22 June 2010

Siapa sebenarnya memusuhi UMNO/BN?

Beberapa orang telah bertanya kenapa saya tidak mengkritk parti-parti pembangkang seperti PAS dan DAP dalam penulisan dalam blog saya. Mereka bertanya kepada saya kenapa saya tidak selalu mengecam parti-parti lawan kerana parti lawan sekarang sudah banyak mendapat sokongan ramai.

Mereka meminta supaya saya membidas segala apa yang dilakukan oleh pembangkang kerana saya adalah ahli UMNO dan kononya sudah menjadi kewajiban saya membidas pembangkang dalam apa yang dilakukan mereka.

Mereka meminta saya menulis dengan membidas Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz habis-habisan serta mencerca Lim Guan Eng terus menerus kerana mereka memusuhi UMNO dan telah membuatkan UMNO itu lemah dan tidak bermaya sekarang ini.

Mereka juga bertanya kenapa saya menunjukkan yang saya menghulurkan persahabatan kepada Zaid Ibrahim dengan begitu jelas sedangkan Zaid itu adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR.

Dalam tulisan ini saya ingin memberikan jawapannya dengan jelas supaya mereka yang bertanya itu tahu bagaimana hendak menjadi ahli UMNO yang bertanggung jawab dengan mengenali siapa musuh UMNO yang sebenarnya dan siapa yang patut dikritik.

Pertamanya saya tidak ada masa dan kesempatan untuk menumpukan masa mencari kesalahan orang lain atau parti lawan kerana banyak masa ditumpukan untuk cuba memberikan pandangan bagaimana hendak memperbaikki parti UMNO dan BN itu sendiri.

Keduanya saya belum lagi bersedia untuk menjadi lembu dicucuk hidung dan disuruh membajak disawah setiap hari sedangkan tikus-tikus liar kenyang dalam kepuk padi.

UMNO sekarang menjadi lemah bukan kerana PAS, DAP atau PKR. UMNO menjadi lemah kerana pemimpin dan ahli-ahlinya sendiri.

Pemimpin-pemimpinnya yang rasuah dan menyalah gunakan kuasa adalah musuh sebenar kepada UMNO. Kalakuan dan sikap pemimpin kita itulah sebenarnya musuh UMNO dan BN sebenarnya.

Rasuah telah menyebabkan kantung negara kekeringan dan rakyat terpaksa menanggung pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin besar negara. Ini adalah tindakkan memusuhi UMNO/BN.

Rakyat marah kepada pemimpin utama negara yang telah membelanjakan wang pembayar cukai (rakyat) seperti membelanjakan wang datuk nenek mereka semasa melawat keluar negara dengan memawa ‘entourage’ yang besar termasuk membiayai perbelanjaan isteri yang terlalu ‘glamorous’.

Rakyat tidak faham kenapa isteri seorang PM tidak silu untuk berbelanja wang rakyat sampai jutaan ringgit wang rakyat untuk perkara-perkara yang tidak perlu? Membiayai rombongan isteri itu telah memunahkan wang rakyat yang begitu banyak tertamanya dalam lawatan keAmerika Syarikat baru-baru ini.

Orang ramai bercakap dimerata-rata tempat yang Imelda Marcos pun tidak hidup se glamorous seperti isteri pemimpin kita ini. Imelda memakan jangka masa 20 lebih tahun sebelum hidup seperti dalam kayangan dan sifat wanita itu jugalah yang menjadi penyebab kejatuhan suaminya Presiden Ferdinand Marcos dahulu.

Sikap buruk ini bukan sahaja dilakukan oleh pemimpin number satu tetapi juga dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang lain seperti menteri-menteri kabinet dan juga Menteri-Menteri Besar kebanyakkan negeri.

Ramai Menteri-Menteri Besar telah membuatkan kerajaan-kerajaan negeri jatuh menggolek seperti Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

Dengan sikap sombong Menteri-Menteri Besar ini dan salah laku politik mereka telah menyebabkan rakyat merasa mual dan memilih untuk memberikan kuasa kepada parti alternatif untuk memerintah kerajaan kerajaan negeri tersebut.

Keadaan seperti ini juga tidak dapat memberikan pelajaran kepada pemimpin yang menerajui kerajaan Negeri Sembilan.

DAN kalaulah pemimpin Negeri adat ini masih dengan sikap menumpukan tenaga dan usahanya untuk menunjukkan kuasa dan glamournya maka Negeri Sembilan juga akan tumbang dalam pilihanraya yang akan datang.

Sebagai anak pepateh dan rakyat NS saya dapat merasakan seolah-olah negeri in akan jatuh kegenggaman pembangkan jika pucuk kepimpinan negeri ini tidak diubah sebelum PRU13 ini.

Saya berharap pandangan saya ini salah tetapi naluri saya tetap mengatakan yang kita akan kalah disana. Ini disebabkan sikap beliau yang ‘sayangnya bertompok-tompok, bencinya merata-rata’terhadap rakyat dan ahli-ahli UMNO diNS.

Jika ada pihak yang inginkan NS jatuh ketangan pembangkang, mengekalkan pucuk pimpinan negeri yang ada pada hari ini adalah tindakkan yang amat sesuai. Beliau pasti mampu melakukannya dengan baik.

Mengekalkan pemimpin ini terus-terusan ini juga tindakkan memusuhi rakyat terutamanya rakyat NS.

Saya bukannya orang yang pandai untuk ‘menyelam air dalam tunggak’, tetapi pengalaman saya ada sikit-sikit.

Nun diMalaysia Timur seperti Sarawak, sikap pemimpin Negeri Kenyalang itu akan bertambah rumit jika pemimpin yang sudah memimpin melebihi 3 dekat itu masih berada dikerusinya sekarang, nampaknya Sarawak merupakan satu lagi negeri yang akan mengalami nasib yang sama.

Jika beliau masih dikekalkan, bukankah ini merupakan tindakkan memusuhi rakyat dan kebenarannya?

Jadi kepada mereka-mereka yang bertanya itu saya berharap saudara saudara telah dapat memahami yang musuh-musuh UMNO dan BN itu sebenarnya ada didalam kepimpinan dan ahli-ahli BN itu sendiri.

Sekarang saya telah menunjukkan dalil-dalil yang pemimpin UMNO/BN sendiri melakukan perkara yang memusuhi rakyat. Memusuhi rakyat adalah memusuhi diri sendiri.

Insyaalah jika pemimpin UMNO dan BN tidak lagi melakukan perkara yang dimusuhi rakyat barulah saya dan ramai yang lain ada masa untuk melihat apa yang patut dikritik dalam barisan pembangkang itu.

TETAPI setakat ini pemimpin UMNO dan BN yang lain masih lagi melakukan perkara-perkara sumbang yang dibenci oleh rakyat.

Pemimpin kita masih lagi melakukan perkara sumbang tetapi cuba hendak berselindung disebalik pelita yang terang.

Penutup kata, saya mesti tekankan disini yang pemimpin kitalah yang bertindak seperti memusuhi rakyat dan negara. Lepas satu kesilapan disusuli dengan kesilapan-kesilapan yang berterusan.

Bila rakyat menarik balek sokongan kepada UMNO pembangkang pula yang menjadi cemuhan. Yang benar tetap benar dan yang salah tidak boleh kita anggap benar.

Jangan kita halalkan yang haram dan jangan pula mengharamkan yang halal.

Takkanlah kita tak tahu kesalahan parti dan pemimpin kita. Bukan kah kita pernah kesekolah sikit-sikit?



Sekian…………………Aspan Alias.

14 comments:

  1. 'Sayangnya bertompok tompok bencinya merata-rata'. Benar, itulah sikap MBNS.

    Selamat melayanglah kerajaan NS.


    biul, rantau

    ReplyDelete
  2. biul rantau,

    kau samo den akan mengundi PR kalau mamat tu masih jadi MB laie.

    Solamat mengundi.

    pengundi blangkan.

    ReplyDelete
  3. Sir,

    The only caveat for your effort to advise and "try" to change UMNO and BN is that "IF there is still hope" to do just that. BUT as you too "ada bersekolah sedikit-sedikit", you might recognize that your effort could well be just a futile effort. Just like the "peneroka" of so many "setinggan" in KL, they did try everything and spared nothing in their effort to save their homes but ALAS all to no avail (cos we know that those people on the top don't care. They only care about money and so does UMNO's top leadership too).

    So while I'm applauding your valiant effort in trying to save and change THE UMNO that you loved so much, my sympathy goes to you beforehand,for the inevitable outcome of your effort will no doubt be failure and heartbreak or heartache (those corrupt people in UMNO will not change and will spare not effort to resist and repel any move to change). Money is a very powerful ally and at the same time a dangerous enemy as well. Money is a blade that cut both side. As long as money remain the main driving force of UMNO (and not Islam), corruption and corrupt people in UMNO is inevitable. In that,I feel sorry for you and for all Malaysian for that matter.

    Nick.

    ReplyDelete
  4. Tuan

    Apa yang tuan luahkan itu sama seperti yang saya percaya selama ini. Bagi saya sudah terang lagi bersuluh yg musuh UMNO/BN ialah pemimpin mereka sendiri tetapi kerana ada yg terhutang budi dan money juak juak ini mempertahankan kapal yg senget dan hampir karam.

    Yang benar tidak kira lah siapa pun agama, bangsa dan latar belakangnya kita sokong...dan yg salah tetap kita tentang.

    Yang penting jangan anggap kata-kata pemimpin sebagai 'sabda'.

    Ameran

    ReplyDelete
  5. Bro,
    I setuju dgn u kekalahan UMNO kerana penyakit dalaman macam anai akhirnya rumah runtuh. Rakyat bukan pandang sangat parti tapi lebih kepada INTEGRITI sebab rakyat menyumbang berbagai cukai seperti cukai pendapatan, cukai perniagaan, cukai pintu, cukai Jalan, cukai import, cukai Eksport, cukai makanan dan minuman seperti Mc Donalds, cukai harta bila jual beli rumah dan banyak lagi. Kalau selogan MELAYU dijual dimerata tempat tetapi rakyat susah saya pasti UMNO tidak akan dirasai akan kehadirannya ditengah2 masyarakat.... Bro terus menulis jangan jemu2 atau penat2 sebab ada dakwahnya disebalik tulisan bro .. i anak Felda Pahang banyak perkara yang menyakiti hati i disini.. tahnihan atas keberanian bro.....

    ReplyDelete
  6. Ramai penulis yang mengkritik UMNO kerana mereka masih tidak berubah, masih ditahap bodoh sombong, peringkat gaban.

    Apa perlu nak herdik PKR atau Pembangkang, mereka berada di ambang kuasa kerana mereka telah berubah mengikut kehendak rakyat dan sebab itulah rakyat sokong mereka. Soal salahlaku seekor dua di sana, perkara biasa tetapi purata parti politik pembangkang sedang menyamai citarasa pengundi.

    Yang masih tidak faham faham faham faham faham ialah UMNO, krritikan adalah untuk menyedarkan.

    Jika masih tidak sedar dan lenyap selepas ini, pengkritik tidaklah ralat sangat kerana telah mengingatkan mereka selalu.

    ReplyDelete
  7. Salam Saudara Aspan

    Apa saudara merintihkan itu adalah bak satu perjuangan hebat anak bangsa yang sangat takut cacat cela perangai pemimpin yang diteruskan tidak mengendahkan nasihat atau kecam itu akan membawa kekecewaan yang amat sangat sekarang dan belakang hari kepada kita dan generasi bangsa kita akan datang.

    Mereka yang tiada kesudahan mencari-cari keaiban dan kecelaan malah menambah-tambah dengan fitnah pemimpin pemimpin pihak lawan dan tidak sedikit sedar atau rasa malu pemimpin mereka sendiri yang begitu banyak cacat dan cela dengan perangai yang wajib dikecam sememangnya bukan pejuang bangsa tetapi adalah yang telah dicucuk hidung mereka dan telah merelakan diri berlumuran tahi membajak tak kira siang atau malam!

    ReplyDelete
  8. Sedar atau separuh sedar atau tidak sedar NS berada dalam kritikal kalau MB sekarang maseh syok sendiri alamat DIA lah yang menjadi faktor besar kejatuhan umno NS nanti....

    ReplyDelete
  9. Saudara Aspan,

    Spot-on! Apa yang saudara katakan amatlah benar. Tetapi kebenaran itu amat payah untuk diterima dan ditelan oleh kebanyakan ahli-ahli UMNO terutamanya dari kalangan pimpinan.

    Saya juga bersetuju dengan pandangan saudara Nick. They don't really care.

    Sekiranya trend sebegini dalam UMNO/BN tidak diubah dengan kadar yang segera, sudah terang lagi bersuluhlah apa yang bakal menimpa UMNO/BN di PRU13.

    Tetapi saya tidak nampak ianya akan berubah sebelum PRU13. DS Najib just don't have that determination and character to bring about these changes. He cannot even dispel the common perception that Rosmah is more powerful than him.

    So, to the 'imelda marcos of malaysia', baik bilang cepat2 berapa pasang kasut yang anda punyai sebelum rakyat menghalau anda di malam hari.

    ReplyDelete
  10. Bro Aspan dan kawan-kawan.

    Cik Mah Chot, kawan saya tu, sedar ke lagak dia boleh menjatuhkan suaminya.
    I don't think so. Makin menjadi-jadi, nampaknya.
    Dia dengan isteri si Rais, Masnah, samo orang nogori, tupun sama naik.
    Tengoh Najib's blog, resource personpun Rosmah.

    amatMok

    Ferdinand and Imedla Marcos boleh lari ke US. Same as Shah of Iran. Tapi Najib dan Rosmah boleh lari ke mana?
    Singapura? No.
    I guess Brunei lah.

    On MB NS, time for him to be replaced by Khairy Jamaluddin.
    Or else give Isa back his post in the coming GE.
    Takkanlah suku sakat Bro Aspan di NS tak boleh menjadi MB kot.
    As for Sarawak, susah lor.
    Hanya kematian dapat memisahkan Taib Mahmud dari jawatannya.
    I think he's bulding his own dynasty.


    Talking about dynasties, can't you guys see the three dynasties in PKR - the Lims, the Singhs and the Anwars.
    This will lead to political squabbles and power play, later on. Mark my words.
    Janganlah kita buta bahawa PKR lebih kurang sama dengan BN.
    Apa yang nak dipilih lagi.

    ReplyDelete
  11. Mengkritik secara jujur itu adalah tanda kita sayang dengan Parti Melayu UMNO kalau dah berhenti mengkritik itu tandanya kita dah buang 100% rasa sayang kepada parti bangsa melayu. i setuju cara u mengkritik tanpa mengunakan kata2 terlalu kesat seperti jurublog yang lain tu ... melampau sangat perkataan cabul yg dia gunakan. Marah macam mana pun kawal EMOSI... masej pasti sampai..I hormat dgn cara penulisan u yang tidak ketelaluan.Kita kena ingat kalau terlalu keras atau cabul perkataan yang digunakan orang akan lari dari kita. "..Maintain.. mantain....maintain..."

    ReplyDelete
  12. nick,

    I appreciate your comment to my writing and opinion.

    You are indeed in the know as to what is inevitable to happen with UMNO and its component.

    Yes, the outcome is certainly predictable, but I am just writing to put my opinion on record so that I can be remembered at least by a few like you that I used to give frank and responsible opinion with the intention to improve them.

    I know the likelihood for a big change is very much less than possible.

    These leaders in UMNO have lost all the 'hidayah' and they are still doing ugly things shamelessly.

    Thanks bro...I see that you are serious man, I must say.

    ReplyDelete
  13. Saudara Aspan,

    Saya bersetuju dengan saudara. Memang musuh sebenar UMNO adalah pemimpinnya sendiri. Mereka yang menyebabkan rakyat malahan ahli UMNO sendiri berpaling tadah memilih pembangkang. Cuma apa yang boleh kita nampak sekarang ini, macam agak susah untuk cuba mengubah mereka-mereka ini menjadi seperti apa yang rakyat mahukan.

    Apa pun, saya tetap akan menyokong UMNO/BN, di atas satu sebab sahaja. Iaitu kerana tidak mahu negara ini jatuh ke tangan DAP yang jelas sekali akan menghancurkan masa depan orang Melayu seperti apa yang telah berlaku di Singapura dan sekarang Pulau Pinang.

    Itu saja harapan saya.

    ReplyDelete
  14. Musuh UMNO ialah musuh dalam selimut. Orang yang tak ada prinsip!!!

    ReplyDelete