di rumah sahaja. Yang keluar mengundi pula adakah mereka akan mengundi sama apa yang mereka undi dulu atau mahu mengubah undi sebab sudah bosan dengan politik!

Sebenarnya ulasan tentang DSAnwar ini hanya 'sedap' dibahas selepas keputusan pengundian nanti.

Anonymous said...

Cara politik org cina di malaysia sangat menjijikkan..mereka mau untuk dari segenap arah..samada dari kiri,kanan,atas,bawah..jika dalam pentadbiran bn..mereka mendapat kelebihan walaupun golongan miniroti,dlm pakatan rakyat..mereka mau lebih lagi..sehingga boleh menjejaskan peluang pakatan rakyat..mendapat Anon 21:37..saya sangat setuju..

Semua orang melayu MESTI ingat..buruk buruk pun org melayu..daging yg busuk..jika dibasuh dan dibersihkan..boleh dimakan..tetapi jika bangsa lain/ugama lain..

org melayu jangan sangat memberi muka pada bangsa lain..tanah malaysia telah ditakdirkan pleh allah..tanah/negara untuk bangsa melayu..otg cina ada tanah besar cina begitu juga dengan india..cuna mcamana kita nak kekalkan dlm penguasaan hak melayu..

Jika tanah air sendiri tergadai bangsa lain adalah kerana pemimpin melayu/rakyat jelata tidak mengikut ajaran sebenar islam..

Anonymous said...

Pak AA,

Inilah strateginya, bila kerajaan umno tengah syok mencekik leher rakyat dengan segala kenaikan kos sara hidup dan tiba-tiba Dsai sergah perbuatan mereka.Rakyat nampak siapa yang mencekik mereka dan ini sudah pasti akan mengambil masa untuk rakyat memilih semula orang yang pernah mencekik mereka.

Suffian said...

Pak Aspan....Pak Aspan percayakah segala tingkahlaku buruk Anwar spt.sodomi,cina doll dsbnya ? Bagi saya mudah, kalau tak percaya kenapa perlu " bagi muka " pada puak2 yang melancarkan kerja kotor tersebut.Kalau mereka mampu ke tahap menfitnah Anwar selama lebihkurang 16 tahun ini,apa lagi yg mereka tak mampu buat jika diberikan peluang memimpin.Perlu ada sempadan dimana kita tidak boleh meneruskan niat & kerja kita umpamanya faktor ugama dsbnya.Umno belasah semua tak kira halal & haram.

Anonymous said...

Tujuan Anwar sebenarnya untuk memalukan Ds najib apabla ia memenangi pilihanraya dgn majoriti besar sekaligus mempamirkan kelemahan DS Najib yg BN di bawahnya sudah tidak lagi popular

Anonymous said...

Sebaiknya biarle kita buat pilihan.. samada menyokong umno atau pakatan...
kalau nak sokong umno..berile sokongan tanpa berbelah bagi.. biar pun kita tahu umno itu parti yg korup dan menyusahkan rakyat... begitu juga jika kita meyokong pakatan.. sokong le tak kira apa strategi mereka... siapa yg bakal diangkat menjadi pemimpin sekarang... tidak kira apa mainan politik mereka samda baik atau buruk...
sebab diakhir cerita sekiranya kemenangan berpihak pada mana2 parti... dasar dan tindakan mereka lah yg penting dan akan dirasai rakyat... kita telah merasai dasar2 BN dari dulu dan merasai perbezaannya sekarang... mungkin kita harus beri peluang pulak untuk merasai dasar2 pakatan...

Lebai..

Naib Nabi said...

Pak AA

Siapa yg mana pun tak beri apa2 makna pun pd rakyat kerana BN & PR sudah byk rosak. Semua Parti2 Politik di Msia sudah tak bertaraf dan matang utk menangani ehwal2 agama, social & ekonomi yg sedang wujud skrg

ariarimos said...

Setuju dengan pendapat Lebai di atas...begitulah juga kalau kita nak sokong PKR (PR), sokonglah sepenuh hati walaupun kita tahu Anwar Ibrahim itu terang-terang menjadi satu-satunya ahli politik Malaysia yang paling banyak berbohong, berlakon dan sarat dengan retorik sejak dari zaman dia mengkayakan kawan-kawannya dan hidup penuh kesombongan semasa dalam UMNO dulu. Sokonglah walaupun kita terus menerus diperbodohkan oleh ahli politik yang memijak kepala rakyat untuk mencapai cita-citanya. (Tuan Aspan; saya kenal orang ini sejak zaman dia mendajalkan Datuk Suhaimi Kamaruddin lagi...dan saya rasa, sesiapa yang berusia lebih 50 tahun ke atas serta berada dekat dengan persekitaran UMNO pusat waktu itu tahu apa yang dilakukan oleh si pembohong ini untuk duduk di kerusi Ketua Pemuda)

ramli said...


ariarimos,

Betul, dia berjanji Datuk Hj Suhaimi sehingga malam sebelum perhimpunan Agong pemuda yang dia tidak akan lawan Suhaimi.

Suhaimi percaya bulat-bulat cakap-cakap dia, akhirnya dihari pemilihan itu Suhaimi memberi dia tempat diatas pentas sedangkan beliau baru sahaja masuk Umno Tetapi oleh kerana rasa hormat kepada dia, Suhaimi berikan dia diatas pentas alaupun seorang ahli biasa.

Diatas pentas itulah dia menguumkan hendak bertanding dan terus menang dgn 10 undi semasa itu.

Dewan persidang pemuda di Dewan Bahasa dan pustaka semasa itu merasakan sudah terasa yg Anwar ini bakal menjadi pemimpin yang membunuh rakan-rakan tanpa rasa ehsan dan belas.

Sekarang penyokong-penyokongnya yang masih bercabang kencingnya memperjuangkan dia tanpa mengenal siapa ini Anwar.

Kalau kita ingat nama Zainab Abu Bakat dari Johor dipecat oleh Anwar sebagai ahli Umno sedangkan Zainab adalah anak kepada salah seorang founder Umno sdangkan Anwar belum pu kering tanda-tangannya sebagai ahli Umno semasa itu.

Mengingatkan kelakuan Anwar ini saya kadangkala bertanya, apakah hikmahnya kita berpemimpinkan orang seperti Anwar Ibrahim ini?

Naib Nabi said...

Kalau kita hendak pemimpin yg 100& perfect. Nabi saw saja lah yg layak

Mns said...

Sesiapa yg bercakap Anwar penipu pembohong bermakna dialah org yg sebenar penipu. Pada saya Awnar d fitnah, sebab dia org lain hilang kuasa. Kuasa menjadi org hilang pertimbangan dan suka berfitnah.

Dato' ra..... said...


Mohd Nor Sharif,

Sdr sangat baru dan mentah dalam memberikan pandangan kerana saudara tidak hampir dengannya.

Ghaffar Baba pun dia tipu dan banyak yang lain kena tipu dengannya.

Jadi saudara tidak usah menegakkan benang basah. Siapa yangterkena dengan Anwar tidak dapat mereka lupakan Anwar ini.

Anwar boleh mengadu kepada sdr yang tidak tahu apa-apa, tetapi dia tidak boleh temberang terutamanya mereka yang tertipu hidup-hidup dengan Ketua Pembangkan ini semasa dia jadi orang kuat UMNO dahulu.

Sdr Mohd Nor, elok sdr duduk ditepi...jangan nak jadi macam orang pandai pulak..You know nuts about Anwar tuan.

He was a devil while in power bro. But we don't blame you being deceived by this man.

So sorry but i thik everyone who has been his victim should come out and do something with this dangerous political animal.

He is self serving leader,. He cares for no one. I have been involved and close to him, but now I am staying far away at this retiring age of 67 years.

We are watching his actings through and through. He has never changed but still the same. Time will soon tell you all.