Ramai yang meminta saya untuk
memberikan komen tentang seruan Zahid Hamidi kepada semua orang Umno untuk setia
kepada Najib kerana Najib memegang jawatan Perdana Menteri itu adalah ketentuan
Allah SWT. Katanya kita semua mesti setia kepada Najib kerana yang meletakkan
Najib sebagai Perdana Menteri itu adalah Allah SWT.
Saya tidak berapa berani untuk
membuat komen ini bukan kerana takut kepada kritikan yang datang dari orang
yang jujur dan berilmu kerana jika kita mendapat kritikan dari yang berilmu
kita akan mendapat pelajaran dan pengajaran yang baik yang boleh kita gunapakai
dan amalkan. Yang saya takut ialah kritikan dari mereka yang tidak memahami
asal kejadian kita dan kenapa kita di hidupkan oleh Allah SWT di dunia ini.
Saya membaca tulisan A Kadir
Jasin dan saya bersetuju dengan pandangan dan pemahaman beliau. Hanya saya
ingin menokok tambah apa yang saya rasakan perlu untuk memberikan pencerahan
kepada Zahid yang nampaknya menggunakan Allah sebagai modal politik beliau
dalam PAU kali ini.
Sebenarnya kita di hidupkan
didunia ini hanya kerana satu sebab sahaja, iaitu untuk mengESAkan Allah SWT.
Tidak ada sebab yang lain. Tuhan hidupkan kita bukan untuk meletakkan Najib
sebagai PM semata-mata atau menjadikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri
yang memberikan ketaat setiaan 101 peratus terhadap Najib, ATAU pun dijadikan
saya sebagai seorang pengkitik Najib bersama sama dengan yang lain terutamanya
Dr Mahathir Mohamed.
Tuhan jadikan kita bukan
semata-mata untuk menyokong mereka yang mencuri wang rakyat dan menipu orang
ramai dengan berbagai-bagai muslihat. Tuhan tidak menjadikan Apandi Ali untuk
melindungi kesalahan pimpinan yang melakukan kezaliman terhadap orang yang
mereka pimpin.
Zahid sepatutnya tahu yang kita
dijadikan oleh Tuhan untuk mengESAkanNya dengan melawan kezaliman dan tunduk
kepada perintahNya dengan luhur dan jujur. Tuhan merupakan empunya
segala-galanya dan apa-apa yang dijadikanNya itu untuk menduga sejauh mana
kesetiaan kita terhadap keESAanNya. Kita di duga sama ada kita sanggup
berkorban untukNya dari waktu kita lahir sampailah ke akhir kalam.
Kita di duga sama ada kita
terpedaya dengan tindakan pimpinan dan sesiapa sahaja yang
melakukan kesalahan terhadap Allah dengan memberikan sokongan terhadap mereka
yang melakukan kemungkaran dan kemurkaan Allah itu. Zahid perlu tahu yang
menentang Najib ini pun adalah mereka yang dijadikan Tuhan untuk menentang
kerana mereka mahu menolak memerangi kemungkaran yang dilakukan oleh mereka
yang dijadikan Tuhan untuk menduga ketaat setiaan mereka terhadapNya. Bukan
begitu Zahid?
Tetapi tidak menjadi perkara yang menghairankan di akhir zaman ini terlalu ramai pengikut Abdullah bin Ubai dikalangan pemimpin yang memberikan sokongan palsu kepada pemimpin yang mereka geruni. Siapa Abdullah bin Ubai ini, pandai-pandailah mengenali siapa dia itu.Saudara tahu siapa Abdullah bin ubai tetapi kenapa saudara masih bersikap seperti dia itu?
Tetapi tidak menjadi perkara yang menghairankan di akhir zaman ini terlalu ramai pengikut Abdullah bin Ubai dikalangan pemimpin yang memberikan sokongan palsu kepada pemimpin yang mereka geruni. Siapa Abdullah bin Ubai ini, pandai-pandailah mengenali siapa dia itu.Saudara tahu siapa Abdullah bin ubai tetapi kenapa saudara masih bersikap seperti dia itu?
Pendeknya kita kena fikir dengan
akal anugerah Tuhan yang kita ini digerakkan Tuhan untuk melakunkan plot yang
menduga atau di duga. Kita boleh menjatuhkan hukum bagi mereka yang
menjadi penduga itu kerana kita semua tahu apakah yang akan mereka perolehi dari
lakunan sebagai pencuri-pencuri dan penjenayah kepada umat itu.
Yang lebih teruk dan hebat
bencana yang mereka perolehi ialah mereka yang menyokong dan mempertahankan
kemungkaran dalam hidup ini. Dosa-dosa ini melibatkan dosa-dosa yang berkaitan
dengan hablumminannas.
Pandangan saya mungkin disalahkan
oleh setengah pihak tetapi di yaumil
mahsyar jugalah tempat penentuannya. Yang penting bagi kita jangan kita berdakwah
yang kemungkaran dengan pencuri dan melakukan jenayah itu adalah kehendak Tuhan
dan perlu di pertahankan dan memberikan ketaat setiaan kepada mereka. Sifat
menggalakan kemungkaran itu adalah sifat mustahil bagi Allah SWT, pencipta alam
semesta itu. Yang Allah SWT seru ialah perjuangan 'amal makruf nahi mungkar', bukannya 'amal mungkar nahi makruf'.
Agama kita menganggap mereka yang
makan rasuah itu sama seperti mereka yang makan daging saudaranya sendiri, saudara Zahid!
Sekian saudara Zahid.