Setelah berulang alik keHulu Selangor dua tiga hari ini saya banyak mendapat pelajaran yang boleh memberi munafaat kepada diri saya sendiri dan pada sesiapa yang mahu belajar dari PRK ini.
Salah satu pelajaran yang saya dapati ialah mempelajari saikoloji manusia yang berpelajaran dikalangan orang Melayu dan juga bangsa-bangsa lain yang akan mengundi pada hujung minggu ini.
Tindakkan menyerang peribadi yang keterlaluan boleh memakan diri sendiri dan sebaliknya memberi banyak kebaikkan kepada pihak yang difitnah dan dihina.
Tindakkan pembantu-pembantu BN menyerang dengan tidak ada belas kasihan terhadap Datuk Zaid itu telah membuatkan ramai yang telah mengambil tindakkan akan mengundi beliau.
Saya sendiri yang mendapat panggilan talipon dari pemimpin cawangan UMNO yang saya kenali telah berjanji untuk memberikan undi kepada Zaid Ibrahim.
“Tak mungkin Datuk Zaid sehina yang digambarkan. Tak mungkin. Pihak BN telah melakukan penghinaan melampaui batasan kemanusiaan seolah-olah Zaid ini seekor anjing kurap ditepi jalan.” Kata seorang guru bersara.
Seorang lagi dari kaum cina yang saya kenali berkata, “dulu saya undi BN, tapi ini kali saya bagi Datuk Zaid. Saya sudah banyak benci dengan cara BN hantam D Zaid. Itu cakap memang tadak baik punya” Chin bercakap selamba sahaja.
Seorang kaum ibu pula berkata, “Suami saya talipon dari Melaka yang dia akan bercuti hari Jumaat untuk buat kenduri, panggil saudara mara. Nak kempen untuk Datuk Zaid sikit. Suami saya tidak pernah nak sokong pembangkang tetapi kali ini terpaksa berikan kepada Zaid kerana penghinaan terhadap beliau yang tidak ada batas kemanusiaan.”
Itulah yang saya dapati dari perbualan dengan beberapa orang pengundi tempatan.
Sesungguhnya untuk memahami saikoloji yang mudah ini, seseorang itu tidak payah keUniversiti untuk mempelajarinya.
Menuntut diUniversiti tidak menjamin seseorang itu boleh menggunakan pemikiran yang dianugerah tuhan itu. Malahan ramai penyokong BN ada sarjana muda, dan sarjana dari England, Australia atau pun New Zealand masih sanggup untuk menjadi pecacai kepada kempen buruk ini.
“Zaid itu manusia, kenapa digambarkan seolah-olah beliau seperti haiwan? Tak munasabah langsunglah!!.” Kata anak muda yang baru sahaja pulang dari mesir setelah tamat pengajian ‘dentistry’ itu.
Saya pun menjawab, “betullah tu!” sambil bersetuju bahawa kita tidak boleh menghina manusia yang juga datangnya dari Tuhan itu.
Seorang yang bekerja disalah sebuah jabatan Persekutuan dari Shah Alam pula berkata, “Kalau nak menang pun jangan lah jadi pariah pula.. Nampak sangat tidak ‘classnya, dan saya tak mahu lah dapat dosa kering macam tu!.Macamlah kita ni tak pernah bersekolah dibuatnya”.
Tetapi apa yang jelas sikap memaki hamun dari pihak BN ini, menyebabkan kempen BN itu tidak membawa faedah kepada BN sendiri malah ianya memberikan kelebihan kepada Zaid Ibrahim.
Bagi Zaid penghinaan pihak UMNO ini memberikan beliau kelebihan. Sesungguhnya UMNO lah yang memberikan dokongan kepada Zaid dari sudut hakikinya.
Sekian…………………………………..Aspan Alias
Zaid will get the mandate, I think.
ReplyDeleteThe smearing campaign against him is already gone too far.
Zaid just needs to relax. The votes will come naturally.
We are just human.
Pat
KITA AKAN KALAHKAN BN DENGAN SEBATANG PENSIL
ReplyDeleteASPAN,
ReplyDeleteBN is sick. BN is wicked, and above all BN is crooked.
dundy, UPSI, Tg Malim
Bro Aspan,
ReplyDelete1. cara kempen UMNO macamlah kedudukan kerajaan persekutuan akan tumbang jika kalah dalam PRK HS ni. BN kena menang at all cost- cara kosher ke tak.
2. Pemimpin UMNO yang terlibat agaknya ingat ini waterloo kot, sedangkan ia adalah pertempuran je, bukan perang besar.
Kalaulah begini caranya depa approach PRK HS, UMNO berada daalam situasi catch-22 sebenarnya. menang pun kalah, apatah lagi kalau kalah.
3. kita boleh bayangkan bagaimana keputusannya dalam PRU 13nanti, terutama di semenanjung. Kalaupun masih berkuasa tetapi dengan kerusi jauh berkurang pada PRU13, bagaimana dengan PRU 14?....tenat bro!...tenat dengan kualiti pemimpin dan ahli-ahli yang ada hari ni! Dok rok cetong kate orang ganu.....
4. Katakanlah Zaid kalah ahad ini, saya rasa kesan kepada Pakatan rakyat in long term tidaklah seteruk mana. Kelemahan-kelemahan UMNO dan BN dalam kempen ini cukup menjadi testimonial dimata rakyat yang pakatan berupaya menjadi alternatif kepada BN dimasa hadapan.
5. Jika BN menangpun, ia tidak berupaya menguatkan UMNO dan BN dengan sekelip mata. Persepsi menang cara kotor akan melekat diminda rakyat.( Pakatan pun main kotor juga...hehehe)
6.UMNO terutamanya akan menjadi lebih desperate walaupun menang ahad ni. Lately ni pun kita mengeleng-ngeleng kepala melihat tindakan-tindakan kerajaan pimpinan UMNO nenangani pelbagai isu negara - u-turn sana, u-turn sini, sekejap cakap gini, sekejap cakap lain pula. Nampak macam hilang arah, nanar, desperado....
lastly, I wish zaid wins tis sunday tapi BN menangpun ok...sebab persepsi negatif umum kepada UBN tetap tak berubah, kalau tak bertambah.
bat8
Pembangkang pun kena belajar juga - kalau dulu main sedap mulut macam dunia ni bapak dia punya, mungkin kali ini baru tahu dunia ni rupanya mak tiri yang punya.
ReplyDeleteZaid akan menang.
Assalamualaikum Sdr Aspan,
ReplyDeleteSaya sependapat dgn sdr. Sy orang sini. Hari isnin lepas saya minum dgn Dtk Zaid dan sungguh, beliau tidak menampakkan keegoan apabila saya lontarkan soalan tentang betapa orang Cina/Melayu yang ramai menyokongnya. Oleh itu, tindakan BN sepatutnya tidak boleh berlebihan cara kerana jgn dilupa bahawa di UMNO di Ulu Selangor sebenarnya terluka. Saya yakin petugas BN dr negeri lain yang bertindak keras begitu,
Jika ke Kuala Kubu jgn lupa hubungi saya kita boleh minum2. my email : Ryzal72@gmail.com
Masa pilihanraya di Penang dulu, Sdr Aspan ada menulis lebihkurang macam ni juga ke mengenai Rohaizad yang di maki hamun hingga bercerai berai rumah tangganya?
ReplyDeleteAgaknya depa ni belajar dari pembangkang juga dalam hal maki hamun ni.
Dua kali lima saja, cuma Aspan dok sebelah sana, depa dok sebelah sini, kan?