30 April 2010

Indonesia bertambah maju - Perasuah dalam ketakutan

Indonesia sedang berkembang maju menjadi sebuah negara demokrasi yang besar dan sudah mula menampakkan tanda-tanda menjadi sebuah negara yang termaju diAsia dalam tempuh yang agak dekat dari sekarang.

Pimpinan Indinesia sudah dapat memperkasakan kekuatan politiknya dengan melakukan apa yang sepatunya dilakukan jika ingin menjadi negara maju seperti yang diimpikan oleh rakyatnya.

Pimpinan Bambang Susilo kian hari kian kuat kerana sikap berani beliau untuk melaksanakan janjinya untuk menghapuskan rasuah yang menjadi ism yang seolah-oleh tidak dapat dikawal sejak dahulu.

Rupa-rupanya Susilo telah jumpa formula cara dan resepi untuk kemajuan negaranya; iaitu untuk berusaha tanpa rasa penat untuk membinasakan ‘corruption fort’ yang begitu menebal diRepublik itu.

Kerajaan Bambang Susilo sedang memikirkan untuk membina tempat tahanan khas bagi perasuah-perasuah negara itu dan kita boleh bayangkan betapa besarnya pusat-pusat itu kerana kegiatan rasuah begitu menggila diIndonesia.

Besan Bambang Susilo yang menjadi orang kuat Bank Pusat Indonesia kini telah dipenjarakan selama tiga tahun dan hubungan keluarga diantara beliau dengan besannya itu tidak dapat menyelamatkan besannya dari duduk dalam tahanan kerana disabitkan kesalahannya.

Seorang bekas Menteri Kesihatan dizaman pemerintahan Megawati telah juga dimasukkan kekem tahanan apabila beliau didapati terlibat dalam kes rasuah semasa menjadi Menteri Kerajaan Republik itu.

Begitu ramai pegawai pendakwaraya telah disumbatkan kedalam penjara kerana menerima rasuah untuk melepaskan penjenayah rasuah yang telah hampir menjahannamkan negara tersebut.

Seorang Hakim Mahkamah Tingginya telah ditangkap pihak penguatkuasa kerana menerima ratusan juta rpiah dari pesalah rasuah sebelum mahkamah duduk bersidang dan Hakim itu sedang dalam siasatan polis dan badan pencegah rasuah dan akan dihadapkan kemahkamah.

Orang number 1 Badan Pencegahan Rasuah, Antasari juga telah dijatuhkan hukuman selama 12 tahun kerana terlibat dalam rasuah dan hukuman baru sahaja dimulakan.

Dalam perkembangan terakhir yang saya dapat tahu, Governor Sumatra Utara, Shamsul sedang mengadapi siatan rapi dari pihak yang berkuasa kerana disyakki terlibat dalam isu rasuah yang besar.

Bambang Susilo sedang berusaha terus untuk menghapuskan rasuah dan usaha beliau itu telah mendapat sokongan rakyat yang besar dan juga pandangan hormat dari masyarakat antarabangsa.

Dengan tindakkan Susilo membenteras hingga keakar umbi ini maka Indonesia telah menerima banyak sokongan antarabangsa dengan kemasukkan pelabur asing yang begitu besar dan Indonesia sedang menuju kearah negara ekonomi besar dirantau Asia dalam jangka masa yang terdekat ini.

Seorang rakan disana menyatakan kepada saya, jika usaha pencegahan rasuah ini berjaya, maka tidak payalah seorang polis pangkat rendah terpaksa membayar puluhan juta rupiah untuk hendak naik pangkat lagi.

Seorang lagi sahabat saya diJakarta memberi tahu saya, “Usaha ini rumit, tapi bapak Presiden begitu cekal hendak menghapuskan rasuah ini. Kita tidak boleh berbuat apa-apa, hanya memberikan sokongan padu kepada Bapak Presiden kerana usaha suci beliau” kata penysyarah Universitas diIndonesia ini

Persoalannya mampukah kepimpinan Najib hari ini melakukan tindakkan seperti yang dilakukan oleh Susilo Bambang ini?

Saudara berilah jawapan kepada diri saudara/i sendiri. Tidak perlu dihebah-hebahkan jawapan-jawapan sdr/i.


Sekian…………………………………………………………Aspan Alias

5 comments:

Anonymous said...

Betul sdr,

DiIndonesia kita boleh menumpang berniaga dalam masa yang singkat ini.

Kita mesti puji Susilo kerana keberanian beliau.

ismadiali

Anonymous said...

Sdr, mana boleh Najib buat macam Susilo...nak mampus??

Anonymous said...

Penyakit rasuah di Indonesia tidak boleh diubati. Ianya sudah menjadi budaya masyarakatnya.

Kalau dibandingkan dengan Malaysia, Indonesia jauh ketinggalan tentang amalan rasuah. Malaysia 100 kali lebeh berseh. Jadi janganlah kita heboh sangat tentang rasuah di Indonesia.

Saya beulang alik ke Bandung dan Jakarta tapi pegawai Immigration Indonesia maseh lagi terang-terang minta wang dari saya.

It is the culture and the system wihich allow rampant corruption in Indonesia.It woun't change even you replace the President for 1000 times!!

Anonymous said...

hehehe...

sudah gaharu cendana pula,
sudah tahu bertanya pula...

kura-kura dalam perahu,
eerkkk gatal tekak la bro...
sambung le sendiri...

...adioss....

Anonymous said...

P94 memang BN?umno nasib baik. PRU13 belum tentu.. Sekarang ni pu pemimpim umno dah tak nak berjuang untuk melayu. Melayu Hulu Selangor dan Sek Ugama tak dapat apa benda pun walaupun dah beri undi pada BN. Yang tak sokong beri 3juta. Semua benda yang ada dari Kementerian Melayu /hak Melayu semua dah lebur. Elok sokong yang tak cakap perjuangan MELAYU