28 April 2014

Masih kah PR kekal dengan 52 peratus undi popular sekarang ini?

Anwar berkata ‘Pakatan Rakyat is the rightful government to this country’ kerana mendapat 52 peratus dari undi rakyat negara ini dalam pilihanraya yang lalu. Kerjasama secara tidak formal ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu telah berjaya mengumpul sebanyak 52 peratus dari undi rakyat berbilang kaum dalam PRU yang lalu walaupun BN memenangi dalam jumlah kerusi yang di pertandingkan. Itu sistem kita selama ini, dalam mana pihak yang mendapat jumlah kerusi yang terbanyak akan menjadi kerajaan.

Tetapi jumlah sokongan rakyat sebanyak 52 peratus itu mungkin tidak lagi menjadi kenyataan jika pilihanraya diadakan sekali lagi kerana tentunya sebilangan besar dari penyokong PAS tidak lagi akan menyokong Pakatan Rakyat apabila isu hukum hudud timbul. DAP menentang keras hukum hudud itu walaupun suatu ketika dahulu pimpinan utamanya telah berjanji untuk menghormati perjuangan bangsa dan agama lain dinegara ini.

Apa pun DAP ada hak untuk tidak bersetuju kerana Islam itu bukan agamanya kepada kebanyakan pemimpin dan ahli parti itu. Malahan parti itu telah meminta PAS agar keluar dari Pakatan Rakyat dan sekali gus dari segi moralnya Pakatan Rakyat hanya mempunyai dua parti sahaja dalam Pakatan pembangkang itu. Justeru peratusan sokongan yang memihak kepada pembangkang sudah pastinya berkurangan dari 52 peratus yang digembar gemburkan itu. 

Jadi pengakuan Anwar yang PR itu merupakan pihak yang secara politik dan moralnya adalah parti yang sepatutnya menjadi kerajaan itu sudah tidak relevan lagi. DAP telah dengan jelasnya meminta PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan parti itu berkata yang dalam politik tidak ada persahabatan dan permusuhan yang berkekalan, maka DAP merasakan ini adalah masanya untuk mengambil tindakan berpisah dengan PAS kerana perbezaan yang sangat jelas dalam banyak hal perjuangan dan matlamat parti masing-masing.

Seandainya PAS benar-benar tidak lagi bersama dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak akan menghadapi masalah moral kerana sememangnya dari awal penubuhannya, perjuangannya adalah untuk meningkatkan Islam yang hendak diaddinkan dalam pentadbiran kerajaan negara ini. Malahan jika PAS benar-benar parti yang mempunyai moral dan maruah yang tinggi, parti itu sepatutnya menyahut cabaran DAP itu kerana ini merupakan keputusan yang menjadi penentu kepada masa depan parti itu samada parti yang boleh diyakini dan tidak berbohong dipandangan mata rakyat.

PAS boleh memberikan penjelasan yang baik dalam isu hudud ini jika parti itu benar-benar mahu melaksanakan hudud di negeri Kelantan. Kelantan adalah salah sebuah negeri yang menganggotai Persekutuan ini dan Kelantan adalah sama seperti negeri lain yang memberikan sumbangan kepada kedaulatan negara. Kedaulatan negara datangnya dari penyertaan negari-negeri yang berdaulat dalam Persekutuan ini kerana negeri itu juga mempunyai legislatif nya sendiri.

Tiada apa salahnya jika negeri itu mempunyai undang-undangnya sendiri yang berlainan dari undang-undang diperingkat persekutuan dan negeri-negeri yang lain. Amerika Syarikat juga adalah sebuah negara Persekutuan yang dianggotai oleh 52 negeri di dalamnya dan ada negeri-negeri dalam Amerika Syarikat yang mana sebahagian dari undang-undangnya berbeza dengan undang-undang dinegeri-negeri lain dalam AS itu.

Maka tidak ada kesalahannya jika di Malaysia ini Kelantan dibenarkan melaksanakan hukum hudud itu memandangkan negeri itu mempunyai 97 peratus dari rakyatnya adalah dikalangan orang Melayu yang beragama Islam.

Hanya yang perlu menjadi fokusnya sekarang ini, tentukan undang-undang hudud itu adalah hudud yang sebenarnya dan ini belum ternyata lagi berjaya atau gagalnya perlaksanaannya di Kelantan. Malahan sebagai seorang Islam saya ingin melihat undang-undang hudud ini terlaksana di Kelantan yang akhirnya nanti dapat membezakan undang-undang mana yang lebih baik dari yang ada sekarang ini.

Alasan hudud ini menyalahi perlembagaan negara adalah alasan yang lembek. Negeri-negeri berdaulat itu ada undang-undang tubuh dan enakmen syariahnya sendiri yang boleh dipinda untuk kehendak rakyat negeri itu. Yang penting kerajaan persekutuan memberikan sokongan yang secukupnya bagi negeri ini untuk melaksanakan undang-undang itu.

Kita bersetuju yang undang-undang hudud ini wajar dilaksanakan dengan begitu berhati-hati agar ia tidak menjejaskan negara, tetapi ia tidak semestinya menjadi alasan kenapa hudud itu tidak perlu dilaksanakan di Kelantan. Mungkin ia memerlukan penglibatan ramai sadaqiah Islam peringkat antarabangsa yang berwibawa untuk membantu bagi perlaksanaan cita-cita PAS untuk melaksanakan hukum itu di negeri Kelantan yang 97 peratus dari rakyatnya yang beragama Islam itu.

Mungkin bukan mudah untuk memulakan perlaksanaannya tetapi tidak salah untuk diusahakan dan memulakan perlaksanaannya dalam keadaan berhati-hati dan cermat. Yang pentingnya dalam tidak beberapa lama selepas perlaksanaannya kita dapat membuktikan hukum dan undang-undang Islam itu mampu untuk menunjukkan kewibawaannya dari hukum-hukum civil yang ada hari ini.

Jika ia gagal menunjukkan bukti itu maka yang gagal nanti ialah PAS, bukannya hukum Allah itu. Kegagalan adalah sifat mustahil bagi Allah s.w.t..  Tiada apa yang gagal bagi Allah kerana nyawa dan nafas kita sendiri adalah dari Allah dan terbentangnya dunia dan alam ini adalah kenyataan kehebatan yang mustahil boleh dibandingkan dengan sesuatu.

Masakan hukum dan undang-undang agama yang diturunkannya itu adalah undang-undang yang gagal memberikan keadilan kepada umat sejagat.

Berbalik kepada isu sokongan 52 peratus kepada PR yang di sebut oleh Anwar itu, hakikat sebenarnya sekarang ini keadaan 52 peratus yang memihak kepada PR itu bukan lagi satu kenyataan dan ia telah menjadi sejarah bukan kerana sesiapa tetapi kerana PR itu sendiri.

10 comments:

tebing tinggi said...


Adalah sesuatu yang memalukan saorang ahli(senior legislative member merangkap ketua pembangkang) yang dilantik didalam proses pilihan raya dinegaranya sendiri tidak memahami sistem yang digunapakai dalam penentuan kuasa mentabir.

Lebih memalukan ialah keinginan untok mendapatkan camportangan asing dalam penentuan semakan semula keputusan yang telah dijatohkan keatas kesalahan peribadi , sedangkan dalam pada masa yang sama mendendangkan (freedom of judiciary ),bagimana pula meminta camportangan asing dengan alasan satu conspiracy pehak executive terhadapnya.

Adakah ini karacter saorang pimpinan yang bolih dipertangjawabkan ?, rakyat menilai dan telah menentukan,walaupon pilihan yang ada bukan sesuatu yang digemari.

Lamo dah ni ,Aden tengok kobou dulu.

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Benar kah "Malahan parti itu telah meminta PAS agar keluar dari Pakatan Rakyat" atau hanya pendirian seorang pemimpin DAP, yakni bukan pendirian formal parti DAP?

Terima kasih.

Anonymous said...

Den sokong tebing tinggi

Anonymous said...

PAS... tak menjadi kudispun kalau tak barsahabat dgn DAP tp DAP adalah sel barah yg aktif untuk PAS. Loke Seremban ngan YB MP Raub dah buktikan pendirian DAP + kenyataan Guan Eng yg menentang Hudud. Tunggu apa lagi... buktikan PAS bukan melukut di tepi gantang tetapi dinar emas di dalam gantang! Cina bila tersepit akan merayu... tengoklah nanti...

maae said...

Saya setuju sebahagian tulisan sdr AA pasal PAS. Dalam PR parti ini agak ekstrim dari segi pergolakan politik yang tidak berkesudahan yang sudah tiada lagi platfom

Soal hudud ialah soal pencegahan keras dari Allah SWT. Manusia ini sangat suka bernafsukan binatang. Contoh terbaik babi dan kera. Malah kita haram memakan daging binatang buas. Ada cerita rujukan untuk peristiwa ini. Demi itu maksiat zina, kemungkaran mencuri, pecah amanah, memakan harta bukan hak, menganiaya sesama manusia, membunuh dan seumpama nya menjadikan tindak tanduk yang melampau memutuskan hubungan dengan Yang Esa - terus menjadi orang-orang musyrik/ munafik dan mensyirikkan Allah SWT. Ia sama seperti kafirun harbi yang sudah di janjikan seksa neraka jahanam !

Ini Pokok Utama Hudud. Sesungguh Allah itu Maha Pengasih, Pengampun dan Penyayang. Di atas sifat dan zat 99 asmaulhusna, di atas segala-gala nya, di antara langit dan melata di bumi tidak lain kalimah LaillahaillAllah, Muhammadarasullullah. Untuk apa ? Tidak lain tunduk dan bersujud lah kepada NYA. Ini hubungan yang di panggil 'Hablumminallah'. Menjadi Umat Muhammad SAW yang di kenali baginda.

Maka syariat dalam hudud amat berhikmah :-

1. Jika bersalah mencuri, tidak semesti nya di hukum terus potong tangan. Allah itu Maha Pengampun. Kesalahan pertama beramaran dengan sokongan didikan supaya bertaubat. Kesalahan sama berulang dari pelaku yang sama tentu sahaja dengan hukuman di kurung dengan menerap amalan Islam lebih mendalam. Jika tegar masih melakukan kesalahan sama, bukan kah itu nafsu binatang ? Di beri AKAL tidak di gunakan. Maka hukum hudud mesti di laksanakan. Allah itu Maha Mengetahui. Kumpulan yang memegang amanah menyumpurnakan hukum, lebih bijaksana membuat pertimbangan. Ini lah contoh Allah SWT perkenankan. Ini lah Islam yang bersih suci, lembut dan berhemah penuh berhikmah.

2. Kenapa mesti takut manusia ? Lebih-lebih lagi kafir harbi? Sesungguh nya contoh hudud yang di tunjukkan dari puak ekstremis Islam di luar dan dalam Malaysia tidak berpadanan. Umpama nya pelakuan jihad yang di salah gunakan. Umpama beri amaran hudud itu tidak boleh di praktis di Malaysia !

3. Bukan kah Allah itu berfirman, musuhi lah orang-orang yang memusuhi dan menggangu gugat kehidupan, harta benda/ negara kamu ? Jika sebalik nya, kita berlaku baik, hormati dan bertindak adil. Jika Islam di hayati, maka hudud itu bukan beban, malah boleh di ikuti dengan amat berkesan sekali. Ilmu Allah SWT teramat luas seluas habis nya tinta tujuh lautan, ia tetap tidak habis untuk di tuliskan. Kenapa menjadi jumud ? Kenapa pula menjadi ekstrim ? Kenapa pula patuh kepada musuh Allah ? Kenapa pula mengikuti nafsu serakah besar, buas manusia ? Kenapa dalam nyata kita menidakkan Allah SWT ? Sesungguh nya manusia amat suka menzalimi diri sendiri !

4. Muamalat Islam satu waktu dahulu amat di geruni bukan Islam. Kini ia sudah di terima bukan Islam dengan perasaan positif, terutama perbankan, takaful Islam dan industri halallantoyibba. Zaman Nabi, semua ini sudah di wujudkan cuma dalam hudud, begitu nya umat Muhammad ' wa ato' na wa same' na '. Syariat hudud yang menjadikan Andalusia begitu agong dangemilang ! Lantas tertubuh nya Universiti (ilmu Islam) Pertama di dunia. Ilmu lain nya dalam seni dan arkitektur, kejuruteraan, perubatan, teknologi dan kemahiran yang menjadikan dunia ini lebih bermakna. Cuma musuh Allah itu sentiasa berkira-kira memusnahkan Iskam se ada nya.

5. Menyakinkan dan memberi jaminan adalah satu tugas berat pendakwah Islam di mana PAS sendiri gagal mengimarahkan nya. Kerajaan Pusat sudah menaikkan mertabat Islam pada kedudukan nya. Yang nyata sokong penganut Islam Malaysia berpecah dan lemah. Bila di rujuk hukum hudud, ramai yang menyanggah ! Kelantan ada lah tempat terbaik sebagai perintis yang mesti di mulakan cara sederhana. Allah SWT sangat menyukai keindahan dan kesederhanaan. Hukum Hudud itu terbaik dari NYA.

6. Jadi nya, popular untuk apa ? Bukan kah itu gkamor dari syaitan jua ?

Anonymous said...

Tuan Maae..
setuju ngan pandangan tuan.
yg banyak menentang hudud ni orang yg mengaku Islam... sbb hukuman tu terpakai atas setiap muslim. Non-muslim bole memilih hukum mana nak pakai samada hudud atau sivil biasa. Madet kata tak adil sbb hukuman tak sama. itu la gilanya madet dan seangkatannya. tiada paksaan menganut Islam dan bila dah Islam kena terima semuanya. Islam tiada had hari. MASUKLAH ISLAM SECARA KESELURUHANNYA..."UDKHUL FISSILMI KAFFAH"!

Anonymous said...

Saya memang tahu DAPtidak akan setuju dengan Hudud. Buat apa DAP sokong Hudud. Memang pelik kalau DAP sokong Hudud. Yang pelik lagi ialah orang Islam yang tahu tetapi dia tidak sokong Hudud malah menghinanya.
Janganlah disebabkan kita berkawan maka sama pegangannya. Tunggulah dakwahlah rundinglah. Mungkin Allah swt buka hati mereka usahalah.
Janganlah perkara yang berkaitan dengan akidah kita anggap mudah. Jangan juga pesimis dan negatif nanti Allah swt tanya sebab kita percaya hari akhiratkan? Laisa 'alaika hudahum walaakinnallaha yahdee maiyyasya'.

Anonymous said...

Kalau dah dasar kafir tu tetap kafir.

Suffian said...

Tebing Tinggi.....anda bercakap atau persoalkan pemahaman Anwar Ibrahim tentang sistem kerajaan yg ada skrg. Saya fikir anda mungkin masih muda lagi atau buat2 naive . Jawapan saya ialah anda perlu buka buku semula belajar tentang 3 cabang kuasa - Raja2, Kehakiman dan Eksekutif , akibatnya jika kuasa hanya dipusatkan kpd Eksekutif sahaja.
1 Mei saya turun ke KL utk demostrasi jalanan , kehadiran sangat hebat dan setakat ini saya tak nampak tanda2 akan berlaku peralihan sokongan kpd BN secara besar-besaran spt yg digemburkan. Di sektor swasta tempat2 saya bergelumang mencari rezeki pula saya tak nampak bukan melayu akan memilih MCA & MIC semula.
Saya percaya sokongan 52% utk Pakatan tidak terjejas , betul PR bergolak dalamannya tapi itu normal, yg tak normal @ luarbiasa ialah kalau tidak bergolak...cuba tanya pakar ilmu fizik apa yg tak bergolak . Maksud saya ialah Pak Aspan tak perlu teruja sangat tengok PR bergolak dan teruja juga lihat BN memanjang aman damai. Tak perlu teruja sangat lihat Tony Loke minta PAS keluar PR...dia sekadar nak tunjuk dia buat kerje dia, serupa macam Kit Siang melompat bila ahli DAP tak dapat jadi MB Perak 2008 hari tu. Terimakasih.

Anonymous said...

Apo khabar bang? Lamo tsk menukis.... rindulah...