30 October 2008

UMNO dan Parti Komunis Malaya senasib

Dalam sejarah negara, ada 2 buah parti politik yang diharamkan; yang pertamanya Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin oleh Chin Peng, dan yang keduanya ialah parti UMNO yang semasa itu dipimpin oleh Dr Mahathir Mohammed.

Kedua-dua Chin Peng dan Dr Mahathir mempunyai pengalaman yang sama; parti yang dipimpin mereka diharamkan.

PKM diharamkan kerana Chin Peng dan parti itu cuba untuk berjuang melalui gerakan bersenjata maka kerajaan Malaya semasa itu mengharamkan parti itu daripada berfungsi di negara ini.

Walaupun parti pimpinan mereka sama-sama diharamkan, tetapi asas pengharamannya adalah berbeza.

Chin Peng lari ke hutan apabila PKM diharamkan kerana tidak bersetuju dengan pengharaman yang diputuskan oleh kerajaan sedangkan Dr Mahathir sengaja tidak mahu menghidupkan kembali UMNO yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh Mahkamah Tinggi.

Dr Mahathir gembira dengan kematian UMNO kerana beliau boleh menyambung karier politik beliau dan berjaya menafikan keputusan Hakim Harun Hashim Mahkamah Tinggi untuk mengadakan pemilihan sekali lagi bagi jawatan Presiden dan Majlis Tertinggi.

Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1965 memperuntukkan mana-mana pertubuhan yang diharamkan oleh Mahkamah boleh dihidupkan kembali oleh Menteri Dalam Negeri yang secara kebetulan ketika itu merupakan Dr Mahathir sendiri.

Beliau enggan menggunakan kuasa untuk menghidupkan UMNO itu kerana beliau sudah merancang untuk menubuhkan UMNO (Baru) yang kita semua anggotai ini, dengan mewujudkan Jawatankuasa Penaja di semua peringkat.

Dengan bertindak demikian Dr Mahathir dapat mengenepikan musuh-musuh politik beliau. Tunku Abdul Rahman, Tun Husien Onn, Tengku Razaleiegh Hamzah dan ramai lagi pemimpin UMNO semasa itu dicegah daripada menyertai parti ini.

Saya sendiri di Kuala Pilah tidak dipilih untuk menganggotai Jawatan Penaja walaupun anggota jawatankuasa penyandang yang lain di seluruh negara dilantik menganggotai Jawatankuasa Penaja parti yang baru ditaja itu.

Bermula saat inilah UMNO mula retak walaupun Dr Mahathir begitu berjaya menyusun ekonomi negara, dan saham Dr Mahathir yang bercakap banyak pada hari ini, tidak kurang besarnya dalam memecahbelahkan orang Melayu dalam UMNO ini.

Maka tidak hairanlah retak-retak itu akhirnya membawa belah apabila lahir pemimpin-pemimpin lemah dan tidak jujur seperti yang ada pada hari ini, dan ramai yang bercakap besar pada hari ini hanya bergiat dalam UMNO yang baru ditaja ini.

Perjuangan Chin Peng ialah untuk menjadikan negara ini sebuah negara komunis dan asasnya ialah untuk memperjuangkan bangsa Cina yang chauvinistic.

Rakan-rakan kita daripada bangsa Cina berjuang berpanjangan dan kalau kita kaji secara halus kita nampak kejayaan mereka membina bangsanya ketahap kemajuan yang begitu tinggi dan mereka tetap satu bangsa yang bersatu.

Sebaliknya, UMNO masih terkial-kial untuk membina bangsa yang sepatutnya dibelanya kerana kekurangan komitmen untuk menjayakan perjuangannya.

Pemimpin Melayu dalam UMNO tidak sanggup berkorban untuk bangsanya kerana mereka mementingkan kedudukan dan kebahagiaan diri dan keluarga mereka sendiri.

Pemimpin Melayu sanggup membiarkan keburukan berlaku di hadapan mata mereka kerana takut kepada risiko yang mungkin mereka hadapi.

Perjuangan bangsa Cina adalah perjuangan global tetapi perjuangan kita Melayu adalah untuk keluarga sendiri, atau dalam bahasa yang lain ‘perjuangan cari makan’.

Siapa di kalangan kita yang sanggup berjuang dan menghadapi risiko, sedangkan orang Melayu tidak ada elemen perjungan di dalam jiwa mereka.

“The Malays walk on their stomach” itulah bunyinya satu perbilangan bahasa Inggeris yang digunakan untuk mendefinasikan orang Melayu dalam hal perjuangan.

Saya amat percaya pada perbilangan itu. Saya yakin orang yang berfikir tentu menerima pandangan ini.

Akhir kata saya ingin mengingati semua; baik Dr Mahathir, Abdullah Badawi, Najib, Muhyiddin dan yang lain-lain dalam team itu semuanya berkira-kira business dengan bertopengkan perjuangan Melayu.

Percayalah! Semuanya akan terbukti dan kita semua akan berasa bahawa kita diperbodohkan mereka ini sekali lagi.

Jika panjang umur kita, kita akan sama-sama mengalaminya. Jangan disia-siakan pandangan saya yang kerdil ini.


Sekian…………………………………..Aspan Alias

3 comments:

  1. dear aspan.
    you are in love with UMNO. you are posessed by UMNO. Why? Though you may have some insecurity and reservation with this particular Malay based party that soon may be headed by a /?@%#"*&. yet as you criticise and grumble you want to give your heart and soul for it.WHY? why dont you give your heart and soul to god and ISLAM.
    At the rate UMNO is going and only caring towards the cronies and monkies he Malays in Malaysia will be wiped out from the surface of the earth. Only ISLAM remains forever. Secularism is the cause of UMNO's downfall and the demolition of the Malays.Come back to ISLAM and you will be safe. Phylosophically said by a great man,
    Quote " bila melayu selamat belum tentu Islam selamat tapi KALAU ISLAM SELAMAT SUDAH TENTU MELAYU SELAMAT" Unquote.

    ReplyDelete
  2. Sdra Aspan,

    Saya memang bersetuju dengan apa yang sdr perkatakan. Orang Melayu sememangnya tiada semangat perjuangan kerana orang Melayu takut mati.

    Kalau orang Melayu ada semangat perjuangan dan tidak takut mati mungkin kemerdekaan negara boleh dicapai pada tahun 1947 sebaik saja UMMNO ditubuhkan pada tahun 1946 dan bukan 1957. Selepas Perang Dunia Kedua, Kerajaan British bankrap dan mereka terpaksa melepaskan semua tanah jajahan mereka saperti yang di prasyaratkan didalam Doktrin Truman.

    Dalam ertikata lain, orang Melayu dibawah kepimpinan UMNO pada ketika itu sebenarnya tidak perlu mencari parang dan lembing untuk menghalau Kerajaan British. 'Kok tompikkan' aja pasti British akan cabut. Mungkin lah satu dua orang Melayu akan terkena tembakan senapang patah orang putih. Itu saja. Tapi ia ternyata tidak ada satu dua orang Melayu yang berani kehadapan untuk menerima tembakan senapang patah orang putih itu. Dengan itu terpaksa lah orang Melayu tunggu lagi 10 tahun untuk merdeka.

    Semangat juang orang Melayu diuji sekali lagi semasa zaman reformasi dan ternyata ia sememangnya tidak bermaya. Reformasi di Indonesia berjaya menumbangkan Kerajaan Suharto tetapi mengapa ia gagal menumbangkan Kerajaan Mahathir?

    Jawapannya adalah sama. Orang Melayu tiada semangat perjuangan dan orang Melayu takut mati.

    Di Indonesia, rakyatnya tetap mara kehadapan meskipun berhadapan dengan taburan peluru. Tetapi di Malaysia, semua bertempiaran lari bila disembur dengan air chemical saja. Kalau ditabur dengan peluru hidup entah lubang cacing mana yang mereka masuk.

    Kadang-kadang kita pun merasa sedih apabila mengenangkan perangai bangsa kita. Kalau ada orang lain yang sudi menyuapkan, tangan mereka pun mereka tidak mahu menggunakan. Sebab itulah orang-orang Melayu masih jauh kebelakang jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain walhal negara kita diperintah oleh orang-orang Melayu sendiri.

    Nampaknya orang-orang Melayu lebih suka makan ditapak tangan sebab itu lah pemimpin-pemimpin UMNO melayan orang-orang Melayu sedemikian rupa. Sebab itu lah politik wang berleluasa didalam UMNO. Sebab itu lah UMNO tidak dapat melahirkan anak-anak Melayu yang budiman untuk dijadikan pemimpin.

    Agaknya bila orang-orang Melayu sudah tidor dihumpun pisang, baru mereka akan sedar ...

    ReplyDelete
  3. Dendam yang tiada berkesudahan membuat hati kamu menjadi buta.Beribu alasan bolih dicipta tapi kenyataan wajar diterima.
    Hasrat dengki kamu telah membuat kamu hilang pertimbangan.
    Kamu sebenarnya yg memecahbelahkan bangsa.
    Semoga Allah SWT melindungi Melayu dpd orangX seperti kamu.

    ReplyDelete