Kita mendengar dan menyaksikan dengan telinga dan mata kita sekarang ini kekecohan yang berlarutan di dalam negara kita semakin tidak terbendung.
Isu Raja Petra Kamaruddin dan Anwar Ibrahim membayangkan ada ‘benda’ yang tidak betul di dalam negara kita ini.
Apabila perkara seperti ini berlaku di dalam sesebuah negara merdeka dan parti pemerintah yang demokratik, para pemimpinnya akan berundur dan memberikan kepada rakyat khususnya ahli-ahli parti untuk menyelesaikannya.
Kita tidak payah pergi jauh ke Eropah atau mana-mana negara yang jauh: Kita ada contoh dan teladan yang baik yang berhampiran dengan kita untuk penyelesaiannya.
Adat Perpateh yang saya pakai boleh dijadikan model untuk menyelesaikan kecelaruan kita.
Dalam sistem adat perpateh, apabila Buapak tidak mampu memimpin, Sukunya akan memanggil semua Anak Buah untuk mengadakan kerapatan (perhimpunan) untuk memilih Buapak yang baru dan kerapatan ini dikendalikan oleh Lembaga.
Kerapatan ini merupakan kerapatan penyerahan yang membolehkan mencari pengganti kepada Buapak yang lemah tadi.
Begitu jugalah UMNO, satu perhimpunan patut diadakan segera yang boleh kita panggil perhimpunan khas, dan ini memang termaktub dalam perlembagaan parti.
Dalam Perhimpunan Khas inilah resolusi-resolusi boleh dibuat bagi menentukan hala tuju parti kita.
Tetapi malangnya pemimpin-pemimpin yang berkuasa sekarang tidak ada keberanian untuk mengadakan penyelesaian secara ini kerana kelemahan mental dan peribadi yang begitu menonjol.
Akhirnya parti dan ahlinya menjadi ‘bengap’ dan tidak ada peranan yang diberikan sedangkan peranan itu adalah peranan mereka.
Oleh itu, penyakit dan masalah yang kita hadapi itu tidak dapat diselesaikan, dan beginilah keadaan yang kita hadapi dari sekarang hingga bila-bila.
Entah apalah bala yang akan mendatang, kerana pandangan rakyat yang kedua-dua Najib dan Pak Lah ini akan membawa bencana kepada negara memang disebut-sebut oleh rakyat sejak dahulu lagi.
Apa yang menyebabkan Dr Mahathir mewarisi pemimpin-pemimpin ini dia sahajalah yang tahu, walaupun orang yang berfikiran tenang boleh mengagak apa motif beliau meninggalkan kepada kita pemimpin-pemimpin kurang akal seperti ini.
Menyampah! Menyampah! Kenapalah mereka ini boleh jadi pemimpin? Apakah hikmah di sebalik kita mendapat pemimpin yang rendah darjat kepimpinannya ini?
Sekarang ini kita berdoa, kita bertawajjuh kepada Tuhan serta bertawassul kepada Rasul agar kita didatangi rahmat dan syafaat untuk rakyat dan negara kita.
Sekian…………………………………….Aspan Alias.
Pan,
ReplyDeleteUMNO dah longlai. Dah rosak teruk. Budaya UMNO beyond repair. Selagi pemimpin atasannya haprak dan HP6 selagi itu ahli-ahli akar umbi dipermainkan oleh mereka dengan segala tipu muslihat secara halus untuk mengekalkan kedudukan mereka. Ahli-ahli akar umbi too naive. Mereka lurus bendul !!Kau tengoklah nanti sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dapat dipertandingkan selagi sistem quota masih diperalatkan oleh Pak Lah dan konco-konco HP6nya. Aku rasa tak tercapai hasrat TR untuk mendapatkan 30% nomination. Begitu juga Mahyuddin.Kita tunggu dan lihat bagaimana gelagat Ketua Bahagian memainkan peranan untuk "psycho" ahli-ahli akar umbi.
hi every person,
ReplyDeleteI identified aspanaliasnet.blogspot.com after previous months and I'm very excited much to commence participating. I are basically lurking for the last month but figured I would be joining and sign up.
I am from Spain so please forgave my speaking english[url=http://motivationalquotesxt.info/].[/url][url=http://acbehindthescenes.info/].[/url][url=http://motivationalquotesxt.info/forum].[/url]
Hello TO all www.blogger.com members,
ReplyDeleteI just wanted to introduce myself to all of you and say that I am extremely happy to be a new member here[url=http://celeberitygossipga.info/].[/url] I have been enjoying the conversations here for some time and look forward to participating now[url=http://haceleberitygossip.info/].[/url][url=http://trlatesttrends.info/forum].[/url]
Glad to be a part of the community[url=http://feedwaqua.info/].[/url][url=http://essmartthoughts.info/forum].[/url]
It is my first post here, so I would like to say hallo to all of you! It is unquestionably comfort to be adjacent to your community!
ReplyDelete