07 September 2010

Adat Perpatih: Digulung sekecil kuku, dibentang seluas alam.

Setiap manusia itu ditadbir oleh Agamanya (jika dia beragama), budayanya, adatnya kerana manusia itu dijadikan tuhan berpuak-puak dan berbilang kaum dan agama. Dalam ‘diversity’ yang berbeza inilah Tuhan menuntut kita memahami serta menghormati diantara satu kaum dan puak dengan kaum dan puak yang lain.

Seandainya Tuhan mewujudkan satu kaum dan Agama yang ‘homogeneous’ yang mempunyai satu rupa dan sifat nalurinya maka tidak adalah perjuangan bagi manusia hidup didunia ini dan tidak ada pun makna kita hidup dialam maya ini.

Jika kita kaji perbezaan kaum-kaum dan kabilah diantara manusia itu sangat memberi makna hidup dalam perjuangan seperti tuntutan Agama kita. Oleh kerana satu-satu kaum itu mempunyai ‘attribute’ yang berbeza maka kemampuan mereka pun berbeza mengikut kelainan kemampuan yang diasaskan kepada ‘attribute’ yang berbeza tadi.

Perbezaan diantara satu suku kaum juga merupakan satu perkara yang hakiki yang diturunkan oleh Tuhan semesta alam ini. Didalam satu suku kaum itu perbezaannya mungkin terlihat dari adat-adat, kebudayaan serta cara mereka mentadbir kehidupan mereka mengikut kaedah yang telah dipakai sejak berkurun dan berabad itu.

Orang jawa dan Minangkabau mempunyai adat dan resam mereka yang berbeza walaupun kedua dua puak ini adalah dari satu rumpun bangsa yang besar. Pada asasnya kedua-dua puak ini menjalankan kehidupan sebagai bangsa melayu yang mempunyai banyak persamaannya tetapi kedua puak ini ada perbezaan dari segi adapt resamnya yang agak ketara. Perbezaan-perbezaan inilah yang menuntut kefahaman diantara satu dengan lain dan menghormati adat dan resam yang dipakai sejak turun temurun.

Perbezaan adat resam ini mempunyai matlamat yang satu iaitu untuk masyarakat hidup dala aman dan damai menikmati kemakmuran dan hidup salin mengasih diantara satu dengan yang lain.

Orang minang contohnya berbeza dari kepercayan adat dan resam orang lain. Kebanyakannya ditadbir kehidupan mereka oleh Adat Perpatih dan kebanyakkannya diantara mereka ini dilinkungi oleh adat ini. Adat perpatih luas dipakai oleh rakyat di NS dan sedikit diNegeri Melaka yang bersempadankan dengan NS. DiMelaka itu adat Perpatih ini masih kuat dipakai oleh orang yang tinggal dalam kawasan Naning yang termasyor dalam sejarah Melayu kita.

Kedua-dua puak yang menjalankan adat Perpatih dan adat Temenggung itu hidup didalam keadaan aman dan bersama walaupun mereka dilindungi oleh adat dan cara kehidupan yang berbeza.

Adat Perpatih menitik beratkan hormat menghormati diantara satu puak dengan puak yang lain. Saya tidak mampu untuk membuat satu ‘tehakik’ yang jelas kerana saya tidaklah alim didalam menyuarakan segala ‘detail’ tentang adat yang murni ini. Mungkin suatu hari nanti ada pihak yang lebih arif tentang adapt ini boleh memberikan penerangan lengkap kerana adapt ini sangat syhdu dan memberikan kehidupan yang sagat rasa tersusun dan teratur jika difahami dan dipraktiskan.

Tetapi kita boleh memetik kata-kata yang bernilai yang sangat baik untuk difikirkan dan dilunaskan dalam kehidupan seharian apatah lagi bagi rakyat NS seperti diri saya ini.

Malahan Adat Perpatih merangkumi segala sistem pertadbiran kehidupan rakyat dan jika terlunas cara hidup beradat yang diadatkan ini ianya adalah sistem lengkap yang mampu memberikan petadbiran kawsan dan luak kita.

Sistemnya amat demokratik. Sistem pemilihannya lebih demokratik dari demokrasi yang kita pakai. Anak buah (orang ramai) dalam satu-satu suku itu akan memilih Buapaknya. Maknanya Buapak dipilih oleh anak-anak buahnya didalam suku itu.

Buapak memilih Lembaganya dan seterusnya Lembaga memilih Undangnya. Undang yang Empat yang terpilih oleh Lembaga masing-masing memilih Rajanya yang dipanggil Yamtuan Besar yang berdaulat.

Bagi kawasan-kawasan yang tidak terlingkung didalam Luak yang Empat itu namanya Tanah Mengandung yang mana ianya dibawah naungan Yam Tuan Besar dari Seri Menanti.

Sistem ‘arbitration’ juga wujud dengan jelas didalam Adat Perpatih yang diadatkan. Perbalahan dikalangan anak-anak buah akan diambil tahu oleh Buapak dan seterusnya kepada Dato Lembaga. Perbalahan tentang tanah pusaka misalnya selalunya diselesaikan oleh Dato Lembaga dan keputusannya adalah adil muktamad.

Perkelahian diantara anak buah akan dirujuk kepada Buapak yang dihormati oleh anak-anak buah sesuatu suku itu dan itulah amalan sejak turun temurun. Walaupun sekarang ini adalah zaman moden yang mana persengkitaan dirujuk kepada Mahkamah civil namun masih ada lagi yang mengamalkan penyelesaian mengikut adat yang melingkungi mereka.

Adat yang diadatkan itu adalah bersendikan syarak dan Islam. Kita ikuti perbilangan adat yang mendasarkan kepada kehendak Muhammada saw.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi,
Kata sama seiya, lenggang sama sehayun,
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni,
Terjun sama basah, melompat sama patah,
Beban berat sama dipikul, beban ringan sama dijinjing,
Setitik pantang hilang, segaris berpantang lupa,
Mendapat sama laba, cicir bersama rugi,
Hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah.

Asas perbilangan ini adalah kepada sabda Junjungan Besar kita yang bermaksud; 'Jadikanlah diri kamu sekalian seperti kelakuan dua belah tangan iaitu membantu saudara kamu yang sakit dan jangan jadikan diri sekelian terbelengu seperti dua mata dan dua telinga yang hanya melihat dan mendengar sahaja kesakitan saudara kamu'.

Adat Perpatih juga menerima hakikat bahawa setiap manusia itu ada gunanya dan berfungsi mengikut kemampuan dan yang telah ditetapkan azali. Tidak ada yang tidak berguna dalam masyarakat kerana setiap insan seperti yang dinyatakan oleh agama dan adat adalah sama disisi Tuhan. Ikuti beberapa baris lagi perbilangan yang indah didengar;

Kok dio malin (alim) hondakkan doanyo,
Kok dio coghodek (cerdik) toman borunding,
Kok bodoh disuroh arah,
Kok buto pengombuih (penghumbus) losong,
Kok dio pokak pembakar meriam,
Kok tepok (tempang) menjago jemuran,

Disini kita boleh menyaksikan bahawa setiap insan itu sudah ditentukan kebolehan masing-masing dan tugasan sudah dibahagi-bahagikan.

Tidak ada sesiapa yang rendah dan tiada siapa yang tinggi diantara kita. Hanya kita sahaja yang meletakkan diantara kita tinggi rendah nya kita dalam masyarakat. Telah pun disebut yang adat itu diadatkan untuk menjaga maruah semua pihak.

Tidak ada sesiapa didalam lingkungan adat itu tersisih dan disisihkan. Menghormati adat itu adalah menghormati semua; Kalau datang nampak depannya, kalau pergi nampak belakangnya. Dalam adat perpatih tidak ada sesiapa yang disisihkan dari masyarakat perpatih itu tadi.

Sesungguhnya adat perpatih ini sangat luas yang meliputi semua yang dikehendakki dalam kehidupan. Untuk menulis tentang adat ini adalah mustahil dalam masa dan ruang yang sekecil ini.

Kesimpulannya, kok digulung selebar kuku, kok di bontang seluas alam. Adat tetap berjalan dengan kuat kuasanya sepanjang adat itu masih diadatkan. Selagi ‘tak tertimbus parit yang asal, selagi tak patah kalam nan tunggal’ adat tetap berjalan.

Adat ini tetap berjalan bersama-sama dengan masyarakat yang tidak terlingkung dalan adat ini. Adat ini tidak mengganngu gugat pihak yang lain selama ini dan sampai bila-bila seperti yang kita sama-sama telah lihati.

Adat ini juga berpesan kepada anak buah; ‘jangan mombawak cupak gantang kito ko nogori orang lain’. Maksudnya ialah untuk menjauhkan sentuh-menyentuh dan mencabuli kuasa orang lain dan sebagainya.

7 comments:

  1. walaupun aku selalu kutuk kau pasal pahaman politik kau, tapi bila bab artikel ni,
    memang la kau terer. Aku dah simpan artikel kau ni, nak tunjuk kek sedaro maso balik jelebu.
    Tahniah.

    ReplyDelete
  2. Aaalam tuan aspn, peradapan nusantara yg di amal dulu, mungkin amat sesuai dgn zaman itu dan sangat iaturcara indah kelakuan dan atur cara bahasa. Ini semua telah menjadi sejarah, kemungkinan terus hilang dari segi amalinya. Namun di zaman yg ada kini, morden ?? Manusia sudah banyak yg hilang akal dan panduan, yg baik itu di kata jahat dan jahat itu kta baik. Misal akta isa , tangkap org tampa biacaram mata mata kerajaan baik ,semantara rakyat terbanyak pandangan mereka kejam dan kolot. Jadi berbalik kepada asas, apakah kaadilan itu ujud????/

    ReplyDelete
  3. Satu tulisan ringkas yang sangat padat kepada sistem adat yang besar.
    Minta sdr tulis tentang aspek adat pepatih dengan lebih terperinci jika ada waktu sdr.

    Baik untuk anak-anak muda yang sudah jauh dari hidup nan beradat.

    Zain Azman, lenggeng

    ReplyDelete
  4. Article ini memang payah untuk dikomen bro. Walaupun saya anak nogori, saya tidak pandai hendak menyambut dengan pandangan. Saya hormati you bro kerana memahami selok belok Adat kita ini.

    ampangan

    ReplyDelete
  5. Bro,

    berikan saya makna, 'Selagi tak tertimbus parit yang asal, selagi tak patah kalam nan tunggal. adat tetap berjalan'.

    Saya tak faham, minta penjelasan bro, kalau tak keberatan.

    hadi, tanpin

    ReplyDelete
  6. keluar topik tapi penting.... Adakah kenyataan di bawah betul? Sesunguhnya, Malaysia menunjukkan Ketuanan terhadap Indonesia. Mana dia x marah ??

    "Semangat Ganyang Malaysia juga melahirkan satu lagi label baru untuk Malaysia, yang dikenali sebagai Malingsia. Ini berikutan dengan dakwaan yang Malaysia mencuri budaya Indonesia, dari wayang kulit hinggalah ke lagu Rasa Sayang.

    Selain daripada itu, kes Pulau Sipadan, Pulau Ligitan, Pulau Ambalat, kes keganasan PDRM terhadap juri Karate Indonesia ketika Kejohanan Karate Asia 2007, kes penderaan pembantu rumah Nirmala Bonat, kes keganasan rumah tangga Manohara Odelia Pinot (gambar atas), isu gaji minima pekerja Indonesia dan yang terbaru Polis Marin Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menjadi subjek kemarahan warga Indonesia."

    ReplyDelete