13 September 2008

Muhyiddin patut letak jawatan

Beberapa orang pemimpin UMNO telah menyarankan supaya Muhyiddin meletakkan jawatan daripada kabinet ekoran saranan beliau supaya Abdullah melaksanakan pelan peralihan kuasa cepat-cepat.

Ada pihak-pihak yang marah kerana meminta Muhyiddin berhenti.

Dalam hal ini kita mesti membuat keputusan dengan betul supaya selari dengan kehendak demokrasi dan moralnya.

Bagi saya, saya amat bersetuju agar Muhyiddin meletakkan jawatan kabinet dan jangan tunggu dipecat dan sebagainya.

Apabila Muhyiddin meminta seorang Perdana Menteri berundur, itu merupakan satu tindakan yang menunjukkan ketidakyakinan beliau terhadapnya (PM) dan itu bukan kesalahan kerana dia berhak untuk berbuat demikian terhadap PM.

Tetapi apabila kita tunjukkan kepada umum bahawa beliau tidak yakin kepada PM, dari segi moral dan etikanya, Muhyiddin wajib berundur.

Ini penting kerana ianya adalah berkaitan dengan moral dan semangat demokrasi beliau.

Muhyiddin memang tidak boleh tunggu lagi dan mesti meletakkan jawatan; bukan kita benci pada dia, tetapi itu adalah amalan demokrasi yang betul.

Mana mungkin Muhyiddin masih duduk dalam kabinet orang yang beliau sendiri tidak yakini. Beliau patut letak jawatan.

Jawatan yang beliau tidak perlu letakkan, hanyalah jawatan parti beliau kerana ianya dipilih oleh perwakilan UMNO dan bukan seperti jawatan dalam kerajaan yang dilantik oleh Perdana Menteri.

Malahan sekarang ini semua Ahli Jemaah Kabinet patut meletakkan jawatan jika sudah hilang keyakinan terhadap Abdullah Badawi.

Kita kena adil; saya sendiri sebenarnya masih tertunggu-tunggu bila Muhyiddin hendak letak jawatan.

“Muhyiddin! you tidak boleh lagi duduk dalam kabinet Pak Lah! Takut-takut apa yang benar yang you kata tentang Abdullah itu akan jadi terbalik kerana selepas you kritik dia you masih berada dalam kabinetnya. Ini tidak boleh!”

Dalam etika demokrasinya Muhyiddin patut sudah hantar surat letak jawatan.

Fikir-fikirkanlah Tan Sri! Jangan buat malu…berjuang! berjuang!


Sekian…………………………Aspan Alias.

5 comments:

  1. Pan,

    Read thoroughly what really Mahyuddin said. I think he was expressing the general feelings of of UMNO grassroot members like you. Did he say that he has no confidence in Pak Lah? Actually,he wants to make known the reality what is going on at grassroot level and hoping that Pak Lah and the rest of MT members could review the reaction of the UMNO members rather than stick to what had been agreed. Things are changing and there must be adjustment to suit the current sentments.

    So I think there is no reason for Mahyuddin to step down. It is irrelevant. He is just conveying the message to Pak Lah yang dah "pekak, buta dan tuli".

    ReplyDelete
  2. I would like to congratulate Tan Sri Mahyuddin for being brave enough to act on behalf of the majority of UMNO grassroot members and the majority of the rakyat by expressing LOUD AND CLEAR to Pak Lah for him to consider stepping down NOW. That is the reality which Pak Lah has got to accept. He is no more effective as a leader of a great party UMNO. He has FAILED miserably.

    To Tan Sri Mahyuddin I really respect you just like we respect your well known father Che Gu Mat Yassin. You are a real orang MUAR JATI who keep to the tradition of being open mindedness. Even though we have different political views we still can have "satay and mee bandung breakfast together in the same table". That's the beauty of being Johoreans.

    Bravo !!

    ReplyDelete
  3. aspan.aspan sejak bila pula etika dan moral jadi satu sikap yang di tonjolkan oleh ramai dari pimpinan UMNO? tak kan lah you tak tahu? sebenarnya tiada siapa berhak meminta atau mendesak pak lah lepaskan jawatan pres UMNO atau pun pm. biarlah dia buat kerja.benar pula kata you. kalau asyik nak desak pak lah tinggal putra jaya maka yang mendesak yang berjawatan menteri itulah yang patut pergi dulu.macamlah orang mau dia sangat.
    keputusan pru 12 yang kurang memihak pada UMNO dan bn bukan salah pak lah sorang malahan ada pengarah pilihanraya peringkat pusat dalam UMNO dan BN. SIAPA YA?
    dia lah kena pergi dulu. begitu juga wakil2 rakyat dari UMNO dan BN yang dok syok bersandar di kerusi hempuk dan tak buat kerja yang sepatutnya. dalam dun atau parlimen dok tidor. bunyi loceng angkat tangan. so mr aspan in respond to your suggestions i say let pak lah stay as long as he is able to.

    ReplyDelete
  4. The majority of the rakyat be it Chinese, Malay, Indian,Sabahan or Sarawakian have reahed consensus that Pak Lah has got to resign immediately. The rakyat expectations are very high and Pak Lah has been given the opportunity to run the government for the past 5 years but unfortunately it is proven that his Key Performance Index as CEO of Malaysia Inc. is under performing. So it is only logical for the rakyat to insist that his "employment contract" be terminated immediately or else Malaysia Inc. will be bleeding profusely in terms of its "balance sheet".

    ReplyDelete
  5. Pantun Si Najis dan Si Kentut

    Encik Rakib jual juadah,
    Dicelah rumah di kampung Ajil,
    Najib dah mula mengenakan Pak Lah,
    Anunya kecil dah mula menggigil

    Najib dah mula nak mengenakan Pak Lah,
    Pak Lah pun dah mula bersin-bersin,
    Amatlah tersinggung perasaan Pak Lah,
    Angkara durjana Muhyiddin Yassin

    Angkara durjana Muhyiddin Yassin
    Kerana hasutan si Najib tak sabar
    Bodoh Muhyiddin tak berharga satu sen
    Dipergunakan si Najib panjang akal

    Sekarang tinggal Pak Lah keseorangan,
    Najib dan Muhyiddin dah pasang badan
    Bagaimana Khairy yang dah lama berangan
    Tak kan lah nak biarkan dirinya terkorban

    Wahai Pak Lah yang sentiasa ‘bengong’
    Jangan biarkan diri disembelih dicincang
    Si Najib bukanlah tak boleh dikangkang
    Keluarkan semua dia punya tembelang

    Keluarkan semua Najib punya tembelang
    Baru rakyat tahu segala-galanya
    Alang alang bermain dengan jembalang
    Biar putih tulang jangan putih matanya

    Diantara Pak Lah dengan Najib
    Tiada beza, kedua-duanya karut,
    Pak Lah ‘bengong’ Najib penuh aib
    Ibarat sisa najis dengan kentut.

    ReplyDelete