Isu Amanat Haji Hadi yang dibising-bisingkan oleh UMNO sekarang sepatutnya boleh diselesaikan jika ada
sikap bertanggungjawab pihak yang berkuasa dan berlaku adil dan demokratik
menghadapi isu yang diperbesarkan oleh UMNO itu.. Amanat yang sudah berusia 31
tahun itu kini menjadi isu mainan pihak UMNO sekarang kerana pilihanraya
semata-mata. UMNO sedang mencari isu walau sekecil mana pun untuk merentap PAS dari
mendapat sokongan rakyat. UMNO masih mempunyai keyakinan yang orang Melayu dan
rakyat kita masih bodoh dan tolol.
Isu terhadap PAS sedang dicari
oleh UMNO ibarat mencari kutu di dalam rambut. Walaupun sekecil mana sekali pun
ia akan tetap diraut untuk memperlekehkan PAS. Tok Guru Haji Hadi telah
menyahut cabaran itu dan meminta semua orang mendengarnya dan meminta semua
orang membuat penilaian terhadap apa yang beliau akan perkatakan. TGHA meminta supaya beliau di berikan liputan
melalui TV1 dan TV3 secara langsung dan selepas beliau memberikan penerangan
nanti biarlah rakyat membuat penilaian terhadap isu itu.
Tetapi yang tidak eloknya, pihak
berkuasa tidak mahu memberikan peluang itu kerana takutkan pemimpin PAS itu
dapat mendekati rakyat melalui saluran-saluran TV perdana itu. Jika benar UMNO
jujur dan ikhlas permintaan TGHA itu tidak sepatutnya ditolak tetapi
sebaliknya pihak kerajaan tidak mahu melayan permintaan TGHA itu. Maklum
sajalah, negara kita ini demokrasinya ada acuan tersendiri seperti yang lazim
disebut oleh pimpinan UMNO seperti Dr Mahathir Mohammad dahulu.
Inilah dia acuannya. Pembangkang
disekat untuk bercakap dan mendekati rakyat melalui saluran media perdana
kerana UMNO tahu jika pembangkang dibenarkan bercakap melalui saluran TV
perdana nescaya rakyat akan mempunyai persepsi yang lain terhadap UMNO dan BN
itu.
Kepada Mufti politik khususnya
Mufti Perak elok menjaga tugas dan tanggungjawab tugas yang diamanahkan kepada
beliau. Jika beliau berminat untuk berpolitik, letak sahaja jawatan itu dan
terjun dalam politik sepenuh masa. Jangan pula hendaknya mana-mana Mufti yang mempunyai
kecenderungan politik masuk campur sebelum TGHA memberikan ucapan penerangan
secara ‘live’ kepada rakyat jelata. Apa yang diperlukan oleh TGHA hanyalah satu
jam masa untuk bercakap kepada umum secara langsung kerana BN tidak habis-habis
membangkitkan isu ini setiap kali pilihanraya berlaku.
Jika UMNO menjadikan isu ini
secara terbuka maka berwajib bagi TGHA untuk memberikan penerangan secara
terbuka. Pihak kerajaan pula berwajib untuk memberikan masa selama yang di
pinta oleh TGHA dan beliau bercakap secara langsung untuk mengelakkan berita
ini diputarbelitkan oleh UMNO. UMNO bergitu mahir melakukan putar belit media
ini kerana mereka telah melakukannya selama berdekad-dekad terhadap mana-mana
parti pembangkang. UMNO tidak merasa bersalah mendapat sokongan dengan tipu
helah dari kuasa yang ada dan tidak merasa bersalah mendapat kuasa secara yang
tidak ‘legitimate’.
Pihak kerajaan mesti ‘gentleman’
kerana sifat itulah yang boleh meningkatkan kembali kewibawaan UMNO sedikit
sebanyak yang telah lumat selama ini. Biar kita selesaikan isu ini ‘once and
for all’. Jika tidak diberikan masa satu jam secara langsung, elok TGHA dan PAS tidak melayan terus isu yang diperbesarkan oleh UMNO ini.
Jika kerajaan bersetuju ia adalah kesempatan yang baik untuk PAS dan TGHA untuk membetulkan sesiapa yang telah terserong oleh dakyah UMNO itu. Baru sekarang UMNO memainkan isu yang sudah berusia 32 tahun itu. Kita tahulah UMNO terdesak tetapi tidak pula saya menjangka yang perasaan terdesak itu sampai ke tahap ini. Rupa-rupanya ketakutan UMNO kehilangan kuasa ini ibarat hendak memisahkan kulit dengan daging.
Selepas itu biar rakyat yang menilainya.
Selepas itu biar rakyat yang menilainya.