22 December 2014

Kepada cendiakawan Melayu: Penggubalan undang-undang Islam tidak perlu 'consent' bukan Islam

Kumpulan 25 orang yang dianggap sebagai cendiakawan yang penting dalam politik kini mempunyai tujuan yang baik dan murni asalkan mereka tidak merentasi larangan agama dan budaya kita. Mereka menggunakan isu ini untuk politik yang lebih baik bagi negara dan jika benar mereka mempunyai tujuan untuk kebaikan dan betul caranya ia patut disokong.

Tetapi sesuatu tindakan itu boleh dinilai dengan betul jika kita fahamai apa yang mereka maksudkan dalam matlamat mereka menulis surat terbuka terhadap kerajaan itu dan juga dari cara mereka mengendalikan isu yang mereka bangkitkan.  Isu yang mereka bawa ialah untuk memberikan input dan pandangan tentang perundangan agama Islam dalam negara kita yang mereka anggap sebagai tidak betul dan salah dari moral dan undang-undang Islam sendiri.

Tetapi niat yang baik sahaja tidak mencukupi jika niat kita itu dikudakan oleh pihak yang mahu Islam itu berkecamuk dan berbelah-belah. Kita mesti sedar yang sesuatu kaum itu selalunya akan dicerobohi melalui agama mereka. Di zaman moden ini jika pihak yang ingin memusnahkan sesuatu bangsa dan menghilangkan identiti mereka cara yang paling ampuh ialah dengan memesongkan akidah dan nilai agama mereka.

Orang Melayu ini merupakan satu-satunya bangsa yang di definasikan oleh perlembagaan negara. Orang melayu itu didefinasikan sebagai yang beragama Islam dan mengamalkan kehidupan secara Islam. Jika orang Melayu meninggalkan Islam mereka sudah tidak Melayu lagi.

Saya bergembira dengan pujian dan galakan yang diperolehi oleh kumpulan 25 orang cendiakawan negara yang merupakan bekas-bekas pegawai tertinggi negara yang pernah berkhidmat dengan kerajaan dan telah mendapat kedudukan yang tinggi dalam perkhidmatan mereka. Mereka perlu pastikan yang apa yang mereka lakukan itu tidak mengurang atau menghilangkan identiti mereka sebagai orang Islam kerana Islam itu merupakan komponen dalam pengenalan identiti bangsa mereka.

Maka kumpulan ini tidak sepatutnya mempunyai apa-apa ‘apprehension’ untuk bertemu dan bersikap ‘inclusive’ terhadap Jabatan-Jabatan pentadbiran Islam seperti Jakim yang dikatakan tidak mendapat layanan dari kumpulan 25 orang ini. Kumpulan 25 orang ini jangan ditenggelamkan oleh pujian-pujian yang melangit yang mereka perolehi dari pihak yang sentiasa mencari jalan untuk melihat Islam itu terseleweng dan nilai serta budaya Melayu mereka.

Sikap memperlekehkan NGO-NGO yang dianggap sebagai puak berhaluan kanan Melayu itu adalah tidak tepat. Jika mereka benar-benar mempunyai masalah kumpulan cendiakawan ini wajar bertemu dan berbincang untuk bertemu mencari penyelesaian. Menghentam dan mengkritik kumpulan seperti Perkasa dan Isma, sebelum pun bertemu dan mencari penyelesaiannya maka jika berjaya pun kumpulan cendiakawan ini untuk mendapat sokongan dan mungkin berjaya memperolehi keadaan tidak akan berubah.

Mempunyai sikap. ‘saya sahaja yang benar dan awak semua salah’ itu merupakan pembawa masalah baru dalam usaha penyatuan umat dan kita mesti mengakui yang hajat untuk mendapatkan penyelesaian yang ‘ultimate’ itu tidak akan tercapai. Tidak guna kita dapat menyelesaikan satu masalah tetapi timbul pula masalah yang baru. Tidak boleh dan jangan dibiarkan nilai agama dan cara kita melaksanakan dan meng ‘addin’ kan Islam itu hanya dilakukan dengan ‘fatwa-fatwa’ yang mendapat ‘consent’ yang diberikan oleh saudara-saudara kita yang bukan beragama Islam.

Tidak boleh kita berpuas hati dengan memperlekehkan pandangan satu puak dari kalangan kita orang Islam itu, tetapi membuat keputusan tentang hukum dan adat resam kita yang beragama Islam itu ditentukan oleh pihak lain seperti bangsa dan agama yang lain dari agama kita sendiri.

Itu sebabnya sehari dua ini kita mendengar dan melihat ada pihak yang beragama dan bangsa yang berlainan bercakap begitu lantang dan bergembira dengan tindakan 25 orang cendiakawan kita itu. Kita tidak boleh membiarkan mana-mana pihak yang lain memberikan definasi yang berlainan tentang agama kita.

Islam itu agama fundamentalis dan itu bukannya perkara yang buruk untuk semua yang beragama Islam dan bukan Islam. ‘Fundamental’ Islam itu ialah agama yang menjadi ketua dan pemimpin ummah dan ‘attribute’ Islam itu ialah bersifat sayang menyayangi di antara sesama Islam dan menghormati agama-agama lain.

Tetapi ‘fundamental’ Islam itu disalah tafsirkan dengan sengaja oleh pihak lain dengan menganggap orang Islam yang suka membunuh dan berperang itu sebagai fundamentalis. Jika seseorang itu fundamentalis Islam, ia akan melaksanakan dan mengikut segala fundamental penting dalam agama itu. Dia akan mengikut segala undang-undang yang disyariatkan sebagai seorang yang beragama Islam. Melaksanakan dan mempraktikkan semua rukun Islam yang lima itu untuk membina semangat dan memperkayakan rukun iman yang enam itu.

Hidup seorang fundamentalis Islam itu adalah kehidupan yang ‘spiritual’ dan akan cuba untuk menghalang dirinya melakukan perkara yang salah dari hukum syariat dan undang-undang negara mereka. Orang Islam fundamentalis bukannya mereka yang berperang dan membunuh atau mereka yang bersifat ‘confrontational’ terhadap pihak lain. Pemimpin Islam yang baik ialah mereka yang sentiasa terbuka untuk berbincang dengan pihak yang dikatakan tidak sesuai dengan tuntutan agama kita.

Jika kumpulan 25 orang yang mengaku sebagai cendiakwan terulung negara ini melihat Perkasa dan Isma tidak betul maka mereka wajar lebih kerap berjumpa dan berbincang dengan kumpulan ini dan bukannya terus sahaja membidas dan menghina mereka dan melihat mereka seperti anjing kurap di tepi jalan sahaja.

Kumpulan cendiakawan ini tidak boleh menjadikan musuh sesuatu pihak itu musuh mereka sekali. Kumpulan cendiakawan ini wajar bersifat ‘magnanimous’ dan menolak cadangan untuk bertemu kumpulan itu oleh pihak yang berkaitan dan agama kita itu, merupakan sikap angkuh dan merasakan mereka itu ‘the best among the best’.

Tidak ada siapa yang mempunyai sifat ini akan berakhir dengan kebaikan untuk diri mereka. itu sebabnya saya tidak dapat mengelak dari memberikan kritikan terhadap mana-mana pemimpin dan individu yang bersikap sombong dan merasakan mereka atau dia sahaja yang lebih baik dari yang lain.

Kumpulan ini dan mana-mana individu pemimpin yang lain yang menganggap mereka seperti pemimpin yang datang dan turun dari langit itu tetap akan mendapat kritikan dari blog ini kerana mereka yang bersifat memandang rendah kepada pihak lain ini merupakan pembawa kepada perubahan budaya yang menjadi ‘attribute’ asas kepada bangsa dan agama kita.

Pemimpin yang berhidung tinggi tidak akan kemana-mana dan tidak akan membawa apa-apa faedah kepada rakyat yang dipimpin mereka, kerana fokus mereka adalah terhadap membina ego mereka sendiri yang akhirnya akan membunuh jiwa dan diri mereka sendiri.

Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang merendah diri dan menjauhi dari berkata-kata secara sombong sambil memandang rendah kepada pihak lain. Hentikan bercakap seperti, ‘you are not within the wavelength to say anything about politics, as you are nowhere compared to me. I have social and political positions and you are just an ordinary drifter who dubiously comes from nowhere’.

Mereka bersifat sederhana dalam segala-galanya dan itulah dia fundamental dalam Islam seperti yang ramai dan saya fahami. Sifat mereka adalah ‘spiritual’ dan tidak mudah melatah dan sentiasa bersifat tenang menghadapi segala cubaan dan pancaroba.

19 December 2014

Nasihat buat Khairy: kurangkan mendongak keatas, nanti terlanggar bendul

Isu Khairy membidas seorang ahli UMNO yang tidak mempunyai jawatan penting didalam parti itu kerana mengkritik Najib Razak sedang hangat diperkatakan ramai. Saya yang mempunyai perasaan ‘soft spot’ terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu terpaksa juga memberikan sedikit komen.

Blog ini pernah menulis dan memberikan pandangan terhadap UMNO dan sebab-sebab UMNO sudah begitu ‘detached’ dengan rakyat yang ramai. Itulah sebabnya kerajaan sekarang sudah tidak diambil endah oleh rakyat sekarang ini dan keadaan ini berterusan, dan tidak nampak ianya akan diperbaiki malahan bertambah buruk dari hari ke hari dan dari masa ke semasa.

Dulu UMNO itu kuat kerana UMNO itu adalah parti kampung, seperti yang pernah disebut oleh Tun Musa Hitam dalam Perhimpunan Agung UMNO 1987 dahulu. Urat dan tunjang UMNO itu adalah dikampung dan di situlah letaknya tewas kekuatan parti itu. ‘Kampung’ yang disebut oleh Musa itu ialah orang Melayu kerana semasa itu ramai orang-orang Melayu masih tinggal dikampung dan pedalaman.

Adalah menjadi amalan kerajaan yang dipayungi oleh ‘orang kampung’ ini sentiasa bertindak rapit dengan orang dibawah-bawahan dan dirasakan begitu hampir oleh rakyat biasa (ordinary people).  

Itu sebabnya saya sentiasa mengingatkan kerajaan yang semua perkara dan pelan yang hendak dilaksanakan sentiasa dibawah kehadapan rakyat ramai dan diberitahu rakyat apa-apa yang hendak dilakukan oleh kerajaan. Rakyat biasa merasakan yang mereka dibawah-bawah ini dihormati dan dibawa bersama membuat keputusan terhadap isu-isu besar terutamanya yang melibatkan rakyat.

Apa-apa sahaja yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan terutamanya yang melibatkan orang ramai akan di beritahu melalui majlis-majlis penerangan dalam kursus-kursus sivik yang dikelolakan oleh Jabatan-Jabatan Penerangan Daerah di seluruh negara. Kerana kursus-kursus sivik itulah kerajaan mendapatkan 'feedback' yang berkesan dari orang ramai dan apabila melaksanakan projek yang melibatkan rakyat ramai itu tidak mempunyai masalah untuk melaksanakannya.

Rakyat telah memberikan sokongan yang kental kerana mereka merasakan yang mereka telah dibawa bersama untuk melaksanakan projek-projek penting negara itu. Itu sebabnya rakyat semasa itu sentiasa bergiat bersama-sama memberikan pandangan dan 'feedback' melalui struktur pentadbiran terendah rakyat iaitu JKKK atau JKKR  JKKK dan JKKR merupaka struktur pentadbiran yang terendah kerajaan yang dibawahnya tinggal bahagian rakyat yang terbesar.

Kegiatan penerangan ini sudah tidak lagi dilakukan oleh kerajaan sekarang kerana kerajaan sekarang terlalu ‘detached’ dengan rakyat ramai. Apa-apa yang dilakukan kerajaan tidak dirasakan lagi oleh rakyat kerana mereka tidak dibawa bersama untuk menyokong tindakan kerajaan seperti yang pernah dilakukan kerajaan suatu ketika dahulu.

Sekarang kerajaan membuat keputusan dari atas dan hanya mengarahkan dilakukan oleh kerajaan kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dan lain-lain. Pegawai penerangan daerah sekarang tidak mempunyai tugas dan mereka nampaknya semua kekurangan tugas dan JKKK tidak mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh kerajaan.

Sikap menjauhkan peranan orang bawah inilah yang menyebabkan rakyat tidak lagi merasakan ‘sense of belonging’ dengan kerajaan yang berimejkan rasuah pada hari ini. Kerajaan sekarang tidak rapat dan hampir dengan rakyat dari mana mereka dituntut untuk sentiasa taat terhadap mereka yang memimpin kerajaan itu. Rakyat bukan kuda atau kaldai tunggangan. Rakyat biasa inilah yang menjadikan kerajaan sekarang masih berada ditampuk kuasa.

Dalam kita sedang mengharapkan tindakan kerajaan untuk sebenar-benarnya merakyatkan kerajaan ini, tiba-tiba Khairy sebagai pemimpin kanan parti itu membidas ahli biasa yang memberikan pandangan terhadap kepimpinan parti sekarang ini.

Khairy sepatutnya merenungi apa yang dikritik oleh orang bawahan ini adalah untuk kepentingan parti itu sendiri. Khairy mesti tahu yang beliau tidak berada diatas itu dengan sendirinya seperti sifat Tuhan yang terdiri dengan sendirinya. Khairy bermula dan berakhir, hanya Tuhan sahaja yang tiada bermula dan berakhir.

Kata-kata Khairy kepada ahli biasa parti yang membawa makna, 'you are  of no consequence, you are just ordinary member' terhadap Syed Rosly itu sangat menyedihkan, kerana tidak ramai yang akan menyangka yang Khairy boleh berkata dengan begitu angkuh seperti itu.Mungkin semua diantara kita dibawah ini wajar berteriak dan mengakui yang beliau adalah orang hebat. Mungkin Khairy masih lagi sangsi yang masih ramai orang dibawah ini masih ramai yang tidak mengetahui beliau itu orang hebat.

Orang bawahan pun tahu Khairy itu orang atasan dan jangan Khairy tidak tahu ini. kalau kita mengetahui diri kita sendiri kita tidak akan menolak kenyataan yang sangat penting ini. Sifat bersalah-salahan merupakan sifat azali kejadian Tuhan. Kalau tidak ada yang bawah, masakan ada yang atas. Jika tidak ada yang panjang masakan ada yang pendek dan jika tiada yang lama masakan ada yang baru.

Tidak perlu bercakap begitu untuk mempertahankan Najib itu. Kita merasakan yang Najib yakin yang Khairy adalah penyokong kuat beliau walaupun beliau tidak mengkritik Syed Rosly itu.

Itu sebabnya orang tua-tua dahulu berkata, orang pandai tidak semestinya bijaksana.  Orang tua-tua dahulu berkata, biar ilmu itu satu belit, asalkan akal itu dua belit. Ilmu itu penting, tetapi akal itu lagi penting. Belajar di universiti ternama itu bukan setakat untuk mendapat 'scroll' yang berjela-jela. Yang terpenting belajar di universiti itu ialah untuk belajar dan berlatih untuk berfikir dan membuat keputusan dan bertindak dengan betul dan 'appropriate'.

Diharap Khairy tidak mengecewakan orang ramai yang menaruh harapan terhadap beliau. Pandanglah kebawah selalu, jangan sentiasa mendongak keatas, nanti ‘tolando bondul (bendul) dibawah’

18 December 2014

Kita tunggu apakah pelan tindakan Najib terhadap kejatuhan nilai ringgit dan harga minyak

Harga minyak mentah dunia jatuh begitu ketara. Harga WTI telah jatuh kebawah USD55 dan Brent telah jatuh sehingga USD60 semalam. Setiap negara dan kerajaan telah mengambil tindakan yang pantas dan setiap negara telah mengumumkan cara dan kaedah tindakan mereka dalam menghadapi masalah yang terbesar yang dihadapi dunia dalam isu ini.

Australia telah membuat ‘adjustments’ terhadap angka-angka belanjawannya mengikut situasi sekarang ini. Begitu juga Britain dan banyak negara lain yang juga bertindak pantas menghadapi masalah ekonomi yang begitu mendesak bagi dunia hari ini. Pendeknya banyak negara mengambil initiatif yang agressif untuk mengekang masalah yang mungkin dihadapi oleh negara masing-masing.

Menteri-Menteri Kewangan masing-masing bersama dengan Governor-Governor Bank Pusat mereka telah mengumumkan berbagai-bagai initiatif untuk menghadapi ‘consequence’ buruk yang mempengaruhi ekonomi negara-negara  mereka.

Malaysia tidak terlepas dari menghadapi masalah ini dan yang jelas kita mempunyai masalah yang ‘compounding’ dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding dengan matawang-matawang negara-negara asing termasuk dengan dollar Singapura dan Brunei. Beberapa hari yang lepas dalam pasaran wang antarabangsa harga ‘spot prices’ ringgit telah jatuh ketahap melepasi 3.50 dollar bagi setiap ringgit kita.

Ringgit jatuh begitu mendadak berbanding dengan dollar Singapura dan ini amat menjejaskan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam perdagangan. Sebagai sebuah ‘trading nation’ Malaysia bakal menghadapi atau telah pun menghadapi masalah besar jika keadaan sebegini berterusan dalam beberapa bulan lagi.

Tetapi apa yang agak membimbangkan kita belum lagi mendengar atau diberitahu apakah perancangan kerajaan bagi menghadapi masalah yang begitu ‘imminent’ yang akan kita hadapi itu. Baik dari Tan Sri Zetti, Governor Bank Negara mahu pun dari Perdana menteri yang juga Menteri Kewangan, tiada apa-apa yang telah diumumkan kaedah menghadapi masalah besar negara kini.

Kita mahu mendengar apakah tindakan secara ‘organic’ dan ‘real’ serta praktikal dalam menghadapi masalah ekonomi sekarang ini. Ini merupakan cabaran kepada PM Najib yang selama ini begitu mengambil mudah dalam menguruskan kewangan dan ekonomi negara. “Najib is going through the mills now” kata seorang ahli ‘academic’ dari universiti tempatan dan beberapa pandangan dari pemimpin-pemimpin ekonomi dunia yang kita baca akhir-akhir ini.

Yang kita dengar sekarang ini adalah kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan yang tidak dihiraukan oleh orang ramai. Kenyataannya bukan kenyataan yang menyenangkan melainkan kenyataan yang berunsurkan politik semata-mata. Kita tahu Ahmad Maslan bukan ahlinya untuk bercakap tentang isu ekonomi kerana beliau hanyalah dianggap ramai sebagai ‘conduit’ kepada pemimpin politik yang berkuasa sahaja. PM Najib sepatutnya jangan membiarkan Ahmad Maslan bercakap tentang isu ekonomi kerana ia akan hanya membuatkan rakyat ramai bertambah berkurang keyakinan mereka terhadap kerajaan yang sudah tersedia dengan krisis keyakinan yang amat ketara itu.

Kita tunggu dan tunggu apakah perancangan yang hendak dilakukan oleh pemimpin kita.

16 December 2014

Rakyat Malaysia semuanya baik hati, sanggup bayar semua kerugian skandal pemimpin-pemimpin mereka

Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan sebagai sebuah negara yang unik ia banyak perbezaannya dengan banyak negara dan wilayah yang berkerajaan lain di dunia ini. Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum dan telah merdeka sejak tahun 1957 lagi. Kini sudah 58 tahun kita merdeka dan dalam jangka masa yang agak panjang ini dunia dapat memahami keunikan yang ada kepada kita.

Di antara keunikan yang jelas terlihat ialah rakyat negara ini adalah rakyat yang baik hati yang kadangkala dianggap sebagai rakyat yang lesu dan tidak bermaya. Mereka tidak mudah merasakan apa-apa yang dilakukan terhadap mereka walaupun banyak perkara yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap mereka. Rakyat negara ini adalah rakyat yang boleh diperlakukan apa sahaja oleh pihak yang memerintah mereka.

Mereka adalah rakyat yang pemaaf sifatnya. Walaupun berbagai-bagai skandal terhadap kewangan dan harta benda negara yang mereka punyai ini, yang memimpin mereka tetap berada ditampuk kuasa tanpa banyak masalah. Skandal kewangan yang dalam jumlah berpuluh-puluh billion jumlahnya boleh dilakukan oleh kerajaan yang memimpin mereka. Mereka tetap tidak merasai apa-apa kerana mungkin mereka mendapatkan negara merdeka mereka tanpa banyak pertumpahan darah dan mendapatnya dengan begitu senang secara ‘comparative’ nya dengan negara-negara lain yang mendapatkan kemerdekaan mereka.

Jika skandal seperti yang berlaku di negara ini berlaku di negara Jepun misalnya, kerajaan kita sudah sepatutnya bertukar tangan puluhan kali sejak merdeka. Negara Jepun pernah menukar Perdana Menteri nya dua kali dalam setahun. Pertukaran itu terjadi hanya kerana kesilapan yang dianggap jauh lebih kecil berbanding dengan apa yang berlaku di negara kita. Negara itu tetap utuh walaupun Perdana Menteri nya bertukar ganti dalam jangka masa yang singkat. Kerajaannya tetap berjalan kerana kerajaan dipandu oleh sistem yang baik dan bukannya oleh individu pemimpin yang boleh melakukan segala-galanya mengikut ‘whim and fancies’mereka.

Di negara kita telah berlaku banyak kali kes pembunuhan yang tidak ada ‘criminal’nya. Pembunuhan itu berlaku seolah-olah berlaku tanpa pembunuhnya. Pada pertengah tahun lapan puluhan dahulu, saya mengenali seorang wanita yang dibunuhnya dan sampai ke hari ini tidak tahu siapa yang membunuhnya. Mustakizah yang saya kenali, dibunuh dan dalam proses siasatannya semua mereka yang dianggap sebagai saksi yang mersik telah sama-sama mati seorang demi seorang juga dengan pembunuhan.

Altantuya, gadis Monggolia mati dan jasadnya dihancurkan dengan menggunakan bom C4 dengan niat untuk menghilangkan bukti pembunuhan itu, tetapi sampai ke hari ini tidak tahu siapa yang membuatkan dua orang anggota keselamatan kita membunuhnya. Di mahkamah tidak pernah disoal dua anggota keselamatan itu siapa yang mengarahkan pembunuhan itu.

Pendeknya tidak ada usaha untuk mencari dan mengenal pasti motif pembunuhan itu. Semuanya ini dilakukan dihadapan mata dan kepala rakyat dan rakyat hidup seperti sedia kala tanpa merasakan rasa bersalah membiarkan keadaan sebegini berlaku.

Skandal pembunuhan ini diiringi oleh begitu banyak skandal kewangan dan jenayah yang besar yang tidak pernah berlaku di negara lain yang pemimpinnya masih kekal ditampuk kuasa. 1MDB sudah nyata begitu meragukan ketelusan cara pengendaliannya. Hutang yang hampir RM40 billion itu merupakan skandal yang terbesar bukan sahaja dalam sejarah negara tetapi juga dalam sejarah dunia moden ini. Ia lebih besar dari sejarah kerugian RM36 billion yang dialami oleh negara dalam ‘business’ yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pertukaran wang asing pada tahun sembilan puluhan dahulu.

Dengan berlakunya skandal yang berskala puluhan billion ringgit ini maka kerugian dalam isu Maminco dahulu yang melibatkan kerugian RM600 juta itu sudah dianggap kerugian yang kecil ibarat sekecil tahi kuku sahaja kepada negara dan pemimpinnya. Banyak lagi kerugian yang disengajakan dilakukan yang melibatkan ratusan juta berlaku tetapi pimpinan tetap selamat berada ditampuk kuasa tanpa masalah tanpa sesiapa yang mengambil ‘accountability’ terhadap kejadian yang mengerikan itu.

Ratusan billion ringgit wang dan harta rakyat telah hilang ‘dilongkang’ kerana kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan ‘accountable’.. Tetapi oleh kerana rakyat begitu pemaaf maka perkara seperti ini berulang-ulang berlaku kerana kebaikan dan sifat pemaaf rakyat itu diambil sebagai kelemahan oleh pemimpin-pemimpin kita yang serong hati dan jiwanya itu. Perlakuan yang menjijikkan itu dilakukan tanpa segan dan silu seolah-olah tidak ada undang-undang atau syariat agama yang melarangnya.

Sudah menjadi budaya yang setiap pemimpin apabila berada dipesada kuasa ‘mencari duit luar’ melalui jawatan dan kuasa yang dipegang mereka itu sudah menjadi sebati dalam jiwa mereka. Budaya ‘Mencari duit luar’ ini sudah menjadi amalan yang dihalalkan. Inilah yang menyebabkan pemimpin kita tidak dapat membuat keputusan yang betul walaupun dasar yang baik itu jelas wujud. Mengimplementasikan dasar yang baik itulah yang menjadi masalah kerana kepentingan ‘duit luar’ mereka itu mengganggu daya pertimbangan mereka dalam membuat keputusan yang betul.

Keadaan sekarang sudah terlalu lama di tanggung oleh rakyat dan rakyat juga ada had kesabaran mereka. Situasi buruk ini sekarang sudah sampai ketahap yang tidak boleh diubatkan lagi, maka rakyat wajar membuat keputusan dan tindakan yang sepatuitnya mereka lakukan sejak lama dahulu. UMNO perlukan perubahan yang drastik kerana jika parti itu masih membiarkan ‘set’ pimpinan yang ada sekarang masih berkeliaran di Putrajaya itu maka riwayat parti pemerintah sekarang tidak akan boleh bertahan lagi.

Selepas ini rakyat mahu UMNO yang dipimpin oleh ‘set’ yang baru atau memilih parti-parti alternatif yang boleh diyakini untuk mentadbir negara dengan wajar dan bertimbang rasa terhadap rakyat.

Ini sahaja lah pilihan yang ada kepada pemimpin UMNO jika mereka benar-benar mahu melihat UMNO itu terus relevan. Yang UMNO masih boleh berada di Putrajaya sekarang ini hanyalah perasaan curiga dan was-was terhadap kemampuan pembangkang kerana di antara mereka masih bercelaru seperti yang kita baca dan dengar melalui media-media massa sekarang ini.

Rakyat pun tidak mahu menggantikan dengan pihak yang akan menyumbang nasib yang sama kepada mereka. Pembangkang perlu menguatkan iltizam dan benar-benar melaksanakan apa yang mereka laungkan, bukan setakat beretorik dengan isu-isu yang lama dan basi sahaja.

Jika perjuangan mereka melaungkan keperbilangan kaum, perlaksanaannya perlu ‘real’ dan bukan hanya tipu helah dan muslihat yang mengelirukan ramai semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan menangguk di air yang keruh.

Tetapi jika UMNO dapat melakukan perubahan drastik sekarang ini maka ia merupakan keadaan yang sangat berfaedah kepada rakyat. Perubahan dan transformasi itu pun perlu benar dan 'real', bukan setakat berucap dengan gegaran suara yang lantang seperti halalintar yang kuat sahaja.

Rakyat sudah kenyang dengan tipu muslihat dan janji kosong semua pihak selama ini. Kali ini siapa yang boleh berubah dahulu dengan ‘real’ mereka lah yang selayaknya mentadbir negara yang telah terabai sejak dua tiga dekad yang lalu.

14 December 2014

Di antara T. Adnan, Khairudin Abu Hasan dan perjuangan UMNO

UMNO menjadi defensif apabila Datuk Paduka Khairudin Abu Hasan, Timbalan Ketua UMNO bahagian Batu Kawan membuat laporan Polis terhadap 1MDB tiga hari yang lepas. Setiausaha Agung nya T. Adnan Mansor telah membuat kenyataan meminta Khairudin menarik balik laporan polis yang beliau buat di Kuala Lumpur tiga hari yang lepas.

Tengku Adnan menyatakan itu bukan pendirian parti tetapi pendirian individu seperti Khairudin yang tidak faham tentang perjuangan parti. Apa yang beliau (T Adnan) faham tentang perjuangan parti pun saya tidak tahu. Bagi saya Khairudin adalah lebih mentaati perjuangan parti yang tidak mahu UMNO  dan pemimpinnya melakukan kerja yang beliau ‘suspect’ sebagai kerja terkutuk itu, iaitu menjadikan 1MDB sebagai landasan untuk beberapa individu mengaut kepentingan peribadi dalam skala yang besar.

Tentu nya tindakan Khairudin itu adalah untuk membersihkan kerajaan yang dipimpin UMNO untuk tidak dipersoalkan integritinya dan itu pun yang setiap ahli UMNO patut lakukan untuk membersihkan UMNO itu dari imej buruk dan melalui proses kereputan yang tidak dapat diubati. Jika UMNO bertindak terhadap ahli nya yang mahukan isu ini dibersihkan, maka parti itu dengan sendiri serta sekali gus dianggap seperti parti yang cuba menutup perlakuan dan tindakan salah kerajaan rakyat ini.

Jika Tengku Adnan benar dengan perjuangannya beliau tidak perlu merasa takut jika 1MDB tidak melakukan kesalahan. Setiausaha Agung UMNO itu tidak perlu menyalahkan orang lain kononnya terpengaruh dengan pembangkang dan pihak-pihak lain. Berani kerana benar dan takut kerana bersalah.

Tidak guna Adnan menuduh pembangkang mempengaruhi Khairudin, kerana isu 1MDB ini sudah terbongkar banyak perkara dan adalah lebih baik dibuka segala apa yang dilakukan oleh 1MDB ini yang wujudnya dengan menggunakan wang pembayar cukai.

Tetapi elok kita bertanya kepada Adnan ini, apa dia perjuangan parti UMNO itu jika beliau benar-benar tahu dan faham tentang perjuangan partinya yang beliau sertai pada tahun 1984 dahulu itu? Sudah lebih sepuluh tahun saya tidak bertemu dengan bekas rakan saya ini.

Semasa kali terakhir saya bertemu dengan beliau secara peribadinya saya belum nampak semasa itu beliau sudah memahami apa itu UMNO dan perjuangannya. Beliau hanyalah seorang ‘social climber’ yang gigih dan UMNO lah tempat yang mudah baginya untuk berjaya dalam ‘social climbing’ nya itu. Saya tidak menyalahkan usaha beliau itu tetapi beliau bukanlah pejuang UMNO.

Beliau sama sahaja dengan ramai pemimpin yang lain dalam UMNO sekarang ini yang sudah hilang sisek-sisek perjuangan parti itu. Politik beliau itu hanya mengikut resmi air, dimana lekok di situ beliau berhenti.

13 December 2014

Lakukanlah kerja mungkar dalam batu pejal sekali pun, akan terbongkar juga akhirnya

Isu dan keraguan ramai terhadap 1MDB ini sudah kita dengar bertahun dahulu, malahan ramai juga yang memberitahu saya yang kita tidak perlu susah-susah membongkar ketidak-jujuran kerajaan kita dalam isu ini. Mereka berpendapat ia akan terbongkar sendiri. Kata mereka, jika kita melakukan kemungkaran, walaupun dalam batu yang pejal sekali pun, batu itu akan akhirnya pecah dan akan menampakkan segala-galanya tanpa bersusah payah untuk memecahkan batu-batu pejal itu. Perbuatan mungkar tetap akan diketahui umum juga akhirnya.

Sekarang nyata nasihat rakan-rakan saya itu mula menampakkan kebenarannya kerana ia sekarang sudah mula terbongkar sedikit demi sedikit dan saya percaya ia akan terlambak tanpa dapat dihalang lagi. Malahan isu 1MDB ini merupakan isu yang menjadi ‘immediate cause’ untuk kejatuhan pimpinan yang tidak mempunyai moral lagi untuk memimpin kita. Setengah orang penyebab kematian mereka ialah kerana serangan jantung, setengahnya kerana serangan asma dan ramai kerana penyakit kencing manis yang serius.

Mungkin yang bertambah jelas sekarang, 1MDB akan menyebabkan kejatuhan pimpinan yang terlalu banyak persoalan dan keraguan terhadap mereka. Tidak ada apa-apa lagi yang pimpinan sekarang untuk mencari benteng pertahanan terhadap isu yang dibangkitkan terhadap mereka. Laporan Polis yang dibuat oleh pemimpin UMNO, Khairudin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, P Pinang dua hari lepas membuktikan yang isu 1MDB ini sudah membarah dan isu ini merupakan penyakit terminal bagi ‘set’ kepimpinan UMNO sekarang ini.

Seorang Ahli Parlimen Malaysia berkata, “Najib sedang diambang kejatuhan dan tidak siapa yang akan mempertahankan beliau lagi kerana mempertahankannya merupakan beban yang teramat berat bagi kita”. Beliau menambah yang sesiapa yang menyokong dan mempertahankan Najib dalam isu ini akan juga bersama-sama rebah dan tidak akan ada sesiapa yang akan mengambil pusing terhadap mereka lagi.

Sesiapa yang serius untuk memperbetulkan keadaan negara mempertahankan Najib merupakan agen penggagal terhadap usaha penambah-baikan negara. Setengah pihak mahu melihat segala usaha penambah-baikan negara itu gagal kerana mereka mendapat kepentingan yang besar jika keadaan itu terus berlaku.

Mereka berseronok dan tidak mungkin mereka mendapat apa-apa keuntungan jika negara dibaik-pulih keadaannya. Penambah-baikan dan pepulihan negara itu bermakna mereka terpaksa keluar dan berundur dan akan hilang segala nikmat yang mereka perolehi semasa negara sedang dalam keadaan buruk seperti sekarang ini.

Jika negara ditadbir dengan baik masakan khazanah negara akan merelakan pelaburan terhadap wang rakyat itu dibuat di Caymen Island, misalnya, dan masakan wang sebanyak itu boleh dibelanjakan tanpa pulangan yang baik diperolehi. Masakan negara terpaksa membayar faedah yang begitu tinggi jika negara ditadbir dengan betul dan jujur.

Mereka bukan tidak tahu yang 1MDB itu membuat pelaburan yang tidak baik di Cayman Island itu, tetapi oleh kerana ada pihak yang mendapat laba yang besar dengan menggunakan pelaburan yang bodoh itu, maka ia dilakukan juga walaupun mereka tahu yang perbuatan mereka itu pasti akan merugikan negara kita. Mereka merupakan penjenayah putih yang tidak ada tolok bandingnya dan tidak mempunyai ‘conscience’ walau pun sedikit di dalam jiwa mereka dan mereka berlindung di sebalik kuasa yang mereka pegang hasil dari amanah yang diberikan oleh rakyat untuk memegang kuasa itu.

Pimpinan kita tidak boleh dipercayai lagi walaupun begitu giat usaha untuk mengembalikan keyakinan ramai. Rakyat tahu niat dan tujuan mereka membuat pelaburan ditempat yang sangat meragukan itu dan tidak ramai selain dari mereka yang curang terhadap negara mereka sahaja yang mahu melalui risiko pelaburan yang besar di Cayman Island itu.

Walaupun masing-masing bercakap seolah tanpa was-was tentang Tuhan, tetapi jelas mereka tidak percaya dan menyakini, Law of Nature, yang merupakan perkara yang hakiki dan nyata kebenarannya.

Namun perkara ini terpulang kepada individu-individu untuk menerima atau menolak isu ini, kerana tiada siapa yang memaksa sesiapa untuk mempercayainya.

Najib, seperti tikus memperbaiki labu

UMNO sekarang dalam keadaan yang terburuk dalam sejarah penubuhannya dan penguasaannya keatas kerajaan. UMNO sudah tidak tentu rupa bentuknya lagi dan UMNO sedang teraba-raba dalam kegelapan. Pemimpin UMNO khususnya pucuk pimpinannya bukan tidak mahu berubah tetapi mereka tidak tahu cara untuk berubah dan apa yang mereka perlu ubah. Terlalu banyak untuk diubah, tidak tahu yang mana satu yang hendak diubah dahulu dan yang mana hendak diubah kemudian.

Kita tahu dan yakin, jika ini jugalah kumpulan yang diamanahkan untuk terus memimpin parti itu, UMNO itu sendiri akan terjun bersama mereka. Mereka sekarang tidak sedar yang mereka adalah ‘liability’ besar dan penyumbang kepada kehancuran parti itu dan bukannya pemimpin kepada negara lagi. Kita berterus teranglah, Najib dan kumpulannya tidak lagi mampu untuk membetulkan parti ini. Hanya jika kita berniat untuk merosakan negara dengan lebih teruk lagi sahaja, baru kita berikan tugas untuk menyambung amanah yang telah diberikan sebelum ini.

Semuanya dan serba-serbinya diambang kehancuran dan ia amat susah untuk memperbaiki segala kelemahan mereka dalam sekali gus. UMNO sudah terbiar oleh pimpinannya sejak tiga puluh tahun dahulu. Seperti yang disebut dalam posting sebelum ini, UMNO sedang dipimpin oleh mereka yang tidak mempunyai ‘talent’ untuk melalui proses memperbetulkan parti mereka.

Berlagak dan berlakon seperti pemimpin yang berkepimpinan, sudah tidak lagi dapat menyorokkan kemampuan dan nilai kepimpinan mereka yang lemah dan buruk itu. Mereka tidak pernah belajar kerana mereka tidak tahu apa yang hendak dipelajari dalam kepimpinan negara. Mereka tidak mampu untuk menjadi pemimpin sebenar maka mereka terus sahaja memaparkan nilai kulit sahaja dalam kepimpinan mereka. ‘They are not leaders; they are just acting like one’

Lagi mereka mengumumkan tindakan pembaik-pulihan, lagi dalam masalah yang mereka hadapi. Tidak payah disebut lagi segala masalah yang mereka hadapi dan mengulangi acapkali. Sekarang waktu untuk bertindak secara drastik untuk mendapatkan perubahan itu. Najib dan barisannya perlu dan wajar berundur jika mereka mahu dikenang sebagai penyelamat parti terbesar itu. Pengunduran Najib dan barisannya merupakan sumbangan terbesar mereka kepada negara.

Hanya dengan berundur sahaja yang membolehkan mereka dianggap sebagai penyelamat parti itu, kerana jika mereka masih kekal bergayut kepada parti itu, mereka sendiri merupakan penyumbang besar kepada kemusnahan parti yang memimpin kerajaan sejak merdeka dahulu.

UMNO sekarang ibarat telur dihujung tanduk. Ia juga boleh diibaratkan seperti kapal besar yang sudah berkarat terumbang ambing di lautan luas tanpa nakhoda. Oleh kerana nakhoda yang sudah hilang punca dan arah anak-anak kapal dan penumpang dalamnya sedang mabuk dan muntah-muntah kerana hala tuju yang tidak menentu.

Baru-baru ini terjadi peristiwa yang tidak pernah terjadi kepada mana-mana Perdana Menteri sebelum ini dimana seramai 25 orang manusia ternama telah menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri Najib, mengkritik PM secara terbuka. Semua orang tahu apa isi kandungan surat itu, tetapi yang saya hendak sebut ini ialah ia merupakan tanda dan bukti yang Najib sudah sepatutnya berhenti dan membiarkan sesiapa yang berpengalaman dari kalangan tokoh politik dan ‘planners’ untuk membawa negara ini kepada politik baru yang saya sebutkan tanpa jemu-jemu sejak beberapa lama dahulu.

Najib mesti jaga 'air mukanya sendiri' dan mengambil tindakan tokoh-tokoh besar negara itu dengan jiwa yang besar. PM dan kabinet hari ini wajar menerima hakikat yang barisan kepimpinan hari ini tidak boleh meneruskan kepimpinan mereka lagi. Penghantaran surat secara terbuka dengan berani ini adalah petanda yang rakyat sudah tidak lagi dapat menahan kelemahan kerajaan hari ini.

Semua pemain politik yang menguasai kerajaan hari ini wajar mengangkat bendera putih dan menyerah sahaja jika mereka masih ada saki baki harga diri mereka. Mereka adalah dikalangan yang bernama dan bergelar yang pernah menjadi Ketua-Ketua Jabatan pelaksana kepada kerajaan kita. Mereka terdiri dari bekas Hakim-Hakim, bekas Duta-Duta Besar Negara, bekas Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan bekas pegawai tertinggi angkatan tentera dan Polis dan berbagai-bagai lagi jabatan pertubuhan.

Ini merupakan undi tidak percaya yang dilakukan secara terbuka dan jika ia diarahkan kepada Perdana Menteri ia adalah juga arah kepada seluruh ahli-ahli jemaah kabinet yang mentadbir negara kita sekarang. Ahli-Ahli Jemaah Kabinet sekarang adalah kabinet lantikan Perdana Menteri, maka mereka juga wajar berhenti bersama PM yang melantik mereka.

Mereka yang menulis surat terbuka itu juga wajar memahami hakikat yang merosakan negara tidak mungkin boleh diyakini untuk memulihkan keadaan negara sekarang ini. Seperti yang disebutkan tadi jika kita bercadang dan berhajat untuk merosakan lagi negara sahaja baru kita boleh memberikan tanggungjawab membaik pulih negara itu dilakukan oleh mereka yang sedang memimpin negara sekarang ini. Mereka hanya berkebolehan untuk meranapkan segala fabrik politik, kerajaan dan kenegaraan sahaja.

Ada yang menganggap kepimpinan hari ini adalah makhluk perosak (pest) kepada negara ini. Meminta mereka memperbaiki negara serupalah seperti yang disebutkan oleh perbidalan, ‘seperti tikus membaiki labu’ sahaja.

11 December 2014

Di antara 'genuine' dan 'faked leaders'

Selagi permainan politik dikuasai oleh pemimpin-pemimpin yang ‘non-talented’ selagi itulah Malaysia tidak akan berjaya kembali kepada keadaan yang pernah rakyat Malaysia alami semasa pemerintahan dua atau tiga Perdana Menteri selepas merdeka dahulu. Bagi pemimpin yang jenis ini mereka hanya pandai berpolitik tanpa memahami apa sebenarnya yang perlu ada dalam politik itu sendiri. Politik yang tidak berjiwa merupakan ‘attribute’ kepimpinan apabila negara dipimpin oleh mereka yang tidak mempunyai ‘talent’ kepimpinan seperti yang saya katakan itu.

Mereka-mereka ini selayaknya duduk dan bersembang kosong sambil menghisap rokok daun dengan orang-orang seperti kami dibawah ini yang tidak ‘talented’ ini. Itulah sebabnya kita memerlukan mereka yang berkebolehan untuk memimpin negara dengan pimpinan yang berjiwa dan mempunyai keupayaan untuk membuat perancangan yang terbaik untuk negara, apatah lagi bagi negara kita yang penuh ‘diversified’ dari segi kaum, agama dan cara hidup ini.

Sekarang ini nasi sudah hampir menjadi bubur. Dalam serba serbinya kita sudah kehilangan pedoman. Kepimpinan yang berpedoman itu adalah dari mereka yang mempunyai pemikiran yang tertumpu kepada membina jiwa negara itu. Bagi pimpinan sekarang mereka hanya bercakap tentang ekonomi semata-mata kerana mereka menganggap pembangunan ekonomi dan pembangunan fisikal itu merupakan satu-satunya elemen yang perlu diberikan perhatian dalam ‘nation building’ itu. Unsur-unsur lain diketepikan sehinggakan negara dibangunkan dengan keadaan tempang dalam serba serbinya.

Mereka tidak percaya mengekalkan budaya bangsa-bangsa rakyat dalam negara itu merupakan satu kemestian bagi kita tidak menjejaskan pembangunan budaya bangsa-bangsa yang ada dalam negara kita untuk kita saling hormat menghormati di antara kaum-kaum yang berbeza itu. Malahan ramai dikalangan orang Melayu sendiri sudah terbentuk cara hidup Melayu itu menyekat pembangunan bangsanya. Kita boleh berjaya untuk menempa kemajuan tanpa meninggalkan budaya kita kerana budaya itu adalah lambang bangsa kita.

Orang Jepun tetap maju walaupun mereka mengekalkan budaya hidup menghormati dan tunduk menunduk bila bercakap dan berbicara sesama mereka dan orang lain. Begitu juga sifat dan ‘attribute’ bangsa Thai yang masih mengekalkan budaya asalnya tetapi tidak terhalang untuk maju mengikut peredaran
zaman dan waktunya.

Kita disini tidak mengakui yang asas dan budaya serta cara hidup kita itu boleh dikekalkan sambil membawa kemajuan kepada bangsa dan negara. Kini kita telah meninggalkan segala-galanya sehinggakan kita sudah mula kehilangan identiti kerana mengejar kemajuan seolah-olah ‘attribute’ yang diberikan Tuhan itu tidak memberikan ruang bagi menempa kemajuan.

Kita semuanya sibuk mencari kekayaan tanpa mengira moral yang sepatutnya bersama dengan kita dalam menuju kemajuan itu. Sikap materialistik bangsa kita telah menghilangkan sifat jiwa luhur bangsa kita sehingga kita boleh melakukan rasuah dan berbagai-bagai lagi tindakan buruk diatas nama mengejar kemajuan di dunia ini. Bagi pemimpin pula mereka merasakan pembinaan fisikal adalah komponen terbesar dalam pembangunan negara sedang pembangunan fisikal itu merupakan hanya sebahagian kecil komponen dalam proses membangunkan negara.

Kita tidak mempunyai ‘natural’ dan ‘talented leaders’ dan mereka tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Maka pemimpin-pemimpin yang ‘unnatural’ dan ‘untalented’ ini telah membawa padah kepada rakyat dan negara kerana mereka dipimpin oleh mereka yang tidak berkepimpinan.

Mereka adalah dikalangan pelakon-pelakon yang berpura-pura memahami apa yang mereka hendak lakukan tetapi hakikatnya mereka tidak memahami apa yang mereka perlu lakukan. Mereka bercakap tentang ekonomi ‘which they know too little’ dan mereka tidak lebih pengetahuan mereka dari saya dan kami yang berada dibawah ini. Mereka bercakap tentang perpaduan nasional (national unity) tetapi segala tindakan mereka bertentangan dengan apa yang mereka perkatakan. Mereka sekali sekala bercakap tentang pembersihan negara dari budaya rasuah sedangkan intergriti mereka tentang isu ini amat diragui.

Selagi kita dipimpin oleh mereka yang meragukan integriti mereka, selagi itulah masalah dan kekalutan ini tidak akan selesai. Bagaimana mereka yang menyumbang kepada permasalahan negara boleh membetulkan keadaan kerana manusia ini mempunyai kebolehan masing-masing.

Jika kebolehan mereka ialah untuk memecah-belahkan negara bagaimana mereka boleh dan berkemampuan untuk menyatukan negara? Jika pemimpin mempunyai kepentingan peribadi dan keluarga yang besar bagaimana mereka hendak mengambil keputusan dengan betul kerana setiap keputusan penting untuk negara itu di tempelkan dengan kepentingan peribadi serta keluarga dan keturunan mereka.

Yang dikatakan ‘talented leaders’ bagi negara kita ialah mereka yang sejujurnya mendahulukan kepentingan negara bukannya menyelitkan kepentinagn keluarga bersama dengan slogan dan keputusan yang dibuat itu. ‘Untalented leaders’ selalunya menumpukan masa dan tenaga untuk menaikan imej dan ‘disposition’ mereka kerana mereka tidak ‘natural’ dan tidak berpijak di atas bumi yang nyata. ‘They are faked leaders stand-in like true and natural leaders’

Terlalu banyak masa dan tenaga dibazirkan untuk menunjuk-nunjukkan yang mereka adalah pemimpin berwibawa sedangkan semua yang mereka tunjukkan itu merupakan kosmetik yang ditempelkan kepada diri mereka yang terlalu banyak kekurangan itu.

Mereka adalah dari gulungan yang fakir jiwa dan kepimpinan. Kesilapan dan kerendahan akhlak kepimpinan mereka mudah terserlah kerana apa yang digambarkan hanya pada kulit itu tidak kekal lama dan mudah pudar, maka yang akan berlaku mengikut 'consequence' nya ialah apa yang kita sedang alami sekarang ini...sebuah negara yang seolah-olah tidak berkerajaan lagi.

09 December 2014

Alvin dan Ali, perginya tidak dihalau, pulangnya pun tidak perlu dijemput

Isu Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil menjadi isu yang terkini yang tersiar dalam akhbar dan portal alternatif dan kita dengar berbagai-bagai reaksi terhadap pembatalan pasport antarabangsa mereka. Alvin Tan dikatakan telah melarikan diri ke AS manakala Ali Abd Jalil kini mendapat perlindungan suaka politik di Sweden.

Penarikan balik pasport antarabangsa itu adalah isu biasa dan bukan sahaja Alvin dan Ali yang mendapat pembatalan pasport antarabangsa itu, malahan ribuan yang mendapat nasib yang sama kerana berbagai-bagai sebab seperti mengalamai kebankrapan dan sebagainya. Tidak timbul pemansuhan kewarganegaraan kedua-dua mereka dan isu ini tidak perlu dijadikan isu yang perlu dibahaskan dengan hangat.

Kedua-duanya tetap warganegara ini dan mereka adalah sama seperti mereka yang melakukan kesalahan lain yang tidak dibenarkan memiliki pasport antarabangsa untuk perjalanan jauh ke negara lain.

Bagi mereka yang mempunyai pemikiran yang ‘level headed’ isu ini bukanlah satu isu besar. Negara mempunyai Perlembagaan dan Undang-Undang. Kita boleh berselisih pandangan dan pendapat tetapi asas penting sebagai rakyat sebuah negara yng mempunyai Undang-Undang dan Perlembagaan tindakan kedua-duanya meremehkan agama dan Raja-Raja Melayu itu sememangnya memerlukan reaksi dari pihak yang berwajib.

Tidak usahlah kita percaya dimana-mana dinegara lain kita akan mendapat kebebasan seratus peratus seperti haiwan di hutan. Di Sweden, kita telah faham sekarang, merotan anak pun adalah salah dari segi undang-undang sedangkan agama kita meminta ibu bapa merotan dengan cermat anak-anak yang tidak mahu dan engkar untuk bersolat setelah umurnya sampai tujuh tahun.

Harimau liar di hutan tidak terjumpa di luar hutan kerana harimau itu tahu dia tidak selamat kalau masuk kawasan bandar seperti Kuala Lumpur atau di Bahau. Tempatnya di hutan belantara bukannya di bandar atau di tempat yang sudah terbuka kawasannya kepada manusia.

Apatah lagi manusia, undang-undang itu penting kerana manusia mesti mengikut undang-undang yang ada semata-mata untuk menjadikan kehidupan manusia sejagat tersusun hidup mereka dan beretika dalam kehidupan seharian.

Jika marah kepada UMNO tumpukan usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat dan jika gagal jangan membakar negara kerana kita gagal untuk menjatuhkan parti itu. Ramai di kalangan yang muda sekarang mahukan kebebasan seperti kebebasan haiwan di hutan yang sendirinya tidak sebebas yang di jangka manusia.

Tetapi mereka yang berfikiran begini susah untuk di ajar, maka yang paling baik ialah untuk mengabaikan sahaja tindakan mereka, apatah lagi mereka memilih untuk duduk diluar negara. Tidak ada siapa yang menghalau mereka tetapi mereka sendiri yang pergi meninggalkan negara ini. Tetapi mereka juga tidak diminta pulang kerana mereka melanggar undang-undang yang ada. Bak kata perpatah, 'perginya tidak dihalau, pulangnya nanti tidak dijemput. Perginya tidak nampak belakang dan jika mereka pulang pun tidak nampak mukanya'.

Anak-anak muda begitulah. Mereka terpaksa belajar melalui pengalaman sendiri dan tidak mahu belajar dari kesilapan orang lain. Mungkin terlalu terpengaruh dengan tindakan politik yang beremosi setengah pihak yang membuatkan mereka begitu agressif, kita memahami keadaan mereka. 'Anak muda julung berkeris, batang pisang pun disanggah mereka'.

Maka adalah tidak bijak bagi pemimpin seperti Ahmad Zahid Hamidi untuk berpolimik dengan kedua-dua mereka ini jika beliau mahu mengekalkan intergriti sebagai seorang pemimpin tinggi dalam kerajaan yang diberikan kuasa yang besar untuk bertindak di atas landasan undang-undang yang ada.

Mereka bukannya mempunyai ‘consequence’ apa-apa maka tidak perlu memberikan reaksi terhadap kenyataan-kenyataan mereka. Jika pemimpin kita memberikan respons dan meneruskan polimik dengan mereka ia akan hanya menjelaskan lagi betapa dhaifnya status kepimpinan sesiapa yang memberikan reaksi itu.

Jika tindakan mereka membatalkan dokumen perjalanan mereka itu dianggap betul lakukan tanpa mengeluarkan suara yang marah kerana jika melatah secara begini ia akan diyakini yang pimpinan yang berkuasa ini tidak mempunyai keyakinan diatas tindakan beliau sendiri.

Maka tidak perlu berpolimik dan biarkan masa menentukan  kehidupan mereka yang mendapat perlindungan suaka politik itu. Jangan dijinakkan oleh permainan politik setengah pihak dan individu dengan melatah dan tidak berhenti-henti memberikan reaksi. Zahid sepatutnya lebih dewasa dalam isu ini.

Asalkan kita tidak menghalau dan menjemput mereka kembali serta tidak melucutkan kewarganegaraan itu sudah memadai bagi kedua-dua mereka. Mereka tentulah mempunyai kehidupan yang lebih baik ditempat lain dan mungkin kebebasan yang mereka cari itu terdapat ditempat lain. We wish them all the best. Asalkan elok untuk mereka kita tidak boleh marah-marah. Itu hak mereka.

Kita berharap kedua-dua anak muda ini akan berjaya ditempat idaman mereka kerana mereka tidak berkeyakinan mendapat kehidupan yang baik di sini. Mereka boleh tinggal dinegara yang tidak beraja dan tidak ada UMNO atau dengan apa-apa yang mereka tidak gemar disini. Masing-masing mempunyai kebebasan untuk tinggal dimana-mana.

Bagi Alvin dia boleh mencari kedamaian dengan masyarakat yang berbudayakan seks bebas kerana di sini kita tidak menerima budaya kotor itu. Kita di sini adalah manusia yang masih menjaga budaya bersih dari budaya seks bebas ini. Kita pecaya seks bebas ini hanya dilakukan oleh haiwan seperti kambing dan anjing dan lain-lain sahaja.

Ingat, semasa kita tiada lagi, segala dosa dan noda kita ditanggung oleh generasi kita

Di antara isu yang menarik bagi saya minggu ini ialah ucapan Najib kepada pegawai-pegawai di Jabatan Perdana Menteri pagi semalam di Putrajaya. Beliau telah menyebut yang undang-undang yang berhubung dengan rasuah diperketatkan dan kali ini pemberi rasuah juga patut diambil tindakan tegas kerana rasuah adalah punca kepada segala masalah kepada negara.

Beliau berkata syarikat-syarikat swasta yang menghulurkan rasuah perlu dihentikan dan tindakan tegas wajar diambil sebagai satu cara yang difikirkan perlu untuk dilakukan bagi memberhentikan kegiatan rasuah yang telah menjadi perhatian umum yang tidak dapat di tanggalkan dari batang tubuh poemimpin dan kerajaan hari ini.

Apa yang dikatakan Najib itu benar, tetapi masalahnya pimpinannya sendiri merupakan pimpinan yang terlibat dengan kegiatan memberi dan menerima rasuah itu. Rasuah sememangnya satu penyakit yang akan sentiasa berterusan, kerana melakukan rasuah itu tidak dapat menyelesaikan masalah pemberinya dengan sekali gus.

Syarikat-syarikat yang memberi rasuah kepada kerajaan samada kepada pemimpin parti pemerintah mahupun kepada pelaksana, akan berterusan setiap kali mahu mendapatkan projek dari kerajaan. Ini terpaksa meneruskan perlakuan ini disebabkan ia sudah menjadi budaya dan kepada pemimpin Kementerian dan Jabatan akan mengharapkan imbuhan setiap jabatan dan kementeriannya memberikan projek kepada penerima syarikat-syarikat itu.

Tujuan syarikat-syarikat swasta memberikan rasuah itu ialah untuk mendapatkan projek dan tujuan penerimanya mengambil wang rasuah itu ialah untuk menyempurnakan budaya rasuah yang telah tertanam sejak dua tiga dekad dahulu.

Najib telah meminta kerjasama setiap parti politik untuk bersama memerangi rasuah ini kerana ia adalah masalah bersama kita, katanya kepada pegawai di JPM semalam. Kalau begitulah niat Najib maka kita wajar bertanya kepada nya samada pemberian rasuah BRIM itu patut dihentikan? Bukankah pemberian BRIM itu merupakan sogokan terhadap rakyat untuk memberikan sokongan terhadap kerajaan pimpinannya?

Seperti juga syarikat-syarikat swasta yang memberikan rasuah kepada pegawai kerajaan dan pemimpin kerajaan, pemberian BRIM itu boleh dikategorikan sebagai rasuah juga. Syarikat swasta memberikan rasuah untuk mendapatkan projek, pemberian BRIM itu pula adalah untuk mendapatkan sokongan ramai terhadap kerajaan. Kedua-duanya ini tidak boleh menyelesaikan masalah dan terpaksa dilakukan setiap kali hendak mendapatkan sokongan dan projek tadi.

BRIM tidak boleh menyelesaikan masalah kehidupan rakyat dan syarikat-syarikat swasta itu tidak akan terus mendapat projek dengan pemberian rasuah sekali dua sahaja. Ia terpaksa dilakukan selagi syarikat itu mahu membuat bisnes.

Oleh itu Najib sepatutnya suluh dirinya ke dalam samada beliau layak untuk bercakap dan menambah janji-janjinya yang masih banyak belum terlaksana. Bagi saya keadaan ini sukar dilaksanakan oleh pimpinannya kerana yang melakukan tindakan rasuah ini terjadi semasa pentadbirannya maka ia tidak layak untuk diyakini ia akan tercapai. Ia akan hanya tercapai jika ia dilakukan oleh ‘set’ kepimpinan yang baru.

Kita perlu ingat selama ini, ‘set’ kepimpinan inilah yang membuatkan negara retak segala-galanya, dan jika berhajat untuk melihat keadaan semakin buruk, maka ‘set’ sekarang inilah yang selayaknya untuk melakukan pembaharuan itu, dan barulah kita terima cadangan Najib itu.

Blog ini pernah memberikan pandangan yang ‘conclusive’ tentang ‘set’ kepimpinan sekarang. Jika kita ingin terus memecah-belahkan negara, kita teruskan sokongan kepada ‘set’ kepimpinan sekarang. Jika kita mahu memecah-belahkan negara ini dengan lebih teruk dan cepat, maka berikan tanggungjawab memperbaikinya kepada ‘set’ ini juga.

Oleh yang demikian janji Najib semalam untuk bertindak terhadap pemberi rasuah itu elok kita abaikan sahaja kerana kita tahu ia merupakan satu lagi janji yang tidak akan tertunai. Mungkin Najib bercakap seperti itu kepada kakitangan beliau itu kerana beliau sudah kekurangan isu yang hendak beliau perkatakan sahaja.

Rakyat sudah terlalu kenyang dengan janji-janji beliau dan sudah tidak lagi berselera untuk menerima lagi janji-janji tambahan darinya. Jika serius untuk menghapuskan rasuah dalam negara kita, ‘set’ kepimpinan hari ini wajar berhenti dan bersara kerana jika mereka bersara peluang untuk menghapuskan rasuah itu lebih mudah untuk dilakukan.

Itu sebabnya saya katakan dalam posting yang lepas, jika Najib benar-benar hendak meninggalkan nama dan jasanya kepada negara dan rakyat, beliau hanya perlu bersara bersama ‘set’ kepimpinan beliau yang ada pada hari ini. Jasa beliau itu akan tetap dikenang sehingga bila-bila.

Hendak berjasa bukan semestinya bergayut terus kepada kuasa, melepaskan kuasa juga merupakan jasa yang sangat ‘noble’ bagi beliau lakukan. Najib perlu ingat meringankan keresahan rakyat itu merupakan ubudiyah terbaik sekali dan mendapat ganjaran yang baik dari Maha Pencipta kita.

Lain-lain perkataan Najib akan mendapat pahala yang besar jika niatnya untuk berhenti itu ialah untuk kebaikan rakyat dan negara. Kita perlu tahu dalam sisa-sisa hidup, kita perlu berusaha untuk disenangi oleh jiran tetangga dan ahli-ahli dalam kariah kita. Dalam larian seratus meter, cara permulaan itu kurang pentingnya tetapi yang terpenting ialah semasa tiba kegarisan penamatnya, kita menang.

Begitu juga dalam semua amalan dan ubudiyah dan sedekah kita sepanjang hayat kita, semuanya itu adalah untuk satu saat, iaitu semasa akhir kalam kita, kita mati dalam kalimah!.

Jangan kita bebankan generasi kita yang akan datang dengan segala ‘evil causes’ yang kita lakukan sekarang ini. Segala kesalahan dan noda kita akan ditanggung oleh generasi kita bahangnya semasa kita sudah tiada di dunia ini nanti.

08 December 2014

Najib sepatutnya mula berfikir untuk bersara

Najib mengambil keputusan untuk membawa Rafizi Ramli dan Tony Phua ke muka pengadilan kerana kritikan keras kedua-dua ahli parlimen pembangkang ini terhadap beberapa isu termasuk isu 1MDB yang berterusan dibangkitkan oleh kedua-dua pemimpin pembangkang ini. Ada pihak yang memberikan reaksi sebagai tindakan kebudak-budakan dan ada yang juga menyokong tindakan Najib itu.

Bagi saya, tindakan Najib itu boleh didukung dan juga boleh ditentang. Saya menyokong tindakan Najib itu kerana Najib sudah kehilangan jalan dan usaha yang betul untuk menolak tuduhan yang dilemparkan kepada beliau. Sebagai seorang pemimpin lemah Najib tidak mempunyai kudrat untuk bertindak secara politik kerana 1MDB itu sesungguhnya telah membawa pimpinan Najib sekarang merudum ke peringkat yang terendah.

Maka mengambil tindakan undang-undang merupakan jalan yang terakhir bagi beliau untuk mempertahankan diri beliau yang sudah tersepit dengan isu 1MDB ini. Dalam situasi sekarang Najib tidak boleh dipersalahkan kerana beliau sedang berhadapan dengan masalah besar dalam memimpin negara dan apabila terdesak tentulah beliau akan melakukan perkara-perkara dan tindakan yang tidak tepat. Pemimpin yang sudah lesu tidak akan membuat keputusan yang baik.  Dalam masa yang sama tindakan itu sendiri akan menambah ‘aura’ kepimpinan kedua mereka yang sedang di ambil tindakan itu.

Sesungguhnya tindakan Najib itu telah menambahkan kekurangan keyakinan rakyat terhadap beliau kerana tidak mempunyai kemampuan untuk mempertahankan isu ini dengan cara politik. Mungkin tindakan undang-undang merupakan satu-satunya jalan untuk melengahkan isu 1MDB ini terjawab kerana Najib sedang menghadapi terlalu banyak beban dalam kepimpinannya untuk diselenggarakan.

Najib tidak mahu jika boleh, untuk melepaskan tanggungjawab memimpin negara ini kepada orang lain kerana mempertahankan jawatan di Putrajaya itu selama yang boleh merupakan ‘ultimate’ bagi beliau dan beliau akan melakukannya ‘at all costs’.

Najib lebih rela negara jatuh dan jahanam daripada turun dari jawatan yang beliau tidak mampu lagi melaksanakan tanggungjawabnya itu. Najib bukan tidak sedar yang beliau sudah kehilangan panduan dan arah untuk kembali membawa negara ke landasan yang betul, tetapi kerana kepentingan peribadi beliau, Najib sanggup membawa negara jatuh dan berkecai.

Sekarang Najib sedang menghadapi masalah kejatuhan harga minyak dunia yang secara ‘direct’ memberikan impak terhadap kepimpinan beliau. Bagi mereeka yang rasional dan prakmatik Najib sepatutnya mengubah angka-angka yang di ‘baca’ nya dalam pembentangan bajet 2015 Oktober lalu kerana seperti yang kita sedia mengetahuinya bajet itu telah didasarkan kepada harga minyak yang melebihi USD80 dan dengan kejatuhan harga minyak ke paras bawah USD70 sekarang ini, ia tentunya akan mempengaruhi bajet yang beliau telah bentangkan itu.

Kalau ditanya mereka yang tidak mempunyai kecenderungan untuk memihak kepada mana-mana parti politik dan memberikan pandangan dengan betul dan adil, Najib sepatutnya mengangkat bendera putih dan berundur dari jawatan yang beliau pegang sekarang ini. Beliau sepatutnya berkorban untuk negara kerana berkorban dan meletakan jawatan itu juga merupakan satu pengorbanan untuk negara.

Kita mesti mengakui setiap orang itu ada yang mereka tidak dapat melakukannya dan dalam isu kepimpinan negara ini Najib sememangnya tidak kena pada tempatnya untuk bergayut lagi. Mungkin Najib lebih pandai melakukan kerja dan tanggungjawab lain tetapi untuk terus menjadi Perdana Menteri adalah satu kerja dan tindakan yang salah. Saya berharap pandangan ini tidak akan dianggap sebagai menghasut kerana Akta Hasutan sudah tersedia dilengkapi untuk menahan sesiapa yang dianggap menghasut.

Ramai yang berpendapat Najib tidak akan mampu untuk membetulkan keadaan yang negara sedang hadapi sekarang ini, apatah lagi dalam keadaaan politik dan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang ini. Najib perlu berfikir panjang dan memikirkan mencari jalan untuk berehat. dan membiarkan rakyat memikirkan siapa yang boleh menjadi seorang ‘planner’ untuk membetulkan segala kesilapan atau kesalahan yang berlaku dalam kerajaan hari ini.

Tidak siapa sepatutnya menafikan yang kepimpinan beliau tidak lagi relevan kerana jika ia masih relevan, masakan keadaan negara kita sedang berdepan dengan ketidak tentuan yang begitu ketara, seolah-olah negara ini sudah tidak berkerajaan lagi. ‘Najib and Gang should own up all the misdeeds they have committed to the nation and all Malaysians’

Sememangnya tidak ada lagi jalan bagi beliau untuk menebus kelemahan beliau dan jika beliau masih berada di atas itu negara akan menghadapi ‘unmitigated problems’ yang lebih besar yang tidak dapat dibayangkan padahnya.

Najib tidak boleh memindahkan masalah beliau kepada rakyat biasa seperti kami ini. Najib sekarang lebih menumpukan usaha untuk mengekalkan kuasa dari memberikan khidmat yang baik kepada rakyat dan negara.  Sampai bila Najib hendak bertahan dengan menggunakan kelemahan yang sedang berlaku dalam pembangkang sekarang ini?

Kita memerlukan pemimpin yang berpengalaman dan tahu untuk membawa transformasi yang drastik serta memulakan sebuah negara yang baru dengan kepimpinan yang memahami masalah yang kita sedang hadapi.

Ini amat perlu memandangkan semua ‘fabrics’ politik negara kita sekarang sudah hancur lumat dan kita perlu melakukan sesuatu dalam kadar yang segera dan tidak melambatkan usaha menuju ke arah politik baru dan membawa negara ke arah situasi dan keadaan yang lebih menjamin masa depan negara dan generasi kita keseluruhannya.

Jangan malu-malu untuk mengakui kelemahan kita. Tidak perlu saman-menyaman kerana ia akan lebih menunjukan kelemahan beliau yang lebih besar jika perkara ini dibawa ke mahkamah.

Usaha mempertahankan jawatan itu adalah haknya tetapi ia mempunyai limitasinya juga. Jika melintasi sempadannya ia akan memudaratkan negara dan generasi rakyat negara kita ini. Jangan ditunggu sehingga negara tergadai baru hendak berhenti. Tinggalkanlah nama semasa berhenti. Cara bagi Najib untuk meninggalkan nama yang baik ialah dengan bersara agar tindakan beliau itu dikenang sebagai jasa terbesarnya untuk kita semua.

02 December 2014

Fahamkah dengan apa yang dikatakan 'you change or you die' itu?

Saya terdengar dan terlihat ramai yang memberikan komen tentang perhimpunan agung UMNO yang baru berlalu itu hanya berkisar siapa yang berjaya dan siapa yang kalah moralnya dalam perhimpunan itu. Ada yang berpendapat Muhyiddin dan Zahid merupakan pemenang dalam perhimpunan itu jika dibandingkan dengan apa yang dicapai oleh Najib secara peribadi. Kesemua komen-komen dikalangan ahli-ahli UMNO itu hanya berkisar tentang siapa yang lebih bertambah pengaruh dikalangan perwakilan UMNO itu.

Hanya beberapa kerat sahaja yang memikirkan isu ini dalam konteks yang lebih besar, seperti isu samada UMNO berjaya menghilangkan persepsi buruk rakyat yang ramai. Tidak ramai yang teringat yang UMNO itu parti politik terbesar, dan dalam isu krisis kepimpinan yang dihadapi oleh parti itu bukannya hanya melibatkan ahli-ahli UMNO. Mereka terlupa yang lebih penting ialah imej dan pandangan baik terhadap parti itu kerana yang akan dihadapi oleh parti itu ialah masyarakat awam dan bukannya setakat ahli-ahli UMNO sahaja.

Akhirnya, jika menang pun sebelah pihak dalam UMNO itu, yang menang itu akan menguasai parti yang akan kalah dan ia tidak memberikan apa-apa faedah kepada parti itu pada masa-masa yang akan datang. Bagi UMNO kekalahan itu ‘is not an option’ sebabnya jika melalui kekalahan parti itu akan terus tersungkur dan tidak akan bermaya untuk duduk dan bangun lagi.

Jika kalah UMNO akan menjadi ‘vegetable party’ dan akan hanya tinggal pada nama dan sejarah buruk yang mereka lalui  sahaja. UMNO akan tersungkur bersama imej rasuahnya dan semua ‘superlatives’ buruk yang ada kepada nya itu.

Nyata perhimpunan parti itu baru-baru ini tidak menunjukkan apa-apa perubahan atau ‘prospective changes’yang positif yang sangat diperlukan oleh parti itu untuk kekal relevan di hari muka. Pimpinan setiap peringkat parti itu hanya menyebut kata-kata, ‘berubah kalau tidak akan diubah’ tetapi mereka tidak mempunyai daya dan kudrat untuk berubah kerana yang dimaksudkan oleh kata-kata itu adalah mereka sendiri.

Berubah itu ialah mereka mengundurkan diri dari kepimpinan. Tetapi mereka tidak berdaya melakukannya kerana mereka tidak boleh hidup tanpa memegang jawatan itu kerana selama ini jawatan itu adalah segala-galanya. Itulah modal berniaga untuk mereka, dan itu jugalah modal untuk menaiki tangga sosial masing-masing yang tinggi menggunung itu.

Pendeknya UMNO itu kekal seperti biasa. Oleh itu tunggu sahaja apa-apa nasib yang akan menimpa mereka. Masa itu nanti barulah mereka merasakan dan memahami makna ‘you change or you die’.

01 December 2014

Jika UMNO tewas, pimpinan mesti bertanggungjawab, jangan dipersalahkan ahli-ahli

Kali ini hendak sentuh tentang isu perubahan yang disebut dengan lantang oleh pimpinan UMNO terutamanya yang selalu disebut oleh Presidennya Najib Razak. Kita sudah sentuh cebisan apa yang perlu diubah dalam posting yang lepas tetapi jika Najib dan pimpinan UMNO itu serius hendak berubah, persoalan yang selanjutnya ialah siapa yang hendak melakukan perubahan itu.

Tidak siapa yang menentang pandangan Timbalan Presidennya yang perubahan itu mesti dilakukan, kerana jika tidak dilakukan rakyat akan mengubah UMNO itu. UMNO akan duduk dipetak pembangkang dan jika itu berlaku UMNO tidak akan bangun lagi sampai bila-bila,

UMNO tidak akan bangun lagi, sekali gus mereka yang melaung dan berucap bergegar-gegar itu akan duduk ditepian sambil menjilat luka mereka sendiri. Semasa itu tiada siapa yang memandang UMNO lagi dan kita semua telah lihat apa yang terjadi kepada UMNO Selangor yang kini hanya tinggal seperti melukut ditepi gantang.

UMNO di Selangor 'diibaratkan jika ia datang tidak nampak mukanya dan jika ia pergi tidak nampak belakangnya'. 'Datangnya tidak dijemput perginya tidak disuruh'. Tiada siapa yang peduli walaupun telah pernah diminta supaya UMNO Selangor itu berubah. Tetapi tiada siapa yang percaya UMNO akan tumbang seperti itu dan sekarang baru masing-masing sedar yang mereka sudah dianggap tidak wujud lagi di bumi Selangor itu.

Sesungguhnya pimpinan UMNO sedar keadaan ini maka kita mendengar suara perubahan dan transformasi dan berbagai-bagai lagi istilah dan slogan besar-besar yang kita dengar diungkapkan oleh pimpinan UMNO itu.

Tetapi ia tetap dengan tahap lama, tiada perubahan dan tiada membawa apa-apa ‘consequence’ terhadap retorik besar itu. Rakyat telah memekakkan telinga mereka apabila mendengar ucapan dan kata-kata pemimpin UMNO dan membutakan mata dengan segala tindakan UMNO yang mereka sendiri mengaku sebagai tindakan yang baik untuk rakyat. Segala apa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO hanya dianggap seperti angin yang lalu sahaja.

Pucuk pimpinan UMNO terutamanya sedang menghadapi krisis keyakinan yang tidak pernah dialami oleh parti itu selama ini. Dari segi moral dan teknikalnya UMNO sudah hilang segala-galanya. “UMNO is finished and done with” kata seorang perwakilan UMNO ke perhimpunan parti itu yang tamat pada Sabtu lepas. Katanya lagi UMNO hanya tinggal tubuh yang besar dan gemuk tetapi rohnya sudah mati. UMNO itu sudah tidak ada rohnya lagi. UMNO itu sudah tidak UMNO lagi pada hakikatnya. Ia wujud hanya pada zahirnya sahaja.

Parti ini sudah mengenepikan semua pimpinan yang berpotensi dan yang baik dan sekarang ia sedang sarat dengan mereka yang telah bersama-sama bertanggungjawab membawanya ketahap yang kita rasakan hari ini. tetapi kumpulan ini jugalah yang sedang melakukan segala-galanya untuk memperbaiki keadaan tetapi sentiasa menemui kegagalan.

Kita tidak tahu bagaimanakah cara kumpulan pimpinan yang sedang menghadapi krisis keyakinan ini boleh memperbaiki hasil perbuatan mereka sendiri. Mereka adalah kumpulan perosak parti dan jika kita masih mahukan mereka melakukan perubahan, ia hanya akan menjadikan keadaan dan situasi lebih buruk lagi. Memberikan mereka tanggungjawab untuk memperbaiki keadaan serupalah seperti tikus memperbaiki labu.

Mengekalkan tanggungjawab ini kepada mereka akan hanya mengekalkan persepsi yang kali ini merupakan penggal terakhir UMNO itu mentadbir negara. Jika ini kemahuan UMNO, pimpinan hari ini mesti berhenti menyalahkan sesiapa atau pihak-pihak lain jika UMNO sampai kepenghujung usianya dalam masa yang singkat ini. Yang pentingnya pimpinan parti ini jangan sekali-kali menyalahkan mana-mana pihak jika ia terjadi dan hanya mengambil dan mengakui yang kesalahan itu letaknya kepada mereka.

Selagi imej dan persepsi rasuah serta politik rasis dan extremis agama masih terlekat kepada parti ini, selagi itulah pimpinan hari ini tidak akan kekal lebih lama dari sekarang. UMNO mahukan imej baru dan imej baru ini hanya akan boleh diperolehi dari pimpinan baru, ‘and nothing less’.

Pimpinan Najib mesti mengambil kefahaman yang dimarahi rakyat sekarang ini ialah sifat menyalahkan ahli-ahli mereka sendiri dan pihak-pihak lain apabila menghadapi krisis keyakinan ini. Mereka tidak mahu menerima hakikat yang kesalah-kesalahan itu terbit dari kekosongan roh pimpinan dan kelemahan daya pemikiran mereka sendiri.

Mereka tidak mahu menerima kenyataan yang mereka sudah tidak patut memimpin parti dan negara lagi. Jika mereka menerima hakikat kelemahan itu datang dari mereka sendiri dan membawa parti itu menghadapi zaman malapnya nanti, maka kita tidak payah bertanggungjawab terhadap segala yang buruk menimpa kita semua.

Kini yang nyata kepimpinan Najib sudah sampai ketahap terendah. Tandanya beliau sanggup menggunakan perkataan seperti 'bangang' dan sebagainya terhadap bloggers yang menyokong UMNO sendiri kerana memberikan pandangan kritikan baik dan berguna untuk UMNO. Jika sudah sampai ketahap itu ia dengan jelas menunjukan Najib adalah dalam situasi 'desperation' yang sangat nyata. Najib akhirnya menembak ke kaki sendiri.

Kita akan lebih bersedia untuk menerima hakikat yang akan menerima bencananya ialah orang-orang dan rakyat biasa seperti kita semua ini.