30 November 2013

Tidak tahu membezakan diantara menghilangkan sakit dengan mengubati penyakit

Negara menghadapi kekeliruan dalam semua hal. Dalam masa yang sama kita bergegar-gegar bercakap untuk menjadi negara maju. Apa yang dimaksudkan sebagai negara maju tidak pula kita ketahui. Tetapi kalau dipandang dari satu sudut, negara mahu kepada mereka ini ialah sebuah negara yang mempunyai bangunan yang tinggi-tinggi, tiang bendera yang tertinggi didunia dan jambatan yang panjang-panjang. Ia juga termasuk gong yang terbesar yang pernah tersergam di Angkasapuri pada suatu ketika dahulu.

Kepada setengah pihak dan kepimpinan, bangunan pusat pentadbiran yang terbesar dalam dunia. Putrajaya merupakan kejayaan nasional. Putrajaya merupakan komplek yang sedikit kecil dari komplek pentadbiran kerajaan di Abuja, Nigeria, sebuah negara Afrika yang kini telah menjadikan negara itu hampir kekeringan kewangannya kerana menyelenggara pusat pentadbiran itu.

‘Nation building’ itu mungkin juga dengan mengadakan jalan dan lebuhraya yang indah dan cantik serta mengadakan infrastruktur yang kelas pertama dalam dunia dan pemimpin-pemimpin nya yang kaya raya dengan jet-jet peribadi dan perkara yang setaraf dengannya. Bagi setengah diantara mereka jika sudah mendapat kemajuan seperti itu maka itulah kejayaan sebagai pembawa pembangunan apa yang dinamakan sebagai ‘nation building’.

Tidak pernah terfikir oleh kerajaan yang memimpin bahawa pembangunan negara itu merupakan ruang lingkup yang sangat besar, dan bukan setakat melihat pembangunan fisikal yang boleh dipandang dan dipegang sahaja. Pembangunan fisikal ini merupakan satu elemen yang ‘fractional’ sahaja dalam definasi ‘nation building’ itu. Tetapi itulah yang dianggap oleh kepimpinan kita dan mereka yang bersekongkol dengan mereka sebagai definasi ‘nation building’ itu.

Maka wujud lah rakyat yang berlumba-lumba mencari kekayaan sebagai tanda aras tahap sosial mereka yang tidak ada batasnya sehinggakan dari seorang kampung yang sederhana, wujud sikap berlumba-lumba terbang kesana kemari dengan jet-jet eksekutif misalnya, tetapi tidak pula menilai moral tindakan mereka itu. Mereka ini hanya dilihat sebagai seorang ‘maharajah’ setelah mempunyai pengaruh dalam politik melalui persahabatan secara kroni atau melalui perkahwinan dua insan yang berpengaruh dengan kuasa.

Bagi pemimpin yang sudah tersedia sebagai seorang dari keluarga yang tahap sosialnya tinggi, tidak akan tergamak melakukan tindakan yang menjadi bahan jenaka kepada masyarakat ramai yang memerhatikannya. Mereka yang sudah tersedia hidup dari kecilnya sebagai bangsawan yang asli, tidak akan melakukan tindakan yang menjolok mata rakyat kerana mereka selalunya hidup secara sederhana dan kehidupan mereka adalah ‘natural’ sebagai orang yang bertahap sosialnya tinggi dari zaman mudanya.

Di sini kerajaan dan pimpinan gagal samasekali untuk membina masyarakat yang seimbang kehidupan mereka kerana mereka menyangka dan berpendapat mereka adalah pilihan Tuhan yang boleh bersikap apa sahaja caranya. Mereka menganggap membangunkan negara hanya dengan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang sejemput setiap kali pemberian yang di buat. Dalam pada itu wujud projek yang tidak di perlukan tetapi projek-projek ini semuanya adalah ‘crony motivated projects’ yang menjadi cara rasuah yang dilakukan secara sistematik sejak lama dahulu.

Mereka mentadbir negara seperti orang menampal kain koyak dan berlubang-lubang. Di mana berlubang di situ ditampal. Mana yang putus di situ disambungnya. Mereka hanya memberikan ubat tahan sakit, tetapi penyakitnya tidak diubati. Penyakit-penyakitnya sampai kehari ini masih terbiar dan mereka tidak pun tahu apa penyakit yang dihadapi rakyat yang ramai.

Apabila telinga yang sakit diberinya panadol, bila mata rasa sakit diberikan kita dua butir panadol, begitu juga apabila kita menghadapi sakit tengkuk, tiada yang lain selain dari memberikan panadol. Tetapi penyakit darah tinggi yang dihidapi mereka yang menyebabkan sakit di telinga, dimata dan di tengkuk itu tidak diubati.

BRIM diberikan sedikit-sedikit, apabila hendak sampai hari raya diberikannya duit raya sejemput dan apabila sampai kepenghujung tahun diberikannya seratus ringgit untuk menambah bantuan membeli buku. Tetapi kemiskinan rakyat tidak terurus sampai ke hari ini. Rakyat sentiasa dijadikan sebagai umpan untuk menambah kekuasaaan mereka.

Pemimpin tidak tahu membezakan diantara sakit dengan penyakit. Negara yang kayaraya tidak dapat membantu rakyat dengan kesusahan mereka  Negara kita negara pengeluar minyak yang termaju, tetapi hasil syarikat minyak negara diperguna oleh keluarga pemimpin tertentu untuk mengaut segala hasilnya sedangkan penubuhan syarikat minyak nasional itu tidak lain untuk membangunkan ekonomi rakyat yang ramai.

Negara-negara maju seperti negara Scandinavia tidak ada minyak dan apa-apa hasil bumi, tetapi pendapatan per kapita mereka melebihi per kapita pendapatan negara maju G8. Di negara tersebut tidak kita kenal pun siapa pemimpin mereka di peringkat antarabangsa, tetapi di sini pemimpin-pemimpin kita leka dengan pujian seperti pemimpin dunia ketiga dan entah apa lagi.

Malahan keluarga seperti isteri dan anak-anak mereka memperguna wang rakyat untuk kesoronokan dan kebanggaan peribadi. Bukan sahaja pemimpin kita dikenali, isteri mereka pun terkenal seantero dunia. Pemimpin kita leka dengan ‘glamour’ dan itulah dia bukti kegagalan kita untuk membina mentaliti rakyat bersesuaian dengan kemajuan dunia ini.

Mentaliti ini seolah-olah sama seperti mentaliti rakyat negara-negara Afrika maka tidak terkejut ada cendiakawan negara ini menganggapkan Malaysia seperti ‘Zimbabwe in different name’ suatu ketika dahulu.

Entah bila kita akan sampai ketahap pemikiran dan penilaian rakyat negara maju tidak siapa dapat mengagaknya. Yang pasti jika masih lagi ‘set’ pimpinan yang ada pada hari ini sampai bila-bila kita tidak akan sampai ketahap negara maju. Kita hiduplah dengan budaya songsong seperti yang kita semua lalui pada hari ini.

Itu sebab retorik Najib dan kepimpinan negara bercakap tentang matlamat pencapaian negara maju menjelang 2020 itu hanyalah merupakan mimpi di siang hari dan kita tidak akan kemana-mana. Kita akan tetap duduk dan tinggal ditahap ini sampai semua pimpinan yang ada hari ini dapat diketepikan.

Kalau dilihat pada keadaan hari ini ia amat susah hendak dilakukan kerana rakyat ramai termasuk ahli-ahlu parti politik negara amat seronok memberikan sokongan kepada pemimpin yang menipu mereka yang tidak mempunyai apa-apa kemampuan.

Ada perbilangan orang Melayu, ‘bukan salah ibu mengandung’ tetapi mereka sengaja hendak dan bersoronok hidup dalam penipuan pimpinan terhadap mereka.

29 November 2013

Selangor dalam Persekutuan Tanah Melayu (PTM) dan PTM dengan Perjanjian Persekutuan Malaysia

Sedikit tambahan kepada apa yang saya komen tentang kenaikan gaji Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaannya (Exco). Sesungguhnya apa yang di lakukan oleh TS Khalid Ibrahim merupakan fenomena baru yang sejajar dengan kehendak kemajuan sesebuah negeri yang mengutamakan ‘productivity’. Jika di singkap siapa Khalid ini, beliau merupakan seorang yang terlatih dengan kerja ber 'productivity' dan siapa boleh menyangkal hakikat ini sesuka hati semahu masing-masing. Ia tetap hakikat yang hakiki.

Imbuhan adalah faktor penting dalam usaha sebuah kerajaan atau mana-mana organisasi kerajaan untuk mendapatkan 'productivity' yang baik. Itu sebabnya di dalam badan-badan swasta dan syarikat swasta imbuhan terhadap kakitangan dan pegawai pengurusan itu adalah satu elemen terpenting untuk di tumpukan oleh seorang Ketua Eksekutif dan seseorang Ketua Eksekutif yang baik akan melakukan penilaian yang khusus tentang isu ini.

Keuntungan syarikat dan kerajaan bukan sahaja datangnya dari kepandaian dan kepintaran pegawai dan kakitangan pertubuhan itu tetapi ia juga akan di dasarkan kepada kos pengurusan yang sentiasa bertambah dari masa ke semasa.

Dalam hal Negeri Selangor ini, pimpinan Persekutuan tidak boleh membantah sebegitu sahaja, kerana Negeri Selangor adalah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu dan perjanjian itu masih kekal sampai kehari ini.

Sebagai sebuah negeri yang berdaulat yang mempunyai 'legislature' nya sendiri, kerajaan Selangor boleh membuat keputusan sendiri kerana negeri ini adalah salah sebuah negeri yang memberikan sumbangan kepada kedaulatan kerajaan Persekutuan. Tiada kedaulatan persekutuan jika tidak ada persekutuan yang dianggotai oleh semua negeri yang berada di dalam Persekutuan Tanah Melayu itu.

Jika ada pun isu terhadap keputusan kerajaan negeri pimpinan Khalid ini yang perlu di perbetulkan adalah kecil sahaja kerana kenaikan perbelanjaan itu adalah wajar memandangkan masa dan zaman ini kos pentadbiran dan perkhidmatan amat tinggi. Pandangan Anwar dan Azmin itu ada juga benarnya tetapi ia bukanlah satu isu yang boleh di anggap Khalid telah melakukan kesalahan besar.

Kenaikan itu wajar dan perlu. Anwar kata ia terlalu tinggi dan tidak ‘commensurate’ dengan tugasan dan tanggungjawab mereka yang mendapat habuan kenaikan ini. Apabila naik sahaja gaji seseorang eksekutif itu ia akan menambah tanggungan kerajaan dengan begitu besar terutamanya semasa mereka ini bersara melalui pembayaran setengah gaji yang terakhir sebagai bayaran pencen mereka sepanjang hayat mereka.

Boleh dianggap satu faktor penting dalam membuat penilaian ini, tetapi seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas untuk mengelakkan pembayaran yang terlalu tinggi semasa persaraan mereka kerajaan pimpinan Khalid ini mungkin boleh membayar apa yang di sebut sebagai ‘ex-gratia’ atau bonus apabila tahun negeri itu menunjukkan prestasi yang tinggi.

Bonus itu mungkin dalam bentuk setahun gaji bulanan atau mana-mana kaedah yang tidak akan membebankan rakyat semasa keadaan ekonomi negeri tidak berapa memuaskan. Kita perlu ingat menurunkan gaji dalam ekonomi negeri dalam keadaan tidak berapa baik itu adalah langkah yang amat susah untuk dilakukan. Ia tidak sesenang menaikan gaji itu.

Bukan senang untuk memberikan pandangan dalam isu kenaikan gaji di Selangor ini kerana negeri ini nampak jelas mempunyai Ketua Kerajaan yang serius mencari jalan untuk memperkokohkan kedudukan kewangan negeri ini. Negeri yang maju dan telus mengendalikan wang rakyat sememangnya susah untuk membuat kritikan besar terhadap Khalid. Jika semua anggota kerajaan negeri ini telah bekerja keras untuk memantap tahap dan kedudukan ekonominya ia sememangnya wajar mendapat imbuhan galakan itu.

Tetapi isu yang sedang di hadapi oleh pimpinan PKR tentng isu kenaikan gaji ini merupakan hasil dari ‘productivity’ yang baik. Seperti yang saya sebut semalam berjaya pun mungkin mambawa masalah. Agaknya tentulah negeri-negeri yang kurang ‘productivity’ lebih bermasalah. Masalah yang di hadapi Selangor ini adalah masalah yang baru….itu masalah kerana kejayaan.

Oh ya, satu perkara yang mungkin TS Khalid perlu mengambil perhatian ialah, beliau tidak boleh memberikan ‘equation’ Selangor dengan negeri Sarawak seperti yang beliau sebutkan sebagai alasan untuk kenaikan gaji ini.

Perlu kita ingat, Sarawak itu tidak sama tahapnya dengan mana-mana negeri di Semenanjung ini, kerana Sarawak adalah sebuah negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia yang di tanda tangani pada 1963 dahulu.

Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri yang setaraf dengan keseluruhan Persekutuan Tanah Melayu. dalam perjanjian itu Persekutuan Tanah Melayu di wakili oleh Tunku Abdul Rahman sedang Sarawak dan Sabah masing-masing di wakili oleh seorang wakil bagi negeri tersebut.

Sarawak dan Sabah tidak sama tarafnya dengan Perlis dan Kedah atau pun Selangor. Ramai yang masih belum memahami isu ini. Ahli-Ahli kabinet Sarawak dan Sabah itu sama tarafnya dengan kedudukan kabinet Persekutuan.

Itu terkandung dalam Perjanjian Malaysia dahulu. Sambil bercakap tentang kesetiaan dan cintakan negara elok kita kenali negara yang kita cintai ini.

Di Kota Kinabalu hari ini pada jam 3 petang satu Forum tentang Perjanjian Malaysia diadakan.  Forum ini akan memberikan pencerahan tentang penubuhan Malaysia bukan setakat memeterikan perjanjian tetapi akan di sebut tentang roh penubuhannya sekali.

Di harapkan YBM Tengku Razaleigh yang akan berucap nanti akan memberikan pencerahan keseluruhannya agar pemimpin-pemimpin kedua-dua Malaysia Timor dan Malaysia Barat menghayati keunggulan Persekutuan ini di wujudkan.

Forum ini mendapat perhatian masyarakat insaf tempatan dan masyarakat antarabangsa. Di harap tiada apa yang tidak akan di sebut dalam forum ini agar rakyat ramai dapat pencerahan sebenarnya terutamanya pemimpin-pemimpin yang sebelum ini tidak mengenali negara yang mereka pimpin ini.

Ketekunan TS Khalid nampak dipandang dan terasa dipegang

Kenaikan gaji ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor (EXCO) bersama YDP dan Timbalan YDP Dewan Undangan Negeri telah menjadi isu di kalangan pemimpin PKR, termasuk Anwar Ibrahim sendiri. Anwar berpendapat kenaikan itu perlu tetapi agak terlalu tinggi. Azmin Ali pula berkata pembayaran gaji baru itu perlu di tangguhkan dahulu. Sebenarnya isu ini ada baik dan tidaknya.

Baiknya kenaikan itu di harap akan menjadikan ADUN-ADUN yang di pilih rakyat serta Ahli Exco kerajaan bekerja lebih kuat dan jujur.  Bagi saya, Negeri Selangor telah menunjukkan prestasi kepimpinan kerajaan yang baik dan jika imbuhan yang agak besar terhadap mereka yang bekerja untuk rakyat itu dibuat, ia tidak mendatangkan apa-apa kesan negatif terhadap kerajaan yang memimpin Negeri itu.

Pembayaran gaji yang lebih tinggi itu di harapkan akan menambah semangat mereka untuk bekerja dengan lebih tinggi dan bersemangat lagi. Negeri Selangor telah membuktikan bahawa jika negeri di tadbir dengan baik dan jujur rakyat tidak akan berasa marah terhadap kenaikan gaji yang dianggap tinggi oleh setengah pihak dan individu dalam kerajaan Selangor itu sendiri.

Harus di ingat Negeri Selangor merupakan kerajaan yang termaju dan terkaya dalam negara ini dan itu pun sebabnya Khalid Ibrahim telah di perlakukan berbagai-bagai cara untuk menjatuhkan beliau dalam pilihanraya lalu oleh Barisan Nasional. PAS juga mendapat habuan dengan penambahan kerusi yang mendadak di Selangor kerana kebaikan yang nampak oleh rakyat Selangor dari keluhuran pentadbiran kerajaan Selangor itu.

Hanya satu yang perlu menjadi pertimbangan, jika ada lagi hasrat untuk menambah pendapatan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Exco kerajaan mungkin ia tidak perlu di berikan kenaikan gaji dan elaun mereka. Mungkin Kerajaan Selangor memadai jika mereka hanya di berikan penambahan yang tidak tetap dan pemberian itu mengikut prestasi kerajaan setiap tahun sahaja.

Ia boleh dilakukan dengan pembayaran ‘Ex-gratia’, biar pun tinggi tetapi ia tidak membebankan kerajaan Negeri itu dengan pembayaran gaji yang terlalu tinggi. Jika kena pada tahun yang kerajaan Negeri berkurangan kemajuannya maka ‘ex-gratia’ itu tidak perlu di bayar. Dengan cara itu ia akan membuatkan semua penjawat awam negeri berlumba-lumba bekerja dengan tekun kerana kejayaan ketekunan kerja mereka akan membawa lebih pendapatan kepada mereka sendiri.

Sesungguhnya rakyat tidak marah dengan kenaikan ini. Yang rakyat marah ialah menambah pendapatan dengan ‘mencuri’ seperti rasuah. Dengan kelebihan pendapatan tentunya Khalid Ibrahim mahu melihat kerajaan Selangor terhindar dari kegiatan rasuah yang berlebihan.

Rakyat tidak suka harta mereka di curi seperti apa yang berlaku dalam kerajaan Persekutuan dalam mana wang rakyat di perguna tanpa sebarang halangan, sehingga isteri Perdana Menteri pun di benar bermaharajalela dengan jet eksekutif. Rakyat menganggapnya untuk menampung isteri dan keluarga Perdana Menteri dan pemimpin lain amat mahal sedangkan rakyat dalam keadaan susah. Rakyat bukan hendak menjadikan pemimpin mereka sebagai hamba abdi tetapi mereka mahukan segala pembayaran dan kos menanggung hidup pemimpin-pemimpin mereka janganlah terlalu tinggi.

Sehingga hari ini belum lagi mana-mana kerajaan negeri berprestasi seperti kerajaan negeri Selangor dan parti yang memerintah wajar berterima kasih kepada kepimpinan negeri mereka tadbir sendiri berjaya sebagai sebuah kerajaan yang begitu mantap dan telus pentadbirannya.

Bagi saya seorang, Khalid jangan di apa-apakan kerana beliau telah berjaya dalam urusan dan tanggungjawab yang di berikan kepada beliau. Jika PKR merasakan yang Pakatan Rakyat akan berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan dan hendak membawa Khalid ke Pusat seperti yang pernah saya dengar dahulu, ia juga adalah tindakan yang baik untuk memberikan peluang kepada mana-mana pemimpin dalam PKR itu. 

Jika Azmin Ali di anggap mampu untuk mengambil alih berikan lah kepada Azmin untuk menggantikan Khalid. Yang pentingnya jangan bergaduh dan berperang kerana isu kenaikan gaji ini. Jika benar mereka dalam PKR merasakan yang gaji mereka terlalu tinggi, sedekahkan gaji itu kepada ramai asnaf-asnaf yang perlukan bantuan dalam negara ini. Kalau tidak ada asnaf-asnaf di Selangor berikan kepada mereka di negeri lain untuk amal jariah dan ubudiyah masing-masing.

Ramai lagi yang memerlukan bantuan di negeri lain. Di Pulau Pinang ramai orang melayu dan Islam masih ketinggalan kerana mereka hanya di jadikan sebagai penampal poster dalam pilihanraya sahaja dan tidak nampak usaha untuk menaikkan kemajuan bangsa itu di negeri pulau mutiara itu. Di Kedah ramai lagi yang miskin. Begitu juga di Melaka, malahan di Sabah dan Sarawak kadar kemiskinan masih tinggi dan elok di berikan bantuan kepada mereka ini jika wang gaji mereka dianggap terlalu tinggi.

Itu sahaja komen saya tentang isu kenaikan gaji penjawat awam dan wakil-wakil rakyat negeri di Selangor ini. Asalkan sahaja wang rakyat tidak di curi seperti yang berlaku di Persekutuan itu, berbelanjalah. Kerja kuat anda di Selangor sememangnya nampak dipandang dan terasa dipegang. Hanya kenaikan gaji ADUN itu perlu di naikkan sedikit lagi kerana mereka hanya mendapat 87 peratus kenaikan sahaja berbanding dengan yang lain. Ada yang sampai melebihi 300 peratus.

Syabas Tan Sri Khalid semoga saudara terus memimpin dengan cara yang anda tunjukkan selama ini. Di Selangor pergeseran berlaku kerana kejayaan, sedangkan di Persekutuan pergeseran berlaku kerana kegagalan.

Rupa-rupanya kejayaan juga boleh membawa perbalahan.

28 November 2013

"You may go...I stay!!"

Masalah yang di sebut di khalayak ramai sekarang ini lebih besar dari isu-isu yang rakyat perbahaskan sebelum pilihanraya yang lalu. Isu-isu bertambah besar dan berat kerana ia melibatkan janji-janji pihak yang memenangi pilihanraya itu. Tidak usah kita kritik pembangkang jika ada lagi janji-janji mereka tidak tertunai kerana mereka tidak dapat untuk menguasai kerajaan persekutuan.

Tetapi yang menjadi isu sekarang ini ialah janji-janji BN khususnya Najib Razak, kerana janji-janji BN jika benar dilaksanakan, masakan masalah dan persekitaran politik negara bertambah meruncing? Janji-jani Najib itu bukannya janji yang susah hendak dilaksanakan jika beliau dan kabinetnya menguruskan negara dengan baik. Rakyat telah memberi lagi peluang kepada BN dalam PRU yang lepas, tetapi kali ini juga keadaan bertambah teruk dan seolah-olah negara kita sudah tiada kerajaan lagi. Semuanya tidak terurus.

Begitu cantik dan menarik segala janji-janji BN Najib. Negara akan menjadi negara termaju dan terhebat jika BN di berikan kuasa lagi. Maka rakyat tertipu lagi malahan apa yang berlaku lebih buruk dari keadaan sebelum pilihanraya lalu. Pendeknya negara kita tidak seperti negara yang mempunyai kerajaan dan pimpinan yang benar-benar bertanggungjawab terhadap negara.

Setelah pilihanraya, isu peribadi pimpinan dan juga ahli keluarga bertambah hebat dan menjadi buah mulut perbualan diantara rakyat yang ramai. Kita tidak ada masa untuk menumpukan usaha membina dan membimbing rakyat ramai tetapi segala tenaga tertumpu kepada masalah pemimpin-pemimpin. Kita berhadapan dengan sikap dan masalah pemimpin yang begitu besar dan entah bila akan dapat di selesaikan.

Sekarang kita berhadapan dengan masalah pemimpin dan keluarganya yang tidak mempunyai ‘finesse’ yang sepatutnya sebagai pemimpin dan ahli keluarga pemimpin besar. Mereka tidak malu-malu berbelanja wang yang ditagih dari rakyat melalui pencukaian dan berbangga-bangga dengan tindakan salah mereka itu.

Oleh kerana sudah menjadi ahli keluarga pemimpin utama, bagi mereka, berbelanja besar menggunakan wang rakyat itu merupakan ‘privilege’ dan tidak boleh di soal dan di tanya oleh empunya wang itu, iaitu rakyat. Apabila terbang walaupun bukan atas urusan kerajaan, mereka terbang dengan jet eksekutif dan di sokong pula oleh mereka yang mewakili rakyat bersama dalam perjalanan itu.

Masalah kewangan negara juga menjadi perhatian rakyat. Negara yang begitu kaya raya dengan pendapatan hasil buminya habis begitu sahaja seolah-olah pemimpin kita tidak mempunyai tanggungjawab moral dan agamanya. Tidak payah ditanya-tanya, kita tahu kantung kerajaan sudah tiada isinya lagi. Kerana apa? Kerana pimpinan dan kerajaan tidak membelanjakan wang secara ‘prudent’ kerana mereka tidak tahu bagaimana susahnya rakyat bekerja membayar cukai kepada kantung kerajaan.

Apabila kantung kerajaan sudah kosong kerana mereka berbelanja tanpa mempunyai ‘prudent’ itu, rakyat pula di anggap sebagai penderhaka kepada negara jika cuba mengelak dari membayar cukai. Pemimpin tidak juga bersalah, yang bersalah hanya rakyat sahaja.

Cara mereka berbelanja secara korup itu tidak pula dianggap sebagai penderhaka, sedangkan itulah sebenarnya penderhaka yang paling besar kepada negara. Jangan kita nafi-nafikan berbelanja wang rakyat secara tidak berhemah itu adalah penderhakaan kepada negara.

Jangan pula cari pemimpin lembab dan suntuk pemikiran untuk membela sebagaimana Shahidan Kassim, di gunakan oleh kaki joli negara itu. Pimpinan mesti ingat tidak semua orang seperti Shahidan Kassim, yang menganggap kerja salah pemimpin itu adalah halal dan mesti di pertahankan.

Pendeknya yang paling menyedihkan kita ialah sikap dan nilai pemimpin-pemimpin kita terlalu rendah sampai tidak mengenali yang mana satu yang bernilai dan yang mana pula yang hina dan mengaibkan. Sudah tidak tentu lagi mana yang betul dan mana yang salah. Betul nampak salah, salah pula nampak betul.

Rendahnya nilai kemanusiaan dan kepimpinan ini sebenarnya sudah bermula begitu lama dalam kerajaan dan parti pemerintah negara ini, tetapi pimpinan utama tidak sedar atau tidak mahu memperbetulkannya kerana mereka sendiri seronok dengan cara itu.

Jika mereka perbetulkan cara berbelanja itu, misalnya, maka mereka sendiri tidak akan dapat menggunakan kesempatan itu untuk berbelanja dan mendapatkan keuntungan besar dengan budaya yang kotor itu. Akhirnya mereka tergulung diantara yang menutupi kerja jahat dan tidak mengambil tindakan terhadap pesalah laku pimpinan yang ada di sekelilingnya.

Sekarang segala kerja salah mereka selama ini semakin hari semakan sukar untuk di tutupi dan dilindungi. Ianya telah menghasilkan krisis kepimpinan negara. Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan walaupun kadangkalanya betul pun, sudah tidak diyakini oleh rakyat. Pucuk pimpinan sudah tidak di hormati lagi. Setiap kata-katanya menjadi bahan ejekan dan bahan lawak oleh rakyat. Sampai bila keadaan ini akan berterusan? Sampai bila?

Apabila pucuk pimpinan sudah menjadi bahan jenaka di kedai-kedai kopi dan warung, itu merupakan petanda sahih yang pimpinan itu perlu dan wajar berundur kerana hasilnya nanti akan membawa padah kepada rakyat dan negara. Slogan-slogan yang dicanang dan dilaungkan tidak akan dapat memberikan apa-apa kepada kepimpinan negara. Pemimpin yang terlalu banyak slogan itu adalah pemimpin yang paling lemah diantara kepemimpinan yang lemah.

Penyelesaiannya amat mudah secara relatifnya. Tetapi semudah mana pun ia memerlukan pengorbanan. Dalam isu ini Najib perlu berhenti dan bersara agar negara boleh mencari pemimpin yang lebih rasional dan mengembalikan nilai politik kita kepada nilai yang di hormati yang pernah dialami rakyat sebelum pimpinan Dr Mahathir dahulu.

Tetapi jika Najib bersetuju untuk berhenti semasa berunding, takut-takut pula apabila sampai kerumah, berbunyi pula suara yang amat ditakutinya, berteriak dari dapur, “you can go if you wish to,….I stay!!”

27 November 2013

Najib should resign instantaniously, together with his cabinet

Seriously, Najib has to throw his towel as the political situation of the country is insufferably unsound. The PM has to be realistically alerted that he is not able to manage this country any longer and must admit that no one within his cabinet is feasible enough to take on the mantle. Not Muhyiddin, not anyone within the UMNO Vice Presidents or none among the supreme council members can fit in to the job of reforming the nation anew. The whole leadership is facing real serious leadership crisis and it is going from bad to worst.

The nation is at the point of destruction. Without swift and instantaneous actions of the current leaders, the government will plunge into the worst and distressing experience that the nation has never come across in almost six decade of independence. As I have strongly suggested in my last posting, the current set of government leaders, must go without hesitation as that is the only manner for them to grant the nation an excellent favor.

Let us not go back to write reasons or even excuses for the needed change, as there is no more time for debate and public polemics. The time has come for every one to agree that this nation must set new and innovative political reconstructions. Najib and the prevailing set of Cabinet Ministers and party supreme council members (UMNO) are unfit to formulate and initiate the changes we are dreadfully in need.

They are first-rate and unmatched in flouting, breaking up and fragmenting the country as they do not have even the clue as how to manage a nation, that has been mandated to them (UMNO/BN) to govern in every general election since independence. It is impossible for the current leaders in the government to resolve this acute political situation as asking them to fix back the harms will only create more ills and tribulations to the nation.

Najib has to be courageous and decisive to renounce his powers not to anyone within his leadership lineup but to someone who is outside the party leadership lineup and who has excellent testimonials in managing governments and the people. Usually the outstanding leaders are never in the government as they wouldn’t allow themselves to be associated within the corrupt and counterfeit leaders in the government of the day.

In reality Najib is a failed leader just like the ones who impregnate the UMNO supreme council with weak, bogus and deceitful personalities who claim and act to be like leaders. Hence we now observe with clarity that we have lost count on the numerous scandals that surface one after another.

26 November 2013

Yang tidak pandai pun boleh berjasa dan berbudi kepada rakyat

Najib dan seluruh kabinet Malaysia perlu berterus terang, dari mengelak-mengelak dari isu sebenar di ketahui ramai. Kita hendak tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang ini dan kita hendak melihat apa yang akan dilakukan beliau dan kabinet keseluruhannya untuk menyelesaikan masalah besar yang kita sedang hadapi kini. Jangan bermain dengan silap mata lagi dan jangan menafikan yang anda dan seluruh ahli kabinet telah gagal mendapatkan penyelesaiannya.

Jika kedudukan kewangan negara sudah tenat mengaku sahaja ia tenat. Kita sudah letih mendengar seorang ahli kabinet kata yang ekonomi kita masih kukuh dan seorang lagi kata sedang menghadapi masalah kewangan.  Kerajaan ingin mencukai rakyat dengan berbagai cara bagi menambah kuatkan kedudukan kewangan kita. . PM Najib tidak perlu takut dan menerima keadaan buruk ini dengan menunjukkan jiwa mereka yang besar dengan mengaku sahaja yang keadaan kewangan kita sedang dalam ketenatan.

Untuk menunjukkan jiwa besar ahli-ahli jemaah kabinet pula keseluruhan kabinet perlu diajak bersama-sama meletakkan jawatan dan berundur kerana ‘accountability’ ini wajar di pikul oleh semua ahli kabinet secara bersama (collective). Kepada Najib dan seluruh kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO serta BN, kita ingin menyakinkan anda semua, negara yang anda semua tadbir ini adalah sebuah negara kepunyaan rakyat yang demokratik.

Sesungguhnya masalah yang berlaku sekarang ini bukannya untuk melonggokkan semua kesalahan kepada Najib dan Rosmah semata-mata malahan ia sepatutnya menjadi tanggungan semua ahli kabinet lantikan Najib itu. Lebih awal mengaku lebih baik untuk rakyat dan Najib serta kabinet sekalian boleh menumpang hasil kebaikan dari tindakan mereka mengundurkan diri dari mentabir itu.

Bukannya orang pandai dan bijaksana sahaja yang boleh berbudi kepada negara.  Yang tidak pandai pun boleh membantu menyelamatkan negara ini. Jika yang bijak pandai menggunakan kebijaksanaan mereka membina negara secara betul, yang tidak pandai pula boleh meninggalkan nama dan budi serta jasa mereka dengan meletakkan jawatan dan berundur untuk menyelamatkan negara dari jatuh tersungkur.

Banyak pendapat memberikan pandangan yang kabinet pimpinan Najib ini merupakan kumpulan yang kedua tadi, iaitu yang tidak pandai seperti saya dan ramai lagi di bawah ini. Maka mengundurkan diri dari memegang amanah rakyat itu merupakan budi dan jasa yang amat besar kepada negara dengan tidak terus menjahanamkan negara kita lagi. Pendeknya mereka boleh membuktikan yang mereka juga adalah rakyat yang sangat patriotik dan sanggup berhenti dan bersara demi kepentingan negara.

Jangan jadi pelepah mati kelapa yang tergantung yang hanya menunggu waktu untuk jatuh kebumi. Masalahnya sekarang ini pemimpin tidak mahu mengakui kelemahan mereka sedangkan mereka tahu negara akan bankrap jika mereka masih mentadbir dan memimpin negara ini.

Jadi sekarang ini tindakan semua ahli kabinet bersara dan berundur itu adalah satu-satunya cara bagi mereka hendak melakukan ‘redemption’ terhadap kesalahan dan kelemahan mereka di sisi rakyat, lebih-lebih lagi di sisi agama dan Tuhan kita. Najib selalu berkata beliau mahukan peluang untuk berjasa dan menabur budi kepada rakyat.

Sekarang peluang beliau dan ahli-ahli kabinet untuk menyempurnakan niat untuk menabur jasa itu sudah sampai pada masanya. Beliau dan kabinet lantikan beliau perlu bersara secara 'en block'. Tentu rakyat akan ber'GUMBIRA' menerima khabar berita ini.

Pemimpin yang gagal mentadbir dan tidak pula mahu mengakui kelemahan mereka, adalah selemah-lemah pemimpin dan akan menjadi ingatan buat selama-lamanya bagi rakyat serta generasi yang akan datang.

25 November 2013

Najib kata, kalau tidak bayar cukai, itu tidak patriotik...Setuju?

Semalam Najib bercakap tentang rukun patriotisma dan salah satu dari rukun itu ialah rakyat mesti membayar cukai. Beliau berkata negara perlukan wang untuk mentadbir negara. Negara perlu membina jalanraya, dan perlu membina sekolah dan banyak lagi keperluan lain dan sumbernya tidak ada yang lain dari mengutip cukai dari rakyat. Itu sebabnya kita perkenalkan GST, kata beliau.

Kita hendak bertanya kepada PM Najib, siapa yang tidak mahu di cukai? Selama ini rakyat membayar cukai kepada kerajaan untuk menampung perbelanjaan pengurusan rakyat. Dari dulu sehingga sekarang semua orang membayar cukai. Saya yang sudah tidak bergiat dan bekerja lagi pun membayar cukai. Dari RM38 dari pembelian rokok sahaja saya membayar lebih dari RM22 sehari. Itu dari pembelian rokok sahaja saya membayar cukai jualan setiap hari. Belum lagi cukai-cukai yang lain.

PM Najib tidak payah memberitahu rakyat yang mengelak dari pembayaran cukai itu adalah tindakan tidak patriotik kepada negara. Itu semua orang tahu. Tetapi yang rakyat ingin tahu pula adakah orang dan pemimpin yang rasuah itu juga tidak patriotik kepada negara.

Tidakkah melakukan rasuah itu bukan sahaja tidak patriotik kepada negara malahan agama kita menyamakannya sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Ia bukan sahaja bertentangan dan tidak patriotik kepada negara malahan ia adalah perlanggaran secara ‘head-on’ terhadap Tuhan Maha Esa.

Kenapa Najib tidak menyebut isu itu? Tidakkah membenarkan ahli keluarga kita berbelanja harta rakyat secara boros itu juga adalah sama dengan orang yang memakan harta anak yatim. Apa patriotiknya jika kita membiarkan isteri kita berbelanja wang rakyat seperti berbelanja wang mak bapak kita sendiri?

Jelasnya Najib hanya pandai bercakap seperti seorang pahlawan tetapi beliau tidak lebih dari seorang pahlawan tepuk. PM Najib sedang cuba untuk memaparkan ‘muka poker’ nya dalam berbicara tetapi apa yang tersembunyi di dalam dirinya tidak dapat lagi di lindungi dari pandangan rakyat.

Rakyat tidak pernah mengelak dari membayar cukai tetapi rakyat tidak mahu cukai yang di bayar kepada kantung kerajaan itu di punah-ranahkan oleh keluarga pemimpin yang sedang berkuasa. Ingat, wang cukai yang rakyat bayar dari titik peluh mereka itu perlu di jaga dan di belanjakan dengan baik. Rakyat bukannya mahukan cukai yang mereka bayar itu di bazirkan untuk memenuhi ‘glamour’ ahli keluarga pemimpin termasuk ahli keluarga Perdana Menteri sendiri.

Seorang pemimpin yang baik perlu ada rasa malu dan rasa bersalah jika membelanjakan wang rakyat dengan tidak berhemah. Seperti PM Najib menasihatkan rakyat supaya hidup secara wasatiyah, kini rakyat ingin memberitahu supaya PM sendiri mengamalkan perbelanjaan secara wasatiyah juga?  Sampai bila PM kita ini hendak menggunakan orang lain untuk melindungi kerja yang tidak betul ini.

Takkanlah hendak menggunakan Shahidan Kassim setiap kali rakyat terjumpa salah laku pemimpin kita di Jabatan Perdana Menteri itu? Kita juga sedar dalam UMNO sememangnya ramai manusia seperti Shahidan itu tetapi adil kah jika PM berselindung di sebalik orang seperti ini?

Apakah fungsi Shahidan Kassim dalam kabinet itu sebenarnya? Apa pula fungsi semua ahli-ahli jemaah kabinet kerajaan sekarang ini? Kenapa Muhyiddin tidak berbunyi langsung suaranya? Begitu juga ahli kabinet yang lain. Tidakkah mereka semua sedar bahawa segala tindakan mereka adalah tindakan secara ‘collective’? Jika Rosmah membelanjakan wang rakyat secara boros, tidak kah semua ahli kabinet itu turut bertanggungjawab sama?

Isu berbelanja besar ini bukannya isu kecil dan rakyat terpaksa terlibat untuk mempastikan perkara-perkara seperti ini tidak terus-terusan di lakukan tanpa sebarang perasaan bersalah.

Rakyat sudah terlalu lama bersabar dengan sikap dan budaya buruk untuk negara yang cuba di bina dalam poltik negara kita. Setiap pemimpin tidak kira parti dan agama, dan setiap wilayah dan negeri perlu bersatu untuk bersama-sama menjadikan perjuangan ini seperti perjuangan jihad bagi menyelamatkan negara dan bangsa kita di negara ini.

Kita pilih seorang pemimpin yang mempunyai kalibar dan berjiwa rakyat yang sebenarnya serta tidak terlibat dengan kegiatan membina kekayaan dan membina ‘empire’ kaum keluarga sambil membelanjakan wang rakyat tanpa perasaan malu dan silu.

Seseorang terpaksa bercakap. Oleh kerana tiada yang bercakap secara terbuka dan berani maka saya terpaksa bercakap sebagai ‘ordinary citizen’ untuk memastikan semua rakyat sedar tentang kecelaruan kepimpinan kerana sikap dan sifat yang sangat tidak berguna untuk negara.

Saya selalu bercakap melalui blog ini yang negara kita terpaksa melakukan transformasi yang sebenarnya dengan memulakan susunan baru dalam siasah dan politik negara. Kita mulakan sebuah negara baru dengan ‘ambience’ politik baru semata-mata untuk kepentingan negara dan rakyat dan generasi yang akan datang.

Kita tinggalkan jasa ini kepada anak-anak cucu kita tanpa was-was. Percayalah dan yakinlah, jika di izin Tuhan kita semua akan selamat dengan negara yang terhindar dari kerja kerja hina yang tidak berkesudahan ini.

24 November 2013

Persekutuan Malaysia: Sabah dan Sarawak tentukanlah nasib sendiri

Selalunya sesebuah negara, politiknya berkisar tentang masalah yang di lakukan oleh rakyat kerana sistem demokrasi yang membolehkan sesiapa memberikan pandangan dan menentukan hala tuju negara. Demokrasi itu katanya adalah sebuah kerajaan rakyat untuk rakyat dan oleh rakyat. Dari kecil lagi definasi ini telah terpahat kepada pemikiran dan benak manusia yang tinggal dalam negara demokrasi.

Tetapi di sini, satu lagi negara yang katanya mengamalkan sistem demokrasi itu. Tetapi masalah bukan datang dari rakyat, tetapi banyak masalah itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang memerintah negara demokrasi ini. Cuba kita lihat dan kaji, semua isu yang berbangkit adalah isu pemimpin-pemimpin kita. Isu rakyat hanyalah isu kemiskinan, isu jurang perbezaan pendapatan diantara yang berada dan tidak berada dan isu kemiskinan keseluruhannya dan juga masalah perhubungan diantara kaum yang sangat merbahaya berlaku sekarang ini.

Kesemua isu ini di sebabkan kelemahan pemimpin, bukan sahaja dari kelemahan pemikiran tetapi budaya yang membina pemikiran itu, seperti rasuah yang seolah-olah telah halal di lakukan oleh siapa sahaja yang memimpin. Sekarang ini seolah-olah telah di terima sebagai perkara biasa, siapa sahaja yang memimpin boleh melakukan rasuah dan rasuah itu adalah kemestian di lakukan oleh siapa yang memimpin.

Ada juga yang bertanya kepada saya kenapa saya tidak henti-henti bercakap tentang rasuah sebegitu lama? Mereka kata mereka sudah jemu dengan isu yang tua ini. Jawapan saya mudah. Saya tidak berhenti-henti bercakap tentang rasuah kerana rasuah tidak henti-henti dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan dan kroni yang berada di tepi orang yang berkuasa.

Rakyat menghadapi isu yang terlalu besar dalam banyak perkara. Isu negara yang paling asas sendiri pun tidak dilaksanakan dengan betul. Suatu ketika dahulu saya telah menulis tentang isu ‘federalism’ yang tidak terlaksana walaupun kita adalah sebuah negara Persekutuan. Banyak perlakuan pimpinan Persekutuan tidak mahu menerima yang kedaulatan Persekutuan itu datangnya dari kedaulatan negeri-negeri yang berada di dalam Persekutuan itu sendiri.

Persekutuan telah menguasai hampir kesemua perkara seolah-olah negara ini adalah sebuah negara ‘unitary’ seperti Thailand, Indonesia dan banyak negara lain. Kalau semuanya di kuasai oleh Persekutuan, apa bezanya jika negara kita terus ditadbir oleh kerajaan Malayan Union dahulu. Bukankah Malayan Union itu di tentang kerana British hendak menjadikan negara ini sebuah negara ‘unitary’ dan meletakkan pusat pentadbirannya di Kuala Lumpur?

Jika kerajaan Persekutuan hari ini ingin terus menguasai negeri-negeri dan tidak mahu mengakui kedaulatan kerajaan-kerajaan negeri di bawahnya maka kita tidak tumpah sebagai sebuah negara ‘unitary’ seperti yang hendak di bentuk oleh British dahulu? Tidak payah lagi ada sempadan diantara negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu ini dan jadikan negara ini sebagai sebuah negara ‘unitary’ seperti di kebanyakkan negara-negara lain di dunia ini.

AS dan Australia contohnya, adalah negara-negara Persekutuan. Di AS setiap negeri-negeri yang bergabung dalam Persekutuan itu mempunyai banyak kuasanya sendiri. Malahan kerajaan negeri-negeri dalam Persekutuan itu mengutip cukai-cukai yang diperolehi dalam negeri masing-masing, malahan banyak undang-undang berbeza diantara satu negeri dengan negeri yang lain.

Di negara kita kerajaan Persekutuan menguasai segala-gala yang ada dalam negeri-negeri di dalam Persekutuan sehinggakan perjanjian untuk memberikan ‘royalti’ minyak kepada negeri-negeri dalam Persekutuan itu pun di permainkan tanpa rasa segan dan silu.

Walhal minyak yang di gerudi dan di jual itu adalah hak negeri-negeri yang telah memberikannya kepada agensi minyak kebangsaan, Petronas, untuk melakukan apa sahaja dengan menjanjikan pulangan sebanyak 5 peratus dari harga jualan mengikut harga FOB. Jelas dalam perjanjian itu bayaran hendaklah di berikan dalam bentuk tunai dua kali setahun kepada kerajaan negeri pilihan rakyat negeri itu.

Jika itu sikap kerajaan Persekutuan apa bezanya dengan kerajaan ‘unitary’ Malayan Union anjuran British dahulu? Itu setakat secebis isu tentang ‘federalism’ di Semenanjung. Bagaimana pula sikap Kerajaan Persekutuan dengan negara-negara baru yang menyertai Persekutuan Malaysia, Sabah dan Sarawak? Kita tahu perjanjian itu adalah diantara Persekutuan Tanah Melayu dengan dua negara lain, Sabah dan Sarawak.

Ini juga merupakan isu yang tidak pernah kerajaan Persekutuan duduk dan berunding untuk menyelesaikan rasa resah gelisah rakyat kedua-dua buah negeri itu. Siapa yang hendak memulakan usaha untuk menyelesaikan isu dengan baik, selari dengan kandungan perjanjian Malaysia yang di tandatangani pada 1963 dahulu?

Ini merupakan isu yang sangat besar dan wakil rakyat Persekutuan yang mewakili rakyat Sabah dan Sarawak wajar berfikir dan bertindak mengikut sentimen dan kehendak rakyat yang mereka wakili. Selagi ahli-ahli Parlimen di kedua-dua buah negeri tidak melakukan tindakan untuk menyelesaikan isu ini, siapa yang hendak menyelesaikannya pada masa yang akan datang?

Tetapi jika ada usaha dari individu dan pemimpin samada dari Semenanjung atau dari mana yang mahu menyelesaikan isu ini dengan penuh komitmen, saya mencadangkan supaya usaha ini mendapat dukungan sepenuhnya dari rakyat Sabah dan Sarawak, melalui ahli-ahli parlimen yang mewakili mereka. Jika tidak sanggup atau masih takut-takut melakukannya, maka tidak salah lah pandangan setengah pihak yang Semenanjung merupakan penjajah kepada kedua-dua buah negeri ini.

Kita tidak mahu tuduh menuduh ini terus berkekalan, maka adalah wajar bagi pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak memulakan berfikir dan bertindak berani bagi penyelesaian ini. Apatah lagi dalam keadaan sekarang kekuatan BN letaknya di Sabah dan Sarawak.. Negeri-negeri Borneo, Sarawak dan Sabah wajar memberikan sokongan kepada mana-mana pihak dan individu yang bersedia mendengar dan melakukan apa yang sepatutnya di lakukan selari dengan kandungan perjanjian Persekutuan itu.

Rakyat Sabah dan Sarawak tidak perlu merungut sahaja tanpa melakukan sebarang usaha bagi memenuhi aspirasi rakyat kedua-dua ahli Persekutuan Malaysia itu. Itulah tanggungjawab pemimpin-pemimpin dari Sabah dan Sarawak dan mereka tidak boleh berpeluk tubuh semata-mata hendak menjaga kepentingan peribadi masing-masing sahaja. Maka mereka takut untuk bertindak kerana budaya ‘patronizing’ yang di kenakan oleh pimpinan Persekutuan terhadap pemimpin di kedua-dua buah negeri (negara) ini.

Bagi saya siapa sahaja yang berani dan sanggup mengusahakan perkara penting ini dengan terbuka dialah yang sepatutnya di jadikan pemimpin negara bagi memenuhi kehendak dan penyelesaian berhubung dengan isu Persekutuan ini untuk kepentingan semua negeri-negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia yang kita cintai ini.

Saya amat bergembira kerana sudah ada suara lantang di Sabah dan Sarawak kedengaran sekarang ini. Maka siapa sahaja yang bersedia untuk mengendalikan Persekutuan ini dengan premis yang benar dan betul seperti yang terkandung dalam Perjanjian Persekutuan itu. beliau wajar di berikan sokongan setidak-tidaknya bagi pemimpin-pemimpin kedua-dua buah negeri ini meninggalkan nama dan budi seperti harimau meninggalkan belang setelah mati.

Jika pemimpin-pemimpin di Sabah dan Sarawak tidak mahu melakukan tugasan dan tanggungjawab ini, maka mereka adalah penghalang kepada tuntutan rakyat mereka. Di Semenanjung Kelantan dan Terengganu merupakan negeri-negeri yang telah mengalami pengalaman pahit ini dan sekarang sedang berjuang untuk membenteras budaya Malayan Union yang sedang menguasai pemikiran rakyat sekarang ini.

Rakyat sedang memerhati dan mengintai peluang untuk pembetulan ini, maka sesiapa yang berani keluar untuk memulakan pembaharuan ini beliau atau kumpulan ini wajar mendapat sokongan dan seterusnya di dinding dan di jaga terus-terusan oleh rakyat yang dahagakan keadilan yang ‘perpetual’.

23 November 2013

Kalau dah' toman', pakaikan mahkota pun ia tetap 'toman'

Dulu-dulu orang kampung seperti saya ini pergi sekolah naik bas dan naik bas pula tidak seperti orang di bandar. Saya menaiki bas pada pukul 6.30 pagi tetapi belum tentu sampai ke sekolah jam 8 pagi. Pertamanya ialah kerana bas di kampung selalunya bas yang sudah tua. Kadangkala bukan bas yang membawa kita, sebaliknya kita pula yang terpaksa menolak bas apabila bas melalui jalan lumpur yang tidak ada tar.

Sekarang ini zaman lain. Sekarang semuanya sudah ada jalan sampai ke pintu pagar setiap individu terutamanya di negeri-negeri pantai barat di Semenanjung. Kereta pun sudah banyak dan semua jalan adalah jalan tar. Bukan sahaja semua orang pergi ke mana-mana dengan bas dan kereta yang baik, bagi mereka yang pandai terutamanya yang kuat berjuang sebagai ‘social climbers’ pergi ke mana-mana naik jet peribadi.

Kalau tak mampu beli jet sendiri, rakyat ramai yang membayar semua kos itu hingga jutaan ringgit harganya. Kalau di setengah negara pergaduhan berlaku kerana kemiskinan, tetapi sekarang manusia bergaduh kerana barangan dan perkhidmatan yang mewah yang tidak termimpi oleh mereka yang sedang mendapat nikmat besar tadi. Kemajuan peribadi begitu mendadak sehinggakan tidak sempat untuk melatih diri untuk tidak terlalu gelojoh dengan nikmat yang datangnya dari pengaruh politik suami atau isteri masing-masing.

Nikmat yang di dapati oleh mereka yang belum sempat membentuk diri yang secocok sebagai manusia dalam tahap ‘social’ yang tinggi, maka terjadi dan terbentuklah situasi dalam mana mereka seperti ini hidup dalam ‘glamour’ yang keterlaluan. Mereka yang baru masuk dalam kumpulan ‘orang kaya baru’ ini akan terlajak dalam semua hal dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan baru mereka itu.

Berlainan dengan mereka yang sudah tersedia lahir dan hidup dan di besarkan dalam keluarga yang kaya dan tahap ‘social’ yang tersedia tinggi. Mereka yang dari kumpulan ini hidup mereka lebih ‘natural’ dan ‘glamour’ itu bukan perjuangan atau niat mereka dalam semua langkah kehidupan mereka. Mereka dalam kumpulan ini boleh turun dan boleh naik di mana-mana dan selalunya tidak akan memikirkan hal ‘glamour’ itu lagi.

Mereka dalam kumpulan ini, jika memakai pakaian yang murah pun nampak seperti memakai pakaian yang mahal. Mereka tidak perlu lagi menempelkan imej baru kerana dari lahirnya mereka sememangnya sudah berada di tahap itu. Maka tidak ada risiko memakan dan berbelanjakan wang awam untuk menambah dan menempelkan imej yang mereka mahu masyarakat melihatnya.

Mungkin ramai yang tidak faham apa yang saya nyatakan ini tetapi untuk memudahkan kefahaman itu elok kita tengok filem arahan P Ramlee…Ali Baba Bujang Lapuk. Kita boleh belajar banyak nilai kemasyarakatan . Aziz Satar terpaksa belajar cara berjalan sebagai orang kaya. setelah terjumpa harta karun yang bertimbun.

Aziz berfikir jika sudah jadi kaya cara berjaan pun kena ubah. Aziz menjadi bahan ketawa penuntun dan itu adalah satu keadaan yang hakiki yang sedang berlaku dalam masyarakat kita khususnya yang baru mendapat kekayaan dan kedudukan yang tinggi. Selalunya kehidupan orang yang baru mendapat nikmat ini hidup mereka kadangkala adala 'fake' dan tidak natural.

Dalam waktu membuat ‘adjustments’ dengan keadaan dan situasi baru itu, ia menyakitkan mata dan hati banyak pihak yang bersangkutan dengan orag ramai.

Kata-kata orang tua dahulu kala ada berbunyi, ‘seorang yang berdarah raja itu, jika menjadi buruh pun ia tetap raja, tetapi jika seorang 'toman' (singkek), jika di letakkan mahkota di kepala mereka sekali pun, ia tetap dengan sikap  'toman'nya.

22 November 2013

Suami itu Jeneral, isteri itu Major- Suami buat 'general decisions', Isteri buat 'major decisions'

Isu yang masih bergema ialah isu kos perjalanan isteri Perdana Menteri kita. Negara kita sudah ada lima isteri-isteri bekas-bekas Perdana Menteri, Dari Tun Sharifah Rodziah sehingga Tun Hendon yang selepas itu di ambil alih oleh Tun Jeane. Kini kita sedang bersama isteri Perdana Menteri Datuk Paduka Datin Seri Hajjah Rosmah binti Mansor. Dalam ramai-ramai isteri-isteri bekas Perdana Menteri ini tidak ada siapa pun yang boleh menandingi Datuk Paduka Datin Seri Hajjah Rosmah binti Mansor ini dalam hal membelanjakan wang rakyat.

Datin Paduka Rosmah merupakan seorang isteri kepada Perdana Menteri yang paling mahal untuk di tanggung oleh kerajaan dan rakyat Malaysia. Dalam pada kerajaan sedang menyusun dasar yang menjimatkan belanja, isteri PM tidak terlibat dengan pengurangan kos kehidupan semua. Rakyat seperti yang di nasihatkan oleh Perdana Menteri supaya mengubah cara hidup kita semua, isterinya masih tidak mahu mengubah cara hidupnya. Kalau ada pun perubahannya ia adalah perubahan ‘from bad to worst’.

Kita tidak boleh membenarkan yang salah, dan menyalahkan yang benar. Kita tidak boleh mengikut jejak langkah Shahidan Kassim, yang bermatian untuk membenarkan yang salah dengan menggunakan berbagai-bagai alasan yang gila tentang perjalanan yang mahal yang terpaksa di tanggung oleh rakyat terhadap isteri Perdana Menteri, yang ayu dan jelita itu.

Dalam keadaaan ekonomi yang tidak menentu ini, kabinet Malaysia masih meluluskan permohonan isteri Perdana Menteri untuk ke luar negara dengan jet eksekutif. Azalina Othman, mendedahkan yang kabinet yang di pengerusikan oleh Muhyiddin telah meluluskan permohonan Rosmah untuk menggunakan jet eksekutif yang sangat mahal itu.

Walau bagaimanapun siapa yang mempengerusikan mesyuarat kabinet yang meluluskan permohonan Rosmah itu tidak penting. Yang pentingnya kabinet telah meluluskan permohonan itu. Oleh yang demikian, kabinet harus bertanggungjawab ke atas kesalahan moral dan politik UMNO yang memerintah dalam meluluskan permohonan itu.

Kalau di ikut cara dan etika pemerintahan kerajaan negara maju, seluruh kabinet perlu meletakkan jawatan kerana mereka juga bertanggungjawab. Mereka yang ramai-ramai dalam kabinet itu semuanya tumpang bersalah dan mereka wajar mengambil semua ‘accountability’ itu.

Yang terbaik bagi seorang isteri Perdana menteri ialah dengan hanya menjadi seorang isteri, seperti isteri-isteri Perdana Menteri sebelum Rosmah. Budaya kita orang melayu, jangan sekali-kali isteri melebihi suami dalam pengurusan kerajaan terutamanya dalam hal kabinet mengambil keputusan. Ini isu serius kerana banyak kepimpinan negara telah terhempas kerana isteri.

Suami itu ibarat seorang Jeneral dalam sesuatu keluarga dan isteri itu ibarat seorang yang berpangkat Major. Tetapi dalam kes kita di sini, suami nampaknya hanya mengambil ‘general decisions’ dan isteri pula mengambil ‘major decisions’.

Perkara seperti ini pun, mereka dalam kabinet tidak tahu meluluskan permohonan menggunakan jet eksekutif itu adalah salah tetapi tiada siapa yang berani menolak permohonan ini.

Itulah sebabnya selalu saya katakan yang ahli jemaah kabinet kerajaan sekarang ini, merupakan mereka yang tidak tahu dan memahami apa yang salah dan yang benar. Patut lah kita mendengar penerangan tentang isu ini dari orang seperti Shahidan Kassim yang tidak tahu di mana moral dan di mana tanggungjawab.

Kita tidak boleh mengambil isu ini sambil lewa sahaja. Rakyat sedang di tarik balik subsidi yang mereka telah dapati selama ini bagi berkorban untuk negara. Mereka sanggup menanggung kos kehidupan yang begitu tinggi hasil dari pengurangan subsidi ini. Bagaimana mereka (rakyat) hendak menerima sikap isteri seorang Perdana Menteri yang membelanjakan wang rakyat untuk jet peribadi bagi urusan yang bukan pun urusan kerajaan.

Masalahnya kabinet yang sepatutnya bertanggungjawab pun tidak bertanggungjawab. Mereka hanya menjadi ‘pak hangguk’ kepada isteri Perdana Menteri dan ini adalah satu penghinaan terhadap rakyat yang rata-rata susah. Tidak boleh kah isteri Perdana Menteri menggunakan penerbangan MAS sahaja.? Rakyat di suruhnya berkorban tetapi keluarga Perdana Menteri membelanjakan wang rakyat seolah-olah wang itu boleh di petik dari pokok sahaja.

Apa pun alasan yang di berikan, penggunaan jet ini sememangnya tindakan yang tidak bertanggungjawab. Ia mesti di hentikan serta merta. Jika tidak mampu untuk memberhentikan sikap dan tindakan boros keterlaluan ini, elok seluruh kabinet itu berhenti sahaja.

Ada orang atau pihak mesti berhenti kerana isu ini. Kita tidak lagi mahu kepimpinan bisu dan tuli memerintah kita. betullah kata orang tua-tua, ‘kalau dah tuli itu, tuli juga’.

Saya menyeru kepada semua termasuk diri saya sendiri agar berusaha dengan ‘intensive’ agar kita di buka hijab oleh Allah swt. Jika terbuka hijab itu insyaallah kita akan ada sifat malu, kalau tidak banyak sedikit pun memadai..

21 November 2013

Patik mohon ampun

Dua hari lepas pasukan bola sepak negara kalah lagi, kali ini tunduk 0-1 dengan Qatar dalam pertandingan kelayakan Piala Asia. Dua hari sebelum itu pasukan negara kalah dengan Bahrain dengan kekalahan 0-1. Saya dan ramai yang lain telah menonton kedua-dua perlawanan ini dengan perasaan yang amat kecewa. Kita menerima hakikat yang menang kalah dalam sukan itu adalah lumrah dan kita mesti terima secara ‘sporting’ dalam semangat kesukanan yang tinggi.

Tetapi jika kita kalah sentiasa, adakah rakyat perlu terimanya bulat-bulat kekalahan berterusan ini?. Menang kalah itu biasa, tetapi kalau kalah sentiasa itu sudah menjadi luar biasa. Pasukan kita sentiasa kalah samada permainan itu di adakan di tempat lain (away) atau pun di padang sendiri (home). Setiap kali kita menunggu perlawanan, samada  ‘away’ atau ‘home’ keputusannya seolah-olah ‘predictable’ dan saya memahami sebab Menteri Belia dan Sukan, Khairy, begitu kecewa dengan keadaan ini.

Selepas perlawanan dengan Bahrain berkesudahan dengan pasukan negara kalah 0-1, dua orang peminat bola sepak kita telah di tangkap oleh pihak Polis kerana mereka di dapati menuntut supaya Presiden Persatuan Bola sepak negara (FAM) meletakkan jawatan dan mengambil ‘accountability’ kerana kekalahan yang berterusan bagi pasukan bolasepak kita.

Kenapa kritikan terhadap Presiden Persatuan Bolasepak negara itu menyebabkan dua orang peminat sukan itu di tangkap? Jawabnya Presiden FAM itu adalah seorang Sultan, iaitu Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang.

Di negara kita perlembagaan menentukan yang Raja itu adalah adalah 'kebal’ dari tindakan undang-undang dan itulah sebabnya dua orang peminat itu di tahan oleh pihak Polis. Kita sememangnya menghayati pentingnya Raja- Raja Melayu itu mempunyai kekebalan itu walaupun kekebalan itu agak berkurangan pada masa ini.

Justeru dalam isu kekalahan pasukan bolasepak negara yang di terajui oleh Sultan Ahmad Shah, amat membuatkan rakyat khususnya peminat bola sepak negara serba salah. Di mana-mana negara peminat-peminat bola sepak ini amat penting bagi kemajuan sukan itu. Di Eropah sukan bola sepak merupakan satu industri yang tidak dapat di pengaruhi oleh tekanan ekonomi negera-negara.

Di England industri bola sepak merupakan industri yang sangat besar dan peminat-peminat sukan ini membuatkan bola sepak sebagai pendapatan besar kepada negara Inggeris itu. Tetapi di sini kebebasan peminat bola sepak untuk melakukan kritikan terhadap sukan ini amat terbatas kerana FAM itu di terajui oleh seorang Raja Melayu. Sultan Ahmad Shah. Hendak kita kritik, baginda adalah seorang Sultan, dan jika tidak di kritik pula, pasukan negara kita jatuh menjunam di peringkat antarabangsa.

Oleh itu dalam kes kita ini, yang paling penting ialah faham memahami keadaan dan perasaan semua pihak terutamanya perasaan peminat sukan ini, yang merupakan proponen terbesar dalam pembangunan sukan ini untuk negara. Semangat kesukanan bukan sahaja perlu ada pada pemain-pemain dan peminat, ia juga perlu ada pada sesiapa yang menerajui badan sukan ini, dalam kontek negara kita, adalah FAM.

Bagi saya pemahaman dari pihak Tuanku Sultan itu amat di perlukan agar peminat sukan tidak terbatas untuk membuat kritikan terbuka apabila perlu. Bidang sukan memerlukan penyertaan ramai untuk mengembangkan sukan negara seperti yang kita dapati di negara-negara lain.

Negara merasa malu kerana kita tidak mempunyai dan menempa kemajuan dalam sukan ini, sedangkan FAM di berikan peruntukan puluhan juta ringgit oleh badan sukan antarabangsa FIFA setiap tahun. Kita tidak mahu melihat situasi dalam mana peruntukan FIFA yang berpuluh juta ringgit itu habis tetapi sukan bola sepak bukan sahaja masih di takuk lama, malahan lebih teruk lagi dari waktu FAM ini di terajui oleh orang lain.

Kita wajar menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan Pahang di atas sumbangan baginda sejak beberapa tahun dahulu terhadap sukan Bolasepak ini, tetapi waktunya sudah sampai untuk tidak menyekat peminat yang ramai bersama-sama memberikan sumbangan terhadap sukan ini.

Kita berkeyakinan yang Kebawah Duli Tuanku Sultan tidak merasa terguris di atas isu ini kerana kita percaya Tuanku juga adalah seorang yang tinggi semangat kesukanan baginda. Pandangan saya mudah. Semua pihak wajar meyakinkan pihak Tuanku dan memberikan pandangan secara terbuka dalam semangat kesukanan itu demi kepentingan sukan negara.

Saya berharap Menteri Sukan yang muda kita, Khairy akan dapat menambah nilai bidang sukan Bolasepak ini dan saya memahami bagaimana susahnya keadaan beliau dalam menghadapi isu kekalahan demi kekalahan pasukan bola sepak negara kita ini.

Saya yakin dan percaya Khairy boleh membantu untuk mengatasi masalah ini dan seterusnya memajukan sukan yang terbesar dunia ini. Khairy adalah seorang yang boleh membawa ‘consequence’ yang baik untuk sukan negara keseluruhannya. ‘I trust you Minister Khairy’.

Kepada Presiden FAM, PATIK MOHON AMPUN.

20 November 2013

Pemimpin-pemimpin kita seperti rumpun dedalu, kering kontang negara dibuatnya

Nampak tak dedalu yang menumpang di pokok ini?
Pokok itu akan mati akhirnya
Lama sudah saya hendak menulis tentang sejenis pokok, iaitu pokok dedalu. Baru sekarang kesempatan itu sampai kerana situasi sekarang sememangnya baik untuk kita mengenali dedalu-dedalu ini. Nama saintifik dedalu ini ialah ‘salix tetrasperma’ dan ia mempunyai lebih dari 300 spesis di seluruh dunia mengikut kajian ‘agriculturalist’ dunia. Banyak diantara spesis ini wujud di negara-negara tropikal, termasuklah negara kita ini.

Dedalu ini adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh di atas pokok dan dahan yang besar. Jika dedalu ini tidak di buang dan di cantas ia akan membunuh pokok besar itu akhirnya kerana dedalu ini akan menghisap segala makanan yang ada di dalam pokok yang besar itu. Sebagai anak kampung saya mengalami mencantas dedalu-dedalu yang tumbuh di atas  pokok-pokok mangga dan beberapa pokok buah-buahan kami yang lain.

Oleh kerana dedalu itu telah dicantas, pokok mangga dan durian itu masih hidup sehingga hari ini. Pendeknya orang-orang kampung seperti saya, akan mengenali pokok-pokok dedalu ini dengan mudah dan saya tahu bagaimana hendak mencantasnya. Maka pokok-pokok dedalu ini banyak kita lihat di kampung-kampung dan orang bandar ramai yang tidak mengenali dedalu ini terutamanya rakyat yang muda-muda.

Jika kita hendak menjadikan dedalu ini sebagai kiasan sahaja, kita akan terjumpa dedalu ini banyak di bandar-bandar sekarang lebih-lebih lagi di Putrajaya. Ramai pemimpin-pemimpn kita sekarang tidak ubah sebagai dedalu ‘attribute’ nya dan mereka hidup begitu mewah menghisap dan memakan apa yang ada di dalam khazanah negara. Pemimpin-pemimpin dedalu inilah yang akan membuatkan negara kita bankrap kerana semuanya di makan dan di hisap oleh pemimpin-pemimpin dedalu-dedalu yang begitu bercambah dalam kepimpinan dan kerajaan negara kita ini.

Itu sebabnya kita wajar mencantas dedalu-dedalu ini kerana ia akan membunuh kita akhirnya. Dedalu-dedalu ini akan terus membesar dan rimbun, sedangkan batangnya (negara) akan menjadi kurus dan lemah yang akhirnya membawa maut kepada semua sistem kerajaan kita.

Seperti pohon dedalu, jenis dedalu dalam pimpinan kita ada berbagai-bagai macam. Ada yang tinggi lampai dan ada yang rendah serta gemuk dan semua mereka ini akan menjahanamkan negara kerana jika dedalu sudah hinggap dan tumbuh di batang tubuh kita ia akan membawa maut kepada kita semua. Dedalu ini tidak tumbuh di bumi, ia tumbuh di atas pokok dan kedudukannya sentiasa di tempat yang tinggi. Yang merana adalah pokok besar di mana dedalu itu tumbuh.

Saya tidak tahu dedalu jenis yang mana satu menggunakan dan membaham wang kerajaan melalui perjalanannya dengan jet-jet eksekutif keseluruh dunia itu. Kita pun belum mengenali jenis dedalu yang menghisap wang kerajaan melalui pinjaman memelihara lembu di Gemas itu. Dedalu yang menghisap darah rakyat dalam isu pembekalan sistem pertahanan negara dahulu pun entah jenis apa dedalunya. Tetapi mereka adalah dedalu, ‘parasite’ yang akan membunuh mana-mana batang dan tubuh yang di hinggapinya.

Seperti yang saya ceritakan tadi saya telah mencantas dedalu-dedalu yang hidup di pohon mangga saya di kampung dahulu dan Alhamdulillah pokok mangga dan durian kami itu masih hidup sampai ke hari ini. Boleh lah anak-anak cucu merasa buah-buah itu sekarang. Seandainya ibu saya tidak membuang dan mencantas dedalu-dedalu itu dahulu, tidak mungkin anak-anak cucu ibu saya, dapat merasakan buah mangga dan durian itu.

Oleh yang demikian dedalu-dedalu yang hidup di Putrajaya dan di Pajabat-Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri-negeri itu wajar di cantas sekarang untuk memastikan pohon rendang negara kita tidak akan mati bagi mempastikan buah-buahan yang kita rasa sekarang itu dapat juga di rasai oleh generasi kita yang akan datang.

Dalam pilihanraya dahulu kumpulan dedalu itu masih menang tetapi nampaknya dedalu-dedalu itu sudah mula berkurangan. Tetapi dedalu-dedalu yang masih kuat sekarang sedang kita lihat kerakusan mereka menghisap segala-galanya yang ada dalam pohon negara kita.

Sesungguhnya jika pohon-pohon dan pokok buah-buahan menghadapi masalah pokok dedalu ini, di peringkat manusia dan negara pula kita sedang berhadapan dengan kumpulan dedalu yang hidup subur di atas harta dan tanaman kita.

Itulah perjuangan rakyat yang insaf. Dedalu-dedalu ini adalah musuh nombor satu kepada tamadun manusia moden sekarang ini. Banyak negara telah hilang segala-galanya kerana pemimpin-pemimpin yang mempunyai sifat seperti dedalu ini tidak berjaya di buang dan di ketepikan.

Saya terjumpa satu rangkap kata-kata yang saya anggap bermakna. Bunyinya:-

Pokok dedalu…….ia menumpang
Menjadi parasit… .ia jembalang
Dahan akan mati…ia perlu di tebang
Kalau terjumpa ….ia perlu di buang.
Pokok dedalu…jika dah di buang,
Jangan di tanam semula…ia musuh utama malam dan siang.

Oleh yang demikian, seandainya dedalu-dedalu ini hilang dan di buang, maka adalah harapan untuk generasi kita menikmati hasil tumbuhan-tumbuhan dan pokok-pokok yang kita telah tanam selama ini.

Masalahnya sekarang dedalu itu sudah kuat urat dan akar nya tertanam. Kita memerlukan kudrat yang kuat untuk mencabut dedalu-dedalu yang sudah melarat dan menjalar ke hampir keseluruhan pokok-pokok dan tanaman kita sekarang ini.

Kita mahukan negara kita hidup sampai bila-bila. Pemimpin-pemimpin dedalu ini wajar diketepikan demi masa depan negara dan generasi kita.

19 November 2013

Rosmah: Seremban-Foch Avenue naik Foh Hup, KL -Qatar naik jet eksekutif

Dewan Rakyat kini, bergema tentang isu pembiayaan jet eksekutif swasta untuk lawatan isteri yang ayu dan genit kepada Perdana Menteri Najib, ke Qatar baru-baru ini. Ramai yang meminta saya memberikan komen tentang isu ini kerana ia melibatkan wang rakyat yang berjuta ringgit.

Komen saya mudah. Sesungguhnya terbang dengan jet eksekutif itu adalah syurga bagi setengah orang. Ramai yang keluar dari kampung sememangnya susah hendak di kawal kerana mereka ini selalu akan mengusung sikap kekampungannya kemana-mana dia pergi.

Rosmah, hanya seorang isteri dan menyibuk untuk melawat negara lain di atas nama lawatan rasmi itu, tidak kena dan sangatlah gila tindakan itu. Kita mesti ingat, dan saya ulangi, membawa keluar seseorang dari kampung itu kerja mudah, tetapi hendak mengeluarkan kampung dari dirinya itu adalah satu usaha yang susah.

Bagi wanita kampung ini, kalau hendak terbang mesti dengan jet eksekutif. Kalau hendak menginap di hotel, hotel itu mesti bertaraf sepuluh bintang dan sewaan biliknya mesti puluhan ribu ringgit semalam. Bilik sewaannya mesti besar-besar, bilik yang boleh berlari-lari dengan suami atau dengan anak dan cucu. Bagi saya, besar mana pun tubuh seseorang itu dia tidak lah perlu bilik yang sebesar itu.

Apa pun yang mereka seperti ini lakukan, selalunya mereka akan terlupa duit siapa yang mereka belanjakan itu. Bukan Rosmah seorang sahaja isteri Perdana Menteri di dunia ini. Dalam dunia ini ada ratusan isteri Perdana Menteri, tetapi tidak pula kita mendengar dengan isteri PM negara lain yang berbelanja seperti ini. Dulu ada kita dengar isteri seorang Presiden yang bernama Imelda dari Filipina yang berbelanja seperti membelanjakan harta mak bapak dia sendiri.

Kalau kita kaji dengan teliti, Imelda datangnya dari sebuah perkampungan di utara Manila yang jauh dari kawasan perbandaran. Rosmah pula datang dari kampung di Negeri Sembilan dan bukannya dari bandar mana pun. Jadi persamaan latar belakang ini membuatkan mereka berdua ini mempunyai ‘attribute’ yang sama. Mereka ini boros dan tidak mempunyai had apabila membelanjakan wang orang lain terutamanya wang rakyat.

Seperti juga Imelda, Rosmah tidak pula saya dengar yang beliau sememangnya terlalu biasa menaiki jet eksekutif sejak kecil. Tetapi kalau kita tengok cara beliau melawat kemana-mana negara lain, beliau menaiki jet eksekutif dan tidak menaiki pesawat nasional kita MAS.

Kekerapan beliau berjalan dengan jet eksekutif ini seolah-olah beliau, sejak lahir ke dunia ini sememangnya terbang ke mana-mana dengan jet eksekutif dan tidak pernah menaiki pesawat MAS, SIA atau pesawat tambang murah seperti Air Asia dan Malindo Air.

Tetapi kalau tidak salah mata saya memandang, saya pernah melihat beliau ini pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki bus Foh Hup sampai ke Foch Avenue dekat Jalan Silang Kuala Lumpur. Saya sendiri berada dalam bas itu. Orang-orang muda sekarang tidak pernah tahu di mana Foch Avenue itu. Hanya yang tua-tua seperti saya atau Rosmah sahaja yang mungkin masih ingat di mana Foch Avenue itu.

Betul lah ramai orang yang berubah kehidupan mereka dan menjadi kaya raya. Tiger Woods, salah seorang daripada nya. Tetapi Tiger mendapat kekayaannya dengan kemahirannya bermain golf sampai beliau berjaya menjadi pemain golf nombor satu dunia. Beliau sekarang mempunyai jet eksekutif sendiri dan istananya sendiri sehingga beliau mempunyai sebuah pulau untuk beliau berehat dengan keluarga dan rakan-rakannya.

Tetapi yang seorang ini hanya seorang isteri Perdana Menteri dan boleh pula memohon kabinet meluluskan permohonan beliau untuk menggunakan jet eksekutif untuk keluar negara dan di biayai oleh wang rakyat. Kabinet pula, kata Shahidan Kassim, telah meluluskan permohonan ini. Persoalannya sekarang kenapa kabinet meluluskan permohonan seperti ini dengan mudah sedangkan lebih banyak lagi permohonan rakyat belum lagi di ambil tindakan oleh  kabinet.

Jika tindakan Rosmah ini menyalahi moral dan undang-undang kenegaraan maka kabinet keseluruhan wajar mengambil ‘accountability’ terhadap isu ini. Justeru itu seluruh kabinet wajar meletakkan jawatan kerana mereka adalah kabinet yang tidak bertanggungjawab. Nyata sekarang selain dari masalah ekonomi, pergeseran diantara kaum dan agama, isteri Perdana Menteri menjadi masalah yang amat besar kepada negara ini.

Itulah bunyinya komen pendek saya. Harap mereka yang mendesak saya memberi komen itu berpuas hati.

Jika Sabah dan Sarawak boleh menentukan nasib pihak lain, kenapa tak tentukan nasib sendiri?

Saya mendapat desakan untuk memberikan pandangan lanjutan kepada apa yang di tulis dalam posting saya dua hari lepas, berhubung dengan isu Sarawak dan Persekutuan Malaysia. Saya menulisnya dalam respon saya terhadap apa yang di perkatakan oleh Tan Sri James Masing, seorang Menteri Kanan Sarawak beberapa hari lepas. Dr James Masing telah menzahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap layanan dan sikap pemimpin UMNO yang muda-muda yang tidak tahu atau buta sejarah tentang kehadiran Sarawak dan Sabah dalam Persekutuan Malaysia sejak 1963 dahulu.

UMNO merupakan tunjang kepada BN tetapi pemimpinnya sendiri tidak tahu apa kah dia semangat Perjanjian Persekutuan Malaysia sehinggakan Sarawak termasuk Sabah dianggap sebagai kuli kepada Semenanjung Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu itu. Desakan itu bukan sahaja datang dari Sarawak dan Sabah, malahan ramai dari Semenanjung sendiri mahukan pencerahan tentang isu ini. 

Saya hanya rakyat biasa dan bukannya seorang tokoh undang-undang dan perlembagaan atau pun sesiapa dan saya bukanlah orangnya yang boleh melakukan tindakan dengan penuh ‘authority’. Saya hanya mencatatkan pemikiran dan perasaan saya sebagai seorang rakyat yang sentias berdoa dan berhajat untuk melihat negara kita ditingkatkan maruahnya sebagai sebuah negara merdeka yang berwibawa dan sentiasa adil kepada semua wilayah dan rakyat keseluruhannya.

Apa yang saya tulis hanyalah berdasarkan kepada pandangan seorang rakyat Malaysia biasa yang sentiasa mahu melihat negara ini terlandas keatas premis dan teras politik yang betul dan benar. Saya bukannya seorang pemimpin, hanya saya seorang yang sensitif dengan apa yang berlaku dalam negara ini terutamanya dalam bidang politik, bidang yang sangat penting bagi rakyat negara berbilang kaum dan ethnik ini. Saya hanya mempunyai pandangan sendiri dalam isu ini kerana saya tidak putus-putus meneliti inti dan semangat penubuhan Malaysia.

Ia di tambah pula dengan keadaan negara ini adalah sebuah negara Persekutuan yang terdiri dari tiga buah negara (Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak) yang berlainan landskap penduduknya dan politiknya sekali. Isu ini tentunya satu isu yang sangat besar dan berat dan jika di sandarkan harapan penyelesaian isu ini kepada kemampuan pimpinan Persekutuan yang ada pada hari ini, isu ini merupakan isu yang tidak mungkin dapat di selesaikan. Dalam pada itu penyelesaiannya sangat perlu dan wajib di lakukan.

Negara memerlukan seorang yang cukup wibawanya untuk mengurus dan memimpin perubahan untuk pembaik-pulihan keadaan yang tidak nampak penyelesaiannya. Tetapi jika mendapat seorang lain dari pimpinan yang ada sekarang ini untuk melakukan perubahan ini, banyak tanggungjawabnya terpikul di bahu pimpinan di kedua-dua buah negeri, Sabah dan Sarawak

Kita terima hakikat yang UMNO merupakan parti yang penting untuk melakukan perubahan. Tetapi pemasalahan ini tidak wujud di Sarawak kerana UMNO tidak ada di negeri itu. Yang penting pemimpin-pemimpin di Sarawak perlu bersatu untuk mendapatkan tuntutan negeri itu sebagai ahli kepada Persekutuan Malaysia itu.

Jika semua pemimpin parti dan ahli-ahli Legislatif dari negeri Sarawak bersatu dan berhadapan dengan Persekutuan itu dengan satu suara, maka ia boleh menghasilkan satu tindakan yang ‘decisive’ bagi kepentingan rakyat dan negeri Sarawak secara ‘collective’. Dalam isu ini pimpinan di Sarawak sepatutnya melupakan perbezaan politik kepartian dan bersatu bagi mencapai matlamat untuk mendapatkan keadilan yang mereka di Sarawak rasakan tidak wujud dalam Persekutuan itu. 

Di Sabah isu ini juga merupakan isu yang sangat besar, tetapi di negeri ini keadaan berbeza kerana UMNO wujud dan mempunyai banyak pengaruh di negeri ini, malahan salah seorang dari kepimpinan tertingginya datang dari Sabah. Malahan UMNO di Sabah jika diteliti dari sudut ini sedang berhadapan dengan tekanan perasaan rakyatnya sendiri.

Sabah tidak lagi seperti dahulu, kerana dahulunya Sabah di Ketuai oleh Parti USNO. Jika dahului USNO dan parti-parti lain boleh bersatu untuk melakukan tuntutan setelah menyedari tentang ketidak adilan pihak Persekutuan terhadap negeri-negeri Borneo ini. Sekarang UMNO menjadi isu besar dan jika benar rakyat Sabah inginkan sebuah negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia secara adil, maka UMNO Sabah sendiri patut bersama-sama bersatu bagi mencapai perjuangan untuk mendapatkan kembali maruah sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.

Dalam keadaan sekarang UMNO sendiri mempunyai masalah intra-parti yang besar, begitu juga dalam parti-parti lain tidak kira parti-parti kerajaan dan pembangkang. Demi untuk kepentingan negara kita tidak boleh lagi terperangkap dengan sentimen kepartian yang keterlaluan. Sekarang ialah waktu untuk semua pemimpin khususnya yang berada sebagai ahli-ahli Legislatif yang mewakili rakyat untuk melakukan tindakan yang ‘decisive’ bagi mendapatkan situasi dan ‘ambience’ politik yang baru.

Blog ini tidak pernah putus menyarankan supaya kita memulakan sebuah negara baru yang di pimpin oleh seorang pemimpin yang tinggi kewibawaannya dan menyusun semula negara kita untuk kepentingan rakyat yag sangat dahagakan ketenteraman pemikiran dan politik yang stabil dan menyakinkan.

Dalam isu ini pemimpin dari Sabah dan Sarawak terutamanya, patut berani bertindak supaya mereka akan meninggalkan nama seperti harimau meninggalkan belangnya. Jika masih mahukan UMNO pimpinan khususnya dari Sarawak dan Sabah, mereka wajar membantu menukar dan mengalih kepimpinan UMNO itu dengan kepimpinan yang berwibawa untuk perubahan itu.

Jika generasi kepimpinan hari ini tidak memenuhi kehendak ramai sekarang ini, mereka akan di ingat oleh rakyat dan generasi akan datang sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana takut kepada perkara dan manusia yang tidak perlu di takuti.

Pemikiran dan jiwa pucuk pimpinan dan barisannya hari ini terlalu lemah dan jika mereka masih di berikan kuasa maka waktu itu bukan lagi salah siapa, tetapi adalah salah pimpinan parti-parti khususnya dari Sarawak dan Sabah yang terlalu terhimpit dengan isu Perjanjian Persekutuan Malaysia ini.

Samada pemimpin-pemimpin dari Sarawak merelakan keadaan seperti ini berlaku bergantung kepada tahap komitmen perjuangan mereka. Jika mereka masih takut kerana politik peribadi dan terlalu sayangkan diri sendiri dari negeri mereka, maka tidak lagilah boleh di salahkan mana-mana pihak lain. Mereka mempunyai kekuatan sendiri malahan mereka adalah penentu kepada kejayaan BN mempertahankan mandat kerajaan persekutuan dalam pilihanraya yang lalu.

Jika tidak mahu memulakan tindakan yang ‘unorthodox’ untuk menyelamatkan maruah negeri-negeri Borneo itu, jangan salahkan sesiapa selepas ini, kerana bola ada di kaki mereka, terpulang kepada mereka untuk menendangnya kearah mana yang mereka suka.

'Tepuk dada, tanyalah selera'. Yang pastinya tidak ada siapa yang boleh membantu Sabah dan Sarawak untuk mengembalikan maruah siasah mereka selain dari menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Jika Sarawak dan Sabah boleh menentukan kemenangan untuk BN keseluruhannya, tiada sebab kenapa pemimpin-pemimpin dan parti-parti dari kedua-dua buah negeri ini tidak boleh menentukan nasib dan untung mereka sendiri dalam Persekutuan ini.