28 September 2010

Alhamdulillah!! - Dr Mahathir kembali menjadi Melayu.

Sejak akhir-akhir ini Tun Dr Mahathir seringkali membuat kenyataan-kenyataan politik dan nampaknya beliau masih berpolitik. Kali ini Dr Mahathir bercakap agak lantang tentang Melayu dan beliau menarik perhatian ramai. Setelah bersara dari jawatan tertinggi negara, beliau lantang pula bercakap tentang mempertahankan Melayu.

Isu perkauman memang ‘forte’ politik Dr Mahathir kerana beliau menaikki tahkta kuasa negara melalui imej ‘ultra’ Melayu selepas sahaja beliau ditewaskan oleh Murshidul Am Pas Haji Yusuf Rawa dikawasan Kota Setar pada tahun1969 dahulu.

Dr Mahathir sememangnya mendapat tempat kerana memainkan isu Melayu dan perkauman yang kuat. Malahan apabila beliau mula-mula dilantik oleh Husein Onn pada tahun 1976 sebagai Timbalan Perdana Menteri, kaum asing terutamanya kaum Cina mempunyai kesangsian yang tinggi untuk menerima beliau sebagai pemimpin negara dan bakal menggantikan Husein Onn sebagai Perdana Menteri.

Beliau tewas dalam pilihanraya itu kerana kehilangan sokongan kaum Cina dikawasan Kota Setar. Beliau telah menyalahkan semua pihak termasuk Tunku Abd Rahman dan beliau telah membuat kenyataan-kenyataan perkauman dan dalam sekelip mata beliau dianggap sebagai ‘ultra’ Melayu.

Perlembagaan telah menentukan keistimewaan orang Melayu terjamin melalui Bab 153 tetapi perlembagaan juga telah mempastikan setiap penduduk yang berbangsa lain itu juga dipertahankan. Peruntukkan ini bukannya peruntukkan baru. Ianya telah diperuntukkan sejak Perjanjian Kemerdekaan lagi dan ianya telah meletakkan setiap rakyat dijamin tentang keselamatan setiap bangsa yang ada didalam negara ini.

Keadaan kucar kacir yang kita dengar dan lihat sekarang ini adalah perbuatan pemimpin-pemimpin kita yang bermain politik seperti bermain api. Api semasa kecil menjadi kawan tetapi jika ianya membesar akan menjadi lawan. Saya menyalahkan setiap pemimpin, tidak kira pemimpin UMNO atau pun pemimpin komponen yang lain khususnya MCA.

BN tidak boleh menggunakan isu-isu perkauman untuk mendapatkan undi dan sokongan kerana isu itu hanya laku dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Mendapat sokongan dengan menakut-nakutkan, menekan serta memaksa rakyat untuk menyokong kita akan menghasilkan kepimpinan negara yang lemah. BN tidak boleh menggunakan isu perkauman hanya kerana mereka sudah nampak sokongan rakyat sudah berubah.

Apa yang sangat perlu dicari sekarang ini ialah pemimpin Melayu yang berkebolehan tinggi serta berpengalaman dan yang mendapat penghormatan dari setiap kaum dinegara ini supaya segala usahanya untuk mentadbir negara secara adil boleh dilakukan.

Buat masa ini kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang terperangkap dengan isu perkauman dan diantara pemimpin-pemimpin kita semuanya terpaksa bermain dengan isu-isu perkauman yang menebal untuk mendapat perhatian rakyat. NGO Melayu seperti PERKASA dan penaungnya Dr Mahathir sekarang terperangkap dengan sensitivity perkauman dan jika kumpulan ini mendapat 100 peratus sokongan dari orang Melayu dan berjaya mendapat kuasa politik sekali pun tidak akan menjamin keutuhan bernegara diantara bangsa-bangsa di Malaysia ini.

Malaysia tidak mampu menjadi negara yang aman makmur jika negara ini hanya dikuasai secara politik oleh hanya satu kaum sahaja. Orang-orang Cina pun sepatutnya memahami yang negara ini tidak akan aman dan makmur jika Melayu merasakan mereka dihimpit oleh kaum-kaum lain kerana dari awal orang-orang Melayu merasakan yang moralnya negara ini adalah negara yang asalnya adalah milik Raja dan rakyat Melayu.

Saya secara peribadi mengharapkan Dr Mahathir memainkan peranan untuk mencari ‘point of reconciliation’ diantara kaum dari memainkan isu yang menyuburkan sentiment perkauman. Beliau yang mengaku yang segala-galanya adalah terbaik dizaman pemerintahan beliau sepatutnya memainkan isu-isu yang boleh menyejukkan perasaan kaum-kaum dinegara ini.

Setakat ini beliau hanya mendapat sokongan dari orang Melayu sahaja dan beliau belum lagi memberikan pandangan yang boleh mengimbangi pihak-pihak yang bertentangan dalam isu perkauman seperti yang ada semasa beliau mentadbir negara dulu. Tetapi sebaliknya beliau kembali menjadi ‘ultra’ Melayu seperti beliau lakukan untuk mendapat tempat dihati orang Melayu selepas kejadian berdarah 1969 dahulu.

Dalam pada beliau memperjuangkan nasib Melayu tetapi beliau tidak dapat mendisplin pemikiran beliau untuk menyatukan orang Melayu dengan mencerca Tuan Guru Nik Aziz diPasir Mas Sabtu lepas.. Beliau mencerca Nik Aziz secara terbuka sedangkan Nik Aziz adalah seorang pemimpin Melayu yang sangat dihormati ramai. Hanya ahli-ahli politik yang bertentangan sahaja yang tidak mahu menerima hakikat yang Nik Aziz mempunyai pengaruh yang besar bukan sahaja didalam PAS tetapi juga orang Melayu dan bukan Melayu amnya.

Justru apa yang beliau (Mahathir) katakan itu bertentangan dengan niat dan tujuan beliau menjelajah keseluruh negara untuk meminta Melayu bersatu dan saling mengasihi diantara satu dengan yang lain. Beliau hendak menyatukan Melayu tetapi menolak kumpulan Melayu yang besar.

Sesungguhnya Dr Mahathir hanya berpolitiking sahaja. Semasa hendak naik dahulu beliau adalah ‘ultra’ Melayu, tetapi beliau menjadi seorang yang sangat liberal setelah memerintah sehinggakan nama-nama usahawan besar Cina yang kita lihat sekarang ini dibentuk semasa pemerintahan beliau. Orang Melayu menjadi cemuhan beliau kerana kononnya Melayu tidak mahu maju dan sebagainya didepan pemimpin-pemimpin bangsa lain.

Sekarang ini beliau sudah balek menjadi ‘ultra’ kerana beliau berkehendakkan nama beliau masih menjadi sebutan ramai. Beliau tahu yang beliau masih ada sikit-sikit pengaruh maka beliau gunakan kesempatan ini untuk menjadi seorang yang masih relevan.

Walau bagaimana pun saya seronok menyokong beliau kerana beliau sudah kembali menjadi pejuang Melayu. Semasa beliau menjadi PM beliau lebih hiraukan pembangunan jangka panjang negara tanpa mengendung sekali dasar yang dikhususkan untuk orang Melayu.

Sekarang Mahathir sudah menjadi Melayu kembali. Saya gembira kerana beliau sudah teringat kembali kepada bangsa Melayu. Rupa-rupanya bersara dulu barulah ingat kepada bangsa kita…..alhamdulillah!

21 comments:

  1. article 153 mmg ada tetapi kalo xdiamalkan ibarat janji indah atas kertas sj.. itu yg dirisaukan tun dr mahathir

    kerisauan beliau mmg munasabah jika kita lihat senario politik malaysia pada hari ini..bgsa asing terus mengasak dan dlm masa yg sama ada juga sang melayu yg turut serta membuta tuli

    xsalah dia nk igtkn kita semua

    xkanlah mmberi nasihat kpd kaum sndiri adalah satu tindakan perkauman

    ReplyDelete
  2. Baguslah Mahathir dah berubah. Sebagai seorang bekas peg keajaan saya diminta menutup unit penyertaan Bumiputra dan apa yg saudara kata itu benar. Dia rimas dengan Melayu. Dia punya rancangan besar hinggakan meninggalkan isu penting seperti unit penyertaan Bumiputra.

    Baguslah!

    ReplyDelete
  3. Boleh percaya ke si Madey ni. Nampak nya sekarang bermati-matian nak menyatu padu kan Melayu atau dah nampak Umno dah tenat dan dah hilang mendapat kepercayaan Melayu.?
    Jadi isu perpaduan Melayu lah menjadi agenda utama beliau demi untuk mempertahankan kuasa Umno/Bn.

    Atau mungkin beliau mempunyai "Ulterior Motive"
    Jikalau Runtuhnya kuasa Umno/Bn, nescaya beliau akan menerima nasib seperti bekas Presiden Indonesia, Jeneral Suharto dihadapkan di Mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa semasa pemerintahan beliau.

    ReplyDelete
  4. mahathir memang hebat. Sekejap jadi orang yang liberal dan tidak ambil pusing sangat tentang DEB semasa dia PM.
    setelah berhenti dia sibuk cerita pasal melayu pulak. dia boleh merupa dalam berbagai bentuk manusia.

    Sekarang dia cite pasal melayu. tapi untuk jatuhkan pak lah yang dia lantil dia sanggup keluar umno.

    hatinya berkulat. Kalau tak ikut cakap dia dia akan buat macam-macam.

    tapi anak-anaknya mengambil kesempatan semasa dia jadi PM. Mirzan sekarang dah senyap. dia dah pakai duit petronas untuk selamat syarikatnya yg terlungkup. bukan sikit dia ambil duit petronas. ribuan juta ringgit. kenapa tidak ada orang yang buat isu tentang ini?

    Inikah contoh pejuang melayu?


    zainsingkap

    ReplyDelete
  5. Asalam saudara aspan,, Tun mahtahir adalah seorang perjuang, bukan calang2 org, merempoh pelbagai keadaan duka dan suka...Persoalan yg haruskan perhatikan apa kah perjuangan masa kini yg di war2 oleh tun, masih releven dalam sesuasan kini??? Mengapa tiba bercakap tentang kemalayuan ? Melayu hilang kuasa ? Apa rakyat terbanyak boleh terima kenyataan ini?? Persoalan yg timbol dari perjuangan tun, orang melayu sendiri mempersoalkan kenyataan tersebut, tidak lansung memcerminkan keadaan sebenar malaysia. Semasa menjadi pm tun cukup liberal, semua rakyat boleh terima ,,, Ini lah silap besar dan mungkin tak dapat di ubah, oleh tun, istilah melayu hilang kuasa ? Generasi muda tak akan terima idea ini, tun sendiri menjadi pm selama 25 tahun... Persoalan mengapa di waktu dia masih gagah dan di hormati oleh semua rakyat, semasa masih menduduki kerusi pm., gagal memperkasa kan melayu??? Dengan berbekalkan isu hilang kuasa tidak mungkin memberi impak yg kuat kepada melayu kini,,, sebab melayu dan rakyat umum kini telah tidak meyakini umno bn, dengan isu bagai mana pun,, bila mana keyakinan telah hilang, adalah satu perkara yg begitu rumit hendak di perbaiki. Terima lah hakikat, air tidak selalu nya pasang. TQ

    ReplyDelete
  6. Asalam saudara aspan,, Tun mahtahir adalah seorang perjuang, bukan calang2 org, merempoh pelbagai keadaan duka dan suka...Persoalan yg haruskan perhatikan apa kah perjuangan masa kini yg di war2 oleh tun, masih releven dalam sesuasan kini??? Mengapa tiba bercakap tentang kemalayuan ? Melayu hilang kuasa ? Apa rakyat terbanyak boleh terima kenyataan ini?? Persoalan yg timbol dari perjuangan tun, orang melayu sendiri mempersoalkan kenyataan tersebut, tidak lansung memcerminkan keadaan sebenar malaysia. Semasa menjadi pm tun cukup liberal, semua rakyat boleh terima ,,, Ini lah silap besar dan mungkin tak dapat di ubah, oleh tun, istilah melayu hilang kuasa ? Generasi muda tak akan terima idea ini, tun sendiri menjadi pm selama 25 tahun... Persoalan mengapa di waktu dia masih gagah dan di hormati oleh semua rakyat, semasa masih menduduki kerusi pm., gagal memperkasa kan melayu??? Dengan berbekalkan isu hilang kuasa tidak mungkin memberi impak yg kuat kepada melayu kini,,, sebab melayu dan rakyat umum kini telah tidak meyakini umno bn, dengan isu bagai mana pun,, bila mana keyakinan telah hilang, adalah satu perkara yg begitu rumit hendak di perbaiki. Terima lah hakikat, air tidak selalu nya pasang. TQ

    ReplyDelete
  7. Asalam saudara aspan,, Tun mahtahir adalah seorang perjuang, bukan calang2 org, merempoh pelbagai keadaan duka dan suka...Persoalan yg haruskan perhatikan apa kah perjuangan masa kini yg di war2 oleh tun, masih releven dalam sesuasan kini??? Mengapa tiba bercakap tentang kemalayuan ? Melayu hilang kuasa ? Apa rakyat terbanyak boleh terima kenyataan ini?? Persoalan yg timbol dari perjuangan tun, orang melayu sendiri mempersoalkan kenyataan tersebut, tidak lansung memcerminkan keadaan sebenar malaysia. Semasa menjadi pm tun cukup liberal, semua rakyat boleh terima ,,, Ini lah silap besar dan mungkin tak dapat di ubah, oleh tun, istilah melayu hilang kuasa ? Generasi muda tak akan terima idea ini, tun sendiri menjadi pm selama 25 tahun... Persoalan mengapa di waktu dia masih gagah dan di hormati oleh semua rakyat, semasa masih menduduki kerusi pm., gagal memperkasa kan melayu??? Dengan berbekalkan isu hilang kuasa tidak mungkin memberi impak yg kuat kepada melayu kini,,, sebab melayu dan rakyat umum kini telah tidak meyakini umno bn, dengan isu bagai mana pun,, bila mana keyakinan telah hilang, adalah satu perkara yg begitu rumit hendak di perbaiki. Terima lah hakikat, air tidak selalu nya pasang. TQ

    ReplyDelete
  8. Asalam saudara aspan,, Tun mahtahir adalah seorang perjuang, bukan calang2 org, merempoh pelbagai keadaan duka dan suka...Persoalan yg haruskan perhatikan apa kah perjuangan masa kini yg di war2 oleh tun, masih releven dalam sesuasan kini??? Mengapa tiba bercakap tentang kemalayuan ? Melayu hilang kuasa ? Apa rakyat terbanyak boleh terima kenyataan ini?? Persoalan yg timbol dari perjuangan tun, orang melayu sendiri mempersoalkan kenyataan tersebut, tidak lansung memcerminkan keadaan sebenar malaysia. Semasa menjadi pm tun cukup liberal, semua rakyat boleh terima ,,, Ini lah silap besar dan mungkin tak dapat di ubah, oleh tun, istilah melayu hilang kuasa ? Generasi muda tak akan terima idea ini, tun sendiri menjadi pm selama 25 tahun... Persoalan mengapa di waktu dia masih gagah dan di hormati oleh semua rakyat, semasa masih menduduki kerusi pm., gagal memperkasa kan melayu??? Dengan berbekalkan isu hilang kuasa tidak mungkin memberi impak yg kuat kepada melayu kini,,, sebab melayu dan rakyat umum kini telah tidak meyakini umno bn, dengan isu bagai mana pun,, bila mana keyakinan telah hilang, adalah satu perkara yg begitu rumit hendak di perbaiki. Terima lah hakikat, air tidak selalu nya pasang. TQ

    ReplyDelete
  9. Sedangkan semasa berkhidmat Mahathir tidak dapat menolong orang Melayu,ini kan pulak sesudah pencen.

    Ignore kan saja dia tu.

    ReplyDelete
  10. i wonder why this Tun is talking against his own deeds. Why is he mudah lupa for what he did?

    we know what did last summer, don't we???

    ReplyDelete
  11. Saya stuju dgn pandangan saudara Aspan!

    bila pemimpin2 nii sebut hak Bumiputera, seperti biasa, Bumiputera Sabah & Sarawak tidak disebut langsung..

    Lantang-lantang si Ibrahim Ali memekik mempertahankan hak Melayu, dia lupa yang NGO dia tu sepatutnya memperjuangkan hak SEMUA bumiputera..

    Aku pun heran, sejak bila hak Melayu hilang? Yang bertambah adalah. Tengok saja di Sabah. Pendatang dari Filipina, pakistan dan Bangladesh yang peluk agama Islam secara automatik menjadi Bumiputera dan ada hak macam rakyat asal Sabah.. Pendatanag2 baru ni pun lebih hebat; ada MyKad.. banyak lagi rakyat asal Sabah yg belum pun ada MyKad.. sedih kan?

    Dah dipanggil Sabah & Sarawak "fixed deposit" BN, tapi bila keluar suara perjuangan itu dan ini, kami di Borneo tidak dijenguk pun..

    Kami bukan nak perhatian; cuma nak mengingatkan kita semua 1Malaysia bahawa MALAYSIA = Persekutuan Tanah Melayu + Sabah + Sarawak.. Kita sama2 membentuk Malaysia..

    Dan jelaslah, isu-isu yang dikatakan oleh Mahathir dan Ibrahim Ali itu hanyalah mainan politik untuk meraih sokongan Melayu. Selama berdekad-dekad BN memerintah, org Melayu masih dikatakan belum maju; salah siapa sebenarnya ni? Kerajaan yang dah berpuluh-puluh tahun memerintah dan kononnya mempertahankan hak Melayu, atau orang bukan Melayu?

    Bangkitlah Melayu dan bersatulah menentang mereka mereka yang kononnya mempertahankan hak melayu; sebab yang mereka pertahankan sebenarnya adalah saku dan dompet mereka sendiri!

    = Bornean +

    ReplyDelete
  12. En Aspan,

    So sekarang ni Mahathir dah confirm seorang rasist lah ni!!

    En Aspan, Malaysia memerlukan ramai Melayu macam you untuk mencapai 1 Malaysia, Malaysian Malaysia, Middle Malaysia.

    (We need more Malay like you)

    Saya pasti this posting akan mendapat liputan meluas didalam SJJP, TN dan lain lain.

    ReplyDelete
  13. Bro ASpan,

    Pohon laluan....i wonder why this Tun is talking against his own deeds. Why is he mudah lupa for what he did?

    we know what did last summer, don't we???

    28 September 2010 20:46:00 GMT+08:00 "

    Sir,

    wondering why?Answer is that it is a trait he inherited from his father gene. Btw it may not a trait of his father per se though...

    bat8

    "

    ReplyDelete
  14. TDM has actually forfeited his rights to talk about ketuanan Melayu. 'Malays' to TDM means Malays that are linked to the UMNO elites and not the ordinary Malays. Becoz of his policies, sad to say, alot of the Malaysian Chinese SMEs have left the country. Actually, I don't know how many of them are aware that it is very difficult for fresh graduates to get a decent paying job. Jobs are so scarce these days that alot of Malaysians are havinf to look for jobs in our neighboring. But sad to say, most of the successful job seekers are non-Malays who have better command of the English language. This leaves most of the unemployed graduates being Malays and such development is not healthy. It is time that all Malaysians should sit up and take a good look at this problem Forget about Malay supremacy. Malay graduates need decent jobs. That's the end point

    ReplyDelete
  15. Dear Aspan,

    Tak usah lah berharap sangat kepada Dr. Mahathir.

    Dulu harapan tinggi menggunung terhadap Dr. Mahathir. Tengok apa yang terjadi.

    Jikalau dia hendak memperbaiki keadaan biarlah dia buat. Tapi dia ada agenda dia yang tersendiri.

    I can never trust people who said 'Melayu mudah lupa'. InshaAllah orang melayu tidak mudah untuk lupa.

    Orang bebas/independentman.

    ReplyDelete
  16. Aspan,

    TDM memang sangat sangat takut BN kalah dlm GE13. Dia takut sebab bila PR mejadi kerajaan dia akan dipenjarakan sampai akhir hidup.

    Sebab itulah sahaja TDM sekarang nak cari vote orang Melayu.

    Orang Melayu mesti bijak, tanya dia mana duit rakyat yang berbillion-billion telah "hilang". Mengapa corruption sangat meluaskan di negara kita.

    Janganlah di tipu oleh seorang India yg dicelup sebagai bangsa Melayu sekarang.

    ReplyDelete
  17. Saudara Aspan

    Semasa dia jadi PM, polisi dan tindak tanduk Mahathir lebih banyak mengejarkan kebanggaan nama dan absolute power untuk dirinya bukan untuk manfaatkan Malaysia atau lebih lagi memajukan kaum Melayu. Secara kebetulan orang Melayu telah menumpang kemelayuan Mahathir!

    Sangat menyedihkan ramai orang jati Melayu maseh mempercayai Mahathir telah dan seterusnya akan mempejuangkan nasib Melayu... dimanakah kerana dia ada Melayu agung di persada dunia baik segi kewangan atau bidang sains dan teknologi seperti ada orang yang agung dari negera Korea dan Singapura?

    ReplyDelete
  18. Semua komen lebih cenderung komen pasal Tun M. Kenapa Tun dulu begitu dan kenapa sekarang begini. Pendek kata semua berkisar kpd peribadi. Tiada seorang pun yg membincangkan apa yg diperkatakan Tun samada logik atau tidak atau ada atau tidak kebenarannya. Soal Tun yg dulu, apa yg kita boleh lakukan lagi? Soalnya sekarang bukan soal Tun M, tapi soal melayu dan kaitannya dgn negara.Apakah benar melayu akan hilang kuasa spt yg didakwa Tun. Atau apakah melayu akan terus kuat tanpa UMNO? Jika benar melayu akan terus kuat walau pun UMNO sudah lingkup, apakah kaedah dan kemungkinannya cara alternatif yg membuktikan bahawa dakwaan tanpa UMNO, melayu akan tetap kuat dan berdaulat di bumi sendiri?
    Bagi saya ini yg patut dikupas sedalam-dalamnya sebelum terlambat.Jgn hanya tahu mengkritik dan mendedahkan kelemahan dan kelalaian Tun, tetapi tiada yg berfikir bagaimana mahu diselamatkan kedudukan melayu spt yg termaktub dlm perlembagaan.

    ReplyDelete
  19. Anon 1:27,

    Gasak kau lah jang! kalau ikut cara TDM hanguih UMNO dan BN.

    Kojap Melayu, kpjab liberal dan sekarang balek Melayu.

    Kalau orang l;ain cakap itu personal agenda, kalau Mahathir cakap itu untuk negara.

    Kita yang punah ranah ini bermula sojak TDM pogang kuaso.

    Dah nak sokong jugak dio persilokan. Maso akan menontukan. Sejarah akan dibaco..boto tak Aspan???

    Orang yang keluar parti sobab bermusuh dengan Dollah tu bukan pemimpin namo eh!...boto yak Aspan?

    Dulu dibelasah eh Tunku sobab Tunku adakan ISA. Bilo dio dapek kuaso ISA diperkotatkan.

    Marah Tunku pindo perlembagaan dan dio kato TUNKU pindo perlembagaan macam orang tukar seluar dalam. Tetapi akhirnya dio yang tukar perlembagaan setiap tahun.

    Orang lain buek tak buleh, dio buek buleh!

    UMNO Chembung

    ReplyDelete
  20. kalo cmtu mari kita bg dap perintah

    our target: dap perintah malaysia 2013

    ReplyDelete
  21. Salam Pak Aspan,
    Mahathir ni patut fully retire. Dah tentu anak-anak dia mewarisi kekayaan Malaysia, apa lagi yang dia nak? Enough is enough. Bagi peluang kat new generation pulak .. family dia dah kaya-raya, jadi golongan Melayu elite. Orang-orang kampung, makcik pakcik Felda, pekerja-pekerja kilang just a group of market which this kinda people see a lot of money and politic opportunities. Sebab tu yang kaya akan terus cuba mengekalkan golongan kurang berada. Muak dan mual tengok gelagat so call Malay elite.

    ReplyDelete