tag:blogger.com,1999:blog-3278896453863897915.post285743499008659208..comments2023-12-04T21:32:03.337+08:00Comments on ASPAN ALIAS: TDM mewariskan pemimpin-pemimpin pelapik, bukan pimpinan pelapisAspan Aliashttp://www.blogger.com/profile/01320817377684646969noreply@blogger.comBlogger6125tag:blogger.com,1999:blog-3278896453863897915.post-62588405175290815602015-01-10T11:48:15.088+08:002015-01-10T11:48:15.088+08:00Sdr Shahbudin,
Peranan dan sumbangan TDM kepada p...Sdr Shahbudin,

Peranan dan sumbangan TDM kepada pembangunan dan kemajuan Malaysia haruslah kita akui. Memang beliau telah berjasa. Namun kita tidak boleh memejam mata terhadap kesilapan dan onar yang telah dilakukan oleh TDM khususnya dalam pencabulan Undang Undang dan Sistem Kehakiman di Malaysia yang akhirnya sehingga kini kita jelas dapat melihat bagaimana hukum dan undang undang di Malaysia ini telah dipermain dan dirogol secara meluas oleh pengganti pengganti TDM dan juak juaknya. Kita perlu terima hakikat ini.

Malangnya cerdik pandai seperti Daim dan Dato Kadir sendiri cuma bijak menjulang sisi positif TDM sebaliknya menimbus terus sisi gelap yang ada pada TDM. Adalah mustahil mereka mereka yang menjadi pengkagum TDM ini menjadi buta lalu gagal menilai TDM secara menyeluruh, tetapi sebaliknya sentiasa menyanjung bekas PM Malaysia satu ini.

Kita sering dihidangkan dengan kritikan dan komen2 negatif kelompok pengkagum TDM keatas pengganti pengganti beliau. Hampir mustahil untuk kita temui tulisan tulisan negatif mereka tentang TDM. Ini yang agak anih sedangkan 1 Malaysia tahu apakah bentuk kerosakan besar yang telah disumbangkan oleh TDM sepanjang tempoh beliau sebagai PM Malaysia. Apa sebenarnya kelompok pengkagum TDM ini mahu sebenarnya? Mahu melihat Malaysia lebih baik terurus di masa hadapan atau mengharap sesuatu yang mereka sendiri lebih tahu?.

Jika ihklas mahu Malaysia lebih cemerlang dan dihormati dimasa hadapan, selaku rakyat negara ini, peranan kita seharusnya ikhlas dan perlu berani mengatakan sesuatu hitam jika benar ia hitam. Jangan kerana ada kepentingan tertentu, yang hitam kita hebahkan ia sebagai putih. Perlu berani berkata dan menulis yang benar. Tapi mengharapkan sikap ini ada pada cerdik pandai kelompok pengkagum TDM bagaikan mengharapkan kucing bertanduk. Mereka mereka ini tak ubah bagaikan "macai Dato Najib" yang mereka sendiri lantang mengkritik walhal mereka lupa bahawa mereka hebat berkokok tapi najis menyaluti tubuh sendiri.

Kepada kelompk cerdik pandai pengkagum TDM, suluh suluhlah diri sendiri. Menulislah dengan ikhlas tanpa ada perasaan untuk membodek atau bias jika anda semua ikhlas mahu membantu negara bangun kearah yang lebih baik.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3278896453863897915.post-18774090438670103432015-01-10T10:16:50.673+08:002015-01-10T10:16:50.673+08:00Tuan AA,
Kata orang Perak, Pelapik periuk tu leko...Tuan AA,
Kata orang Perak, Pelapik periuk tu lekor. Periuk tengah panas letak atas lekor. Lekor-lekor yang di doktrin kan oleh TDM semuanya punching bag beliau bila di lantik jadi PM.
Bapa borek anak tak semestinya rintik kerana Tun Abdul Razak tak sama sifatnya dengan Najib.
Amat malang bagi rakyat Malaysia 53% yang tak memilih BN pada PRU 13 dulu di paksa menerima PM OKU seperti Najib. Dan lagi malang buat BN bila hanya beberapa kerat ahli UMNO yang kononnya berjumlah 3 juta ++ memilih Najib sebagai Presiden UMNO dan terpaksa menerima sebagai PM..
Sehingga PRU 14, sekiranya Najib terus menerajui Malaysia, Rakyat Malaysia mungkin akan menerima musibah hutang negara yang mencapai tahap trillion ringgit. Negara kita mungkin menjadi seperti Greece yang mengalami kemuflisan akibat belanjawan melebihi pendapatan..
Sampai bila kah Najib nak bersara..?

Tunggu...

Mangsa Banjir.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3278896453863897915.post-544375181623664172015-01-08T16:23:28.333+08:002015-01-08T16:23:28.333+08:00Hishamudin dah boleh dah ganti Najib tu supaya cep...Hishamudin dah boleh dah ganti Najib tu supaya cepat sempurnanya kejatuhan umno.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3278896453863897915.post-42833886993951692942015-01-08T12:48:04.506+08:002015-01-08T12:48:04.506+08:00Tuan,
Masaalahnya sekarang, dalam kepimpinan. UMN...Tuan,
Masaalahnya sekarang, dalam kepimpinan. UMNO Najib adalah yg paling bagus, yg lain lagilah haprak.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3278896453863897915.post-13791128633305189962015-01-08T12:11:35.805+08:002015-01-08T12:11:35.805+08:00Saudara AA
Gema "biarkan!, biarkan!" da...Saudara AA

Gema "biarkan!, biarkan!" dari cerita Si Luncai semakin hari semakin kuat.
Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3278896453863897915.post-58521143145900654932015-01-08T11:51:33.850+08:002015-01-08T11:51:33.850+08:00Tuan Aspan,
Ramai pengkagum TDM menjadi kurang ra...Tuan Aspan,

Ramai pengkagum TDM menjadi kurang rasional lantaran gagal menilai kelicikan bekas PM ini. Pemuja disekeliling beliau leka terus memuja apatah lagi kalangan mereka yang mendapat faedah bukan sedikit disepanjang era kekuasaan bekas PM itu. Tidak sukar untuk kita kenali siapa mereka mereka ini kerana kelompok inilah yang akan menjadi apit kiri dan kanan tekong berkenaan tiap kali beliau bersuara. Nama nama seperti Tun Daim, Datuk Kadir Jasin, Sanusi Junid adalah segelintir dari mereka dari kelompok berkenaan.

Perlu diingat bahawa TDM berundur sebagai PM bukanlah atas faktor kerelaan walau pun beliau sering memberi contoh bahawa pengundurannya adalah atas faktor kerelaan. Hakikatnya kedudukan TDM selaku PM diakhir eranya sudah terlalu genting khususnya selepas pemecatan TPM ketika itu, Dato Sri Arwar Ibrahim sehingga membawa kepada pembentukan Gerakan Reformasi.

TDM sebenarnya licik. Beliau sebenarnya tidak mahu penggantinya seorang yang terlalu cerdik dan bijak. Atas sebab itu tokoh2 yang berkebolehan dan berdaya kepimpinan tinggi seperti Tengku Razaleigh, Musa Hitam dan mahu pun Anwar Ibrahim sendiri bukan menjadi pilihannya. TDM mahu penggantinya adalah seorang yang menurut katanya dan memimpin Malaysia dibawah bayangannya setelah beliau mengundur diri.

Kerana itu TDM lebih rela TUn Abdullah dan kemudiannya Dato Najib diletak dipuncak menara selagi mereka ini kekal memberi keuntungan kepada beliau dan legasinya. TDM mahu penggantinya dapat memberi jaminan pengekalan legasinya selepas ketiadaan beliau. Justru kita dapat perhatikan anotasi dan nada serangan TDM terhadap penggantinya ada pasang surutnya, dan ia akan surut umpama banjir bersilih ganti bila TDM mendapat sebahagian apa yang dikehendakinya.

Saya bersetuju bahawa kelemahan kepimpinan Malaysia hari ini sedikit sebanyak disumbangkan oleh peranan TDM yang tidak ikhlas dalam menentukan calon penggantinya. Malah beliau juga adalah orangnya yang telah mematikan karektor karektor pimpinan Melayu yang hebat yang harus kita ada selepas peninggalannya. Malangnya kerana kepentingan diri, ego dan sifat dendam yang menebal dalam diri beliau, TDM sanggup membunuh beberapa pimpinan Melayu yang berpotensi dan berketerampilan.

Serangan TDM ke atas 2 pengganti yang dipilihnya sendiri adalah bukti betapa caca marba nya fikiran tokoh yang memanjat usia nyanyuk ini. Bayangan ketakutan atas kesilapan silam terhadap kesilapan beliau mwencaturi perjalanan politik Dato Anwar Ibrahim membuat beliau serba tidak kena dan sering melenting setiap kali melihat ruang yang terbuka untuk Dato Anwar Ibrahim meloloskan diri. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa TDM mahukan seorang pengganti yang dapat membendung kemaraan Anwar. Inilah prasyarat paling penting, bukannya seseorang yang dipilih berdasarkan merit.

Hal ini jelas dapat kita lihat bila Dato Anwar Ibrahim dibebaskan diera Tun Abdullah yang akhirnya membawa kepada penggantian Dato Najib selaku PM. Saya optimis Dato Najib akan mengalami nasib serupa Tun Abdullah jika Anwar Ibrahim gagal ditangani sebagaimana yang dimahukan TDM.

TDM hari ini berterusan bertindak berpaksikan dendam kesumat. Tiada keikhlasan dalam tindak tanduk beliau. Kerana itu setiap pengganti yang direstuinya tidak mampu memberikan yang terbaik buat negara ini malah kian merosakkan tanah air ini. Negara Malaysia kerugian kerana tokoh tokoh yang berpotensi dan berjiwa rakyat telah "dimatikan" oleh TDM dan juak juaknya lantaran sikap dendam kesumat yang tidak berkunjung padam sehingga membawa kepada timbulnya kes kes pelik dan anih yang menjadi bahan ketawa dunia.

Selagi dendam kesumat dan sifat ego kekal tersemat di dada TDM, kita selaku rakyat Malaysia jangan berharap dan bermimpi bahawa pemilihan PM berikutnya oleh TDM ini akan menjanjikan cahaya di hujung terowong. Tanpa keihklasan dan hati yang bersih, calon pilihan TDM tetap akan mengulangi kelemahan 2 PM selepas beliau.

Anonymousnoreply@blogger.com