Husam Musa ,ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata yang PAS tidak perlu melakukan perubahan dengan menggantikan Tok Guru Haji Hadi sebagai Presidennya. Sebaliknya PAS perlu memperkuatkan diri dengan menambah elemen kekuatan tambahan sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.
Husam mengambil pendirian untuk mempertahankan ketuanya apabila ketuanya itu dikritik oleh Aziz Bari penyarah terkemuka dari sebuah institusi pengajian tinggi negara kita. Husam berkata Haji Hadi hanya perlu diperkasakan, bukannya untuk diganti.
Pendirian husam ini sedikit sebanyak boleh melenyapkan khabar angin yang mengatakan beliau akan menawarkan diri untuk menjadi ketua kepada PAS dalam muktamarnya yang akan di adakan tidak lama lagi. Jika Husam jujur serta ikhlas, maka PAS akan menghadapi pilihanraya kali ini tanpa banyak masalah dalaman.
Tetapi jika diambil kira pengalaman yang lalu PAS mempunyai kelebihan dari segi disiplin dan susah hendak berpecah seperti yang dialami oleh banyak parti yang lain. Kalau berkocak di dalam PAS kocakannya tidak memercik keluar.
Kenyataan Husam ini merupakan ucapan yang bijaksana dan beliau menunjukan kematangan dengan bahasa politik yang baik. Di samping mempertahankan boss besarnya Husam sempat juga menyatakan apa yang patut Hadi perbaiki dalam mentadbir parti. Husam meminta Hj Hadi memberikan sedikir ruang kepada professional Islam bagi memperkasakan PAS untuk menjadi parti yang jika diizin tuhan akan memerintah negara.
Husam berkata lagi yang PAS telah dan sedang disertai oleh ramai cendiakawan dan professional Melayu Islam dan mereka boleh menjadi kekuatan kepada PAS sebagai sebuah parti alterntif yang diyakini orang ramai.
Ramai di kalangan orang Melayu sekarang ini ingin melihat PAS menjadi parti yang teratur dan tersusun siap dengan pemimpin lapisannya. Sekarang ini PAS juga adalah seperti UMNO yang tidak ada pemimpin pelapis yang viable. Yang dimaksudkan viable di sini ialah pemimpin pelapis yang mempunyai kekayaan ‘politcal spiritualism’; tidak semata-mata pemimpin yang pandai berkempen dan mendapat undi. PAS perlukan perubahan ini dengan cepat kerana parti itu merupakan parti yang akan menjadi pilihan alternatif yang otomatis jika UMNO tidak berupaya untuk berubah.
Setakat ini hanya PAS dan DAP sahaja yang mempunyai disiplin kepartian yang kuat. DAP dan PAS merupakan parti yang berseni dan ada sedikit sebanyak nilai politik yang diperlukan oleh rakyat yang serba maju sekarang ini.
UMNO mengaku sebagai parti untuk orang Melayu tetapi parti ini tidak tahu apa yang ingin dilihat oleh orang Melayu selain dari keinginan untuk melihat pembangunan material yang ekonmi yang baik untuk mereka. UMNO lupa kepada nilai serta budaya orang Melayu. UMNO lupa yang walaupun orang Melayu telah menempa pembangunan mereka masih mempunyai tata susila yang wujud dengan bangsa kita sendiri.
Misalnya orang Melayu tidak akan memberikan sanjungan kepada pemimpin yang di belengu dengan persepsi yang dia seorang yang selalu mengadakan ‘bed-side briefing’ misal kata. Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Husein Onn dan Dr Mahathir sendiri dipandang sebagai seorang pemimpin macho dan tidak nampak segelumit isteri mereka kedepan dengan begitu nyata. Itu lah sifat orang Melayu dan juga kepada mana-mana bangsa di dunia ini.
Nama isteri Lee Kuan Yew hanya di kenali semasa beliau meninggal dunia tahun yang lepas. David Cammeroon tidak nampak di bayangi oleh isterinya walau pun beliau adalah seorang pemimpin kuasa besar dunia. Untuk membuat teguran seperti ini bukanlah suatu yang mudah untuk dilakukan tetapi oleh kerana keadaan sudah terlalu jauh tersasar maka mahu tidak mahu terpaksa juga ditulis dan diperingatkan mana-mana pemimpin kita yang mereka sedang menjaga amanah rakyat.
Tugas yang diamanahkan rakyat ini bukan tugasan yang kecil. Ianya memerlukan pengorbanan peribadi yang tinggi. Lagi besar amanah yang diberikan lagi besar pengorbanan yang diperlukan. Lagi besar tanggungjawab dab jawatan yang diberikan rakyat lagi banyak nafsu dan kemahuan peribadi terpaksa dikorbankan. Lagi tinggi harapan rakyat lagi banyak perkara dan pantang larang yang wajib di ketepikan.
Kita tidak boleh membawa sekali keinginan peribadi seperti berglamor dan sebagainya itu yang mungkin merosakan kepimpinan, apatah lagi jika ianya dilakukan oleh isteri dan ahli keluarga kita sendiri.
Jika hendak berglamor lakukanlah setelah bersara. Saya menyebut isu ini kerana saya mendengar di mana-mana rakyat bercerita tentang isu ‘sampan dikemudikan dari belakang’ ini. Isu ini amat mempengaruhi situasi politik, terutamanya politik UMNO dan BN itu sendiri.
Di sinilah lebihnya PAS dan DAP. Pemimpin-pemimpin mereka tidak atau jarang-jarang bersama isteri mereka di dalam majlis-majlis. Kalau ada pun ianya amat berpadanan dengan keadaan dan situasi majlis-majlis tersebut. Sampai ke hari ini ramai yang tidak kenal dan mendengar nama isteri Nik Aziz, Guan Eng, Lim Kit Siang serta nama isteri-isteri Haji Hadi Awang.
Maka pengakhir bicara Husam telah membuat kenyataan politik yang betul. PAS perlukan kesatuan yang kuat di antara ahli-ahli dan pemimpin nya. Setakat ini PAS yang sudah berusia lebih dari setengah abad ini sudah melalui berbagai keperitan untuk mengekalkan kewujudannya. Maka perbalahan di antara pimpinan itu amat wajar dielakan.
Ingatlah kepada bermacam-macam dugaan yang di alami oleh pemimpin-pemimpin mereka. Puluhan di antara pemimpin mereka telah terperosok dalam penajara kerana hendak menegakan parti ini.
PAS amat wajar menjaga perpaduan kerana ini sahajalah parti yang berkedudukan sebagai ‘the closest alternative’ kepada BN sekarang ini.
6 comments:
Belum wujud lagi parti islam yg benar2 islam dpt mengambil alih dan menjadi pemerintah di mana2 dunia skrg ini melainkan mereka harus mengorbankan sedikit keislamannya spt yg disaran oleh LKY. LKY lebih faham islam dr Pemimpin pas sendiri. LKY tahu islam sebenar tidak akan memerintah dgn cara pilihanraya. Jika mahu mengambil alih melalui pilihanraya maka Pas harus kompromi sbhg dr prinsip islam yg dibawa dan disesuaikan dgn budaya pembangkang yg didominasi oleh DAP dan uslubiyah perjuangan ala Anwar.
Persoalannya, adakah allah redha dgn kompromi yg bertentangan dgn hukum dan agama yg dibawa oleh kekasihNya? Easier said than done. Bukan mudah utk dpt segala2nya. Didunia menang dan diakhirat pun menang. Nabi2 majoritinya semua kalah semasa di dunia krn sebhg besar umat mereka engkar tp hakikatnya perjuangan mereka diredhai allah.
Sekarang Pas sedang dlm dilema, iaitu samada mahu menegakkan kebenaran dan berkata benar atau mahu berkompromi dan menyepetkan mata dgn kebenaran isu yg hampir menelanjangkan Anwar.
Jika pas tersilap langkah maka pas akan tergolong didlm golongan yg mempertahankan perlakuan mungkar yg dibenci tuhan. Jika itu yg berlaku tuhan kata tunggulah keputusan Ku. Jika yuhan sudah buat keputusan semua akan terkena musibah termasuk golongan yg soleh dan solehah.
Perpaduan yg sdr cadangkan utk pas belum tentu akan mdpt redha allah melainkan perpaduan itu dibuat semata2 di atas maksud lailahaillaallah, muhammadarasulullah, hablumminallah dan hablumminannas.
Jika tidak menepati ciri2 ini, maka tiada beza perjuangan PAs dgn perjuangan yg dibawa oleh UMNO.jika pimpinan UMNO bakal dipersoalkan tentang kepimpinannya di yaumil mahsyar kelak, Pimpinan paa jugak tidak akan terlepas drpdnya. Tiada pengecualian, malahan soalan tuhan kpd mereka2 yg bertaraf ulamak adalah lebih detail dr soalan yg ditujukan kpd golongan umarak.
Jika mulut pimpinan UMNO tidak boleh menipu dikala itu, mulut pimpinan pas juga akan terkunci. Tangan, kaki, telinga dan mata pimpinan umno dan pas akan sama2 menjadi saksi dlm perbicaraan di mahkamah ilahi kelak.
Penyokong imam sudais mekah..
Asalam saudara aspan,,,,Kalau tok guru hadi awg,,,sudah merasakan keyakinan kepada kepimpinan sudah kian pudar,,, adalah lebih baik menberi laluan yg terhormat demi untuk kebaikan pas itu sendiri....Maka dgn sendiri pas itu di pandang lebih mulia di mata masyarakat mumum, kan lebih baik...? Dengan bertindak sedemikian,,,sudah tentu pas akan, lebih berdaya positif,,,dan memberi impak yg sangat baik kepada rakyat...? Apa salah nya kalau kita membawa satu pembaharuan yg sangat baik, bagi peralihan kuasa secara cukup manis....TQ
Jika DAP boleh dan sudah pun membuktikannya bahawa DAP berjaya menang di kawasan majoriti Cina dengan jaya dan bergaya maka tidak mustahil sama sekali PAS boleh lakukan dengan menewaskan dan menggantikan UMNO secara total di pilihanraya nanti.
Melayu boleh memberi undi kepada PAS menggantikan UMNO jika kena caranya, rite time, rite place.
DAP juga bukan calang2 ditentang oleh komponen BN lain berteraskan kaum Cina tetapi dengan strategi yang bijak, umpan yang berisi, akhirnya umpan mengena.
DAP sendiri belajar dari PAS, apa hadiah BN kebas tapi bila pangkah, undi DAP. PAS sudah lakukan di Kelantan.
Sejarah juga menunjukkan PAS secara sendirian telah menawan dan memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah, rekod yang lebih baik dari DAP dan PKR.
Tetapi sekarang kenapa agaknya begitu tidak yakin dan kemereh !!!
Encik Aspan,
Saya lebih cenderung ingin melihat parti-parti politik mengenegahkan pemimpin antara mereka bukan setakat berlulusan universiti tetapi graduan dari universiti2 ternama di dunia.
Agak tertarik bagaimana PAP Singapura menonjolkan beberapa muka2 baru untuk bertanding pilihanraya yang sebahagian besarnya dari kalangan professional dan ternyata graduan dari Universiti Cambridge, Stanford, MIT dan universiti2 lain yang terulong didunia.
Kita sendiri tahu kebanyakan dikalangan ahli2 MP dan ADUN di Malaysia (selain dari KJ & Tony Pua) yang mendapat ijazah pun diluar "top 50" universiti didunia. Kebanyakan kabinet menteri dan ahli2 politik kita pula kebanyakannya bermula kerjaya dalam bidang politik dan pencen pun dalam politik.
Malang sekali sekarang kerana senario politik Malaysia tidak dynamik kerana masih memperbesarkan dengan isu2 yang tidak relevan yang tiada kaitan dengan pembangunan strategik negara.
Samada ini adalah berkaitan tahap pemikiran graduan biasa yang menjadi ahli politik kemudian menjadi pemimpin atau salah satu cara untuk menutup kelemahan sendiri. Kita hanya dapat mengagak atau meneka.
Yang pasti, jika UMNO/PAS dll dapat beberapa pemimpin dari kalangan terpelajar yang boleh berbicara dan berfikir selain hanya bercakap mengenai kaum Melayu atau Islam yang berlaku sekarang ini, barulah negara ini dapat bebas dari belenggu yang menyekat kita terutama dikalangan Melayu dari lebih berjaya dan dihormati.
Percayalah PAS tidak akan berjaya menggantikan UMNO di kawasan malay dominan. Kita jgn silap pembacaan dgn mengatakan umno sudah kehilangan sokongan org melayu. PRK kebelakangan ini sudah membuktikan persepsi rakyat terhadap pas sudah hampir kembali kpd kedudukan sebelum PRU 12 & 11. Pas hanya mendpt sokongan kuat hasil dari krisis yg dibawa oleh anwar yg menjalankan pendekatan melalui character assasination terhadap umno dan pemimpinnya. Pembunuhan persepsi spt ini tidak akan bertahan.lambat laun jika umno sudah dpt memperbetulkan kerosakan persepsi ini, maka rakyat akan perlahan2 kembali menyokong UMNO melainkan jika UMNO benar2 sudah rosak dan benar2 atau terus2an lalai dan leka spt org mabuk kuasa, krisis ekonomi tidak dpt di atasi dan tiada perubahan langsung yg dibawa oleh UMNO. Apa yg kita lihat secara realitinya umno dan pemimpinnya tidaklah seburuk yg digambarkan oleh pembangkang. Malahan akhir2 ini pun segala keburukan yg digambarkan terhadao umno ini sudah turut dilakukan oleh pembangkang. Jika pembangkang menuduh Utusan itu pencacai PAS dan saling memutar belit berita, Akhbar Harakah lebih terok lagi etika kewartawanannya. Jika tidak percaya cuba bandingkan pemberitaan ke dua2 akhbar ini hari2. Nampak jelas Harakah lebih tidqk beemoral dan lebih byk meyelewengkan berita dan lebih byk berpropaganda berbanding dgn utusan. Harakah hampir 90% bercerita soal politik tetapi lihatlah utusan brp % ia menerbitkan soal politik... Kena buatlah kajian ini dan peelu rasional dlm kajian.
Rakyat sebenarnya mengkaji semua ini dan kita pun ingin mengingatkan pas spt mereka selalu mengingatkan umno bahawa rakyat tidak mudah lagi utk diperbodohkan. Rakyat tahu menilai baik dan buruk sesuatu perkara yg berlaku.
Oleh itu Pas dan pembangkang jgn terlalu berlebihan dlm spin berita. Jika penyokong pas meluat dgn spin akhbar utusan penyokong umno juga meluat dgn spin harakah yg keterlaluan. Akhirnya rakyat yg rasional juga yg akan menilai perangai pemimpin2 yg layak atau tidak layak memerintah.
Penyokong imam sudais mekah
Dgn media yg gagah perkasa, kuasa yg gagag perkasa, segalanya di salah gunakan oleh kerajaan bn selama INI ?Kalau di negara lihat yg lebih maju,,,demokrasi ini,,,sebagi medan untuk pemimpin untuk membawa pemikiran baru , dasar, dan penyelesai baru ? Kalau di malaysia ini, ,pemimpin kita takut nak berdebat dgn pihak lawan,,,belbaggai alasan di buat najib,,,? Kita lihat di negara jiran kita indonesia,,,pemimpin berdebat membaWA dasar parti masing masing,,,terbokti mereka lebih matang dan cerdik dari kita ? Dan kini mereka lebih maju dari kita, ekonomi kian berkembang dgn pesat ... malaysia apa sudah jadi, bn najib membawa malaysia kearah kejumutan .....tq
Post a Comment