Dr Mahathir melawat Hulu Selangor untuk membantu calun BN yang sangat memerlukan bantuan dan terus sahaja berucap dihadapan 1000 hadzirin yang datang.
Kali ini Dr Mahathir telah menelan kembali kata-katanya didalam pilihanraya umum yang lepas.
Kali ini beliau meminta pengundi untuk mengundi parti, bukannya calun. Terperanjat saya mendengarnya.
Dalam pilihanraya dahulu Dr Mahathir telah menyeru pengundi-pengundi untuk memilih calun kerana kalau memilih parti calun-calun yang dipilih oleh parti itu mungkin tidak betul.
Semasa pilihanraya umum yang lalu Dr Mahathir telah memainkan peranan besar untuk mengalahkan calun-calun BN dan beliau sendiri telah keluar dari parti hinggakan rakyat termasuk ahli-ahli UMNO dan BN memilih untuk mengundi calun-calun parti alternatif.
Dalam pilihanraya umum yang lalu Dr Mahathir yang tidak berparti semasa itu hanya turun dikawasan Jerlun dimana anak kesayangnya Mukhriz bertanding diatas tiket BN.
Ada diantara kenalan yang hadzir dalam ceramah Dr Mahathir itu bertanya kepada saya, “Bro, nasihat Dr Mahathir yang mana satu patut diikut ni? Disini semalam dia suruh undi parti tetapi semasa pilihanraya umumdulu dia minta kita undi calun. Berbelit-belitlah Tun Mahathir ni. Entah yang mana satu yang kita nak ikut. Mabuk kita dibuatnya”
Saya menjawab, “Jangan kau ikut nasihat dia tu, sekarang kau ikut nasihat saya. Undilah calun, jangan undi parti. Nasihat saya ini pun adalah nasihat Dr Mahathir juga dulu. Kalau kita undi calun pun takkan Dr Mahathir nak marah, sebabnya dia nasihat kita macam itu dulu. Kita pakai nasihat lamanya.”
Bagi saya Dr Mahathir ini mengikut resmi air: dimana lekuk disitu dia berhenti. Beliau seolah olah dah terikut-ikut Ibrahim Ali.
“Kita nak marah dia, jangan sekali kali; nanti marah pengikut-pengikutnya. Pengikutnya akan memaki hamun kita. Just ignore him and vote freely as you like” kata saya lagi.
Itulah pendirian saya tentang Dr Mahathir ini. Saya tidak mahu mendengar apa-apa nasihat beliau kerana kalau kita dengar nasihatnya hari ini, tiga empat tahun nanti dia nsihat kita lain pula.
Saya pun sudah lama tak mengikuti kata-kata beliau yang selalu berubah. Bayangkan beliau boleh keluar parti kerana bencikan seseorang dalam parti.
Segala-galanya untuk politik peribadi beliau sahaja.
Sekian……………………………………………….Aspan Alias
heeeee, Mahathir, Mahathir!!
ReplyDeleteBetul tu Aspan...kita biarkan saja dia nak kata apa. pakai tak pakai nasihat dia tu kita tentukan.
ReplyDeleteRahimrazak
Hanya Muthu mengenal Maniam
ReplyDeletehe he he
ReplyDeleteyg anwar punya dan nik aziz punya belit langsung tak pening. yg mahathir punya dah tak boleh pakai dah tak de dlm politik semasa, kau pening..
memang terer mahathir.
memang kau benci dia, ek?
Berapa dah umur dia tu? Dah tahap tua pikun ke? Alahai... dulu dia juga yang nasihatkan Tunku Abdul Rahman, sekarang ni kena nasihatkan dia... hmmm hari tu kata tak mo kempen kat HS, apsal datang siap bagi tau undi la Bee End.. Dulu siap bagitau.. buang sumer kerohni-kerohni.. apsal la pesan ikut kerohni-kerohni plak.. hehehehe.... mahathir- mahathir.... mana pi nasihat "melayu selalu lupa" ... takkan dah lupa kot..
ReplyDelete"toink-toink".....
...adioss....
Dulu Umno dibawah Pak Lah dan menantunya. Tak kan tak Faham. La ni dahle calun nya ????? Partinya PR pulak tu sam jugak.
ReplyDeleteBro,
ReplyDeleteI was skeptical of TDM since am was 16. By 1988, l completely opposed him completely. After 1990 GE, he wrecked every cornerstone of this nation.
bat8
Bukan Mahathir saja mcm tu.Kita pun macam tu juga.Pemimpim2 lain pon mcm tu juga,terutama dari Pembangkang, cuba kaji Anwar ,Hadi Awang ,Nik Aziz mereka ni lebih lagi dasyat boleh spin lagi ayat Quran.Tapi tak apa la kita ni sapa.Yang Penting kita sendiri yg nilai, jangan membabi buta sokong. Latakkan diri anda sebagai neutral baru boleh menilai dgn lebih baikdan saksama.
ReplyDeleteAda beza antara zaman Pak Tidor Lah dengan zaman Najib. Mahathir takda masalah dengan calon calon BN pilihan Najib manakala dia tak berapa setuju dengan sesetengah calon BN zaman Pak Tidor Lah . Itu hak dia untuk tidak bersetuju. Tapi sekarang lain, Najib pandai pilih calon. sebab itu calon jadi nombor dua. Mana mana calon yang di letakkan BN mesti OK punya.
ReplyDeleteBaru 2-3 hari lepas dia kata tak akan turun kempen di H.S. Tup-tup sudah ubah fikiran.Apa yang bermain dikepalanya mungkin merasa Mic sudah merosot sokongan agaknya....atau masih berasa gian untuk berceramah dalam kempen pilihan raya.
ReplyDeletesokong hang sebat ...pak aspan dalam hati tu penuh iri dgn TUn ...dah tau lama dah
ReplyDeleteso what...ramai lagi manusia yang sentiasa ubah fikiran.. apa .. mahathir tak boleh ubah fikiran.. yang org lain.. haram boleh jadi halal.. busuk boleh jadi wangi... tak mengapa pulak.. kalau dia lupa pun memang dah patut.. terlalu byk yang dia perlu fikir.. kalau kita ni lupa.. mudah nyanyuk sebelum tua.
ReplyDeleteHe Tuan, apa macam mau tulis pasai Mahathir lagi.
ReplyDeleteDia pengikut Ibrahim Ali saja!
bbK
Kalau Mahatir nasihat undi BN, buat sebaliknya dan undi PR.Anak anak dia semua kaya raya bukan macam anak anak Tunku. Dia buat apa yang akan yang akan membantu anak anak dia aje.
ReplyDeleteAspan,
ReplyDeleteHidup bukanlah betul kayu sepanjang masa. Kalau kita ni dikenali sebagai juara smash, tak kan kita nak smash juga kalau bulu tangkis yang datang tu bukan bola tanggung. Tengoklah keadaan yang sesuai.
Dari penulisan Aspan, memang nampak Aspan ni anti Mahathir. Entah apa sejarahnya yang membuat Aspan begitu.
Ye lah.. masing-masing ada penyokong dan pembangkangnya.
Saya rasa apalah nak dikritik bapak kita. Biarkan dia. Hormat dia sebagai our leader for over 20 years. Biarkan dia apa dia nak buat dan nak cakap. Tak payahlah nak ambil pusing dan cuba nak gain political mileage on behalf of Zaid. Itu dinamakan hitting below the belt. Tak gentleman!!
ReplyDeleteApa muslihat sdra beria-ria kempen untuk Zaid. Adakah untuk kepentingan diri sendiri kerana diupah dengan ganjaran yang lumayan. Knowing your attitude I don't think you will do that. But upon reflection I am just wondering. It lingers in my mind there must be some kind of understanding between you and Zaid to campaign on his behalf through your blog.
Well, anyway it is your blog and you can do whatever you like after all.
pembetulan - semasa pilihanraya 2008, Dr M masih dalam Umno. Beliau keluar Umno bulan Jun 2008, selepas Pak Lah meranapkan BN dalam PRU12 tiga bulan sebelumnya.
ReplyDeleteNasib baik Ku Li menang Gua Musang time tu.
Salam Sdr Aspan,
ReplyDeleteNasihat Tun Dr Mahathir itu amat tepat dan bijak,sesuai dengan kewibawaan dan status beliau sebagai seorang negarawan ulong yg telah banyak berjasa kepada negara dan bangsanya.Lojik nasihat beliau itu mudah dan tidak sedikit pun berbelit-belit seperti yg dinyatakan itu.Barang kali minda dan hati yg diwarnai olih sentimen kesangsian dan burok sangka menyebabkan ianya ternampak sedemikian.
Umum tahu bahawa dalam pilihanraya umum dulu kebanyakan calon-calonnya dipilih mengikut kehandak mereka dari Tingkat Empat,Puterajaya,sedangkan ahli-ahli diperingkat akar umbi menolak pencalonan mereka itu.Olih itulah sebabnya berlaku tsunami politik keatas BN dalam PRU yg lalu.Sebaleknya, PK di HS ini pula calonnya adalah pilihan parti yg dibuat mengikut keadah yg biasa diamalkan dalam PRU yg lepas-lepas ,kecuali PRU 12 yg lalu.
Benarlah seperti kata Kay4 "letaklah diri anda sebagai neutral baru boleh menilai dgn lebih baik dan saksama ".Hanya jauhari mengenal manikam.
Askar Tua
Salam,
ReplyDeleteTersenyum dengan perenggan terakhir saudara
"Segala-galanya untuk politik peribadi beliau sahaja".
Teringat kata Tun Dr Mahathir beberapa hari lalu "Semakin dekat orang dengan seseorang itu, semakin orang itu akan faham peribadi dan perjuangan seseorang itu".
Nyata saudara dekat dgn Tun Abdullah & MP Rembau Khairy Jamaludin tetapi jauh dari Tun Dr Mahathir.
Cuba saudara dekati Tun Dr Mahathir pula.
Zali.
Sdra Aspan,
ReplyDeletePendapat mengatakan AAB meranapkan UBN dalam PRU12 adalah kenyataan yang serkap jarang sahaja. AAB hanya mempamerkan ketidakmampuan beliau menahan tsunami 2008 yang sepatutnya telah melanda semasa PRU2004.
Sebenarnya momentum tsunami ini telah mula buildup selepas PRU 1999 lagi. Keputusannya menunjukan bahawa momentum itu makin membesar. TDM hanya berjaya melambatkan kedatangan tsunami tersebut pada 2004 dengan meletak jawatan pada 2003.
Jika beliau masih menerajui UBN menghadapi PRU2004, tsunami tersebut pasti akan berlaku masa tu. Disinilah letaknya kelicikan TDM dalam permainan politik.
Dari selepas PRU1999 hingga beliau meletak ajwatan, beliau tentunya telah memerhati kedudukan UBN. Knowing the inevitable is coming, untuk mengelak tsunami terjadi beliau meletak jawatan.
Mengapa AAB dipilih sebagai penganti? Sedangkan beliau selamanya mahu NTR sebgai pengganti? Paad ramai orang, disinilah letaknya kelicikan TDM. Sekiranya NTR dipilih mengantikan beliau, tsunami tersebut akan terjadi kerana pada persepsi umum, tiada bezanya antara keduanya. Baik TDM sendiri mengetuai PRU2004.
bat8
bat8, you are indeed a deep thinker bro.
ReplyDeleteIf you ere to read my many previous posting I didn't blame Pak Lah.
Pak Lah is just a victim of circumstances as all the misdeeds by BN started way back during Mahathir's time.
May be we should see each other to deliberate things over, at least for our own and family's consumptions.
Thanx bro