Abdullah Badawi sekarang menjadi sasaran kritikkan banyak pihak kerana isu kegagalan PETRONAS untuk meneruskan kerjasama dengan Murphy Oil bagi pengeluaran minyak dikompatmen Block L dan M kerana didapati wilayah ini rupa-rupanya bukan lagi Wilayah Malaysia.
Kalau didarat ada kompatment Balak (kayu) dilaut pula rupanya ada kompatment minyak. Sekarang ini kedua-dua kompatment ini menjadi bahan jualan bagi ramai manusia untuk menjadi kaya raya.
Kalau dahulu cerita menjual negara ini dianggap hanyalah retorik party pembangkang sahaja, tetapi dengan cerita terbaru yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir menunjukkan yang cerita menjual negara ini bukanlah cerita dongeng parti pembangkang sahaja.
Rupa-rupanya ianya adalah cerita benar dan ianya benar-benar dilakukan oleh pemimpin negara yang lemah dan tidak boleh dipercayaai.
Isu ini sekarang sudah terbuka kepada perbahasan banyak pihak dengan bermacam-macam andaian dan tuduhan yang kesemuanya menjadi bahan cemuhan kepada bekas Perdana Menteri yang bernama Abdullah Badawi, jika rakyat masih ingat kepadanya.
Ada pihak yang mengatakan yang Abdullah memberikan block L dan M ini untuk melupuskan tuntutan Brunei terhadap Limbang diSarawak dan Abdullah pernah membuat kenyataan yang isu Limbang telah selesai dan tidak lagi menjadi isu yang boleh menjadi isu yang menjejaskan hubungan dengan negara Brunei Darrussalam.
Tetapi Menteri Luar dan Perdagangan kedua Brunei Lim Jock Seng menafikan yang isu tuntutan Brunei keatas Limbang ada dibincangkan semasa Pertukaran surat-surat cara diantara Abdullah Badawi dan Sultan Hassanol Bolkiah itu.
Persoalannya, apakah sebenarnya yang berlaku diantara Tuanku Sultan Brunei dan Abdullah semasa perundingan diantara mereka.? Kenapa PETRONAS tidak mengetahui isi kandungan perjanjian itu. Kenapa Kementerian Luar Negara tidak menafikan kenyataan Lim Jock Seng yang isu Limbang tidak pernah timbula dala rundingan peringkat tertinggi itu?
Ada benar cerita yang berkisar, yang Kamaluddin Abdullah sedang menghadapi masalah besar dalm perniagaannya dan ini adalah cara Abdullah menyelesaikan masalah anak kesayangannya dengan mendapat imbuhan yang ratusan juta ringgit dengan ‘deal’ yang sangat menghiris isi hati kita rakyat Malaysia ini.
Jika betullah apa yang disebut oleh ramai orang ini, maka kita telah mengalami kejadian kedua kalinya dalam mana harta negara digunakan untuk menyelsaikan masalah anak Perdana Menteri.
Beberapa tahun dahulu Mirzan Mahathir telah menggunakan wang kepunyaan rakyat (PETRONAS) untuk menyelesaikan masalah perniagaan yang melebihi 1 billion ringgit.
Jika ada kesempatan dan ‘political will’ rakyat saya mencadangkan supaya kita pilih seorang Perdana Menteri yang mempunyai anak yang tidak berniaga atau pun seorang yang tidak mempunyai anak langsung.
Ini sahajalah nampak caranya untuk mengelakkan seorang Perdana Menteri menggunakan kuasanya untuk menggunakan wang pembayar cukai bagi menyelesaikan masalah peribadi dan perniagaan anak-anak mereka.
Kita perlu menyoal sebab-sebab kenapa perkara seperti kecuaian seorang pemimpin nombor 1 negara selalu sahaja berlaku kepada negara ini?
Oleh kerana masa dan keadaan tidak mengizinkan, eloklah saya sambung dalam posting saya yang akan datang.
Setakat ini dahulu. Wassalam.
Sekian,……………………………………..Aspan Alias
20 comments:
Lembutnya komen anda Encik Aspan, tapi pedasnya tidak terhingga.
Maknanya yang dikata dan yang mengata itu 2x5 sahaja.
Syabas.
Jendela
You hit right on the nail bro. You do understand issue, that is why you can write this way.
jaliman
Nak cari PM yang tak ada anak berniaga pun susah sekarang ini.
Yang ada ini pun, ada isteri joli sakan, ada adik kontrol bank, anak pun dah ligat meniaga kecil kecilan..tapi masuk jangan tanya.
Timbalan sekarang pun tak kurang hebat, ipar duai belah bini dok sakan berniaga karpet.
Yang hari hari jentik tasbih pun dah ada menantu jadi CEO.
Di Malaysia, bumi mana yang tak ditimpa dik hujan.
Aspan,
Bak kata saudara dalam posting saudara 3 hari yang lalu, diakhir zaman ini yang benar akan nampak salah dan yg salah dianggap dan diterima sebagai benar.
Maka benarlah pada tanggapan saya yg pemimpin-pemimpin kita adalah pembawa dalil..ia tak sdr?
saleem.
In essence the BN components and in particular UMNO cannot be trusted any longer.
Let us go towards a change .Just ignore the mainstream media as they are not sincere in disseminating good values to the people.
Mahathir dok memekak, dia sendiri tak ada kejujuran. I hope the rakyat will eventually know who this man is.
jaime jal
Aspan...you believe what Mahathir said?
He is just slight better that a pest.
Bro, I am sorry that I have to beg to differ from your opinion.
Please do some research...don't take Mahathir's words for the truth.
This man is just political animal and beware of what he says at all time.
tak nak komen apa2 pasal Mantan 2 "ekoq"Piii Emmm nih.. saya pernah komen "Semua pemimpin politik seharusnya letak jawatan... satu lagi "Kalau hang buka salah aku, aku buka salah hang"... ini isu yang berjalan sekarang, baik dikalangan BN atau PR.. let them settle it with the goverment and answer to rakyat..
...adioss....
Pembesar-pembesar Umno ni sepatut nya menjual teloq mereka dulu lepas tu baru jual yang lain.Baru betui!!!!
ikhlas dari Mat Ngantuk
A ROYAL COMMISSION TO LOOK INTO THIS ISSUE IS IN ORDER....PM NAJIB , OVER TO YOU.
Salam Sdr Aspan,
Jika apa yg sdr katakan tentang tindakan Tun Abdullah menyerah dua kawasan carigali minyak kepada kerajaan Brunai itu benar dan ianya dibuat dengan tujuan menyelamatkan perniagaan anaknya maka perbuatannya itu adalah amat jahat,keji,hina dan terkutuk.Sebagai pemimpin negara beliau telah diberi amanah dan tanggongjawab untuk mentadbir,memakmur dan memajukan negara demi untuk menjamin kesajahteraan,keselamatan dan keselesaan hidup rakyat jelata,disamping menjaga kedaulatan dan maruah bangsa dan negara.Oleh itu, perbuatan beliau itu telah mengkhianati amanah dan tanggongjawab tersebut.Justeru itu, beliau akan dianggap sebagai pengkhianat dan pembelot,dan perlu mendapat hukuman yg setimpal.
Apa yg berlaku dan juga melihat kepada keadaan yg berlaku kepada suasana politik tanah air sekarang ianya memberi satu gambaran yg amat menakutkan.Kita seolah-olah tidak ada sesiapa yg boleh dipercayai untuk memimpin negara ini sekarang.Jika seorang pemimpin yg dianggap sebagai bersih dan warak boleh menjadi pengkhianat,dan yg bertaraf Tok Guru pun didapati mengamalkan rasuah dan kronisma,sementara yg dilihat mempunyai karisma dan kewibawaan luaran yg hebat didapati terlibat dengan pelbagai perbuatan dan amalan negatif.Sedangkan yg ada sekarang dilihat positif dari beberapa sudut tetapi tidak nampak keupayaan membuat perubahan drastik yg amat diperlukan bagi mengambalikan keadaan kepada apa yg dikatakan"back to the basic" ,mengikut landasan dan prinsip yg betul,terasing daripada amalan rasuah,penipuan,kronisma dan pelbagai perbuatan jahat dan tidak bermoral.Gambaran ketiadaan atau ketandusan pemimpin yg benar-benar berwibawa,bersih dan dinamik inilah yg merisau dan menakutkan kita untuk memikirkan tentang apa yg akan terjadi kepada negara yg tercinta ini nanti.
Memilih seorang Perdana Menteri yg mempunyai anak yg tidak berniaga atau yg tidak mempunyai anak langsog seperti yg dicadangkan oleh sdr itu agak tidak pratikal dan tidak menyelesaikan masalah. Jika mereka tidak anak pun mereka tetap mempunyai sahabat handal dan saudara mara serta kroni yg setia yg terlibat dengan perniagaan atau perusahaan.Semuanya ini akan memohon pertolongan apabila terdapat peluang atau terdesak untuk berbuat demikian.Kejadian yg telah berlaku akan berulang jika PM itu tidak berpegang kepada prinsip dan pendirian hidup yg tinggi dan murni,serta mempunyai tahap keimanan dan ketakwaan yg tinggi dan tulin.Oleh itu,cara yg paling tepat ialah dengan cara memilih seorang pemimpin yg mempunyai ciri-ciri yg murni seperti yg tersebut diatas.Namun,dalam keadaan sekarang, ianya adalah satu perkara yg terlampau ideal dan mustahil untuk memperolihinya.
Askar Tua
Satu perkara yang saya cukup suka pasal blog ni adalah keadilan (fairness) dalam mengolah pandangan.
Kalau baca certain2 blog lain, mereka mengagungkan setengah2 pemimpin seolah2 pemimpin itu tak pernah buat silap. Mungkin ia disengajakan (kerana ada habuan etc) atau memang dah 'staunch supporter'. Tapi kalau tegur betul-betul, marah - rasanya memang dah tertutup hati.
Ingatlah kehidupan didunia ini hanyalah satu mimpi dan kematian itu adalah bermula kehidupan yang sebenarnya. Dah meninggalkan dunia ini, tiada 'reverse gear'.
Ada pihak yang menuduh saya buat-buat cerita tentang Mirzan menggunakan wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan nya lebih satu dekad yang lalu.
Seperkara yang saya nak beri tahu ialay apa yang saya katakan itu benar dan saya tidak bertujuan hendak meyakinkan sesiapa yang tidak percaya.
Saya menulis selama ini semata-mata untuk menzahirkan pandangan peribadi saya terhadapa beberapa isu yang saya tahu dan ianya hanya lah untuk catatan peribadi saya.
Terpulang kepada sesiapa yang tidak mahu percaya kerana masa dan waktu akan akhirnya akan menunjukkan kebenarannya.
Yang saya catatkan ini hanyalah untuk sesiapa yang ada perjuangan dan bacalah setelah saya tiada lagi hidup didunia ini.
Jika ada keikhlasan sesiapa, hadiahkan saya al_fatihah jika kebenaran itu timbul nanti.
Seseorang yang telah mati, ianya hanya perlukan hadiah al-fatihah sahaja dan bukannya harta benda atau pun pangkat yang didapati dari hasi mengampu dan membodek itu.
Buat masa sekarang ini saya hanya menulis perkara yang benar.
Sesiapa yang tidak percaya tidak payah bersusah payah memarahi saya sebagaimana saya tidak memarahi Dr Mahathir menggunakankan kuasa untuk menyelamatkan ahli keluarganya.
Jika ada sesiapa yang nak belasah lagi apa yang tinggal ini belasahlah. Ikutlah kehendak masing-masing.
Sekecil-kecil bangkai gajah masakan dapat ditutup dengan nyiru.
Sekian
saya akur dgn persamaan anak pak lah dan mirzan, tetapi jika kita fokas kepada isu di depan mata, berapa yang Malaysia rugi dengan bailout kononnya RM1bil anak Tun itu (jika benar) dan apa kos kerugian dan apa yang tergadai dengan episod Limbang Pak Lah ini?
Mencuri seekor kambing, !billion riggit atau menjual dua kompatment minyak itu sama sahaja.
Once a thief one should remain a thief, as the adage goes.
Saudara Aspan;
Harapan saya sebagai penulis kita harus berlaku jujur dengan penulisan kita ni.. kerana penulisan kita ni lebih-lebih seorang blogger terkenal seperti Aspan ni akan menjadi rujukan pada generasi yang akan datang.
Saya komen sebelum ini pasal Aspan membanding kes Limbang dengan kes MISC sebagai kes klasik dua orang tua nak menyelamatkan bisnes anaknya. Bagi pandangan saya yang begitu kerdil dalam fana ini, perbandingan Aspan adalah tidak tepat sama sekali .Bagai langit dan bumi..
Malangnya komen saya tidak disiarkan, takut keAspan? tapi jawapan balas Aspan ada pulak tu..tak pe blog Aspan kan, suka hatilah Aspan nak siarkan komen yang sependapat dengan Aspan saja.. hak Aspan kan, saya akur.
Seseorang pemimpin yang Agung akan sentiasa mengutamakan negara dari keluarganya dan segala keputusan yang diambil seharusnya tidak akan merugikan negara sama sekali
Ambil kedua-dua kes MISC dan Limbang dan cuba guna pakai prinsip diatas. Petronas mengambil alih MISC dengan harga yang rendah dan sekarang aset MISC telahpun berlipat ganda. Rugike Petronas kerana di"paksa" membeli MISC? Untungke Malaysia ni kalau MISC dilepaskan ke saudagar Cina Singapura?
Ambil pula kes Limbang ni..tak nampak pun untung sama sekali untuk Petronas maupun negara..walaupun dikatakan Petronas akan dijemput bersama-sama untuk memajukannya.
Tak tahulah saya apa pertimbangan yang diambil untuk melepaskan blok yang dikatakan penuh dengan telaga minyak.Dahlah merugikan negara tapi kalau keputusan ini kerana hal hal keluarga, amat sedih betul saya mempunyai pemimpin seperti ini.
Kalau tidak ada lagi pemimpin yang jujur dan iklas terhadap negara dan rakyat yang dipimpinnya , cuma berdegar2 bercakap demi negara, ugama dan bangsa tetapi apa yang dibuat berlainan sekali , maka kesimpulannya seperti yang tuan tulis dahulu mereka adalah pembawa dalil hari kiamat tersebut dan kita insafkanlah diri bertaubat selagi masa masih ada . Wassalam
Bagi saya mantan-mantan PM lebih2 lagi TDM ni 'sneaky' dan memang buat kenyataan berpilih-pilih. Atau terma dalam BI yang lebih kurang sama adalah 'intellectual dishonesty'. Google la term ni utk keterangan lebih lanjut.
Sekarang ni terdapat banyak berita2 yang tak dapat disahihkan kebenarannya - blog, ataupun mainstream media.
Cuma bagi saya.. cara yang paling transparent dan senang (dan juga benar) untuk mengetahui keberkesanan kempimpinan TDM adalah dengan mengukur tahap hidup rakyat ketika bermula dan berakhirnya pemerintahan beliau.
Secara khususnya, adakah *rakyat* bertambah makmur sebelum dan selepas pemerintahannya? Bertambah makmur makna senang ialah gaji naik (graduan2 baru lulusan univ) lebih tinggi dari kadar inflasi?
Saya rasa jawapannya ramai yang mengetahui.
Banyak pembaziran dan penyelewengan yang berlaku - tender2 diberi pada kroni pada harga yang lebih tinggi (tanya Ani Arope), KLIA teksi - kenapa harganya mahal sangat, kenapa tak kasi open aja? Tanyalah kenapa kereta Proton pada era zaman dia kualiti teruk tapi vendor tak kena sacked? Bertahun2 dari satu generasi ke generasi, kalau nak sack vendor tu akan datanglah 'wahyu' dari atas. Sekarang ni barulah nak buckle up, walaupun agak terlewat. Banyak lagi sebenarnya.
So dalam hal ni, manusia punya tanggapan (assumption) biasanya bukan berdasarkan satu kes, tapi berdasarkan kes-kes yang dah lama dan konsisten. Umpamanya suami yang pulang lewat sekali, isteri jarang akan syak suami ada affair. Tapi kalau dah berkali2 balik lewat dan ada kesan lipstik kat baju, bila suami balik lewat bersih (tanpa kesan lipstick, minyak wangi) isteri tetap akan syak wasangka dan itulah sebenarnya yang biasa berlaku (dan memang isteri itu patut syak dan dia kemungkinan besar betul).
Minta maaflah kalau 'bitter' dan terlampau direct. Dah macam itu, tak reti cakap berlapik-lapik dah.
Macam2 lah kau Aspan, asal boleh saja.
azienmat
Post a Comment