Isu parti mana yang bertanding dikawasan mana sudah menjadi isu besar dan isu ini bertambah besar semasa BN hendak memilih parti mana yang mesti dan patut bertanding diHulu Selangor.
Dalam pilihanraya 1959 hingga ke 1969 PERIKATAN mengambil pendekatan yang mudah; Kawasan yang diduduki oleh majoriti kaum Cina diletakkan calun MCA dan Kawasan yang majoriti Melayu diletakkan calun UMNO.
Konsep dan cara ini telah membuatkan PERIKATAN satu ‘front’ yang kuat dan telah berjaya membawa kemenagan mutlak bagi PERIKATAN sehingga pilihanraya 1964.
Tetapi keadaan telah berubah apabila kaum Cina tidak lagi memberikan sokongan kepada PERIKATAN pada pilihanraya 1969, maka hampir keseluruhan calun MCA telah ditewaskan oleh DAP dan parti baru, iaitu GERAKKAN yang ditubuhkan oleh Syed Husein Al-Atas.
DAP telah dapat menawan banyak kerusi dikawasan Cina dan GERAKKAN telah berjaya mengambil alih pentadbiran negeri Pulau Pinang.
Ramai pemimpin tertinggi MCA telah tewas dan keadaan MCA semasa itu lebih teruk dari apa yang dialami oleh parti itu sekarang ini.
Dikawasan Melayu pula UMNO telah banyak kehilangan kerusi ditangan PAS dan PERIKATAN hampir-hampir hilang kuasa diParlimen.
Dato Harun Idris hampir gagal membentuk kerajaan negeri Selangor dan kerajaannegeri hanya terbentuk apabila seorang wakil pembangkang menyeberang untuk menyokong PERIKATAN didalam Dewan Undangan Negeri Selangor semasa itu.
Semasa pemerintahan ditadbir oleh Majlis Gerakkan Negara yang dipimpin oleh Tun A Razak, beliau telah membawa semua kaum kemeja perundingan dan hasilnya apabila Parlimen dipulihkan maka Tun Razak telah membentuk Barisan Nasional (BN) dan membawa bersama parti GERAKKAN dan PAS untuk bersama-sama menyertai BN.
Kita perlu mengetahui yang salah satu sebab kekalahan PERIKATAN pada pilihanraya 1969 ialah kerana kekurangan sumber kewangan kerana orang cina tidak memberikan sokongan kepada PERIKATAN dan sebaliknya memberikan bantuan material kepada parti GERAKKAN dan PAS.
Dr Mahathir sendiri telah kalah dikawasan Kota Setar ditangan mursyidul Am PAS Tuan Haji Yusuf Rawa.
YTM Tunku sendiri telah mengalami kemerosotan majoriti kemenangan dengan hanya mendapat perbezaan majoriti sebanyak 4000 undi dikawasan Kuala Kedah.
Rata-rata majoriti yang dimenangi oleh PERIKATAN telah merosot dengan ketara sekali.
Apabila Tun A Razak menubuhkan BN untuk persediaan pilihanraya umum 1974, beliau telah membenarkan Menteri-Menteri Besar untuk mendapatkan sumber kewangan dari hasil kayu kayan dengan cara yang berhemah.
Ini adalah untuk mengelakkan UMNO bergantung keterlaluan kepada kaum cina untuk mendapatkan sumber kewangan. UMNO takut kalau kaum cina bersikap seperti dalam pilihanraya 1969.
Tetapi tindakkan itu telah tidak diikuti oleh perasaan tanggungjawab oleh setengah Menteri Besar dan dari waktu itulah ‘Balak’ menjadi rebutan ahli-ahli UMNO sehinggalah kehari ini, yang kadangkala membawa bala kepada parti dan negara.
Hasil balak ini jugalah yang membuatkan MB-MB menjadi kuat dan boleh membinasakan musuh-musuh politik mereka dalam parti dengan memberikan kekayaan kepada penyokong-penyokong mereka dengan membotakkan bukit bukau negara kita.
Hasil pembalakkan inilah pasalnya menjadi penyumbang kepada korupsi politik dalam UMNO yang tidak terkira.
BN pula terpaksa mengambil kira keselamatan pemimpin-pemimpin MCA dan MIC dengan meletakkan mereka dikawasan-kawasan Melayu.
Dari waktu itulah Segamat, Labis, Hulu Selangor, Bakri, Muar, Kluang dan banyak lagi kawasan parlimen yang majoriti Melayu diwakili oleh parti-parti komponen yang bukan Melayu.
MCA sejak dari itu hanya selamat dikawasan Melayu kerana parti itu tidak mampu untuk menyaingi DAP dikawasan kaum Cina.
Pendek kata MCA menumpang kepada kesetiaan orang Melayu kepada BN sejak dari itu.
Tetap keadaan sudah berubah. MCA masih tidak berkemampuan dan berani untuk bertanding dikawasan orang Cina.
Dalam konteks ini kita mesti akui yang orang Melayulah yang banyak berkorban untuk menghantar wakil orang Cina dan India kedalam badan ‘legislative’ dinegeri-negeri dan diperingkat persekutuan.
Kita tidak boleh menyalahkan orang Melayu Hulu Selangor bersungut kerana MIC tidak mahu berkorban walaupun sekali sedangkan orang Melayu dan UMNO disana telah berkorban puluhan tahun sebelum ini.
Kita sambung lagi dalam posting yang akan datang…..
Sekian…………………………………………..Aspan Alias
Untuk keselamatan org Melayu cadangan sdr bagus tetapi bangsa cina MCA mestilah berkerja dgn kuat untuk mendapatkan sokongan kaumnya.
ReplyDeleteSekarang ni kalau jadi pemimpin UMNO dicawangan dan Bahagian mereka akan memohon balak dulu ye bro?
ReplyDeleteno comment bro... cuma kata2 keramat mahathir ajerr.. melayu selalu lupa.. dasar hak melayu dipergunakan sewenang-wenangnya oleh BN untuk menjahanamkan orang melayu sendiri.. jadi bagaimana pengundi melayu mahu memilih? semuanya telah disekat dari awal2 lagi oleh penyangak2 bangsa melayu untuk perut mereka sahaja.
ReplyDelete...adioss....
Balak, quary, state land and all other state owned have been vandalized by BN leaders, in particular the UMNO leaders.
ReplyDeleteAND now they are the ones talking about championing for the Malays!
It's a comedy isn't it?
Whaa!!
ReplyDeleteThis is a good suggestion tuan.Make MCA work hard rather than to be just a parasite to UMNO
Lim KC
Salam Sdr Aspan,
ReplyDeleteSebenarnya saya tidak nampak apa perlunya konsep PERIKATAN dikambalikan dan diamalkan semula seperti sdr cadangkan itu.Pada hal konsep itu hanya telah "berjaya membawa kemenangan mutlak bagi PERIKATAN sehingga pilihanraya 1964" sahaja ,dan dalam pilihanraya 1969 ianya gagal yg mengakibatkan berlakunya tragedi berdarah pada tahun itu.
Permasalahan utama sekarang bukanlah tentang konsep tetapi ianya berpusat kepada masalah kepimpinan dan beberapa fakta lain seperti sikap dan kesedaran rakyat terhadap tanggongjawab sebagai warga negara yg setia dan cintakan tanahairnya,disamping menyedari tentang kesan dan akibatnya jika kestabilan politik negara kita ini tergugat dan terhakis.Kita amat perlukan seorang pemimpin yg betul-betul berwawasa,berani,tegas dan jujor serta telus yg dapat memperbaiki dan melengkapkan dasar-dasar,konsep dan peraturan yg sedia ada dan menentukan ianya dilaksanakan dengan tegas,telus dan berterusan.Tidak ada gunanya kita mengadakan rancangan yg terbaik yg diasakan kepada dasar yg murni dan konsep yg hebat,dan dihebohkan keseluroh dunia tentang perkara itu tetapi pada tahap perlaksanaan ianya lemah,tidak telus dan tidak tentu arah.Kesannya sudah pasti akan mengcewakan...masuk angin keluar asap.Keadaannya samalah dengan "guroh di langit berdentung,kilat sambong menyambong dan awan hitam pekat sarat dengan air hujan tetapi air hujan tak juga sampai kebumi".
Satu perkara yg kita misti terima bahawa penglibatan wang dalam politik adalah satu keperluan yg tidak dapat dielakkan,lebih-lebih lagi pada masa kini dimana wang adalah segala-galanya.Dalam pemilihan presiden Amerika pun terlibat dengan derma politik sampai beratus juta.Tapi kita tidak dengar adanya rasuah dan salahguna wang dan kuasa.Mungkin sistem yg dugunapakai mereka telus dan terbuka atau mereka itu lebih jujor dan amanah.
Kita misti bersikap adil bahawa rasuah dan salahguna kuasa ini bukan menjadi monopoli orang Umno sahaja.Ahli-ahli parti lain pun lebih kurang sama sahaja.Cumanya Umno ini sudah lama terdedah kepada peluang-peluang yg begitu banyak dan mengodakan.Sesiapa pun,kecuali mereka yg bertaraf wali,akan terjebak dengan perbuatan sedemikian.Olih itu, perlaksanaan peraturan yg ketat dan pengkuatkuasaan undang-undang yg adil dan tegas akan dapat mengurangkan masalah kejala rasuah ini.
Askar Tua
Askar tua cuba menjustifikasikan rasuah yang diamalkan UMNO(Baru) sebagai sesuatu yang perlu diterima.
ReplyDeletehakikat yang ada rasuah dikalangan pemimpin UMNO adalah sinonim dan menjadi budaya parti. betul, rasuah wujud dimana-mana, di jepun, eropah, seluruh dunia. Tetapi kewujudan rasuah ditempat lain tidak menjadi budaya dan meluas sebagaimana yang berlaku dalam UMNO. Mengapa rasuah tidak menjadi budaya parti LDP di jepun sedangkan LDP juga memerintah sama lama dengan UMNO?
Alasan kerana UMNo terdedah dengan begitu lama dengan peluang-peluang rasuah juga adalah lame excuse. Pemimpin-pemimpin Amerika, eropah dan lain-lain negara jauh lebih lama terdedah kepada peluang rasuah dari pemimpin-pemimpin UMNO. Mengapa mereka tidak terjebak seperti pemimpin-pemimpin UMNO?
Rasuah ini bukan berkaitan dengan samada seorang itu wali atau tidak. tak ada kaitan langsung kerana pemimpin-pemimpin amerka, eropah bukan pun Islam, jauh sekali beraraf wali - mereka tidak rasuah seperti UMNO.
Untuk menuduh orang lain akan mengamalkan rasuah juga jika berkuasa sama seperti UMNO juga merupakan alasan untuk menegak benang yang basah. Paling mudah kita ambil pemimpin-pemimpin negeri pakatan. Mereka juga mempunyai kuasa diperingkat negeri, jika mereka sebagaimana logik UMNO, tentu mereka ini siang-siang lagi sudah didakwa di mahkamah. Sure UBN tak kasi can punya!
bat8
Salam Sdr Aspan,
ReplyDeleteSdr bat8,terima kasih kerana mebuat komen terhadap kenyataan saya dalam blog ini.
Sebenarnya saya tidak cuba menjustifikasikan rasuah yg diamalkan Umno(Baru) sebagai sesuatu yg perlu diterima.Perbuatan rasuah ,dalam apa bentuk sekali pun, adalah SALAH.Ianya haram bagi orang Islam,salah di sisi undang-undang Negara,dan dianggap sebagai satu perbuatan yg tidak bermoral,hina dan keji dari segi etika dan tatasusila apa bangsa sekali pun dalam dunia ini.Dan sebenarnya itu lah prinsip dan pegangan hidup saya terhadap perbuatan rasuah dan salah laku-yg salah tetap salah dan tidak ada kompromi.Bagi saya memerangi perbuatan rasuah adalah satu jihad yg perlu dilakukan berterusan.Oleh sebab itulah dalam masa berkhidmat dahulu saya telah banyak kali menulis surat kepada menteri Pertahanan memaklumkan tentang perbuatan rasuah dan penipuan(tuntutan palsu) oleh pegawai atasan.Sudah tentulah melalui surat layang tetapi lengkap dengan bukti dalam bentuk dokumen.Dan sebagai ahli Umno saya telah membuat laporan terhadap ketua Umno Bahagian yg terlibat dengan politik wang yg menyebabkan beliau digantong keahalian selama satu tahun.
Apa yg saya katakan ialah kita misti berlaku adil agar tidak mengikut sentimen keterlaluan sehingga mencemuh dan mempersenda sebegitu rupa dengan mengatakan "..kalau jadi pemimpin Umno di cawangan dan Bahagian mereka akan mohon balak.." dan "Balak,quary,state land and all state owned have been vandalised by BN leaders,in particular the Umno leaders".Kenyataan-kenyataan semacam ini memberi gambaran seolah-olah semua pemimpin Umno di semua peringkat terlibat dengan amalan rasuah dan ahli-ahli parti lain bagaikan suci bersih daripada perbuatan yg keji itu.Dalam kontek inilah saya bermohon kita semua supaya bersikap rasional dan berlaku adil.Kita perlu bersama berjihad mentang amalan durjana ini,tidak kira siapa yg melakukannya kerana amalan ini,jika dibiarkan berterusan,akan membawa malapetaka dan bencana kepada seluroh umat dan bangsa di negara ini nanti.
Memangnya perbuatan rasuah ini tidak ada kena mengena samada seorang itu wali atau tidak, dan saya pun tidak pernah berkata demikian.Hakikat yg perlu diterima ialah jika seseorang itu bertaraf wali keimanannya sudah tentu ia tidak akan melakukan segala perbuatan maksiat,termasuk rasuah. Tetapi bagi manusia biasa kemungkinan melakukan perbuatan rasuah itu tidak mustahil, tertaklok kepada tahap nilai prinsip dan nilai habuannya.Oleh itulah mereka yg bergelar Tok Guru pun ada menerima tajaan pembiayaan naik haji.Jadi,apa yg saya ketengahkan ialah jika seseorang itu bukan wali dan ianya terdedah dengan peluang keemasan yg sentiasa ada sudah tentulah kemungkinan ia melakukan perbuatan rasuah itu ada.Bukankah itu satu lojik dan perbandingan yg mudah difahami jika kita tidak senaja ingin menjadikannya sebagai satu isu.
Memangnya orang Jepun dan juga orang Barat, walaupun tidak beragama Islam tidak menjadikan amalan rasuah sebagai budaya hidup mereka.Sebab itulah saya katakan walaupun dalam pemilihan Presiden AS kutipan derma politik mencecah ratusan juta USD tetapi kita tidak pernah dengar mereka terlibat dengan kes rasuah atau salahguna wang kutipan derma itu.Diantara sebabnya ialah,pada umumnya, mereka itu mempunyai nilai prinsip yg tinggi dan berpegang tegoh kepada etika dan amalan hidup yg murni.Mereka amat menghargai sifat jujor,amanah,berintegriti dan bertanggongjawab.Maruah dan harga diri amat dijaga.Mereka juga amat menghormati peraturan dan undang-undang.Oleh itu, dalam keadaan sedemikian tidak ramai orang yg cenderong kearah melakukan perbuatan sumbang seperti rasuah itu.Apatah lagi pihak penguatkuasa dan juga orang awam amat peka dan tegas di dalam melakasanakan tugas dan amanah mereka.Cubalah kita lihat dan buatlah perbandingan secara saksama dengan keadaan dan apa yg berlaku di sekeliling kita sekarang agar dapat kita manafaat sesuatu darinya.
Askar Tua