Najib telah cuba menumpang
kejayaan Obama mempertahankan kerusi Presiden Amerika Syarikat dalam
pilihanraya Presiden baru-baru ini. Najib telah meminta rakyat mengambil contoh
rakyat Amerika dengan mengekalkan kerajaan penyandang di negara ini. Saya telah
menulis tentang isu ini dan kali ini saya ingin menulisnya sekali lagi.
Baiklah, kita ikut bagaimana
Obama mengekalkan kuasa di Rumah Putih di Washington. Jika itu kehendak Najib
maka kita lakukan apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS). Pertamanya oleh
kerana pilihanraya kita sudah hampir maka Najib patut bersetuju untuk melakukan
perdebatan terbuka dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seperti perbahasan
di antara Obama dengan Roomney dari Republican semasa pilihanraya Presiden
tidak berapa lama dahulu.
Kalau hendak mengikut jejak
langkah rakyat AS, kita ikut betul-betul. Tentu ramai bersetuju jika perbahasan
ini diadakan secara ‘live’ melalui TV3, RTM, ASTRO dan lain-lain saluran TV
yang boleh dilihat di negara ini. Tentukan yang saluran-saluran TV yang besar
seperti CNN, Al-Jazeera dan yang lain-lain menyiarkan secara ‘live’ ke seluruh
dunia.
Dalam perbahasan itu Najib boleh
membuktikan keburukan Anwar dan Pakatan Rakyat dan biarkan semua masyarakat
dunia tahu keadaan sebenarnya. Saya rasa Najib akan mendapat lebih kredibiliti
jika semua manusia menonton perbahasan ini dan buktikan segala tuduhan beliau
terhadap PR dan Anwar itu betul dan benar.
Najib selalu berkata akhir-akhir
ini yang beliau sahaja yang mampu melakukan perubahan, maka tunjukkan bukti dan
yakinkan kepada semua pihak melalui perbahasan itu. Sekarang ruang telah
terbuka untuk Najib membuktikan kebenaran dan kemampuan beliau dari berkata dan
mencemuh Pakatan Rakyat dari belakang dan secara tertutup.
Dalam perbahasan itu Najib boleh
buktikan yang beliau tidak terlibat langsung dalam isu Altantuya serta isu-isu
lain seperti komisyen Scorpene dan banyak lagi yang dikaitkan terhadap beliau
dan telah terbenam menjadi persepsi dan stigma buruk terhadap beliau.
Dalam perbahasan itu Najib boleh
buktikan yang isu NFC tidak kena mengena dengan unsur rasuah dan unsur salahguna kuasa dan sebagainya. Seorang pemimpin yang telah berucap bergegar-gegar
selama ini dan akan berucap dengan gegaran dalam Perhimpunan Agong UMNO pada
27hb November ini tentunya berkemampuan untuk mempertahankan kewibawaannya
melalui perdebatan itu. Seorang yang benar tidak mungkin takut berhadapan
dengan rakyat dalam perdebatan ini, malahan perdebatan ini sepatutnya menjadi
cadangan beliau untuk menunjukkan apa yang disebut oleh pembangkang itu fitnah
semata-mata.
Najib sepatutnya menerima cabaran
ini dengan senang hati dan tunjukkan semua program transformasi beliau itu
adalah hebat dari mendengar cerita karut-marut dari dirinya sendiri tentang
kehebatan program transformasi beliau itu. Najib selalu mengaku yang kerajaan
kita telah menjadi contoh bagi banyak negara di dunia ini, maka perdebatan itu
akan menaikkan lagi imej dan ‘dignity’ beliau seperti yang beliau mengakui
selama ini.
Najib boleh juga mengambil kesempatan
ini untuk membuktikan yang kerajaan pimpinan beliau terhindar dari kegiatan
rasuah besar-besaran. Dalam perdebatan itu juga Najib boleh memberikan
penerangan bagaimana rakyat negara kita ini akan memperolehi pendapatan yang
tinggi menjelang tahun 2020 seperti yang beliau war-warkan ke mana-mana beliau
pergi.
Najib tidak perlu gentar
berhadapan dengan Anwar. Jika beliau gentar dan menolak cabaran ini, maka
jelaslah yang Najib mempunyai banyak perkara yang beliau hendak sorokkan. Jika
Najib tidak mahu berdebat dengan Anwar kerana Anwar terlalu tinggi untuk beliau
menghadapinya, Najib boleh memilih siapa sahaja dari pihak pembangkang. Rasa-rasanya saya pun berani dan tidak akan
berundur jika mendapat cabaran dari pihak Najib itu. Sedap juga jika anak korporal Polis seperti saya berhadapan dengan pemimpin yang dianggap teragung oleh golongan
seperti ini.
Jika begitu keadaannya maka tidak
payah kita berfikir panjang. Terus sahaja kita berikan sokongan kepada
parti-parti pilihan selain dari BN dan UMNO. Menarik diri dari cabaran ini
bermakna apa yang dituduh oleh rakyat dan pembangkang selama ini tidak ada
yang lain selain dari kebenaran belaka.
Apabila kebenaran sudah terbukti
maka rakyat sepatutnya tahu apa yang hendak dilakukan dalam pilihanraya yang
akan datang. Tidak payah lagi pemimpin-pemimpin pembangkang ke hulu ke hilir
untuk menyaingi media perdana yang menyebelahi kerajaan yang berkuasa sekarang
ini.
A'kum Sdr.
ReplyDeleteKalau dengan saudara, Najib akan berdalih dengan mengatakan kedudukan saudara di dalam parti tidak setandingnya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri!
Kalau dengan Anwar dia kecut kerana dia berahsia maka dia akan kecut dengan semua yang mencabarnya
mountdweller,
ReplyDeletedengan pak Aspan pun dia akan takut.Lagi dia takut! sebab kalau kalah dengan pak Aspan dia akan lebih malu lagi
Aspan
ReplyDeleteNo need to trouble you. Let Najib debate with my 7-year-old daughter first.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteKajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan 72% mahasiswa mahu debat antara Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri diadakan, manakala hanya 17% tidak bersetuju dan 11% tidak pasti.
Golongan muda mahu pemimpin mereka berdebat, tetapi pemimpin pula menolak dengan pelbagai alasan dangkal dan remeh.
aku pun stuju debat ni...baru nampak,sapa yg layak memimpin
DeleteMesti ada debat baru rakyat boleh menilai kaliber pemimpin dan proses pemikiran mereka samada rakyat diutamakan atau kepentingan sendiri didahulukan. Jom Najib. Job Anwar. Kami dah lama tunggu! Adnan Potong Telinga
DeletePak Aspan,
ReplyDeletePak Aspan serius ke nak debate dengan Najib ni?
Pak AA,
ReplyDeletePak AA melawak ke atau benar nak berdebat dengan DS Najib ni?
ky lee dan UUM Kedah,
ReplyDeleteKalau sdr sdr hendak anggapnya sebagai lawak pun poleh, kalau nak anggap seirus pun boleh.
Terima kasih
Bang, esok mahadeyyy akan jawab bagi pihak Najib. Dia kena cover kuda pondan ni sebab hang nak ganggu his 'last hurdle' dlm perjuangan dia yg belom selesai menaikkan anak dia tu!
ReplyDeleteDia akan konar jauh sampai Keralla mengatakan contohnya negara kita takde budaya debat yg sihat la, rakyat tak geti menilai debat la, dan dia akan sebut nama Kit Siang dan Karpal utk rakyat bencikan Dap! Paling tidak dia akan kata DSAI hanya layak debat dgn Rosmah ja, his standard ultra sarcastic hatred par excellence on DSAI! Inilah celupar sang bacul yg tak bertepi!
Back to Najib, sumpah aku tak berasa heran bahawasanya Najib seorang yg penakut. Tapi bagi aku Mahadeyyy guna Tun Razak utk cucuk Tunku dan ketepikan Datuk Harun Idris adalah lambang kebaculan terunggul dgn menggunakan nama politik dalam sejarah negara ini!
Kebaculan ini terbukti sah dan benar bila dia terpaksa menipu pada tahun 1987 bila berdepan dgn Ku Li, itu adalah kerja keji teragung yang sudah terlalu lama kita simpan tanpa tindakan dari bangsa Melayu sendiri.
Si bibir merah tu usahla dicabar bang, just look at his boss. Together, they will succumb without us having to raise a finger!
Time is no more on their side! Kita sabar je bang, as you wrote weeks ago!
TQ
Gheng lama
Salam Tuan,
ReplyDeleteTong kosong memang kuat bunyi sebab isi dah habis.
Mohd Zuki
Boleh kiamat dunia kalau najib berdebat. Najib ni jenis jaguh bercakap satu hala je dalam media.
ReplyDeleteAku pelik tengok kenapa orang macam ni boleh dilantik jadi pemimpin. Siapa yang lantik?
Najib tidak ada suara kalo di ajak berdebat,teloq xde..
ReplyDeleteApa yg pasti di radio,terdapat iklan syarikat YTL untuk produk 4G menggunakan tone suara najib..kelakar abis brO..
SALUTE NGAN BANG ASPAN...
ReplyDeleteDebat Perdana antara DS Najib dg Sdr Aspan Alias.
ReplyDeleteNajib :" Kami pihak Umno mewakili BN tidak pernah menipu dalam pilihan raya.Kemenangan kami kerana Orang Melayu menyokong perjuangan UMNO!"
Aspan :" Sdra pengerusi, DS Najib tidak sedar diri ! Kemenangan beliau dalam pilihan Raya lalu ada peti undi datang liwat w/pun telah diumumkan Najib kalah! Apakah itu tidak menipu wahai DS Najib?"
Najib : "Sdra Aspan jgn menuduh sembarangan.itu fitnah! Saya akan saman sdra Aspan!"
Aspan : "Pucuk dicita ulam mendatang.Silakan DS Najib.kita ketemu di Mahkamah! kali ni Najib baru kena buku dg ruas!"
Para hadirin bertepuk tangan....kah kah kah.....
lipat jgn tak lipat Pan! bola tangguh...lipat kuda!
Sekarang Rakyat baru tahu kenapa Najib kecut berdebat dg Anwar.Dengan Aspan pun dia tak boleh makan!
Moral cerita: Najib suruh rakyat beri peluang kpd BN mcm Obama tetapi Najib takut berdebat!orang
yg takut berdebat tidak layak jadi PM.Oleh itu undilah PR!
Jerlun
Ya, semua itu Najib boleh buat. Tapi apakah Najib jantan cukup berbuat demikian? Pasal budget beliau sendiri pun, tak berani nak berdebat, apatah lagi pasal lain lain perkara? Saya rasa kalau Najib berani, beliau sudah lama dah menerima cabaran dari Anwar untuk berhadapan satu sama lain. Bukannya memberi alasan demi alasan mengelak. Najib bukan Obama, dan Obama pun bukan contoh yang terbaik sejauh mana pentadbiran ekonomi negara adalah berkenaan.
ReplyDeleteSeperti tulisan tuan sebelum ini, orang yang sangat penakut ini akan menyanyi dengan suara nyaring berdegar-degar sewaktu berjalan dijalan yang gelap.
ReplyDelete- Debat dengan penakut hanya buang masa tuan saja.
Obama dengan berani kata yang dia mempunyai ijazah dari U itu dan ini dan kita tahu Dato Sri Anwar Ibrahim lulusan U M tapi PM sekarang lulusan U mana ha ha ha.
ReplyDeleteKita tak bolih salahkan Najib kerana dia tak ada kuasa untuk naikkan dia sendiri jadi orang menaikkannya adalah juga tak berguna dan sekarang semua dah terbongkar jadi kita pastikan semua dalam kumpulan itu perlu digugurkan kerana tak amanah .Dato sri Anuar aktif semasa di U M lagi tapi N aktif bila? jadi adalah zalim jika.kita paksa PM berdebat dengan ketua pembangkang kerana kita dah tahu jawapannya.
Najib mana berani berdebat sbb dia berdebah mcm madey. Nak mintak tangguh konon suruh rakyat terus sokong. Setan dulu pun mintak tangguh dari Tuhan jgn hukum sbb nak sesatkan lagi manusia. Umno nak mintak tangguh terus perintah lagi sbb belum puas sesatkan rakyat. Masa kamu dah habis umno. Ingat 13 nombor petaka kamu. Pru 13 di tahun dua ribu 13. Tahun depan genap usia umno 67 tahun. 6 + 7 = 13. Rakyat akan menghukum kamu umno.
ReplyDeleteSdr Aspan,
ReplyDeleteThe next time you feel like Negeri Sembilan cuisine for lunch, head on out to Omok in SS15. Same road as Bank Muamalat.
pak Aspan nak berdebat dengan pok najib......kah....kah...kah.....kah. Najib tu banyak yang kurang. Sendiri bagi tafsiran kah....kah.....kah
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSaya teringat pernah terbaca kenyataan entah kat mana yang Najib naik kuasa hanya kerana statusnya sebagai anak Perdana Menteri ke-2 dan keluarga bangsawan Pahang. Dari jawatannya kat Pahang sehingga ke Putrajaya, dia dapat semua tanpa bertanding.
Dia yang tak pernah merasa persaingan, dan hanya maukan straight ways untuk duduk dipuncak singgahsana memang tidak tahu keperitan seorang pemimpin yang suatu ketika dahulu berdiri sama tinggi, namun jatuh ke lubang yang teramat dalam kerana perbuatan rakan2 dalam parti sendiri. Namun dia merangkak dengan penuh ketabahan untuk keluar dari lubang itu, dan kini dia kembali sebaris dengan Najib, namun dengan karisma dan keupayaan yang jauh lebih gah dari Najib.
Dia yang x takut untuk masuk ke penjara, tidak takut masuk ke mahkamah, tidak takut disoal siasat, tidak takut untuk ditelanjangkan lagi... dialah pemimpin bernama Anwar Ibrahim. Dari dahulu sehingga sekarang, dia hanya tahu meniti liku perjuangan dalam mencapai kedudukannya, saya nak tanya, Najib pernahkah melalui apa yang Anwar Ibrahim telah lalui? Beranikah Najib turun status sebagai ketua pembangkang? Beranikah Najib masuk ke mahkamah? Beranikah Najib masuk ke penjara? Beranikah Najib menghadapi fakta yang UMNO/BN sudah tidak mendapat hati di rakyat Malaysia?
Nak debat pun takut, bagi alasan yang tak serupa bikin. Memang betullah apa yang orang katakan, dia ini sememangnya pondan, bertepatan dengan statusnya sebagai Menteri Wanita.
Bang, orang pondan, bacul selalu PUKUL CURI jaa...mana dia nak bersemuka. Nak berdebat lagi jauhlaa.
ReplyDeleteDia kena ikot boss dan tuan punya parti dia juga laaa....
Pak AA, memang Najib ni tak ada daya upaya lagi dah!!!
ReplyDeleteSalam Sdr Aspan Dan Pengunjung Blok;
ReplyDeleteJanganlah dikacau si najib tu.....
Dia banyak kekurangannya.....
YANG SILAP BESAR ADALAH UMNO....
Tapi tidak 100%...... kerana najib jadi pres. bukan dipilih .... hanya dicalun...Yang paling meroyan bila bn jatuh adalah orang umno yang maseh belum "tune" sehingga kini yang mereka tidak mempunyai ketua yang baik dan kuat.
Jika ditanya apa yg najib ada....
semuaa jawabnya tiada......
Biarlah najib menikmati sakibaki hari kuasa yang dia ada......
Apa yg dibuat selepas PRU 12 kita hitung betul2....
Harap Sdr Aspan tak kecil hati jika najib tak jawab cabaran sdr....
Memang najib dah semulajadi begitu..... serbaserbi tak berjawab..... masalah negara.... lapuran odit...... kerja taksiap....tomahan rakyat..... soalan peg. agama.....salahguna kuasa.....salahguna wang rakyat..... dsb lagi.......
YANG NAJIB PALING PANDAI......LARI..... dan saya percaya selepas PRU 13 dia akan lakukan apa yang dia pandai.........LARI........
Apolah nak debat2 masing2 mesti ado jawapan n hujah2 sbb masing2 ado penasihat yg bg input....dlm politik samo yo...kan dulu seghumpun...bolit e samo yo
ReplyDeleteThe 'one track' hollow-man who is just imitating his boss!
ReplyDeleteHis boss speaks his mind almost eloquently on every issues everytime he was asked. In the end many of his later opinions contradicted with what he has spoken months or years earlier.
He thought he is brilliant but actually he is just an old man who is contradicting himself over and over again. He even on many occasions speaks conveniently even if that matter contradicts the accepted religious edicts!
Najib is fast becoming another Dr M!
Kalaulah skandal scorpene & altantuya diC4kan dengan seadil-adilnya dimedia massa seperti yang umno buat pada PR....dimana dia hendak simpan muka dia...dalam rambut gerbang tu blehkah ?
ReplyDelete"Kalaulah Nelson Mandela di malaysia, belum tentu dia bebas dari penjara, jauh sekali menjadi perdana menteri dan perjuangan menghapuskan dasar apartheid hanya akan menjadi suatu kenangan".
ReplyDelete- Tidak bolehkah najib bersama-sama orang2 umnonya fikir seperti ini daripada dibuai angan-angan menang dalam pilihanraya seperti Barrack obama.
Tak perlu debat dgn aspan,dgn budak tkt 5 pun boleh lawan najib,kah kah kah.
ReplyDeleteUtk jd pmmpin x prlu hanye pndai brdwbat shj...yg pling pnting adlh grk krja..mngmbil cth US x brmksud prlu mngikut kseluruhan apa yg kpmpinan US buat...yg sbuk bg komen kt ats2 nie sngaje bute kn mate..pekak kn tlinge..otk senteng..sy org muda yg lahir pd zmn Tun M mntdbir ngara...sy syukur ade pmmpin spt Tun M dan kini DS Njib..tp sy akn brase sgt mlg kalo anu ar yg jd pmmpin ngra...ngara yg dpmpin oleh pmmpin yg d lknat Allah akn trut same mnerima laknat...brckp gune kn otk bkn emosi...sy mnilai dr mate ht...wlaupun smua org condemn UMNO dn kpmpinnnye..sy yakin Allah sntiase dekat dgn golongn yg ikhlas bkrja utk agama bgsa n ngara...
ReplyDeleteAdik oii.kak lagi lama kenal mahadey tuu, time najib duk cbuk nak bcerai & nak nikah ngan rosmah pun kak ada tumpang baca & bgosip dgn jiran tetengga dulu , masa tu kak pcaya& kagum betoi ngan mahadey ni, tp pah2 dah cerdik &terbuka minda.,pengalamn & info terkini mrngajarku. .Mahadey+umnok lah yg menjahanamkan melayu.islam&malaysia..tolong cari/baca sumber2 yg pelbagai utk minda anda. . .wake up dik if you r not dumb!
DeleteAhakkss!
ReplyDeleteOrang yg terlalu taksub dgn mahatdeyy berumur lebih 60 tahonggg!
Alo, lu mau taksub dgn dia lu punya hal lah! Apsal pulak nak marah2 pulak bila kita kondem umnooo. Ahlahaiii!
Good try kerabat Kampong man!
Udah terlalu lama dia hidup mencucuk, melaga2kan, menggunakan orang, menakut2kan, sebetulnya sejak 1968
ReplyDeleteSebab tu udah tak boleh nak ubah perangai dia lagi. Kini jarum2 dia yang sibuk buat kerja2 terkutuk ini semua. Ada balachee yang terus membela, seperti Anon tua 13:45 di atas neh.
PARTI HURU-HARA!
ReplyDeleteDUA SEPUPU NAK KENA BALUN!!
Anon 13:45, Musa pembawa tilam neh budak sapa?? cer komen sket, sikit ajer tawww!!!
http://www.malaysiakini.com/news/215495
ekekekkekekk
Anon 19.50 @gheng lama@anon 20.21,
ReplyDeleteAku setuju kita doakan kehancuran UMNO !.Ayuh kita jangam bagi rusng pada Mahadeyy.hehehe..
Anon 10:38,
ReplyDeleteKau nak cover Mahadeyy apsal?
Kau menantu dia?
Dia Pak mentua hang?
Dia abang ipar hang?
Mak dia nenek hang?
Kau tolong masukkan benang dalam JARUM dia?
sejak 1968 dia buat gila kat Malaysia ni. Jangan lupa! Atau saja nak suruh rakyat semua BUAT-BUAT lupa??
Anon 12.36,
ReplyDeleteAku setuju semua kau kata.Itu sebab aku kata kita bantai dan selekehkan sama dia maa...Lagi pun dia bukan baik sangat kan ?.Emsk aku kata kita mrsti undi DAP/PR barulah best kan ?Pak Cik Aspan kita jadikan MB Negeri Sembilan.Boleh tak ?